MANUAL KESEDARAN SIVIK DAN AMALAN NILAI MURNI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH Kementerian Pendidikan Malaysia
ii Maklumat Tentang Buku Cetakan Pertama 2018 © Kementerian Pendidikan Malaysia 2018 Semua hak cipta terpelihara. Semua bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik secara sebahagian atau keseluruhan, tanpa izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Manual Kesedaran Sivik Dan Amalan Nilai Murni Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah Diterbitkan oleh: Kementerian Pendidikan Malaysia Laman sesawang: www.moe.gov.my Muka taip teks: Century Gothic Saiz taip teks: 9.5 pt
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Visi dan Misi KPM Visi KPM Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Misi KPM Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. iii
Senarai Kandungan Perutusan YB Menteri Pendidikan Malaysia Kata Alu-aluan Ketua Setiausaha KPM Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengenalan Latar Belakang Jun KASIH SAYANG: Memanfaatkan Sumber Asli Sayangi Alam Sekitar Keamanan Sejagat Setia Julai HORMAT-MENGHORMATI: Menghindari Perbuatan Negatif Silang Budaya Mematuhi Peraturan dan Undang-Undang Jalan Raya Mematuhi Peraturan Setempat Ogos BERTANGGUNGJAWAB: Bumiku Hijau Sistem Demokrasi Integriti Dalam Tugasan Pengurusan Masa Berkesan September KEGEMBIRAAN: Persahabatan Merentasi Sempadan Lahirnya Sebuah Cinta Identiti Nasional Negaraku Tanggungjawabku 2 4 6 8 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25
Oktober KASIH SAYANG: Malaysia Negara Perpaduan Malaysia Progresif Daulat Tuanku Malaysia di Persada Antarabangsa November HORMAT MENGHORMATI: Malaysia Harmoni Amanah dan Integriti Khazanah Alam Penghargaan 26 27 28 29 30 31 32 34
2 PERUTUSAN YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum dan salam sejahtera. endidikan merupakan perkara utama yang berupaya mempengaruhi pembangunan diri individu dan menyediakan pelbagai peluang dalam mencorakkan kehidupan masa depan. Pendidikan juga mendasari proses pembangunan modal insan berinovatif dan berkemahiran tinggi yang menjadi faktor kritikal bagi menyokong pertumbuhan sosial, budaya, dan ekonomi sesebuah negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menetapkan matlamat utama pendidikan negara ke arah melahirkan individu yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Justeru, menjelang abad yang baharu, rakyat Malaysia perlu menjadi warganegara yang berminda kelas pertama, teguh jati diri, matang dalam menyimpulkan pandangan serta dinamik dalam mencorak pemikiran. Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
YB DR. MASZLEE MALIK Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah 3 Pihak Kementerian mengambil pelbagai inisiatif ke arah melahirkan generasi yang cemerlang dan terdidik dengan adab terpuji. Penerapan nilai dan adab perlu menjadi tunjang kepada kemenjadian pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kini, proses pengajaran dan pemudahcaraan pada mana-mana peringkat bukan sahaja hanya berfokus kepada 3M (menulis, membaca dan mengira) tetapi perlu ditambah dengan M yang keempat iaitu manusiawi. Sekolah bukan lagi tempat persaingan tetapi tempat pembelajaran nilai-nilai kemanusiaan. Nilai teras yang harus kita raikan seperti menyebarkan kegembiraan, diterapkan dalam suasana kasih sayang dan hormat-menghormati pula membuahkan hidup aman bahagia. Seiring kemajuan berteraskan revolusi industri 4.0, nilai manusiawi juga seharusnya menjadi tunjang utama. Jika soal nilai dan manusiawi tidak difikirkan pada zaman teknologi ini dikhuatiri melahirkan manusia yang bukan sahaja gagal menginsankan teknologi, sebaliknya mereka pula ditukarkan menjadi seolah-olah jentera berautomasi. Atas dasar tanggung jawab, pihak Kementerian telah menyediakan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni bagi kegunaan murid sekolah rendah dan menengah. Ia merupakan suatu panduan melaksanakan aktiviti bimbingan ke arah merekayasa amalan nilai murni dalam kalangan murid sekolah. Saya berharap manual ini digunakan secara maksimum bagi memupuk kesedaran, ke arah membina kefahaman sehingga ke peringkat nilai tersebut menjadi amalan dan dibudayakan di dalam kehidupan harian. Akhir kata, sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan manual ini. Semoga usaha murni ini memberikan impak kepada kemenjadian murid yang bukan sahaja cemerlang inteleknya malah terbilang sahsiahnya. Terima kasih.
