1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3
BIL PERKARA 5
1. Notis Mesyuarat Agung 6
2. Perutusan Penasihat PIBG 7
3. Perutusan YDP PIBG 8
4. Atur cara Majlis dan Agenda Mesyuarat 9
5. Statistik Kehadiran AJK PIBG 2021/2022 11
6. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13 12
7. Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022 15
8. Kehadiran Guru dan Ibu Bapa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12
9. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12 23
10. Laporan Tahunan Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
35
Aktiviti-aktiviti Tahunan 2021/2022 41
11. Laporan Penyata Kewangan PIBG sehingga 30.04.2022 45
12. Usul dan Cadangan PIBG Kali Ke-13
13. Penghargaan dan terima kasih
2
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) Telefon : 03 - 91712403
Faksimili : 03 - 91712412
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERMAISURI
BANDAR SRI PERMAISURI
56000 KUALA LUMPUR
Ruj. kami: SKSP/PIBG/100-13/1/4(5)
Tarikh : 29 April 2022
Semua Ibubapa / Penjaga Murid
Semua guru
Tuan/Puan
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERMAISURI TAHUN 2022
Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti
ketetapan berikut :
Tarikh : 4 Jun 2022 (Sabtu)
Tempat : Kediaman masing-masing
Masa : 10.00 Pagi
Pelantar : Google Meet (Pautan MAT: https://meet.google.com/dej-npsx-jxf)
2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
2.1 Ucapan alu-aluan YDP / Pengerusi PIBG
2.2 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru Kali Ke -12 Tahun 2021
2.3 Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan
2.4 Membentangkan dan menerima Penyata Kira-Kira Kewangan PIBG Tahun 2021/2022
2.5 Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2022
2.6 Memilih Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023
2.7 Membahaskan usul-usul
2.8 Ucapan penangguhan
3. Sekiranya tuan / puan ada usul yang ingin dicadangkan bolehlah dikemukakan kepada
Setiausaha Kehormat PIBG selewat-lewatnya pada 24 Mei 2022 menggunakan Borang Usul yang
disertakan bersama- surat ini. Untuk makluman, usul yang dihantar tidak akan dibahaskan sekiranya
Pencadang Usul tidak hadir pada hari Mesyuarat Agung tersebut.
4. Kerjasama dan sokongan tuan /puan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan amanah,
……………………………………………..
(SITI JAMILAH BINTI MOHD NOOR)
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Seri Permaisuri, Kuala Lumpur.
s/k: Pendaftar sekolah JPN WP
1. Guru Besar SK Seri Permaisuri
2. Fail PIBG
3.
3
BORANG USUL
KEHADIRAN:
Hadir
Tidak Hadir
Sila tandakan (/) diruang kehadiran.
Nama Ibu Bapa / Penjaga :………………………………………………………………………………………………………………………..
Nama Anak :………………………………………………………. Kelas : …………….........................................
:………………………………………………………. Kelas : …………………………….........................
:………………………………………………………. Kelas : …………………………….........................
:………………………………………………………. Kelas : …………………....................................
Usul :
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
Yang benar,
………………………………………………………….
()
No. K/Pengenalan : _____________
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UNTUK KEGUNAAN URUSETIA MESYUARAT
Usul ini *DITERIMA / DITOLAK untuk dibentangkan dalam mesyuarat.
*Potong yang tidak berkenaan
4
UCAPAN ALU-ALUAN
ENCIK NADZARUDDIN BIN KASIM
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera, salam Negaraku Malaysia
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan
usaha yang jitu, maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Seri Permaisuri Kali Ke-13 dapat
dilaksanakan hari ini. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan kata-kata aluan dalam ruangan ini.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan peneraju Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Seri
Permaisuri yang telah banyak menyumbangkan bakti dalam usaha mencapai kecemerlangan di
bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah anak didik sekolah ini sekaligus merealisasikan visi
dan misi sekolah. Sesungguhnya, kita harus melipat gandakan usaha dan menguatkan iltizam
bagi terus mengangkat nama SK Seri Permaisuri.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa, barisan pentadbir, guru-guru dan staf
sokongan yang sama-sama memainkan peranan dalam melaksanakan tugas demi kecemerlangan
sekolah. Justeru kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan PIBG menjadi pendorong kepada
pemangkin kejayaan berterusan pada masa akan datang.
Pada kesempatan ini juga, saya menyeru dan mengharap kepada semua pihak agar terus
bersama-sama dan bergerak seiring bagi memastikan hasrat melahirkan generasi berpengetahuan
dan berketerampilan dalam pelbagai bidang ilmu dapat direalisasikan melalui pendidikan
berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini selaras dengan pepatah, datang
dengan harapan, pulang dengan kejayaan. Dengan rasa keinsafan bagi menunaikan amanah dan
tanggungjawab, saya percaya semua warga SK Seri Permaisuri akan bersama-sama menjulang
nama SK Seri Permaisuri menjadi sebuah sekolah yang terus gemilang.
Akhir kalam, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan sekali
lagi kepada semua AJK PIBG, guru-guru serta ibu bapa yang memberikan sokongan sepenuhnya
kepada pihak sekolah dalam melaksanakan segala aktiviti yang dirancang. Semoga majlis kita
pada hari ini berjalan lancar. Sekian.
( Nadzaruddin bin Kasim )
Penasihat
5
UCAPAN ALU-ALUAN
PUAN SITI JAMILAH BINTI MOHD NOOR
Bismillahirrahmanirrahim dan salam sejahtera
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan keizinan-Nya,
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Permaisuri Kali Ke-13 dapat diadakan seperti yang telah
dirancang. Walaupun dilaksanakan secara maya, saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas
kesudian para ibu bapa yang sanggup meluangkan masa untuk sama-sama menghadiri mesyuarat
kita pada hari ini dalam norma baharu. Kehadiran ini menunjukkan bahawa kita sentiasa
memberi sokongan kepada barisan pentadbir dan para guru di sekolah ini untuk sama-sama
menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa hadapan.
Hadirin sekalian,
Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG amat menyokong segala usaha
pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti, umpamanya Program Kecemerlangan Akademik,
Program Motivasi, Kemahiran Belajar dan sebagainya. Di samping kemajuan akademik, PIBG
juga akan sehabis baik memberikan kerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan
pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam
era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran.
Saya menyeru ahli-ahli PIBG untuk bersama-sama memberikan idea, pendapat atau maklum
balas kepada PIBG dalam usaha kita membantu pihak pentadbiran sekolah menjalankan
tanggungjawab mereka. Saya yakin, dengan berbekalkan sokongan dan kerjasama yang baik dari
pihak ibu bapa, ia membolehkan SK Seri Permaisuri terus gah serta mampu berdaya saing bukan
sahaja di negeri tetapi juga di peringkat seterusnya.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada guru besar dan
barisan pentadbir serta guru-guru yang sentiasa menyokong program-program yang dijalankan
oleh PIBG. Tidak lupa juga penghargaan dan terima kasih setulus hati dari saya kepada barisan
AJK PIBG 2021/2022 serta ibu bapa yang sentiasa menyokong dan bekerjasama sebagai rakan
sepasukan. Jasa dan budi kalian tidak akan saya lupakan. Sekian,wassalam.
