The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

(BSS3173) SASTERA TULISAN (HIKAYAT HANG TUAH)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Farahatika R., 2021-12-25 12:06:15

(BSS3173) SASTERA TULISAN (HIKAYAT HANG TUAH)

(BSS3173) SASTERA TULISAN (HIKAYAT HANG TUAH)

Hikayat Hang Tuah merupakan satu manuskrip tertua
yang banyak menceritakan mengenai kehebatan dan
sifat kepahlawanan wira Melayu kita pada masa dahulu,
dan kisah ini telah tamat dikarang pada tahun 1717 dan
disebut sebagai ‘tujuk likur’ iaitu dua puluh tujuh.
Manuskrip Hikayat Hang Tuah telah disimpan dan dijaga
di Perpustakaan, Universiti Leiden, Cod. Or. 1758 dan
merupakan salah satu manuskrip paling tertua yang
terdapat di perpustakaan tersebut. Menurut Muhammad
Haji Salleh (2013), beliau menyatakan cerita Hikayat Hang
Tuah terutamanya mengenai kehebatan Hang Tuah
memang sangat terkenal dan menjadi buah mulut di
kalangan masyarakat di Kepulauan Melayu dan di
Selatan Asia Tengggara.

Selain itu, kisah Hikayat Hang Tuah merupakan hasil sebuah
karya sastera Melayu lama yang begitu indah jika dilihat
dari segi tema dan plotnya yang sehingga sekarang sukar
ditandingi. Penciptaan kisah ini adalah untuk
menggambarkan watak Hang Tuah sebagai seorang wira
yang digunakan oleh orang Melayu untuk menaikkan
kembali moral mereka dengan menanam semangat dan
kepercayaan dalam diri mereka bahawa pada masa dahulu
orang Melayu adalah bangsa yang setia dan gagah. Ini
kerana, Hang Tuah dilihat sebagai satu watak agung bagi
bangsa Melayu yang dianggap sebagai lambang kekuatan
dan kemegahan bangsa Melayu.

Penulisan isi di dalam cerita Hikayat Hang Tuah banyak
dimasukkan jalan cerita yang terlalu berkias dan kemudianya
telah diolah untuk lebih mudah menyampaikan maklumat
yang berbeza dengan genre Sulalatus Salatin. Cerita ini ditulis
bukan sebagai rujukan sejarah mengenai kisah raja-raja
Melayu, tetapi konteks cerita ini adalah berkisarkan latar
zaman mengenai Johor Lama yang dilakonkan kembali
disebalik latar yang berzamankan Melaka. Di samping itu,
Hikayat Hang Tuah ditulis bertujuan untuk mengenang kembali
zaman dimana kaum laksamana Melayu yang sangat taat dan
setia kepada raja dan tuan mereka.

Nama: Kassim bin Ahmad

Pasangan: Sharifah Fawziah
binti Syed Yussoff

Tarikh lahir: 9 September 1933 di Bukit Pinang,

daerah Kota Setar di Kedah. Berasal dari Hutang
Kampung, Langgar, Kedah

Pendidikan: Kerjaya:

I. Pendidikan Awal: I. Pegawai Penyelidik di
Sekolah Melayu, Dewan Pustaka -
Bandar Baharu Tempat tercetusnya idea
bagi penghasilan
II. Koleh Sultan Abdul Hikayat Hang Tuah.
Hamid, Alor Setar,
Kedah II. Pensyarah di School of
Oriental and African
III. Universiti Malaya, Studies, Universiti
Singapura London. (4 tahun)

III. Mengajar di Sekolah
Menengah di Pulau
Pinang sehingga 1969.



Hikayat Hang Tuah mengisahkan mengenai kehidupan dan
kepahlawanan Hang Tuah yang lebih kepada unsur mitos dan juga rekaan
sahaja. Hikayat Hang Tuah mengemukakan pengalaman-pengalaman hidup
yang tulen dan disuburkan unsur-unsur mitos, rekaan dan dengan membesar-
besarkan peristiwa-peristiwa yang mengakibatkan Hang Tuah. Hikayat Hang
Tuah menceritakan mengenai latar belakang Hang Tuah mengenai asal usul
misalnya pengenalan mengenai ahli keluarga. Dang Merdu merupakan ibu
kepada Hang Tuah dan ayahnya pula bernama Hang Mahmud. Hang Tuah
hanyalah golongan rakyat jelata yang biasa sahaja, ayahnya Hang Mahmud
menyara keluarganya dengan berkedai dan mencari kayu. Pada satu malam,
Hang Mahmud telah bermimpi bulan turun dari langit dan cahaya memenuhi
kepala anaknya Hang Tuah.

