The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by issha96, 2019-07-16 04:40:15

buletin april - jun (1)

buletin april - jun (1)

BIRO PENDIDIKANBULETIN ILKKMBIL 2/2019

APRIL-JUN

KUALA TERENGGANU (KEJURURAWATAN)

“BULAN BERKAT UMMAH
SEJAHTERA”

2 MEI - Penantian bulan Ramadan Al-Mubarak pasti dinanti Menarik di dalam
oleh semua umat Islam di seluruh dunia khususnya Malaysia
yang terus ingin merebut keberkatan di bulan yang mulia ini.  KECEMERLANGAN AKADEMIK
Justeru bagi meraikan kedatangan bulan tersebut, Majlis
Pelancaran Ihya’ Ramadan Peringkat Negeri Terengganu Ta- PELATIH POS BASIK
hun 1440H/2019M telah diadakan di Dewan Besar Wisma Darul
Iman, Kuala Terengganu.  PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN

Seramai 23 orang pelatih ILKKM Kuala Terengganu DAN NASYID PERINGKAT ILKKM
(KEJURURAWATAN) telah dijemput untuk bersama-sama bagi me-
nyerikan majlis ini. Pelatih ini terdiri dari Kumpulan Julai 2017 tahun  KARNIVAL SUKAN DAN KEBUDAYAAN
2 semester 1 dengan diiringi oleh 2 orang Jururawat Klinikal.
ILKKM ZON TIMUR
Majlis ini merupakan anjuran bersama Yang Berhormat Se-
tiausaha Kerajaan Terengganu dan Yang Berhormat Pengerusi  MAJLIS TADARUS AL QURAN DAN
Jawatankuasa Pembangunan Insan, dakwah dan Penerangan
serta agensi-agensi kerajaan Negeri Terengganu yang lain. Ia MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA
telah disempurnakan oleh Setiusaha Kerajaan Negeri Tereng- PELAJAR TAHFIZ
ganu, Dato’ Haji Abdul Rahman Yahya selaku wakil YAB Men-
teri Besar Terengganu yang tidak dapat hadir kerana urusan  PROGRAM SOLAT TARAWEH SEPAN-
kerja beliau.
JANG RAMADHAN
Pada majlis itu juga, Kerajaan Negeri Terengganu turut
menyampaikan sumbangan kepada seluruh masjid dan surau
dalam Negeri Terengganu iaitu kawasan Kuala Terengganu dan
Kuala Nerus, Kemaman Dungun, Besut, Hulu Terengganu,
Marang, dan Setiu untuk pelaksanaan aktiviti sepan-
jang Ramadhan tahun ini.

Setiusaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Haji Abdul
Rahman Yahya turut mengingatkan kepada penjawat
awam supaya meningkatkan integriti dan taraf kehidupan
sebagai penjawat awam.

“ BULAN BERKAT UMMAH SEJAHTERA

PENAUNG : PUAN ZAITON BT MUDA

PENASIHAT : PUAN SYARIFAH FATIMAH KAMILAH BT YED OMAR

EDITOR : MAIZATUL AMIERA RAHMAT, NADIA WANI MAT NASIR, HANIS NABILA CHE MAT, NURUL FARAHANIM MAZLAN, EZATUL
ATIQAH ZAHABA, NURUL SYAZWANI ROHADI.

KECEMERLANGAN AKADEMIK PESERTA
PENGKHUSUSAN ILKKM KUALA
TERENGGANU

3 APRIL - Telah diadakan perhimpunan
bulanan bertempat di Astaka Budi
ILKKM Kuala Terengganu
(Kejururawatan). Perhimpunan ini telah
dikendalikan oleh pelatih Peserta
Pengkhususan ambilan Mac-
September 2019. Perhimpunan ini
dihadiri oleh semua staf kolej, pelatih
basic dan pelatih basic.