( Siti Jamilah binti Mohd Noor )
Yang Dipertua
6
ATUARTURCACARRAA MMAAJLJILSIS
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13
9.30 pagi - Pendaftaran
10.00 pagi - Nyanyian lagu Negaraku
- Bacaan doa
10.30 pagi - Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
- Ucapan YDP PIBG
- Ucapan Perasmian Guru Besar
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-13 sesi 2022/2023 :
Agenda 1 : Ucapan Pengerusi
Pn. Siti Jamilah binti Mohd Noor (YDP PIBG)
Agenda 2 : Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12
Tahun 2021
Agenda 3 : Membentang dan menerima Laporan Tahunan
Agenda 4 : Membentang dan menerima Penyata Kira-kira Kewangan
PIBG Tahun 2021/2022
Agenda 5 : Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2022
Agenda 6 : Memilih jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023
Agenda 7 : Membahaskan usul-usul
Agenda 8 : Ucapan Penangguhan
7
STATISTIK KEHADIRAN MESYUARAT
TARIKH BIL
BIL NAMA AJK JAWATAN HADIR
27/12 09/04 30/05
1. En. Nadzaruddin bin Kasim Penasihat / / / 3/3
2. Pn. Siti Jamilah binti Mohd Noor Yang Dipertua / / / 3/3
3. En. Kasim bin Muhamad Naib Yang / / / 3/3
Dipertua
4. Cik Asma Alili Balqis binti Adam Setiausaha / / / 3/3
5. Pn. Siti Nurizwani binti Jasni Naib / / / 3/3
Setiausaha
6. Pn. Zamzarina binti Abdul Bendahari / / / 3/3
Muttalib
En. Muhammad Luqman bin M. Naib / / 2/3
7. Nordin Bendahari
8. Pn. Elly Hazreen binti Zainal AJK Ibu Bapa / / / 3/3
Abidin
9. Pn. Mas Ayu binti Akib AJK Ibu Bapa / / / 3/3
10. Pn. Nur Aini binti Maran AJK Ibu Bapa / / 2/3
11. En. Mohd Reduan bin Abdul Majid AJK Ibu Bapa / / / 3/3
12. En. Mohd Hanzalan bin Zakaria AJK Ibu Bapa / - - 1/1
13. Pn. Nor Azian binti Abdul Murad AJK Ibu Bapa / / 2/3
14. En. Shaharani bin Misrin AJK Guru / / 2/3
15. En. Nor Azman bin Ariffin AJK Guru / / 2/3
16. En. Anuar bin Man AJK Guru / / / 3/3
17. Pn. Logapriya Ambalagan AJK Guru / / 2/3
18. Pn. Nurul Farhanim binti Muthar AJK Guru / / / 3/3
19. Pn. Nor Julia binti Samsudin AJK Guru / / / 3/3
TURUT HADIR
20. Pn. Siti Hadalyhton binti Mokhtar GPK / / / 3/3
Petadbiran
21. Pn. Saloma binti Abdullah GPK Hal / / / 3/3
Ehwal Murid
22. Pn. Wan Mazyani binti Wan Mamat GPK / / / 3/3
Kokurikulum
GPK
23. Pn. Ros Farwiah binti Sakirin Pendidikan / / / 3/3
Khas
JUMLAH KEHADIRAN 21 20 21
Nota : Juruaudit tidak menghadiri mesyuarat kerana perlu bersifat berkecuali dan bebas dalam
menjalankan tugas-tugas mengaudit penyata kewangan PIBG. Walaubagaimanapun, dokumen-dokumen
mesyuarat dan kewangan dibentangkan kepada Juruaudit untuk tujuan mengaudit.
8
JAJAWWAATTAANNKUKAUSASKAERKJAERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13
SK SERI PERMAISURI
Penasihat : En. Nadzaruddin bin Kasim
Pengerusi : Pn. Siti Jamilah bt Mohd Noor
Naib Pengerusi : En. Kasim bin Muhamad
Setiausaha : Cik Asma Alili Balqis binti Adam
Pen. Setiausaha : Pn. Siti Nurizwani binti Jasni
Bendahari : Pn. Zamzarina binti Abdul Muttalib
Pen. Bendahari : En. Muhammad Luqman bin M. Nordin
Jawatankuasa : : En. Anuar bin Man (K)
Pendaftaran En. Thibahar a/l Ragendran
Penyediaan Buku MAT Pn. Nur Dalilah binti Mohd Redzwan
Dokumentasi/Rakaman Pn. Rofezah binti Ishak
Pengacaraan / Doa
Medium MAT / Teknikal : Pn. Logapriya a/p Ambalagan (K)
Pn. Saraniah a/p Kalidasan
Pengundian & Pemilihan AJK Pn. Nurfarihin binti Mohd Kholid
Pn. Siti Rosidah binti Mohamad Noor
: En. Shaharani bin Misrin (K)
Pn. Siti Norizah binti Nor Zaiman
Pn. Khairun Nisa binti Abd Azis
Pn. Nur Aini binti Maran
: En. Nor Azman bin Ariffin
En. Mohd Mauli Azli bin Abu Bakar
: En. Mohd Hafzanizam bin Sidik (K)
En. Muhammad Husaini bin Mansor@Mangsor
En. Mohd Abdul Aziz bin Azmee
En. Mohd Syafiq bin Sobri
En. Anuar bin Mohammad
: Pn. Siti Hadalyhton binti Mokhtar (K)
Pn. Nor Azian binti Abdul Murad
Pn. Elly Hazreen binti Zainal Abidin
En. Muhammad Luqman bin M. Nordin
Pn. Zawidatulasma binti Hajri
9
Pencatat Minit Mesyuarat : Pn. Nor Julia binti Samsuddin (K)
Hadiah / Sijil Cik Nurul Fatin Nabilah binti Abdul Khalid
Jamuan Pn. Nazneen binti Abd Halim
Urus Setia Mesyuarat
: Pn. Nurul Farhanim binti Muthar (K)
Pn. Siti Nurizwani binti Jasni
Pn. Fara Juwita binti Abdul Jalil
: Cik Nurul Sakinah binti Mansor (K)
Pn. Nur Azimah Hani binti Mohd Shaharuddin
: Cik Asma Alili Balqis binti Adam (K)
Pn. Zamzarina binti Abdul Muttalib
Pn. Saloma binti Abdullah
Pn. Wan Mazyani binti Wan Mamat
Pn. Ros Farwiah binti Sakirin
JAWATANKUASA KERJA
10
