The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAKK2302D SOSIO EMOSI DAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1052-25-martinating, 2023-08-28 09:29:43

PORTFOLIO FAKTOR PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

PAKK2302D SOSIO EMOSI DAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Keywords: FAKTOR EMOSI

KAMPUS TAWAU, KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI NO.27, 91009, TAWAU, SABAH NAMA : MARTINA TING ANGKA GILIRAN : 2023052380016 NO KAD PENGENALAN : 871009-12-5074 NO KAD MATRIK : 9110 KUMPULAN / UNIT : PDP (KDC) AMBILAN OKTOBER 2022 / PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SEMESTER / TAHUN : SEMESTER 3 / TAHUN 1 KOD / NAMA KURSUS : PAKK2302D SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK NAMA PENSYARAH : MADAM ESTHER KWE CHOI LEAN JENIS TUGASAN : TUGASAN 2 – PENGHASILAN PORTFOLIO TARIKH HANTAR : 29 JULAI 2023


MARTINA TING 2023052380016 PORTFOLIO PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK


1.0 PENGENALAN Perkembangan kanak-kanak dari segi memahami tingkah laku, niat, perasaan orang lain dan kawalan emosi merupakan kemahiran bersosial yang membolehkan kanak-kanak mencipta dan menetapkan hubungan serta belajar berkenaan tingkah laku yang bersesuaian dengan budaya dan masyarakat setempat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Pelbagai teori perkembangan kanak-kanak telah dijadikan rujukan untuk membentuk kurikulum, dasar dan program dalam pendidikan di negara kita. Perkembangan kanakkanak dapat dirujuk melalui teori-teori seperti teori perkembangan kognitif Jean Piaget, teori perkembanan psikososial Eric Ericson, teori perkembangan fizikal Robert Havighurst dan teori perkembangan kematangan Arnold Gesell. Berdasarkan teori kematangan yang dinyatakan oleh teori Arnold Gasell (1880-1961) menyatakan tingkah laku seseorang berkembang mengikut turutan masa yang tetap. Contohnya, bayi berusia sebulan akan menangis dengan cara berbeza seperti menangis lapar atau sakit perut. Di usia 1 tahun, bayi akan mula belajar untuk merangkak, duduk dan berdiri. Pada usia 2 hingga 3 tahun, kanak-kanak mula bertutur dengan ayat mudah dan tidak lengkap. Perkembangan sahsiah semakin kukuh pada usia 3 hingga 4 tahun dimana kanak-kanak mula menuruti arahan ringkas daripada ibu bapa dan guru. Perkembangan sosial kanak-kanak mula terbentuk pada usia 5 hingga 6 tahun kerana kanak-kanak mula bersosial dan bergaul dengan rakan sebaya di pra sekolah serta dapat membezakan di antara betul dan salah suatu perkara.


2.0 FAKTOR DAN IMPLIKASI PERKEMBANGAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAKKANAK 2.1 PERSEKITARAN Persekitaran adalah keadaan yang ada di sekeliling setiap kanak-kanak pada setiap masa. Faktor persekitaran merupakan faktor utama yang sangat mempengaruhi dalam perkembangan emosi dan tingkah laku kanak-kanak. Keadaan yang ada di sekeliling kanak-kanak adalah seperti keluarga, rakan sebaya, perapatan iaitu guru dan sekolah. 2.1.1 Keluarga Genetik dan baka Keluarga merupakan individu yang sangat dipercayai oleh kanakkanak. Keluarga adalah faktor dalaman meliputi faktor genetik dan baka yang mempengaruhi emosi dan tingkah laku yang ada pada diri kanak-kanak. Faktor baka atau dengan kata lain adalah keturunan yang mempengaruhi dari segi saiz badan, warna kulit, jenis darah dan penyakit. Berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, Modul Thalassaemia, edisi pertama, 2017, beberapa penyakit yang diwarisi daripada ibu bapa kanak-kanak salah satunya adalah “Thalassaemia”. “Thalassaemia” adalah penyakit kecacatan darah dan penyakit genetik yang mengalami sel darah merah mudah pecah dan musnah. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak sering kelihatan pucat, lemah dan resah dan “Anemia” yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas serta kurang selera makan. Kanak-kanak yang menjadi pesakit Talasemia ini akan berubah menjadi pasif, kurang bersosial dengan rakan sebaya dan suka bersendirian. Latar belakang keluarga Perkembangan emosi dan tingkah laku kanak-kanak sangat berkaitan rapat dengan latar belakang keluarga mereka. Bagi ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan dan latar belakang keluarga yang sangat rendah masih bertanggapan jika anak mereka tidak sakit, bermakna anak mereka tidak mengalami masalah (Khadijah, 2022). Perlu difahami bahawa masalah bukan hanya dilihat kepada penyakit atau lemah sahaja tetapi merangkumi pelbagai aspek. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 1998, menerangkan kesihatan merujuk kepada suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi. Kesempurnaan fizikal merujuk kepada luaran kanakkanak dimana menunjukkan kanak-kanak tersebut mudah untuk bergerak seperti mempunyai anggota badan yang normal bagi memudahkan kanak-kanak untuk berlari, melompat dan berjalan. Bagi kesihatan mental pula merujuk kepada ekspresi emosi agar diri dapat menyesuaikan dan mengendalikan tekanan dalam keadaan sekeliling. Contohnya, jika berlaku penceraian diantara


