KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Bil : 600-3/1/4 (19)
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LIMA
08200 SIK, KEDAH
TEL/FAX:01165727209
EMAIL: [email protected]
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM
(KALI KE-2/2022)
Tarikh : 13 Jun 2022
Hari : Isnin
Masa : 1.45 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat
Kehadiran : Rujuk Lampiran
1 UCAPAN PENGERUSI
1.1 PK Kokurikulum, Pn. Zanariah Binti Rasidi selaku Pengerusi Mesyuarat
mengalu-alukan kehadiran semua guru. Beliau juga mengucapkan jutaan
terima kasih atas kehadiran semua guru dalam Mesyuarat Kokurikulum
Kali Ke-2 bagi tahun 2022. Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima
kasih atas komitmen semua guru yang telah menyumbang tenaga dalam
menjayakan program Kokurikulum yang telah dijalankan bermula bulan Mac
sehingga kini.
1.2 Puan Zanariah meminta supaya semua laporan aktiviti dikemaskini mengikut
unit masing-masing.
1.3 Setiausaha Sukan dan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani diminta merancang
perbelanjaan barang sukan yang penting kerana peruntukan wang
kokurikulum masih banyak. Beliau menasihatkan supaya barang yang telah
dibeli direkodkan dengan baik.
1.4 Selain itu, beliau juga mencadangkan supaya Unit Sukan memastikan stor
sukan kemas dan teratur.
2 UCAPAN GURU BESAR
2.1 Encik Mohd. Yusreem Bin Yahaya selaku Guru Besar SK Batu Lima
mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam
Mesyuarat Kokurikulum Kali Ke-2 bagi tahun 2022. Beliau juga
mengucapkan tahniah dan terima kasih atas komitmen semua guru
yang telah menyumbang tenaga dalam memastikan murid-murid berjaya
dengan cemerlang.
2.2 Beliau menjelaskan kepentingan aktiviti kokurikulum dalam kemenjadian
murid. Kokurikulum sama penting dengan akademik. Para guru hendaklah
membantu murid-murid sertai aktiviti atau pertandingan yang diadakan di
peringkat daerah, negeri dan antarabangsa.
3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
3.1 Pn. Suzaifah Binti Ab. Latif sebagai Setiausaha Kokurikulum membentangkan
Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali Ke-1 2022 dan memohon semua guru untuk
membuat semakan dan seterusnya mencadangkan minit mesyuarat berkenaan
diterima dan disahkan serta disokong.
3.2 En. Mohamad Hafizi B. Mohd. Nazir mencadangkan minit mesyuarat berkenaan
diterima dan disahkan. Cadangan tersebut telah disokong oleh En. Mohd. Zaini b.
Ishak.
Makluman : Semua
1
4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4.1 Tiada perkara berbangkit.
5. PERLAKSANAAN PROGRAM-PROGRAM KO-KURIKULUM.
5.1 Di bawah adalah senarai program-program yang telah dijalankan di bawah unit
ko-kurikulum sehingga bulan Jun.
a. Latihan rumah sukan
b. Kejohanan merentas desa peringkat sekolah.
c. Kejohanan merentas desa MSSD Sik.
d. Pertandingan Ko-Akademik - Karnival Bahasa Inggeris : Story Telling, Public
Speaking
e. Sambutan Hari Guru dan Hari Raya.,
5.2 Beberapa program akan dijalankan seperti,
a. Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah 2022.
b. Latihan sukan Peringkat PPD - Catur, Bola sepak, Bola Jaring, Olahraga MSSD
Sik.
c. Coral Speaking
d. Karnival Bahasa Melayu
5.3 Jawatankuasa diharap dapat merancang serta membuat persediaan lebih awal
dan intensif untuk memantapkan pasukan sekolah supaya dapat
diketengahkan bakat murid dan meraih kejayaan lebih cemerlang dalam
pertandingan yang disertai.
Makluman: Semua Guru
6. PELAKSANAAN PROGRAM INTERAKTIF KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
(PIKeBM)
6.1 Pengisian PIKeBM perlu dilaksanakan setiap kali perjumpaan unit-unit ko-
kurikulum.
6.2 Program ini perlu diselitkan selama 5 hingga 10 minit.
6.3 Modul akan disdiakan untuk rujukan guru-guru.
6.4 Borang laporan juga akan diberi yang baharu untuk diisi dan perlu
didokumentasikan.
Makluman : Semua Guru
7. HAL-HAL LAIN
7.1 Surat pemakluman Pelaksanaan Aktiviti Mingguan Kokurikulum dan PAJSK
telah mendapat tandatangan TKPPM SOS. Akan dibuat hebahan dalam masa
terdekat.
