The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PGBM YAN 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Auni Ilyana, 2024-05-07 09:46:43

BUKU MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PGBM YAN 2024

BUKU MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PGBM YAN 2024

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA (PGBM) CAWANGAN YAN KALI KEDUA TAHUN 2024 TARIKH : 08 MEI 2024 HARI : RABU MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : DAMAI PARK RESORT MERBOK KEDAH DARUL AMAN DIRASMIKAN OLEH: TUAN HAJI ISHAK BIN ZULKIFLI PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUAL MUDA / YAN


PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA (PGBM) CAWANGAN YAN d/a SK HAJI NYAK GAM, 06900 YAN, KEDAH Ruj Kami: SU/PGBM/YAN ( ) Tarikh : 30 April 2024 Yang dihormati, Ahli- Ahli Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Cawangan Yan (Seperti Lampiran 1) Tuan, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA (PGBM) CAWANGAN YAN KALI KEDUA TAHUN 2024 Merujuk kepada perkara di atas, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Cawangan Yan akan mengadakan mesyuarat agung tahunan sebagaimana ketetapan berikut :- Tarikh /Hari : 8 Mei 2024 (Rabu) Masa : 9.00 pagi Tempat : Damai Park Resort, Merbok, Kedah Perasmi : Tuan Hj Ishak b Zulkifi Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan Agenda : Seperti Lampiran 1 2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dengan segala hormatnya dijemput hadir. Sebarang cadangan dan usul akan dibincangkan pada mesyuarat tersebut. Bersama-sama ini disertakan atur cara mesyuarat untuk perhatian dan tindakan tuan. 3. Kerjasama tuan/puan memberikan keutamaan untuk hadir ke mesyuarat ini amat dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PENDIDIKAN CEMERLANG, KEDAH TERBILANG” Saya yang menjalankan amanah, ………………………… ( CHE NOH BIN AHMAD) Pengerusi


LAMPIRAN 1 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA (PGBM) CAWANGAN YAN KALI KEDUA TAHUN 2024 Tarikh /Hari : 08 Mei 2024 (Rabu) Masa : 9.00 pagi Tempat : Damai Park Resort, Merbok, Kedah Senarai Kehadiran: BIL NAMA SEKOLAH 1 GURU BESAR SK LANGKASUKA 2 GURU BESAR SK GUAR CHEMPEDAK 3 GURU BESAR SK HAJI HUSSIN DOL 4 GURU BESAR SK TEROI 5 GURU BESAR SK HAJI NYAK GAM 6 GURU BESAR SK DULANG 7 GURU BESAR SK YAN KECHIL 8 GURU BESAR SK HJ KASSIM JASIN 9 GURU BESAR SK BUKIT BESAR 10 GURU BESAR SK SUNGAI KERING 11 GURU BESAR SK TOK MAT SALLEH 12 GURU BESAR SK SUNGAI LIMAU 13 GURU BESAR SK ULU SEDAKA 14 GURU BESAR SK KAMPUNG PAUH 15 GURU BESAR SK KAMPONG SETAR 16 GURU BESAR SK SINGKIR 17 GURU BESAR SK PERMATANG BULOH 18 GURU BESAR SK SUNGAI DEDAP 19 GURU BESAR SK SG. DAUN TENGAH 20 GURU BESAR SK SPG TIGA SG DAUN 21 GURU BESAR SK PADANG LUMAT 22 GURU BESAR SJKC PEI HWA BT 17 23 GURU BESAR SJKC AIK MIN 24 GURU BESAR SJKC YANG KAO 25 GURU BESAR SJKC CHUNG HWA 26 GURU BESAR SJKC PEI ENG 27 GURU BESAR SJKC YUK MIN 28 GURU BESAR SJKC YORK KHOON


