The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mamamia, 2020-10-25 04:33:09

ASHABUL KAHFI

ASHABUL KAHFI

AL QURAN TAHUN 5
SIRI ULANGKAJI :

KISAH DALAM AL QURAN

ASHABUL KAHFI

AZIZAH SARIP
SIRAJ SUBA

Kisah Ashabul Kahfi (‫)أصحاب الكهف‬‎ merupakan suatu kisah benar mengenai 7
orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua. Di dalam Al-Quran, dari
ayat 9 hingga 26 Surah Al-Kahfi, diceritakan kisah beberapa orang pemuda
beriman yang telah melarikan diri ke sebuah gua dan bagaimana Allah ‫سبحانه‬
‫ وتعالى‬tidurkan mereka selama 309 tahun.

309 tahun? Lamanya……… Tanpa makan dan minum? Boleh percaya ke?

Namun percayalah…….. bagi orang yang beriman dan meyakini Allah ‫سبحانه‬
‫ وتعالى‬tiada yang mustahil jika Allah ‫ سبحانه وتعالى‬mengkehendakinya demikian.

KISAH ASHABUL KAHFI
Sebagaimana yang telah dikisahkan turun-temurun. Pada asalnya penduduk
sebuah negeri itu beriman kepada Allah ‫ سبحانه وتعالى‬dan beribadat
mengEsakanNya. Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang
raja bernama Diqyanus (Decius).
Raja kufur dari Rom ini, memerintah secara kejam dan kuku besi. Sesiapa
yang menentang keinginan raja, maka samalah seperti ingin mengakhiri
hidupnya lebih awal. Dia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya
supaya murtad dari agama Allah ‫ سبحانه وتعالى‬serta bertukar kepada agama
kufur dan menyembah batu berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut
dengan ancaman dan seksaan raja tersebut terpaksa akur dengan arahan
yang zalim itu.

Dalam pada itu terdapat sekumpulan pemuda beriman enggan tunduk
dengan tekanan Raja Diqyanus yang kafir. Di tengah-tengah kekufuran raja,
bangsa dan kaum mereka, kesemua tujuh pemuda tersebut secara
sembunyi-sembunyi tetap beriman kepada Allah ‫سبحانه وتعالى‬. Mereka teguh
mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri
mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian.

ُُ١٣ُ‫َ حّ ۡن ُوُ َنل ُّصُ َعلَ ۡي َمُ َن َبأٌَمُبُٱۡ ۡ َل ُقُإ حنٍ ۡمُف ۡت َي ٌةُ َءا َنيَاُْب َربٍ ۡمُ َوز ۡد َنٍَٰ ۡمٌُ ٗدى‬

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka
itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat
petunjuk. (alkahfi-13)

Kepercayaan dan keyakinan 7 pemuda ini terus bertahan sehingga
kemudiannya sampai ke pengetahuan raja dan akhirnya mereka dipanggil
mengadap Raja Diqyanus.

Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan
bersemangat, petah berhujah mempertahankan iman dan prinsip aqidah
yang mereka yakini. Pemuda-pemuda tersebut mengakui bahawa hanya
ada satu Tuhan yang layak disembah dan diminta pertolongan. DIA-lah Allah
‫ سبحانه وتعالى‬yang Esa, Yang Maha Menguasai alam beserta isinya yang kekal
abadi dan tidak akan ada sebarang kekurangan, DIA-lah tempat kita
meminta pertolongan dalam susah atau senang, suka mahupun duka.

ُ‫َو َر َب ۡط َياُلَََ َٰعُكلَبٍ ۡمُإ ۡذُكَامَاُْ َف َلالَاُْ َر ُّب َياُ َر ُّبُٱل حس َمَٰ َنَٰتُُ َوُٱ ۡۡ َلۡرضُُ َلوُىح ۡدع ََاُْنوُدوى ًُ ُۦ‬
ُ‫ُ َ َٰٓهؤ ََلءُُكَ َۡن َياُٱَ حّتَذواُُْنوُدوى ًُ ُۦُ َءال ٍَ ٗة ُۖ حل َۡ ََلُيَ ۡأتَ َنُ َع َل ۡيٍم‬١٤ُ‫إ َلَٰ ٍٗاُۖ حل َل ۡدُكلۡ َياُإ ٗذاُ َش َط ًطا‬

ُ١٥ُ‫بس ۡل َطَِٰۢنُ َب نيُٖۖ َف َه ۡوُأَ ۡظلَمُم حهوُٱ ۡف ََ َت َٰىُُلَََعُٱّ حللُُ َنذ ٗبا‬

Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun
(menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit
dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami
menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari
kebenaran.(Mereka berkata pula sesama sendiri): Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang
lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan
ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat
demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah. (alkahfi
14-15)

Raja Diqyanus dan pengikut-pengikutnya terkejut dan gagal menjawabnya.
Walaupun tidak mampu membalas hujah-hujah yang mantap dari pemuda-
pemuda beriman tersebut, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu
mereka murtad daripada agama mereka. Raja Diqyanus menggunakan
kekuasaan yang ada padanya untuk mengancam dan memaksa para
pemuda meninggalkan agama mereka. Jika enggan mengikut arahan,
mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dijatuhi hukum mati.

