KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KOKURIKULUM Nama Pelajar MUHAMMAD AIMAN AKMAL BIN MOHD HISHAM Angka Giliran 2021162340093 No Kad Pengenalan 030427030485 Kumpulan/Unit T2S2-RBT3 Kod & Nama Kursus MPU3451a UB BSMM Jenis & Tajuk Tugasan TUGASAN 1: BUKU LOG DIGITAL Nama Pensyarah PUAN CHE ROHANI BINTI CHE AZIZ Tarikh Hantar 9 FEBRUARI 2024 Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 9 FEBRUARI 2024 Markah:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, 71760 BANDAR BARU ENSTEK NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (MALAYSIAN RED CRESCENT) BUKU LOG
i BIODATA NAMA: MUHAMMAD AIMAN AKMAL BIN MOHD HISHAM UNIT: PISMP RBT3 AMBILAN JUN 2022 ANGKA GILIRAN: 2021162340093 TAHUN/SEMESTER: TAHUN 2 SEMESTER 2 NO. TELEFON: 019-8338575 E-MEL: [email protected]
ii Isi Kandungan • Pengenalan • Orientasi Kurikulum Beruniform di Sekolah Rendah ➢ Takwim dan rancangan aktiviti ➢ Program unit berunifom BSMM di sekolah rendah ➢ Skim latihan sekolah rendah • Pengurusan dan Pentdbiran Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia ➢ Pendaftaran ahli & kumpulan ➢ Kuasa penganjur ➢ Struktur unit ➢ Pengurusan buku log ➢ Tanggungjawab pemimpin ➢ Pakaian seragam ahli & pemimpin ➢ Takwim & Rancangan Aktiviti ➢ Perlantikan jawatankuasa unit ➢ Pengurusan badan beruniform secara sistematik dan terancang • Sejarah Pendidikan Bulan Sabit Merah ➢ Sejarah ➢ Prinsip-prinsip asas bulan sabit merah ➢ Struktur dan organisasi pertubuhan palang merah/bulan sabit merah antarabangsa ➢ Struktur dan organisasi pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) ➢ Undang-undang kemanusiaan antarabangsa ➢ Pembangunan konvensyen - konvensyen Geneva ➢ Protokol-protokol tambahan ➢ Tanggungjawab negara-negara. ➢ Konvensyen-konvensyen Hague ➢ Lambang/emblem ➢ Pengenalan/indikatif & perlindungan dengan penggunaan lambang dan signifikannya ➢ Undang-undang asas konvensyen
1 Pengenalan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) ialah sebuah pertubuhan kemanusiaan yang ditubuhkan pada [tahun penubuhan], dengan tujuan untuk menyelamatkan, melindungi dan meningkatkan kebajikan manusia di Malaysia. Fokus utamanya ialah menyediakan bantuan kemanusiaan dalam situasi kecemasan, bencana alam dan keadaan sukar lain. BSMM secara aktif melibatkan komuniti dan sukarelawan dalam pelbagai program, termasuk perkhidmatan kesihatan, pendidikan kesihatan awam, dan projek sosial lain. Sebagai sebahagian daripada rangkaian kemanusiaan global, BSMM bekerjasama dengan kerajaan, institusi antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan untuk meningkatkan impak positif aktiviti kemanusiaan. Dengan sokongan derma dan penyertaan sukarela, BSMM mempunyai visi jangka panjang untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang lebih selamat, sihat dan adil. Visi, Misi & Moto • Visi - Untuk mencapai hasrat memberikan perkhidmatan kemanusiaan yang unggul diperingkat negeri dan negara. • Misi - Untuk berkhidmat setiap masa bila diperlukan kepada semua. • Moto - Cekal, gigih dan rela berkhidmat.