LAMPIRAN 2 Agenda Mesyuarat 1. Menerima laporan tahunan setiausaha cawangan 2. Menerima laporan tahunan tahunan penyata kewangan yang telah diaudit 3. Memilih jawatankuasa cawangan 4. Memilih juruaudit cawangan 5. Membincangkan perkara-perkara yang akan dibentang 6. Ucapan penangguhan


JK MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PGBM YAN KALI KE-2 DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN TAHUN 2024 JAWATANKUASA INDUK Penasihat : Tn Hj Ishak bin Zulkifli Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan Pengerusi : Che Noh bin Ahmad Pengerusi PGBM Cawangan Yan Timb. Pengerusi : Mohd Zamri b Adam Penyelaras : Sharif Zulkarnain b Sharif Ahmad Setiausaha 1 : Ismail b Junus Setiausaha 2 : Sa`emah bt Satari Bendahari : Wan Rozita bt Wan Osman AJK : Abd Rashid b Hamid : Mat Shaari bin bin Abu Hassan : Norhashimah bt Ahmad : Nor Aliza Bt Abd Karim JAWATANKUASA KERJA PENYAMBUT TETAMU Che Noh b Ahmad Mohd Zamri b Adam Sharif Zulkarnain b Sh. Ahmad Ong Lee Guat PERSIAPAN TEMPAT Abdul Rashid b Hamid Norzaidi b Mey @ Jamil Wan Rozita bt Wan Osman Roslina bt Ahmad Anita Badriah bt Abdul Rahman Lim Tse Ying PENDAFTARAN Mat Shaari b Abu Hassan Goh Huei Jia PENCATAT MINIT Sa`emah bt Satari Fauzah bt Mohd Amin Ng Goik Hoon BACAAN DOA Mohd Zamri b Adam JAMUAN Nor Aliza bt Abd Karim Zulkeffle b Md Zain Lim Thye Yee JURU GAMBAR Mohd Rejab bin Saad Mohd Safian b Ishak Fadhli b Arfanuddin PENGACARA MAJLIS Wan Rozita bt Wan Osman Che Tom bt Shaari BUKU PROGRAM/DOKUMENTASI Ismail b Junus Lindawati bt Shrif Pang Men Chee CENDERAMATA Nor Hashimah bt Ahmad Pawzi b Mohamad Teoh Gaik Boey


6 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA CAWANGAN YAN KALI- 1 TAHUN 2023


