The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KUMPULAN 1
TUGASAN 2 PENGHASILAN PRODUK EDUP3093 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqil6503, 2022-09-20 03:33:38

Laporan Razak 1956 dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

KUMPULAN 1
TUGASAN 2 PENGHASILAN PRODUK EDUP3093 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

EDUP3093 Falsafah dan

Perkembangan Pendidikan di

Malaysia

Tugasan 2: PENGHASILAN PRODUK

MUHAMMAD AIMAN AQIL BIN RUZIMAN
MOHAMAD RAQIB NAJMI BIN MOHD RAMADHAN

NGIW ZI YANG
(KUMPULAN 1)
11Y SEJARAH
PUAN SARIMAH BINTI SAAD

ANALISIS LAPORAN RAZAK
1956 DAN HUBUNGANNYA

DENGAN FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENGENALAN

Menurut Abu Bakar Nordin (1994), Laporan Razak 1956 mampu menjadi batu loncatan ke arah yang positif
dalam perkembangan sistem pendidikan kebangsaan yang melibatkan pembentukan dan pencetus
perpaduansesebuah negara.
Hal ini dikatakan demikian kerana perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan bangsa sangat
dititikberatkan dalam menggubal dasar pendidikan selepas merdeka
Oleh itu, hal ini menjadi asas utama dalam Laporan Razak 1956 yang telah dikuatkuasakan melalui Akta
Pendidikan 1961
Sejajar dengan itu juga, Laporan Razak ini telah menghasilkan beberapa cadangan yang membawa kepada
pembentukan pendidikan yang bersifat sejagat bagi memantapkan sistem pendidikan
Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah untuk menujukkan hala tuju, dasar dan hasrat
dalam merancang pelan pendidikan.
Oleh itu, pernyataan FPK menunjukkan bahawa terdapat penegasan kepada perkembangan kemampuan
individu dalam sistem pendidikan di Malaysia secara meluas dan seimbang dari aspek emosi, jasmani,
rohani dan intelek
Oleh yang demikian, berdasarkan cadangan yang dihasilkan oleh Laporan Razak ini jelas menunjukkan
bahawa ia selari dengan FPK yang memerlukan seseorang individu itu berilmu pengetahuan, berkemahiran
dan mempunyai nilai moral yang baik
Jelaslah terdapat hubungan di antara Laporan Razak dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi
asas atau tunjang kepada perkembangan pendidikan pada masa kini serta cadangan dalam laporan
tersebut masih lagi diterapkan di dalam FPK.

Pengenalan kepada Sukatan pelajaran diterapkan
Laporan Razak 1956 supaya berlatarbelakangkan
Tanah Melayu
Laporan Razak telah diperkenalkan pada April 1956. Menekankan usaha
Pada dasarnya, ia bertujuan untuk mewujudkan sistem pelajaran yang membentuk perpaduan selain
sama bagi semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan tenaga kerja
Ia dinamakan sempena nama Tun Abdul Razak yang mengetuai yang ramai
laporan ini
Laporan Razak ini telah menjadi satu anjakan yang besar kepada
perkembangan sistem pendidikan kebangsaan
Sebagaimana yang telah dinukilkan di dalam penyata tersebut :

" Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah hendak menyatukan
budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan
memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan
menggunakan satu Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta
melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur."

(Penyata Razak, perenggan 12, 1956)

Tugas

Jawatankuasa

Membentuk satu sistem

pendidikan kebangsaan yang
bersesuaian dengan aspirasi
menyatupadukan penduduk
berbilang bangsa 
Menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan 
Menjaga perkembangan bahasa
dan kebudayaan kaum lain 
Mengkaji Ordinan Pelajaran 1952
dan membuat pindaan yang
perlu

Tujuan Laporan Razak

Menjadikan Bahasa Mewujudkan masyarakat
Melayu sebagai bahasa yang betoleransi,

Kebangsaan, Bahasa berdisiplin, telatih dan
perpaduan dan Bahasa progresif

pengantar di sekolah Mengembangkan sistem

pendidikan agar jurang
perbezaan antara kaum
Mengeratkan perpaduan
antara kaum Melayu, dapat dikurangkan

Cina, dan India sebagai Memenuhi keperluan
satu rumpun bangsa di negara yang merdeka dan

Tanah Melayu memperkembangkan
sistem pendidikan

Tujuan Menyediakan
Laporan kemudahan
Razak pendidikan yang
mencukupi



Mewujudkan sistem

pengurusan
pendidikan yang lebih
cekap dan berkesan

Cadangan Laporan Razak

Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang

diperkatakan ialah:

