The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAJWA ATHIRAH BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najwaathirah07, 2022-05-09 11:33:31

NAJWA ATHIRAH BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

NAJWA ATHIRAH BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

BMMB 1104

Kesusasteraan
dan

Kebudayaan Melayu

Najwa Athirah binti
Nazimi Faisul
F2B

Isi kandungan

1.0 = Pengenalan
2.0 = Takrif Kesusasteraan Melayu
3.0 = Jenis, Bentuk dan Ciri-Ciri

Kesusasteraan Melayu
3.1 . Prosa tradisional
3.2. Prosa moden
3.3. Puisi tradisional
3.4. Puisi moden

4.0 = Fungsi Kesusasteraan Melayu
4.1. Pendidikan
4.2. Hiburan
4.3. Kritikan sosial
4.4. Dakwah

5.0 = Menifestasi Akal Budi dalam Puisi
Tradisional
5.1. Pantun
5.2. Syair
5.3. Seloka
5.4. Gurindam

6.0 = Kesimpulan

1.0 Pengenalan

Menurut Ismail Yusoff (2008), kesusteraan

dimaksudkan dengan hasil seni yang diwujudkan

dengan bahasa. Maka, kesusasteraan Melayu pula

ialah hasil seni yang menggunakan bahasa Melayu

g dan kebanyakannya dihasilkan oleh anak Melayu
sendiri. Banyak karya-karya penulisan serta lisan

kesusasteraan Melayu yang telah dihasilkan dari

sebelum negara kita mencapai kemerdekaan lagi

dan kini kesusasteraan Melayu kian hilang dari

bibir masyarakat Melayu itu sendiri. Perkara ini

mungkin terjadi disebabkan kemasukan pelbagai

budaya dan bahasa luar ke dalam negara dan diri

masyarakat Melayu. Kehadiran gadjet juga

menjadi salah satu faktor masyarakat kita alpa

dengan budaya dan bahasa asing. Walau

bagaimanapun, tedapat banyak usaha yang telah

dilakukan untuk mengekalkan kewujudan dan

keaslian kesusasteraan Melayu kita. Oleh hal

sedemikian, marilah kita mendalami dan memahami

dengan jelas tentang apa itu kesusasteraan

Melayu yang telah lama menjadi kebangaan kita.

2.0 Takrif Kesusasteraan Melayu

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), perkataan kesusasteraan
terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera. Susastera
bermaksud huruf atau buku indah. Dari segi makna, sastera
bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab. Menurut Kamus
Dewan (2015), kesusasteraan ditakrifkan sebagai seni yang
mengambarkan keindahan dengan bahasa yang diaplikasikan
dalam pelbagai jenis karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi

g yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Seni
kesusasteraan pula merupakan seni dalam bidang karang-
mengarang bahan-bahan sastera. Perkataan bahasa Inggeris
iaitu literature mempunyai maksud yang sama dengan
kesusasteraan. Perkataan literature berasal daripada perkataan
literate yang bermaksud abjad atau huruf. Literature ini
digunakan dalam puisi dan tatabahasa.

Istilah kesusasteraan berasal daripada perkataan Sanskrit,
iaitu sastra. Kata dasar (sas-) bermaksud mengarahkan,
mengajar dan memberi petunjuk, manakala kata dasar (-tra)
merujuk kepada alat. Jadi, sastra bererti alat untuk mengajar.
Konteks Pendidikan menjelaskan kesusasteraan Melayu ialah
karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu berunsurkan
keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen
drama, sajak, prosa tradisioanal atau puisi tradisional bagi
mengimbangkan antara intelek, rohani, emosi dan jasmani serta
dalam masa yang sama memaparkan nilai kemanusiaan. Sebagai
kesimpulannya, kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya
masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata yang indah,
menyampaikan mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan dan
keadaan yang tertentu.

3.0 Jenis, Bentuk dan Ciri-ciri Kesusasteraan
Melayu

Kesusasteraan Melayu mempunyai pelbagai jenis dan bentuk
kerana setiap jenis sastera memiliki unsur-unsur yang tertentu
untuk membentuk pola bagi tujuan yang berbeza. Dalam
kesusasteraan melayu, terdapat empat jenis dan bentuk iaitu
prosa tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi moden.
Tradisional bermaksud serius serta abadi nilainya serta

g mempunyai ciri-ciri lazim dan tidak berubah mengikut peredaran
zaman (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Setiap jenis dan bentuk
kesusasteraan melayu ini mempunyai ciri yang tertentu. Manakala
moden pula bermaksud berkenaan dengan masa kini, waktu ini,
masa sekarang dan yang terbaharu serta terkini (Kamus Dewan,
2015). Setiap jenis dan bentuk karya kesusasteraan ini mempunyai
ciri-ciri yang tertentu.