7 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA CAWANGAN YAN KALI- 1 TAHUN 2023 Tarikh : 24 SEPTEMBER 2023 Hari : Ahad Masa : 8,30 pagi Tempat : Zaques Hotel,Sungai Petani Kedah Perasmi : Encik Nor Iskandar bin Zainudin Penolong Pengarah Unit Intergriti , Jabatan pendidikan Negeri Kedah Kehadiran : Encik Che Noh bin Ahmad GB SK Langkasuka Encik Norzaidi bin Che Mey @ Jamil GB SK Padang Lumat Encik Zulkeffle bin Md Zain GB SK Kg Pauh Encik Ismail bin Junus GB SK Sungai Limau Encik Sharif Zulkarnain bin Sh Ahmad GB SK Teroi Puan Lindawati binti Shrif GB SK Sg Daun Tengah Encik Md Rejab bin Saad GB SK Ulu Sedaka Puan Nor Aliza binti Abdul Karim GB SK Sungai Kering Encik Mohd Rosli bin Hassan GB SK Hj Nyak Gam Encik Zulkekkle b Md Zain GB SK Kg Pauh Puan Sa'emah binti Satari GB SK Sungai Dedap Puan Sakinah binti Awang @ Umar GB SK Haji Kassim Jasin Puan Maznilah binti Mansur GB SK Bukit Besar Puan Roslina binti Ahmad GB SK Tok Mat Salleh Encik Mat Shaari bin Hassan GB SK Permatang Buloh Puan CheTom binti Shaari GB SK Singkir Encik Mohd Zamri bin Adam GB SK Guar Chempedak Md Rejab b Saad GB SK Ulu Sedaka Encik Abdul Rashid b Hamid GB SK Hj Hussin Dol Encik Chuah Joon Ming GB SJKC Pei Eng Encik Mohd Safian b Ishak GB SK Kg Setar Puan Phang Men Chee GB SJKC Pei Hwa Puan Lim Tse Ying GB SJKC Chung Hwa Puan Lim Lee Eng GB SJKC Yang Kao Puan Lim Chai Peng GB SK York Khoon 1. UCAPAN PENGERUSI PENAJA CAWANGAN 1.1 Encik Che Noh bin Ahmad Pengerusi Persatuan Majlis Guru besar Yan memulakan majlis dengan Ummul Kitab Al-Fatihah.Beliau mengalu-alukan kehadiran semua guru besar .Ucapan terima kasih kepada semua ahli yang memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan semua program sepanjang beliau menerajui persatuan ini. 1.2 Beliau juga memaklumkan tentang maklumat berkaitan perpecahan PPD yang sedang dalam proses pelaksanaan. Cadangan PPD Yan ditempatkan di Langkasuka iaitu di bangunan Giat Mara. 2 LAPORAN SETIAUSAHA PENAJA CAWANGAN. 2.1 Encik Ismail bin Junus terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama padu yang diberikan oleh semua ahli sepanjang beliau sebagai setiausaha persatuan dalam mengurusakan persatuan ini. 2.2 Encik Ismail bin Junus membentangkan laporan aktiviti persatuan adalah seperti berikut : 2.2.1 Majlis persaraan guru besar dan majlis meraikan guru besar yang bertukar


8 masuk ke Yan telah diadakan pada 31 januari 2023 di Ocean Grow Kangar Perlis. Majlis berjalan lancar dengan kehadiran hampir semua guru besar. 2.2.2 Bengkel Profesionalisme Guru Pemulihan Khas yang di adakan pada 10 Mei 2023 di SK Langkasuka. 2.2.3 Mesyuarat Agung Jawatankuasa Penaja PGBM Cawangan Yan yang diadakan pada 12 Julai 2023 di SK langkasuka dengan dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa. 2.2.4 Urusan pendaftaran PGBM Yan dengan ROS di Hotel Raia, Alor Setar telah diadakan pada 23 Julai 2023. 2.2.5 Program Pemantapan Profrsionalisme PGB Yan bersama Tuan PPD KMY,Tn Haji Ishak bin Zulkifli yang diadakan di Big Stone, pada 16 Ogos 2023. 2.2.6 Urusan mendapatkan sijil pendaftaran pertubuhan di pejabat ROS Alor Setar pada 28 Ogos 2023. 2.2.7 Lawatan penanda aras ke SK Seri Nilam Kuala Terengganu pada 14 September 2023. 2.2.8 Program Team Buldings telah diadakan pada 15 September 2023 di Pulau Kapas, Terengganu pada 15 September 2023 2.2.9 Mesyuarat Agung Persatuan Guru Besar Malaysia Kali Pertama telah diadakan di Zaques Hotel pada 24 September 2023. 2.2.10 Kutipan sumbangan khairat untuk guru dan kakitangan muslim yang kematian ahli keluarga sama ada isteri, suami dan anak. Sehingga September sumbangan telah diberikan kepada 4 orang pewaris seperti mana berikut: Nama Pegawai : SHARMILA BINTI A RAHIM Tempat Bertugas : Sekolah Kebangsaan Singkir Yang Meninggal : ABDUL WAHAB BIN JASSI(suami) Tarikh Meninggal : 22/12/2022 Nama Pegawai : NORAINY BT MOHD ZAIN Tempat Bertugas : Sekolah Kebangsaan Hj Hussin Dol Yang Meninggal : ABDUL HAMID BIN ABDUL RAHIM (suami) Tarikh Meninggal : 25/12/2022 Nama Pegawai : Fadzilah Bt Othman Tempat Bertugas : Sekolah Kebangsaan Padang Lumat Yang Meninggal : Ahmad Faris Aiman B. Ahmad Zamin (Anak) Tarikh Meninggal : 02/04/2023 Nama Pegawai : Mohd Ridzuan bin Abd Manan Tempat Bertugas : Sekolah Kebangsaan Bukit Besar Yang Meninggal : Nur Raisya Sumayyah bt Mohd Ridzuan (Anak) Tarikh Meninggal : 08/08/2023