Mimpi itu menandakan satu kebaikkan kepada Hang Mahmud
sekeluarga. Hang Tuah berjaya menewaskan orang yang mengamuk di
kampungnya. Keberanian Hang Tuah amat dikagumi oleh penduduk
kampung. Hang Tuah bertemu dengan beberapa kawan baru iaitu Hang
Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi dan mereka berguru dengan
Sang Aria Putra di Bukit Pancasula. Ilmu yang ada ini menyebolehkan mereka
mempertahankan Bendahara Paduka Raja yang hampir menjadi mangsa
amukan. Keberanian lima bersahabat ini menyebabkan mereka dihadiahkan
oleh Bendahara itu sepersalinan pakaian dan dilantik menjadi biduanda
baginda. Dalam Hikayat Hang Tuah juga, turut menceritakan mengenai
pembukaan Negeri Melaka oleh Raden Inu Wijaya Nantaja apabila anjing
baginda telah ditendang oleh seekor pelanduk putih lalu jatuh ke dalam
sungai.

Penamaan Melaka adalah bersempena dengan nama pokok
yang disandar oleh baginda semasa menyaksikan petarungan
antara kedua binatang tersebut. Di sebabkan oleh negeri Melaka
tidak mempunyai Raja Muda, maka Raja Melaka telah melantik Sang
Jaya Nantaka setelah pemintaan daripada Raja Melaka itu direstui
oleh Sang Sapurba. Walaubagaimanapun, setelah menjadi Raja
Muda Melaka baginda telah difitnah yang dikatakan hendak
merampas takhta Raja Melaka. Keadaan ini menyebabkan Raja
Melaka berasa murka akan Sang Jaya Nantaka dan baginda Raja
Melaka telah melucutkan jawatan Sang Jaya Nantaka setelah
hukum bunuh yang hendak dijatuhkan oleh baginda terhadap Sang
Jaya Nantaka tidak dipersetujui oleh Hang Tuah dan Bendahara.
Setelah pelucutan jawatan, Sang Jaya Nantaka menjadi pengail, dan
bertemu dengan seorang saudagar kaya Parmadewan yang
menjadikan beliau sebagai Raja Benua Keling, kerana semasa
Parmadewan bertemu dengan Sang Jaya Nantaka hatinya kuat
menyatakan bahawa Sang Jaya adalah seorang yang akan menjadi
Raja Besar suatu hari kelak dan firasat itu tepat sama sekali apabila
Parmadewan bertemu dengan Raja Melaka untuk mendapatkan
restu baginda menjadikan Sang Jaya Nantaka sebagai Raja Benua
Keling.

Khabar kecantikan Tun Teja menyebabkan hati Raja Melaka
mula tertawan, sehinggakan baginda menghantar utusan ke
Inderapura iaitu Tun Bija Sura bersama dengan Tun Utama untuk
meminangnya. Walau bagaimanapun, pinangan Raja Melaka ditolak
oleh Tun Teja kerana menganggap dirinya tidak setaraf dengan Raja
Melaka. Raja Melaka berasa sangat kesal akan tindakan Tun Teja.
Bagi menyenangkan hati baginda yang sedang terluka itu, maka
Patih Kerma Wijaya mencadangkan kepada baginda untuk
meminang anak kepada Betara Majapahit yang bernama Raden Mas
Ayu. Lalu utusan dan pinangan dengan ghali “Mendam Berahi” pun
dihantar ke Majapahit dan diterima dengan penuh suka. Pinangan
yang diterima oleh Puteri Majapahit itu, maka baginda Raja Melaka
telah menitahkan untuk membina kapal yang diberi nama ‘Kumbang
Nuri’. Rombongan baginda bersama dengan pengikutnya ke
Majapahit disambut dengan meriah, dan majlis tari menari telah
diadakan pada malam itu, dalam majlis ini Patih Gajah Mada telah
berniat besar untuk melakukan pembunuhan Hang Tuah.