4 KATA ALU-ALUAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum dan salam sejahtera. yabas diucapkan atas penghasilan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni yang bakal menjadi panduan bagi membudayakan nilai murni dalam kalangan murid-murid sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Usaha memupuk kesedaran sivik dan amalan nilai murni adalah menjadi keutamaan Kementerian Pendidikaan Malaysia. Justeru, kefahaman yang jelas dalam kalangan warga kementerian pendidikan dan para pendidik adalah sangat perlu agar pembudayaan nilai murni ini tercapai seperti yang dihasratkan. Nilai-nilai murni seperti kasih sayang, kegembiraan, hormat-menghormati dan bertanggungjawab akan melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah melahirkan masyarakat Malaysia yang sejahtera. Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
Guru adalah insan terbaik bagi memupuk nilai murni dalam kalangan murid sekolah. Justeru, guru harus membudayakan amalan nilai murni di sekolah dengan menunjukkan contoh tauladan terbaik. Untuk menghasilkan suri teladan dalam kalangan guru, pemimpin sekolah perlu komited dan beriltizam untuk menzahirkan amalan nilai murni dalam kalangan warga sekolah. Saya berharap peranan ini juga disambut baik dan disokong oleh ibu bapa, komuniti dan pihak-pihak pemegang taruh. Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah 5 Semoga manual ini dapat dijadikan panduan kepada pihak sekolah dalam usaha memupuk kesedaran sivik dan amalan nilai murni di sekolah dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan menjadi kenangan kepada murid-murid. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menghasilkan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni ini. Sekian, terima kasih. DATO’ DR. MOHD GAZALI ABAS
6 KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Selamat Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku ahniah kepada semua pihak yang terlibat di dalam menghasilkan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni Kementerian Pendidikan Malaysia. Manual ini disediakan hasil daripada perkongsian dapatan, soal selidik dan temubual dengan pelbagai pemegang taruh institusi pendidikan kita. Nilai-nilai murni universal merentas agama, fahaman, budaya wajar dijadikan amalan berterusan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang memahami kepelbagaian adat dan budaya antara satu dengan lain. Apatah lagi dengan kemajmukan rakyat Malaysia, nilai bertanggungjawab, hormat-menghormati, kasih sayang dan kegembiraan sangat wajar diberi penekanan bagi meningkatkan integrasi kaum yang pelbagai. Namun, apa yang paling penting, pembudayaan nilai murni dalam kalangan murid sekolah sebenarnya adalah untuk melahirkan warganegara yang tinggi nilai intelek, dalam masa yang sama terdidik dirinya dengan adab terpuji. Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
Untuk itu, saya menyarankan agar manual ini digunakan secara efektif di setiap sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Enam konteks utama iaitu diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan global wajar menjadi asas kepada setiap perbincangan, perkongsian dan aktiviti yang berkaitan dengan kesedaran sivik dan nilai murni di sekolah. Akhir kata, sesungguhnya usaha yang murni ini memerlukan sokongan dan dokongan mantap daripada semua pihak bagi memastikan hasrat melahirkan murid-murid yang berminda kelas pertama menjadi realiti. Sekian terima kasih. DATUK DR. AMIN SENIN Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah 7
8 LATAR BELAKANG enekanan kepada nilai-nilai murni dalam sistem pendidikan di Malaysia amat diberi perhatian. Penekanan yang serius bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 melalui pendekatan penerapan nilai merentas kurikulum. Penerapan nilai-nilai murni diterapkan melalui semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, melalui aktiviti-aktiviti harian dan kegiatan kokurikulum. Ianya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang memberi penekanan kepada pembangunan manusia secara holistik serta bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam anjakan tiga, iaitu untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam anjakan tiga adalah untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Hal ini kerana murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, daripada kemusnahan alam sekitar hinggalah kepada konflik bersenjata. Untuk berjaya mengharungi segala cabaran ini murid bukan sahaja perlu memiliki kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil, dan altruisme yang dapat membimbing mereka dalam membuat keputusan beretika. Pada masa yang sama, pembangunan warganegara yang global perlu diimbangi dengan pembangunan identiti nasional yang kukuh. Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2018 pada 4 Julai 2018 telah memutuskan supaya Bahagian Pendidikan Islam bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai-Nilai Murni. Keputusan mesyuarat tersebut menjelaskan supaya jawatankuasa tersebut menyelaras konsep nilai murni yang mudah dilaksanakan dengan menerapkan nilai-nilai universal yang terdapat dalam al-Quran dan hadis sebagai satu nilai murni yang boleh diamalkan oleh semua bangsa tanpa mengetepikan kefahaman agama dan budaya masyarakat setempat. Susulan daripada keputusan tersebut, satu Jawatankuasa Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni telah ditubuhkan dan dianggotai oleh bahagian-bahagian di KPM. Bahagian Pendidikan Islam telah melaksanakan beberapa mesyuarat dan perbincangan sebagai gerak kerja ke arah merealisasikan konsep yang dicadangkan. Konsep kesedaran sivik dan amalan nilai murni telah dibentangkan oleh Jawatankuasa Induk Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni kepada YB Menteri Pendidikan pada 1 Ogos 2018. Sehubungan dengan itu, bagi perancangan jangka masa pendek, mesyuarat memutuskan supaya BPI menyelaras dan menyediakan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni sebagai panduan kepada pihak sekolah untuk diuar-uarkan tentang kepentingan kesedaran sivik dan amalan nilai murni semasa perhimpunan mingguan sekolah dan seterusnya menjadi pemangkin kepada penghayatan dan pelaksanaan kesedaran sivik dan amalan nilai murni dalam kalangan warga sekolah khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah 9
ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Kepentingan memanfaatkan sumber asli. Fokus Jenis-jenis sumber asli di Malaysia. Manfaat sumber asli dalam menjana ekonomi negara. Kesan penyalahgunaan sumber asli. Program kitar semula. Idea Kekurangan sumber asli dalam kehidupan. Penyalahgunaan sumber asli dan pencemaran alam sekitar. Kertas Strategi 12: Pertumbuhan Melalui Penggunaan Sumber Asli Secara Mampan seperti berikut: “Sumber asli merupakan aset berharga negara, justeru adalah penting untuk memastikan bahawa pengurusan perkhidmatan ekosistem dilaksanakan dengan rapi terutamanya daripada aspek pemuliharaan dan penggunaan mampan. Pengurusan mampan sumber asli adalah perlu bagi memastikan generasi masa hadapan terus menikmati faedah dari khazanah alam dalam usaha untuk menuju ke arah pertumbuhan hijau”. AMALAN BERTERUSAN Menjimatkan penggunaan sumber air, elektrik dan petrol. Saranan Menggunakan sumber asli secara berhemah. Mengukuhkan pengetahuan berkaitan penggunaan, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber asli termasuk dasar dan perundangan yang diamalkan di Malaysia. Membangunkan industri berteknologi tinggi dan mesra alam dengan menggunakan sumber asli yang betul. Mengamalkan program kitar semula. Bidang utama Pengurusan Sumber Asli negara: 1. Pengurusan Tanah 2. Pengurusan Sumber Air 3. Geologi 4. Biodiversiti dan Perhutanan 5. Pengurusan Alam Sekitar 6. Pengurusan Geospatial Sumber: epu.gov.my/sites/default/files/Kertas%20Str ategi%2012.pdf Jun KASIH SAYANG Tajuk: Memanfaatkan Sumber Asli 23 city bus 10
KASIH SAYANG Tajuk: Sayangi Alam Sekitar Jun ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Kelestarian sumber alam semulajadi. Idea Kemusnahan habitat flora dan fauna. Kesedaran memelihara dan memulihara flora dan fauna dijadikan pendidikan sepanjang hayat. Hari Alam Sekitar Negara (HASN) merupakan satu penjenamaan semula yang telah dibuat oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar daripada penganjuran Sambutan Hari Alam Sekitar Malaysia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini. Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) merupakan satu acara tahunan yang telah dianjurkan susulan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada Oktober 1989. MASM disambut pada setiap tahun dari 21 hingga 27 Oktober bersempena Hari Alam Sekitar Malaysia yang jatuh pada 21 Oktober. Pada tahun 2015, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah bersetuju menjenamakan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) kepada Hari Alam Sekitar Negara, HASN (National Environment Day). AMALAN BERTERUSAN Menjaga kebersihan alam sekitar. Penggunaan kertas secara berhemah. Saranan Memperkasa pemuliharaan habitat semulajadi melalui pendidikan dan penyelidikan. Bergiat aktif dalam aktiviti yang berkaitan kempen atau gerakan pemuliharaan flora dan fauna. Mengitar semula bahan – bahan terpakai bagi memastikan kehidupan flora dan fauna terjamin. Menjaga dan memelihara flora dan fauna sebagai warisan khazanah negara. Fokus Kepelbagaian kehidupan flora dan fauna di negara kita. Kesan kepupusan flora dan fauna. Peranan pelbagai pihak terhadap kelestarian alam sekitar. Objektif Sambutan Hari Alam Sekitar Negara:- Mempromosikan pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara meluas. Menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghayati alam sekitar. Mengiktiraf kepada mereka yang telah memberi sumbangan signifikan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Membudaya dan memupuk kesedaran di kalangan masyarakat khususnya dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. https://ras.doe.gov.my/v2/hari-alam-sekitar-n egara/ 11
