The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by msconnien, 2021-05-20 09:52:08

PERMAINAN TRADISIONAL (DALAMAN) DI MALAYSIA

PERMAINAN TRADISIONAL

PENGENALAN KEPADA PERMAINAN
TRADISIONAL(DALAMAN/ANJUNG) DI

MALAYSIA

Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh
generasi pada zaman dahulu yakni pada zaman nenek moyang kita sejak
dahulu lagi. Permainan ini juga dikenali sebagai permainan rakyat.
Permainan tradisional boleh dimainkan sama ada secara individu ataupun
secara berpasangan. Boleh dimainkan di mana-mana sahaja sama ada di
dalam rumah (dalaman /anjung)atau di luar rumah (luaran/halaman).

Ada di antara permainan tersebut tidak dimainkan lagi terutamanya oleh
generasi muda disebabkan tidak tahu cara bermain dan mereka lebih
terdedah kepada permainan berteknologi terkini seperti permainan
elektronik khususnya games.

Kepentingan Permainan Tradisional

i) warisan budaya masyarakat Melayu yang tidak ternilai harganya

Hal ini adalah kerana permainan tradisional merupakan warisan nenek
moyang kita pada zaman dahulu yang melambangkan adat, budaya dan
identiti satu-satu bangsa. Jika permainan tradisional ini tidak dikekalkan
atau dipertahankan pastinya generasi muda tidak tahu tentang warisan
bangsa mereka sendiri seperti permainan wau atau layang-layang, gasing,
tangkap ibu dan datuk harimau. Dengan itu akan lenyaplah warisan
berzaman ini. Kita mahu warisan kita tidak lapuk dek hujan, tidak lekang
dek panas.

ii) Untuk mengisi masa lapang

Melalui perkara-perkara yang memberi hiburan dan menyeronokkan.
Misalnya, permainan ayam dan musang yang mana si ibu ayam akan
menjaga anak-anak yang berada di belakangnya supaya tidak terlepas
dan dimakan oleh musang.. Permainan yang mengeluarkan peluh ini akan
menyihatkan badan dan dapat menghilangkan tekanan.

iii) Hubungan silaturrahim di antara mereka dapat dieratkan.

Ini bermaksud bukan sahaja hubungan sesama ahli dalam kumpulan

sahaja menjadi erat malah hubungan dengan pihak lawan juga menjadi
erat seperti isi dengan kuku kerana mereka hanya berlawan dalam
permainan. Bukan itu sahaja, jika di sebuah kampung, akan diadakan
pertandingan bermain wau, masyarakat setempat akan keluar sama ada
untuk menyertai pertandingan tersebut ataupun sebagai penonton.
Apabila berjumpa, secara tidak langsung, perhubungan mereka menjadi
lebih erat.

iv) Produk pelancongan yang menguntungkan negara

Pelancong dari luar negara akan datang melawat ke negara kita dan
akan melihat pelbagai keunikan kebudayaan masyarakat Melayu seperti
tarian, pakaian, kraf tangan dan tidak ketinggalan, permainan tradisional
seperti wau dan gasing. Apabila pulang ke tanah air, para pelancong ini
akan bercerita tentang keunikan negara Malaysia kepada adik beradik
yang lain, saudara mara, rakan taulan, jiran tetangga dan masyarakat
setempatnya. Tak kenal maka tak cinta, pastinya yang lain tertarik untuk
datang melawat Malaysia dan berlakulah aliran masuk mata wang asing
ke dalam negara.

v) Pendidikan secara tidak formal

Apabila bermain permainan tradisional maka pendidikan secara tidak
formal yang amat tinggi nilainya telah berlaku. Para pemain dapat
mematangkan fikiran mereka apabila berfikir secara kreatif dan kritis sama
ada dari segi pemilihan bahan yang digunakan untuk bermain, memikirkan
cara-cara bermain, syarat-syarat bermain atau pertandingan dan mencari
idea bagaimana caranya untuk mengalahkan pihak lawan. Secara tidak
langsung nilai-nilai murni seperti kerajinan, kerjasama, hormat-
menghormati dan kasih sayang dapat dipupuk dalam kalangan mereka.