JSJAAEWWNAATTARANAKNIUKAAUSJAKAPSPIBAEGLK2A0EK2R1SJA/A2N0A22
Penasihat : En. Nadzaruddin bin Kasim ( Guru Besar )
Penolong Penasihat
: Pn. Siti Hadalyhton binti Mokhtar ( GPK Tadbir & Kurikulum )
Yang Dipertua : Pn. Saloma binti Abdullah ( GPK Hal Ehwal Murid )
Naib Yang Dipertua : Pn. Wan Mazyani binti Wan Mamat ( GPK Kokurikulum )
Setiausaha : Pn. Ros Farwiah binti Sakirin ( GPK PPKI )
Naib Setiausaha
Bendahari : Pn. Siti Jamilah binti Mohd Noor
Naib Bendahari
AJK Ibu Bapa / Penjaga : En. Kasim bin Muhamad
AJK Guru : : Cik Asma Alili Balqis binti Adam
Juruaudit Dalaman : : Pn. Siti Nurizwani binti Jasni
: Pn. Zamzarina binti Abdul Muttalib
: En. Muhammad Luqman bin M. Nordin
: 1. Pn. Elly Hazreen binti Zainal Abidin
2. Pn. Mas Ayu binti Akib
3. Pn. Nur Aini binti Maran
4. En. Mohd Reduan bin Abdul Majid
5. Pn. Nor Azian binti Abdul Murad
1. En. Shaharani bin Misrin
2. En. Nor Azman bin Ariffin
3. En. Anuar bin Man
4. Pn. Logapriya Ambalagan
5. Pn. Nurul Farhanim binti Muthar
6. Pn. Nor Julia binti Samsudin
1. En. Abdul Hafiz bin Zulkifli ( Ibu Bapa )
2. En. Syamsyul Anwar bin Dahlan ( Guru )
11
KEHADIRAN MESYUARAT
KEHADIRAN GURU KE MESYUARAT AGUNG KALI KE-12 TAHUN 2021
BIL NAMA BIL NAMA
1 AINI MUNIRAH BINTI ALIAS 36 NURUL SAKINAH BINTI MANSOR
2 ANUAR BIN MAN 37 RANDIP KAUR VALDEV SINGH
3 ANUAR BIN MOHAMMAD 38 ROZITA BINTI ISMAIL
4 ASMA ALILI BALQIS BINTI ADAM 39 ROZITA BINTI ISMAIL
5 AZRI AMIN BIN CHE DIN 40 SARANIAH A/P KALIDASAN
6 DHARSHINI A/P BALASUBRAMANIAM 41 SARIENANDI PUTERI BT MOHD ROZI
7 FARA JUWITA BINTI ABDUL JALIL 42 SHAHARANI BIN MISRIN
8 HOH SEE KHONG 43 SHARIFAH BINTI OSMAN
9 KHAIRUN NISA ABD AZIS 44 SITI NORIZAH NORZAIMAN
10 KHULYIANA BINTI MOHD ASSA'ARI 45 SITI ZAINAK BINTI SIDI AHMAD
11 MEENACI RENGASAMY 46 SITI NURIZWANI BINTI JASNI
12 MOHAMAD DZULLAILLE BIN MUHAMAD AZIM 47 SUTHA NYANACHENDRAM
13 MOHD ABDUL AZIZ BIN AZMEE 48 SYAMSYUL ANWAR BIN DAHLAN
14 MOHD HAFZANIZAM BIN SIDIK 49 SYARIFAH SYUHAINI BT. SYED ABU HASSAN
15 MOHD MAULI AZLI BIN ABU BAKAR 50 THIBAHAR A/L RAJENDRAN
16 MOHD RIZAL FAIZ BIN ROSLAN 51 UGANESWARY VENGITRAMAN
17 MUHAMMAD NAJIB NORDIN 52 ZAINI BIN MOHD ENDOT
18 MUHAMMAD SYAFIQ BIN SHAMSI 53 ZAMZARINA BINTI ABDUL MUTTALIB
19 MUHD SYAFIQ BIN SOBRI 54 ZAWANI BINTI ZAHARI
20 NAJMIAH BINTI HARON 55 ZAWIDATULASMA BT HAJRI
21 NAZNEEN BINTI ABD HALIM
22 NOOR AZIANIDA BINTI RAMLI
23 NOOR HASNIZA BINTI AHMAD
24 NOOR SYAMIM BIN NOOR YAWARIS
25 NOR AZLI BIN ABU BAKAR
26 NOR AZMAN ARIFFIN
27 NOR JULIA BINTI SAMSUDIN
28 NOR ULMA BINTI ABU MANSOR
29 NORHAFIZAH BINTI JA'AFAR
30 NUR AZIMAH HANI BT MOHD SHAHARUDDIN
31 NUR DALILAH BT MOHD REDZWAN
32 NUR HANIS ZUBAIR
33 NURFARIHIN MOHD KHOLID
34 NURUL FARHANIM BINTI MUTHAR
35 NURUL FATIN NABILAH BINTI ABDUL KHALID
12
KEHADIRAN IBU BAPA KE MESYUARAT AGUNG KALI KE-12 TAHUN 2021
BIL NAMA IBU BAPA BIL NAMA IBU BAPA
1 ABD. RAZAK BIN AWANG
2 ABDUL RAHMAN BIN ABDUL RAZAK 42 MAZLINA BINTI HAMAN
3 AHMAD IYLIA B YAACOB
4 AHMAD RIZAL BIN YAAKOB 43 MEJAR MOHD ZAKI BIN JUSOH
5 AINI FARZANA BINTI ZULKEFLI
6 AMRAN BIN REMELI 44 MOHD ADAM BIN ABDULLAH
7 ANIZAN BIN AZIZ
8 ARIZAH TALHA 45 MOHD AKMAR BIN SUMAN
9 ASILAH BINTI NAZRUL HAFIZIE
10 ASSURAHANIM BINTI MOHAMAD ASPAR 46 MOHD AZNAN BIN ALIAS
11 AZIWATI BINTI ABDUL SAMAD
12 AZRUL EFFENDY BIN ABAS 47 MOHD AZRUL NIZAM BIN ABDUL WAHAB
13 CHE MOHD SARIBUWAN BIN CHE MAT
14 ELLY HAZREEN BTE ZAINAL ABIDIN 48 MOHD FAUZI BIN BAHARIN
15 FADZLINA BINTI PAKHRURAZI
16 FARAH BINTI ISMAIL 49 MOHD FAUZI BIN ISMAIL
17 FAZLINA BINTI ABU KASSIM
18 FAZLINA OTHMAN 50 MOHD HAIRIL BIN KUISNAN
19 HAINITA BINTI ZAINAL ABIDIN
20 HAIZURI BIN YUSOF 51 MOHD KHAIRUL BIN RAMLI
21 HALINA HALIM
52 MOHD NAZIHAN BIN MOHD NAZIR
22 HAMIDAH BT CHE MAT
53 MOHD NOOR BIN MD KHALID
23 HAMIDAH YUSOFF
24 HARTINI BT HASSIN 54 MOHD RAIMI BIN MOHD YUSOP
25 HIDAYATI BINTI SANUSI
26 INTAN LIYANA BINTI BAHAROM 55 MOHD REDUAN BIN ABDUL MAJID
27 IRMASNINA BT IBRAHIM
28 IRNAWATI BINTI BASRO 56 MOHD SYAHFRI MOHD SALLEH
29 JAMALIAH BINTI ARIFFIN
30 JASLIM ARIF SHAH 57 MUSHAHIDAN MUSTAFFA
31 JULIZA BINTI KAHALID
32 JUNAIDAH BINTI MOHAMID SHARIFF 58 NANI ROHAYU BINTI ABDUL SANI
33 JUZRI ARIFF BIN JAAFAR
34 KAMZIYAH BINTI MOHD YAMAN 59 NASRI SHAMSUDDIN BIN NAHRAWI
35 KASIM MUHAMAD
36 KHAIREL KHATAB BIN ZAINAL ABIDIN 60 NIK MOHD SYAHREMAN BIN ALI
37 KHAIRUN AINUN BINTI MOHD AWAL
38 LAILA BINTI ZULKIFLI 61 NOOR AZLINA BINTI MOHD NOOR
39 MAIMUNAH SALLEH
40 MARDHIANA BINTI ABDUL RAZAK 62 NOOR FAZAREENA