9 3.0 TAKLIMAT PERLEMBAGAAN PERSATUAN 3.1 Taklimat disampaikan oleh tuan pengerusi iaitu En Che Noh b Ahmad. Sebelum beliau meneruskan pembentangan perlembagaan persatuan beliau memaklumkan bahawa untuk sumbangan khairat kematian beliau difahamkan hanya Yan dan KMY1 sahaja yang mengadakan program sedemikian. Ini memberi kelebihan kepada persatuan cawangan Yan dalam menjaga kebajikan ahli. 3.2 Beliau juga memaklumkan kewangan persatuan masih kosong memandangkan persatuan masih baharu ditubuhkan. 3.3 Tuan pengerusi, En Che Noh bin Ahmad selaku memberi penjelasan dan penerangan kepada semua ahli berkaitan perlembagaan persatuan: Fasal 1 – Nama persatuan Fasal 2 - Tempat Urusan Fasal 3 - Tujuan/Matlamat Fasal 4 – Keahlian Fasal 5 - Perberhentian dan pemecatan ahli Fasal 6 – Sumber Kewangan Fasal 7 – Mesyuarat Perwakilan Fasal 8 – Jawatankuasa Pusat Fasal 9 – Kewajipan-kewajipan pegawai Fasal 10 – Kewangan Fasal 11 – Juruaudit Fasal 12 – Pentadbir harta Fasal 13 – Pembubaran Fasal 14 – Penubuhan dan Pembubaran Cawangan-cawangan Fasal 15 – Mesyuarat Agung Cawangan Fasal 16 – Jawatankuasa cawangan Fasal 17 – Tugas-tugas pegawai-pegawai cawangan Fasal 18 – Kewangan cawangan Fasal 19 – Peruntukan-peruntukan umum mengenai cawangan Fasal 20 – Pindaan perlembagaan Fasal 21 – Tafsiran perlembagaan Fasal 22 – Larangan Fasal 23 – Bendera, lambang dan lencana (Keterangan lanjut Rujuk Lampiran 1 - Perlembagaan Persatuan) 4.0 PELANTIKAN PENGERUSI TETAP DAN TIMBALAN PENGERUSI TETAP 4.1 Sebelum jawatankuasa dibubarkan perlu diadakan perlantikan pengerusi dan timbalan pengerusi tetap yang terdiri dalam kalangan ahli persatuan . Tugas pengerusi tetap adalah mempengerusikan perlantikan Jawatankuasa tertinggi PGBM iaitu yang terdiri daripada Pengerusi, Timbalan pengerusi, pengerusi 1 dan pengerusi 2. Untuk jawatan setiausaha penolong setiausaha dan bendahari jawatankuasa tertinggi sendiri yang akan membuat lantikan dalam kalangan ahli persatuan. 4.2 Pn Che Tom binti Shaari (GB SK Singkir) mencadangkan En Md Rejab bin Saad dilantik sebagai pengerusi tetap. Cadangan tersebut mendapat sokongan sebulat