2 Orientasi Kurikulum Beruniform di Sekolah Rendah Takwim Dan Rancangan Aktiviti BSMM Bil. Tarikh Tajuk dan Aktiviti Tempat Tindakan 1. 26 Jan 2024 Mesyuarat Agung: • Perlantikan ahli jawatankuasa. • Perbincangan aktiviti tahunan. Bilik Mesyuarat Unit Beruniform BSMM. Semua ahli BSMM dan guru penasihat. 2. 02 Feb 2024 Pendedahan Ilmu Asas BSMM: • Sejarah BSMM • Prinsip BSMM • Ikrar BSMM Kelas BSMM Semua ahli BSMM dan guru penasihat. 3. 09 Feb 2024 Pendedahan Ilmu Asas BSMM: • Lirik BSMM • Lambang dan cogan kata BSMM • Bendera BSMM • Pakaian seragam Kelas BSMM Semua ahli BSMM dan guru penasihat. 4. 16 Feb 2024 Kenali Peti Pertolongan Cemas: • Bahan dan alat • Kegunaan Kelas BSMM Semua ahli BSMM dan guru penasihat. 5. 23 Feb 2024 Asas Pertolongan Ceas • Struktur dan fungsi asas kulit • Jenis luka • Jenis pendarahan • Tanda dan gejala pendaharaan • Jenis anduh dan balutan Kelas BSMM Semua ahli BSMM dan guru penasihat. 6. 06 Mac 2024 Amali: Asas Kawad Kaki • Hukuman • Pergerakan statik • Pergerakan berjalan Padang Sekolah Semua ahli BSMM dan guru penasihat.
3 7. 09 Mac 2024 Pendedahan Ilmu Ikatan Dan Simpulan: • Jenis ikatan dan simpulan • Kgunaan ikaatan dan simpulan Kelas BSMM Semua ahli BSMM dan guru penasihat. 8. 16 Mac 2024 Asas Pertolongan Cemas • Rawatan gigitan • Rawatan patah • Rawatan terseliuh Kelas BSMM Semua ahli BSMM dan guru penasihat. 9. 23 Mac 2024 Amali: Acara Pemasangan Khemah • Pelbagai jenis khemah • Penggunaan teknik ikatan dan simpulan Tapak Perkhemahan Semua ahli BSMM, guru penasihat dan pihak perkhemahan. 10. 30 Mac 2024 Cuti Pertengahan Penggal 1 11. 06 Apr 2024 Asas Pertolongan Cemas • Rawatan melecur • Rawatan keracunan Kelas BSMM Semua ahli BSMM dan guru penasihat. 12. 13 Apr 2024 Asas Pertolongan Cemas • Pemulihan penafasan Dewan Sekolah Semua ahli BSMM dan guru penasihat. 13. 20 Apr 2024 Amali Kawad Kaki • Hukuman • Pergerakan berjalan laju • Pergerakan jalan perlahan Padang Sekolah Semua ahli BSMM dan guru penasihat. 14. 27 Apr 2024 Asas Pertolongan Cemas • Mengangkat pesakit Dewan Sekolah Semua ahli BSMM dan guru penasihat. 15. 04 Mei 2024 Amali: Kerja Kemasyarakatan • Gotong-royong rumah kebajikan Rumah Kebajikan Semua ahli BSMM dan guru penasihat. 16. 11 Mei 2024 Cuti Hari Raya Aidil Fitri
4 17. 18 Mei 2024 Kemahiran Perkhemahan • Ikhtiar hidup Padang Sekolah Semua ahli BSMM dan guru penasihat. 18. 25 Mei 2024 Ceramah Kesihatan • Jenis-jenis penyakit • Ubat-ubatan Kelas BSMM Semua ahli BSMM, guru penasihat dan pihak hospital. 19. 01 Jun 2024 Cuti Pertengahan Tahun Program Unit Beruniform di Sekolahj Rendah Program/Aktiviti Penerangan Nyanyian Lagu BSMM dan Ikrar BSMM Ahli-ahli diberi salinan senikata Lagu PBSM dan ikrar PBSM. Pertandingan nyanyian antara kumpulandiadakan bagi menarik minat ahli-ahli untuk mengingati lagu PBSM. Pertolongan Cemas Ahli-ahli diberi pendedahan tentang pertolongan cemas. Jenis pertolongan cemas yang diterangkan ialah tentang tindakan yang harus diambil ketika berhadapan luka ringan, cirit-birit, muntah, demam, kecederaan pada mata, otot, tulang dan sendi. Kawad Kaki Ahli-ahli mempelajari tentang teori dan praktikal Kawad Kaki. Kawad Kaki diajar oleh guru-guru BSMM sendiri. Mendirikan Khemah Para ahli BSMM diberi latihan mendirikan khemah supaya mereka cekap dan mahir mendirikan khemah sendiri. Cara lain ialah mendirikan khemah dalam gelap iaitu dengan menyuruh BSMM menutup mata mereka dengan skaf dan bayangkan pada masa itu sudah malam dan keadaan gelap gelita. Penggunaan Kain Anduh Ahli-ahli diberi tunjuk ajar tentang teori dan praktikal penggunaan kain anduh. Ahli-ahli wajib mempunyai sehelai kain anduh. Setiap ahli BSMM membuat praktikal (penggunaan kain anduh ketika berhadapan dengan mangsa yang pengsan, patah tulang dan sebagainya. Latihan Kecemasan Sebelum mengadakan aktiviti ini, pastikan semua ahli BSMM sudah dilatih dengan kemahiran pertolongan cemas. Tuliskan beberapa kemalangan seperti kemalangan jalan raya, kebakaran, lemas dll pada kertas tugasan dan serahkan kepada ketua kumpulan untuk menjalankan aktiviti tersebut bersama kumpulannya.