41 MARLINDA BINTI MUHD JALI
63 NOORHAINIZA SHUHADA BINTI MOHD
HANAPIAH
64 NOORHAYATI BINTI AHMAD
65 NOR ASRUL FARID BIN MOHAMAD
66 NOR AZIAN ABDUL MURAD
67 NOR FADZILAH BINTI ROSELEE
68 NOR FADZILAH BINTI SANSUDIN
69 NOR HAYATI BT OSMAN
70 NOR LAYLY BINTI NUSROM
71 NOR SHAWALNI BINTI JOHARI
72 NORA ILYANA BINTI SULAIMAN
73 NORASHIDAH BINTI JADIN
74 NORFAZILA BINTI ROSLI
75 NORHAFIZAH BT RAZALI
76 NORHAFIZIN BIN ZAKARIA
77 NORLATIFAH BINTI ABDUL RAHMAN
78 NORSHAZLIN BINTI MOHD SHARIFF
79 NORSUHAILA BINTI BAHAROM AZZOHAR
80 NORWANI BT SULIKIN
81 NUR AINI BINTI AMRAN
82 NUR HASWANI BT MOHD NOH
13
KEHADIRAN IBU BAPA KE MESYUARAT AGUNG KALI KE-12 TAHUN 2021
BIL NAMA IBU BAPA BIL NAMA IBU BAPA
83 NUR HIDAYAH KEN BINTI ABDULLAH 124 ZAKIAH BINTI MOHD YUSOF
84 NUR ILMA BINTI YUSOF 125 ZANARIAH BINTI ABU KASSAIM
85 NURAYUNI ROSLI 126 ZETTY AKMAR MOHAMMAD
86 NURUL AIN BT ISMAIL 127 ZUL AZMI BIN RAHIM
87 NURUL FARAHAH BINTI MOHAMMED 128 ZURIANA BINTI ISMAIL
88 NURUL HIDAYAH BINTI SARING
89 NURUL SHAZANA
90 NURUL'AIN BINTI IBRAHIM
91 RASHDAN BIN ISMAIL
92 RASHID BIN MAT JAIS
93 ROHAIZA BINTI REJAB
94 ROHANIAH BINTI YUSOF
95 ROMANOFF BIN RIDZUAN
96 ROSENIZA BINTI SAZALI
97 RUBIAH BINTI MAT AMIN
98 SABARIAH BINTI LAWA
99 SAIDAH MOHD HASBI
100 SAIFUL NIZAM BIN ABU SAMAH
101 SAWIAH BINTI SHAMSUL ANUAR
102 SAZNEE BINTI SHAMSUDDIN
103 SHAFINA BINTI ABD HALIM
104 SHAHARUDIN BIN KHALIL
105 SHARIFAH KHADIJAH BINTI SAID NAZIR
106 SHARMINAZRIN BIN JOHARI
107 SITI AMINAH BT JUSOH
108 SITI FAEZAH BINTI MD OTHMAN
109 SITI JAMILAH BINTI MOHD NOOR
110 SITI NOR HIDAYAH BT AMBOK WIROK
111 SITI NUR SHAHILA BTE MOHD SHAHABUDIN
112 SITI RAFEAH BINTI ISHAK
113 SITI SHAHIDAH BINTI ABDUL MALIK
114 SOLEHAN BIN NAZAN
115 SRI WAHDANY KURNIA
116 SYAFARUL SYAZA NUR BINTI MANSOR
117 SYAHIDA BT MOHAMED MOKHTAR
118 SYED MOHAMED NUZUL FADZLY
119 SYUSILAWATI SYOFIANIS
120 THARANE A/P RAMASAMY
121 UMMU HIDAYAH BINTI MAT RESAT
122 WAN ASMAIRA BINTI WAN ABDULLAH
123 ZAID BIN MUSA
14
MINIT MESYUARAT
____________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK SERI PERMAISURI, BANDAR SERI PERMAISURI, KUALA LUMPUR
KALI KE-12 TAHUN 2021
Tarikh : 23 Oktober 2021 ( Sabtu )
Masa : 9.30 pagi
Platform : Google Meet
Kehadiran : (rujuk lampiran)
Perasmi : Encik Enamul Hasan bin Rusly
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Unit Pemulihan Khas Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar/Pudu
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Wilayah, diikuti dengan bacaan doa
oleh Ustaz Azri Amin bin Che Din.
Ucapan Alu-Aluan - En. Mohd Khairul bin Ramli (YDP PIBG)
• Encik Mohd Khairul mengucapkan terima kasih kepada semua yang dapat meluangkan
masa untuk hadir pada hari ini.
• Beliau juga memaklumkan bahawa tujuan PIBG adalah untuk menambah baik mutu
pendidikan agar dapat membantu pihak sekolah dalam memastikan kemenjadian murid.
Ucapan Perasmian - Encik Enamul Hasan Bin Rusly
• En. Enamul Hasan mengucapkan kesyukuran atas kemakmuran negara yang dikecapi
pada hari ini. Pendidikan mampu mengubah taraf hidup dan kerajaan telah
memperuntukkan belanjawan untuk Pendidikan negara.
• Peranan ibu bapa penting semasa pandemik ini untuk memastikan anak-anak mendapat
ilmu yang sempurna. Semua ibu bapa dan guru perlu bekerjasama semasa PdPR ini
dan melalui mesyuarat ini diharapkan dapat memberikan maklumat terkini dan bertukar-
tukar idea antara ibu bapa dengan guru.
15
AGENDA MESYUARAT
1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG – Encik Mohd Khairul Bin Ramli
1.1 Ucapan terima kasih kerana dapat berikan komitmen sepenuhnya agar dapat
mencari satu perkara baharu bagi meneruskan persekolahan dalam norma
baharu.
1.2 PIBG berperanan besar dan penting dalam membantu pihak sekolah.
1.3 Beliau mengalu-alukan kerjasama semua pihak sama ada ibu bapa, guru dan
murid-murid.
2.0 Ucapan Tuan Guru Besar / Penasihat PIBG - Encik Nadzaruddin Bin Kasim
2.1 Guru Besar menyatakan kesyukuran kerana Mesyuarat Agung Tahunan dapat
diadakan dan buat kali pertama dilaksanakan secara maya.
2.2 Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat atas tugasan yang baik, tahun
yang sangat mencabar, persekolahan tetap diteruskan secara PdPR walaupun
tidak sempurna tetapi PdP terus dijalankan.
2.3 Memaklumkan seorang murid PPKI disahkan positif Covid19, 10 orang murid
dan 7 orang guru dikuarantin. Pihak sekolah telah mengambil langkah-langkah
pencegahan dengan melakukan sanitasi.