Hang Tuah, Maharaja Setia

dan Maharaja Dewa telah

pergi ke Turki untuk membeli

meriam untuk

memperkukuhkan lagi

pertahanan Kota Melaka.

Hang Tuah beserta dengan
rombongannya telah singgah
ke Mekah dan bertemu
dengan Nabi Khidir dan Hang
Tuah telah diberikan cembul
oleh Nabi Khidir.

Hang Tuah juga telah dibawa melawat ke
beberapa kubur Nabi-nabi. Setibanya di benua
Rom, rombongan ini telah dijemput oleh
Syahbandar Rom dan tujuan rombongan ini
datang adalah untuk membeli meriam dan bedil,
semasa di Rom mereka tidak dapat melihat wajah
Raja Rom kerana dilindungi oleh jala-jala emas.
Akhirnya, pemerintahan yang dipegang oleh Raja
Melaka selama ini telah diturunkan kepada
anaknya iaitu Puteri Gunung Ledang. Begitu juga
dengan laksamana dan juga bendahara Melaka
yang menyerahkan jawatan kepada anak-anak
mereka.



Akhir sekali, mesej yang ingin disampaikan dalam hikayat Hang Tuah ini adalah
Keberanian dan ketabahannya apabila berdepan dengan cabaran dan musuh. Sebagai
contoh, Semasa di Majapahit pada kali yang kedua, Laksamana Hang Tuah dan
rombongannya telah dihadang oleh 200 orang perajurit Jawa yang mengamuk. Maka kata
Laksamana kepada orang-orangnya, “Hai segala tuan-tuan sekalian, seorang pun jangan
kamu undur dan bergerak. Jika kamu undur sekarang juga aku penggal lehermu.” Setelah
dilihat oleh perajurit 200 orang itu Laksamana dan orangnya tiada bergerak dan tiada
diendahkan lawan itu, maka perajurit itu mengamuk pula ke belakang Laksamana, dengan
tempik soraknya, katanya, “Bunuhlah segala Melayu ini!” Maka Laksamana pun menengkis,
katanya, “Tahanlah bekas tanganku ini baik-baik!” serta ditendangnya bumi tiga kali, maka
bumi itu pun bergerak. Maka perajurit itu pun sekonyong-konyong pecah lari tiada ketahuan
perginya.”

 Nilai budaya merupakan nilai yang mempunyai aspek
kepercayaan, Bahasa, adat istiadat, tradisi dan hubungan
yang mengenal pasti masyarakat atau sekumpulan orang.

 Secara amnya, budaya juga mempunyai definisi yang
dibawa atau dikerjakan oleh manusia.

 Nilai ketaatan dan kesetiaan yang terdapat dalam Hikayat Hang
Tuah dapat di lihat daripada sikap yang beliau yang taat kepada
Raja. Hal ini kerana, kedudukan raja yang tinggi dan mulia di sisi
masyarakat iaitu Dalam hikayat Hang Tuah urusan yang dibuat
untuk raja lebih diutamakan daripada urusan peribadi sebagai bukti
ketaatan kepada raja.

