The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zatii7912, 2022-03-26 08:54:43

Nur Izzati Bt. Abu Hassan Shaari F2F

Nur Izzati Bt. Abu Hassan Shaari F2F

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, JALAN KUALA KETIL,
08000, SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN

Nama : NUR IZZATI BINTI ABU HASSAN SHAARI

Angka Giliran : 2021252310133

No. K/P : 020304020878

Program : PPISMP

Ambilan : JUN 2021

Kumpulan/Unit : F2F

Nama Pensyarah : PN. ARFAH BINTI AHAMAD

Tarikh Hantar : 26 MAC 2022

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar: izzati Tarikh : 26.3.2022

Pengenalan

Hasil karya dan ciptaan seni dalam kalangan masyarakat melayu dikenali sebagai
kesusasteraan. Perkataan kesusasteraan terbentuk dalam daripada perkataan Sanskrit iaitu
susastera( Siti Hajar Abdul Aziz,2011).Su bermaksud indah,baik manakala sastera ialah alat
untuk mengajar seperti buku,karya,dan teks.Maka,kesusasteraan bermaksud kumpulan
buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Menurut kamus kesusasteraan merupakan
hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri
keistimewaan yang tertentu.Prosa atau puisi mengandungi ciri-ciri kesitimewaan yang tertentu
berdasarkan zaman iaitu tradisional yang dinilai sebelum wujud teknologi penerbitan
manakala moden iaitu selepas teknologi penulisan dan boleh dibuktikan sebagai teks.

Kesusasteraan melayu melalui konteks Pendidikan ditakrifkan sebagai karya asal
yang tertulis dalam Bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada
berbentuk novel,cerpen,drama,sajak,prosa tradisional atau puisi tradisional.Karya-karya
sastera ini juga memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan tertentu
sama ada mengenai diri sendiri atau sekelompok masyarakat.Menurut Hashim Awang,
kesusasteraan boleh dikelaskan kepada empat unsur iaitu intelek,emosi,imaginasi dan teknik.

Jenis,Bentuk dan Ciri

Secara umum,sastera dianggap sebagai ungkapan peribadi manusia yang merupakan
pengalaman,pemikiran,perasaan,idea,semangat dan keyakinan dalam suatu bentuk
gambaran konkrit.Kesusasteraan mempunyai pelbagai ragam dari segi bentuk dan ciri.Hal ini
kerana masing-masing memiliki unsur-unsur yang khusus yang membentuk pola secara
berbeza untuk tujuan tertentu.

Ciri Kesusasteraan yang pertama ialah keindahan.Bahsa yang digunakan dalam karya
sastera dapat dilihat melalui gaya dan lenggoknhya tersendiri.Hasil karya dikatakan indah
sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti keutuhan,keselarasan,keseimbangan dan focus
kepada sesuatu unsur.Ciri keduanya ialah mencerminkan pengalaman iaitu merujuk kepada
keuntuhan tindak balas daripada jiwa manusia yang digambarkan secara realiti dan
pengalaman dungkapkan melalui Bahasa.Ciri ketiga ialah pengalamn seni iaitu pembaca
dapat memahami dan merasai fikrian dan perasaan pengkarya.Akhir sekali,karya seni iaitu
nilai-nilai estetik yang membolehkan pengkarya mengungkapkan isi hati dengan jelas dan
mendalam.Jenis-jenis kesusasteraan melayu terbahagi kepada prosa
tradisional,prosa,moden,puisi tradisional dan puisi moden.

Prosa Tradisional

Prosa tradisional ialah bentuk kesusasteraan yang menjadi sumber
pengetahuan,amalan,pengajaran ,sempadan tingkah laku atau sumber pengenalan
masyarakat yang masih kekal hingga ke hari ini.Dalam pada itu,prosa tradisional ialah sastera
yang mempunyai sifat yang diwarisi sacara turun-temurun.Pada abad ke-14 iaitu setelah
kedatangan islam,perkembangan yang positif berlaku terhadap kesusasteraan prosa
tradisional.Oleh itu,istana berperanan pusat perkembangan kesusasteraan Melayu Klasik
yang utama dan karya baharu yang dikarang oleh penulis ialah berdasarkan perintah
raja.Prosa tradisional juga merupakan hasil karya seni yang dihasilkan dan disampaikan
melalui bahasa.Hal ini supaya dapat menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya pada
ketika itu.

