The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAMERAN BERTEMA - HARI RAYA AIDIL ADHA 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-84270573, 2024-06-05 23:13:17

PAMERAN BERTEMA - HARI RAYA AIDIL ADHA 2024

PAMERAN BERTEMA - HARI RAYA AIDIL ADHA 2024

PAMERAN BERTEMA HARI RAYA AIDIL ADHA


TARIKH SAMBUTAN Aidiladha atau dikenali sebagai Hari Raya Haji, atau Hari Raya Korban merupakan salah satu dua perayaan terbesar umat Islam. Perayaan ini jatuh pada 10 Zulhijjah mengikut kalendar Hijriyyah dan merupakan perayaan terbesar Islam selain Aidilfitri atau Hari Raya Puasa


Ibadah Korban Ibadah korban dilakukan bermula selepas solat sunat Hari Raya pada 10 Zulhijjah sehingga dan Hari Tasyrik; 11,12 dan 13 Zulhijjah.


Keluarga Saudara dan rakan Fakir Miskin Tradisi sewaktu Hari Raya Aidiladha melibatkan penyembelihan binatang dan pembahagian daging dalam tiga bahagian yang sama


TUJUAN KORBAN DILAKUKAN Tujuannya adalah untuk memastikan setiap Muslim dapat memakan daging. Perayaan itu mempunyai mesej yang jelas tentang pengabdian, kebaikan dan kesetaraan. Namun, tujuan berkorban dalam Aidiladha bukanlah mengenai menumpahkan darah hanya untuk memuaskan Allah. Ini adalah untuk mengorbankan sesuatu yang paling disukai oleh para penganut yang membawa kepada mesej Aidiladha. Dengan kata lain, pengorbanan boleh menjadi sesuatu yang lain daripada binatang seperti wang atau masa yang dihabiskan untuk khidmat masyarakat.


KISAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM Aidiladha meraikan peristiwa besar apabila Allah memerintahkan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai satu perintah. Syaitan telah cuba menggoda Nabi Ibrahim dengan cuba menghasutnya agar tidak mendengar perintah Allah. Namun Nabi Ismail mengatakan kepada ayahnya, jika itu perintah Allah, lakukanlah. Ketika Nabi Ibrahim hampir mengorbankan anaknya, lalu Allah gantikan ia dengan seekor biri-biri untuk dikorbankan.


03 01 02 04 AMALAN SEMASA HARI RAYA AIDIL ADHA Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad) Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya Mengedarkan daging korban kepada keluarga, saudara, rakan dan fakir miskin. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik Terima Kasih SILA LOG MASUK BAHAN BACAAN INI DALAM LINK AINS SEBAGAI BAHAN BACAAN. TAHNIAH KERANA MEMBACA!


Click to View FlipBook Version