MAKSUD KONSEP PERSAUDARAAN
DARI SEGI BAHASA: Boleh
diertikan sebagai sahabat , teman ,
saudara dan sebagainya .
DARI SEGI ISTILAH: Boleh diertikan
sebagai hubungan yang terjalin
antara sesorang dengan orang lain
atau dengan masyarakat.
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: Perasaan kasih sayang , tolong-menolong , bantu membantu
, tolak ansur , bermesra dan cinta-mencintai antara sesama umat islam .
MENURUT HUKUM SYARA’: Konsep persaudaraan ini perlu di dasari dengan ikatan aqidah
yang luhur dan mantap.Persaudaraan islam tidak terbatas kepada bangsa , warna kulit ,
keturunan , pangkat atau hartanya tetapi diukur berasaskan ketinggian budi pekerti yang terpuji.
BERTERASKAN IKATAN RABBANI: (ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada allah)
menjadi asas dan instrumen yang berkesan kepada perpaduan seluruh umat islam.
MATLAMAT KONSEP PERSAUDARAAN: Bagi memenuhi konsep saling lengkap melengkapi
sesama insan dalam suasana yang aman dan harmoni .
Kepentingan konsep persaudaraan sangat ditekankan kepada umat manusia dalam
mengimbangi tuntutan hubungan dengan allah dan hubungan sesama manusia.
Konsep persaudaraan yang dianjurkan oleh Nabi SAW, akan melahirkan sebuah peradaban
manusia yang unggul. Sebagai natijahnya , ia akan membentuk masyarakat yang bersatu padu
dan akhirnya akan membentuk bangsa yang kuat.
2
KEPENTINGAN PERSAUDARAAN DALAM ISLAM
Kepentingan konsep persaudaraan sangat
ditekankan kepada umat manusia dalam mengimbangi tuntutan hablu min al-Allah (hubungan
dengan Allah) dan hablu minannas (hubungan sesama manusia).Justeru itu, sekiranya manusia
menghayati konsep persaudaraan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, maka ia akan
melahirkan sebuah peradaban manusia yang unggul.
Umumnya, di Malaysia masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum, peringkat usia, taraf
kedudukan, pangkat dan kebolehan ilmu pengetahuan serta pelbagai sistem agama dan
kepercayaan. Bagi menjamin dan menjaga keharmonian institusi masyarakat, setiap anggota
dalam masyarakat perlu memahami konsep dan peraturan hidup masyarakat. Islam mempunyai
prinsip dan acuan tersendiri dalam konteks kemasyarakatan dan kepentingan nilai
persaudaraan seperti berikut:
3
1. Persaudaraan (ukhuwwah) menjadi wasilah atau mekanisme untuk mendekatkan diri
pada Allah dan RasulNya.
Firman Allah s.w.t, maksudnya:
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan
sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat
dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran yang jauh
dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.”
Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w menyebutkan cara yang sepatutnya kita membantu orang yang
kurang berada dan berkongsi menggunakan sesuatu kemudahan.
Baginda bersabda yang bermaksud:
“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah, jika ia tidak mampu, hendaklah ia berusaha
melakukan sesutu yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan demikian ia
dapat bersedekah. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menolong orang susah yang
memerlukan bantuan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menyuruh orang lain melakukan
kebaikan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menahan dirinya daripada melakukan
kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap suatu sedekah”. - (riwayat Ahmad)
4
Justeru itu, berpegang kepada kehendak ayat al-Quran dan hadis, Nabi menyeru kepada umat
manusia mengamalkan nilai-nilai murni demi mengukuhkan semangat perpaduan.
Sesungguhnya, pengajaran yang terdapat sumber Ilahi mempunyai rahsia-rahsia yang
tersembunyi dan manfaat yang sangat berguna kepada manusia. Semua amalan murni yang
ditekankan dalam teks al-Quran di atas bertujuan untuk mencapai objektif keredhaan Allah dan
dalam masa yang sama menjaga hubungan manusia sesama manusia.
2. Persaudaraan merupakan keperluan bersama iaitu saling lengkap-melengkapi dan
bantu membantu antara muslim dengan muslim yang lain.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Jika sekiranya seorang daripada kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi
keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih
utama dari ia beriktikaf selama 2 bulan di dalam masjidku"
Hadith riwayat al-Hakim dan ia mengatakan sanadnya sahih. Rasulullah cuba menyeru seluruh
umatnya untuk mengimplimentasikan ruh persaudaraan ini dalam kehidupan semasa. Baginda
sendiri telah mengiktiraf ganjaran berlaku ihsan sesama muslim bagi mengisi maksud
ukhuwwah ini berbanding ibadah di dalam masjidnya. Hal ini jelas memberi isyarat kepada kita,
bukanlah ibadah di tempat sujud saja yang dipentingkan oleh Islam, bahkan hubungan sesama
manusia itu juga dipentingkan sehingga ianya setara dengan perkara-perkara ibadah asas bagi
setiap muslim.