Terdapat dua genre prosa tradisional iaitu sastera rakyat iaitu lisan dan sastera istana
iaitu tulisan.Menurut Zaidan et al.(2000), sastera lisan merupakan ungkapan mulut ke mulut
dan kebudayaan lisan yang dihasilkan dapat disejajarkan dengan sastera tulisan dalam
masyarakat moden.Sastera rakyat terbahagi kepada dua iaitu naratif dan bukan naratif.Selain
itu,sasetra lisan boleh didefinisikan sebagai kata-kata atau pertuturan melalui penceritaan
atau percakapan.Misalnya,pantun,nyanyian rakyat dan cerita rakyat merupakan sastera yang
diwariskan secara lisan.Sastera rakyat berfungsi untuk memberi pengajaran serta
penulisannya bersifat sederhana,spontan dan kadang kala agak kasar.

Mitos merupakan cerita yang dianggap benar-benar terjadi dan suci oleh empunya
cerita dan masyarakat yang mendukungnya.Tokoh yang terlibat dalam mitos terdiri daripada
makhluk halus,dewa atau separuh dewa yang terjadi pada zaman dahulu.Antara ciri-ciri mitos
ialah dianggap benar-benar terjadi,dianggap keramat dan memberi kesan kepada masyarakat
serta berlaku pada zaman lampau.Mitos terdiri daripada tiga jenis iaitu mitos asal usul,mitos
institusi sosial dan mitos politik.

Lagenda pula ialah cerita yang dipercayai benar-benar berlaku namun tidak dianggap
suci.Tokoh bagi bagi karya sastera legenda ini terdiri daripada manusia yang mempunyai sifat
luar biasa.Ciri-ciri sastera ialah sejenis komunikasi lisan yang bercorak cerita berdasarkan
kisah-kisah tokoh atau pahlawan. Jenis legenda dalam masyarakat Melayu ialah legenda
keagamaan iaitu cerita mengenai orang alim dan penyebar agama.Jenis yang lain ialah
legenda alam ghaib atau memorat yang dianggap benar-benar berlaku.Legenda ini
kebiasaannya dikaitkan dengan pengalaman peribadi seseorang namun mengandungi unsur
tradisional seperti pengalaman menziarahi alam ghaib.Lagenda yang seterusnya ialah
legenda perseorangan.Legenda ini berkaitan dengan tokoh-tokoh tertentu dan dianggap
peristiwa berkaitan tokoh tersebut memang benar terjadi.

Legenda tempat pula biasanya menceritakan mengenai asal usul sesuatu tempat
seperti asal nama sesuatu tempat berkaitan dengan tokoh ataupun binatang.Sebagai
contoh,nama kampung seperti Kampung Tok Pasai,Batu Gajah dan sebagainya.Dalam pada
itu,Terdapat juga legenda tokoh seperti cerita Mahsuri yang dipercayai wujud buktinya makam
Mahsuri di Pulau Langkawi.

Di samping itu,cerita rakyat tidak dianggap benar-benar berlaku.Cerita rakyat ialah
sebagai sumber hiburan,mengeakkan kebenaran dan mengandungi moral atau sindiran.Jenis
cerita rakyat antaranya ialah cerita binatang yang mana tokoh utamanya merupakan binatang
yang mempunyai sikap seperti manusia.Watak binatang bersaiz kecil kebiasaannya cerdik
manakala binatang yang bersaiz besar danggap bodoh.Sebagai contoh,cerita Sang Kancil
menipu Gergasi.Kumpulan cerita rakyat yang lain ialah cerita penglipur lara yang dituturkan
oleh para penglipur lara seperti Awang Belanga dan Awang Batil.