Untuk menyelamatkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda

tersebut memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung ke suatu tempat

tersorok di kawasan pendalaman.

Berangkatlah mereka bertujuh ke

kawasan pergunungan bernama Nikhayus.

Mereka telah ditemani oleh seekor anjing
bernama Qithmir (‫)قطمير‬. Di situ

terdapat sebuah gua untuk dijadikannya

tempat bersembunyi dan di pintu gua

itulah mereka berdoa sebelum

memasukinya. Oleh kerana keletihan, ketujuh pemuda ini tertidur sementara

si anjing berada di sekitar pintu gua.

Mereka diburu oleh para pembantu setia raja dan penduduk tempatan
yang telah dijanjikan hadiah dan pangkat jika berjaya menemui pemuda
tersebut. Sekumpulan pencari dan pegawai kerajaan telah menemui sebuah
gua di kawasan pedalaman. Tetapi oleh kerana gua itu dianggap sangat
menggerunkan, mereka takut untuk memasukinya. Demi menyenangkan
hati raja, para pegawai kerajaan melaporkan bahawa mereka telah
menyusuri semua tempat di negeri tersebut dan telah menutup sebuah gua
dengan tujuan sekiranya para pemuda tersebut berada di dalam, maka
mereka tidak akan boleh keluar dan akan mati kelaparan.

JASAD TERPELIHARA

Sementara itu di dalam gua, kesemua tujuh pemuda tersebut diberi
ketenangan dan keselamatan oleh Allah ‫سبحانه وتعالى‬. Mereka telah ditidurkan
oleh Allah ‫ سبحانه وتعالى‬dengan nyenyaknya dalam gua tersebut untuk sekian
lama.

ُُ١١ُ‫فَ ََ َض ۡب َياُلَََ َٰٓعُ َءا َذاىٍ ۡمُِفُٱلۡ َه ٍۡ ُفُسن َيُ َع َد ٗدا‬

Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak
bilangannya. ( alkahfi-11)

Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi
dengan kuasa Allah ‫سبحانه وتعالى‬, badan dan jasad mereka tidak hancur atau
rosak.

Allah ‫ سبحانه وتعالى‬ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-
hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah ‫ سبحانه وتعالى‬telah mentakdirkan
pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang sangat lama iaitu
selama 309 tahun

ُُ٢٥ُ‫َو ََلحَاُُِْفُ َن ٍۡفٍ ۡمُجَ َلَٰ َثُناْئَةنُسن َيُ َوُٱ ۡز َدادوُاُْت ۡس ٗعا‬

Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli
Kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu). (alkahfi-25)

KEBANGKITAN

Masa terus berlalu, zaman pun telah berganti dari beberapa generasi. Kini
kerajaan yang dahulu dipimpin oleh raja kejam dan musyrik telah berubah
menjadi sebuah negeri yang maju dan bebas dalam menjalani keyakinan
agama masing-masing.

Apabila sampai tempoh yang ditetapkan Allah, mereka pun dibangunkan.
Pemuda-pemuda tersebut telah terjaga kerana perut mereka terasa lapar,
dan ketika bangun mereka saling bertanya tentang berapa lama mereka
tertidur. Para pemuda menyangka mereka hanya tertidur dalam masa sehari
atau separuh hari sahaja, tanpa menyedari bahawa mereka telah tidur
dalam jangka masa yang amat lama di dalam gua.

Sebahagian daripada mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil
untuk ke bandar bagi mencari sesuatu untuk di makan dari makanan yang
baik lagi halal. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka
membawa bersama bekalan wang perak. Pemuda yang keluar menuju ke
pasar mencari makanan. Dengan perasaan khuatir dan takut, akhirnya
sampai ke kota. Dia berasa hairan melihat keadaan kota tersebut dan
penduduknya yang berubah sama sekali, tidak seperti ketika ditinggalkan
dahulu.

Dalam terpinga-pinga itu, akhirnya sampai
juga dia ke pasar dan menemui salah
seorang penjaja makanan. Namun
penjual hairan dan pelik dengan wang
yang digunakan oleh pemuda ini.
Penduduk kota yang telah kehairanan
melihat keadaan dia dan mereka semakin syak apabila melihat wang perak
yang dibawanya ialah wang yang
sudah berzaman tidak digunakan lagi.

