PERTANDINGAN BUKU SKRAP
KELAB CATUR DAN PERMAINAN DALAMAN
2021
SMK TAMAN SETIAWANGSA
PERMAINAN TRADISIONAL JEPUN
NAMA : NUR AMALIA BINTI ZAINUDIN
TINGKATAN : 4 RUBY
PENDAHULUAN
Penghasilan buku skrap ini dijalankan semasa tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan di rumah dengan bantuan secara maya
oleh guru penasihat dan ibu bapa.
Oleh itu, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Tuan Pengetua
yang telah memberikan dorongan dan kerjasama yang baik.
Terima kasih juga dihadiahkan kepada kedua ibu bapa saya yang telah
banyak berkorban masa menyumbang idea.
Akhir sekali, dengan rasa rendah diri, saya mengucapkan ribuan terima
kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Norlida Binti Ghazali yang
telah banyak memberi didikan dan tunjuk ajar
dari awal hingga akhir.
definisi
Permainan tradisional
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan
yang dilalui oleh nenek moyang kita yang juga dikenali sebagai permainan
rakyat. Permainan tradisional inilah yang mencerminkan asal usul rumpun
sesebuah kaum tersebut. Pada hakikatnya permainan tradisional ini dapat
meningkatkan kreativiti dan daya cipta tersendiri. Keseniannya itulah
menjadikannya begitu unik. Permainan tradisional ini sememangnya dapat
merapatkan silaturahim antara pemain kerana permainan ini kebiasaannya
dimainkan secara berkumpulan dan berbeza dengan permainan masa kini
yang lebih bersifat individu. Contohnya permainan video game, komputer,
dan sebagainya.
Permainan tradisional jepun
Hanafuda (kad permainan bunga jepun)
Permainan kad yang telah dibuat pada zaman
Azuchi-Momoyama.
Terdapat gambar bunga-bungaan yang cantik
dan berwarna-warni pada kad tersebut.
Permainan yang sangat digemari oleh
kebanyakan orang Jepun ini mula mendapat
perhatian rakyat biasa terutamanya pada zaman
CARA BERMAIN : Edo.
• Diberi 8 keping kad yang ditunjukkan bahagian belakangnya.
• Kita harus membuang salah satu daripadanya, sehingga
memadankan kad yang dipilih dan salah satu daripada 8 kad di
kawasan tengah.
• Yaku akan diperolehi apabila kita menang dan perlu
mengatakan "Koi Koi" untuk terus melangkah lebih jauh dan
mendapatkan lebih banyak poin.
Permainan tradisional jepun
Shogi (permainan catur Jepun)
Permainan papan yang diwarisi sejak turun-
temurun di Jepun.
Permainan ini dimainkan dengan mengunakan
kepingan berbentuk baji dan papan Shogi yang
terdiri daripada 81 petak segi empat tepat.
Cara bermain Shogi tidak banyak bezanya dengan
cara yang telah diperkenalkan pada zaman Edo.
CARA BERMAIN :
• Susun di baris pertama Raja di tengah dan Jeneral di
sebelahnya. Kemudian diikuti dengan Lance, Knight, Perak
Umum, Emas Umum, Raja, Emas Umum, Perak Umum,
Knight, Lance. Pada baris kedua ada Uskup dan Rook.
• Pemain yang akan bermain dahulu ditentukan dengan
melemparkan duit syiling.
• Cara bermain yang sama seperti catur, cuma pengecualiannya di
mana ia menggunakan sekeping untuk menghalang lawan daripada
menangkapnya dan Shogi tidak ada Ratu.
Permainan tradisional jepun
Othello
Permainan papan 1 lawan 1 yang dicipta pada
tahun 1973 oleh seorang lelaki Jepun yang
bernama Hasegawa Goro.
Dimainkan dengan menggunakan batu putih dan
hitam.
Peraturan permainannya sangat senang dan
mudah hinggakan ada pepatah yang menyebut
CARA BERMAIN : “belajar seminit, pakar selamanya”.
• Letakkan 4 buah batu, 2 hitam dan 2 putih ditengah papan
permainan
• Pemain batu hitam mendapatkan giliran pertama. Kemudian ubah
warna batu putih dengan meletakkan batu hitam menyilang atau
menjepit batu putih. Maka batu putih yang dihimpit akan berubah
menjadi batu hitam.