KASIH SAYANG Tajuk: Keamanan Sejagat ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Cinta akan keharmonian dan keamanan sejagat. Fokus Kerjasama strategik dalam pelbagai bidang antara negara dapat meningkatkan tahap keselamatan dan kestabilan sesebuah negara. Keamanan membawa kepada keharmonian, kesederhanaan dan kebahagiaan. Kedatangan pelabur asing akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara. Idea Hubungan diplomatik teras keamanan negara. Campur tangan kuasa luar menggugat keamanan negara. Personaliti contoh: Leftenan Kolonel (B) Mohd Nasarudin Mohd Yusof merupakan rakyat Malaysia pertama yang menerima Anugerah Nobel Keamanan (Nobel Peace Prize). Mohd Nasarudin Bersama Pertubuhan Bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) Memenangi Anugerah Nobel Tersebut Di Atas Usaha Gigih Dalam Menghapuskan Senjata Kimia Serta Penggunannya Di Seluruh Dunia. Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/08/24/hadiah-nobel-keamanan AMALAN BERTERUSAN Menghayati sejarah negara agar dapat menghargai erti keamanan negara. Bersyukur dilahirkan dalam negara yang aman. Saranan Melibatkan diri dalam program berbentuk kemanusiaan dan kemasyarakatan. Bekerjasama dan bertolak ansur dalam menyelesaikan konflik yang berlaku. Keprihatinan berkaitan isu kemanusiaan, peperangan dan keganasan di negara luar. Jun 12
KASIH SAYANG Tajuk: Setia KANDUNGAN TEKS INFO Fokus Semangat patriotik dapat memajukan negara. Penghayatan prinsip - prinsip Rukun Negara. Nilai jati diri membentuk sikap positif bagi mewujudkan keharmonian negara. Idea Kesetiaan menjadi benteng kedaulatan negara. Sumbangan dan pengorbanan kepada negara. Kesetiaan kepada negara membentuk kepada semangat nasionalisme. Kesedaran berkaitan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. Prinsip kesetiaan terkandung dalam prinsip kedua Rukun Negara, iaitu ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’ bermaksud bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Prinsip ini juga melambangkan rasa cinta dan setia kepada negara. http://www.agri.upm.edu.my/article/disebalik_makna_prinsip_rukun_negara-43449?L=en AMALAN BERTERUSAN Menjaga nama baik negara. Saranan Memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Prihatin terhadap kepentingan rakyat dan negara. Mengekspresi sikap kasih dan cinta terhadap slogan, lambang, bendera negara dan negeri sebagai simbol perpaduan. Jun ASPEK PENYAMPAIAN Kesetiaan kepada negara. 13
ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Peraturan dan undang-undang negara. Fokus Kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Kesan melanggar peraturan dan undang-undang. Idea Peraturan dan undang-undang asas kesejahteraan negara. Kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang. Ciri-ciri orang yang membina sifat amanah dalam diri ialah: a. Berterus-terang dalam percakapan. b. Menzahirkan rasa hormat. c. Bersifat telus. d. Membetulkan kesilapan e. Menunjukkan kesetiaan f. Mampu membuahkan hasil yang bermanfaat kepada semua orang. g. Memperbaiki diri h. Sanggup berhadapan dengan realiti i. Berupaya menerangkan jangkaan j. Mengamalkan akauntabiliti dan berintegriti k. Menjadi pendengar yang baik l. Berpegang pada komitmen AMALAN BERTERUSAN Malu melakukan perbuatan negatif. Saranan Telus dan patuh dalam melaksanakan undang-undang. Membenci dan menghindari gejala rasuah. Menjaga batasan pergaulan. Berani melaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan pelanggaran peraturan dan undang-undang. Julai HORMAT-MENGHORMATI Tajuk: Menghindari Perbuatan Negatif 14