Semua sekolah di tanah air Bagi sekolah jenis Guru-guru sekolah rendah
mempunyai sukatan yang kebangsaan, bahasa dan menengah adalah
Inggeris, Cina dan Tamil berkelayakan
sama menjadi bahasa pengantar



Sekolah-sekolah rendah Sistem pendidikan sekolah
Bahasa Melayu dijadikan ditukar kepada sekolah menengah adalah Sekolah
bahasa Kebangsaan dan kebangsaan dan bahasa Menengah Rendah (SMR),
menjadi bahasa pengantar Melayu sebagai bahasa
Sekolah Menengah Atas
utama pengantar utama (SMA) dan Pra Universiti





Bahasa Melayu dan bahasa Penubuhan satu jenis Semua guru diletakkan di
Inggeris diwajibkan bagi sekolah sahaja yang bawah satu perkhidmatan
terbuka kepada semua profesional dan Jemaah
semua sekolah rendah dan
sekolah menengah. kaum Nazir Persekutuan
ditubuhkan

Kandungan Sekolah rendah
Laporan Razak


Sekolah Rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah
Kebangsaan (SRK) yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang
menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan

Tamil sebagai bahasa pengantar



Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
merupakan matapelajaran wajib



Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah
aliran Inggeris diberi peluang mempelajari
bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau

lebih murid ingin belajar



guru-guru mestilah mempunyai sijil
Sekolah Menengah Rendah dan mendapat

latihan sepenuh masa setahun dan
separuh masa 2 tahun

Kandungan Sekolah Menengah
Laporan Razak


Sekolah Menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu
sekolah menengah rendah ( 3 tahun),
sekolah menengah atas ( 2 tahun) dan

pra-U ( 2 tahun).
- kaum dan menggunakan sukatan yang

sama



bagi memasuki sekolah menengah,
pelajar hendaklah lulus peperiksaan

memasuki sekolah menengah

Kandungan Sistem Peperiksaan
Laporan Razak


Sistem Peperiksaan sekolah menengah rendah
- Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3
(peperiksaan bersama) dan mesti lulus Sijil
Rendah Pelajaran (SRP) bagi memasuki

sekolah menengah atas



sekolah menengah atas
- Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk
memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu

yang sama taraf dengan Cambridge
Overseas Certificate


Pra-U

- Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk
memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran (STP) untuk

memasuki universiti

Falsafah
pendidikan
kebangsaan

(FPK)

PENGENALAN

01 02 03

Nama asal Menjalankan aktiviti yang Mempunyai
ialah dapat melahirkan insan yang 10
Falsafah seimbang dari segi jasmani, kandungan
Pendidikan emosi, rohani, intelektual dan (KPM, 2011)
Negara (FPN) sosial (JERIS) di sekolah

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk menwujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

Kandungan dalam fpk

PENDIDIKAN IALAH memperkembangkan perkembangan insan yang
SATU USAHA lagi potensi potensi secara harmonis dan
BERTERUSan individu menyeluruh dan
seimbang
Pendidikan bermula semua individu yang lahir bersepadu
dalam kandungan mempunyai potensi seseorang bukan
hingga akhir nyawa. masing-msaing, namun JERIS dapat memudahkan sahaja perlu
terdapat dua jenis potensi ini perli dicungkil seseorang menguasai menguasai ilmu
pendidikan, iaitu dan dipertingkatkan kemahiran dengan mudah. penegtahuan, namun
pendidikan formal dengan teliti dan Keperlian hidup juga tidak juga perlu
dan tidak formal. berdasarkan aspek JERIS dapat dijauhi dengan nilai- mempunyai badan
nilai murni yang sihat

Kandungan dalam fpk

kEPERCAYAAN DAN Melahirkan rakyat yang RAKYAT YANG
KEPATUHAN rakyat malaysia bertanggungjawab BERKETERAMPILAN

KEPADA TUHAN yang berilmu Rakyat yang dididik Berketerampilan
pengetahuan perlu mempunyai bermaksud berupaya
Pegangan agama amanah dan melakukan tugas
yang kukuh akan Ilmu adalah kuasa bertangguingjawab dengan cekap (Kamus
mempertahankan Ilmu yang dapat perlu dalam melakukan Dewan Edisi Keempat)
kita daripada digunakan untuk kerja. Dalam usaha
perbuatan jahat perkara yang baik Mereka sedar bahawa membangunkan
Prinsip ini juga kepada individu dan apa yang perlu negara, rakyat yang
terdapat daprinsip sekeliling dilakukan oleh mereka berketerampilan
pertama Rukun Misalnya, sangat diperlukan
Negara menyumbang kepada
pembangunan negara.