Bentuk Kesusasteraan
Melayu

Prosa Puisi
Tradisional Tradisional

Prosa Puisi
Moden Moden

3.1 Prosa Tradisional

Prosa tradisional menjadi salah satu karya kesusasteraan yang
masih kekal sehingga ke hari ini. Pada awalnya, prosa tradisional
dipengaruhi oleh pengaruh Hindu dan Buddha namun tidak
mendapat sambutan dan tidak ke arah mencapai perkembangan.
Hal ini kerana prosa tradisional tidak bergitu difahami kerana
menggunakan bahasa Sanskrit dan Melayu Kuno. Malah, cerita

g yang dismapaikan dalam prosa tersebut juga tidak sampai di jiwa
masyarakat Melayu kerana kebanyakan cerita berkenaan dengan
dewa-dewa.

Namun bergitu, setelah kedatangan Islam pada abad ke-16,
prosa tradisional mengelami perkembangan yang positif. Hal ini
mungkin terjadi atas faktor kemasukan tulisan Jawi yang
merupakan tulisan bagi masyarakat Melayu Islam.

Prosa tradisional telah menjadi salah satu karya yang keka;
sehingga ke ahari ini. Prosa tradisional telah menjadi sumber
pengetahuan, pengajaran, contoh tingkah laku dan telah
memperkenalkan kehiduapn masyarakat Melayu kepada
masyarakat luar. Prosa tradisional telah menjadi sastera yang
memiliki sifat yang akan diwarisi secara turun-temurun walaupun
karya itu telah lama dihasilkan

Prosa tradisional bertujuan untuk menyatukan falsafah
pencipta dengan pembaca pada waktu itu. Prosa ini juga
merupakan karya seni yang disampaikan melalui bahasa. Prosa
tradisional terbahagi kepada dua bentuk iaitu sastera rakyat dan
sastera lisan.

Sastera Rakyat.

Sastera rakyat juga dikenali sebagai sastera lisan yang bermaksud sastera
yang diungkapkan dari mulut ke mulut dan isinya dapat dimasukkan
didalam sastera tulisan masyarakat moden. Rakyat pula bermaksud orang
biasa yang menjalani kehiduapn kollektif dalam satu sistem kekeluargaan
yang bersar serta hidup berpandukan nilai kemasayarakatan yang tinggi.
Jadi dapat disimpulkan bahawa sastera rakyat ini adalah sasatera yang
dishasilkan berdasarkan kehidupan orang biasa dan disampaikan secara
lisan.

Sastera rakyat ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Pertama sekali,

bersifat tradisional dan lama. Seterusnya, bersifat anonimi iaitu

menggunakan nama samaran dan ada kalanya nama pencerita langsung

tiada. Jadi, karya-karya ini menjadi hak milik semua masyarakat. Bukan itu

sasaja, sastera rakyat juga mempunyai pola, plot, sederhana, spontan dan

agak kasar dalam penceritaanya. Sastera rakyat terdiri daripada dua

kategori iaitu naratif dan bukan naratif Bukan
Naratif
Naratif

Mitos Lagenda Cerita Rakyat Puisi Rakyat

Kejadian alam Dipercayai benar Dipercayai tidak Nukilan yang
semesta, tetapi tidak suci. benar terjadi. ditulis sebagai
manusia, Watak manusia Sebagai hiburan, catatan
binatang dan lain- yang memiliki moral dan kehidupan.
lain. kuasa luar biasa. sindiran. Berunsur nasihat,
Waktak makhluk Kisah tokoh atau Cerita binatang, pengajaran dan
halus, dewa dan pahlawan. penglipulara, sindiran.
bunian. Berkaitan dengan jenaka dan Juga sebagai
Dianggap benar sejarah, teladan. hiburan.
tetapi aneh. keagamaan dan Contoh : Bawang Contoh : pantun,
Contoh : Ular cerita sumpahan. Putih Bawang puisi dan lain-lain
Besar Menjaga Contoh : Merah & Hikayat lagi.
Perairan Sumpahan Sang Kancil.
Langkawi. Mahsuri.

Sastera Istana.

Sastera istana merupakan sastera yang dijalankan
secara penulisan. Sastera ini mula berkembang seiring
dengan kedatangan agama Islam. Sastera ini juga
diusahakan dan dikembangkan dalam istana dan
terdapat unsur-unsur tertentu seperti unsur islam,
Hindu dan juga Hindu-Islam.

Di dalam sastera Istana terdapat beberapa jenis.
Pertama sekali, sastera undang-undang iaitu sastera
yang menunjukkan corak dan cara pemerintahan pada
zaman dahulu. Sebagai contoh, Hukum Kanun Melaka
dan Undang-undang Pahang. Seterusnya, ialah
sastera epik ataupun sastera pahlawan yang
mempunyai ciri kepahlawanan dan kewiraan sehingga
disanjung oleh masyarakat sehingga kini. Sebagai
contoh karya ialah Hikayat Hang tuah.

Selain itu, sastera panji yang menceritakan kisah-
kisah percintaan, peperangan dan pengembaraan
seperti Hikayat Cendawan Putih. Selepas itu, sastera
agama kebanyakannya menggambarkan sifat dan
kehebatan cerita-cerita nabi dalam masa yang sama
menyampaikan dakwah Islam. Sebagai contoh dalam
Hikayat Bulan Berbelah.