 Contoh perisitiwa: … maka Laksamana pun menghunus kerisnya
dari pinggangnya lalu dipersembahkannya pada Bendahara;
demikian katanya, “Alhamdulillah! Si Tuah tiada bertuan dua tiga
dan Si Tuah tiada mauderhaka kepada tuannya.” (Hikayat Hang

Tuah, hlm .207)

 Nilai keberanian Hang Tuah

dapat dilihat daripada beliau

tidak takut apabila berdepan

dengan musuh Nilai
kebijaksanaan
 Contoh peristiwa: “adapun
 Nilai kebijaksaan yang terdapat
kulihat Laksamana itu bukan dalam hikayat hang Tuah ialah
apabila Hang Tuah dilihat ketika
barang-barang orang dan membuat keputusan yang sangat
bijak dan penuh dengan teliti
bukan barang-barang hulu dengan menggunakan akal
fikirannya dalam bertindak dalam
balang dengan beraninya dan keadaan yang terdesak apabila
melawan musuh-musuhnya.
bijaksananya; syahadan
 Contoh peristiwa: “Hai Si Jebat,
tahunya panda iilmu firasat dan apatah dayaku kerana aku
diitahkan raja membuangkan
penjurit; dan tahu bermain engkau? Dalam pada itupun, jika
engkau berdosa ini lain daripada
senjata jangan dikata lagi;” dosa yang demikian, tahu juga
kupohonkan. Yang engkau dan
(Hikayat Hang Tuah, hlm.169) Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang
Lekiu ini bukanlah sahabat lagi
Nilai padaku, penaka saudaraku;ah.
keberanian Sukar aku berkata.” (Hikayat

Hang Tuah, hlm. 390)

Maksud pandangan hidup melalui kamus dewan
Edisi Keempat ialah pendapat tentang hidup
ataupun falsafah hidup. Berdasarkan makna
pengertiaannya ialah pendapat atau
pertimbangan yang dijadikan pegangan,
pedoman, arahan, petunjuk hidup didunia.
Pendapat atau pertimbangan tersebut ialah hasil
pemikiran manusia berdasarkan pengalaman
sejarah menurut waktu dan tempat hidupnya.

Pandangan hidup berteraskan Islam
ialah satu pendekatan pengarang dalam
memasukan beberapa falsafah hidup
yang telah mengikuti ajaran Islam dan
hokum syarak. Sebagai contoh, dalam
Hikayat Hang Tuah, pandangan hidup
berteraskan Islam dapat kita lihat
berdasarkan konsep yang digunakan
iaitu keadila, perkahwinan dan konsep
dosa.

Perkahwinan yang berlandaskan hokum syarak telah
melarang umat Islam berkahwin dengan pasangan yang
mempunyai pertalian darah ataupun saudara susuan.
Contoh perisitwa: “Maka dipeluk dan dicium akan
menantunya tuan puteri itu. Maka Sang Perta Dewa pun
berlengkap akan pekerjaan anakanda baginda Sang
Sapurba kahwin dengan tuan puteri itu.” (Hikayat Hang
Tuah, 11)
Petikan tersebut menjelaskan bahawa Sng Sapurba
mengikut hokum syarak yang digunakan dalam konsep
perkahwinan melalui perkahwinan baginda dengan
seorang puteri yang tidak mempunyai hubungan
pertalian darah dengannya.

Konsep dosa merupakan satu bentuk falsafah atau pandangan hidup
masyarakat pada zaman Melayu feudal, iaitu dalam watak Hang Tuah.
Masyarakat melayu yang meletakkan konsep menderhaka sehingga
sabagai satu dosa yang besar kerana telah menjadi satu kewajipan bagi
manusia yang taat kepada perintah Allah, Rasul dan raja agar mendapat
keberkatan di dunia dan akhirat. Hal ini kerana, dapat dilihat melalui
perisitwa yang dinyatakan oleh pengarang dalam Hikayat Hang Tuah
yang dikatakan memetik ucapan derhaka kepada rakannya Hang Jebat
yang telah menderhakai kepada Raja.
Contoh peristiwa: “Adapun pekerjaanmu itu…. berapa-berapa dosanya
kepada Allah, tiada tertanggung olehmu di dalam akhirat jemah” (Hikayat
Hang Tuah, 315)
Melalui petikan tersebut telah dihubungkaitkan dengan perintah Allah di
dalam Al-Quran. Hal tersebut dapat dilihat iaitu taat setia Hang Tuah
kepada Raja dan kerajaan Melaka bukan hanya sekadar suka-suka tetapi
menepati konsepsi kipimpinan dan selaras dengan peraturan hidup agama
yang telah berteraskan Islam.

