The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAZIAH BINTI ABDULLAH
2020012380017

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by naziahabdullah87, 2021-06-23 01:43:57

PAKK2223D KERJA ALAPANGAN

NAZIAH BINTI ABDULLAH
2020012380017

NAMA PELAJAR : NAZIAH BINTI ABDULLAH
NO. MATRIK : D01202526

ANGKA GILIRAN : 2020012380017
NO. KAD PENGENALAN : 871011-49-5728

PDPM-PAKK AMBILAN OKTOBER 2020

Sumber : Taska PERMATA KEMAS Kg. Baru Sundar, Sarawak

ISI KANDUNGAN

1. Penjagaan kesihatan bayi dan
kanak-kanak.

2. Pemakanan bayi dan kanak-
kanak.

3. Keselamatan bayi dan kanak-
kanak.

4. Rutin penjagaan dan latihan
urus diri bayi dan kanak-kanak.

Sumber : Google

Sumber : Google

Bayi:

• Mengelakkan sebarang minuman lain diberikan
kepada bayi selain susu.

• Sendawakan bayi setiap kali selepas menyusu.
• Menghilangkan kembung perut jika terjadi.
• Menyapu pada perut, belakang (badan, betis dan

tapak kaki) dengan menggunakan minyak bayi.
• Memastikan kuku bayi sentiasa bersih dan dipotong

pendek.

• Menggunakan tuala tebal dan menyerap air dan mengelap
sehingga kering

• Memandikan menggunakan air suam.
• Menyediakan baju, stokin, barut, minyak bayi sebelum

memandikan.
• Memakai barut dengan kemas dan tidak terlalu ketat.
• Peka dengan kulit bayi ketika memakai lampin pakai

buang.

Kanak-kanak:

• Penyaringan kanak-kanak pada setiap pagi.
• Menyediakan bilik khas pengasingan kanak-kanak yang

mempunyai penyakit berjangkit.
• Memastikan kebersihan bangunan dan persekitaran

sentiasa terjaga.
• Penerapan amalan penjagaan kesihatan dalam rutin

harian seperti pemakanan seimbang, basuh tangan
sebelum dan selepas makan.
• Premis perlu dibersihkan serta dikuarantin sekiranya
didapati terdapat penyebaran penyakit berjangkit.
• Memastikan kuku kanak-kanak sentiasa bersih dan
dipotong pendek.

RAMBUT

• Anak-anak yang mempunyai masalah rambut yang
berkutu, ibu bapa haruslah memastikan penggunaan ubat
kutu dan syampo kutu tidak diabaikan.

GIGI

• Latih anak-anak menggosok gigi sejak awal tumbuh gigi.
• Gunakan berus gigi yang bersesuaian dengan umur. Ganti

berus gigi setiap 6 bulan.
• Larang atau hadkan makanan yang boleh merosakkan gigi

kanak-kanak.

KUKU

• Sentiasa memastikan kuku kanak-kanak berada dalam
keadaan yang bersih dan pendek.

• Untuk bayi, pastikan memotong kuku bayi setiap 3 hari
kerana kuku bayi cepat panjang dan tajam.

KULIT

• Jika terdapat ruam, pastikan diubati dengan segera supaya
tidak merebak agar tidak sukar untuk dipulihkan pada
kemudian hari.

TELINGA

• Memastikan selepas mandi, pastikan seluruh kawasan
telinga kanak-kanak atau bayi termasuk di dalam dan di
belakang telinga dilap sehingga kering.

TANGAN DAN KAKI

• Latih kanak-kanak untuk mencuci tangan sebelum makan
atau selepas bermain. Pastikan juga kaki mereka dicuci
dengan bersih selepas bermain dari aktiviti luar.

• Gunakan sabun yang beranti septik untuk mengelakkan
jangkitan kuman.