Imam al-Ghazali memberi pandangan bahawa hak seorang muslim ke atas muslim yang lain
ialah memberi pertolongan kepada saudaranya yang mempunyai hajat dan keperluan mengikut
kemampuan mereka. Pandangan ini menjelaskan bahawa wajib memberi pertolongan kepada
saudara-saudara yang dalam kesulitan tanpa menunggu permintaan dari mereka. Bantuan
yang diberikan mengikut kadar kemampuan masing-masing. Setiap individu wajib menghormati
dan mengasihi saudaranya. Dalam satu riwayat Nabi yang bermaksud:
“Bukanlah dari umatku sesiapa yang tidak menghormati saudaranya yang lebih tua, dan yang
tua tidak mengasihi saudaranya yang lebih muda” - (riwayat al-Tarmizi)
5
3. Persaudaraan dapat memupuk nilai dan etika pergaulan sesama manusia.
Nabi merupakan contoh tauladan yang unggul untuk diikuti oleh manusia sama ada yang
melibatkan hubungan dengan Allah, sesama manusia dan hubungan dengan alam sekeliling.
Menyentuh tentang adab dan etika pergaulan sesama manusia, setiap individu dalam
masyarakat mempunyai obligasi yang tertentu untuk dilaksanakan. Ruang lingkup dan batas
pergaulan sesama manusia perlu mengikuti tatasusila dan kodifikasi yang ditunjukkan oleh
rasulullah s.a.w. Nilai-nilai murni yang yang ditunjukkan oleh bagianda perlu dihayati dengan
terperinci dan dipraktiskan bertujuan untuk memelihara keutuhan dan keharmonian dalam
masyarakat. Kelembutan dan kesantunan budi pekerti yang ada Baginda bukan sahaja
dikagumi oleh masyarakat Islam bahkan disegani di kalangan musuh Rasulullah.
Bagi menjamin perpaduan dan keharmonian dalam sesebuah komuniti, Nabi menegaskan
hubungan yang baik dan mesra perlu dikekalkan dalam hubungan interaksi sesama manusia.
Sikap melukakan atau mengguris perasaan seseorang perlu dielakkan dalam hubungan
berkomunikasi. Laras bahasa yang digunakan semasa bertutur perlulah mempunyai nilai-nilai
positif dan memberi manfaat kepada pihak pendengar. Justeru itu, perkataan dan peri laku yang
memberi konotasi negatif di tegah dalam ajaran Islam. Adalah menjadi kewajipan kepada setiap
muslim menjauhkan dari sesuatu yang boleh menyumbangkan impak negatif kepada
perkara-perkara yang boleh menjejaskan hubungan persaudaraan.
6
4. Persaudaraan merupakan obligasi sosial yang merangkumi kewajipan-kewajipan
ringkas yang perlu dilaksanakan.
Perkara ini ditegaskan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Tanggungjawab seorang muslim kepada muslim yang lain ada 6 perkara”,
i. Apabila bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam.
ii. Apabila ia menjemputmu, maka penuhilah jemputannya.
iii. Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya.
iv. Apabila ia bersin dan bertahmid, maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertashmit
(berdoa).
v. Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahinya. vi. Apabila ia meninggal dunia, hendaklah
engkau mengiringi jenazahnya". - (hadith riwayat Muslim)
7
Dalam sebuah hadis ada menyebut tentang kerjasama dan bertimbang rasa dengan jiran dan
sahabat-handai. Sabda Nabi s.a.w. yang maksudnya:
“Hak jiran jika ia sakit hendaklah diziarahi, jika ia meninggal dunia, hendaklah dihebahkan
kematiannya, jika ia minta pinjam hendaklah diberi pinjam, jika ia berada dalam kesusahan
hendaklah menolongnya. Jika ia mendapat kebaikan hendaklah mengucapkan tahniah, jika ia
ditimpa kesedihan hendaklah mengucapkan takziah, janganlah engkau meninggikan binaan
rumah engkau melebihi binaan rumahnya kerana itu akan menghalang angin ke rumahnya.