HORMAT-MENGHORMATI Tajuk: Silang Budaya ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Kepelbagaian dan keunikan warisan budaya Malaysia Fokus Punca-punca berlakunya isu dan konflik antara kaum. Implikasi berlakunya isu dan konflik. Peranan pelbagai pihak dalam memelihara warisan. Idea Isu dan konflik antara kaum. Pemeliharaan warisan budaya Malaysia. Dasar Kualiti PERPADUAN Dasar Kualiti PERPADUAN adalah menjadikan PERPADUAN sebagai sebuah jabatan yang cemerlang, komited dan mampu memelihara, memupuk dan memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Sumber: https://www.perpaduan.gov.my/ AMALAN BERTERUSAN Melibatkan diri dengan program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi. Saranan Memahami dan menghormati budaya dan adat resam antara kaum. Bersosial dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Mensyukuri nikmat keamanan yang telah dianugerahkan. Julai 15
HORMAT-MENGHORMATI Tajuk: Mematuhi Peraturan dan Undang-Undang Jalan Raya ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Undang-undang jalan raya. Fokus Pendidikan keselamatan jalan raya. Implikasi tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Inisiatif ke arah meningkatkan kesedaran keselamatan di jalan raya. Idea Kadar kemalangan semakinmeningkat. Tahap kesedaran keselamatan jalan raya masih rendah. 10 Petua Keselamatan Jalan Raya 1. Rancang perjalanan 2. Sentiasa ikut had laju yang ditetapkan 3. Mematuhi garis panduan keselamatan ketika memotong kenderaan 4. Berhenti apabila lampu isyarat merah 5. Elakkan daripada mengekori kenderaan dengan jarak yang dekat 6. Periksa cermin dan memberikan isyarat sebelum menukar lorong 7. Ikut lorong anda 8. Elakkan celah mencelah di antara kenderaan 9. Sentiasa memberi keutamaan kepada pejalan kaki dan penunggang motosikal atau basikal 10. Sabar semasa memandu Sumber: http://www.jkjr.gov.my/ms/maklumat_kesel amatan/petua-keselamatan-jalan-raya/17 32-10-petua-keselamatan-jalan-raya.html AMALAN BERTERUSAN Berhati-hati ketika di jalan raya. Saranan Mematuhi undang-undang jalan raya. Membuat aduan dan laporan berkaitan perlakuan melanggar undang-undang jalan raya kepada pihak berkuasa. Sentiasa fokus dengan keadaan sekeliling ketika di jalan raya. Julai 16
HORMAT-MENGHORMATI Tajuk: Mematuhi Peraturan Setempat ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Fokus Kesedaran tentang perbezaan adat resam, norma dan pantang larang di sesuatu kawasan. Kepentingan mematuhi peraturan setempat. Idea Perbezaan norma dan peraturan setempat. Ketidakpekaan terhadap sesuatu peraturan dan norma masyarakat setempat. Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan Hentian Sebelah adalah tempat Dilarang Merokok. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) http://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-semasa/48-kawasan-rehat-dan-rawat-r-r-dan-hent ian-sebelah-adalah-tempat-dilarang-merokok Undang-Undang Kecil Undang-Undang Kecil merupakan suatu undang-undang yang dibuat di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) boleh dari semasa ke semasa membuat, meminda atau membatalkan undang-undang kecil mengikut perkara yang diingini bagi kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan tersebut. Sumber: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) http://www.mpaj.gov.my/ms/perniagaan/perundangan/undang-undang-kecil AMALAN BERTERUSAN Mematuhi peraturan ketika berada sesebuah di kawasan. Saranan Mendisiplinkan diri dengan peraturan sekolah. Menghormati undang-undang dan peraturan ketika berkunjung ke sesuatu tempat. Membuat aduan dan laporan berkaitan perlakuan melanggar undang-undang dan peraturan setempat. Julai 17
BERTANGGUNGJAWAB Tajuk: Bumiku Hijau ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS Pelestarian alam sekitar ke arah kesejahteraan hidup. Fokus Kempen Bumi Hijau. Pengurusan sisa pepejal. Kepentingan hutan kepada kesejahteraan sejagat. Idea Pencemaran alam sekitar semakin berleluasa. Pencemaran alam membawa musibah. Saranan Menjaga kebersihan alam sekitar. Menanam semula pokok. Mengamalkan 3R (Reduce, Reuse, Recycle). Menghayati slogan Hari Alam Sekitar “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”. Ogos INFO Kempen Go Green merupakan kempen amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) serta kempen tanpa beg plastik yang telah pun dijalankan setiap Sabtu sejak 2010 di tempat-tempat membeli belah serta pasar raya. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengambil inisiatif sama dengan menganjurkan Kempen Go Green – Ke Arah Bumi Hijau Tanpa Beg Plastik di farmasi. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) http://www.myhealth.gov.my/kempen-go-green/ AMALAN BERTERUSAN Menjaga kebersihan alam sekitar. 18
BERTANGGUNGJAWAB Tajuk: Sistem Demokrasi ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Sistem Demokrasi di Malaysia. Fokus Pengertian sistem demokrasi berparlimen. Kepentingan amalan demokrasi. Parti-parti politik di Malaysia. Syarat-syarat dan hak pengundi. Idea Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia tunggak kesejahteraan negara. Perbezaan fahaman politik. AMALAN BERTERUSAN Menghormati pemimpin yang telah dipilih secara demokrasi. Ogos Saranan Bersikap keterbukaan dan matang dalam berpolitik. Melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar. Mengamalkan konsep demokrasi di sekolah. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Muitimedia PEMILIHAN PEMILIHAN WAKIL PELAJAR WAKIL PELAJAR PILIH 19
ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Integriti Fokus Pengertian integriti Kepentingan integriti dalam kalangan murid. Kesan tidak berintegriti dalam kehidupan. Idea Integriti merupakan asas kecemerlangan. Rasuah dan salah guna kuasa merosakkan integriti. Pelan Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan pada 23 April 2004 dan merupakan pelan terperinci untuk mencapai cabaran keempat yang digariskan dalam Wawasan 2020 iaitu “Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad melancarkan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 hari ini sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam merealisasikan manifesto kerajaan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti. Sumber: Institut Integriti Malaysia AMALAN BERTERUSAN Amanah, jujur dan ikhlas dalam setiap tindakan. Saranan Sentiasa hadir ke kelas tepat pada masa yang ditetapkan. Menyiapkan kerja dalam tempoh yang diberikan. Jujur dan ikhlas dalam kata-kata dan tindakan. Bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh integriti. Ogos BERTANGGUNGJAWAB Tajuk: Integriti Dalam Tugasan 20
BERTANGGUNGJAWAB Tajuk: Pengurusan Masa Berkesan ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Pengurusan masa yang baik dan berkesan Fokus Kaedah pengurusan masa yang berkesan. Kesan gagal menguruskan masa dengan baik. Menepati dan mematuhi masa yang ditetapkan. Idea Pengurusan masa berkesan dalam kehidupan. Kerja bertangguh tidak menjadi. Kata-kata inspirasi Alan Lakein “Masa adalah kehidupanmu, membuang masa mu adalah membuang kehidupanmu, tetapi untuk menguasai masa mu adalah untuk menguasai kehidupanmu”. Pepatah Melayu “Masa Itu Emas” Kata-kata motivasi H. Jackson Brown Jr. “Don’t say you don’t have enough time. You have exactly the same number of hours per day that were given to the others.” Panduan Pengurusan Masa. Sumber: http://www.myhealth.gov.my/pengurusan-masa/ AMALAN BERTERUSAN Menepati masa dan melaksanakan tugasan mengikut masa yang ditetapkan. Ogos Saranan Berdisiplin menguruskan masa. Membuat jadual harian secara teratur dan sistematik. Menghargai masa dan menghindari pembaziran masa. Membudayakan pengurusan masa yang baik. 21
KEGEMBIRAAN Tajuk: Persahabatan Merentasi Sempadan ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Persahabatan merentasi sempadan Bentuk sokongan sosial yang dirasai oleh pelajar melalui interaksi di Facebook: 1. Sokongan untuk mendapatkan maklumat 2. Perhubungan yang mudah dibentuk 3. Mengurangkan masalah kesunyian 4. Mengurangkan masalah tekanan 5. Lebih bersikap berfikiran terbuka Sumber: Mohd Khairuddin Mohad Sallehuddin & Mohamad Fauzi Sukimi. (2014). Interaksi sosial di ruang maya: Kajian kes jaringan sosial melalui laman Facebook di Malaysia. AMALAN BERTERUSAN Bersahabat tanpa sempadan dan bekerjasama dengan bijak. Fokus Kepentingan dan peranan teknologi maklumat dan komunikasi dalam merapatkan persahabatan merentasi sempadan. Kepekaan terhadap perkembangan dan pergolakan dunia. Kesan persahabatan merentasi sempadan. Saranan Berwaspada dengan penipuan alam maya seperti individu yang menggunakan akaun palsu. Memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan maju. Menggunakan teknologi dengan berhemah semasa menjalinkan persahabatan menerusi alam maya. Idea Kurang pendedahan pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang dunia luar. Kurang hubungan dan kerjasama antara negara. September 22
KEGEMBIRAAN Tajuk: Lahirnya Sebuah Cinta ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Pada 4 Ogos dalam tahun 1968, Hari Pahlawan telah disambut di seluruh negara. Hari Pahlawan diadakan bagi memperingati jasa-jasa para perajurit yang telah gugur dalam mempertahankan keamanan dan kemerdekaan negara dalam Perang Dunia Pertama, Kedua dan Darurat. Rentetan daripada itu Sambutan Hari Pahlawan telah dijadikan sebagai acara tahunan di Malaysia. Sumber: Hari Ini Dalam Sejarah (HIDS) http://hids.arkib.gov.my/-/hari-pahlawan-yang-pertama AMALAN BERTERUSAN Cinta dan memberi sumbangan kepada negara. September Fokus Malaysia mempunyai ramai pemimpin dan tokoh dalam pelbagai bidang. Sumbangan dan jasa mereka dalam sejarah Malaysia. Saranan Mengenali dan menghargai pemimpin dan tokoh negara dalam pelbagai bidang. Menghayati sejarah negara sebelum dan selepas merdeka. Meneladani sikap positif yang ada pada tokoh-tokoh negara dalam melahirkan generasi baharu. Idea Ambil peduli sumbangan dan jasa pemimpin serta tokoh negara. Penghayatan sejarah negara. Jasa dan sumbangan pemimpin serta tokoh negara 23
