The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-magazine Sejarah Kampung Sungai Duyong Melaka

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Haffiq, 2023-12-25 00:26:22

E-magazine Sejarah Kampung Sungai Duyong Melaka

E-magazine Sejarah Kampung Sungai Duyong Melaka

KAMPUNG SuNGaI DUYONG MELAKA DAN TOKOH LAKSAMANA HANG TUAH & SAHABAT TOKOH LAKSAMANA HANG TUAH & SAHABAT KUMPULAN M KENEGARAAN MALAYSIA KENEGARAAN MALAYSIA MPU1042 KAMPUNG SUNGAI DUYONG MELAKA


07-10 11-14 15-18 19-23 24-28 2 Sejarah Asal Usul Kampung Perkembangan Kampung Keistimewaan Kampung Tokoh-tokoh yang berjaya di kampung dan Sumbangannya Rumusan Isi Kandungan Keadaan Kampung Pada Hari Ini 29 Ahli Kumpulan 03-04 Pengenalan Objektif kajian 05 06


AHLI KUMPULAN MUHAMMAD HAIKAL DANIAL BIN MOHD HAIMI (297887) MUHAMMAD NURHAQIMIE BIN HALIM (299522) MOHAMAD HAFFIQ BIN JEFFRY (299321) 3 2 1 3


AHLI KUMPULAN AIZZAT ISYRAFF BIN ANUAR ( 301794 ) MUHAMMAD AIDIL FARHAN BIN MUZAMIR (297426) 5 4 4


PENGENALAN 5 E-majalah ini merupakan kajian berkenaan sejarah Kampung Sungai Duyong yang terletak di negeri Melaka. Kampung Sungai Duyong ini sangat istimewa kerana terdapat banyak sejarah lampau yang bermula di kampung ini. Selain itu, kita dapat menyelusuri perkembangan kampung Sungai Duyong iaitu daripada sebuah kampung yang tidak berkembang kepada sebuah kampung yang telah menjadi tarikan pelancong untuk datang berkunjung ke tempat-tempat bersejarah di Kampung Sungai Duyong, Melaka. Kita juga dapat mengenali beberapa orang tokoh yang sangat berjaya dalam bidang masing-masing demi negeri Melaka.


OBJEKTIF KAJIAN 6 i) Mengkaji tentang sejarah asal usul Kampung Sungai Duyong Melaka ii) Mengenalpasti sejauh mana perkembangan dan kemajuan di Kampung Sungai Duyong Melaka. iii) Menghargai segala sumbangan tokoh-tokoh pahlawan terdahulu iaitu Hang Tuah di Kampung Sungai Duyong Melaka iv) Mengkaji keistimewaan yang ada di Kampung Sungai Duyong Melaka.


SEJARAH : ASAL USUL KAMPUNG SUNGAI DUYONG MELAKA 2 KOORDINAT 2.199709 N: 102.296470 E (2 11'58.9518'’ N:102 17' 47.2914'’E) LOKASI : Mukim Duyong merupakan salah sebuah mukim yang terletak dalam pentadbiran daerah Melaka Tengah (Mukim Duyong,2012). Ianya terletak 5.8 km ke arah Timur Bandar Hilir. 7


Dipercayai bahawa asal usul nama Kampung Sungai Duyong ini mempunyai kaitan yang rapat dengan kisah ibu dan bapa Hang Tuah. Diceritakan bahawa ibu dan bapa Hang Tuah iaitu Tun Lela Wati dan Tun Mahmud yang berasal dari kerajaan Bukit Siguntang di Palembang. Ibu dan bapa Hang Tuah telah berhijrah ke Melaka bersama pengikut mereka kerana menjadi buruan kerajaan Majapahit 8


PULAU BESAR Mereka telah menukar nama menjadi Hang Mahmud dan Dang Merduwati untuk mengaburi mata orang Majapahit. Hang Mahmud dan isterinya telah menetap di Pulau Besar selama 40 hari sebelum berpindah ke sebuah kampung di Sungai Tamu atau Padang Temu. 9