Janganlah engkau mengganggu dengan bau masakanmu kecuali engkau berikan sedikit
kepadanya.” (riwayat al-Munziri)
Begitu juga dalam hadis yang lain, diriwayatkan oleh al-Hakim yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mengharamkan atas orang Mukmin darah, harta dan harga diri sesama
Mukmin, dan (mengharamkan) berprasangka buruk kepadanya”
Sekiranya dikaji dan dianalisis tuntutan yang terdapat dalam hadis di atas jelaslah beberapa
garis panduan dan etika pergaulan secara umum yang ditekankan oleh Rasulullah. Oleh yang
demikian, jika manusia melakukan pelanggaran kewajipan tersebut menyebabkan berlakunya
kecacatan dalam hubungan persaudaraan. Bentuk perhubungan yang disarankan oleh Baginda
perlu dijadikan sebagai batu asas dalam usaha pengukuhan pembentukan ummah.
8
5. Persaudaraan juga merupakan jalinan kemesraan dan kasih sayang.
Hal ini ditekankan oleh Rasulullah, seperti yang dipetik dari hadis riwayat Imam Malik, Bukhari,
Abu Daud, Tirmidhi dan Nasa’I :
"Janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, janganlah kamu saling belakang
membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad
menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi
seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi 3 hari".
Dalam hadis lain Nabi s.a.w menyebut :
“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang
menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan
kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari
kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya
pada hari kiamat.” - (riwayat Ahmad)
Dalam kita mengejar urusan dunia, kita sering lalai dan melanggari batas-batas hubungan
sesama manusia. Perkara umpat mengumpat, kata-mengata, fitnah memfitnah amat jelas
terjadi dalam kehidupan harian. Maka hendaklah kita ambil iktibar dari hadith ini untuk menjaga
kemaslahatan ukhuwwah umat Islam itu, kelak hal ini jika tidak dijaga, maka ia akan
menimbulkan pertelingkahan sesama muslim pula. Juga disebut dalam hadis Rasulullah akan
tuntutan menunjukkan kemesraan dalam komunikasi harian sesama manusia,
"Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara
bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)."
(Hadis riwayat Muslim)
9
Malah Yusuf al-Qaradhawi dalam karyanya “Wabak Kemiskinan Dan Cara-cara Islam
Merawatinya, 1988” menjelaskan, Islam menjadikan orang yang ada hubungan persaudaraan
dan pertalian kaum kerabat sebagai golongan yang bersatu padu dan saling memikul
tanggungjawab bersama. Individu yang kuat membantu yang lemah dan yang kaya pula
membantu yang miskin. Itulah yang mendorong mereka kepada saling bersimpati dan
tolong–menolong serta mengukuhkan ikatan antara mereka. Jelaslah di sini menunjukkan
betapa Islam itu menekankan peri pentingnya komponen-komponen asas bagi menerapkan roh
persaudaraan di kalangan umatnya. Oleh yang demikian sekiranya asas-asas ini dicemari
dengan elemen yang boleh menjejaskan keharmonian dalam persaudaraan maka ia akan
melahirkan satu entiti masyarakat yang bersifat individualistik. Ini disebabkan pembangunan
manusia didorong kepentingan material dan tidak diseimbangkan dengan pembangunan insan
yang ideal.
6. Persaudaraan dapat memupuk ke arah pengukuhan perpaduan dan keamanan.
Perpaduan dan keamanan yang dinikmati oleh masyarakat Malaysia pada hari ini menerusi
persaudaraan, perpaduan dan keharmonian hidup di kalangan rakyat yang berbilang agama,
bangsa dan kebudayaan. Nikmat-nikmat mestilah dipelihara dan dijaga supaya ianya terus
kekal dan diwarisi oleh generasi semasa dan akan datang. Perkara-perkara yang boleh
memecahbelahkan masyarakat perlu dijauhi.
Secara konseptualnya, persaudaraan (ukhwah) merupakan asas kepada kesatuan umat
manusia dalam sesebuah entiti masyarakat. Citra dan hati budi seseorang itu bukan bergantung
kepada bangsa, warna kulit, keturunan, pangkat atau hartanya, tetapi diukur berasaskan
ketinggian budi pekerti yang terpuji. Oleh yang demikian, konsep persaudaraan yang
berteraskan ikatan rabbani menjadi asas dan instrumen yang efektif kepada perpaduan seluruh
umat Islam. Ini kerana, ikatan rabbani bersifat universal dan bersifat kualitatif tanpa mengira
perubahan masa dan zaman.
Sebagai natijahnya, pentingnya sebuah persaudaraan kerana ia akan membentuk masyarakat
yang bersatu padu dan akhirnya akan membentuk bangsa yang kuat. Antara sebab kejatuhan
kegemilangan tamadun silam adalah disebabkan tidak ada kesatuan sesama Islam.