Pada hari tersebut juga telah berlangsung
upacara penyampaian Anugerah Pengarah
oleh Pengarah iaitu Puan Zaiton Muda kepada
pelajar Pos Basik yang mencapai gred purata
3.85 hingga 4.0 . Group September 2018
seramai 28 orang dan group Mac 2018 seramai
24 orang. Semua pelatih telah lulus dengan
cemerlang berkat usaha dan didikan para
pengajar. Tahniah diucapkan dan setinggi
penghargaan kepada para pelatih yang men-
capai keputusan cemerlang didalam peperik-
saan akhir tersebut. Diharapkan para pelatih
lain dapat meneruskan lagi kejayaan tersebut
di masa akan datang.
“Don’t quit because the road is hard. Good
thing come from hard work”

2

KARNIVAL KEWANGAN

5 APRIL - Karnival Kewangan telah
dilancarkan pada 17 Januari 2017 oleh
Bank Negara Malaysia dengan ker-
jasama industri kewangan. Sejak
pelancarannya, karnival ini telah diada-
kan di Hotel Tabung Haji Kuala Tereng-
ganu.Pada tahun 2019, Karnival
Kewangan Terengganu (Karnival) akan
mendekati masyarakat tempatan di
wilayah pantai timur iaitu di Terengga-
nu, Kelantan dan Pahang. Menjurus
kepada berlangsungnya Karnival
Kewangan ini, satu siri jerayawara
(roadshows) dengan tema “Sembang
Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival
Kewangan” akan diadakan di 11 lokasi.

Karnival yang bertemakan
“Utamakan Keperluan Kewangan
Anda" akan berlangsung selama tiga
hari. Tujuan karnival ini adalah untuk
meningkatkan kesedaran orang ramai
berkaitan dengan produk dan perkhid-
matan kewangan, meningkatkan tahap
celik kewangan dan memberikan pem-
ahaman yang mendalam kepada orang
ramai mengenai hal berkaitan dengan
kewangan. Antaranya ialah perbankan
Islam, pembiayaan PKS, perlindungan
insurans/takaful, penipuan kewangan,
perancangan kewangan dan saluran
bantuan penyelesaian kewangan.

Karnival ini akan disertai oleh lebih
45 institusi kewangan dan agensi kera-
jaan yang mengadakan pelbagai
aktiviti edutainment bagi membantu
individu dan perniagaan dalam
kalangan masyarakat tempatan untuk
menguruskan kewangan dengan lebih
berkesan.

Seramai 48 orang pelatih basic telah menyertai program
tersebut terdiri daripada Tahun 2 Semester I dan Tahun 2
Semester . Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program
tersebut antaranya Poket Talks tentang jenayah, dan pen-
gurusan kewangan. Selain itu, terdapat booth pembukaan
akaun baru, cabutan bertuah, aktiviti mewarna dan
persembahan istimewa oleh artis jemputan seperti Caprice
dan ramai lagi.

3

PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN DAN
NASYID ILKKM PERINGKAT KEBANGSAAN

6 APRIL - Majlis Tilawah Al Quran dan
Pertandingan Nasyid Peringkat Ke-
bangsaan Tahun 2019 Ilkkm ber-
lansung di IKMAS, Kuching , Sarawak
selama 2 hari. Program ini merupakan
program tahunan bagi Ilkkm. Program
ini ternyata telah berjaya melahirkan
ramai qari dan qariah yang memarta-
batkan Al Quran dan Sunnah. Pada
penganjuran kali ini peserta yang me-
wakili terdiri daripada Zon Timur, Zon
Selatan, Zon Utara dan Zon Sabah
Sarawak. Umumnya setiap wakil zon
akan menghantar 2 wakil bagi qari dan
qariah, manakala wakil nasyid disertai
oleh satu kumpulan sahaja bagi setiap
zon. Ilkkm Kuala Terengganu telah
menghantar seorang wakil qariah iaitu
Aini Marziah bt Ruslan , manakala bagi
kategori nasyid tiada penyertaan . Be-
liau telah diiringi oleh Timbalan Hal
Ehwal Pelajar iaitu Puan Mek Rusiah bt
Mohamad.
Tema edisi kali ini bertemakan
‘‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat”.
Setiap manusia berhak untuk disantuni
walaupun tindakan dan pandangan
mereka berbeza diantara kita. Justeru
itu Islam adalah agama yang membawa
rahmat pada seluruh manusia dan Al
Qura merupakan panduan yang benar
bagi seluruh umat Islam.