5 Pengurusan Dan Pentadbiran (BSMM) Pendaftaran Ahli • Keahlian Terbuka ➢ Keahlian BSMM terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan yang daripada pelbagai golongan dapat memberikan sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. • Komposisi Keahlian ➢ Ahli kanak-kanak: 9 hingga 12 tahun. ➢ Ahli Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam / Tidak Berpakaian Seragam / Ahli Seumur Hidup: 18 tahun ke atas. ➢ Ahli Belia: 13 hingga 18 tahun. ➢ Ahli Kehormat Seumur Hidup: Anugerah kepada individu yang memberikan sumbangan. Pendaftaran Kumpulan • Pasukan kanak-kanak • Pasukan Belia • Pasukan Belia Terbuka • Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam • Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam • Pasukan Bantuan Sukarela IPT Pendaftaran Pasukan Kanak-kanak/Belia • Setiap sekolah hanya dibenarkan menubuhkan satu pasukan BSMM. • Bilangan minimum ahli ialah 15 orang bagi satu pasukan. • Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak Cabang. • Permohonan kemudiannya akan diusulkan kepada Setiausaha Cawangan. Pendaftaran Bagi Pasukan Belia Terbuka • Ditubuhkan di kawasan yang diberikan kelulusan oleh belia Cabang sahaja. • Bilangan minimum ahli ialah seramai 15 orang. • Borang pendaftaran perlu dihantar kepada Cabang sebelum dihantar kepada Ibu Pejabat Kebangsaan untuk disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan. Pendaftaran Bagi Pasukan Bantuan Sukarela • Ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang. • Bilangan minimum ahli ialah seramai 15 orang. • Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran Pasukan Kanak-kanak/Belia.
6 Kuasa Penganjur Antara kuasa penganjur yang digariskan adalah: • Meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM dengan ibu pejabat BSMM. • Penganjur merupakan salah seorang daripada dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) dan seorang lagi ialah pemimipin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk BSMM tersebut. • Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin BSMM. • Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMM apabila diperlukan. • Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti rombongan, kembara dan perkhemahan untuk ahli-ahli BSMM. • Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sesebuah institusi. • Menganjur kursus-kursus sijil lencana kecekapan dan sijil peperiksaan. • Memberikan khidmat nasihat tentang BSMM kepada waga institusi.
7 Tanggungjawab Pemimpin Pemimpin dalam badan beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) seperti Guru Penasihat, Ketua Komander dan Ketua Pasukan memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan persatuan. Antara tanggungjawab pemimpin ialah : • Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa (AJK). • Memastikan adanya perlembagaan dan peraturan. • Memastikan aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan objektif institusi pendidikan. • Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. • Memastikan bahawa pasukan yang dianggotai oleh pemimpin adalah berdaftar dan mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir. • Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah, daerah, bahagian atau peringkat yang lebih tinggi. • Memohon kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga pelajar melalui pengurusan institusi pendidikan jika khidmat atau kepakaran pelajar diperlukan di luar institusi. • Menyatakan kebersediaan untuk menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan tanpa mengira peringkat pertandingan, penyeliaan, anjuran, projek dan sebagainya. Pengurusan Buku Log • Kulit luar dibalut dengan plastik agar tidak mudah rosak. • Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga 300 helaian muka surat. • Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan mengesahkan penglibatan seseorang. • Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan harian suatu aktivti. Pakaian Seragam Ahli Dan Pemimpin Pemakaian pakaian seragam bertujuan untuk: • Mempamerkan identiti BSMM. • Memupuk semangat disiplin. • Dipakai dengan kemas dan bangga.