Jenis cerita berikutnya ialah cerita jenaka.Cerita jenaka ialah cerita yang menimbulkan
rasa geli hati dan gembira kepada orang yang mendengarnya.Unsur yang terdapat dalam
cerita jenaka ialah ragam kehidupan manusia.Akhir sekali,cerita teladan yang juga
dikategorikan dalam cerita rakyat.Cerita ini mengandungi unsur didaktif serta sarat dengan
unsur moral dan pendidikan.Ciri-ciri cerita ini antaranya ialah watak yang terdiri daripada
manusia biasa serta mengalami suka duka pada permulaan cerita tetapi memperoleh
kegembiraan pada akhir-akhir cerita.

Manakala,sastera tulisan ialah apabila masyarakat mula menerima pengaruh islam
maka sistem tulisan juga diterima oleh masyarakat.Sastera undang-undang dijadikan sebagai
bahan kajian tentang sistem pemerintahan,sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat
lama,Contoh sastera undang-undang ialah Hukum Kanun Melaka.Sastera epik pula
mementingkan siri kepahlawanan dan kepewiraan yang unggul.Sebagai contoh,Hikayat Hang
Tuah merupakan jenis epik kebangsaan dan Hikayat Amir Hamzah sebagai epik
berunsur.Seterusnya,sastera panji yang berkisarkan sekitar kisah pengembaraan,percintaan
dan peperangan seperti Hikayat Cendawan Putih.Sastera agama pula banyak menfokuskan
pada cerita-cerita yang menggambarkan kehebatan Nabi Muhammad SAW dalam
menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia.

Prosa Moden

Selepas tahun 1800 Masihi,hasil karya sastera digolongkan dalam sastera moden
(Annas Hj Ahmad,1988).Prosa moden ialah karya sastera bahasa Melayu yang bebas dalam
ciptaan,menggambarkan pengalaman,pemikiran,situasi,persolan isu atau kehidupan sebenar
dalam bentuk tulisan karya bagi menyampaikan mesej.Prosa baru merupakan bentuk prosa
yang muncul setelah mendapat pengaruh dari budaya-budaya asing atau barat.Prosa moden
mengandungi beberapa ciri iaitu bebas,mesej tersirat,keterbukaan dan kreatif.Jenis prosa
moden pula terbahagi kepada dua iaitu fiksi dan bukan fiksi.

Cerpen merupakan cerita pendek yang terdiri daripada gabungan dua
perkataan.Menurut Hussain(1988),mendefinisikan cerpen sebagai singkatan cerita pendek
yang merupakan kisah rekaan yang relatif pendek dihasilkan dalam bentuk prosa dilihat dari
segi panjang pendeknya.Dalam pada itu,cerpen bukan sahaja menjadi alat yang
menggambarkan sikap,perasaan,pandangan dan fikiran pengarang malahan juga memberi
gambaran tentang suatu zaman sama ada berhubung masalah sosial politik atau ekonomi.

Novel ialah prosa rekaan yang panjang dan mengandungi sebahagian daripada
sebuah kehidupan.menurut Shahnon Ahmad(1972), novel ialah pentafsiran rencam hidup
manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka.Terdapat tiga faktor utama dalam novel
iaitu pengalaman peribadi,realiti rencam hidup dan imaginasi.Manakala,drama merupakan
salah satu karya sastera yang tergolong dalam genre prosa moden.Drama ialah sastera yang
diciptakan dengan unsur intrinsik iaitu satu kesatuan yang membentuk karya secara
keseluruhan.Salah satu unsur yang penting dalam drama ialah skrip drama kerana peranan
yang ditulis perlu dipegang oleh watak dalam unsur pementasan drama.