7.2 Semua pengguna sistem PAJSK, pihak BPM telah reset semua kata laluan
sementara Pajsk2022. Jesteru, mohon pengguna (PPD dan guru sekolah
2
rendah dan sekolah menengah untuk masukkan kata laluan
sementara(Pajsk2022) dan buat pengemaskinian kepada kata laluan yang
baharu. (Kalau boleh kekalkan sahaja Pajsk2022).
7.3 Taklimat ringkas Sukan Tara dan Kejohanan Sukan tahunan 2022 akan
diadakan pada esok,14 Jun /Selasa pada pukul 12.45 tengah hari. Guru yang
terlibat seperti di bawah.
a. Ketua rumah Temenggung
b. Keua rumah Laksamana
c. Ketua rumah syahbandar
d. Ketua rumah Bendahara
e. Cikgu Shuhairi
f. Cikgu Haslan
g. Cikgu Zaini
Makluman : Semua Guru
8. PENUTUP
8.1 Pn. Zanariah mengingatkan agar semua guru bekerja sebagai satu pasukan
dalam menjayakan kokurikulum SK Batu Lima.
8.2 Beliau berharap guru-guru terus komited dalam melaksanakan amanah serta tugas
yang diberikan. Beliau juga berharap semua guru dapat memberi kerjasama dan
sama-sama turun padang dan bersemangat melatih murid-murid yang
menunjukkan minat mereka dalam bidang Kokurikulum.
8.3 Selain itu, guru hendaklah memastikan SOP dan keselamatan murid diambil
berat. Laporkan kejadian dengan segera kepada pentadbir sekiranya berlaku
kejadian yang tidak diingini.
8.4 Akhir kata, PK Kokurikulum mengucapkan terima kasih atas perhatian yang telah
diberikan oleh semua guru dan sekali lagi beliau memohon maaf atas segala
kelemahan dan kekurangan yang wujud dalam pengurusan Kokurikulum. Unit
Kokurikulum sentiasa mengalu-alukan idea dan cadangan guru untuk
memantapkan lagi pengurusan Kokurikulum dari semasa ke semasa.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
…………………………. ………………………………..
PN. SUZAIFAH BINTI AB. LATIF PN. ZANARIAH BINTI RASIDI
Setiausaha Kokurikulum PK Kokurikulum
SK BATU LIMA, SK BATU LIMA
08200, SIK 08200 SIK,
Kedah DarulAman. Kedah DarulAman.
.
3
KEHADIRAN MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KE-2/2022
13/6/2022- (ISNIN)
1.45 PETANG
BIL NAMA JAWATAN CATATAN
1 EN. MOHD YUSREEM BIN YAHAYA GURU BESAR
2 PN HALIMATUN BINTI MUSA PK PENTADBIRAN
3 PN. ZANARIAH BINTI RASIDI PK KOKURIKULUM
4 PN. MARDIANI BINTI MUSA
5 PN. SUZAIFAH BINTI AB. LATIF PK HEM
6 EN. MUHAMAD HAFIZI BIN BOHD. NAZIR SETIAUSAHA KOKURIKULUM
7 EN. SHUHAIRI BIN ZAINOL NAIB SETIAUSAHA KOKURIKULUM
SETIAUSAHA SUKAN/PENYELASRAS
8 PN. ARITA HARYATI BT OTHMAN SEGAK/PENYELARAS SUKAN 1M1S
9 PN. NORHAIZUN BT HALIM
SETIAUSAHA PAJSK
10 PN SITI NORHASNIZAH BT RASID GURU
11 EN NAZRI BIN YUSUFF
12 EN ATHIFI BIN SAIDON GURU
13 EN MOHD ZAINI B ISHAK GURU
14 EN ZAMRI B MOHD NOOR GURU
15 EN ABDUL RAHIM B NIK GURU
16 EN NAZRI B AHMAD GURU
17 EN AHMAD AZHAR BIN SAIDIN GURU
18 EN HASLAN B SALIMAN PENOLONG SETIAUSAHA SUKAN
19 PN ZALINA BT HASSAN GURU
20 PN SOPIAH BT ISMAIL GURU
21 PN. NOOR AZWA BT YAACOB GURU
22 PN ZAIDA BT DIN GURU
23 PN NAVA KAMALA DEVI A/P R. GURU
GURU
NARAYANASAMY GURU
24 PN NOR HARISHAH BT SULAIMAN
25 PN JELEKHO BT MAT ZIN GURU
26 PN RAFIDAH BT RAMLI GURU
27 PN NURUL ATIKAH BT ABDUL MANAF GURU
28 PN NUR DIYANA BT BAHAROM GURU
29 PN NORLIDA BT MAD HAR GURU
30 PN MAZURA BT ABU BAKAR GURU
31 PN SALWATI BT ABDUL SAMAT GURU
32 PN HANISA BT SAAD GURU
33 PN HAZAMA BT ABDUL RAZAK GURU
34 GURU
35
36
37
38
4
5