2.4 Pihak sekolah sentiasa berusaha mewujudkan iklim sekolah yang kondusif,
kreatif, mesra, harmoni dan keseronokan dalam pembelajaran.
2.5 Hala tuju Pendidikan masih lagi berpandukan kepada hala tuju yang ditetapkan
dengan memberikan penekanan terhadap aspek kualiti.
2.6 Pembukaan Sekolah Rendah Fasa 4
2.6.1 04.10.2021 : PPKI (tiada penggiliran)
2.6.2 18.10.2021 : Pra Sekolah (tiada penggiliran)
2.6.3 01.11.2021 : Tahap 1 (penggiliran dan PdPR kendiri)
2.6.4 08.11.2021 : Tahap 2 (penggiliran dan PdPR kendiri)
2.6.5 KPM memaklumkan pelanjutan sesi persekolahan sehingga bulan
Februari 2022. Bulan Mac akan bermula persekolahan bagi sesi 2022.
2.7 Laporan Kurikulum
2.7.1 PdPR
2.7.1.1 Guru melaksanakan PdPR sebagai alternatif pembelajaran norma
baharu.
2.7.1.2 Pelaksanaan PdPR secara berstruktur dan terancang supaya
murid dapat mengikuti PdPR secara optimum.
2.7.1.3 Kejayaan PdPR murid memerlukan sekongan semua pihak iaitu
KPM, JPN, PPD, sekolah, guru, ibu bapa/penjaga dan
komuniti.
2.7.1.4 Guru mengisi SPdPR setiap hari mengikut subjek yang diajar.
16
2.7.2 PBS
2.7.2.1 Untuk melahirkan kemenjadian murid yang holistik.
2.7.2.2 Terbahagi kepada 2 iaitu :
• Akademik : Pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat
• Bukan Akademik : Pentaksiran psikometrik dan PAJSK
2.7.3 PPSR
2.7.3.1 Pendekatan berbeza dalam melaporkan kejayaan murid yang
telah melalui persekolahan peringkat rendah selama enam tahun.
2.7.3.2 Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah :
• PBD : Tahap penguasaan dalam mata pelajaran di
sekolah
• PAJSK : Kecergasan, tahap kesihatan dan penglibatan
dalam aktiviti luar bilik darjah.
• Ppsi : Kecergasan semulajadi dan aptitud
• PP : Keputusan UPSR
2.8 Laporan Hal Ehwal Murid (HEM)
2.8.1 Menjana Kesejahteraan & Kecemerlangan Warga Sekolah
2.8.1.1 Kebersihan sekolah (tiada langsir, alas meja, karpet)
2.8.1.2 Kecemerlangan dalam Penyertaan
2.8.1.3 Keseronokan Belajar
2.8.1.4 Sekolah Selamat
2.8.2 Bantuan / sumbangan Kepada Murid
2.8.2.1 Bantuan Murid Miskin
2.8.2.2 Bantuan Gerobok Rezeki
2.8.2.3 Bantuan Bakul Makanan
2.8.2.4 Bantuan Murid Kematian Ibu Bapa
2.8.2.5 RMT
2.8.2.6 Bantuan Buku Kerja dan Buku Rampaian
2.8.2.7 Bantuan Baju PJ
2.8.3 Program/Aktiviti HEM
2.8.3.1 Kursus Rintis Kepimpinan KPJ Kebangsaan 2021
2.8.3.2 Kursus Pengawas Gabungan 4 buah Sekolah Rendah
2.8.3.3 Sembang Santai Pemimpin (Pengawas dan Ketua Kelas)
2.8.3.4 Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah 2021
2.8.4 Penyertaan Pertandingan Peringkat Negeri
2.8.4.1 Pertandingan Pengurusan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)
Sekolah
2.8.4.2 Pertandingan Pengurusan Pengawas Sekolah
17
2.9 Laporan Kokurikulum
2.9.1 Pencapaian Esukan
2.9.1.1 Bola Tampar Virtual
2.9.1.2 Sepak Takraw Virtual - Daerah/ Negeri
2.9.1.3 Bola Sepak Virtual - Daerah
2.9.1.4 Bola Jaring Virtual - Negeri
2.9.1.5 Memanah Virtual - Negeri
- Negeri
2.9.2 Penyertaan Dan Pencapaian Kokurikulum Dan Sukan
2.9.2.1 Kursus Asas Perkhemahan Uniform (Online) lelaki dan
perempuan - Negeri
2.9.2.2 Merentas Desa MSSWPKL Virtual Run 2021 lelaki dan
Perempuan - Negeri
2.9.2.3 eSPORT Mobile Legend (Pasukan) - Jemputan
2.9.2.4 Pertandingan Catur (Lelaki) - Negeri
2.10 Maklum Balas Terhadap Cadangan / Penambahbaikan Oleh Ibu Bapa
2.10.1 Jawatan YDP dikekalkan 2 tahun sekali.
Respons : Bergantung kepada pemilihan setiap tahun seperti yang
terdapat dalam perlembagaan.
2.10.2 Penerangan pembukaan sekolah
Respons : PPKI (04.10.2021)
PRA (11.10.2021)
Tahap 1 (29.10.2021)
Tahap 2 (02.11.2021)
2.10.3 Penambahbaikan pembelajaran atas talian
Respons : Mesyuarat Kurikulum & Ketua Panitia akan membuat
penilaian dan penambahbaikan.
2.10.4 Keselamatan murid semasa pulang dari sekolah
Respons : Pihak sekolah telah mengikuti sistem penyuraian yang
Telah disyorkan oleh KPM.
2.10.5 Keluar masuk kereta ibu bapa di kawasan sekolah
Respons : Semua pihak perlu akur dengan peraturan lalu lintas
yang telah ditetapkan. Kerjasama yang baik akan
membolehkan perjalanan menjadi lancar.
2.10.6 Waktu rehat semasa PKP dikekalkan.
Respons : Setakat ini sekolah akan mengekalkan SOP seperti
sebelum ini.
18
3.0 Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11 Sesi
2020/2021
3.1 Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11 sesi
2020/2021 daripada mukasurat 16 hingga 26 untuk disahkan dan disokong.
3.2 Minit Mesyuart Agung PIBG Kali Ke-11 sesi 2020/2021 dicadang dan disokong
oleh :
Cadangan : Puan Elly Hazreen binti Zainal Abidin
Sokongan : Encik Abdul Hafiz bin Zulkifli
Tindakan : Makluman
4.0 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG Sesi 2020/2021
4.1 Setiausaha PIBG membentangkan Laporan Tahunan PIBG Kali Ke-11 sesi
2020/2021 daripada mukasurat 27 hingga 35 untuk disahkan dan disokong.
4.2 Laporan Tahunan PIBG Kali Ke-11 sesi 2020/2021 dicadang dan disokong oleh :
Cadangan : Encik Kasim bin Muhamad
Sokongan : Puan Nur Aini binti Maran
Tindakan : Makluman
5.0 Membentang dan Menerima Penyata Kira-Kira Kewangan PIBG Sesi 2020/2021
5.1 Bendahari PIBG membentangkan Penyata Kira-Kira Kewangan PIBG sesi
2019/2020 berakhir 31 Disember 2020 daripada mukasurat 36 – 40 untuk
diterima dan disahkan.