3.2 Prosa Moden

Sastera moden merupakan hasil karya yang dihasilkan selepas tahun
1800 Masihi. sejurus dengan itu, prosa moden terdiri daripada cerpen,
novel dan juga drama. Selain itu, prosa moden selalunya bersifat bebas
dan tidak terikat kepada struktur, tema, ayat ataupun jalan cerita yang
tertentu. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, prosa moden lebih
bersifat terbuka dan menerapkan unstur kreatif dalam karya yang
ditulis.

g Cerpen adalah gabungan dua perkataan iaitu cerita pendek dan

apabila digabungkan mencadi cerpen. Cerpen biasanya berkisarkan
sesautu kejadian dan berkisarkan masalah dan penceritaan yang
tertentu. Kebiasaannya cerpen mempunyai watak-watak yang menarik
dan setiap watak memainkan peranan yang penting dalam
mengembangkan penceritaan. Antara karya cerpen yang popular
adalah cerpen Asap di Bawah Daun karya Zaharah Nawawi.

Novel pula ialah sebuah prosa rekaan yang agak panjang dan
mengandungi banyak bahagian dan bab. Perkataan Novel berasal
daripada perkataan Itali yang iaitu Novella yang bermaksud benda
kecil yang baharu. Novel biasanya diinspirasi daripada pengalaman
peribadi, rencana kehidupan dan juga imaginasi. Novel mempunyai
pelbagai genre antaranya kemerdekaan, kemasyarakatan, percintaan
dan juga kepahlawanan. Harun Aminurrashid banyak menghasilkan
novel-novel yang popular seperti Cinta Gadis Rimba pada tahun 1947.

Akhir sekali ialah drama iaitu sebuah bentuk karya sastera yang
ditayangkan jalan penceritaannya dalam bentuk lakonan. Dalam
menjayakan sesebuah lakonan, unsur penting seperti, pencahayaan,
kostum, riasan muka, bunyi dan penghayatan skrip adalah penting.

3.3 Puisi Tradisional.

Puisi ialah karya sastera yang unik dan terawal di seluruh
dunia. Puisi tradisional sebenarnya mempunyai banyak jenis
iaitu pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera,
adat perbilangan, peribahasa dan banyak lagi. Namun,
terdapat empat puisi tradisional yang difokuskan iaitu,
pantun, syair, seloka dan gurindam.

g Pantun

Pantun ialah karya asal masyarakat Melayu yang
mempunyai irama yang sedap didengar. Penggunaan
pantun ini bertujuan untuk meluahkan kasih sayang,
penhargaan dan adakalanya untuk menyindir. Pantun
biasanya didahului dengan pembayang dan barulah
maksud akan disampaikan. pantun juga memlpunyai rima
kahir dan pola yang tertentu.

Terdapat beberapa jenis pantun yang ada iatu pantun
nasihat, muda, jenaka, teka-teki, agama, adat, dagang,
anak dan pantun kepahlawanan. pantun mempunyai
banyak bentuk, ada pantun dua kerat, empat kerat, enam
kerat dan ada sehingga 12 kerat.

Burung pipit burung kedidi, Burung nuri burung dara,
Hinggap di pokok di tepi sawah, Terbang ke sisi taman kayangan,
Jika hidup tidak berbudi, Cubalah teka wahai saudara,
Ibarat pokok tidak berbuah. Semakin diisi makin ringan?

( Pantun empat kerat nasihat ) (Pantun teka-teki )

Gurindam

Gurindam ialah satu puisi tradisional yang agak terkenal. gurindam ini pada

awalnya diperkenalkan pada tahun 1846 oleh Raja Ali Haji iaitu dalam karyanya

Gurindam Dua Belas.

Penulisan gurindam berbentuk terikat. Sebagai contoh, satu rangkap
mengandungi dua baris. Manakala setiap baris mempunyai had suku kata iaitu
lapan hingga 12 suku kata serta mempunyai rima akhir iaitu a,a. Gurindam
selalunya mempunyai bahasa yanag bernas dalam menyampaikan pengajaran,
nasihat, penyataan dan perasaan cinta secara ikhlas.

g Cari ilmu wajib hukumnya,
Bahkan sampai ke negeri China.

Jika berilmu janganlah angkuh, (Gurindam berunsur
Nanti dirimu akan terjatuh. pendidikan)

Jadi orang pintar memang perlu,
Tapi juga harus bijak selalu.

Syair

Syair ialah puisi yang menerapkan elemen lagu yang berasal dari Parsi. Syair
telah digubah suai mengikut kesesuaian bahasa Melayu klasik. Syair Melayu
berbentuk terikat. Setiap rangkap mempunyai empat baris. Setiap baris pula
memiliki empat hingga lima patah berkataan bersamaan dengan lapan hingga
12 suku kata. Rima akhir bagi pantun ialah a,a,a,a dan kebiasaaanya syair
menceritakan tentang kisah, buah fikiran, nasihat dan pujian.