KEGEMBIRAAN Tajuk: Negaraku Tanggungjawabku ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Peranan dan tanggungjawab sebagai warganegara dalam menjaga imej dan mengangkat nama negara. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor – Angkasawan Pertama Negara. Sumber: https://www.thepatriots.asia/dr-sheikh-muszaphar -shukor-angkasawan-pertama-negara/ AMALAN BERTERUSAN Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam bidang masing-masing. September Fokus Peranan dan tanggungjawab sebagai warganegara. Pengukuhan jati diri sebagai warganegara. Potensi untuk menyumbang kepada negara. Idea Jati diri sebagai rakyat Malaysia. Sumbangan rakyat kepada negara. Saranan Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai warganegara. Beriltizam memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Bersedia untuk mempertahankan negara yang tercinta. 25
KASIH SAYANG Tajuk: Malaysia Negara Perpaduan ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS Perpaduan kaum di Malaysia Fokus Semangat kekitaan terhadap kepelbagaian kaum di Malaysia. Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia. Langkah-langkah mewujudkan perpaduan antara kaum. Idea Toleransi pelbagai kaum asas perpaduan. Perpaduan tunjang kesejahteraan rakyat Malaysia. AMALAN BERTERUSAN Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Saranan Mengenali dan memahami budaya kaum lain. Bertolak ansur dalam hubungan antara kaum. Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Oktober INFO “Perpaduan dala kepelbagaian etnik” Sumber: http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1681953 26
KASIH SAYANG Tajuk: Malaysia Progresif ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Peranan Rukun Negara Fokus Penguasaan ilmu mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara. Langkah-langkah ke arah Malaysia progresif. Kesan budaya masyarakat berilmu dan progresif. Idea Amalan prinsip-prinsip Rukun Negara. Masyarakat berilmu menjana negara maju. Konsep Patriotisme Belia. Kefahaman terhadap sistem pentadbiran negara Bangga menjadi rakyat Malaysia Perasaan sayang kepada Malaysia Perasaan kekitaan atau pemilikan terhadap negara Kesetiaan kepada negara Berdisiplin atau adab baik demi nama baik negara Meningkatkan produktiviti demi negara AMALAN BERTERUSAN Menuntut ilmu sepanjang hayat. Saranan Cakna tentang perkembangan ekonomi dan kestabilan politik negara. Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Berusaha untuk memajukan diri, keluarga, bangsa dan negara. Mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi. Sumber: Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Shamsul Anuar Nasarah & Zaheruddin Othman. (2016). Pembinaan bangsa Malaysia (1): Kajian empirikal tahap patriotisme belia. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 10 (159 - 170) Malaysia Sebagai Negara Maju Sumber: Jabatan Perpaduan http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ict/inovasi/13100-malaysia-sebagai-negara-maju Oktober 27
KASIH SAYANG Tajuk: Daulat Tuanku ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Sistem Raja Berperlembagaan Idea Kedaulatan Sistem Raja Berperlembagaan. Taat setia kepada raja. “Malaysia bukanlah kerajaan beraja yang mutlak ataupun yang turun-temurun tetapi Malaysia mempunyai Raja bergelar Yang di-Pertuan Agong yang bersemayam selama 5 tahun, mengikut satu sistem yang unik di dunia. Baginda dipilih oleh Majlis Raja-raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja.” Sumber: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/profil/pemilihan-yang-di-pertuan-agong#section=p1 AMALAN BERTERUSAN Taat dan setia kepada raja dan negara. Fokus Sistem Raja Berperlembagaan. Kepentingan Sistem Raja Berperlembagaan. Tanggungjawab dan peranan kepada raja dan negara. Saranan Menjelaskan proses pelantikan Yang Di-Pertuan Agung (YDPA) di Malaysia. Memahami fungsi YDPA dan Majlis Raja-Raja. Menjauhi sikap suka menghina dan merendah-rendahkan institusi beraja. Oktober 28
HORMAT-MENGHORMATI Tajuk: Malaysia Harmoni ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Perpaduan nasional Fokus Konsep integrasi nasional. Peranan media massa ke arah perpaduan. Pendidikan wadah perpaduan. Idea Prejudis dan polarisasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Integrasi nasional. “Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu, Cina dan India.” Sumber: Jabatan Penerangan http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/15970-per paduan-penting-dalam-menjamin-keharmonian-negara.html AMALAN BERTERUSAN Berlapang dada menerima pandangan orang lain. Saranan Bertolak ansur dan sabar dalam setiap tindakan. Mengamalkan sifat percaya dan hormat-menghormati. Sekolah dijadikan sebagai wadah perpaduan. November 30