TUN MAHMUD TUN LELAWATI Ketika Hang Mahmud sedang berehat di muara Sungai Temu, seekor ikan yang seakan-akan ikan duyong tiba-tiba muncul. Penemuan yang agak ganjil tersebut telah membuatkan Hang Mahmud menamakan kampung itu dengan nama ‘Kampung Duyong’’ Di situ jugalah kemudiannya tempat Hang Tuah dilahirkan sebagaimana yang disebut sebagai tempat asal Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah. Semenjak hari itu, mereka sekeluarga menetap di Kampung Duyong. 10


PERKEMBANGAN KAMPUNG SUNGAI DUYONG 5 2


ampung Sungai Duyung merupakan kampung yang pernah didiami oleh hikayat yang terkenal iaitu Hang Tuah. Melalui perkembangan urbanisasi dan pemodenan, kampung tersebut juga mempunyai perkembangannya sendiri daripada kampung tradisional kepada salah satu tempat yang menarik untuk pelancong dari luar negara mahupun dalam negara untuk melawat kampung itu. 12 K A ntara usaha untuk menjayakan perkembangan kampung tersebut ialah peningkatan infrastruktur. kampung ini telah mengalami peningkatan yang ketara dalam infrastrukturnya jika dibandingkan dengan situasi kampung tersebeut dahulu. Pembangunan jalan raya, utiliti, dan kemudahan awam adalah sebahagian daripada perkembangan kampung ini. Aksesibiliti dan kualiti hidup penduduk juga telah dipengaruhi secara langsung oleh peningkatan ini. Infrastruktur yang lebih baik dapat memberikan manfaat kepada penduduk tempatan dan memudahkan aktiviti ekonomi dan pelancongan di kawasan itu. S eterusnya, promosi pelancongan dan pemeliharaan budaya. Negeri Melaka merupakan satu negeri yang terkenal dengan warisan budayanya yang kaya, dengan kelebihan yang ada di negeri melaka ini pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengekalkan ciri tradisional Kampung Sungai Duyung untuk menarik pelancong untuk datang berkunjung di kampung ini. Para pelancong yang melancong bukan sahaja dapat mencipta memori malah mereka dapat merebut peluang untuk mengalami adat, kraftangan, dan juga aktiviti tradisional orang tempatan. Perkara ini dapat meningkatkan kedua-dua ekonomi kampung dan kesedaran budaya yang terdapat di Kampung Sungai Duyung.


D i samping itu, kampung ini juga dapat merasakan pemangkin ekonomi kampung tersebut telah meningkat dengan drastik. Antara sektor yang telah meningkatkan ekonomi kampung tersebut ialah daripada perkembangan sektor tradisional seperti pertanian atau perikanan kepada perniagaan atau industri yang lebih baru. Perkhidmatan pelancongan, hasil tangan, atau pengeluaran berskala kecil juga antara sektor yang menjadi factor utama dalam pemangkin ekonomi kampung ini. Usaha urbanisasi dan pemodenan sering dikaitkan dengan peningkatan ekonomi Kampung Sungai Duyung, Melaka ini. B ukan itu sahaja, perubahan sosial juga antara perkembangan jelas yang boleh dilihat di kampung ini. Perubahan dalam gaya hidup dan kepelbagaian sosial sering dikaitkan dengan keadaan sosial di bandar. Kampung ini telah mengalami perubahan dalam struktur sosial, pendidikan, dan akses perubatan selari dengan arus pemodenan yang kita jalani kini. Hubungan komuniti dan cara orang ramai berinteraksi dalam kampung ini telah membuktikan bagaimana perubahan sosial di kampung itu terjadi. S eterusnya, keprihatinan alam sekitar di kampung ini juga merupakan salah satu perkembangan yang boleh dilihat jelas di kampung ini. Disebabkan Kawasan kampung tersebut telah difokuskan untuk menjadi salah satu tempat pelancongan di melaka,pelbagai pembangunan telah dibangunkan di kawasan tersebut dan ianya dapat memanfaatkan penduduk di situ dan pelancong yang melawat kampung tersebut.Walaupun pembangunan tersebut memberikan manfaat, tetapi untuk menyeimbangkan pembangunan dengan pemeliharaan alam sekitar, penduduk kampung tersebut telah memastikan kelestarian sumber dan mengekalkan keindahan alam semula jadi kawasan itu . 13