Penutupan majlis telah berlansung pa-
da 7 April 2019 dan telah di telah
dirasmikan oleh Pengarah Ilkkm Ku-
ching iaitu Pn Sharifah Necolas.

4

PROGRAM PUSAT PEMULIHAN DALAM
KOMUNITI

16 APRIL - program melawati
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
(PPDK) bertempat di Tepoh, Ter-
engganu. Program ini melibatkan
pelatih basic Tahun 2 Semester II
dan diiringi oleh beberapa
pengajar iaitu Puan Liza Haryanti ,
Puan Zainon dan Public Health
Nurse Junainah .

Program Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK) atau "Community-
Based Rehabilitation" (CBR) telah
dipelopori oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO).
Jabatan Kebajikan Masyarakat
telah terlibat secara langsung da-
lam penyedian manual dan se-
terusnya diberi peluang menilai
dan mengubahsuai pelaksanaan
program ini.

Pada tahun 1984, Jabatan Keba-
jikan Masyarakat telah mengambil
inisiatif dengan kerjasama Kemen-
terian Kesihatan Malaysia untuk
menjalankan Projek Perintis PDK
di Mukim Batu Rakit, Kuala Ter-
engganu untuk melibatkan 55
orang kurang upaya (OKU).
Program PDK ini berkembang
dengan pesatnya serta mendapat
sambutan yang begitu mengga-
lakkan dari masyarakat dari masa
ke semasa.

Objektif program ini ialah bertujuan untuk ;-

Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungja-
wab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang
kurang upaya (OKU).
Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tem-
patan untuk pemulihan OKU.
Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang
diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setem-
pat.

Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut ada-
lah menilai perkembangan kanak-kanak khas melalui carta
denver. Melihat perkembangan mereka dari segi kemajuan
menulis dan berinteraksi dengan orang lain. Disamping itu,
pengurus PPDK tersebut memberi sedikit info berkaitan
dengan kanak-kanak pendidikan khas yang dapat meningkat-
kan lagi pengetahuan yang sedia ada.

5

19 APRIL - bertempat di Institut Latihan Kementerian
Kesihatan Kubang Kerian , Kelantan telah berlangsung
Karnival Sukan dan Kebudayaan peringkat Zon Timur.
Seramai 75 orang pelatih jururawat telah mengikuti karni-
val tersebut sebagai peserta dan penyokong. Program ini
telah diiringi oleh Penyelaras Unit Sukan iaitu Puan Che
Wan Rusmarynee dan beberapa pengajar iaitu Puan
Norasikin Awang.

KARNIVAL SUKAN DAN KEBUDAYAAN
ILKKM PERINGKAT ZON TIMUR 2019

Objektif Karnival Sukan ; -

Membudayakan sukan untuk me-
lahirkan graduan yang cergas, cer-
das, cemerlang, dan berdaya saing
di peringkat global. Menjadi sebuah
organisasi sukan yang cemerlang
dalam pembangunan dan perkhid-
matan sukan. Melaksanakan sukan
sebagai salah satu mata pelajaran
pilihan ko-kurikulum.Menggalakkan
masyarakat kampus bergiat cergas
dalam aktiviti sukan dan riadah.
Merapatkan silaturahim sesama
masyarakat dan masyarakat luar
kampus.
Meningkatkan imej ILKKM melalui
pencapaian sukan dan sebagai pusat
kecemerlangan Bumiputra.