Penelitian pendekatan yang disentuh oleh pengarang
berdasarkan pandangan hidup berteraskan Melayu ialah
gambaran atau ciri-ciri masyarakat melayu dalam Hikayat
Hang Tuah. Antaranya ialah, konsep pandangan hidup yang
berteraskan melayu ialah sistem pentadbiran, pewarisan
takhta, kepentingan sifat budi pekerti, dan sebagainya.

Pandangan hidup berteraskan melayu dalam hokayat Hang Tuah telah
memperlihatkan satu pengamalan adat temenggung dalam sistem
pentadbirannya. Melalui sistem pentadbiran itu, ianya bersifat
aristokrasi yang meletakkan Raja atau Sultan mempunyai hak kuasa
yang paling tinggi dalam sistem pentadbiran negara dengan
keistimewaannya tersendiri. Misalnya, wujudlah istilah derhaka yang
meletakkan peraturan bahawa setia[ perkara yang dilakukan oleh raja
perlu diikuti oleh rakyat yang mempunyai kuasa mutlak.
Contoh peristiwa: “Maka kata laksamana seraya memekis, katanya.
“Cih, mengapa pula begitu? Si Tuah tiada mahu derhaka. Daulat Tuanku,
patik persembahan nyawa patik, patik tiada bertuankan yang lain.”
(Hikayat Hang Tuah, 283)
Petikan tersebut telah menunjukkan bahawa orang bawahan iaitu Hang
Tuah yang mempunyai peranan sebagai laksamana telah sanggup
mempertaruhkan nyawanya atas sebab tidak mau jadi derhaka kepada
Raja oleh kerana mahu dirinya dibunuh hanya dengan tujuan untuk
mencari kebenaran apabila berada di alam kubur.

Masyarakat melayu yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah
telah mengamalkan adat temenggung yang mempunyai
pandangan hidup dengan kepentingan pangkat iaitu pangkat
diwarisi dari satu genarasi ke generasi seterusnya.
Contoh peristiwa: “Adapun nama baginda itu Sang Perta Dewa.
Adapun Sang Perta Dewa itu tahu akan dirinya akan beroleh
anak; maka anaknya itu akan menjadi raja kepada Bukit
Siguntang; maka daripada anak cucu baginda itu akan menjadi

raja.” (Hikayat Hang Tuah, 3:1995)

Petikan tersebut telah memberi penerangan bahawa pewarisan
takhta daripada Sang Perta Dewa kepada anaknya untuk menjadi
Raja di Bukit si Guntang dan seterusnya hendaklah diwarisi oleh
anak cucu baginda bagi memegang takhta tersebut.





Oleh yang demikian, sehingga ke hari ini, karya
yang menceritakan tentang Hang Tuah ini masih
popular di kalangan masyarakat kini. Terdapat
banyak mesej yang disampaikan melalui jalan
cerita ini. Hikayat Hang Tuah yang memaparkan
sebagai satu madah untuk menonjolkan jati diri
melayu. Hal ini kerana jati diri melayu tersebut
disorot melalui pembawaan watak Hang Tuah
dan rakan-rakannya dari segi fizikal, mental
dan juga rohaniah. Sesuai dengan falsafah
pendidikan yang ingin membentuk individu
yang seimbang melalui perkembangan dari segi
rohani, jasmani, emosi dan intelek. Dengan itu,
setiap dari kita harus mempunyai
tanggungjawab untuk memelihara karya hebat
Hang Tuah ini dari generasi ke generasi supaya
nilai estetikanya tetap terjaga kerana karya ini
mempunyai identiti negara sejak zaman dahulu
lagi.

Walaupun begitu, setiap pengajaran dalam
karya ini juga harus diterapkan dalam diri
pembaca supaya dapat mengelakkan
perkara yang memberi impak yang negatif
terhadap diri, masyarakat dan negara.
Justeru itu, setiap nilai dan teladan harus
dicontohi untuk menjadikan kita sebagai
rakyat dan negara yang berkerampilan dan
berwawasan dalam setiap aspek.


Click to View FlipBook Version