Pembangunan Kampung Sungai Duyung telah mencerminkan satu imbangan yang lazim dilihat di banyak kawasan yang mengalami transformasi di Malaysia iaitu gabungan yang halus antara memelihara kebudayaan sambil merangkul kemajuan dan pemodenan. Keseimbangan ini penting untuk memastikan pertumbuhan yang mampan sambil mengekalkan hakikat dan identiti kampung tersebut. 14


KEISTIMEWAAN Kampung Duyong Melaka 15


Keistimewaan kampung ini ialah kerana di sinilah terletaknya perigi Hang Tuah. Hang Tuah adalah seorang laksamana yang paling terkenal dalam Kesultanan Melayu Melaka. Kampung ini juga wujud lebih 300 tahun lalu. Hari ini, air dari perigi berkenaan yang jernih dan bersih dianggap suci hingga mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta digunakan untuk membayar niat. Sehigga kini, perigi sedalam hampir 6 kaki ini terus menjadi perhatian pengunjung, terutama pelancong asing yang begitu teruja mendalami sejarah dan asal usul Laksamana Melayu terbilang itu. Keunikan Sejarah dan Budaya Kampung-kampung di Melaka, termasuk Kampung Duyong, mempunyai warisan sejarah yang kaya dan budaya yang unik seperti masjid bersejarah iaitu Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah dan rumah-rumah tradisional. 16


Lokasi Berdekatan dengan Sungai Kampung ini terletak berdekatan dengan sungai atau pantai, memberikan atmosfera yang tenang dan keindahan landskap semulajadi. Kesenian Tradisional Melaka terkenal dengan seni dan budaya tradisionalnya. Kampung-kampung menjadi tempat di mana warisan ini dikekalkan melalui adat, muzik, dan persembahan tradisional. 17


Perniagaan Tempatan Terdapat perniagaan tempatan seperti kedai-kedai cenderamata atau kraf tangan yang menjual hasil tempatan dan produk-produk tradisional. Tarikan Pelancongan Kampung-kampung yang mempunyai ciri-ciri unik dan menarik sering menjadi destinasi pelancongan. 18


TOKOH TOKOH YANG BERJAYA DI KAMPUNG & SUMBANGANNYA 19


TOKOH TOKOH YANG BERJAYA DI KAMPUNG Haji Idris Bin Haji Shariff Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1955 di Kampung Duyung Melaka. Terdapat Pelbagai pengiktirafan dan penganugerahan yang beliau perolehi, antaranya adalah Penggiat Seni Budaya Melaka (2006), Jurulatih Terbaik JSBN (2007), Tokoh Dondang Sayang Negeri Melaka (2007) dan lain-lain.Segala Penganugerahan tersebut membolehkan beliau diiktiraf sebagai Tokoh Seni dan Budaya tempatan negara. Perkara tersebut amat memberi impak kepada nama Kampung Duyung Melaka kerana memiliki insan yang berjiwa seni serta dikenali ramai. T O K O H S E NI D A N B U D A Y A T E M P A T A N 20


DONDANG SAYANG DONDANG SAYANG ADALAH MUZIK DAN NYANYIAN TRADISIONAL MELAYU YANG TERKENAL DI NEGERI MELAKA DAN MASIH DIAMALKAN OLEH EMPAT KOMUNITI IAITU MELAYU, BABA NYONYA, CHITTY DAN PORTUGIS. Dondang sayang merupakan muzik atau nyanyian tradisional negeri melaka yang menjadi kegemaran beliau hasil daripada mendalami dan mempelajari peralatan muzik tersebut. pada usia 25 tahun, beliau mula melibatkan diri dalam memainkan muzik dondang sayang di pelbagai acara dan majlis. PENGLIBATAN DAN SUMBANGAN BELIAU Kegiatan beliau dalam kesenian ini akhirnya telah berjaya menempatkan beliau di Institut Warisan Melaka (INSWA) sebagai Ketua Jurulatih Muzik. Sebelum itu, beliau telah berkhidmat sebagai Pemuzik Kanan Kombo Briged Seni Melaka sejak 1990 hingga 2000 dan menjadi Ketua Muzik Kombo MBMB di tahun 2001 hingga 2005. Selain itu juga, beliau turut dipertanggungjawabkan sebagai Penolong Pengarah Muzik dalam Program Pesta Gendang Nusantara ke-4 dan ke-5. Beliau telah menjadi pemuzik jemputan dalam pelbagai persembahan. Contohnya seperti persembahan orkestra di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Brunei, dan Istana Budaya. Bahkan bukan itu sahaja, beliau juga pernah menjadi ketua Kombo Muzik Asli Maksak Malaysia sejak tahun 2003 hingga 2017. Penglibatan beliau tidak terhad di dalam negara sahaja, malahan beliau telah terlibat dalam persembahan di peringkat antarabangsa seperti di Jepun, Korea, Mexico, Indonesia, Singapura, Thailand dan banyak lagi. 21