8 Terdapat pelbagai jenis pakaian seragam yang dikhaskan kepada para pegawai dan ahli Bualan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Antaranya ialah :
9 Perlantikan Jawatankuasa Unit • Struktur unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di Institut Pendidikan Guru (IPG) diterajui oleh Pengarah selaku Penaung lalu diikuti oleh Ketua Jabatan/ Ketua Unit Kokurikulum dan Guru Penasihat. • Hierarki ini diteruskan dengan Pengerusi dan Naib Pengerusi daripada kalangan pelajar. • Struktur dan organisasi in juga dilengkapkan dengan jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari, Komander, Kuarter Master dan Ketua Patrol/Biro.
10 Sejarah Pendidikan Bulan Sabit Merah Sejarah Pengasas BSMM • Palang Merah (Red Cross) yang berpangkalan di Switzerland diasaskan oleh seorang ahli perniagaan iaitu Jean Henry Dunant yang lahir pada 8 Mei 1828 di Geneva. Semasa meningkat dewasa, beliau banyak menyertai persatuan-persatuan yang berunsurkan kemanusiaan seperti League of Alms yang bermatlamat untuk membantu golongan miskin dan menderita. • Minat yang tinggi terhadap dunia perniagaan telah menyebabkan Henry meletakkan jawatan beliau sebagai pegawai bank demi memenuhi minat beliau. Perniagaan yang dibangunkan oleh Henry mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat. Namun begitu, semuanya berubah dengan sekelip mata apabila tercetusnya Perang Solferino. Sejarah Penubuhan BSMM Di Malaysia • Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (kini Bulan Sabit Merah Malaysia) ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Selepas 9 tahun penubuhannya, persatuan ini akhirnya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan juga mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. • Sejarah penubuhan PBSM bermula apabila tertubuhnya cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak sekitar tahun 1948. Seterusnya, kegiatan PBSM mula diluaskan di negeri-negeri lain di Malaysia melalui penubuhan cawangan-cawangan PBSM. Negeri Pulau Pinang menjadi negeri terawal di Semenanjung Malaysia yang mempunyai cawangan PBSM iaitu pada tahun 1950. Setelah kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. • Persatuan ini seterusnya menerima pengiktirafan daripada Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tanggal 4 Julai 1963 lalu menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Susulan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, Akta Persatuan Palang Merah di Malaysia (Penswastaan) telah digubal pada 17 September 1963. • Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangan Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak di bawah Persatuan Palang Merah Malaysia. Ianya dibentangkan di Parlimen dan seterusnya digazetkan pada tarikh 5 September 1975. Sejarah penubuhan PBSM diteruskan dengan
11 penukaran nama Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Persatuan Bulan Sabit Malaysia sejajar dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia. Tujuan Penubuhan BSMM Penuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bukanlah merupakan satu penubuhan persatuan yang dilakukan secara spontan. Sebaliknya, ianya ditubuhkan atas tujuan-tujuan tertentu seperti : • Pertubuhan terbuka tanpa membezakan agama, bangsa atau politik kepada semua orang untuk melakukan segala hal yang ditakrifkan oleh pertubuhan atau majlisnya berfaedah untuk mencapai tujuan tersebut. • Menjalankan usaha memperbaiki taraf kesihatan, mencegah penyakit dan meringankan penderitaan penderitaan di seluruh dunia dalam masa aman atau perang. • Memberikan bantuan sukarela kepada orang cedera sama ada daripada angkatan tentera atau pihak yang menderita akibat peperangan. • Menjalankan segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu persatuan kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah satu pihak kepada konvensyen tersebut. • Mengesan perkembangan dan penguasaan ahli-ahli secara menyeluruh dalam aspekaspek pengetahuan intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak dan sosial selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Prinsip-prinsip BSMM Terdapat 7 prinsip asas dalam Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang perlu dijadikan pedoman semua ahli BSMM.