Puisi Tradisional

Puisi merupakan genre sastera yang terawal bagi sebuah bangsa dunia.Bangsa Arab

mempunyai kesusasteraan awal yang tertulis dalam bentuk puisi.Pantun pula merupakan

puisi milik orang melayu yang amat dibanggakan.Antara genre dalam puisi ialah

pantun,syair,gurindam, seloka ,talibun, mantera ,adat perbilangan,teka-

teki,peribahasa,rubai,masnawi dan sebagainya (Harun Mat Piah,1989).Pantun didefinisikan

menerusi dua aspek iaitu aspek dalaman dan aspek luaran.Pertamanya,penggunaan

lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan

dunia.Keduanya,berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang-pembayang

sama ada secara konkrit dan abstrak.Bentuk pantun dapat dibahagikan kepada pantun dua

rangkap,empat rangkap,enam rangkap,lapan rangkap,dua belas rangkap dan pantun

berkait.Ciri-ciri pantun pula ialah baris pertama dan kedua merupakan pembayang manakala

baris ketiga dan keempat ialah maksud.Rima akhir pantun adalah sejajar iaitu pantun dua
kerat ‘a,a’ manakala pantun empat kerat pula berbentuk ‘a,’b’,’a’,’b’.

Puisi tradisional yang seterusnya ialah gurindam.Menurut Za’aba gurindam ialah
sejenis syair yang melarat dan sukatan atau rangkapan isinya mengandungi fikiran yang
bernasdengan Bahasa riang dan suka sebagai nyanyian.Gurindam yang dikenali sekarang
ialah ‘Gurinda Dua Belas’ yang dikarang pada tahun 1846.Selanjutnya ialah Syair yang
dikatakan bersal daripada puisi Aran iaitu sy’ir’. Syair ialah sejenis puisi yang berlagu dan
disampaikan dalam bentuk rangkap serta menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama.
Setiap rangkap dalam syair mengandungi sebanyak 4 baris dengan rima akhir ‘a’,’a’,’a’,’a’ dan
kesemuanya membawa makna isi dan maksud yang ingin disampaikan.Syair juga
mengemukakan tentang cerita,kisah,buah fikiran,nasihat dan puji-pujian.

Puisi tradisional terakhir ialah seloka.Seloka merupakan satu bentuk puisi tradisional
yang bercorak karangan berangkap atau Bahasa berirama,seloka lebih merupakan
pepatah,bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka,gurau
senda,olokan,ejekan dan sindiran.Walaupun isinya penuh dengan sindiran namun semua
sindiran tersebut adalah berguna sebagai pengajaran dan teladan kepada pendengar.

Puisi Moden

Genre puisi moden satu-satunya ialah sajak.Sajak merupaka puisi moden yang lebih
bebas dan terikat pada suatu pola khusus walaupun ada ketikanya memerikan ciri matra,rima
dan rentak.Sajak mementingkan pengucapan perasaan yang berkesan dan pemakaian kata-
kata yang saling menumpang dan terjalin menurut erti serta irama.Sajak tidak terikat pada
norma-norma tertentu sepeti yang terdapat dalm puisi tradisional.Rentak dan perjalanan baris
puisi moden lebih mengikut nafas,fikiran dan cara bertutur tidak disekat dan ditentukan
panjangnya (Muhammad Hj Salleh,1991).

Fungsi Sastera

Sastera melayu yang wujud dapat memperlihatkan keindahannnya dari segi gaya
Bahasa,struktur cerita dan peranan dikdaktik yang didukung oleh sastera itu
sendiri.Kewujudan sastera melayu juga memperlihatkan segala-galanya digambarkan secara
menarik.Sastera melayu berperanan bagi mewujudkan pemikiran yang sesuaiuntuk
kemaslahatan hidup.Oleh sebab itu,sosialisasi masyarakat dapat dibentuk melalui pemikiran
dalam sastera.Pemikiran itu masih utuh dan murni walaupun diletakkan dalam mana mana
zaman yang sentiasa berubah.

