The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1052-25-martinating, 2023-11-27 04:11:44

PAKK2372D KKBK - PENGHASILAN PRODUK

TUGASAN 2 = KANAK-KANAK ADHD

Keywords: ADHD

PAKK2372D KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TUGASAN 2 PENGHASILAN PRODUK Pensyarah: Encik Arman Bin Ab. Sani Program Diploma Perguruan(PDP)-KDC Ambilan Oktober 2022


Ahli Kumpulan 202352380016 871009-12-5074 MARTINA TING 2023052380013 830320-12-6220 JULIANNIE BINTI SABDURANI Semester1 / Tahun 2


ISI KANDUNGAN PENGENALAN KATEGORI KANAK-KANAK ADHD CIRI-CIRI KANAK-KANAK ADHD PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK ADHD MASALAH PERKEMBANGAN DALAM PEMBELAJARAN BAGI KANAK-KANAK ADHD RUMUSAN RUJUKAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.


PENGENALAN Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) merupakan kanak-kanak berkeperluan khas yang mengalami masalah dari segi gangguan kecelaruan tumpuan dan hiperaktif. Kanak-kanak ADHD sering mengalami gangguan terhadap otak yang sedang membesar. Menurut The Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders 4th Edition (DSM-IV) yang dibangunkan oleh American Psychiatric Association mendefinikan ADHD adalah satu bentuk gangguan mental yang kekal berkaitan kecelaruan tumpuan perhatian dan tindakan hipeaktivitiimpulsif yang sering ditunjukkan dan lebih teruk daripada apa yang dilihat terhadap individu pada peringkat perkembangan dan hal ini boleh diperhatikan (Mohd Arshad, 2020). National Institute of Mental Health (2016), menyatakan kanak-kanak ADHD mengalami gejala mental yang serius khususnya kanak-kanak prasekolah. 01


KATEGORI KANAK-KANAK ADHD 02PROFIL KANAK-KANAK


CIRI-CIRI KANAK-KANAK ADHD 031. Tiada daya tumpuan yang tinggi (Inattention) terhadap pembelajaran Tingkah laku kanak-kanak yang menghidap sindrom Inattention selalunya gagal memberi perhatian secara terperinci terhadap arahan pembelajaran, kerap kali tidak mengikut arahan, sering lupa rutin, gagal menyiapkan kerja rumah, tidak mendengar ketika dibawa berbincang secara bersemuka dan seringkali mengelakkan diri daripada melakukan kerja yang memerlukan daya berfikir yang lebih.


CIRI-CIRI KANAK-KANAK ADHD 2. Terlalu aktif (Hiperaktif) Kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri hiperaktif menunjukkan tingkah laku seperti sering berjalan tanpa tujuan, kerap kali gelisah, menggerak-gerakkan tangan dan kaki sewaktu duduk, suka memanjat secara berlebihan, suka berlari dalam situasi yang tidak sepatutnya, banyak bercakap sewaktu melaksanakan tugasan dan suka mengganggu rakan sekelas.


CIRI-CIRI KANAK-KANAK ADHD Kanak-kanak yang menunjukkan impulsivity merujuk kepada tindakbalas keinginan dan perilaku yang melulu atau tingkah laku luar sedar. Kanak-kanak ini akan cepat memberi jawapan dan respon melulu sebelum soalan selesai diutarakan, suka mencelah, mengganggu perbualan, tidak sabar menunggu giliran bermain dan berbaris serta sering berbicara berlebihan yang tidak sesuai dengan adab sopan santun. 3. Impulsivity


PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK ADHD 01 Aktiviti Sukan 02 Amalkan rutin harian yang ringkas Merujuk kepada kajian Mohd Arshad (2020) berkenaan terapi sukan bagi kanak-kanak ADHD memberi kesan yang baik terhadap perubahan tingkah laku negatif dan menunjukkan kemajuan seperti mengetahui tentang peraturan sukan, proses penilaian prestasi dan kemahiran-kemahiran asas dalam sukan. Perubahan tingkah laku negatif yang dimaksudkan adalah seperti kerap ke tandas, mengganggu rakan lain, mengejek dan ingkar arahan jurulatih ketika intervensi inklusif sukan yang dijalankan. Dalam masa tiga minggu intervensi inklusif sukan dijalankan dapat menghapuskan tingkah laku negatif bagi kanak-kanak ADHD. Pada masa yang sama, intervensi sukan ini juga dapat mengurangkan simptom-simptom ADHD dan menggalakkan hubungan sosial yang lebih baik. Kanak-kanak ADHD akan dapat mengawal kata hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu dengan bimbingan dan latihan yang diberikan oleh guru dalam mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak dan membuat pengekalan tingkah laku terhadap rutin harian serta memahami dan mengamalkan papan tanda sosial seperti contoh “SILA IKUT BARISAN”. 04


PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK ADHD 03 Aktiviti Fizikal 04 Penggunaan alat pandang-dengar dalam pembelajaran Menurut kajian Kannamah (2019) menyatakan melalui aktiviti fizikal dapat membantu kanak-kanak ADHD meningkatkan keyakinan diri, membangunkan nilai harga diri dan meningkatkan keupayaan untuk mengawal tingkah laku dalam situasi sosial sesuai dengan keinginan sekolah dan rakan sebaya. Pergerakan dilihat sebagai intervensi berkesan dalam mengurangkan simptom kanak-kanak ADHD seperti kurang daya tumpuan, impulsif, hiperaktif, kebimbangan, fungsi eksekutif dan gangguan sosial. Salah satu contoh aktiviti fizikal adalah pergerakan gamifikasi (Kinaesthetic Gamification – KG) mampu membantu membentuk kanak-kanak hiperaktif menjadi tenang dan berfokus. KG merupakan gabungan pergerakan seluruh badan dan berserta permainan gamifikasi. Kemahiran guru dalam membimbing kanak-kanak ADHD ini penting terutamanya dalam penggunaan media dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan media dan teknologi dalam PdP dapat menarik tumpuan dan meningkatkan daya ingatan kanak-kanak ADHD. Selain teknologi, penggunaan poster, lukisan dan gambar juga boleh digunakan.


PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK ADHD 05 Pengurusan Diri Kanak-kanak ADHD akan dapat mengingati peralatan pembelajarannya dengan latihan setiap hari iaitu membezakan buku pelajaran dengan melabelkan warna sama di atas buku dan alat tulis diletakkan di bekas pencil sebagai tanda tempat menyimpan alat tulisnya. Dengan memberi semangat dan motivasi secara berterusan dapat menaikkan rasa harga diri dan membantu keyakinan diri kanak-kanak ADHD. Penyediaan satu buku khas untuk merekodkan kerja sekolah salah satu cara untuk kanak-kanak ini ingat pesanan yang guru sampaikan kepadanya dengan cara menunjukkan buku rekod dan ditandatangani oleh ibu bapa.


PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK ADHD Penguasaan Bahasa dan 0 Matematik 6 Kanak-kanak boleh menyebut dan mengenal huruf abc tanpa bantuan guru. Bagi subjek Matematik, kanak-kanak boleh menyebut dan mengenal nombor 1 hingga 10 tanpa bantuan guru dan boleh menyelesaikan operasi tambah objek dengan bimbingan guru.


MASALAH PERKEMBANGAN DALAM PEMBELAJARAN BAGI KANAK-KANAK ADHD 1. Aktiviti Sukan -Merujuk kepada simptom ADHD iaitu tiada daya tumpuan yang tinggi khususnya terhadap rutin latihan sukan. 2. Pengurusan diri di sekolah -Kanak-kanak ADHD “inattention” tidak dapat mengurus diri sendiri dan sering berlaku kehilangan peralatan sendiri terutama di sekolah. Disebabkan permasalahan ini terjadi ia boleh mengganggu proses pembelajaran di dalam bilik darjah. 05


MASALAH PERKEMBANGAN DALAM PEMBELAJARAN BAGI KANAK-KANAK ADHD 3. Penguasaan dalam penggunaan Bahasa -Kanak-kanak didapati kurang penguasaan dalam komunikasi seperti contoh tidak dapat menyusun ayat semasa berkomunikasi dengan orang lain dan kurang fokus terhadap tugasan yang dilaksanakan di dalam kelas. 4. Belum menguasai kemahiran menulis -Kanak-kanak juga belum menguasai kemahiran menulis dengan betul. Perkembangan otot jari masih lemah dan kanak-kanak sukar untuk memegang pensel dengan betul.


MASALAH PERKEMBANGAN DALAM PEMBELAJARAN BAGI KANAK-KANAK ADHD 5. Kawalan emosi -Kanak-kanak ini juga belum mahir untuk mengawal emosi diri dengan baik dan perlu banyak bimbingan dari guru dan ibu bapa.


RUMUSAN 06Kanak-kanak ibarat kain putih dan tugas ibu bapa untuk mencorakkannya. Pada masa kini, kebanyakan ibu bapa bergantung sepenuhnya kepada golongan pendidik untuk mendidik dan memperkembangkan potensi kanak-kanak berkeperluan khas terutamanya kanak-kanak ADHD. Dalam kanak-kanak berkeperluan khas ini menghadapi pelajaran dan mengharungi kehidupan haruslah dibantu oleh semua pihak termasuklah warga sekolah, pihak pentadbir, jabatan dan ibu bapa. Kerajaan menerusi Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia boleh memperkasakan program Pendidikan Khas untuk Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) tidak mengira kategori di seluruh negara bagi mengelakkan kekeliruan dalam aspek Pendidikan untuk aliran perdana dengan murid berkeperluan khas.


LAMPIRAN Amali Melipat Pakaian Acara Sukaneka Tahunan


Aktiviti Kreativiti Sesi PdPC


Video Aktiviti PdPC PPKI SK PEKAN, LAHAD DATU.


Surat Akuan Kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga


Surat Sokongan Menjalankan Penilaian Bagi Murid Calon Berkeperluan Khas


R U J U KA N Kannamah. (2019). Kesan KG (Kineasthetic, Gamification) terhadap tingkah laku disruptif dalam kalangan kanak-kanak (ADD/ADHD) sekolah rendah masalah pembelajaran. Muslim Journal of Social Science and Humanities, 398-405. Mohd Arshad, M. F. (2020). Intervensi Inklusif Sukan Terhadap Murid Gangguan Kecelaruan Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). Asia Pacific Journal of Educators and Education, 131-143. 07


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version