Sumber : Taska PERMATA KEMAS Kg. Baru Sundar, Sarawak

Sumber : Google
Sumber : Google

Perancangan menu bertujuan untuk menentukan jenis makanan yang
sesuai untuk bayi dan kanak-kanak bagi memastikan mereka
mendapat makanan yang berkhasiat selain menarik minat mereka
untuk makan. Prinsip asas perancangan menu adalah seperti berikut:

• Berdasarkan keperluan kalori dan nutrien harian mengikut
kumpulan umur bayi dan kanak-kanak.

• Berdasarkan lima kumpulan makanan dalam Piramid Makanan
Malaysia.

• Mengambil kira kepelbagaian warna, rasa dan tekstur makanan.
• Bergantung kepada kos, kaedah memasak dan peralatan yang

digunakan.
• Menyediakan sekurang-kurangnya dua minggu kitaran menu

mengikut waktu makan yang ditetapkan.
• Pihak pengurusan perlu mengenal pasti kanak-kanak yang

mempunyai alahan makanan supaya langkah-langkah pencegahan
sewajarnya boleh dilakukan.

Prinsip penyediaan makanan yang berkhasiat dan selamat bagi bayi
dan kanak-kanak:

• Sediakan pelbagai jenis hidangan yang mengandungi setiap
kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.

• Sediakan makanan mengikut saiz sajian yang disarankan.
• Pastikan air kosong sentiasa disediakan sepanjang masa.
• Sediakan makanan mengikut menu yang telah ditetapkan.
• Apabila memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi pada

umur 6 bulan, berikan makanan yang dikisar halus untuk tempoh
seminggu yang pertama, diikuti makanan yang dipuri, dilecek dan
separa pejal.

• Elak menambah garam, gula atau bahan perisa ke dalam makanan
untuk bayi yang berumur bawah satu tahun.

• Elakkan pemberian telur putih sebelum bayi mencapai umur 1
tahun.

• Elakkan memberi bayi minuman manis seperti kordial, sirap dan
teh.

• Pelbagaikan kaedah masakan yang lebih sihat seperti merebus,
mengukus, mereneh, memanggang atau menggoreng ringkas.

• Pastikan bahan mentah yang digunakan bersih, segar, berkualiti dan
disimpan mengikut tatacara yang betul.

• Pastikan ruang memasak bersih, kemas dan mempunyai
pengudaraan yang baik.

• Pastikan kebersihan diri mengikut tatacara yang ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Prinsip Pemberian Makanan:

1. Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga
anak berusia enam bulan. Makanan pelengkap perlu diberi mulai
umur enam bulan (180 hari) di samping meneruskan penyusuan
susu ibu sehingga berumur dua tahun.

2. Mulakan pemberian makanan pelengkap kepada bayi yang
menyusu susu ibu atau rumusan bayi apabila berusia enam bulan.
Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi perlu diteruskan
sehingga bayi berumur dua tahun.

3. Beri makanan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga.
Tingkatkan amaun makanan mengikut umur.

4. Beri pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua keperluan
nutrien dipenuhi. Daging, ayam, ikan, telur, susu dan produk
tenusu perlu diberi dengan kerap.

5. Ubah tekstur serta cara penyediaan makanan secara beransur-ansur
mengikut umur bayi dan disesuaikan dengan perkembangan serta
keupayaannya.
6. Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur.
7. Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan
menggunakan prinsip penjagaan psikososial.
8. Amalkan penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan
secara selamat.
9. Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain.
Berikan hidangan yang kecil tetapi kerap.