Pelbagai acara telah dilansungkan
antaranya perlawanan bola jaring,
bola tampar, futsal , badminton ,
pingpong dan aerodance. Ilkkm
KualaTerengganu telah dinobatkan
sebagai juara dalam pertandingan
Aerodance dan badminton
perseorangan perempuan. Tahniah
dan syabas di atas kejayaan tersebut
dan diharapkan para pelatih dapat
meneruskan kejayaan di peringkat
antarabangsa.

6

Pembentangan research januari 2017

24 APRIL - Telah berlansung Pemben-
tangan Research oleh pelatih dari Tahun
3 Semester I .program ini telah dirasmi-
kan oleh Timbalan Pengarah Akademik,
Puan Junaidah Manan, manakala juri
jemputan terdiri daripada Puan Nurasikin
Binti Awang dan Puan Liza Haryanti.
Pembentangan ini terdiri daripada empat
kumpulan dan dinilai oleh beberapa pan-
el juri. Pembentangan tersebut turut
diberi maklum balas dan disertai sesi
soal jawab. Antara tajuk yang diben-
tangkan ialah kanser serviks,
penggunaan tong sampah kitar semula,
penggunaan bilik simulasi dan BMI bagi
pelajar ILKKM Kuala Terengganu.
Program ini turut melibatkan pelajar Ta-
hun 2 Semester 1 sebagai penonton dan
pendengar untuk dijadikan panduan
pembelajaran pada semester akan da-
ting.
Diharapkan pelatih dapat meningkatkan
mutu pembentangan dan teknik penyam-
paian dengan lebih baik dan berkesan.

7

MAJLIS TADARUS AL-QURAN
DAN BERBUKA PUASA WARGA
ILKKM KUALA TERENGGANU
BERSAMA PELAJAR TAHFIZ

19 MEI - Majlis Tadarus Al- tajuk “ Tokoh Jururawat ”
oleh pengajar maahad tah-
quran diadakan dengan fiz.

penyertaan pelatih post Program diteruskan dengan
meraikan majlis berbuka
basik, pelatih basik, tenaga puasa dan solat tarawih
bersama warga ILKKM
pengajar dan staf– staf ILKKM Kuala Terengganu dan
pelajar Maahad Tahfiz.
Kuala Terengganu Solat tarawih diimamkan
oleh para pelajar maahad
(Kejururawatan). tahfiz tersebut.

Majlis ini bermula pada jam
3.00 petang dengan bacaan
ayat suci Al-Quran secara
berkumpulan dan secara ber-
tadarus. Majlis disempur-
nakan oleh Timbalan Hal
Ehwal Pelajar Puan Mek Rusi-
ah binti Mohamad.

Majlis turut disertai dengan
dengan ceramah yang ber-

10

P RO G R A M S OL AT S U NAT TA R AW I H
SEPANJANG BULAN RAMADHAN

21 MEI - Program solat sunat tarawih diadakan
di surau asrama kolej ILKKM Kuala Terengganu
bagi menggalakkan para pelajar istiqamah
dengan solat sunat tarawih sehingga ke hujung
bulan ramadan.
Ada sesetengah pelajar ke Masjid Ladang ber-
hampiran kawasan Hospital Kuala Terengganu untuk
bersolat terawih pada minggu pertama dan minggu
kedua dan kemudian diteruskan di kolej sepanjang
minggu penempatan di klinikal bagi menggalakkan
para pelajar meneruskan aktiviti mulia ini meskipun
penat dan sibuk dengan kerja.
Program solat sunat tarawih ini diimamkan oleh para
pelajar sendiri mengikut wakil setiap semester iaitu
Siti Nur Laila Salikin Binti Mohd Jafri (semester 3),
Amni Binti Mohammad Yusuf (semester 4), dan Aini
Marziah (semester 5).
Diharapkan kita diberikan kesempatan sekali lagi un-
tuk menyambut Ramadan, bulan yang penuh keber-
katan tahun ini dengan program seperti solat sunat
tarawih di masa akan datang.
#MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

11


Click to View FlipBook Version