PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BELURAN
TERIMA KASIH CIKGU
Isi Kandungan Muka Surat
Atur Cara Majlis Sambutan Hari Guru : 1-2
Perutusan :3
Yang Berhormat Datuk Dr. Mohd Radzi Bin Md Jidin
Menteri Kanan Pendidikan , :4
Kementerian Pendidikan Malaysia
:5
Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Menteri Pertanian Dan Industri Makanan :6
Merangkap
Ahli Parlimen P.183 Beluran, :7
:8
Perutusan Pengarah
Ybhg. Puan Tah Nia Binti Haji Jaman :9
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
: 10 - 15
Ucapan Alu-aluan
Yang Berusaha Tn. Haji Sh. Mahada Bin Sh. Attar : 16 - 17
Pengarah Pendidikan Daerah Beluran, : 18
Pejabat Pendidikan Daerah Beluran. : 19
: 20
Tokoh Guru : 21
Hari Guru Peringkat Daerah Beluran Tahun 2022
En. Gabriel Bali
Tokoh Guru
Hari Guru Peringkat Daerah Beluran Tahun 2022
Puan Cecilia Lawrence
Jawatankuasa Induk
Sambutan Hari Guru Tahun 2022
Peringkat Daerah Beluran
Penerima Anugerah
Anugerah Guru Sejati dan AKP Sejati
Anugerah Ikon Guru
Anugerah Khas Pendidikan
Anugerah Kepimpinan PGB
Anugerah Jasamu Dikenang
Anugerah Tokoh Guru
Jawatan Kuasa Pelaksana
Pengisin Aktiviti Sambutan Hari Guru 2022
Ikrar Guru
Lirik Lagu Hari Guru
Penghargaan
ATUR CARA
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH BELURAN TAHUN 2022
8.00 : Ketibaan AJK Sambutan Hari Guru
8.30 pagi
: Ketibaan Tetamu Jemputan
10.00 pagi * Guru-Guru
* Penerima Anugerah
* Barisan Pentadbir Sekolah
* Pegawai Pendidikan Daerah
dan Semua Timbalan PPD
* Jemputan VIP
Persembahan :
* Persembahan Tarian
: Ketibaan Perasmi dan Rombongan
: Persembahan Tarian Sambut Tamu
: Nyanyian : Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu-aluan
Yang Berusaha Tn. Haji Sh. Mahada Bin Sh. Attar
Pengarah Pendidikan Daerah Beluran,
Pejabat Pendidikan Daerah Beluran.
: Ucapan
Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Menteri Pertanian Dan Industri Makanan
Merangkap
Ahli Parlimen P.183 Beluran,
: Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru
Yang Berhormat Datuk Dr. Mohd Radzi Bin Md Jidin
Menteri Kanan Pendidikan ,
Kementerian Pendidikan Malaysia
: Gimik Pelancaran Hari Guru
: Lafaz Ikrar Hari Guru
: Persembahan KOIR :
* Lagu Hari Guru
ATUR CARA
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH BELURAN
TAHUN 2022
MASA PERKARA
1.00 Tgh. Hari : Penyampaian Anugerah Guru Sejati dan AKP Sejati
: Persembahan Ukulele
: Penyampaian Anugerah Ikon Guru
: Penyampaian Anugerah Khas Pendidikan
: Penyampaian Anugerah Kepimpinan PGB
: Penyampaian Anugerah Jasamu Dikenang
: Persembahan Multimedia Tokoh Guru
: Anugerah Tokoh Guru
: Jamuan Makan
: Majlis Bersurai
PERUTUSAN
YB Datuk Dr. Mohd Radzi Bin Md. Jidin
Menteri Kanan Pendidikan ,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya Pejabat Pendidikan Daerah Beluran dapat
meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Beluran pada tahun ini. Syabas dan Tahniah! Setiap tahun, pada
tanggal 16 Mei adalah tarikh keramat penuh bermakna kepada warga pendidik. Guru diberi pengiktirafan atas peranan
dan pengorbanan mendidik anak bangsa. Pastinya sejak dahulu lagi, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama
sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru.
Pada tahun ini, tema hari guru ialah „Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA‟. Tema ini membawa
pengertian yang cukup mendalam dan bermakna kerana guru merupakan tunjang utama dalam Sistem Pendidikan
Negara. Peranan guru bukan sahaja untuk menyampaikan ilmu kepada murid, malah memastikan murid mempunyai
sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan melalui Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) di sekolah.