Dengarkan tuan suatu riwayat (Syair Bidasari)
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat

Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Seloka

Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu

perkataan shloka yang bermaksud berseloroh,

berjenaka dan juga menyindir ( Harun Mat Piah,

1989). Seloka selalunya bercorak karangan yang

berangkap dan mempunyai irama serta diselitkan

bidalan, peribahasa dan sebagainya. Seloka

g disampaikan untuk tujuan gurau senda, sindiran,
jenaka dan ejakan. Namun bergitu, isi tersirat dalam

seloka lebih kearah pengajaran yang baik. Seloka

dikatakan sama sahaja seperti pantun dan syair

namun lebih bersifat bebas. Antara contoh seloka

yang terkenal ialah Seloka Pak Pandir dan Seloka

Emak Si randang.

Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
...
...

( Seloka Pak Pandir)

3.4 Puisi Moden

Dalam karya kesusasteraan bagi puisi moden, terdapat
satu jenis puisi saja iaitu sajak. Sajak dilihat lebih bebas dari
puisi yang lain, namun bergitu ada juga sajak yang terikat
dari segi rima dan rentak. Sajak mementingkan
penyampaian maksud dengan pemilihan kata-kata dan
ayat tertentu. sajak lahir dari jiwa yang murni dan

g membawa gagasan pemikiran yang dapat menjadi
renungan masyarakat yang mendengar dan membacanya.

Sajak tidak berpegang kepada peraturan yang tertentu
sama ada bilangan baris, pemilihan kata dan banyak lagi.
Selain itu, penulis mempunyai pengakuan hak keatas sajak
karyanya iaitu nama penulis disertakan sama ada nama
sebenar ataupun nama samaran.

Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.

Rumput dan jerami yang terhidang
Adalah kanun janji kesetiaan
Dimamah rakus kala lapar
Tak peduli nasib diri setelah kenyang
Jadi tunggangan memburu rakan

Sajak Sang Gembala Kuda karya Hashim Othman

4.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu dalam masyarakat Melayu telah
lama wujud dan telah menunjukkan gambaran kehidupan
yang sangat menarik. Keindahan ini juga tercermin dalam
gaya bahasa, struktur cerita, dan peranan didaktik yang

g disokong oleh sastera itu sendiri. Melalui kisah-kisah

sebegini, seseorang dapat melihat kesinambungan
budaya antara zaman dahulu dan sekarang.
Perkembangan budaya dalam perubahan zaman telah
mampu membentuk tamadun atau tamadun manusia dari
satu zaman ke satu zaman.

Perkembangan budaya masa kini sebenarnya
berlandaskan budaya masa lampau. Manusia sentiasa
mencari kemajuan. Kesusasteraan melayu mempunyai
pelbagai fungsi yang boleh diterapkan di dalam
kehidupan. Fungsi kesusasteraan Melayu ialah mencipta
pemikiran cerdas yang sentiasa membawa manusia
kepada kemajuan sesuai dengan kehidupan. Sehubungan
itu, idea dalam kesusasteraan Melayu jelas dapat
membentuk sosialisasi masyarakat (Azman Rahmat. et. al.,
2022)

4.1 Pendidikan

Melalui pengalaman, pelbagai ilmu, nilai dan pengajaran yang
dapat diambil. Sudah pasti individu yang menghasilkan sastera
Melayu merupakan insan yang telah melalui seribu satu pengalaman.
Pengarang atau penulis karya pastinya seorang yang memiliki dan
mendalami ilmu pengetahuan yang akan menjadikan karya mereka
lebih bermutu.

g Karya susasteraan Melayu memang amat sesuai untuk dijadikan
bahan dalam pendidikan masyarakat Melayu. Melalui pembacaan dan
pembelajaran bahaan sastera mampu membolehkan pelajar untuk
menjiwai nilai murni, kerohanian dan kemanusiaan yang disampaikan
melalui sastera. Selain itu, nilai-nilai dan ilmu baharu banyak
terkandung dalam karya sastera. Misalnya, penggunaan perkataan-
perkataan klasik dan penggunaan bahasa yang betul. Ini dapat
meningkat ilmu para pelajar dalam subjek bahasa Melayu.

Sebagai contoh, sejak dari sekolah rendah lagi kita dipekenalkan
dengan karya sastera seperti cerita rakyat dan pantun empat kerat.
Perkara itu menjadikan kita dapat menukar pemikiran kita ke arah
yang lebih positif. Selain itu, apabila usia kita meningkat ke peringkat
pembelajaran yang lebih tinggi, kita diajar untuk menulis, membaca
dan mengeluarkan buah fikiran. Sudah semestinya, karya sastera
membantu para pelajar dalam belajar kerana bahan sastera
semuanya berkaitan dengan ilmu penulisan.

Sebagai kesimpulannya, kesusasteraan Melayu berfungsi melalui
pendidikan. Melalui pendidikan, karya sastera itu dapat disampaikan
dalam masa yang sama, karya sastera itu menyampaikan pendidikan.