Permainan tradisional di Malaysia yang dimainkan di dalam rumah
(anjung):-

Kaum Melayu

i) Congkak

Congkak adalah satu permainan yang memerlukan pemain mengisi
‘buah’ ke dalam deretan lubang yang diperbuat pada sekeping papan
yang dinamakan papan congkak. Tujuan permainan ini adalah untuk
menguji kecekapan pemain mendapatkan seberapa banyak buah dari
yang dimiliki oleh pihak lawan. Ia dimainkan oleh kaum lelaki dan juga
kaum perempuan yang mana bilangan pemainnya hanyalah dua orang
sahaja.

ii) Batu Seremban

Permainan ini adalah satu permainan yang mana batu-batu kecil dilambung dan
kemudiannya disambut kembali. Permainan ini melibatkan sekurang-kurangnya 2 orang
pemain dan biasanya dimainkan oleh golongan perempuan. Ia memerlukan beberapa
biji buah, guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain
berbentuk bulat biasa digunakan, lazimnya sebanyak lima biji. Selain itu, karung kain
yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan.dan
biasanya ia dimainkan di dalam rumah.

iii) Dam

Permainan ini dimainkan oleh dua orang secara duduk berhadapan
dengan menggunakan peralatan seperti papan dam dan buah tir. Ia
sering dimainkan oleh golongan lelaki semasa waktu senggang di kedai-
kedai kopi. Permainan ini mengekalkan fungsi permainan dengan sistem
peperangan dan pertahanan. Pemain perlu bijak mengatur langkah, agar
usaha-usaha yang dirancang membuahkan hasil. Permainan ini sangat
menguji minda dan akal supaya cekap dalam menyusun strategi.

iv) Tudung botol/ Ceper

Permainan ini menggunakan tudung botol minuman berkarbonat.
Ianya menggunakan 5 tudung botol. Kaedah permainan hampir sama
dengan batu Seremban iaitu mendapatkan point melalui menimbang dan
tuju tudung botol itu. Permainan ini dimonopolikan oleh kaum lelaki.

v) Tuju Getah

Setiap pemain akan memberikan 5 gelung getah. Getah ini akan di
selerakkan di atas lantai seperti gambar di bawah. Buat garisan berjauhan
daripada getah tersebut dan menentukan giliran pemain dengan sendiri
ataupun One Two Som.

Pemain pertama cuma perlu membaling getah(lain) agar getah bersebut
bertindih dengan getah yang ditaburkan tadi. Jika berjaya getah tersebut
akan diambil oleh pemain itu. Pemain pertama akan mengulanginya
hingga semua getah dapat diambil. Jika getah tidak bertindih dengan
yang lain, ianya akan dibiarkan dilantai dan giliran pemain kedua pula
bermain. Begitulah sehingga semua getah dapat diambil oleh pemain-
pemain. Pemain yang mengumpul getal paling banyak dikira pemenang.

v) Enjit-enjit Semut

Permainan ini amatlah mudah. Ia hanya memerlukan kita menggunakan
tangan yang di atas mencubit tangan yang di bawah sambil menyanyikan
lagu ini:
Enjit- enjit semut, siapa sakit naik atas...
Enjit- enjit semut, siapa sakit naik atas...
Siapa yang terasa sakit akan melarikan tangan dan berada pada
bahagian atas dan mencubit tangan yang berada di bawahnya.
Permainan di teruskan sehinggalah berasa penat.

.

Kaum Cina

i) Mahjong

Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang
berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan
pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi
yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama
kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai
permainan komputer.

i) Go

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga
dikenali sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan
strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang
permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam
dan putih.

.

i) Xiang Qi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh
dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan
catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai
Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-
4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan
yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan
unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja"
dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai"
dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

i) Yo-yo Cina

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang
sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan
sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil.
Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-
yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti
Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina
tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak
sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetengah yo-yo cina dimasukkan alat yang
menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini
membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

.

Kaum India

i) Chaturanga

Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang
berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah
memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur
dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada
buah terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya
sang raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah
lebih. Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram
Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus,
termasuk empat pemain dalam chaturanga.

Dalam terminologi sanskrit, “Chaturanga” berarti “memiliki empat
bagian” dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti
“tentara.” Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi pertempuran
dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah
sebuah simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan
strategi militer India saat itu.

Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal
dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang
pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui
pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui
penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi
bidak lain mengalami perubahan bentuk.

.

SEKIAN SAHAJA AKTIVITI
PERMAINAN TRADISIONAL YANG
BIASANYA DIMAINKAN DI DALAM
RUMAH BAGI KAUM MELAYU, CINA

DAN INDIA.

PADA AKTIVITI PERJUMPAAN AKAN
DATANG, KITA AKAN MENGUPAS

TENTANG AKTIVITI PERMAINAN
TRADISIONAL YANG BIASANYA DI

MAINKAN DI LUAR RUMAH..
NANTIKAN OK!!!!!

.


Click to View FlipBook Version