ibu bapa didapati memberi kesan negatif kepada kanak-kanak seperti tekanan dan kemurungan. Kanak-kanak mula menyisihkan diri ketika berada di sekolah kerana mengalami gangguan emosi. Sosial ekonomi Masalah ekonomi juga turut memberi kesan kepada kanak-kanak. Komitmen ibu bapa kepada kanak-kanak menjadi kurang dan tidak dapat meluangkan masa bersama kanak-kanak kerana sibuk dengan kerja bagi menampung kos hidup keluarga (Nuraimirah, 2019). Kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa akan menunjukkan tingkah laku negatif seperti kebimbangan melampau kerana tiada keyakinan diri. Oleh itu, penglibatan ibu bapa perlu terutama dalam pendidikan bagi membantu dalam perkembangan menyeluruh kanak-kanak agar dapat menunjukkan keyakinan diri pada kanak-kanak (Khairun, 2021). Gaya asuhan ibu bapa Gaya asuhan ibu bapa menurut Baumrind (1971) adalah terbahagi kepada tiga jenis iaitu gaya asuhan autoritatif, gaya asuhan autoritarian dan gaya asuhan permisif. Gaya asuhan autoritatif menurut Baumrind, kanak-kanak yang dibesarkan oleh gaya asuhan ibu bapa yang demokratik cenderung menjadi lebih bertenaga, suka menjelajah, mempunyai perasaan ingin tahu tinggi, dapat mengawal diri dan bersikap baik kepada rakan sebaya. Ibu bapa yang mempunyai sifat kawalan yang tinggi tetapi kurang dalam tanggungjawab merupakan gaya asuhan autoritarian. Gaya asuhan autoritarian akan menunjukkan emosi kanak-kanak yang berfikiran negatif, pendendam, bimbang yang melampau, cemas dan konsep kendiri rendah. Selain itu, kanak-kanak yang menerima gaya asuhan autoritarian juga akan menunjukkan tingkah laku seperti pendiam, pemalu, sering memberontak dan kurang motivasi untuk berdikari. Gaya asuhan ketiga adalah gaya asuhan permisif merujuk kepada ibu bapa yang mesra dan bertanggungjawab tetapi lemah dalam kawalan dan peraturan yang tidak ketat serta kurang prihatin terhadap anak-anak (Mariani, 2016). Gaya asuhan ini akan mengakibatkan kanak-kanak terlalu bergantung. Contohnya, kanak-kanak dapat apa sahaja yang mereka inginkan daripada ibu bapa. Tetapi kanak-kanak akan berasa kecewa kerana ibu bapa lebih mementingkan hal mereka berbanding anak-anak (Azizi, 2023). Oleh yang demikian, ibu bapa perlu menyesuaikan gaya asuhan kepada kanak-kanak mengikut kesesuaian dan mengikut keperluan bagi mendisiplinkan mereka (Azizi, 2023). 2.1.2 Rakan sebaya Emosi dan tingkah laku yang baik membantu kanak-kanak untuk membina hubungan persahabatan dengan rakan sebaya di pra


sekolah. Komunikasi yang baik merupakan faktor utama dalam proses pembelajaran agar dapat berjalan dengan lancar dan kanak-kanak akan mudah faham tentang apa yang di ajar oleh guru (Zaleha, 2021). Kanak-kanak tidak akan berasa terasing dan menunjukkan sifat aktif dan yakin pada diri apabila setiap pertanyaan diberi perhatian dan mendapat respon yang baik oleh guru dan rakan-rakan. Manakala, kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi dan tingkah laku berlaku apabila kemahiran komunikasi mereka kurang mahir dan rakan sebaya tidak memberi respon dan tidak memberi layanan baik kepada kanakkanak. Kanak-kanak yang bertingkah laku bermasalah seperti membuli, bergaduh dan hiperaktif akan diasingkan oleh rakan sebaya kerana mereka dianggap menyusahkan, membahayakan dan menganggu rakan-rakan yang lain dan seringkali dianggap nakal dan jahat (Zaleha, 2021). 2.1.3 Perapatan Perapatan sering kali dikaitkan dengan hubungan guru dan kanakkanak. Guru memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pemudahcaraan di sekolah. Guru perlu menunjukkan sikap dan tindakan yang baik agar dapat mempengaruhi tingkah laku kanakkanak yang melihatnya. Berdasarkan teori pembelajaran Albert Bandura (1977) menerangkan bahawa tingkah laku, persepsi dan tindakan yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh pemerhatian (Mas'ulah, 2019). Seorang guru yang prihatin dan sentiasa menyokong pembelajaran muridnya dapat memberi kesan positif terutama dari segi perkembangan akademik dan sosial murid (Syahruan, 2015). Kepedulian guru terhadap muridnya akan memberi impak yang baik dan dapat dilihat apabila kanak-kanak menunjukkan emosi dan tingkah laku yang gembira dan suka datang ke sekolah. Bukan hanya menunjukkan sikap prihatin dan menyokong guru kepada kanak-kanak tetapi guru perlu berkomunikasi dengan nada suara yang bersesuaian dengan keadaan, bersikap dan tindakan peka terhadapa keperluan murid dan mesra juga merupakan faktor untuk kanak-kanak suka datang ke sekolah. 2.2 SUMBER TEKNOLOGI DAN PENGARUH MEDIA ICT (Information, Communication and Technology) telah digunakan secara meluas dalam pendidikan. Penggunaan ICT digunakan dari peringkat rendah kanakkanak hinggalah di peringkat tinggi. ICT digunapakai dalam pendidikan adalah sebagai alat bantu mengajar dan sebagai platform memudahkan komunikasi dan kolaborasi bersama ibu bapa (Norazly, 2021). Norazly et al. 2021, mengatakan lagi bahawa terdapat tiga isu yang dibangkitkan terhadap kesan penggunaan teknologi dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah seperti isu kesihatan dan keselamatan kanak-kanak, isu kesediaan dan kompetensi pendidik dan isu infrastruktur dan kemudahan sumber.