Hang Tuah telah dilahirkan di Kampung Sungai Duyong, Melaka. Ayahnya bernama Hang Mahmud dan ibunya bernama Dang Wati. Ibubapa beliau mempunyai sebuah gerai kecil bersebelahan dengan Kampung Bendahara. Semasa Hang Tuah masih kecil, beliau bekerja sebagai pemotong kayu di gerai keluarganya. Hang Tuah terkenal dengan sifat taat setia yang tinggi kepada raja dan sanggup berkorban bagi menunaikan tanggungjawab kepada raja dan negerinya. Beliau juga merupakan seorang yang bijaksana dan pintar, pandai menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu serta dipercayai oleh Sultan. Hang Tuah merupakan wira unggul pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan dapat mengalahkan pihak musuh yang ingin menawan Melaka. Kata-kata “Tak Melayu Hilang di dunia” akan sentiasa hidup dengan bersama-sama dengan wira Hang Tuah. LAKSAMANA HANG TUAH 22


Hang Tuah mempunyai sahabat karib yang bernama Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi dan mereka dikenali sebagai lima perwira. Lima sahabat karib ini telah berlajar dan berguru dengan Guru Ali Putera yang tinggal diatas bukit. Keperwiraan Hang Tuah terserlah apabila beliau dapat mengalahkan orang yang mengamuk di Kampung Bendahara, dimana Tun Perak yang datang menyiasat berkenaan perkara tersebut juga telah diserang. Keadaan tersebut dapat diselamatkan oleh Hang Tuan dan kawan-kawannya. Setelah itu Hang Tuah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana manakala sahabat berempat yang lain dilantik menjadi Hulubalang. Sehinggakan Hang Tuah dilantik oleh sultan menjadi duta dengan mengetuai utusan ke China. Namun begitu, ada musuh yang menaburkan fitnah sehingga menyebabkan sultan menitahkan hukuman bunuh tetapi diselamatkan oleh Bendahara. Sehingga kini jasa Hang Tuah tetap dikenang. LAKSAMANA HANG TUAH & SAHABAT PENGLIBATAN DAN SUMBANGAN BELIAU Laksamana Hang Tuah tidak asing lagi dengan kehebatan beliau dengan ilmu persilatan. Kehebatan ilmu persilatan Hang Tuah adalah berpaksikan dan berpunca daripada ilmu zahir dan batin. Tiga Orang Guru beliau bersama sebilah keris yang sakti iaitu Keris Taming Sari dan keris utama iaitu Keris Panjang Tempa Melaka serta sebilah pisau kecil. Dengan kehebatan ilmu silat tersebut , Hang Tuah telah berjaya mematahkan pihak musuh iatu Pendekar Jawa dengan menggunakan keris Taming Sari serta Hang Tuah dapat mempertahankan Melaka daripada pihak musuh. 23


Kampung Sungai Duyong pada hari ini semakin membangun mengikut peredaran masa kini. Walau bagaimanapun ia tidak gah dengan bangunan-bangunan pencakar langit tetapi ianya membangun dengan cara tersendiri dengan mengetahkan sektor pelancongan yang mereka ada kerana Kampung Sungai Duyong kaya dengan sejarah. Oleh itu, Kampung Sungai Duyong dapat menarik lebih ramai pelancong samaada tempatan ataupun luar negara. Tatkala Kampung Sungai Duyong dalam fasa membangun kearah permodenan berpaksikan kemajuan negara, ianya masih mengekalkan konsep “SUBURBAN” bagi mengekalkan imej Kampung Sungai Duyong itu sendiri. KEADAAN KAMPUNG SUNGAI DUYONG MELAKA PADA HARI INI 24


