The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khzieqlann, 2020-11-22 06:05:55

MINIT kali 6/ 2020

MINIT kali 6/ 2020

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SK PEKAN PUTATAN, PENAMPANG

88200,KOTA KINABALU
SABAH

TEL/FAX : 088-761941/763625
Rujukan:SKPP/PIBG/100-4/03/05_M6
Tarikh: 03 Julai 2020

MINIT MESYUARAT EXCO (Exco Ibu Bapa) PIBG BIL 6/2020

Tarikh : 20.06.2020
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan SK Pekan Putatan

KEHADIRAN -Naib YDP
1. Encik Abu Bakar Acheh -Setiausaha
2. Puan Khirwanty Azman -Bendahari
3. Encik Jamuludin Usman - AJK Ibu Bapa
4. Puan Siti Masniah - AJK Ibu Bapa
5. Puan Aminah Manan - AJK Ibu Bapa
6. Tn Haji Samsu Garam - AJK Ibu Bapa
7. Encik Osman Hj. Nasroh - AJK Ibu Bapa
8. Encik Mohd Yusof Kassim - AJK Guru
9. Encik Mohd Irwan Mansang - AJK Guru
10. Encik Jamaludin Bin Tassa

TIDAK HADIR

1. Yang Berhormat Tuan Awang Husaini B Datuk Sahari -Bersebab

2. Puan Noreliyaliza Son -Bersebab

3. Encik Awang Dzulhairie Ag Saman -Bersebab

4. Tn Haji Awang Ahmad Hj Awang -Bersebab

1

AGENDA
1. Ucapan Yang Dipertua PIBG
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Pelaporan Kewangan Bendahari
5. Isu Kembali Bersekolah dalam tempoh PKPP(Pandemik Covid 19)
6. Hal-hal lain.

1.UCAPAN YANG DIPERTUA
Naib Yang Dipertua PIBG mewakili Yang Dipertua mengucapkan terima kasih
atas kehadiran semua ahli EXCO PIBG pada kali ini. Beliau memulakan majlis
dengan bacaan Al-Fatihah. Beliau memaklumkan ketidakhadiran Yang
Dipertua adalah disebabkan bertugas di luar kawasan. Beliau juga
memperkenalkan Tuan Haji Nurden Bin Hj Md.Lin sebagai ahli Exco PIBG Ibu
Bapa yang baru bagi mengisi kekosongan jawatankuasa EXCO dan berharap
semua bersama- sama memberi sumbangan tenaga dan idea untuk membantu
pihak sekolah.

2.PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU
Pencadang : Encik Osman Bin Hj Nasroh
Penyokong : Tuan Hj. Samsu Bin Garam

3.PERKARA BERBANGKIT
3.1 Naib Yang Dipertua memaklumkan, Majlis Malam Amal yang sepatutnya
berlangsung pada 13 Jun yang lalu terpaksa ditangguhkan pada suatu tarikh
akan datang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan menangani wabak
pandemik Covid 19 pada ketika ini.

3.2 Naib Yang Dipertua memaklumkan isu penghadang matahari didewan
terbuka belum lagi ada makluman dan dalam proses permohonan.

Tindakan: Makluman

4. PEMBENTANGAN BENDAHARI
4.1 Bendahari PIBG melaporkan jumlah baki pada 20.6.2020 dalam Bank
Simpanan Nasional A/K:121004100002018 ialah sebanyak RM 14,457.24 dan

2

Wang Simpanan Kecemasan sebanyak RM 2312.61 Butiran penerimaan dan
pembayaran seperti dalam laporan Bendahari.

Tindakan: Makluman

5. ISU KEMBALI BERSEKOLAH DALAM TEMPOH KAWALAN
PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) (Pandemik Covid 19)
5.1 Naib Yang Dipertua membuka bicara tentang isu persediaan keperluan
pembukaan semula sekolah dalam tempoh Kawalan Pergerakan Pemulihan
semasa penularan wabak Covid 19 ini.

5.2 En Jamuluddin selaku wakil sekolah memaklumkan pihak sekolah meminta
kelulusan kewangan untuk membeli keperluan semasa iaitu pengimbas suhu,
cecair pembasmi kuman ( hand sanitizer ) dan keperluan lain untuk
menjalankan “Standard Operating Prosedure” (SOP) bagi menghindari wabak
Covid 19, sebanyak RM 1800.00
- Ahli mesyuarat sebulat suara meluluskan permohonan kewangan.

Tindakan: Bendahari

5.3 Tuan Haji Nurden mencadangkan isu sanitasi kawasan sekolah boleh
dipanjangkan permohonan ke pejabat Majlis Daerah Putatan.
-Respon En Jamuludin sebagai wakil pihak sekolah memaklumkan Pihak
BOMBA peringkat Daerah Penampang akan membuat sanitiasi seluruh
kawasan sekolah mengikut jadual penggiliran pada 21.06.2020 ini.

