15 MARKAH
Mengulas bahan sastera dan bukan sastera
50 hingga 80 patah perkataan dalam perenggan
Bahan rangsangan – grafik atau bukan grafik;
Bahan grafik – gambar bersiri, gambar
tunggal, carta, iklan, poster,
peta pemikiran, peta minda
dan sebagainya
Bahan bukan grafik – petikan cerita, dialog, surat,
rencana, laporan dan
sebagainya
Langkah-langkah
• Baca soalan dan fahamkan.
• Garis kata kunci dalam soalan.
• Teliti bahan rangsangan.
• Isi tersurat – APA YANG ADA DALAM
GAMBARAJAH/BAHAN
RANGSANGAN
• Isi tersirat – IDEA PELAJAR – (KBAT)
• Semak setiap perkataan dalam ayat yang dibina.
Pastikan tiada kesalahan ejaan dan tatabahasa
untuk mengelakkan pemotongan markah.
Cadangan jawapan
:Pendahuluan (potong perkataan di bawah yang ada
dalam arahan/soalan)
________________ menunjukkan _________________.
Penanda Penegasan / Isi Tersurat Isi Tersirat
Wacana Kata Bantu
Antara______,
Selain itu, Kita haruslah
Seterusnya, Kita mestilah
Di samping itu, Kita hendaklah
Akhir sekali, Kita
sewajarnya
Kesimpulannya,____________________________
______________________________________________
contoh
Gambar di bawah menunjukkan langkah-langkah berjimat cermat.
Tulis ulasan tentang gambar dan maklumat yang diberi dalam
bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50-80 patah perkataan.
contoh jawapan
Gambar menunjukkan langkah-langkah berjimat
cermat.
Antaranya langkah-langkah berjimat cermat
ialah menabung sama ada menyimpan di dalam tabung
atau bank untuk kegunaan semasa berlaku
kecemasan. Selain itu, kita haruslah berjimat cermat
dalam penggunaan air semasa memasak, menyiram
pokok bunga, mandi dan sebagainya. Akhir sekali, kita
sewajarnya menjimatkan penggunaan elektrik dengan
menutup suis semua peralatan elektrik apabila tidak
digunakan.
Kesimpulannya, sikap berjimat cermat perlu
diamalkan dalam kehidupan seharian.
Latihan 1
Gambar di bawah menunjukkan cara-cara mengisi masa lapang.
Tulis ulasan tentang gambar yang diberi dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50-80 patah perkataan.