Jamal, F. (2023, October 25). menyatakan fasiliti untuk rakyat rancak dibangunkan di Duyong. Melaka hari ini berdasarkan apa yang diketengahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem. Di sini kita dapat lihat di mana kemudahan awam dan juga fasiliti giat dibangunkan dan di naik taraf bagi mengekalkan Kampung Sungai Duyong sentiasa relevan di mata masyarakat setempat dan juga orang luar. Dari segi ekonomi, pasar raya baharu bakal dibangunkan bagi memudahkan masyarakat setempat untuk melakukan aktiviti membeli belah. Secara tidak langsung, ia dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarkat untuk menjalankan perniagaan disitu. Mereka juga dapat mejual cenderahati yang berkaitan dengan Kampung Sungai Duyong itu sendiri. Selain itu, dewan awam serbaguna juga akan dibangunkan di Kampung Sungai Duyong pada masa terdekat. Hal ini akan memberi impak yang sangat positif kerana dengan adanya dewan ini, pihakpihak bertanggungjwab sama ada pihak kerajaan ataupun bukan kerajaan dapat membuat acara ataupun aktiviti di Kampung Sungai Duyong seperti membuat ceramah bagi memberi pendedahan kepada orang awam tentang Kampung Sungai Duyong itu sendiri kerana Kampung Sungai Duyong itu kaya dengan sejarahnya sendiri. Pasar raya dan dewan serbaguna baharu bakal dibangunkan dilengkapi dengan kemudahan awam 25


Di samping itu, terdapat juga masjid Hang Tuah yang dibina di Kampung Sungai Duyong. Masjid ini dinamakan sebagai Masjid Jamek Hang Tuah bagi mengingati pahlawan di Kampung Sungai Duyong itu iaitu Laksamana Hang Tuah. Masjid ini asalnya merupakan surau yang ditelah dinaik taraf dari masa ke masa berdasarkan cerita orang tua-tua dahulu. Masjid ini terbina pada tahun 1850 yang mana pembinaannya dilakukan secara bergotong-royong. Bahan binaannya terdiri daripada laterite (kayu dan batu merah) dan genting (campuran genting China dan Belanda) untuk bumbung. Wan Chilek adalah nama pencipta masjid ini. Pada tahun 1909, menara untuk melaungkan azan dibina di sebelah masjid ini. Pelbagai kerja naik taraf dilakukan seperti menambah ruang solat dan sebagainya telah dilakukan bagi mengikuti keadaan semasa. MASJID JAMEK LAKSAMANA HANG TUAH 26


elain daripada itu, di Kampung Sungai Duyong ini juga terletaknya perigi Hang Tuah. Perigi Hang Tuah ini telah didaftarkan dan diwartakan sebagai 'WARISAN' di bawah Akta Warisan kebangsaan 2005 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Budaya. Menariknya tentang perigi Hang Tuah ini, ia dikatakan tidak pernah kering walaupun di musim kemarai sekalipun. Tambahan pula, perigi ini juga digali sendiri oleh Hang Tuah. enariknya lagi tentang Kampung Sungai Duyong ini, disini terletaknya perkampungan Hang Tuah. Mengikut kepada hikayat lama, Kampung Sungai Duyong ini menjadi pilihan Laksamana Hang Tuah untuk bermastautin dan tempat asal beliau. Oleh yang demikian, ia merupakan satu tarikan menarik bagi peminat sejarah untuk mendapatkan lagi maklumat tentang Hang Tuah. Bukan sahaja rumah Hang Tuah yang ada diperkampungan Hang Tuah itu, malahan terdapat juga rumah saudara Hang Tuah seperti Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi. Rumah-rumah ini menjadi satu rumah pameran yang mana ia dihiasi dan dilengkapi dengan pameran yang berlainan. M MEMPUNYAI TEMPAT BERSEJARAH MENJADI TARIKAN DI KAMPUNG SUNGAI DUYONG S 27