12 • Kesaksamaan Memberi bantuan tanpa membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau perbezaan politik. • Kemanusiaan Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada yang tercedera di medan perang. • Keberkecualian Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian bercorak politik, perkauaman, agama atau ideologi. • Sukarela Satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan. • Kesejagatan Gerakan yang meliputi seluruh dunia, semua mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling membantu antara satu sama lain. • Ketunggalan Hanya terdapat satu BSMM atau Palang Merah di dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktiviti meliputi seluruh negara. • Kebebasan Menjaga kebebasan dalam segala tindakan yang berasaskan perikemanusiaan. Struktur Dan Organisasi Peringkat Antarabangsa Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada tiga badan berasingan iaitu : • Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah - The International Committee of the Red Cross (ICRC) • Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah - International Federation of Red Cross and Red Crescent Socities (IFRC) • Persatuan-persatuan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Kebangsaan
13 Struktur Dan Organisasi Peringkat Kebangsaan
14 Struktur Dan Organisasi Peringkat Cawangan
15 Struktur Dan Organisasi Peringkat IPG Struktur unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di Institut Pendidikan Guru (IPG) diterajui oleh Pengarah selaku Penaung lalu diikuti oleh Ketua Jabatan/ Ketua Unit Kokurikulum dan Guru Penasihat. Hierarki ini diteruskan dengan Pengerusi dan Naib Pengerusi daripada kalangan pelajar. Struktur dan organisasi in juga dilengkapkan dengan jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari, Komander, Kuarter Master dan Ketua Patrol/Biro.
16 Struktur Dan Organisasi Peringkat Sekolah Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa • Menurut ICRC, undang-undang kemanusiaan antarabangsa menetapkan mereka yang sakit dan cedera, sama ada orang awam atau pejuang, tanpa mengira di pihak yang mana, perlu dirawat tanpa sebarang kelewatan dan tidak boleh didiskriminasi. • Pihak-pihak yang terbabit dalam konflik itu perlu pada setiap masa menghormati danmelindungi kakitangan, kenderaan dankemudahan perubatan dan memberikan bantuanyang diperlukan mereka.
17 Konvensyen Geneva Pertama 1864 • Melindungi mereka yang tidak terlibat dalam peperangan di daratan. • Dihormati dan dilindungi tanpa diskriminasi jantina, bangsa, kewarganegaraan, agama, fahaman politik dan aspek-aspek lain. • Tidak boleh dibunuh, dimusnah, diseksa atau untuk tujuan eksperimen biologikal. Menerima rawatan yang mencukupi. • Dilindung daripada dirompak dan jangkitan penyakit. • Semua parti terlibat dalam konflik mesti mencari dan mengumpul mereka yang sakit dan cedera selepas peperangan dan memberi maklumat kepada Pusat Agensi Menjejak Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC). • Organisasi lain yang diberi kuasa dalam memberi rawatan secara saksama, kerajaan yang berkecuali dan penduduk tempatan boleh dipanggil untuk memberi perkhidmatan kemanusiaan kepada mereka yang sakit dan cedera. Konvensyen Geneva Kedua 1907 • Melindungi askar-askar yang cedera dan sakit ketika diatas kapal atau di laut. • Mewajibkan pihak yang terlibat dalam peperangan mencari, mengumpul dan merawat mereka yang cedera, sakit dan terkaram di laut. • Pegawai agama, perubatan diin hospital yang berkhidmat di atas kapal perang harus dihormati dan dilindungi. • Kapal hospital tidak boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan. Ia tidak boleh diserang atau ditahan. • Pengangkutan air berkecuali termasuk kapal saudagar dan kapal pesiar boleh mengumpul dan merawat mereka yang cedera dan terkaram. Tidak boleh ditangkap selagi kekal berkecuali. • Pegawai perubatan kapal hospital tidak boleh ditangkap, namun mereka yang cedera, sakit dan terkaram boleh ditahan sebagai tahanan perang dengan syarat memindahkan tahanan dengan selamat dan kapal perang tersebut mesti mempunyai kemudahan perubatan. Konvensyen Geneva Ketiga 1929 • Tahanan perang mesti dilayan dengan baik, disediakan tempat kediaman yang sempurna dan menerima bekalan makanan yang mencukupi serta rawatan yang memadai. • Diberi perlindungan dengan sebaiknya.