Isu Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak Penggunaan gajet yang terlalu lama memberi kesan buruk terhadap kesihatan kanak-kanak terutama dari segi komunikasi dan masalah pembelajaran. Disebabkan terlalu fokus dengan gajet, kanak-kanak akan mengalami kelewatan dalam bertutur kerana kanak-kanak tiada interaksi dengan orang disekelilingnya dan gangguan emosi seperti marah, memberontak dan kurang tidur juga berlaku kepada kanak-kanak. Oleh itu, pembelajaran kanak-kanak semakin merosot kerana mereka akan rasa mengantuk sepanjang sesi persekolahan. Disebabkan masalah penggunaan gajet memberi kesan negatif kepada kanak-kanak, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh individu dewasa terutama ibu bapa dan guru seperti menghadkan masa, memilih gajet yang bersesuaian dan memilih aplikasi yang membantu mengoptimumkan perkembangan kanak-kanak. 2.3 PERBEZAAN INDIVIDU Setiap individu adalah berbeza dari segi fikiran, fizikal, emosi, tingkah laku, percakapan dan banyak lagi. Begitu juga dengan kanak-kanak yang mempunyai perbezaan emosi dan tingkah laku sama ada negatif atau positif. Jika berlaku tingkah laku negatif di kalangan kanak-kanak seharusnya di beri perhatian dan diperbetulkan yang kadar segera agar dapat dikurangkan masalah tersebut daripada menjadi serius dan berterusan (Kartigesan, 2021). Tingkah laku disruptif merupakan contoh tingkah laku negatif yang sering di tunjukkan oleh kanak-kanak. Tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku yang membahayakan orang lain kerana mengganggu dan menjejaskan proses pembelajaran yang sedang dilaksanakan seperti contoh menjerit, hiperaktif, bercakap tanpa kebenaran, tidak fokus, bertindak agresif dan tidak mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan (Mardiah, 2021). Kanak-kanak ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder) adalah dalam kalangan kanak-kanak bertingkah laku disruptif. Satu kaedah yang boleh dilakukan bagi membantu dan membentuk kanak-kanak ADHD adalah Kinaesthetic Gamification (KG). Kaedah KG merupakan pergerakan seluruh badan dan berserta permainan gamifikasi yang mampu menghasilkan rasa keseronokan dan kepuasan dalam diri kanak-kanak ADHD bagi membantu dalam keupayaan untuk mengawal tingkah laku diri (Kannamah, 2019). 2.4 MASALAH SOSIAL Proses perkembangan emosi dan tingkah laku kanak-kanak sangat berkaitan rapat dengan masalah sosial seperti penderaan. Menurut Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, penderaan kanak-kanak merupakan satu tindakan pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak yang menyebabkan wujud risiko dalam kelangsungan hidup kanakkanak untuk membesar dalam keadaan yang sihat dan bermaruah (M.Zamre, 2022). Penderaan kanak-kanak dalam Akta Kanak-kanak (2001) dikategorikan kepada empat jenis iaitu penderaan fizikal, penderaan emosi, penderaan seksual dan pengabaian. Berdasarkan Lia et al. 2022, keempat-empat penderaan ini memberi kesan buruk dan mendalam kepada kanak-kanak seperti kecelaruan


mental, keresahan atau kemurungan bagi penderaan emosi. Kecederaan di bahagian tubuh kanak-kanak akibat kekerasan yang disengajakan merupakan kesan penderaan fizikal dan penderaan seksual pula terjadi apabila kanak-kanak sebagai peserta atau pemerhati dalam aktiviti berunsur seks atau kanak-kanak tersebut dieksploitasikan oleh mana-mana individu bagi memuaskan nafsunya atau orang lain (Akta Kanak-kanak, 2001). Dengan adanya elemen kesejahteraan keluarga beragama seperti pengamalan nilai-nilai moral dalam ahli keluarga, hubungan baik antara ibu bapa dan anak serta ibu bapa menunjukkan contoh yang baik kepada anak merupakan elemen tertinggi dalam usaha mencegah penderaan seksual terhadap kanak-kanak daripada berlaku (Nabilah, 2020). Selain itu, Program Pendidikan Kesihatan Peproduktif dan Sosial (PEERS) Prasekolah yang diadakan di semua prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dalam masa satu hari secara serentak di seluruh Malaysia. PEERS ini perlu diteruskan agar dapat membanteras penderaan seksual dan dapat memberi pendidikan secara berterusan tentang kesedaran kepada kanakkanak terutama di prasekolah berkaitan jenayah seksual terhadap mereka.