Sumber : Garis Panduan Perancangan Menu di Taska

Sumber : Garis Panduan Perancangan Menu di Taska

Sumber : Garis Panduan Perancangan Menu di Taska

Sumber : Garis Panduan Perancangan Menu di Taska

Sumber : Garis Panduan Perancangan Menu di Taska

Sumber : Garis Panduan Perancangan Menu di Taska

Contoh Sukatan Makanan Bagi Hidangan Utama
Dan Minum Pagi / Minum Petang

Sumber : Garis Panduan Perancangan Menu di Taska

Contoh Menu Seminggu Bagi Bayi 6 – 8 Bulan (Makanan dilecek / dipuri) – 640 kcal

Sumber : Garis Panduan Perancangan Menu di Taska

Contoh Menu Seminggu Bagi Bayi 9 – 11 Bulan (Makanan dicincang / dipotong kecil) – 640 kcal

Sumber : Garis Panduan Perancangan Menu di Taska

Contoh Menu Seminggu Bagi Kanak-kanak 1 - < 4 Tahun (Makanan dipotong kecil / tanpa tulang) – 950 kcal

Sumber : Garis Panduan Perancangan Menu di Taska

Cara Memasak Yang Lebih Sihat

Sumber : Garis Panduan Perancangan Menu di Taska

Sumber : Taska PERMATA KEMAS Kg. Baru Sundar, Sarawak

Sumber : Google

Sumber : Google

Sumber : Taska PERMATA KEMAS Kg. Baru Sundar, Sarawak

Sumber : Taska PERMATA KEMAS Kg. Baru Sundar, Sarawak





KESELAMATAN DI DALAM TASKA

Bahan / ruang/ alat Ciri-ciri
Pintu
• Pasang door guard
• Ada kod keselamatan
• Pintu kecil bagi mengasingkan ruang yang tidak boleh

diakses oleh kanak-kanak

Lantai bilik air • Pasang anti slip rubber
Perabot
• Kuat dan tak mudah tumbang
• Sudut dan bucu tidak tajam
• Tiada bahan kecil yang longgar dan berkarat
• Saiz mengikut ketinggian kanak-kanak

Katil bayi • Tilam yang muat dengan katil
• Selak yang selamat
• Guna tilam yang padat
• Bumper pad diikat dengan selamat

Mainan kanak-kanak • Saiz sesuai dengan umur
• Cat bahan yang tiada toksik
Bahan pembelajaran dan pengajaran • Mengasingkan mainan yang sudah rosak
Bahan beracun
Elektrik • Gunting tidak tajam jenis bulat di hujung
• Pensil warna dan crayon yang tiada toksik

• Simpan penyembur serangga di tempat bertutup

• Soket elektrik bertutup supaya tidak dicungkil oleh jari

KESELAMATAN DI LUAR TASKA

• Alat permainan taman : pastikan setiap peralatan selamat dan
baik.

• Permainan pasir dan air : pastikan kanak-kanak tidak makan
dan minum pasir atau air yang digunakan.

• Pagar atau laluan keluar : hendaklah sentiasa ditutup.
• Longkang dan parit : pastikan semua longkang atau parit

ditutup.
• Takungan air : pastikan tiada takungan air di tempat kanak-

kanak bermain.
• Padang permainan : padang mestilah sentiasa selamat dan

rumput hendaklah dipotong 2 minggu sekali.
• Pokok berduri dan beracun : dilarang meletakkan pokok

berduri dan beracun di kawasan taska untuk elakkan
kecederaan.

ASAS PERTOLONGAN CEMAS
DAN PENCEGAHAN
KEMALANGAN



Rawatan luka kecil :
• Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih.
• Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang

dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptik.
• Balut dengan kain bersih atau pembalut.

Mengawal pendarahan :
• Hentikan pendarahan dengan meletakan kain bersih pada luka

dan tekan dengan jari atau tangan (Tekanan Tepat).
• Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih.
• Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan

tekan pada luka.
• Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan

rawatan lanjut.
• Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras.

Merawat mangsa pengsan :
• Baringkan mangsa.
• Longgarkan pakaian yang ketat.
• Tinggikan kaki dengan alas bantal, buku dan sebagainya.
• Pastikan udara bersih mencukupi.
• Periksa lain-lain kecederaan jika ada.
• Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih

Merawat mangsa tercekik :
*Teknik Heimlich Manuver bagi Mangsa sedar (Untuk kanak-
kanak 1 tahun dan orang dewasa).
• Berdiri di belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda,

beritahunya yang anda cuba membantu.
• Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya.
• Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antara

pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka (ulu hati,
tulang Sternum).
• Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali
sehingga objek yang tersekat itu terkeluar.