Cadangan : Encik Jaslim bin Arif Shah
Sokongan : Puan Siti Zubaidah
Tindakan : Makluman
6.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019/2020 dan Pelantikan AJK Baharu PIBG sesi
2021/2022
6.1 Yang Dipertua PIBG memaklumkan pembubaran AJK PIBG 2020/2021 dan
beliau menjadi pengerusi sementara.
6.2 Puan Siti Hadalyhton binti Mokhtar selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan
telah memaklumkan bahawa borang pengundian melalui Google Form telah
dibuka pada 08 Oktober 2021 sehingga 15 Oktober 2021. Terdapat 9
pencalonan sahaja dan 1 pencalonan yang rosak. Untuk jawatankuasa guru,
dipilih oleh pihak sekolah.
19
6.3 Senarai AJK PIBG sesi 2021/2022 yang telah dipilih di dalam Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG SK Seri Permaisuri Kali Ke-11 Sesi 2020/2021 adalah seperti
berikut :
Yang Dipertua : Puan Siti Jamilah binti Mohd Noor
Naib Yang Dipertua : Encik Kasim bin Muhamad
Setiausaha : Puan Siti Nurizwani binti Jasni
Naib Setiausaha : Cik Asma Alili Balqis binti Adam
Bendahari : Puan Zamzarina binti Abdul Muttalib
Naib Bendahari : Encik Muhammad Luqman bin M.Nordin
AJK (Ibu bapa) : 1. Puan Elly Hazreen binti Zainal Abidin
2. Puan Mas Ayu binti Akib
3. Puan Nur Aini binti Maran
4. Encik Mohd Reduan bin Abdul Majid
5. Encik Mohd Hanzalan bin Zakaria
6. Puan Nor Azian binti Abdul Murad
AJK (Guru) : 1. Encik Shaharani bin Misrin
2. Encik Nor Azman bin Ariffin
3. Encik Anuar bin Man
4. Puan Logapriya a/p Ambalagan
5. Puan Nurul Farhanim binti Muthar
6. Puan Nor Julia binti Samsudin
Juruaudit (Guru) : Encik Syamsul Anwar bin Dahlan
Juruaudit (ibu bapa) : Encik Abdul Hafiz bin Zulkifli
Tindakan : Setiausaha
7.0 Membentangkan Usul - Usul :
7.1 Encik Jaslim bin Arif Shah - Tiada
7.2 Nur Haswani binti Mohd Noh
Usul :
Anak saya macam sudah burnout nak join PdPR. Cadangkan sekolah bagi inject
motivasi pada mereka dengan bagi reward. Sekolah boleh rangka satu reward
sistem yang bagi murid rasa semangat nak join PdPR dan ada rasa persaingan.
Sekolah boleh guna satu reward sistem macam contohnya boleh pakai aplikasi
“class dojo”.
20
Maklumbalas :
Guru Besar memaklumkan terdapat juga guru-guru yang telah memberikan
reward kepada murid-murid atas inisiatif guru-guru tersebut tetapi tidak
menyeluruh.
Tindakan : Makluman
Usul :
Jika ada subjek yang berulang, kurangkan guru-guru bagi homework, buatlah
kuiz 1@2pada hari lain. Contoh, matematik ada hari Isnin kelas online GM, pada
hari Rabu buatlah kuiz yang pelbagai, janganlah hanya forward gambar untuk
salin dan bagi muka surat terlampau banyak untuk mereka buat.
Maklumbalas :
Guru Besar memaklumkan bahawa tugasan yang diberikan kepada murid-murid
perlu dibuat pengagihan dan guru-guru perlu membuat persediaan rapi sebelum
PdPR. Terdapat juga kekangan dalam kalangan guru yang mempunyai banyak
kelas dalam satu hari.
Tindakan : Makluman
Usul :
Rewards buatlah dalam pelbagai bentuk contoh:
a) Yang hadir online
b) Yang rajin jawab soalan
c) Bacaan Iqra atau Al-Quran lancar
At least dapatlah ibu bapa yang bekerja, anak-anak tidak join GM, reward juga
dapat dari aspek lain.
Maklumbalas :
Terdapat guru-guru yang telah memberikan penghargaan sijil kepada murid-
murid seperti Sijil Kedatangan Penuh dan Sijil Penghargaan.
Tindakan : Makluman
Usul :
Saya menghadapi kekangan jika latihan perlu rakaman video, adakala ikut mood
mereka. Adakala 1 rakaman itu perlu ulang 5-6 kali bagi ok sebab ada anak kecil
yang lain. Macam muzik boleh juga buat kuiz, pelbagaikan. Mana nak hafal lirik,
nak rakam nak ulang.
Maklumbalas :
Guru terpaksa adakan aktiviti rakaman video sebagai cara untuk bukti
pembelajaran dan berharap agar ibu bapa dapat menerima perkara tersebut
secara positif.
Tindakan : Makluman
7.3 Puan Syakirah Anisa binti Md Isa - Tiada
21
8.0 Kutipan Bayaran PIBG bagi Tahun 2021/2022
8.1 Encik Mohd Faiz mencadangkan sumbangan yuran PIBG Tahun 2021
dikekalkan sebanyak RM90.00 sekeluarga seperti tahun sebelumnya mengikut
pecahan berikut:
8.1.1 Sumbangan PIBG RM70.00
8.1.2 Pembangunan Sekolah RM20.00
Jumlah Keseluruhan RM90.00
8.2 Encik Abdul Hafiz mencadangkan sumbangan yuran PIBG dikurangkan kepada
RM70 berikutan kekangan ekonomi disebabkan pandemik Covid19.
8.3 Puan Nurul Farhana mencadangkan sumbangan yuran PIBG sebanyak RM50.
8.3.1 Undian dibuat secara Poll. Keputusannya RM50 sekeluarga bagi kutipan
bayaran yuran PIBG Sesi 2021/2022.
9.0 Ucapan Penangguhan
9.1 Yang Dipertua, Puan Siti Jamilah binti Mohd Noor selaku pengerusi mesyuarat
mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada barisan AJK PIBG sesi
2021/2022 yang telah dilantik.
9.2 Beliau berasa gembira kerana mesyuarat kali ini dapat dilaksanakan dalam
suasana yang harmoni dan ia perlu dikekalkan pada mesyuarat yang seterusnya.
9.3 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12 sesi 2021/2022 ditangguhkan pada jam 12.10
tengah hari.
Senarai Pemenang Cabutan Bertuah :
1. Haizuri
2. Nor Azlina
3. Elly
4. Eila
5. Rafeah
6. Shafina
7. CT
8. June
9. Farid Mohamad
10. Shazlin
Hadiah cabutan bertuah boleh dituntut di pejabat sekolah.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
…………………………………………………….. ………………………………………………………
(PUAN SITI NURIZWANI BINTI JASNI) (PUAN SITI JAMILAH BINTI MOHD NOOR)
Setiausaha Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sesi 2021/2022 Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sesi 2021/2022
SK Seri Permaisuri SK Seri Permaisuri
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Tarikh : 4 November 2021 Tarikh : 5 November 2021
22
LAPORAN
TAHUNAN PIBG
Sesi
2021/2022
23
LAPORAN TAHUNAN PIBG
SK SERI PERMAISURI TAHUN 2021/2022
PENDAHULUAN
Penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah menurut Akta Pelajaran 1961.