Dia telah disyaki menjumpai harta karun lalu dipanggil penguasa pasar yang
sangat bijak. Dalam perbualannya, maka terbuktilah kepada orang ramai
bahawa pemuda itu adalah pemuda yang lari dari kepungan raja pada
tiga abad yang silam. Mereka mengetahui akan peristiwa itu, daripada
cerita yang masyhur dan telah disedia maklum oleh orang ramai. Larinya
pemuda-pemuda itu kerana tidak rela menjual agama mereka kepada raja
yang zalim dan memaksa mereka untuk menyembah batu.

Lalu salah seorang di antara mereka berkata kepada pemuda
tersebut: “Janganlah kamu khuatir kepada raja ganas yang kamu katakan
tadi. Raja itu sudah mati 300 tahun yang lalu. Raja yang memerintah
sekarang ini adalah seorang raja mukmin yang soleh juga baik hati. Raja
kami yang sekarang ini orangnya beriman seperti mana yang kamu imani.”
Barulah pemuda itu sedar dan insaf akan apa yang sebenarnya sudah
terjadi. Dengan ketenangan yang amat jelas serta dengan alasan dan bukti-
bukti yang cukup terang, maka terbuktilah bahawa mereka berada dalam
gua bukan semalam atau setengah hari tetapi sudah tiga abad lamanya.

.
Orang ramai kemudiannya membawa pemuda tersebut mengadap raja
beriman yang mengambil berat hal agama itu. Betapa terkejutnya raja
ketika pemuda menceritakan siapa dia sebenarnya, raja memeluk pemuda
dengan juraian air mata yang tak
terhingga. Seketika suasana istana
menjadi sangat hening dan terharu oleh
kehadiran pemuda yang luar biasa
tersebut.

Raja yang soleh ini kemudian menjelaskan kepada pemuda itu bahawa raja
kejam Diqyanus telah mati 309 tahun yang lalu. Selepas mendengar kisah
menakjubkan itu, raja lalu mengajak para pembesarnya dan semua orang
yang hadir berangkat ke Gua Ashabul Kahfi bersama wakil pemuda itu,
untuk menjemput dan bertemu dengan kesemua pemuda tersebut, apalagi
mereka sedang menunggu dengan kelaparan dalam gua, di samping ingin
mengetahui keadaan di gua dan untuk mendengar kisah sebenar mereka.

.
Setelah mereka keluar dari gua itu, mereka disambut raja dan penduduk
negeri. Raja membawa mereka ke dalam istana dan diberinya tempat di
istana yang indah itu. Namun demikian mereka menolak malah tetap
memilih untuk kembali ke gua semula.

Di hadapan orang ramai, para pemuda ini menyarankan supaya mereka
hendaklah sentiasa beriman kepada Allah ‫سبحانه وتعالى‬, jangan sesekali tunduk
kepada sesiapa yang mengajak pada jalan kesesatan dan kemusyrikan.

.
Tidak lama kemudian selepas mereka memberi ucapan selamat tinggal
kepada raja dan rakyatnya yang beriman itu. Para pemuda lalu sama-sama
bersujud dan berdoa ke hadhrat Allah ‫ سبحانه وتعالى‬agar menurunkan
rahmatNya dan agar Allah ‫ سبحانه وتعالى‬mengizinkan mereka pulang ke
rahmatullah. Sejurus selepas mengucapkan doa itu mereka merebahkan
badan di tempat pembaringan lalu menghembuskan nafas mereka yang
terakhir dengan tenang dan tenteram. Termaklumlah bahawa Allah ‫سبحانه‬
‫ وتعالى‬telah mengambil roh pemuda-pemuda itu dan kembali kepadaNya
untuk selama-lamanya.

Keadaan dan kejadian itu, menjadi asas yang amat kuat bagi mereka untuk
tetap beriman dan tunduk kepada Allah ‫سبحانه وتعالى‬, Tuhan yang Maha Kuasa.
Mereka makin percaya bahawa janji Allah ‫ سبحانه وتعالى‬itu benar belaka dan
Hari Qiamat serta akhirat itupun benar semuanya.

Terima kasih kerana dapat meluangkan masa

membaca kisah dari Al Quran ini. Semoga banyak
manfaat yang kita dapat.

Teruskan membaca serta mengkaji dan mengambil
pengajaran dari kisah Ashabul Kahfi. Jangan lupa
juga untuk mengamalkan membaca surah ini pada

setiap hari jumaat. Moga kita semua dilindungi
Allah..aamiin

Salam sayang dari Ustazah Azizah Bt Sarip

SIRAJSUBA 2020


Click to View FlipBook Version