3.0 PERANAN GURU DALAM PERKEMBANGAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAKKANAK 3.1 ROLE MODEL (TAULADAN) Guru seringkali dijadikan role model oleh anak didik mereka kerana bagi kanakkanak, guru merupakan seseorang yang boleh mereka percayai dari semua aspek. Selain sebagai contoh kepada kanak-kanak, guru juga bertindak sebagai pembentuk nilai murni. Setiap ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru kepada kanak-kanak akan diterima dan diyakini sebagai benar, betul dan tepat oleh mereka tanpa perlu dibuktikan. Selain ilmu pengetahuan yang disampaikan, kanak-kanak turut mencontohi tingkah laku guru mereka setiap hari seperti contoh cara bercakap, cara berjalan dan segalanya (Novela, 2022). Tauladan yang ditunjukkan oleh seorang guru dapat mendisiplinkan pelajarnya dari segi perkembangan tingkah laku positif seperti dapat mengikuti peraturan sekolah, rajin untuk hadir ke sekolah, berpakaian kemas, dapat mengawal diri daripada masalah, menunjukkan sifat empati dan berkomunikasi dengan sopan (Khairuddin, 2022). 3.2 MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru merupakan seorang pendidik yang akan mengajar kanak-kanak dengan pelbagai ilmu yang baru bagi mengembangkan potensi kanak-kanak secara holistik. Guru bertindak sebagai pendidik, pengasuh, pengurus, fasilitator, mentor dan kaunselor sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan di dalam bilik darjah serta menyediakan pendidikan yang berkualiti (Zulkifly, 2021). Guru perlulah melaksanakan pengajaran berpusatkan murid. Berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, pembelajaran berpusatkan murid menunjukkan kefahaman yang lebih tinggi dan lebih positif daripada kaedah konvensional. Selain itu, guru juga bertanggungjawab menilai hasil pembelajaran murid dan melakukan penelitian serta berkolaborasi kepada masyarakat (Nahdatul, 2019). 3.3 MERENCANA Guru bertanggungjawab dalam merencanakan proses pembelajaran yang berkualiti kepada kanak-kanak. Dalam merencanakan proses pembelajaran, guru haruslah menetapkan beberapa aspek seperti tujuan pembelajaran, bahan bantu mengajar dan strategi yang digunakan serta pengukuhan di akhir pembelajaran. Tujuan pembelajaran adalah memberi fokus kepada kanak-kanak agar mereka dapat memahami topik yang dipelajari pada hari tersebut. Bagi meningkatkan kefahaman kanak-kanak tentang apa yang dipelajari mereka, bahan bantu mengajar perlu diwujudkan. Guru perlu merancang bahan bantu mengajar secara sistematik mengikut kesesuaian aktiviti dan perkembangan yang hendak dicapai. Selain itu, bahan bantu mengajar perlulah menarik agar kanak-kanak teruja untuk belajar (Nahdatul, 2019). 3.4 PENGUKUHAN Proses pengukuhan boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Kemahiran pengukuhan yang guru laksanakan sangat penting dan berkaitrapat dengan


perkembangan tingkah laku kanak-kanak. Kemahiran pengukuhan dapat memberi kesan positif dalam membentuk tingkah laku dan emosi kanak-kanak secara tidak langsung kerana guru akan memberi pujian dan motivasi kepada kanak-kanak jika memberi tindak balas kepada setiap pengukuhan yang dilakukan. Kanak-kanak akan lebih bersemangat kerana merasakan usaha mereka dihargai oleh guru dan keyakinan kanak-kanak dalam pembelajaran semakin bertambah. Pengukuhan juga akan melatih kanak-kanak lain untuk berusaha menunjukkan prestasi yang baik agar mendapat penghargaan dari gurunya (Habibah, 2022). 3.5 PENGGERAK PEMBELAJARAN Guru bertanggungjawab untuk mempelbagaikan kaedah dan aktiviti pengajaran bagi memudahkan pemahaman murid yang pelbagai kecerdasan. Contohnya aktiviti “Hand-On” dan menggunakan bahan maujud. Selain itu, guru perlu mengelakkan berlakunya pertengkaran atau pergaduhan di dalam bilik darjah dalam kalangan murid dan sentiasa mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan menggembirakan murid. Oleh itu, guru perlulah menggelakkan diri dari menggunakan bahasa atau pertuturan yang berbaur perkauman dan sensitiviti kaum agar murid selesa dan senang mendekati guru. Guru haruslah menunjukkan rasa sayang terhadap murid agar mereka rasa dihargai dengan mewujudan mereka disisi guru. 3.6 PEMBIMBING Guru merupakan pembimbing dengan cara bimbingan berbentuk individu atau secara berkumpulan. Pengurusan turut dilakukan oleh seorang guru seperti menguruskan susunan meja, kerusi dan peralatan di bilik darjah agar murid merasa selesa dengan keadaan bilik darjah yang teratur dan bersih. Menjaga keselamatan serta kebajikan murid juga merupakan tanggungjawab dan peranan guru. Ini merupakan cara untuk membantu murid menyesuaikan diri di dalam bilik darjah dan suka untuk hadir ke sekolah. Guru perlu mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain. 3.7 AGEN PERUBAHAN Guru bertanggungjawab membentuk akhlak mulia dan jati diri murid disamping membina kekuatan minda dan kreativiti mereka. Ini merupakan usaha bagi mencapai matlamat negara bagi menghadapi pelbagai cabaran dunia tanpa sempadan.