Antara fungsi utama tertubuhnya persatuan ini adalah :
➢ Membantu dan memajukan perkembangan murid, menjaga kebajikan murid.
➢ Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan
kemudahan di sekolah.
➢ Meningkatkan kemesraa dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara
sekolah dengan masyarakat setempat.
➢ Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang
kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.
Bagi mencapai tujuan dan matlamat di atas, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Seri Permaisuri
sesi 2021/2022 telah berusaha dengan gigih dan penuh komitmen dalam melaksanakan setiap
program demi mengekalkan kontinuiti usaha-usaha PIBG yang terdahulu dan memantapkan
usaha sekarang. Semoga dengan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan ibu bapa dan guru-
guru akan dapat mencapai aspirasi dan matlamat yang disasarkan.
1.0 KEANGGOTAAN JAWATANKUASA PIBG DAN MESYUARAT
Jawatankuasa PIBG SK Seri Permaisuri Sesi 2021/2022 telah dilantik dalam Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG pada 23 Oktober 2021. Jawatankuasa telah mengadakan sebanyak 3 kali
mesyuarat dan beberapa perbincangan antara biro sepanjang sesi ini bagi melaksanakan
beberapa program yang telah dirancang, Pada keseluruhan, kehadiran para penasihat serta
komitmen yang ditunjukkan oleh semua AJK amat memuaskan walaupun usaha dan
pengorbanan ini berbentuk sukarela dan ikhlas diri. Semoga usaha dan komitmen yang
ditunjukkan ini akan dapat diteruskan oleh Jawatankuasa PIBG yang akan dilantik nanti.
2.0 PERANAN DAN TUGAS AJK PIBG
Bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar, Jawatankuasa PIBG SK
Seri Permaisuri merangka aktiviti terutama dalam bidang :
1. Biro Akademik - Pn. Nor Azian binti Abdul Murad
2. Biro Kokurikulum - Pn. Mas Ayu Binti Akib
3. Biro 3K – Pn. Elly Hazreen binti Zainal Abidin
4. Biro Bina Insan, Disiplin & Motivasi - En. Kasim bin Muhamad
5. Biro Kebajikan dan Ekonomi - Pn. Nur Aini binti Maran
6. Biro Infrastuktur & Pembangunan - En. Mohd Reduan Bin Abdul Majid
24
AKTIVITI-AKTIVITI
Sepanjang Sesi
2021/2022
25
AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
Nama Program Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1443H Peringkat SK Seri
Permaisuri
Tarikh 29 Oktober 2021
Tempat Kediaman masing-masing
Objektif Program Melatih diri untuk lebih menghayati peristiwa besar, kelahiran
Nabi Muhammad s.a.w di samping membina akhlak, penampilan
Penglibatan dan sahsiah sebagai ikutan terbaik dalam kehidupan
Guru, AKP dan Ibu bapa warga SKSP
GAMBAR PROGRAM
26
AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
Nama Program Pembinaan tempat menunggu
Tarikh 30 Oktober 2021
Tempat SK Seri Permaisuri
Objektif Program Menyediakan ruang menunggu yang lebih selesa buat ibu bapa
Penglibatan AJK PIBG dan guru
GAMBAR PROGRAM
27
AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
Nama Program Gotong-royong pembukaan sekolah
Tarikh 07 Januari 2022
Tempat SK Seri Permaisuri
Objektif Program Memastikan persekitaran sekolah berada dalam keadaan bersih,
selamat dan mengikut SOP yang telah ditetapkan sebagai
Penglibatan persediaan pembukaan sekolah.
Guru dan ibu bapa
GAMBAR PROGRAM
28
AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
Nama Program Majlis Pelancaran Ihya’ dan Infaq Ramadhan 1433H
Tarikh 04 April 2022
Tempat Dataran SK Seri Permaisuri
Objektif Program Membantu warga sekolah khususnya murid-murid yang
kehilangan ibu bapa dan yang kurang berkemampuan.
Penglibatan Semua murid SK Seri Permaisuri
GAMBAR PROGRAM
29
AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
Nama Program Keceriaan sekolah
Tarikh Sepanjang Mei 2022
Tempat SK Seri Permaisuri
Objektif Program Penambahbaikan beberapa sudut sekolah seperti tangga, papan
kenyataan, pagar besi dan tembok sekolah.
Penglibatan Biro Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan
GAMBAR PROGRAM
30
AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
Nama Program Baik pulih infrastruktur sekolah
Tarikh Mac hingga Mei 2022
Tempat SK Seri Permaisuri
Objektif Program Memastikan infrastruktur sekolah sentiasa berada dalam keadaan
yang baik.
Penglibatan Biro Infrastruktur dan Pembangunan
03.03.2022
PENETAPAN ARAH KIBLAT SURAU BAHARU
14.04.2022
PEMBAIKAN PAIP BOCOR DI SILING SURAU
31
13.05.2022 & 14.05.2022
BAIK PULIH DAN PENDAWAIAN SEMULA MESIN AIR COWAY
23.05.2022 & 25.05.2022
PENGGANTIAN KIPAS SILING DI KELAS TAHUN 5 BUDRIAH DAN 5 KURSHIAH
32
AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
Nama Program Raya Perpaduan SK Seri Permaisuri
Tarikh 27 Mei 2022
Tempat SK Seri Permaisuri
Objektif Program Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan hormat-
menghormati antara kaum dari pelbagai budaya dan agama serta
Penglibatan mampu menerapkan nilai integrasi kaum dalam hidup
bermasyarakat.
Guru, AJK PIBG, AKP dan semua murid SKSP
GAMBAR PROGRAM
33
PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2021/2022
Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh Biro Infrastuktur & Pembangunan, Biro Akademik
dan Biro 3K bagi sesi 2021/2022, di antaranya :
✓ Program Motivasi
✓ Pertandingan bagi Mata Pelajaran
✓ Kelas Bimbingan Percuma
✓ Lawatan ke Makmal
✓ Permainan bahasa
✓ Program Pemantapan Sahsiah
✓ Mengecat semula pagar utama, pagar kecil dan tiang-tiang
✓ Menghias sudut-sudut sekolah
✓ Membaik pulih infrastuktur sekolah dari semasa ke semasa
Kerjasama dan sokongan yang berterusan daripada ibu bapa amat diperlukan bagi memastikan
aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Sumbangan yang berterusan daripada semua
pihak amat diharapkan dalam merealisasikan kecemerlangan SK Seri Permaisuri bagi tujuan
memberi keselesaan kepada murid-murid SK Seri Permaisuri.
Akhir kata, pihak PIBG SK Seri Permaisuri Sesi 2021/2022 ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dan
sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam apa jua bentuk sehingga semua aktiviti telah dapat
dijalankan dengan sempurna dan jayanya. Kerjasama yang hebat daripada setiap AJK PIBG dan
komuniti luar bersama pihak sekolah dalam melestarikan pembangunan dan penambahbaikan
kepada sekolah amnya dan kepada murid-murid khususnya.