Kandungan dalam fpk

rakyat yang berakhlak mulia berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri
Orang yang berakhlak mulia amat dihayati oleh
orang lain Terdapat sesetengah orang yang kaya raya,
rakyat yang berakhlak mulia mengandungi aspek berkelulusan tinggi dan berpangkat besar tidak
berikut: mempunyai kehidupan yang sejahtera.
Misalnya, seseorang yang berpangkat tinggi takut
Mengetahui nilai baik dan buruk akan kehilangan kerjanya
menyedari kesan perbuatan baik dan buruk oleh itu, kesejahteraan amat penting dan boleh
menghayati nilai kemanusiaan, diamalkan melalui
kewarganegaraan dan kerohanian
mengamal perlakuan baik dan mengelakkan fikiran yang waras
perlakuan yang buruk jiwa yang tenang
yakin kepada nilai murni badan sihat
daya tahan yang kuat untuk menghadapi
cabaran hidup
mempunyai hubungan silaturahim yang baik

Analisis Laporan
Razak 1956 dengan
Falsafah Pendidikan

Kebangsaan

Laporan Razak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1956 (FPK)

Pembangunan pusat Laporan Razak menyebut bahawa latihan yang berkaitan dengan guru yang
latihan keguruan akan mengajar di sekolah ini perlu mendapatkan latihan yang sebenar semasa
dalam dalam peringkat persediaan menjadi seorang guru ini. Antara matlamat
yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk
melahirkan individu yang berpengetahuan. Hal ini secara jelas ditunjukkan
dalam Laporan Razak tentang syarat-syarat minima bagi individu yang ingin
menjadi seorang guru. Selain itu, sesebuah pusat latihan keguruan itu
diwujudkan bagi melatih bakal-bakal guru agar dapat melahirkan budaya
keguruan dalam diri mereka serta memastikan mereka dapat mempelajari
ilmu-ilmu pendidikan yang dapat diguna pakai dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Oleh yang demikian, menerusi Laporan Razak iaitu dengan
adanya pusat latihan guru, ia memberi kesan yang besar terhadap Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan guru-guru yang kompeten serta
benar-benar berkelayakan bagi menjadi seorang individu yang bernama guru
ini. Oleh itu, jelaslah bahawa murid-murid ini akan mencapai tahap yang
cemerlang dalam pendidikan serta dalam mewujudkan insan yang seimbang
dari pelbagai aspek yang telah termaktub di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Laporan Razak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1956
(FPK)
Bahasa Melayu dan
Penubuhan Satu Laporan Razak banyak mempengaruhi sistem pendidikan sehingga kini. Antara
Jenis Sekolah polisi pendidikan terkini yang dipengaruhi oleh Laporan Razak adalah
penggunaan Bahasa Melayu secara unilateral iaitu penggunaan satu bahasa
pendidikan utama di sekolah. Pembentukan negara dan perpaduan negara
merupakan kesan daripada Laporan Razak 1957. Hal ini demikian kerana Laporan
Razak disebut sebagai batu loncatan kepada sistem pendidikan kebangsaan masa
kini. Oleh itu, disebabkan syor yang terdapat dalam Laporan Razak iaitu Bahasa
Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan serta sebagai bahasa pengantar
utama di sekolah, maka perpaduan antara masyarakat yang berbilang kaum dan
bangsa di Malaysia dapat dikukuh serta dieratkan. Selain itu, terdapat cadangan
dalam Laporan Razak iaitu membentuk sistem pendidikan kebangsaan melalui
penubuhan hanya satu jenis sekolah menengah sahaja. Hal ini secara tidak
langsung dapat memupuk perpaduan kaum antara pelajar. Hal ini berhubung kait
antara Laporan Razak dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
memantapkan perpaduan antara masyarakat melalui sistem pendidikan. Oleh itu,
jelaslah bahawa syor yang dibuat dalam Laporan Razak telah memberi kesan
positif kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan masyarakat
yang bersatu walaupun hidup dalam keadaan berbilang kaum kerana Bahasa
Melayu merupakan bahasa pemersatuan.

Laporan Razak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1956
(FPK)
Penubuhan
Pusat-Pusat Laporan Razak membincangkan tentang penubuhan pusat-pusat latihan yang
dikhususkan kepada pelajar yang berminat dengan pembelajaran yang melibatkan
Latihan kemahiran-kemahiran teknikal. Pembangunan dalam negara tidak hanya
Kemahiran untuk memfokuskan kepada pendidikan semata-mata namun bidang-bidang yang
melibatkan kemahiran seperti kemahiran teknikal ini juga perlu diberi perhatian yang
Pelajar sewajarnya. Hal ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin
mewujudkan individu yang seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Oleh yang demikian, perkaitan antara Laporan Razak dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dapat dilihat apabila laporan ini cuba memperluaskan lagi peringkat
pengajian tinggi serta mempelbagaikan aliran sekolah selain daripada sekolah yang
bertumpukan kepada pendidikan sahaja. Di samping itu, kewujudan pusat latihan ini
juga adalah supaya ia memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
mahukan rakyat Malaysia berupaya memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat
dan negara. Pelajar akan memiliki daya upaya yang mahir dalam menjalankan kerja-
kerja yang berasaskan kemahiran seperti kemahiran teknikal, elektronik, pertukangan
dan sebagainya bagi memberi kemajuan kepada ekonomi mereka sendiri. Oleh itu,
masyarakat yang berilmu pengetahuan, berkebolehan dalam sesuatu bidang dan
seimbang dapat dibentuk agar mampu memberi sumbangan dengan menaikkan
ekonomi negara melalui kemahiran yang mereka pelajari di pusat latihan.