Sesungguhnya dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, gurulah yang menjadi
pengajar, pendidik dan pembimbing yang menyumbang khidmat bakti bermula dari tadika sehinggalah ke peringkat
tertinggi. Guru menjadi pendukung dan pemacu kepada transformasi pendidikan negara. Setiap tahun kita telah melalui
dan melihat pelbagai pengalaman serta kejayaan murid sama ada yang masih menuntut di sekolah atau telah tamat
persekolahan. Segala pengalaman pahit dan manis tersebut tidak akan dapat dirasai tanpa usaha gigih dan keprihatinan
para guru.
Konsep Sekolahku SEJAHTERA adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri.
Penerapan elemen SEJAHTERA bermula daripada peringkat prasekolah dan berterusan sehingga
peringkat menengah dan diamalkan sepanjang hayat. Proses penerapan elemen SEJAHTERA berfokuskan kepada
pembelajaran berpusatkan murid bagi memastikan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan. Konsep ini juga
bermatlamat untuk menambah baik peranan guru sebagai pemboleh daya penerapan elemen SEJAHTERA. Penerapan
elemen SEJAHTERA dalam kalangan murid perlu dilaksanakan secara menyeluruh di dalam dan di luar sekolah yang
melibatkan aktiviti berstruktur dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid yang sejahtera sudah pasti akan
membentuk sekolah sejahtera. Usaha ini perlu melibatkan kolaboratif antara pihak sekolah dengan keluarga serta
sokongan komuniti.
Saya percaya bahawa setiap elemen dalam konsep sekolahku SEJAHTERA yang difahami,
dipraktikkan dan dihayati dapat membentuk budaya amalan baik di sekolah serta mewujudkan suasana sekolah yang
selamat. Elemen yang dipraktikkan juga berupaya melahirkan insan bernilai positif yang dapat menyumbang kepada
pembentukan masyarakat sejagat.
Jutaan terima kasih diucapkan atas segala budi dan jasa seluruh warga pendidik dalam mendidik anak-
anak bangsa khususnya daerah Beluran. Semoga semua guru dan staf pendidikan akan terus cemerlang, walau di
mana bakti dan budi ditaburkan. Bersama-sama kita memastikan tema sambutan Hari Guru iaitu Guru Tunjang Sekolah
SEJAHTERA ke arah membina negara bangsa, melalui pelaksanaan pendidikan yang berkualiti.
Guru, andalah pewaris negara yang membina generasi baharu. Selamat Hari Guru,
Terima Kasih Cikgu….
Perutusan
YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Menteri Pertanian Dan Industri Makanan
Merangkap
Ahli Parlimen P. 183 Beluran
Salam sejahtera.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga Pejabat Pendidikan Daerah Beluran atas
Pengelolaan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah bagi Tahun 2022. Saya juga menzahirkan rasa kesyukuran dan terima
kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin Menteri Kanan Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia, atas kehadiran Yang Berbahagia di Majlis Sambutan Hari Guru, Peringkat Daerah Beluran.
Hari Guru diadakan pada setiap tahun bagi meraikan jasa-jasa guru yang banyak mencurah bakti dalam
mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang berakhlak mulia, berjaya di dunia dan di akhirat. Sejajar dengan
tema ”Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”, guru merupakan tunjang utama dalam sistem pendidikan negara. Kefungsian guru
bukan hanya menyampaikan ilmu kepada murid bahkan memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara
mempunyai sahsiah serta daya saing yang baik melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara
semulajadi. Tema ”Guru Tunjang Sekolah Sejahtera” ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan
profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sambutan Hari Guru ini bukan hanya meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru tetapi juga menjadi
dorongan kepada semua warga pendidikan untuk terus memperjuangkan dan meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran dalam melahirkan modal insan yang berketrampilan dan seimbang. Tugas warga pendidik hari ini semakin
mencabar dan memerlukan kreativiti dan inovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran murid lebih berkesan di
bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Saya amat pasti bahawa menjadi guru bukanlah tugas yang mudah untuk membentuk insan dari segenap
aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah yang cemerlang. Semua orang mampu menjadi guru tetapi tidak semua orang
yang boleh menjadi pendidik yang jiwanya penuh rasa tanggungjawab dan sentiasa sanggup berkorban demi anak didiknya.
Pada saya, semua guru yang berada dan bertugas di Daerah Beluran ini merupakan guru-guru yang hebat dan sebenar-
benarnya pendidik.
Terima kasih atas segala budi dan jasa kalian dalam mendidik anak-anak kami terutama di daerah
Beluran ini. Jasa bakti kalian semua tidak mampu dibalas. Sebagai menghargai jasa dan budi baik guru-guru, majlis ini
diadakan. Walaupun majlis sambutan hari guru yang diadakan tidak setanding dengan tenaga dan keringat yang diberikan
kepada anak-anak kami, namun majlis ini tetap diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada anda
semua.
Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah. Semoga semua guru dan
staf pendidikan akan terus cemerlang walau di mana bakti dan budi ditaburkan. Akhir sekali, sebelum mengundur diri,
Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Guru, “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”
Terima Kasih Cikgu...
Perutusan Pengarah
Ybhg. Puan Tah Nia Binti Haji Jaman
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan Salam SEPAKAT SABAH HEBAT
Setiap tahun, tarikh 16 Mei merupakan tarikh keramat untuk kita menzahirkan ucapan terima kasih
kepada golongan pendidik. Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Dengan tema ”GURU TUNJANG SEKOLAH
SEJAHTERA”, peranan pendidik adalah sebagai tonggak utama dalam memastikan aspirasi Sekolah Sejahtera ini
terlaksana.
Sambutan Hari Guru amat bermakna kepada semua warga pendidik bukan sahaja untuk meraikan
jasa dan pengorbanan mereka, tetapi juga sebagai dorongan untuk mereka terus memperjuangkan dan meningkatkan
kualiti dalam mendidik pelajar.
Sebagai nilai tambah kepada Sambutan Hari Guru, saya difahamkan diadakan penyampaian
Anugerah Sejati yang merupakan jenama PPD Beluran bagi mengiktiraf sumbangan cemerlang guru dan staf
mengikut kaca mata pengetua dan guru besar di sekolah tanpa had. Ini bermakna semua guru dan staf yang ‟cukup
sifat‟ dan memberi multiply effect di sekolah layak menjadi Guru Sejati.
Saya percaya, dengan penganugerahan ini akan menjadi acara tahunan yang dinantikan oleh
semua warga pendidik untuk meraikan dan memberikan pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan
prestasi yang cemerlang dalam perkhidmatan.
Saya dimaklumkan seramai lebih 200 orang akan menerima anugerah. Semua anugerah ini adalah
merupakan sumbangan daripada Yang Berbahagia Datuk Seri. Saya ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Yang Berhormat kerana sanggup membiayai program ini. Jasa guru
sememangnya besar dan tidak dapat terungkap dengan kata-kata. Setiap ibu bapa dan pelajar seharusnya
menghargai segala ilmu yang dicurah serta mendapatkan restu daripada guru agar ilmu yang dipelajari mendapat
berkat.
Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus
lumus memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, Menteri Kanan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yang Berbahagia Datuk
Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian Dan Perindustrian Makanan Malaysia Merangkap Ahli Parlimen P.183
Beluran kerana sudi bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Guru Peringkat PPD Beluran pada tahun ini. Kepada
semua penerima anugerah, tahniah dan syabas diucapkan. Teruskan usaha anda.
Selamat Hari Guru, “ Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”
Terima Kasih Cikgu…
Ucapan Alu-aluan
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Beluran
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam SABAH MAJU JAYA. Salam SEPAKAT SABAH HEBAT, Salam KROYOk PPD
Beluran, PANTAS MENERAJUI PERUBAHAN.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama menjayakan
Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat PPD Beluran. Majlis khas sempena Hari Guru ini diadakan untuk meraikan
jasa-jasa guru yang banyak mencurah bakti untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang berakhlak mulia
dan berjaya di dunia dan di akhirat.
Ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, Menteri Kanan
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian
dan Perindustrian Makanan Malaysia Merangkap Ahli Parlimen P.183 Beluran, Yang Berhormat Tn. Samad bin
Jamri, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Merangkap Adun N49 Labuk dan Yang Berusaha Pn.
Tah Nia binti Hj Jaman, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, atas kesudian meluangkan masa untuk
memeriahkan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat PPD Beluran. Sesungguhnya kehadiran kalian bukan sahaja
memeriahkan majlis tetapi juga menunjukkan komitmen dan sokongan terhadap jabatan pendidikan kita di daerah
ini.
Tahniah dan syabas diucapkan atas komitmen yang amat padu daripada semua ahli jawatankuasa
sambutan Hari Guru peringkat PPD Beluran untuk memastikan program ini berjalan dengan lancarnya. Setiap
tahun, tarikh 16 Mei merupakan tarikh keramat untuk kita menzahirkan ucapan terima kasih kepada golongan
pendidik. Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Dengan tema ”GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA”, peranan
pendidik adalah sebagai tonggak utama dalam memastikan aspirasi Sekolah Sejahtera ini terlaksana. Oleh yang
demikian, Sambutan Hari Guru amat bermakna kepada semua warga pendidik bukan sahaja untuk meraikan jasa
dan pengorbanan mereka, tetapi juga sebagai dorongan untuk mereka terus memperjuangkan dan meningkatkan
kualiti dalam mendidik pelajar.