4.0 AKTIVITI YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK 4.1 Aktiviti Cadangan bagi Kanak-kanak 0-2 tahun Nama aktiviti: CAPAN KAKI SAYA Sumber: http://www.freerangers.org.uk/our-blog/2016/6/14/hand-feet-painting Masa diakses: 25.07.2023 / 12:05 PM Nama Pendidik Cikgu Martina Minggu Tarikh: 25/07/2023 Masa: 10.30 pagi Hari: Selasa Umur 2 Tahun Tema Deria Saya Tajuk Capan Kaki Saya Bidang Perkembangan 1. Perkembangan Sahsiah, Sosio Emosi dan Kerohanian. 2. Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran. Pengetahuan sedia ada Kanak-kanak sudah boleh mengetahui tangan dan kaki. Objektif 1. Kanak-kanak dapat mewujudkan rasa teruja dan gembira melihat hasil capan kaki di atas kain putih. 2. Kanak-kanak boleh membuat capan kaki di atas kain putih. Tempat/Ruang Ruang aktiviti Bahan 1. Kain putih 2. Warna air 3. Berus lukisan 4. Bekas warna 5. Apron Langkah aktiviti 1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti. 2. Kanak-kanak memakai apron dengan bantuan pendidik. 3. Pendidik memberitahu aktiviti yang akan dilakukan kepada kanak-kanak.


4. Pendidik akan menerangkan bahan yang akan digunakan. 5. Kanak-kanak akan memilih satu jenis warna dan meletakkan warna di dalam bekas warna dengan bantuan pendidik. 6. Pendidik menunjukkan cara capan kaki kanak-kanak dengan mewarnakan kaki kanak-kanak dan meminta kanak-kanak mengecapkan kaki di atas kain putih. 7. Pendidik akan menggalakkan kanak-kanak lain melakukan capan kaki. 8. Pendidik memberi pujian berterusan kepada kanakkanak yang melakukan aktiviti capan kaki. 9. Pendidik akan membawa kanak-kanak untuk mencuci kaki diakhir aktiviti. 10. Pendidik mengucapkan terima kasih dan bertepuk tangan bersama kanak-kanak. Refleksi Diakhir aktiviti capan kaki, kanak-kanak lebih yakin pada diri dan berani mencuba untuk menghasilkan capan yang yang menarik hasil kreativiti masing-masing. Kanak-kanak seronok melihat hasil capan kaki mereka yang pelbagai warna. Kaedah pelaksanaan aktiviti Perhatian: 1. Guru memastikan ruang aktiviti TASKA sesuai dan selamat untuk melaksanakan aktiviti capan kaki kanak-kanak. 2. Guru memastikan bahan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh kanak-kanak berumur 0 hingga 2 tahun. 3. Guru memastikan kanak-kanak dalam keadaan sihat untuk turut dalam aktiviti. Cara pelaksanaan: 1. Guru memberi penerangan ringkas tentang aktiviti capan kaki kepada kanakkanak. 2. Guru melakukan demonstrasi langkah-langkah membuat capan kaki kepada kanak-kanak. 3. Guru akan menggunakan teknik soal jawab semasa aktiviti dijalankan. 4. Guru memberikan bimbingan berterusan kepada kanak-kanak berumur 1 hingga 2 tahun. 5. Guru akan sentiasa memastikan keselamatan kanak-kanak sepanjang aktiviti dilaksanakan. Kaedah pendekatan: 1. Belajar sambil bermain Bermain merupakan fitrah atau tingkah laku semula jadi kanak-kanak. melalui proses bermain, kanak-kanak dapat meneroka, membuat penemuan baru, membina pengalaman secara langsung dan semula jadi. Melalui bermain juga kanak-kanak akan dapat meningkatkan perkembangan sosioemosi, fizikal,


kognitif, bahasa dan paling utama dapat meningkatkan potensi kanak-kanak hingga peringkat maksimum (Chew, 2020). Contohnya, ketika kanak-kanak melakukan aktiviti capan kaki, mereka akan teruja dengan menggunakan pelbagai jenis warna. Kanak-kanak juga dapat melatih diri untuk mengikut peraturan mudah dan berkerjasama dengan guru dan rakan sebaya. 2. Bertema Pendekatan bertema merupakan pembelajaran mingguan atau bulanan bagi kanak-kanak di TASKA. Contohnya, tema Deria Saya dapat digabungjalinkan dengan perkembangan lain seperti perkembangan bahasa, perkembangan fizikal dan perkembangan awal matematik dan pemikiran logik. 3. Pembelajaran melalui pengalaman langsung Kanak-kanak dapat mencipta pengalaman melalui aktiviti capan kaki secara berulang. Bagi kanak-kanak 1 hingga 2 tahun mereka dapat membina pengalaman yang diingati dengan menggunakan teknik ulangan dalam pembelajaran. 4. Demonstrasi Kaedah demonstrasi atau dengan kata lain tunjuk cara dapat membantu kanak-kanak untuk memahami cara menggunakan alat bahan dalam suatu aktiviti yang dilaksanakan. Bagi aktiviti bersama kanak-kanak 1 hingga 2 tahun, guru perlu sentiasa membimbing kanak-kanak agar menjadikan aktiviti ini lebih bermakna. Dalam Teori Pembelajaran Sosial Bandura yang mengatakan kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan peniruan dari orang lain.