4.2 Hiburan

Selain itu, Karya kesusasteraan Melayu juga dapat dilihat
berfungsi dalam hiburan. Hiburan adalah satu sebab yang
menjadikan seseorang itu mengubah emosinya menjadi
gembira dan terhibur. Sebagai seorang manusia, kita ada
masanya perlu berhibur, jadi sesetengah karya sastera telah
menerapkan unsur ini ke dalam isi penceritaan karya itu.

g
Hiburan dapat dihasilkan dengan kata-kata yang indah,
irama, rentak yang diungkap, jalan cerita yang melucukan
dan segala aspek yang mampu membelai jiwa penonton.
Sebagai contoh, karya seperti cerita penglipulara merupakan
sebuah hiburan yang digilai masyarakat Melayu suatu ketika
dahulu. Dalam masa yang sama, terdapat juga pantun yang
berfungsi untuk menghiburkan seperti pantun teka-teki dan
pantun jenaka. Bukan itu sahaja, ada juga hiburan tang
disampaikan melalui cerita rakyat misalnya cerita jenaka Pak
Kaduk.

Cerita-cerita dan karya-karya sebegini bukan sahaja
memberi dan menghiburkan masyarakat namun, karya ini
sarat dengan mesej dan pengajaran yang hendak
disampaikan. Dalam kita berhibur, sudah pasti banyak
perkara yang kita akan belajar melalui karya yang dibaca
dan mampu mengubah diri kita menjadi insan yang lebih baik

4.3 Kritikan Sosial

Karya sastera banyak memaparkan kejadian sebenar
yang berlaku di dunia nyata. Ini menjadikan kita mudah
untuk memberi pandangan, mengkritik, mengulas hasil
karya tersebut kerana isi penceritaan sastera banyak
bertepatan di jiwa masyarakat Melayu.

g

Setiap sastera sudah pasti mempunyai perkara yang
tidak puas dihati pembaca. Maka dengan itu, perkara
ini akan mempengaruhi tindakan dan tatasusila adab
untuk tujuan menegur dan mengkritik dalam masa yang
sama menyampaikan mesej positif. Manusia dikurniakan
dengan watak dan perwatakan yang tertentu namun
mereka tidak dapat menjalankan tugas seperti yang
diamanahkan dalam mengkritik dan menegur dengan
sopan. Dengan adanya karya sastera dpat menjadi
wakil untu mengkritik secara terbuka.

Oleh itu, karya sastera bukan sahaja mencatatkan
perkara yang luar biasa namun perkara yang biasa
diolah krmbali dalam bentuk yang lebih kreatif dan
indah sifatnya.

4.4 Dakwah

Pembangunan sastera Islam digerakkan oleh pengaruh dakwah
yang meluas antara abad 13 hingga 16 Masihi. Gerakan
Islamisasi yang bermula pada abad ke-13 Masihi itu telah
membawa kepada perubahan yang penting dalam sejarah
kebudayaan Melayu dengan penyerbuan pengaruh sufi yang
berkembang pada abad ke- 17. Penyebaran dakwah melalui

g penulisan sastera boleh dikatakan seperti sambil menyelam
minum air kerana sambil berkarya dapat menyebarkan unsur
dakwah.

Bagaimanapun. dengan berpegang kepada konsep sastera
Islam seperti mana yang digariskan oleh Ismail Hamid. teks-teks
sastera Islam tidak lagi terbatas kepada cerita para nabi dan
lain-lainnya yang dikarang atau diolah kembali oleh pengarang
tempatan berdasarkan sumber dari Arab dan Parsi. Tetapi
sastera terbuka kepada karya lain seperti puisi, syair dan
sebagainya. Menurut Mana Sikana (Oktober, 4 2020), dekad
1970-an dan 1980-an adalah zaman kemeriahan sastera Islam.
Terdapat banyak teks puisi, cerpen, novel dan drama telah
dihasilkan. Kesedaran tentang sastera Islam, telah menjadi
alternatif kepada sebahagian pengarang negara.

Sepertimana yang kita tahu, dakwah Islamiyah yang
disampaikan melalui sastera dapat mengubah perwatakan
masyarakat Melayu pada ketika itu. Hal ini kerana, seperti yang
diterapkan di dalam ajaran Islam tentang akhlak dan budi
bahasa yang baik yang wajib diamalkan.

5.0 Menifestasi Akal Budi dalam Puisi
Tradisional

Puisi tradisional merupakan unsur penting dalam menyatakan
pemikiran dan kebijaksanaan orang Melayu ketika berkomunikasi.
Penggunaan jangka panjang berpunca daripada pemerhatian
masyarakat yang tinggi terhadap alam sekitar, tingkah laku, norma
hidup, adat resam dan budaya. Oleh itu, karya tradisional boleh
dikatakan menggambarkan budi pekerti, ketinggian ilmu dan

g kehalusan pemikiran dalam masyarakat Melayu dahulu. Kecerdasan
mencerminkan tindakan, pemikiran dan sikap seseorang dan dapat
mengekalkan kehalusan dan keindahan akal, jiwa. Tindakan,
pemikiran dan sikap seseorang ini diterjemahkan dalam pelbagai
bentuk, tetapi yang paling kerap ialah penghasilan karya seni,
seperti sastera dan seni.