Tahniah juga kepada SK Seri Permaisuri yang telah mencapai banyak kejayaan yang cemerlang
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Semoga kerjasama yang lebih erat dan padu ini dapat
diteruskan dalam menyokong segala aktiviti pada masa akan datang demi melestarikan
kecemerlangan anak didik warga SK Seri Permaisuri.
Sekian Terima Kasih
Disediakan oleh,
(ASMA ALILI BALQIS BINTI ADAM)
Setiausaha Kehormat,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Seri Permaisuri, KL
34
LAPORAN KEWANGAN
BAGI TAHUN KEWANGAN
berakhir
30 April 2022
35
36
37
303A0PARPIRLIL20220222
38
39
40
USUL-USUL
PIBG
TAHUN 2022
41
USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13 TAHUN 2022
BIL USUL
1. MOHD ADREE BIN BADRI
1. Diharap kedai buku lengkap keperluan buku untuk murid-murid. Supaya ibu bapa tidak perlu
bersusah payah mencari-cari buku di luar. Ini melancarkan pembelajaran murid-murid. Hal ini
diikutkan dialami setiap tahun. Sekian, terima kasih.
2. MOHD FADZLY WAHID MOHD ISHAK
1. Menambah baik keadaan bilik air (anak mengadu selalu tidak terurus)
2. Menambah kuantiti kipas di dalam kelas
3. MOHAMAD ROZAIME ISMAIL / ROSLINAWATIHARNITA MAJID
1. Dicadangkan agar pakaian sukan / Pendidikan Jasmani didatangkan dalam variasi lengan panjang
(long sleeve). Ia lebih manis dan sopan untuk pelajar perempuan yang bertudung serta baju
berlengan panjang berupaya melindungi kulit dari terbakar (sunburn) dikala cuaca panas.
4. ABDUL HAFIZ BIN ZULKIFLI
1. Menaikkan semula yuran PIBG dari RM50.00 kepada RM90.00 satu keluarga atau jika semua masih
RM50.00 tukar kepada seorang pelajar.
2. Tandas mestilah dalam keadaan selamat digunakan dan sentiasa dibersihkan dan diselanggara
dengan segera jika ada masalah.
3. Cadangan untuk memberi peluang kepada ibu bapa bersuara setiap kali mesyuarat agung PIBG
diadakan dan terhad kepada seorang 1 soalan sahaja maksimum 5 soalan sahaja dan bukan hanya
membahaskan usul sahaja.
5. MARHA BINTI MOHAMMAD NOOR
1. Tandas murid kotor.
2. Makanan di kantin tidak sihat dan basi cawan dan pinggan kotor.
3. Persekitaran kantin yang kotor.
4. Mohon sediakan / tambahkan kipas angin berdiri sekurang-kurangnya 2 unit setiap kelas
memandangkan cuaca panas.
6. NURFARAZELA SALAMON
1. Isu beg berat – jadual pembelajaran waktu anjal masih tidak membantu. Cikgu subjek perlu
menetapkan buku yang perlu dibawa.
2. Waktu balik tahap 2 terutamanya darjah 6 terlalu lewat.
7. SAZNEE SHAMSUDDIN
1. Menurut anak saya, tandas murid pra sekolah adalah jenis tandas cangkung. Kami berharap dan
mohon tandas jenis duduk bagi kemudahan kegunaan kanak-kanak. Terima kasih.
42
8. NORHANIZA SHUHADA BINTI MOHD HANAPIAH
1. Baik pulih kantin sekolah
2. Baik pulih tandas sekolah
9. SITI ZARINA BINTI MOHD ZAHIR
1. Assalamualaikum, anak saya pernah mengadu 2 kali beg sekolah dia dan kawan-kawan sama kelas
yang lain diselongkar oleh orang yang tidak bertangggungjawab. Kejadian itu menyebabkan anak
saya kehilangan duit belanja dan kejadian berlaku semasa semua murid-murid menghadiri acara
diluar kelas. Minta pihak PIBG dan guru-guru dapat pantau Bersama-sama.
10. MUHAMMAD NUR HAFIZ BIN ROSLAN
1. Anak-anak sekolah disediakan almari untuk meletakkan sebahagian buku teks dan Latihan di
sekolah.
11. ZETTI ASTHAR BINTI AHMAD
1. Perlu adakan taklimat PPSR 2022 bagi ibu bapa atau penjaga pelajar tahun 6. Masih ramai ibu bapa
tahun 6 yang masih belum faham dan jelas tentang ujian yang akan dilaksanakan untuk
pelajartahun 6 serta syarat-syarat untuk pelajar memasuki sekolah berasrama penuh apabila
tingkatan satu. Sekian, terima kasih.
12. SITI RAFEAH BINTI ISHAK
1. Menyediakan ruang penjaja yang teratur diluar kawasan sekolah. Hal ini kerana ketika ini, penjaja
meniaga merata-rata dan dalam keadaan yang berselerak yang memaksa anak-anak untuk melintas
jalan untuk membeli. Demi keselamatan anak-anak saya cadangkan satu kawasan yang selamat dan
khusus untuk penjaja berniaga. Saya juga faham dan maklum yang ini adalah berlaku di luar
kawasan sekolah tetapi ini adalah aktiviti yang berlaku setiap hari dan kita juga perlu membantu
semua pihak agar dapat menyediakan kawasan sekitar sekolah yang selamat dan kondusif.
13. MOHD FARID BIN TAIN
1. Menyediakan tanda arah sempurna laluan trafik untuk kenderaan di luar pagar sekolah.
2. Membuat bonggol jalan untuk mengurangkan kelajuan kenderaan.
3. Menyediakan lampu limpah di luar pagar sekolah untuk keselamatan pelajar yang hadir awal pagi.
14. SITI JAMILAH BINTI MOHD NOOR
1. Menambah bilangan kerusi dan meja di kantin sekolah SKSP.
15. MUHAMMAD FADZIL BIN ZAINUDDIN
1. Kesesakan lalu lintas bila waktu keluar sekolah. Cadangan saya petak tengah perlu dinaik taraf
jalan bersama DBKL cawangan DBKL untuk buat satu hala petak parking dan satu hala keluar petak
parking keluar sekolah.
2. Perlu ada pengawasan security sekolah keluar masuk kenderaan bila waktu kemuncak keluar
sekolah.
43
16. MOHD KHAIRUL BIN AHZANI
1. Pembelian barangan dari kedai buku sekolah secara online dan bayaran melalui bank transfer.
17. NOR AZALINI ABD AZIZ
1. Mohon adakan CCTV di luar pagar sekolah untuk memantau keselamatan anak-anak.
44
Penghargaan
Sekalung Budi, Selautan Kasih
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Seri Permaisuri
sesi 2021/2022 mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada :
Seluruh Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG
SK Seri Permaisuri Kali Ke-13
Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
Para Ibu Bapa dan Penjaga
kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik
dalam menjayakan majlis ini.
Terima kasih juga buat semua pihak yang terlibat dalam
membantu PIBG dari segi kewangan, material dan
sokongan moral dalam melaksanakan majlis ini dengan
jayanya.
Semoga Allah swt akan memberikan keberkatan atas
segala usaha kita.
………TERIMA KASIH……..
45