• Lakukan hal yang sama hingga ke 64 kotak terpenuhi oleh batu
hitam dan putih. Pemenang ditentukan dengan warna batu yang paling
banyak di atas papan.
Permainan tradisional jepun
Otedama
Biasa dimainkan oleh anak perempuan Jepun.
5kantung kecil yang mengandungi kacang-
kacangan.
Dua formasi dasar dari otedama, iaitu nagedama
dan yosedama.
Nagedama : membaling dan menangkap
Yosedama : bermain bekel, tetapi dengan
CARA BERMAIN : menggunakan kantung kecil.
• Buang satu beg kacang ke udara. Dengan tangan yang
lain, angkat beg kacang dan lekapkannya di antara jari
tangan yang melempar.
• Baling lagi, dan baling yang lain. Teruskan sehingga 4
beg kacang terjepit dan beg kacang yang dilempar
ditangkap semula.
Permainan tradisional jepun
Mah-jong
Permainan meja yang berasal dari China yang telah
berkembang di Jepun.
Mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada
zaman pertumbuhan ekonomi Jepun selepas Perang
Dunia Kedua.
Permainan Mah-jong juga boleh dimain kan di
CARA BERMAIN : komputer atau telefon bimbit.
• Pemain perlu membuat dinding jubin di hadapan setiap
pemain sebelum mula.
• Kemudian pemain menggunakan semua jubin dinding
bersama-sama untuk membentuk sebuah dinding segi
empat sama.
• Pemain bergilir-gilir memilih satu jubin dari dinding dan
membuang satu jubin.
• pabila pemain mengambil jubin yang memberikan tangan
Mahjong yang sah, pemain akan menang.
Permainan tradisional jepun
Hyakunin Isshu
Merupakan 100 puisi yang dipilih oleh Fujiwara-no-
Teika, yang bergiat pada sekitar penghujung era Heian.
Waka : puisi klasik Jepun yang terdiri daripada 31 suku
kata yang digemari oleh golongan bangsawan sejak
zaman dahulu.
Permainan kad berilustrasi sebanyak 100 keping yang
berasaskan 100 waka ini telah dicipta kira-kira 500 tahun
kemudian iaitu pada zaman Edo.
CARA BERMAIN :
• Seseorang membaca puisi, dan pemain mesti mengenal
pasti kad itu - lebih cepat daripada lawan - dengan
hanya separuh kedua puisi yang dipaparkan di atas kad.
• Pemain lain hanya dengan mendengar separuh pertama
puisi.
RUJUKAN
DEFINISI PERMAINAN TRADISIONAL
http://notapismpipg.blogspot.com/2015/07/pengenalan-permainan-tradisional.html
MAKLUMAT PERMAINAN DALAMAN
• https://melancongkejepun.com/permainan-warisan-jepun/
• https://sslim1984.wordpress.com/2015/12/11/permainan-tradisional-jepun/
GAMBAR CATUR (MUKA DEPAN)
https://www.karyabestari.com/Artikel/673/BAGAIKAN-BUAH-CATUR
HANAFUDA
GAMBAR : https://melancongkejepun.com/wp-content/uploads/2017/04/1-23.jpg
CARA BERMAIN : https://www.gamedesign.jp/flash/hanafuda/rule_e.html
OTHELLO
GAMBAR : https://melancongkejepun.com/wp-content/uploads/2017/04/5-21.jpg
CARA BERMAIN : https://napmizukage.wordpress.com/2018/03/15/othello/
SHOGI
GAMBAR : https://melancongkejepun.com/wp-content/uploads/2017/04/3-23.jpg
CARA BERMAIN : https://ms.desertanglican.org/Japanese-Chess-2243
OTEDAMA
GAMBAR : https://i0.wp.com/japanesestation.com/wp-
content/uploads/2014/04/4754otedama-16.jpg
CARA BERMAIN : https://www.activityvillage.co.uk/otedama-games
MAH-JONG
GAMBAR : https://melancongkejepun.com/wp-content/uploads/2017/04/6-14.jpg
CARA BERMAIN : https://corp.mahjongclub.com/basic-rules
HYAKUNIN ISSHU
GAMBAR : https://melancongkejepun.com/wp-content/uploads/2017/04/2-23.jpg
CARA BERMAIN : https://web-japan.org/kidsweb/cool/12-03-15/002.html