Rawatan kecemasan tercekik untuk kanak-kanak
(Umur 1-8 tahun) :
• Pastikan kanak-kanak tersebut boleh berkata-kata atau batuk.
• Lakukan tujahan di perut ( Heimlich Manuver ) berulang kali

sehingga benda asing itu terkeluar.
• Tekanan di dada boleh dilakukan sekiranya kanak-kanak itu

berbadan besar.

Rawatan kecemasan tercekik untuk bayi yang sedar
(Umur tidak lebih 1 tahun) :
• Pastikan bayi tersebut boleh menangis atau batuk.
• Jika tiada, beri 5 tepukan di belakang.
• Kemudian beri 5 tekanan di dada.
• Ulangi 5 tepukan di belakang dan 5 tekanan didada.

Merawat luka dan pendarahan
• Berikan tekanan langsung dengan menekan secara terus pada

kawasan luka menggunakan kain pembalut.
• Ikat kain pembalut dengan kemas dan berikan tekanan selama

10 atau 15 minit sehingga pendarahan berhenti.

Merawat terbakar/ melecur
• Sejukkan bahagian terbakar dengan meletakkannya di bawah

aliran air.
• Jangan gunakan ais atau tuala yang basah.
• Setelah itu, tutup kawasan cedera dengan menggunakan

pembalut yang disteril.
• Jangan gunakan bahan berminyak atau pecahkan repuh-

repuh.

Sumber : Taska PERMATA KEMAS Kg. Baru Sundar, Sarawak

POS DALAM PENGURUSAN
ASPEK KESELAMATAN

BAYI DAN KANAK-KANAK

SOP DALAM PENGURUSAN ASPEK KESELAMATAN
BAYI DAN KANAK-KANAK

Ketika di pintu utama/pagar:

• Perlu sentiasa ditutup setiap masa bagi mengelakkan kanak-
kanak terdedah kepada dengan bahaya luar taska.

• Pintu dipasang door guard bagi mengelakkan tangan kanak-

kanak tersepit.
• Pintu utama mempunyai kod keselamatan.
• Memastikan kanak-kanak tidak memanjat dan bermain

berhampiran pintu pagar atau pintu utama.
• Memastikan pintu utama dan pagar sentiasa berkunci dan

meletakkan kunci di tempat yang mudah dicapai oleh
pendidik/pengasuh/pembantu taska.

SOP DALAM PENGURUSAN ASPEK KESELAMATAN
BAYI DAN KANAK-KANAK

Ketika bermain:

• Memastikan kanak-kanak memakai pakaian yang sesuai.
• Memastikan kanak-kanak sentiasa memakai kasut masing-

masing semasa aktiviti luar.
• Memastikan alat permainan yang disediakan sesuai dengan

tahap umur.
• Memastikan kanak-kanak tidak bermain di tempat

benda/bahan yang berbahaya (longkang, pokok berduri,
kolam, taman permainan).
• Sentiasa memerhatikan semua pergerakan kanak-kanak
• Bahan permainan dicat daripada bahan yang mesra kanak-
kanak (tidak bertoksik).

SOP DALAM PENGURUSAN ASPEK KESELAMATAN
BAYI DAN KANAK-KANAK

Ketika di bilik air:

• Memastikan lantai bilik air sentiasa kering dan tiada air yang
bertakung (lantai atau baldi).

• Dipasang antislip rubber mat.
• Memastikan mangkuk tandas bersih dan kering.
• Memastikan alat mandian kanak-kanak diletakkan pada paras

ketinggian mereka.
• Memastikan bahan pencuci bilik air diletakkan di tempat yang

selamat dan jauh dari kanak-kanak.
• Memastikan kanak-kanak tidak berada di bilik air tanpa

pengawasan dewasa.


Click to View FlipBook Version