18 • Diberi keselesaan dan keperluan hidup yang terbaik. • Tahanan yang dilakukan perlu tertakluk kepada undang-undang penahanan. • Penahanan tidak boleh bertindak secara diskriminasi terhadap tahanan perang dari aspek agama, bangsa, kewarganegaraan, fahaman politik dan lain-lain kriteria. Konvensyen Geneva Keempat 1949 • Melindungi orang awam yang berada dalam lingkungan konflik bersenjata dan pengganas. • Orang awam tidak boleh dibuang negeri atau dikurung kecuali ketika perintah berkurung atas keselamatan mereka. • Kegiatan negatif seperti rompakan, pembalasan permusnahan harta benda adalah dilarang. • Perlindungan kanak-kanak dan orang awam diutamakan. • Orang awam tidak boleh dipaksa untuk melakukan kerja ketenteraan untuk penjajah. • Pihak penjajah mesti menyediakan bekalan ubat-ubatan dan makanan untuk bekalan penduduk. • Hospital dan zon-zon keselamatan perlu diwujudkan untuk ibu mengandung dan kanak-kanak umur bawah 15. • Orang kurungan mesti menerima makanan dan rawatan perubatan yang secukupnya kesan daripada risiko peperangan. • Keselamatan, penghormatan, hak keluarga, agama, adat resam perlu dihormati. Protokol Tambahan I (1977) • Melarang serangan membuta tuli yang dilakukan kepada penduduk awam dan pemusnahan sumber makanan, air dan bahan-bahan yang lain untuk hidup. • Empangan-empangan, benteng-benteng, stesen pemancaran nuclear, objek- objek bersejarah dan tempat bersembahyang tidak boleh diserang. • Perlindungan khas diberikan kepada wanita, kanak-kanak dan pegawai perubatan awam serta had perlindungan kepada wartawan dispesifikasikan. • Dilarang mengerah kanak-kanak di bawah umur 15 tahun untuk tujuan angkatan tentera. • Penggunaan senjata api yang boleh menyebabkan kecederaan dan penderitaan yang melampau serta kemusnahan alam sekitar yang berpanjangan adalah dilarang. • Penggunaan salah satu emblem (lambang) yang disahkan dalam Konvensyen Geneva untuk menipu pihak musuh atau menggunakan corak penipuan yang lain dikenali sebagai jenayah parang.
19 Protokol Tambahan II (1977) • Individu yang ditahan semasa konflik bersenjata mesti dilayan dengan baik seperti yang disyaratkan dalam Konvensyen Geneva. • Individu yang tidak terlibat secara langsung atau berhenti terlibat dalam permusuhan patut diberikan penghormatan. Protokol II melarang keganasan atas kehidupan, kesihatan, fizikal atau mental seseorang individu. Kanak-kanak mesti dipindahkan ketempat yang selamat jika perlu dan disatukan semula dengan ahli keluarganya. • Serangan tidak boleh dibuat ke atas penduduk awam dan objek-objek yang mustahak bagi penduduk untuk terus hidup seperti tanaman system pembuangan atau sumber minuman air, objek-objek bersejarah dan tempat bersembahyang. • Ia menambahkan perlindungan kepada mereka yang cedera, sakit dan yang terkaram serta pegawai-pegawai perubatan dan ahli-ahli agama. • Organisasi bantuan saksama seperti ICRC adalah dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatan kemanusiaannya. Tanggungjawab Negara-negara • Menghormati UUKA melibatkan beberapa kaedah undang-undang (misalnya menandatangani mana-mana perjanjian antarabangsa yang perlu, menggubal dan melaksanakan peraturan yang berkaitan). • Negara-negara harus berusaha menghalang pencabulan undang-undang ini, atau menghukum mereka, sekiranya terjadi pencabulan. Khususnya, mereka harus menggubal undang-undang untuk menghukum pencabulan paling serius terhadap Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan, yang