Alat Pendidikan

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz sastera berfungsi sebagai alat Pendidikan Kisah-kisah
yang ditulis oleh para pengarang telah merangkumkan pelbagai bidang ilmu mislanya
ekonomi,politik,sosiologi dan agama.Bukan itu sahaja,sastera Melayu berperanan utama
dalam membina insaniah dalam kehidupan manusia bertepatan dengan konsep yang
diharapkan oleh pemimpin negara iaitu membina “modal insan” yang diharapkan.Era ini telah
memperlihatkan ramai bijak pandai dalam bidang sains dan teknologi namun gagal dalam
usaha melahirkan pemimpin yang bermoral,berjati diri dan mempunyai nilai-nilai
kemanusiaan.Oleh sebab itu,kesuasateraan melayu memainkan peranan penting sebagai
satu cabnag ilmu sejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum. Secara tidak langsung,
unsur-unsur pengajaran,moral serta pengetahuan yang tinggi akan dapat diambil oleh para
pembaca.Maka,kesusasteraan melayu dapat mencerminkan masyarakat yang kreatif,mampu
mengkaji keindahan karya sastera dan menguasai kemahiran berbahasa Melayu.

Intrument perpaduan

Melalui kesusasteraan melayu,pengajaran perpaduan nasional telah menajdi matlmat
utama dalam Pendidikan.Tambahan pula Malaysia mempunyai kekuatan yang terdiri daripada
ribuan penulis muda yang berbilang kaum dan guru-guru yang mengajarkan mata pelajaran
kesusasteraan melayu di tingkatan lima dan enam dapat digembleng utnuk menjayakan
peranan kesusasteraan melayu kearah perpaduan kaum.Terdapat unsur dan nilai-nilai positif
dalam karya sasterawan yang dapat memajukan fikiran,kesedaran dan membuka mata hati
masyarakat kita terhadap kepentingan semangat perpaduan di Malaysia.Sastera juga mampu
menjana pemikiran masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja bagi melahirkan
generasi yang seimbang dalam semua aspek sama ada jasmani,emosi,rohani dan intelek.

Alat kawalan sosial dalam kehidupan harian

Umumnya,sastera dapat menjadi sebagai alat kawalan sosial dalam kehidupan
seharian misalnya masyarakat dapat mengetahui antara perkara yang boleh dan tidak boleh
dilakukan menerusi cerita rakyat.Sebagai contoh,cerita Si Tanggang,Mat Jenin,Sang Kancil
dan sebagainya.Berdasarkan cerita-cerita ini, masyarakat dapat mengambil pengajaran
dalam kehidupan seharian untuk menjadi lebih baik.Manakala dalam cerita lagenda, tokoh-
tokoh akan menjadi sanjungan kepada masyarakat seperti tokoh agama,pahlawan dan
seumpamanya.Cerita lagenda dapat memberikan impak yang sangat besar agar membentuk
manusia yang mempunyai wawasan dalam kehidupannya.Nilai moral yang terdapat dalam
cerita-cerita rakyat akan tetap sesuai dengan anggota masyarakat walaupun berada dalam
era yang berbeza dan berpengaruh.Oleh itu,gambaran-gambaran yang terdapat dalam cerita-
cerita yang didengar akan memberi kesan yang positif dalam kehidupan seharian serta dapat
mengubah perilaku masyarakat kearah yang lebih baik.

Dakwah

Sastera dalam islam perlu jelas berciri waqi’iy,realistik, “dalam erti melihat apa adanya”
(Siddiq Fadzil,2012).Pandangan yang haq dalam menilai dan melukis sesuatu hakikat dengan
menekaknkan peranan al-tawjih iaitu membimbing dan al-ta’dib iaitu mendidik dan
pengisbatan ciri-ciri estetik dan prinsip takamul dan takmilahnya.Sastera islam telah
digerakkan daripada pengaruh dakwah dan harakat pengislaman yang
meluas.Tegasnya,kepentingan fungsi dan amanat perlulah ditekankan dalam cereka
islam.Sastera islam mestilah membawa amanah keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT
atau nilai-nilai keislaman yang murni.Walaupun mempunyai daya kerativii yang penuh estetik
namun imaginasi pengarang harus dibatasi agar tidak bertembung dengan gambaran yang
merosakkan prinsip-prinsip dalam islam.Maka,secara realiti manusia memperlihatkan
perilaku-perilaku yang tidak sempurna namun tetap beriman kepada Allah,berusaha
memperbaiki segala kelemahan dan menegakkan kebenaran dan kebaikan.