Akal budi mewakili tempat perasaan, kesedaran, keyakinan dan
dorongan. Oleh itu, akal boleh dilihat dalam pertuturan, tingkah laku,
kemahiran berbahasa dan gaya hidup. Manakala kecerdasan atau
pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari,
memahami makna sesuatu, meneroka semua idea, membuat
keputusan serta menyelesaikan masalah, dan kemudian membuat
refleksi. Masyarakat ialah sekumpulan besar manusia yang hidup
dengan mengamalkan budaya tertentu dalam persekitaran yang
saling berkaitan dan saling bergantung dengan matlamat yang
sama. Mereka terdiri daripada orang yang hidup bersama dan
tersusun atas dasar keterkaitan pelbagai aspek cara hidup.

Oleh itu terdapat empat aspek yang akan memeperlihatkan
menifestasi akal budi di dalam sesebuah karya sastera iaitu
pemikiran, pertuturan, gaya hidup, dan perlakuan.

Pemikiran

Pemikiran didefinisikan sebagai proses menggunakan minda untuk mencari
makna dan memahami. Selepas itu, kita akan membuat pertimbangan untuk
membuat keputusan seterusnya menyelesaikan masalah dan membuat
refleksi. Menurut pandangan Islam akal berfungsi memerhatikan tenaga
supaya otak manusia bekerja dan beroperasi. Orang yang berfikir dan
menggunakan kemahiran berfikir terutama mencari ilmu agama turut
dipandang tinggi berbanding orang yang melaksanakan ibadah tanpa ilmu.
Perspektif pemikiran masyarakat Melayu akan mengungkapkan
perkembangan idea masyarakat Melayu dari aspek budaya dan tatasusila. Di

g dalam dunia pemikiran sosial Melayu ini merangkumi akal fikiran, akal budi,
alam ilmu yang menunjukkan hubungan antara Alam-Manusia-Tuhan.

Pertuturan

Melalui kesantunan, pertuturan yang matang dapat dilihat. Menurut
Kamus Dewan (2015), santun bermaksud kehalus budi bahasa serta
kesopanan baik secara lisan atau bukan lisan. Semasa berkomunikasi
pertuturan amatlah diperlukan dan seharusnya kita menjaga adab dalam
bertutur agar dapat mengelakkan diri daripada sebarang perbalahan.

Gaya Hidup

Menurut sumber Kamus Dewan (2015), gaya hidup bermaksud cara
tertentu seseorang individu atau kumpulan menjalani kehidupan. Manakala
kehidupan pula bermaksud perihal hidup. Dalam konteks gaya hidup, akal
budi dapat dilihat dalam kehidupan seharian kita iaitu dalam agama,
kepercayaan, adat istiadat, kesenian, sistem kekeluargaan dan pengamalan
nilai-nilai murni.

Perlakuan

Melalui perlakuan seharian, akal budi dapat diperhatikan. Perlakuan
didefinisikan sebagai tingkah laku yang berhemah dan baik. Contohnya,
dalam adab melayan tetamu bagi masyarakat Melayu kerana mereka sangat
mengutamakan dan mendahulukan tetamu walaupun mereka sibuk. Perlakuan
yang baik dapat menunjukkan sifat keperibadian dan hati yang mulia.

5.1 Akal budi dalam pantun

Pantun digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan
perasaan seseorang atau sekelompok masyarakat. Oleh itu,
dengan meneliti dan memahami isi kandungan pantun, kita
dapat mengkaji struktur sosial, akal budi dan pemikiran
masyarakat Melayu. Terdapat pelbagai jenis pantun yang
dapat dikaji, antaranya pantun teka-teki, nasihat dan

g banyak lagi.

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Pantun diatas berkisarkan tentang kemahuan seorang yang
masih mahu belajar. Pantun ini amat popular dalam kalangan
masyarakat Melayu tambahan lagi ketika ingin mempelajari sesuatu
yang baru. Dari aspek pemikiran, di dalam pantun ini menggunakan
buah cempedak sebagai subjek utama. Jika difikirkan buah
cempedak mempunyai bau dan aroma yang kuat dan mampu
menarik perhatian ramai. Bagi saya, buah cempedak ini simbolik
bagi ilmu yang harus diambil dan dipelajari oleh setiap insan. Dari
aspek pertuturan pula, menunjukkan kesopanan yang berada di
tahap yang tinggi kerana menggunakan perkataan tolong. Dengan
menggunakan perkataan tolong menjadikan kita dilihat berbudi
bahasa dan sopan.

Selain itu, pantun ini juga menunjukkan sifat rendah diri
seorang yang meminta untuk diajarkan perkara yang tidak
diketahuinya. Ini menunjukkan msyarakat Melayu tinggi
dengan nilai merendah diri dan tidak bodoh sombong. Pada
pendapat saya, dua bait rangkap teratas iaitu pembayang,
menunjukkan satu budi apabila penulis melihat cempedak
diluar pagar yang bukan miliknya. Kemudian penulis

g meminta seseorang (pemilik) untuk menolongnya mengambil
cempedak. Boleh disimpulkan pantun ini menggalakkan
pembaca untuk meminta izin jika ingin mengambil hak orang
dan meminta tolong jika tidak tahu kerana malu bertanya,
sesat jalan.