10
KESAN-KESAN PERSAUDARAAN
Persaudaraan dapat memupuk ke arah pengukuhan perpaduan dan keselamatan. Perpaduan
dan keselamatan yang dinikmati oleh masyarakat Malaysia pada hari ini melalui persaudaraan,
perpaduan dan keharmonian hidup di kalangan rakyat yang berbilang agama, bangsa dan
kebudayaan. Nikmat-nikmat mestilah dipelihara dan dijaga yang diperlukan terus kekal dan
diwarisi oleh generasi akan datang. Perkara-perkara yang boleh memecahbelahkan masyarakat
perlu dijauhi. Persaudaraan dapat memupuk nilai murni dan etika pergaulan sesama sendir.
Nabi adalah contoh tauladan yang unggul untuk diikuti oleh manusia sama ada yang berkaitan
dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Menyentuh mengenai adab dan etika pergaulan
sesama manusia.
● Persaudaraan dapat memupuk ke arah pengukuhan perpaduan dan keamanan.
Perpaduan dan keamanan yang dinikmati oleh masyarakat Malaysia pada hari ini
menerusi persaudaraan, perpaduan dan keharmonian hidup di kalangan rakyat yang
berbilang agama, bangsa dan kebudayaan.
● Masyarakat perlu berpegang kepada nilai-nilai hidup yang murni yang berupa kasih
sayang, hormat menghormati, bersatu padu dan sebagainya. Keperluan kepada nilai ini
perlu dibudayakan oleh setiap lapisan masyarakat dalam mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu dalam semua perkara.
● Tanpa perpaduan yang erat akan mewujudkan pelbagai masalah kepada masyarakat
dan mengundang kepada perpecahan. Masyarakat yang lemah bermula dengan konflik
persaudaraan yang wujud dalam sesebuah negara dan akhirnya ia akan melahirkan
bibit perpecahan dalam interaksi perhubungan komuniti.
● Persaudaraan dapat memupuk nilai dan etika pergaulan sesama manusia. Nabi
merupakan contoh tauladan yang unggul untuk diikuti oleh manusia sama ada yang
11
melibatkan hubungan dengan Allah, sesama manusia dan hubungan dengan alam
sekeliling.
● Persaudaraan merupakan keperluan bersama iaitu saling lengkap-melengkapi dan
bantu membantu antara muslim dengan muslim yang lain. Sabda Nabi s.a.w yang
bermaksud: “Jika sekiranya seorang daripada kamu berjalan bersama saudaranya
dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan
jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari ia beriktikaf selama 2 bulan di dalam
masjidku” Hadith riwayat al-Hakim.
12
ASAS PERSAUDARAAN DALAM ISLAM
● Kepatuhan kepada Allah dan Rasul
● Mengamalkan cara hidup Islam
● Mengamalkan kepentingan agama lebih daripada kepentingan yang lain
● Perpaduan yang berasaskan matlamat yang jelas untuk mendapatkan keredhaan Allah
di dunia dan akhirat
NILAI PERSAUDARAAN DALAM ISLAM
● Islam melarang umatnya dari saling berhasad dengki, menipu, benci membenci dan
pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa
kepada kerosakan, huru hara dan perpecahan dalam masyarakat. Masyarakat akan
hancur sekiranya setiap anggota mempunyai sifat-sifat buruk seperti ini.
● Islam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai
membuat keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau
membatalkannya. Apabila jual beli itu dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri
untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi memelihara hubungan
persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan
memotong urusniaga orang lain.
● Umat lslam digesa hidup sebagai hamba allah yang bersaudara dengan masing-masing
menunaikan hak saudaranya dengan sempurna. Antara hak saudara seagamanya ialah
bahawa dia tidak menzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan
tidak mencerca atau menghinanya. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan
apabila dia suka menghina saudaranya.
● Taqwa adalah perkara tersembunyi yang ada di dada seseorang, ia bukannya suatu
perkara yang boleh didakwa. Taqwa tidak seharusnya didakwa-dakwa bahkan ia adalah
perkara tersembunyi di dada, namun ia dapat dikesan berdasarkan amalan seseorang
kerana seorang yang bertaqwa hanya akan melakukan amalan soleh dan berakhlak
mulia.
13
KESIMPULAN
Kesimpulannya, penerapan nilai murni dan etika persaudaraan sebagaimana yang
dituntut oleh ajaran Islam dapat mengeratkan perpaduan dan keutuhan dalam komuiniti
masyarakat. Perpaduan merupakan paksi utama kepada kesatuan dan akan melahirkan
generasi bersatu padu dalam kelompok masyarakat yang progresif dan dinamik.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah berterima kasih kepada pihak kerajaan dalam
mengekal dan menjamin keamanan serta perpaduan di kalangan rakyat.
14
15