Medium protes dan kritikan sosial

Sastera merupakan gambaran kehidupan manusia (Usman Awang,A.Samad Said dan
Dharmawijaya).Dengan itu,karya sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa
tetapi perkara biasa yang diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya.Karya sastera
menfokuskan masyarakat,kehidupan dan manusia.Oleh itu,wujudnya jurang dalam kalangan
masyarakat melalui konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan
kehidupan.Kesannya,muncul tindakan dan susila adab sama ada untuk tujuan
menegur,mengkritik mahupun menyampaikan mesej.

Hiburan

Karya sastera yang menghiburkan akan membawa keseronokan yang indah kepada
pembaca.Keindahan kata-kata yang diungkapkan,irama,atau rentak yang tersusun dapat
membelai emosi pemabaca dan pendengar serta mewujudkan unsur kelucuan dan
sebagainya.Misalnya,cerita penglipurlara menjadi karya yang diminati dan diterima oleh
masyarakat suatu ketika dahulu.Selain itu,cerita Pak Kaduk juga menonjolkan unsur hiburan
yang dapat dilihat dalam karya sastera tersebut.Cerita sebegini bukan sahaja menghiburkan
malah dipenuhi dengan mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan.

Manifestasi Akal Budi
Pantun

Bunga Cina di atas batu
Jatuh daunnya ke dalam ruang

Adat istiadat memang begitu
Sebab emas budi terbuang

Berdasarkan pantun di atas,aspek pemikiran yang dapat dilihat ialah pemilihan diksi
bagi pembayang iaitu bunga cina dan daun. Bunga cina terlihat cantik yang boleh
menyebabkan masyarakat tertarik dan ingin memilikinya.Namun,sudah lumrah daun akan
jatuh ke dalam ruang menunjukkan masyarakat tidak mengambil endah dengan sesuatu yang
tidak menarik.Pantun ini menerangkan bahawa telah menjadi adat masyarakat dunia apabila
melihat sesuatu yang berharga sehingga sifat baik seseorang tidak
dipandang.Kesimpulannya,akal budi dalam pantun ini mendidik masyarakat agar jangan
mengejar sesuatu yang nampak istimewa dari segi luaran semata-mata seperti harta benda
tetapi lebih mementingkan sifat orang yang berbudi dan merendah diri.

Seterusnya, ketinggian akal budi dalam pantun ini jelas menyampaikan nasihat
kepada masyarakat supaya nilai budi dipandang tinggi kerana nilai budi lebih tinggi
berbanding emas.Namun begitu,sikap masyarakat yang memandang harta lebih bernilai
berbanding budi sehingga sanggup dibuang.Tambahan pula masyarakat hari ini yang sering
memandang rendah terhadap kebaikan serta budi baik orang lain kerana mementingkan
sesuatu yang mempunyai nilai.

Akal budi daripada aspek pertuturan dalam pantun di atas dapat dilihat melalui sifat
kesantunan.Hal ini menjelaskan bahawa berbudi merupakan santun dalam kehidupan
seharian dan patut diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.Kehalusan budi yang
diamalkan dalam kehidupan dapat menghindari konflik dalam berkomunikasi antara penutur
dan pendengar.

Bagi aspek gaya hidup pula,perilaku berbudi yang dapat dilihat dalam kehidupan
seharian seperti pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat dan
sebagainya.Dalam pada itu,agama serta kepercayaan,adat istiadat,kesenian,sustem
kekeluargaan juga merupakan akal budi dalam konteks gaya hidup.Melalui pantun yang dapat
dilihat pada harini bukanlah sekadar dari bentuk fizikal sahaja namun kaya dengan falsafah
sebagai gambaran dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Syair Bidasari
Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat

Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.

Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,

Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,

Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.

Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,

"Gempar ini apakah kurang."