dianggap sebagai jenayah perang. Kesemua negara juga mesti meluluskan undang-undang yang melindungi lambang Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Kristal Merah. • Adalah menjadi kewajipan semua negara untuk menyebarkan peraturan UUKA kepada angkatan bersenjatanya dan masyarakat awam. • Sesebuah negara itu mestilah memastikan UUKA dihormati bukan sahaja di negaranya tetapi mesti juga memastikan bahawa UUKA dihormati di seluruh dunia. Di peringkat antarabangsa, tribunal telah ditubuhkan untuk menghukum kesalahan yang dilakukan dalam tiga konflik terbaru (bekas Yugoslavia, Rwanda dan Sierra Leone). Sebuah Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang dipertanggungjawabkan untuk membawa penjenayah perang ke muka pengadilan, telah ditubuhkan oleh Statut Rome 1998. Konvensyen Hague
20 Istilah "Konvensyen Hague" menerangkan perjanjian dan pengisytiharan yang diterima pakai di The Hague dan yang mengandungi peraturan yang mengawal selia peperangan. Ini termasuk siri perjanjian dan pengisytiharan antarabangsa yang diterima pakai pada dua persidangan keamanan antarabangsa pada 1890 dan 1907 dan Konvensyen Hague 1954 mengenai Perlindungan Harta Budaya sekiranya berlaku konflik bersenjata. Peraturan yang terhasil daripada Konvensyen ini - Undang-undang The Hague - mengawal penggunaan cara dan kaedah peperangan, kelakuan permusuhan dan pendudukan, bertentangan dengan Undang-undang Geneva - yang terutama mengawal perlindungan mangsa perang. Lambang/Emblem BSMM Seperti persatuan yang lain, BSMM juga mempunyai logo rasminya yang tersendiri. Logo ini menjadi identiti utama BSMM bagi membezakan gerakan persatuan ini dengan persatuan yang lain. • Logo rasmi yang dilekatkan pada pakaian seragam. • Logo rasmi pada laman sesawang BSMM.
21 • Bendera BSMM dalam bentuk lakaran. • Ukuran piawai lambang bulan sabit pada bendera BSMM. • Lambang rasmi IFRC.
22 • Lambang BSMM yang berbentuk bulan sabit. Peranan & Kegunaan Lambang • Tanda Perlindungan ➢ Seseorang atau objek tidak boleh disrang. ➢ Seseorang atau objek itu adalah di bawah perlindungan undang-undang kemanusiaan. • Tanda Pengenalan ➢ Menunjukkan bahawa orang atau sesuatu objek adalah berkaitan dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. • Kegunaan Lambang • IRCS dan IFRC berhak menggunakan lambang Palang Merah/ Bulan Sabit Merah/ Kristal Merah pada setiap masa, iaitu sewaktu konflik atau aman.
23 Undang-undang Asas Konvensyen • Penderitaan dan kemusnahan yang tidak wajar: ➢ Mengakibatkan penderitaan atau kemusnahan harta benda secara tidak wajar bagi memaksa musuh untuk menyerah adalah dilarang. • Keperluan ketenteraan: ➢ Membenarkan penggunaan kekerasan secara seimbang ketika konflik bersenjata untuk memaksa musuh menyerah. Tetapi bukan alasan untuk langgar UUKA atau menyokong kepimpinan buruk. • Pertimbangan: ➢ Penggunaan cara dan kaedah peperangan haruslah setimpal dibandingkan dengan kesan ketenteraan yang dijangkakan akan diperolehi secara langsang. • Perbezaan di antara sasaran ketenteraan dengan orang dan objek awam: ➢ Serangan yang ditunjukkan secara khusus terhadap orang awam adalah dilarang. Pada setiap masa harus dikenalpasti perbezaan di antara anggota/ objek tentera dengan anggota objek awam yang tidak bersalah. • Pembatasan ➢ Hak pihak-pihak yang bersengjata untuk mengguna pakai cara (senjata) dan kaedah (contohnya taktik peperangan) bagi mencederakan musuh adalah terbatas. Sekian, Terima Kasih.