5.4 En Jamuludin juga memberi makluman secara kasar tetang persediaan
pembukaan sekolah, murid yang hadir perlu diambil suhu dan menggunakan
hand sanitizer atau membasuh tangan terlebih dahulu sebelum masuk ke
dalam kelas, murid yang bergejala tidak dibenarkan hadir ke sekolah dan
sekiranya murid bergejala semasa pembelajaran dijalankan akan dikuarantin di
bilik khas iaitu bilik Isolasi.

Tindakan: Makluman

5.5 En Osman Hj Nasroh mencadangkan pihak PIBG memberi sumbangan
Pelitup Muka secara one off kepada pihak sekolah.

3

-Naib Yang Dipertua dan semua ahli bersetuju dan meluluskan pembelian
pelitup muka sebanyak 1700 keping secara one off.

Tindakan: Bendahari

5.6 En Jamuludin Usman mencadangkan perlu ada stok sarung tangan dan
“face shield” untuk kegunaan semasa ada kes-kes kecemasan.
- Naib Yang Dipertua memaklumkan akan ada penambahbaikan dari semasa
ke semasa tentang info dan keperluan pihak sekolah.

5.7 En Osman Hj Nasroh mencadangkan perlu ada Jawatankuasa
Keselamatan untuk menangani penularan wabak ini diperingkat PIBG (Ibu
Bapa), yang lebih berfokus.
-Cadangn beliau dipersetujui bersama dengan lantikan berikut;

Jawatankuasa Keselamatan Bencana Covid 19

Pengerusi : En. Abu Bakar Bin Acheh
Naib Pengerusi: En Osman Bin Hj Nasroh
Setiausaha: Pn. Khirwanty Binti Azman
Bendahari : En Jamuludin Bin Usman

AJK Persediaan Makanan di kantin:
Pn. Aminah Binti Manan
Pn. Siti Masniah Binti Basanih

AJK Sanitasi kawasan sekolah :
Tuan Hj Nurden Bin Hj Md Lin
Tuan Hj Awang Ahmad Bin Hj Awang

AJK Persediaan Pelitup Muka dan Hand Sanitizer:
Tuan Hj Samsu Bin Garam
Pn. Noreliyaliza Binti Son

4

AJK Video dan Fotografi dan Publisiti
En Mohd Yusof Bin Kassim
En Awang DZulhairie Bin Awang Saman

Tindakan:Makluman semua EXCO Ibu Bapa
Setiausaha

6. HAL-HAL LAIN
6.1 Tuan Hj Nurden bertanya tentang tindakan yang diambil oleh pihak sekolah
kepada penjaja yang tidak dibenarkan menjual di tepi pagar sekolah.
- Naib Yang Dipertua memaklumkan bahawa pihak sekolah dan PIBG telah
meluluskan permohonan dan menyediakan papan tanda Notis Larangan
Menjaja 40 meter dari kawasan sekolah dan telah dipacakkan di hadapan
pagar sekolah. Selain itu, memberi nasihat juga telah diberikan.

-Tuan Hj Nurden mencadangkan bahawa pihak sekolah boleh memohon
bantuan kawalan SOP penjaja yang tidak dibenarkan berada berhampiran
sekolah kepada pejabat Majlis Daerah Putatan.
- Naib Yang Dipertua akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang
cadangan tersebut.

Tindakan: Makluman,Setiausaha

6.2 Encik Jamuludin mencadangkan untuk diluluskan permohonan

sumbangan pelitup muka dibuat atas nama PIBG kepada Ahli Parlimen, Ahli

Dewan Undangan Negeri dan Pegawai Pejabat Daerah untuk kegunaan

sekolah.

-Naib Yang Dipertua dan ahli bersetuju dengan cadangan itu dan meminta

setiausaha menyediakan surat permohonan untuk tindakan seterusnya.

Tindakan: Setiausaha

5

7. UCAPAN PENUTUPAN
7.1. Naib Yang Dipertua mengucapkan terima kasih di atas komitmen semua
ahli dalam menjayakan mesyuarat kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.12 pagi.

Disediakan Oleh; Disemak Oleh:

_______________________ ____________________
KHIRWANTY BINTI AZMAN ABU BAKAR BIN ACHEH
SETIAUSAHA PIBG NAIB YANG DIPERTUA PIBG
SK Pekan Putatan B/P YANG DIPERTUA PIBG
SK Pekan Putatan

Minit dicadang oleh; Minit disokong oleh;

_________________ _________________
() ()

Tarikh:____________

6


Click to View FlipBook Version