Menerusi syair di atas,akal budi yang dapat dilihat ialah sifat merendah diri dalam diri
pengarang iaitu menggunakan perkataan fakir dalam rangkap pertama.Perkataan fakir
bermaksud individu yang tidak mampu menampung dari segi keperluan
hariannya.Tamabahan pula,bersikap merendah merupakan salah satu kesantunan
seseorang dalam kelompok masyarakat agar tidak terlihat angkuh dan sombong.Oleh
itu,sikap pengarang yang merendah diri dalam rangkap pertama syair adalah sebagai adab
apabila berhubung dengan orang lain.Akal budi ini akan sentiasa mengingatkan individu agar
tidak berasa riak dengan kelebihan yang ada dalam diri masing-masing.

Akal budi yang seterusnya ialah sifat gagah perintah yang dikagumi berdasarkan
rangkap tiga Syair Bidasari.Perlakuan ini telah mengagumkan semua rakyat di negerinya
kerana memiliki seorang raja yang sangat gagah.Bukan itu sahaja ,raja tersebut disenangi
oleh rakyat kerana tidak pernah mendapat kesusahan.Maka,sikap pemimpin sebegini patut
diangkat dan disemai dalam diri seorang pemimpin kerana dapat memimpin dengan baik dan
disukai oleh rakyatnya.

Dari segi gaya hidup yang dapat dijelaskan dalam syair ini ialah pengamalan nilai-nilai
murni oleh raja dan rakyat.Sebagai contoh,nilai keadilan di mana raja negeri kembayat yang
menjalankan pemerintahan dengan adil dan saksama misalnya melayani pedagang dan
ulama yang datang ke negeri baginda dengan baik.Selain itu,sikap penyayang raja negeri
kembayat terhadap permaisuri baginda yang sedang hamil menjadikan pengajaran kepada
masyarakat supaya sentiasa menyayangi pasangan atau keluarga sendiri.Jadi,gaya hidup
yang dipamerkan dalam syair dapat dilihat dalam kehidupan seharian.

Seloka Pak Pandir

Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis bawaan tergadai
Mendengar gelagak dagang

Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh di langit
Air di tempayan dicurahkan

Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga yang menanggung
Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.

Akal budi dalam seloka Pak Pandir ialah sindiran terhadap individu yang lebih
mementingkan orang lain.Sikap ini perlu ditinggalkan kerana merugikan diri sendiri dan
keluarga terdekat.Hal ini kerana sebagai orang yang berkeluarga,ahli keluarga perlulah
mendahului keluarga terdekat bukan orang luar yang hanya memmentingkan diri sendiri serta
tiada pertalian darah.Hal ini dibuktikan apabila Pak Pandir sanggup mengabaikan anaknya
malah menyakitinya seperti dalam frasa ‘anak dipijak’.

Akal budi seterusnya ialah sikap boros berbelanja.Sikap ini dapat dilihat dalam diri Pak
Pandir yang tidak pandai mengurus hartanya.Hal ini dibuktikan pada baris ‘Harta habis badan
tergadai’ yang boleh menunjukkan sikap boros Pak Pandir sehingga terpaksa menggadaikan
hartanya.Selain itu,aspek akal budi dapat dilihat apabila pengarang mengkritik sikap individu
yang tidak memberi faedah kepada orang lain seperti ‘Gelagak rambutan jantan’ yang tidak
berbuah walaupun berbunga pada musimnya.

Akhir sekali,akal budi dalam sikap yang tidak bersungguh-sungguh mengakibatkan
kerja yang dilakukan tidak mendatangkan hasil seperti ‘Kilat memancar hujan tak jadi’.Sikap
sesetengah manusia yang malas berusaha pastinya akan memberi kesan kepada hasil yang
diinginkan.Sekiranya seseorang tidak mahu melalukan sesuatu perkara dengan gigih dan
bersungguh-sungguh sudah pasti tiada hasil yang lumayan.Secara keseluruhan seloka ini
menyindir sebahagian daripada masyarakat melayu yang bersikap negatif.

Gurindam Dua Belas Fasal Lima

Jika hendak mengenai orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.

Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.

Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Aspek akal budi yang pertama berdasarkan gurindam dua belas fasal kelima ialah
pengarang menjelaskan sifat seseorang boleh dicerminkan melalui budi bahasanya.Hal ini
kerana,seseorang yang mulia dapat dikenali dari segi perlakuan dan bahasa yang
digunakannya.Orang yang mempunyai budi dan bahasa yang baik sudah pasti dipandang
tinggi oleh masyarakat kerana sikap inilah yang menggambarkan personaliti seseorang
individu kepada individu yang lain.Pengarang juga menyatakan bahawa kemuliaan seseorang
dilihat disebabkan tingkah lakunya yang baik dan tidak melakukan hal yang menentang nilai-
nilainya.

Selain itu,akal budi melalui pemikiran yang dapat dilihat daripada gurindam ini ialah
sikap seseorang yang ingin memiliki ilmu.Hal ini dibuktikan ‘Jika hendak mengenal orang
berilmu,bertanya dan belajar tiadalah jemu’.Jelaslah bahawa seseorang mestilah rajin
menanyakan soalan sekiranya ingin memiliki ilmu kerana orang yang berilmu tidak akan jemu
mencari dan mempelajari sesuatu yang baharu.Maka,seseorang mestilah sentiasa mencari
dan menambah ilmu pengetahuan yang baru dengan orang yang bijak tidak kira di mana jua
mereka berada.

Akhir sekali,semua masyarakat perlu sentiasa membuat persediaan untuk
menghadapi cabaran dalam kehidupan.Kehidupan pada hari ini sangat mencabar lebih-lebih
lagi dengan sikap dan tingkah laku manusia yang tidak bermoral dan sebagainya.Oleh itu,
seseorang yang bijaksana perlulah membuat penyediaan supaya boleh mengatasi segala
cabaran yang menjadi penghalang kepada sesuatu impian hidup.Tegasnya,orang yang
berakal akan membuat penyediaan supaya sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan yang
memerlukan.

Kesimpulannuya,kesusasteraan sememangnya mempunyai keunikan dan
keistimewaan yang tersendiri.Kesusasteraan juga dianggap sebagai satu bidang yang tidak
pernah hilang dan pupus setiap kali zaman berganti zaman namun tetap mekar untuk mengisi
kekosongan jiwa.Hal ini dibuktikan dengan melihat pengolahan idea para pengarang hebat
untuk memberi satu karya yang mencabar kepada pembaca.Sebagai
contoh,cerpen,sajak,cereka,puisi,dan sebagainya.Oleh itu,kemampuan dan keunikan karya
kesusasteraan bukan sahaja mampu melegakan perasaan manusia malah dapat menjadi alat
kawalan sosial kepada pemikiran pembaca.

Sumber Rujukan

Azman Rahmat,Mohd Nazri Zainuddin,Shamsuddin Abu Bakar et.all.(2022).Kesusasteraan
& Kebudayaan Melayu.Malaysia.Firdaus Press Sdn.Bhd.

Adisya Rehal.(2008).Kesusasteraan Melayu.Dimuat turun daripada
https://www.academia.edu/8866503/KESUSASTERAAN_MELAYU

Komsas BM SPM-Syair Bidasari.Dimuat turun dariapda
https://karangan.net/syair-bidasari/

Mako Deng.(2008).Fungsi Sastera.Dimuat turun daripada
https://www.academia.edu/35999639/Fungsi_sastera

Nik Nur Iddaya & Nur Azwa Nashra Adnan.Prosa Moden.Dimuat turun daripada
https://www.scribd.com/presentation/399994526/Prosa-Moden

Romina Kajuice.(2008).Pengenalan Kesusasteraan Melayu.Dimuat turun daripada
https://www.academia.edu/27826213/Pengenalan_Kesusasteraan_Melayu

Siti Zahrah Md Yusuf & Nurul Hidayah Omar.(2013, November 11).Prosa Tradisional.Dimuat
turun daripada
https://www.scribd.com/document/183332981/2-PROSA-TRADISIONAL-pdf


Click to View FlipBook Version