1 0 suara. Pn Sa’emah bt Satari mencadangkan cadangan ditutup dan mendapatsokongan sebulat suara. 4.3 Bagi jawatan timbalan pengerusi tetap Pn Wan Rozita binti Wan Osman( GB SK Dulang )mencadangkan Pn Che Tom binti Shaari dan disokong sebulat suara oleh semua ahli. 5.0 PEMILIHAN JAWATANKUASA CAWANGAN 5.1 En Md Rejab bin Saad mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawab menjadi pengerusi tetap mesyuarat agung PGBM kali pertama. Beliau menerangkan dan memulakan prosedur pemilihan calon dengan cara undian. Undian dilakukan dengan cara menulis nama calon pada kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Pengiraan jumlah undi berdasarkan nama yang disebutkan. 5.2 Bagi jawatan pengerusi cawangan terdapat dua nama yang telah diundi iaitu En. Che Noh bin Ahamd dan En. Sharif Zulkarnain bin Sh. Ahmad. Keputusan undian disandang oleh En Che Noh bin Ahmad dari SK Langkasuka dengan memperoleh sebanyak 20 undi. 5,2 Bagi Jawatan timbalan pengerusi cawangan terdapat enam nama yang telah diundi iaitu En. Mohd Zamri b Adam. En. Sharif Zulkarnain bin Sh. Ahamd, En. Ismail b Junus, En. Abdul Rashid b Hamid, En. Mat Shaari bin Hassan dan En. Safian b. Ishak. Keputusan undian disandang oleh En Mohd Zamri bin Adam dari SK Guar Chempedak dengan undian sebanyak 8 undi. 5.3 Bagi jawatan naib pengerusi 1 Cawangan terdapat lima nama yang telah diundi iaitu En. Sharif Zulkarnain bin Sh.. Ahmad , En Abdul Rashid bin Hamid, En. Mat Shaari bin Hassan, En. Ismail bin Junus dan Pn. Wan Rozita binti Wan Osman. Keputusan undian disandang oleh En. Sharif Zulkarnain bin Sh. Ahmad dari SK Teroi dengan undian sebanyak 15 undi. 5.4 Bagi Jawatan naib pengerusi 2 terdapat lima nama yang telah diundi iaitu En. Abdul Rashid bin Ahmad, Pn. Lim Cai Peng, En. Zulkeflee bin Md Zain, Pn. Wan Rozita binti Osman dan En. Safian b Ishak. Keputusan undian disandang oleh En. Abdul Rashid b Hamid dari SK Haji Hussin Dol dengan undian sebanyak 9 undi. 5.5 Bagi jawatan setiausaha, penolong setausaha dan bendahari akan dipilih oleh jawatankuasa tertinggi. 6.0 PEMILIHAN JURUAUDIT DALAMAN 6.1 Pemilihan juruaudit dalaman adalah untuk mengaudit akaun persatuan. Persatuan perlu memilih dua orang juruaudit dalam. 6.2 Calon Juruaudit pertama Nama : Puan Lim Chai Peng Dicadangkan oleh :En Ismail bin Junus Disokong oleh : En Zulkeflee b Md Zain Keputusan undian : Sebulat suara


1 1 6.3 Calon Juruaudit kedua Pencalonan 1 Nama : En. Mat Shaari bin Hassan Dicadangkan oleh :Puan Wan Rozita binti Wan Osman Disokong oleh : En. Safian bin Ishak Pencalonan 2 Pn. Wan Rozita bt Wan Osman Dicadang oleh : En. Mat Shaari bin Hassan Disokong oleh: En.. Abdul Rashid bin Hamid Keputusan undian bagi jawatan juruaudit kedua dimenangi oleh En. Mat Shaari bin Hassan dari SK Permatang Buloh dengan mendapat 11 undian. 7.0 MENERIMA DAN MENIMBANG USUL 7.1 En Md Rejab bin Saad meminta pengerusi mengumumkankan namanama bagijawatan setiausaha, penolong setiausaha dan bendahari. 7.2 Pengerusi mengumumkan perlantikan bagi jawatan setiausaha, penolong setiausahadan bendahari adalah seperti berikut: Setiausaha : En. Ismail bin Junus (SK Haji Nyak Gam) Pen. Setiausaha : Pn. Sa’emah binti Satari (SK Sungai Dedap) Bendahari : Pn. Wan Rozita binti Wan Osman (SK Dulang) 8.0 UCAPAN PENANGGUHAN 8.1 Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli dan beliau berharap dapat menjalankan amanah dengan sebaik mungkin serta mendapat sokongan dan kerjasama padu daripada semua ahli. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang. En. Ismail meminta semua ahli mengisi google form yang disediakan untuk kehadiran mesyuarat pada hari ini. Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh: ……………………………......... …………………………………… ISMAIL BIN JUNUS CHE NOH BIN AHMAD SETIAUSAHA PGBM YAN PENGERUSI PGBM YAN