Kemudian, pantun ini bukanlah hiburan semata-mata
namun pantun ini kaya dengan nasihat dan tauladan
tambahan lagi kepada anak-anak yang masih baru belajar.
Dalam hal ini, pantun seperti ini amat sesuai di jiwa
masyarakat Melayu kerana situasi tersebut sering berlaku
di dalam kehidupan kita. Pantun tersebut dilihat penuh
dengan gambaran dan fantasi masyarakat Melayu
tambahan lagi apabila pembayang pantun ini melibatkan
buah-buahan tempatan.

Kesimpulannya, pantun ini menekankan sifat rendah diri
dan berusaha mencari ilmu. Janganlah malu untuk mengaku
tidak pandai daripada buah yang dikapai tanpa ilmu rosak
dek jatuh ke tanah.

5.2 Akal budi dalam syair

Syair telah digunakan secara meluas untuk tujuan bercerita.
Syair yang berbentuk terikat menyebabkan alunan syair
bertambah merdu untuk didengari.

Yang ada sedia panji-panji bendera,
hingga sampai ke kemuncak menara,
Banyak ada ia bersaudara,

g Yang ada pula bersama gara.

Selalu dipandang dilihat adanya,
Tinggi rendah dijerat pangkatnya,
Besar kecil ikat binanya,
Terlalu kuat pula asasnya.

(Syair Pohon Buluh karya Mohd Yusof & Dr.
Abd. Rahman)

Syair ini berkonsepkan semangat perpaduan dalam hidup bersama
dalam satu komuniti masyarakat. Di dalam syair ini menunjukkan
perlakuan yang positif dan akal budi yang baik. Seperti di rangkap
pertama, daun buluh dikatakan seperti kibaran-kibaran bendera yang
bersatu tinggi sehingga kemuncak menara. Ini menunjukkan setiap
helai daun yang berbeza dapat bersatu sehingga ke akhir kerana
kerjasama yang utuh tanpa mengira bangsa. Dapat dilihat dan
dirasakan oleh pembaca akan suasana kehidupan masyarakat
terdahulu yang berbilang kaum untuk hidup dalam satu komuniti untuk
memastikan kesejahteraan dan keamanan negara. Istilah saudara
menunjukkan kekuatan yang teguh dalam sesebuah hubungan.

jika dilihat pada pembayang rangkap kedua, dapat
diperhatikan bahawa pangkat seseorang tidak akan
dipandang. Tidak kira apa sekalipun pangkat, usia ataupun
kekeuatan seseorang, apabila perlu bersatu, semuanya
perlu sama rata dan tidak boleh dibezakan. Perkataan
dijerat ataupun diikat melambangkan sesuatu keukuhan
bersama. Tali dianggap sebagai satu elemen yang

g mengikat sesebuah hubungan contohnya hubungan
persahabatan seperti tali persabahatan. Jika putusnya tali,
maka putuslah sesebuah hubungan. Maka sebab itulah
syair ini menjelaskan erti menjerat yang dimadkan menjerat
masyarakat agar mereka lebih hidup bersatu.

Syair menunjukkan gambaran kehidupan masyarakat
yang adil dan tidak memilih kasih. Semua individu dianggap
sama rata dan sentiasa hidup dalam keadaan bersatu padu
tanpa memandang pangkat dan darjat. Seperti yang
dinyatakan dalam syair pada rangkap kedua baris terakhir,
"terlalu kuat pula asasnya" dimaksudkan dengan kekuatan
kerjasama yang wujud antara sekumpulan masyarakat
yang berkerjasama tanpa mengira usia, bangsa dan
agama.

Sudah terang lagi bersuluh, masyarakat kita ini perlulah
mengkaji dengan lebih dalam syair tersebut supaya dapat
mempelajari iktibar yang diselitkan di dalam syair ini
mengenai hak sama rata dan perpaduan.

5.3 Akal budi dalam seloka

Seloka merupakan puisi tradisional yang berbentuk karangan
yang menggunakan irama apabila membacanya. Seloka lebih
kearah gurauan, jenaka dan juga sindiran.

Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,

g Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh awak menumpang.

(Seloka Pak Kaduk)

Selepas membaca, mendengar dan mendalami seloka diatas,
saya dapat membayangkan kehidupan masyarakat Melayu yang
lucu dan gembira. Tidak seperti yang dibayangkan, masyarakat
Melayu dahulu tidaklah setiap masa bersopan santun dan serius,
malah ada kala juga berjenaka dan berhibur. Seloka ini
menunjukkan nasib malang Pak Kaduk yang bertimpa-timpa.
Celoteh Pak Kaduk lah dapat memberi sinaran kegembiraan
kepada masyarakat Melayu pada ketika itu.

Dalam seloka ini juga telah menyelitkan banyak
pengajaran untuk dihadami oleh pembaca. Pertama sekali,
di dalam ayat "Ayamnya menang kampung tergadai". Ini
menunjukkan kesan buruk apabila bertaruh dan akan
merugikan diri sendiri. Selain itu, ada juga ayat negatif
yang disampaikan dalam seloka seperti "Ada isteri
dibunuh". Ayat ini bukanlah menyeru masyarakat Melayu
untuk membunuh isteri namun, menyindir dan menyeru

g msyarakat Melayu untuk menyayangi isteri dan tidak

bersikap seperti Pak Kaduk.