4.2 Aktiviti bagi Kanak-kanak 3-4 tahun Nama aktiviti: TENG-TENG ANAK PANAH Sumber: TASKA KEMAS Pangsapuri Mutiara Kasih, Lahad Datu. Nama Pendidik Cikgu Martina Minggu Tarikh: 22/06/2023 Masa: 10.30 pagi Hari: Khamis Umur 4 Tahun Tema Deria (Melihat) Tajuk Teng-teng Anak Panah Bidang Perkembangan 1. Perkembangan Sahsiah, Sosio emosi dan Kerohanian. 2. Perkembangan Fizikal Pengetahuan sedia ada Kanak-kanak sudah boleh melompat menggunakan dua kaki. Objektif 1. Kanak-kanak dapat meluahkan rasa gembira dan lebih yakin kerana berjaya melompat mengikut arah anak panah. 2. Kanak-kanak boleh melompat menggunakan keduadua kaki mengikut arah anak panah. Tempat/Ruang Ruang aktiviti Bahan 1. Petak empat segi sama berwarna merah. 2. Anak panah (warna merah, kuning, biru dan hijau) Langkah aktiviti 1. Pendidik menerangkan permainan teng-teng anak panah kepada murid. 2. Pendidik memberitahu dan meminta kanak-kanak menyebut warna yang terlibat pada anak panah. 3. Pendidik menerangkan tentang peraturan permainan teng-teng anak panah secara ringkas kepada kanakkanak seperti mengikut giliran ketika melompat. 4. Pendidik menunjukkan contoh cara untuk memulakan permainan.


5. Pendidik meminta kanak-kanak untuk berbaris agar mengikut giliran. 6. Pendidik meminta kanak-kanak melompat ke petak merah berbentuk segi empat sama dan badan dipusingkan mengikut arah anak panah. 7. Kanak-kanak akan menyebut warna anak panah ketika melompat. 8. Pendidik akan memastikan semua kanak-kanak melakukan aktiviti melompat dan mengarahkan badan mengikut arah anak panah dengan betul. 9. Pendidik akan memberi pujian setiap orang kanakkanak yang telah selesai melompat teng-teng anak panah. Refleksi Diakhir aktiviti, kanak-kanak menunjukkan rasa seronok dan bangga serta yakin pada diri kerana berjaya memahami dan melompat menggunakan kedua-dua kaki mengikut arah anak panah. Kanak-kanak juga dapat mengenal warna hijau, merah, kuning dan biru. Kaedah pelaksanaan aktiviti Perhatian: 1. Guru memastikan ruang aktiviti TASKA sesuai dan selamat untuk melaksanakan aktiviti teng-teng anak panah. 2. Guru memastikan bahan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh kanak-kanak ketika melompat. 3. Guru memastikan kanak-kanak sentiasa mengikut giliran ketika melompat. Cara pelaksanaan: 1. Guru memberi penerangan ringkas tentang bermain teng-teng anak panah kepada kanak-kanak. 2. Guru melakukan demonstrasi langkah-langkah bermain teng-teng anak panah kepada kanak-kanak. 3. Guru akan menggunakan teknik soal jawab semasa aktiviti dijalankan. 4. Guru memastikan semua kanak-kanak melakukan aktiviti mengikut giliran. 5. Guru akan sentiasa memastikan keselamatan kanak-kanak sepanjang aktiviti dilaksanakan. Kaedah pendekatan: 1. Belajar sambil bermain Pendekatan sambil bermain, guru perlu melibatkan demontrasi dan tidak boleh hanya diberi penerangan secara lisan sahaja. 2. Strategi berpusatkan murid Strategi berpusatkan murid merupakan strategi yang melibatkan kesemua murid secara aktif dalam suatu aktiviti. Interaksi antara guru dan murid secara tidak langsung akan wujud sepanjang aktiviti dijalankan.


3. Kaedah tunjuk cara Kaedah ini merupakan kaedah bagi membantu kanak-kanak memahami suatu permainan dengan baik. Kaedah tunjuk cara bukan hanya memberi kefahaman kepada kanak-kanak tentang suatu permainan tetapi dapat memupuk sifat bertolak ansur dan mengikut peraturan mudah seperti berbaris untuk mengikut giliran.