Kampung Sungai Duyong ini mempunyai kumpulan komuniti yang membantu isu-isu kecil bagi memudahkan masyarakat setempat. Kumpulan komuniti ini menjadi satu medium dan platform untuk masyarakat setempat menyatakan masalah yang dihadapi. Kemudian kumpulan ini akan membantu untuk menyatakan masalah yang dilalui itu ke pihak atasan untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi. Selain daripada itu, kumpulan komuniti ini juga ada membuat aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong bagi menjaga kelestarian dan kesejahteraan keadaan kampung sungai duyong. Uniknya kumpulan komuniti kampug sungai duyong ini, mereka telahpun mempunyai media sosial seperti Facebook untuk mengajukan apa-apa cadangan, idea atau apa jua sekalipun info semasa. Walaupun kumpulan komuniti ini diterajui oleh generasi X ataupun lebih mudah dikenali sebagai orang-orang yang berumur tetapi mereka telah satu langkah kehadapan dengan menggunkan teknologi bagi memudahkan info-info disampaikan. MEMILIKI KUMPULAN KOMUNITI KAMPUNG SUNGAI DUYONG 28


Sejarah Kampung Sungai Duyong ini telah memberi pengetahuan yang luas dan komprehensif tentang serba serbi cerita dan kisah tentang kampung ini. Tidak dapat dinafikan lagi dimana sejarah yang ada di Kampung Sungai Duyong ini menpengaruhi dan juga berkait rapat dengan sejarah yang ada di bumi Melaka. Penduduk setempat di Kampung Sungai Duyong pada masa kini perlu bersatu padu untuk mengekalkan kisah dan juga tinggalan sejarah yang ada di kampung itu. Oleh yang demikian, sikap bersatu padu yang tidak berbelah bahagi wajarlah dipupuk dalam jiwa masyarkat di situ bagi menjayakan perkara yang ingin diketengahkan. Melalui kajian ini, kami dapati semua objektif kajian telah tercapai dan menjawab kesemua objektif kajian tersebut. Dalam pada masa yang sama, isu-isu sensitif yang boleh timbul dalam kehidupan bermasyarakat mestilah disingkirkan dan dijauhkan. Secara tidak langsung, sikap-sikap seperti nasionalisme dan juga patriotisme dapat dipupuk kerana dalam sejarah Kampung Sungai Duyong mempunyai kaitan dengan sejarah awal Melaka yang mana berkait rapat dengan pahlawan melayu Melaka iaitu Hang Tuah. Oleh itu, kita harus berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana mempunyai sejarah yang gah dalam menjadi sebuah negara yang penuh dengan ketamadunan. RUMUSAN 29


TAMAT


Jamal, F. (2023, October 25). Fasiliti untuk rakyat rancak dibangunkan di Duyong. Melaka Hari Ini. https://www.melakahariini.my/fasiliti-untuk-rakyat-rancakdibangunkan-di-duyong/ M. (2020, April 1). Perkampungan Hang Tuah Di Kg Duyung Melaka. mStar. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2011/10/19/perkampungan-hang-tuahdi-kg-duyung-melaka S. (n.d.). MELAKA - PERIGI HANG TUAH. https://agarakutidaklupa.blogspot.com/2019/12/melaka-perigi-hang-tuah.html Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah. (2021, October 2). Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Jamek_Laksamana_Hang_Tuah#:~:text=Masj id%20Jamek%20Laksamana%20Hang%20Tuah%20Kampung%20Duyong%20merupa kan%20sebuah%20masjid,5.6%2C%20Duyong%2C%2075450%20Melaka. https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/182 ( Haji Idris Bin Haji Shariff ) https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/168 ( Apa tu dondang sayang ) https://www.pnm.gov.my/pnm/resources/pdf%20file/PKMM/HJ%20MOKHTAR%20YAH YA-SLIDE%20WACANA.pdf https://id.linkedin.com/pulse/kehebatan-hulubalang-melayu-dato-laksamanahang-tuah-rizz-idris https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2023/08/1143497/hang-tuahdiciptakan-selepas-melaka-jatuh-pulihkan-semangat-melayu https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/05/153637/misteri-perigi-warisandi-melaka https://heritagemalaysia.my/Mlk-Duyong.html RUJUKAN


Click to View FlipBook Version