Laporan Razak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1956 (FPK)

Penerapan Antara syor yang telah dikemukan dalam Laporan Razak ialah penubuhan hanya satu jenis
Kurikulum bagi sekolah menengah yang dibuka kepada semua bangsa. Sekolah yang ditubuhkan itu akan
menggunakan sukatan pelajaran dan kurikulum yang sama. Hal ini adalah bagi
Mewujudkan mewujudkan satu sistem pendidikan yang stabil dan sehaluan bagi semua kaum. Dalam
Sistem pada itu, semua calon hendaklah menduduki Sijil Rendah Pelajaran dan juga Sijil Pelajaran
Malaysia Persekutuan Tanah Melayu. Melalui Laporan Razak juga, sistem peperiksaan dan
Pendidikan yang juga pentaksiran yang sama di setiap sekolah di Malaysia telah diwujudkan. Oleh hal
Stabil demikian, jika dilihat dengan lebih mendalam, aspek kurikulum yang dikemukakan telah
memberi kesan secara tidak langsung kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai
contoh, kesemua kurikulum dan peperiksaan yang dinyatakan dalam Laporan Razak adalah
bersamaan dengan unsur yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menyatakan bahawa pendidikan adalah satu usaha yang berterusan. Dalam masa yang
sama, syor yang terdapat dalam Laporan Razak juga bertepatan dengan unsur yang
terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu "Memperkembangkan potensi
Individu" yang meliputi keempat-empat aspek iaitu intelek, rohani, jamani, dan mental. Jadi
jelaslah disini bahawa syor yang dikemukakan dalam Laporan Razak telah memberi kesan
dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam pelaksanaan
kurikulum dan peperiksaan di sekolah bagi menghasilkan sebuah sistem pendidikan dan
pelajar yang berkualiti.

RUMUSAN (Aiman)

Sebagai rumusan, Laporan Razak 1956 merupakan contoh laporan
pendidikan yang terbaik untuk dijadikan tauladan dan panduan
bersama. Hal ini demikian kerana laporan ini telah menunjukkan
bahawa pendidikan haruslah dirancang dan dilihat secara meluas
dari segala aspek terutamanya dari segi budaya, sejarah,
sosioekonomi masyarakat serta latar belakang masyarakat agar
pendemokrasian pendidikan dapat dilaksanakan dengan adil dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan baik
dan cemerlang. Oleh itu, Laporan Razak ini masih relevan dan diguna
pakai dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sehingga kini

RUMUSAN (raqib)

Secara keseluruhannya, Laporan Razak dilihat telah memberi kesan yang tertentu
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digunapakai pada masa ini. Antara
aspek yang telah diserap masuk ke dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui
Laporan Razak ialah penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Di
dalam Laporan Razak telah dinyatakan berkenaan dengan kedudukan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa pengantar. Jika ditelusuri dengan lebih
mendalam, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan Bahasa Melayu
sebagai satu unilateral iaitu penggunaan satu bahasa utama di sekolah. Kini,
penggunaan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama di sekolah dan diiktiraf
sebagai bahasa kebangsaan. Hal ini telah menunjukkan bahawa cadangan atau unsur
yang terdapat di dalam laporan Razak telah memberi kesan kepada pembentukan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

RUMUSAN (zi yang)

Sebagai menggulung segala perkara yang diperkatakan di atas, Laporan Razak
adalah salah satu laporan yang telah memberi kesan kepada Falsafah Pendidikan
Malaysia pada masa kini. Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang
digunakan untuk surat menyurat dalam sekolah . Selain itu, sekolah vernakular
ditetapkan pada peringkat rendah. Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya
Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina [SJK(C)] dan Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil [SJK(T)]. Seterusnya, Laporan Razak juga menerangkan
sukatan pelajaran yang sama juga telah diamalkan sehingga kini. Oleh itu, Laporan
Razak 1956 merupakan teladan yang baik kepada pendidikan pada masa kini.

RUJUKAN

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version