4.3 Aktiviti bagi Kanak-kanak 5-6 tahun Nama aktiviti: AISKRIM MATEMATIK AWAL Sumber: TABIKA KEMAS Kompleks Polis (Kelas A), Lahad Datu Nama Pendidik Cikgu Martina Tunjang Tunjang Keterampilan Diri Fokus KD 2.0 Mencapai emosi yang positif Standard Pembelajaran KD 2.1.1 Menunjukkan sikap positif iaitu: (4+) i. Sabar ii. Berdikari iii. Berkeyakinan iv. Tolong menolong v. Belas kasihan vi. kecindan KD 2.1.2 Menunjukkan sikap positif iaitu: (5+) i. kekitaan ii. Setia kawan iii. Empati Tunjang Kesepaduan BM 1.4.4 Berinteraksi menggunakan ayat mudah mengikut situasi. SA 1.1.2 Menunjukkan sikap ingin tahu, sistematik, bekerjasama dan bertanggungjawab. Objektif 1. Dapat menerapkan dalam diri sikap positif seperti berkeyakinan, tolong-menolong dan setia kawan. 2. Dapat memadankan dan menyebut bentuk seperti bulat, segi tiga dan segi empat sama. Pengetahuan sedia ada Mengetahui nombor 1 hingga 10. Kemahiran Berfikir (KBAT) Membanding beza. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Sains dan Teknologi. Penerapan Nilai 1. Berani 2. Berdikari 3. Hemah tinggi 4. Bertoleransi


5. penghargaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) BBM Aiskrim Matematik Awal Langkah 1 1. Guru bertanyakan kepada kanak-kanak sama ada sudah bersedia untuk menjalankan aktiviti. 2. Guru meminta kanak-kanak untuk meneka apa yang terdapat di dalam “Kotak Misteri”. 3. Guru memanggil beberapa orang kanak-kanak untuk mengeluarkan objek yang terdapat di dalam ‘Kotak Misteri’. 4. Kemudian, guru meminta kanak-kanak tersebut untuk meneka objek yang mereka keluarkan dari ‘Kotak Misteri’. Langkah 2 1. Guru menerangkan tentang nama warna yang terdapat pada bahan bantu mengajar. Langkah 3 1. Guru meminta kanak-kanak untuk melakukan aktiviti mengenai warna mengikut kumpulan yang telah diberikan. 2. Guru menggalakkan kanak-kanak untuk bekerjasama semasa melakukan aktiviti. Penutup (Pengukuhan) Guru meminta kanak-kanak untuk mengenal pasti dan menyebut warna berdasarkan bahan/objek yang ditunjukkan oleh guru. Guru bertanyakan perasaan kanak-kanak setelah melakukan aktiviti tersebut. Refleksi Kanak-kanak dapat melakukan aktiviti secara terkawal dengan memberikan komitmen yang baik dan dapat berinteraksi dan bekerjasama bersama rakan-rakan secara berhemah serta mengikut giliran. Kaedah pelaksanaan aktiviti Kaedah pendekatan: 1. Belajar sambil bermain Bermain merupakan fitrah atau tingkah laku semula jadi kanak-kanak. melalui proses bermain, kanak-kanak dapat meneroka, membuat penemuan baru, membina pengalaman secara langsung dan semula jadi. Melalui bermain juga kanak-kanak akan dapat meningkatkan perkembangan sosioemosi, fizikal, kognitif, bahasa dan paling utama dapat meningkatkan potensi kanak-kanak hingga peringkat maksimum (Chew, 2020). Pendekatan sambil bermain, guru perlu melibatkan demontrasi dan tidak boleh hanya diberi penerangan secara lisan sahaja. 2. Kaedah tunjuk cara Kaedah ini bagi membantu kanak-kanak memahami suatu permainan dengan baik. Kaedah tunjuk cara bukan hanya memberi kefahaman kepada kanak-


kanak tentang suatu permainan tetapi dapat memupuk sifat bertolak ansur dan bekerjasama dalam kumpulan bagi menyiapkan satu tugasan yang diberikan. 5.0 IMPLIKASI AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN TERHADAP PERKEMBANGAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK 5.1 AKTIVITI: CAPAN KAKI SAYA Melalui aktiviti ini, kanak-kanak mampu untuk mewujudkan kepercayaan dan keyakinan diri sendiri. Contohnya, kanak-kanak menunjukkan keberanian dan percaya untuk melakukan capan kaki sendiri selepas guru menggalakkan kanakkanak untuk melakukan capan kaki. Selain itu juga, kanak-kanak menunjukkan rasa gembira dan seronok apabila melihat hasil capan kaki mereka dan bebas untuk bergerak melakukan capan kaki di atas kain putih. 5.2 AKTIVITI: TENG-TENG ANAK PANAH Melalui aktiviti teng-teng anak panah, kanak-kanak mampu untuk mengikut peraturan dan cara permainan. Aktiviti ini juga dapat mewujudkan kepercayaan dan keyakinan dalam diri kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak menunjukkan keberanian dan percaya untuk melakukan lompatan mengikut arah anak panah dengan tunjuk ajar yang telah guru tunjukkan. Selain itu juga, kanak-kanak dapat membentuk diri untuk memahami peraturan seperti berbaris dan ikut giliran. 5.3 AKTIVITI: AISKRIM MATEMATIK AWAL Melalui aktiviti ini, kanak-kanak mampu untuk membentuk nilai positif iaitu dapat bertolak ansur dan bekerjasama dalam kumpulan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Kanak-kanak juga dapat membentuk keyakinan diri, disiplin diri, keberanian dan memupuk sifat sabar. Contohnya, kanak-kanak bersama-sama menyusun penyepit bentuk dan memastikan susunan warna dan bentuk adalah betul dan sama dengan kad ciri yang guru berikan.