Bahasa dan perkataan yang digunakan di dalam
seloka adalah perkataan yang mudah difahami dan
ringkas. Maka semua golongan masyarakat dapat
memahami initipati seloka ini. Sebenarnya, Seloka Pak
Kaduk ini bukanlah semata-mata memerli Pak Kaduk
sahaja, malah tujuan utamnaya untuk memerli dan
menyedarkan masyarakat Melayu yang lain agar tidak
melakukan kesalahan seperti yang dilakukan Pak Kaduk.

Sebagai kesimpulannya, seloka menunjukkan pemikiran
masyarakat Melayu yang dapat menganalisis kesan-kesan
buruk terhadap sesuatu perbuatan. Watak yang
disampaikan di dalam seloka iaitu Pak Kaduk hanyalah
watak yang mewakili masyarakat Melayu yang sikapnya
perlu ditegur agar tidak ditimpa malang yang lebih besar.

5.4 Akal budi dalam gurindam

Gurindam ialah puisi yang terdiri daripada dua baris setiap
rangkap. Gurindam juga mengandungi akal fikiran yang
sarat dan bernas dengan bahasa yang riang yang dapat
dinyanyikan.

Fikir dan Kata

g Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.

Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa.

Perkataan tajam jika dilepas,
Ibarat beringin, racun dan upas.

Kalau mulut tajam dan kasar,
Boleh ditimpa bahaya besar.

(Gurindam Beberapa petua Hidup karya Za'ba)

Melalui pembacaan gurindam ini, telah diperhatikan
banyak akal budi yang terkendung di dalamnya.
gurindam di atas bertemakan fikir dann kata. Fikir iaitu
menganalisis buah fikiran dan kata ialah bunyi yang
dikeluarkan oleh mulut. Maknanya, apa yang hendak
disampaikan dalam tajuk gurindam ini adalah berfikirlah
sebelum mengeluarkan kata-kata.

Akal budi yang pertama yang dapat ditonjolkan menjelaskan
bahawa jika kita tidak berfikir secara menyeluruh maka kita
akan akan hidup dalam kesesatan. Seterusnya, di rangkap
yang kedua menyaran kita untuk berfikir terlebih dahulu
sebelum bertindak agar dapat mengelakkan sebarang salah
faham dan perbalahan. Bukan itu sahaja, pada rangkap
ketiga menjelaskan bahawa perkataan yang kurang sopan itu
umpama senjata yang membahayakan diri kita sendiri. Dan

g yang terakhir iaitu pada rangkap keempat menunjukkan
akibat buruk bakal terjadi apabila menggunakan kata-kata
yang melampau.

Melalui gurindam ini dapat dilihat cara pemikiran dan
tingkah laku masyarakat Melayu pada satu ketika dahulu.
Pertama sekali, masyarakat yang prihatin iaitu penulis
gurindam yang mencipta gurindam bertujuan untuk
mengingatkan dan menasihati masyarakat Melayu tentang
penggunaan kata-kata. Seterusnya, ini juga menunjukan
persepsi sebenar segelintir masyarakat Melayu pada ketika
itu yang kurang sopan dalam berkata hal ini dibuktikan
kerana, tanpa adanya tingkah laku, manakan datangnya
nasihat.

Kesimpulannya, gurindam diatas benar-benar
menunjukkan kepentingan menjaga kata-kata yang
seharusnya diamalkan tambahan lagi bagi kita, masyarakat
Melayu yang penuh dengan sopan santun dan budi bahasa.

6.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, kita dapat mengetahui tentang

takrif kesusasteraan melayu. Kemudian kita juga dapat

mempelajari tentang jenis, ciri-ciri dan bentuk yang ada

dalam hasil karya sastera. sastera Melayu terbahagi

g kepada empat iaitu prosa tradisional, prosa moden, puisi
tradisional dan puisi moden.

Semua karya sastera ini berfungsi dalam pelbagai
elemen penyampaian. Kesusasteraan melayu dapat
disampaikan melalui pendidikan, hiburan, kritikan sosial
dan juga dakwah. Selain itu, setiap jenis karya
menggambarkan dan mempunyai akal budi dan
pemikiran yang tertentu.

Oleh sebab itu, kita sebagai masyarakat Malaysia
haruslah mempelajari setiap sudut dalam dunia sastera
Melayu kerana banyak perkara yang dapat kita ambil
iktibar dan dapat dijadikan sebagai tauladan.

SUMBER RUJUKAN

Azman Rahmat, Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Rani Hassan &
Hasnah Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan
Melayu. Pustaka Al-ehsan.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ismail Yusoff. (2008), Kesusasteraan Melayu lama dan baru. Penerbit
Universiti Utara Malaysia, Sintok

g Kamus Dewan edisi keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka

Mana Sikana. (Oktober,4 2020). Islam Memartabatkan Sastera. Sinar
Harian.

Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.


Click to View FlipBook Version