FAKULTI PENDIDIKAN DAN PSIKOLOGI DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH 2022/2023 TEKNOLOGI DIGITAL DAN INIVASI (DT50002) TUGASAN 2 : E-BOOK NAMA: NURUL HIDAYAH NO.MATRIK : PP2212007T PENSYARAH : PROF.MADYA DR. TAN CHOON KEONG
PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN KESELAMATAN : PEMERDAGANGAN MANUSIA TINGKATAN 4
STANDARD PEMBELAJARAN Menerangkan maksud dan jenis pemerdagangan manusia. Menjelaskan situasi yang menyebabkan individu berisiko menjadi pemerdagangan manusia. Menjana idea cara mengelakkan diri menjadi mangsa pemerdagangan manusia
KONSEP KESELAMATAN Keselamtan merupakan isu hak asasi manusia yang diberikan perhatian oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Keselamatan insan adalah salah satu hak asasi manusia dan hak sejagat tanpa mengira kedudukan dan etnik dalam kehidupan KONSEP pemerdagangan manusia Dikenali sebagai perhambaan di zaman moden iaitu perdagangan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram. Perbuatan ini melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja serta perkhidamatan seseorang dengan cara paksaan
KATEGORI PEMERDAGANGAN MANUSIA
1.Eksploistasi Seks Biasanya mangsa dijanjikan pekerjaan yang lumayan dan dibawa masuk secara sah atau haram. Mangsa juga diperdaya dengan janji palsu sebelum dijadikan pelacur. 2. Buruh Paksa/ Pengabdian Domestik Secara Haram Mangsa diseledup secara haram atau paksa untuk melakukan kerja sebagai pembantu rumga, buruh kasar atau pengemis yang melampaui keupyaan mereka. Mangsa akan didera dan tidak dibayar gaji.
3.Pemindahan Organ Mangsa diculik dan dibunuh untuk diambil organ dan diniagan di pasaran gelap. Mangsa kebanyakkan dari negara-negara miskin dan mundur. 10% daripada 70,000 buah pinggang adalah pasaran gelap. 4. Pemerdagangan Bayi Bayi diseludup dan dijual di pasaran gelap dengan harga tinggi antara RM 10 ribu hingga RM 20 ribu mengikut permintaan.
5. Keldai Dadah Diperdaya dengan tawaran mewah dan upah yang tinggi untuk kel luar negara tanpa menyedari bahawa mereka menyeludup dadah
PUNCA BERLAKU MASALAH PEMERDAGANGAN MANUSIA
Kemiskinan Kemiskinan di negara asal akan membuatkan mangsa berusaha untuk mengubah taraf hidup mereka. Cara yang mereka lakukan adalah dengan berhijrah ke negara yang lebih maju. Pada masa yang sama juga ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menawarkan pekerjaan serta gaji yang lebih baik.
Masyarakat yang berpendidikan rendah seringkali mudah untuk ditipu oleh sindeket pemerdagangan manusia kerana mereka kurang mengetahui mengenai kewujudan jenayah ini. Kurang Pendedahan Mengenai Jenayah Penyeludupan Manusia
pertumbuhan ekonomi yang pesat Permintaan tenaga buruh yang tinggi dan sesetengah rakyat asing tertarik untuk dating ke Malaysia kerana dijanjikan peluang pekerjaan yang menghasilkan gaji yang lumayan namun sebaliknya mereka ditipu dan diberikan pekerjaan sebagai hamba, pelacur dan buruh paksa.
faktor sempadan yang luas Malaysia mengalami masalah logistik dan sumber manusia dalam mengawasi persempadanan yang begitu Panjang sehingga memudahkan aktiviti pemerdangan manusia oleh sendiket. Faktor ini turut melambatkan Tindakan pengesanan sendiket yang membawa masuk orang yang didagang.
kuat kuasa undang-undang yang tidak berkesan Lokasi strategi seperti lapangan terbang pintu masuk sempadan atau pelaburan menjadi tumpuan ajen-ajen khas yang dilantik sendiket bagi berurusan dengan pihak berkuasa meneruskan aktiviti penyeludupan manusia. Terdapat sesetengah pihak berkuasa yang diamanahkan untuk bertanggungjawab terhadadap penjagaan sempadan, mengambil rasuah daripada sendiket dan bertindak memandang sebelah mata.
kurang pengawasan ibu bapa Kecuaian ibu bapa ditambah dengan anak-anak yang kirang berpengetahuan menyebabkan mereka mudah menjadi mangsa kepada sindiket penculikan dan pemerdagangan
CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MENJADI MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA
Bagi individu yang bekerja di luar negara, perlulah sentiasa berkongsi perkembangan diri dengan ibu bapa atau keluarga supaya tidak terjebak dengan bahaya ini. Ibu bapa perlu mengawal aktiviti anak-anak agar tidak terpedaya dengan orang yang tidak dikenali atau baru dikenali. Ibu bapa mesti menjelaskan bahaya pemerdagangan manusia supaya kesedaran bahaya ini dapat diketahui oleh anak-anak. Ibu bapa membuat aduan kepada pihak berkuasa jika berlaku aktiviti mencurigakan di tempat tinggal. PERANAN IBUBAPA
SENTIASA BERWASPADA DENGAN TAWARAN GAJI Sindiket tempatan mahupun antarabangsa akan menggunakan pelbagai taktik bukan sahaja tawaran gaji yang lumayan, bahkan menipu dengan janji palsu seperti skim pemberian rawatan perubatan percuma, cuti tahunan yang panjang, peluang untuk melancing, rumah percuma dan sebagainya
MENAPIS KEBENARAN IKLAN PEKERJAAN DI INTERNET Pihak kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu menapis iklan ekerjaan di internet sama ada dari dalam atau luar negara bagi memastikan bahawa iklan pekerjaan yang dipaparkan adalah sahih supaya individu yang memerlukan pekerjaan tidak tertipu.
KEMPEN KESEDARAN Kempen kesedaran yang berbentuk pendidikan serta kesedaran terhadap antipemerdagangan manusia dan penyeludupan migrain dijalankan secara berterusan di sekolah, IPTA atau IPTS dan melalui merapan media massa
isu pemerdagangan manusia
LATIHAN PENGUKUHAN Remaja sering terdedah dengan fenomena abang angkat dan kakak angkat. Adakah situasi ini cenderung kepada isu pemerdagangan manusia. Bincangkan. Nilai langkah-langkah untuk membanteras isu pemerdagangan manusia dan penyeludupan. Pada pendapat anda, langkah manakah yang perlu diberi perhatian utama dan jelaskan alasannya. 1. 2.
SEKIAN,TERIMA KASIH