HORMAT-MENGHORMATI Tajuk: Amanah dan Integriti ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS INFO Warga berintegriti Fokus Konsep integriti dalam tugas. Peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kesan rasuah kepada individu, keluarga dan negara. Faktor gejala rasuah berleluasa. Idea Sifar rasuah. Penyalahgunaan kuasa. Cara melaporkan rasuah: 1) Bila kejadian berlaku 2) Dimana kesalahan dilakukan 3) Siapa yang terlibat dan yang boleh membantu 4) Apa kesalahan yang dilakukan 5) Kenapa kesalahan dilakukan 6) Bagaimana transaksi rasuah tersebut dilakukan Sumber: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) https://www.sprm.gov.my/index.php/penguatkuasaan/laporkan-rasuah AMALAN BERTERUSAN Menjauhi amalan rasuah dalam kehidupan. Saranan Menolak sebarang pemberian atas kepentingan peribadi. Memelihara diri daripada memberi dan menerima rasuah. Jujur dalam percakapan dan tindakan. Menjalankan tugas dengan penuh integriti. November 31
HORMAT-MENGHORMATI Tajuk: Khazanah Alam ASPEK PENYAMPAIAN KANDUNGAN TEKS Bumi dan ekosistem Fokus Kepentingan memelihara dan pemuliharaan alam sekitar. Langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Alam semulajadi aset berharga negara. Idea Alam semula jadi khazanah negara. Pembangunan lestari dan ekosistem semakin terancam. Tahap kesedaran masyarakat masih rendah. AMALAN BERTERUSAN Sayangi bumi kita. Saranan Melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong yang dianjurkan. Kempen menanam pokok untuk menghijaukan persekitaran sekolah dan rumah. Mengambil bahagian dalam Kempen ‘Sifar sampah’ dan Hari Bumi. November INFO Sambutan Hari Bumi diraikan pada 22 April setiap tahun seluruh dunia sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar pada setiap tahun telah terlibat dalam penganjuran program-program kese- daran alam sekitar sempena Sambutan Hari Bumi sebagai usaha dalam meningkatkan kesedaran masyarakat di Malaysia terhadap alam sekitar. Sumber: https://ras.doe.gov.my/v2/hari-bumi/ 32
MANUAL KESEDARAN SIVIK DAN AMALAN NILAI MURNI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH
PANEL PENULIS MANUAL KESEDARAN SIVIK DAN AMALAN NILAI MURNI SEKOLAH RENDAH Cik Noor Aisyah binti Ibrahim Dr. Nur Hanani binti Hussin En. Mohd Khairi bin Ramlee Datin Nor Sa'adah Binti Mat Akhir En. Ruzain Syukur bin Mansor Pn. Nurulain binti Aezman Pn. Fauzalina binti Ahmad Tuan Bismi Izani binti Tuan Ab. Rahman En. Mohd Helmie bin Musa Pn. Lim Tsuey Lan En. Mohd Sukri bin Aziz En. Sundarajan Nadarajan En. Anwar bin Mohd Salleh Pn. Siti Salmah binti Othman Pn. Norhayati binti Haji Muhamad Arazi Pn. Haslindawati binti Mohamad Isa Pn. Siti Yusheila binti Md Rashid 34 Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni PENASIHAT Tn. Hj. Hassan Nudin bin A.Hamid PASUKAN TINDAK SUSUL Tn. Haji Mohamad Zaki bin Hamid Pn. Rosmuni binti Saudin Cik Noor Aisyah binti Ibrahim En. Mohd Khairi bin Ramlee En. Mohd Fadzil bin Ibrahim PENGHARGAAN
PANEL PENULIS MANUAL KESEDARAN SIVIK DAN AMALAN NILAI MURNI SEKOLAH MENENGAH Pn. Rosmuni binti Saudin En. Mohd Hamidi bin Zakaria En. Mohammad Shariffuddin bin Jahuri En. Hairul Hisyam bin Adam En. Muhamad Zamri bin Awang En. Mohd Khamal bin Md Daud Pn. Nor Anisa binti Musa En. Ahmad Salehuddin bin Shafie En. Najjah bin Opir Pn. Salina binti Busrowi Pn. Nor Aishah binti Raduan Pn. K. Jasmine Annie Cleetus Pn. Maizatul Akmal binti Shafie Pn. Juma’ayah binti Md Yasin Pn. Azizah binti Hj. Mohd Rasol Pn. Mazli Sham binti Abdullah Pn. Yang Lai Wan PANEL SEMAKAN PRUF MANUAL KESEDARAN SIVIK DAN AMALAN NILAI MURNI Pn. Rosmuni binti Saudin En. Mohd Hamidi bin Zakaria En. Mohammad Shariffuddin bin Jahuri Cik Noor Aisyah binti Ibrahim En. Mohd Khairi bin Ramlee En. Mohd Fadzil bin Ibrahim Datin Nor Sa'adah Binti Mat Akhir Pn. Than Chew Keok En. Hj. Mohd Rashid bin Mean En. Abd Aziz bin Haji Mohd Darus Pn. Fildza binti Ab Razak En. Mohd Ezuan bin Abd Kadir En. Mohd Mohni bin Iskandar Pn. Nor’ain binti Ab. Rahman Pn. Norzilah binti Kabri En. On bin Arasad Pn. Rosmah binti Lamat Pn. Samsiah binti Abu Samah Pn. Zainita binti Hussain Pn. Zamiah binti Ab Ghani En. Zunaidi bin Harun En. Aminuddin bin Sarmiran En. Mohd Faizullah bin Buyong En. Mohd Norhisham bin Ahmad Pn. Fahimah binti Ali Hassan En. Mat Ariffin bin Ismail En. Ahmad Rafedy bin Ahmad Raidin Pn. Rohana binti Ali Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah 35