6.0 PENUTUP Pengetahuan berkaitan perkembangan kanak-kanak banyak memberi manfaat kepada guru dan ibu bapa itu sendiri dalam membuat keputusan mengenai pembelajaran dan persepsi yang perlu ditegaskan. Oleh itu, kita perlu mengenali ke semua aspek agar dapat mengetahui kesannya ke atas perkembangan kanak-kanak. Faktor persekitaran banyak memberi kesan kepada perkembangan emosi dan tingkah laku kanak-kanak. Pembelajaran kanak-kanak bukan hanya di sekolah semata-mata tetapi perlu melibatkan semua pihak terutama ibu bapa kanak-kanak. Pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru perlulah benar dan tepat kerana ia akan membentuk diri kanakkanak tersebut. Setiap yang diajar oleh guru akan diserap keseluruhan oleh kanak-kanak tanpa tapisan. Oleh itu, guru perlu sentiasa kreatif dalam menyediakan proses pembelajaran yang menarik.


7.0 RUJUKAN Azizi, M. S. (2023). Gaya Asuhan Ibu bapa Remaja Terhadap Tingkah laku. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Chew, M. (2020). Pelaksanaan pendekatan bermain dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu murid prasekolah. Jurnal pendidikan awal kanak-kanak kebangsaan, 14-25. Habibah. (2022). Kemahiran menggunakan pengukuhan. Retrieved from University Malaysia Sabah: https://oer.ums.edu.my/bitstream/handle/oer_source_files/1847/Slaid%20Kemahiran%20 Menggunakan%20Pengukuhan%20%28Kuliah%205%29.pdf?sequence=1&isAllowed=y Kannamah. (2019). Impact of kineasthetic gamification on disruptive behaviour among children with attention deficit disorder/attention deficit hyperactive disorder (ADD/ADHD) in primary school learning diabilities programme. Muallim journal of social science and humanities (MJSSH), 398-405. Kartigesan. (2021). Mengenal pasti tingkah laku kanak-kanak melalui catatan anekdot: kajian kes di prasekolah. Jurnal penyelidikan dedikasi Jilid 19 (Bil.1) , 91-107. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2017). Modul Thalassaemia. Pusat Promosi Pendidikan Pesakit Hospital. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Senarai Semak Pengesanan Perkembangan Bayi & Kanakkanak 0 hingga 6 Tahun. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas . Khadijah, W. P. (2022). Faktor-faktor yang mempengaruhi tumbuh kembang anak di RA Rantau Prapat Kabupaten Labuhan Batu. Jurnal Pendidikan dan KOnseling, 2354-2359. Khairuddin, N. (2022). Peran Perilaku Guru dalam menciptakan disiplin siswa. Jurnal Penelitian, 1-7. Khairun, K. (2021). Hubungan antara emosi ibu bapa dengan kanak-kanak dan kepentingannya terhadap perkembangan awal kanak-kanak. Malaysian Journal of Social Sciences dan Humanities (MJSSH), 258-266. Lia, N. S. (2022). Penderaan kanak-kanak dan tatacara intervensi. Malaysian Journal of social sciences and humanities (MJSSH), 1-8. M.Zamre, A. (2022). Penderaan emosi terhadap kanak-kanak dari sudut perundangan. 19-30. Mardiah, K. (2021). Kesan intervensi terhadap tingkah laku disruptif dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Jurnal dunia pendidikan, 442-453. Mariani, S. s. (2016). Gaya asuhan ibu bapa terhadap anak-ank dalam kalangan kakitangan kolej universiti islam sultan azlan shah. Journal of Management and Science (ALQIMAH), 1-12. Mas'ulah. (2019). Teori Pembelajaran Albert Bandura dalam Pendidikan Agama Islam. 38-47. Nabilah, N. Z. (2020). Elemen kesejahteraan keluarga islam dalam menangani penderaan seksual kanak-kanak. Jurnal Pengajian Islam, 35-49. Nahdatul. (2019). Tugas guru dalam proses pembelajaran. Journal of education and instruction (JOEAI), 56-65.


Noradilah, N. S. (2020). Analisis keberkesanan penggunaan ICT dalam mendepani gelombang revolusi industri 4.0 dalam kalangan pelajar di negeri terengganu, malaysia. Asian people Journal APJ, 101-109. Norazly, J. (2021). Isu dan trend penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan awal kanak-kanak. Jurnal pendidikan awal kanak-kanak kebangsaan , 99-107. Novela, D. (2022). Peranan guru dalam mengatasi sifat pemalu anak dengan bermain sosial (Studi kasus pada anak di PAUD Ummul Qur'an Tembilahan). 12533-12543. Nuraimirah, N. S. (2019). Kesan Perceraian ke atas kanak-kanak: Perspektif Pekerja Sosial . Jurnal Psikologi Malaysia, 67-78. Syahruan, N. S. (2015). Perapatan hubungan guru dan murid serta pengaruhnya terhadap tingkah laku moral. Jurnal Perspektif, 72-83. Wiwit, N. D. (2023). Faktor yang mempengaruhi perkembangan moral pada usia sekolah dasar. Jurnal Ilmiah Pendidikan Dasar, 4867-4875. Zaleha, N. N. (2021). Ekspresi Emosi Positif Ibu bapa mempengaruhi masalah tingkah laku (luaran & dalaman) dalam kalangan kanak-kanak tadika. Jurnal Ilmi, 93-104. Zulkifly, R. H. (2021). Perancangan pengajaran guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan: Satu kajian rintis. Asian Journal of Civilizational Studies, 11-15.


Click to View FlipBook Version