1 2 LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA (PGBM) CAWANGAN YAN BERAKHIR 30 APRIL 2024


1 3 Bil Tarikh Perkara Tempat 1 16/8/2023 Program Profesionalisme PGB Yan Bersama KPPD KMY Muzium Arkeologi Lembah Bujang,Merbok 2 16/8/2023 Majlis Persaraan & Pindah Keluar Rakan GB Daerah Yan Muzium Arkeologi Lembah Bujang,Merbok 3 14/9/2023 Lawatan Penanda Aras Ke SK Seri Negeri ,K.Terengganu Kuala Terengganu 4 15/9/2023 Program Profesionalisme PGB Yan - Team Building Pulau Kapas , K. Terengganu 5 5/10/2023 Meraikan Persaraan TPPPDKMY - En Mansor B Shahabudin Wilayah Pattani, Thailand 6 20-21/9/23 Ziarah Cakna-Lawatan Ke Penempatan Orang Asli , Pos Piah Perak 7 24/9/2023 Mesyuarat Agung Kali Pertama PGB Yan Zaques Hotel, Sungai Petani 8 Menyertai Kejohanan Boling Terbuka Anjuran PPDKMY Park Avenue Bowling Centre , SP 9 24/9/2023 Program Profesionalisme PGB Yan Bersama Unit Integriti Jpnk Zaques Hotel, Sungai Petani 10 7/11/2023 Mesyuarat Pegawai PGB Yan Kali Pertama 2023/2025 SK Langkasuka , Yan 11 29/11/2023 Taklimat Online PGB Yan Premis Kerja Masing-Masing 12 4/12/2023 Perjumpaan Khas Pegawai PGB Yan SK Guar Chempedak 13 6-8/12/2023 Konvensyen PGB Malaysia Kuala Terengganu 14 12/12/2023 Program Profesionalisme PGB Yan & Majlis Persaraan GB Daerah Yan Batas Ubi Deer Farm & Grill, Teroi, Yan 15 13/12/2023 Ziarah Cakna-Menyampaikan Sumbangan Khairat Kematian SK Padang Lumat, Yan 16 2/1/2024 Menyertai Kejohanan Boling Peringkat KMY Park Avenue Bowling Centre , SP 17 4/1/2024 Menyampaikan Sumbangan Kebajikan kpd En. Mohd Rashid b. Kassim Serahan Secara Online Banking 18 17/1/2024 Majlis Bual Santai Bersama Pengarah JPNK SK Taman Seri Wang, SP 19 5//5/2024 Ziarah Cakna-Menyampaikan Sumbangan Khairat Kematian SK Langkasuka 20 8/5/2024 Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Cawangan Yan. Damai Park Resort,Merbok , Kedah 21 8/5/2024 Program Profesionalisme PGB Yan & Majlis Sambutan Hari Raya Damai Park Resort,Merbok , Kedah. 22 8/5/2024 Ziarah Cakna-Menyampaikan Sumbangan Khairat Kematian SK Singkir, Yan,Kedah


1 4 LAPORAN KEWANGAN PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA (PGBM) CAWANGAN YAN BERAKHIR 30 APRIL 2024


15


Click to View FlipBook Version