Sebagai nilai tambah kepada Sambutan Hari Guru, PPD Beluran telah menganugerahkan
Anugerah Sejati kepada guru dan staf yang cemerlang. Anugerah Sejati merupakan jenama PPD Beluran yang
mengiktiraf sumbangan cemerlang guru dan staf mengikut kaca mata pengetua dan guru besar di sekolah tanpa
had. Ini bermakna semua guru dan staf yang ’cukup sifat’ dan memberi multiply effect di sekolah layak menjadi
Guru Sejati. Walau bagaimanapun, harus difahami bahawa Anugerah Sejati ini adalah berbeza dengan Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang.
Saya percaya, dengan penganugerahan ini akan menjadi acara tahunan yang dinantikan oleh semua warga pendidik
khususnya Guru-guru di daerah Beluran ini untuk diraikan dan memberikan pengiktirafan kepada mereka yang telah
menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam perkhidmatan.
Seramai lebih 200 orang akan menerima anugerah pada tahun ini. Semua anugerah adalah
merupakan sumbangan daripada Yang Berbahagia Datuk Seri. Saya ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Datuk Seri kerana sanggup membiayai program ini. Semoga jasa
dan sumbangan Datuk Seri akan terus membakar semangat warga pendidikan untuk terus berbakti di daerah ini.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih sekali lagi kepada Yang
Berbahagia Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Yang Berbahagia Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Perindustrian Makanan Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen P.183 Beluran, Yang Berhormat Tn. Samad bin Jamri, Pembantu Menteri Pembangunan
Luar Bandar Sabah Merangkap Adun N49 dan Yang Berusaha Pn. Tah Niah binti Hj Jaman, Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah, kerana sudi bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Guru Peringkat PPD Beluran pada
tahun ini. Kepada semua penerima Anugerah Sejati dan Tokoh Guru, tahniah dan syabas atas kejayaan anda
semua. Teruskan usaha anda. Terima kasih cikgu.
Sekian. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
TOKOH GURU
HARI GURU PERINGKAT DAERAH BELURAN TAHUN 2022
EN. GABRIEL BALI
Encik Gabriel Bali merupakan anak jati Beluran yang dilahirkan
pada 20 Julai 1962. Berasal dari Kampung Ranpek, beliau kini menetap di
kampung halaman bersama isteri tercinta, Puan Raniah Akun dan dikurniakan 3
orang anak lelaki dan 3orang anak perempuan.
Beliau mendapat pendidikan awal di SK Sungai Sapi dan SMK Beluran.
Beliau kemudian meneruskan pelajaran ke SMK Sandakan, Sandakan. Beliau
seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di Institut Pendidikan
Guru Kent pada tahun 1984 sehingga 1987 dengan pengkhususan Bahasa Melayu.
Mula berkhidmat sebagai guru sandaran di SK Pamol selama 2 tahun
bermula pada tahun 1982. Beliau kemudiannya meneruskan khidmat bakti di
SK Ulu Muanad pada tahun 1984 juga sebagai guru sandaran sehingga bergelar
guru terlatih pada 1988.
Berkat komitmen dan kompetensi yang dimiliki, beliau sudah mula
diarahkan menanggung tugas sebagai Guru Besar semenjak tahun 1991 bermula di
SK Obah selama 3 tahun dan SK Basai Baru selama 4 tahun bermula pada 1995.
Beliau terus menerajui sekolah sebagai Guru Besar apabila berkhidmat di SK Bukit
Besi pada 1999 dan SK Sungai Sapi sejak 2002 sehingga 2006.
Khidmat bakti dan komitmen beliau terus cemerlang apabila dilantik
sebagai Penyelia Pendidikan di Pejabat Pendidikan Daerah Beluran sejak tahun
2007 sehingga beliau bersara pada tahun 2020.
Atas perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkan, beliau telah
menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 4 kali iaitu pada 1998,
2004, 2012 dan 2018.
Atas sumbangan besar dan mengenang jasa beliau dalam bidang
pendidikan di daerah ini, maka Encik Gabriel Bali dinobatkan sebagai Tokoh Guru
Peringkat PPD Beluran bagi Tahun 2022.
TOKOH GURU
HARI GURU PERINGKAT DAERAH BELURAN TAHUN 2022
PUAN CECILIA LAWRENCE
Puan Cecilia Lawrence dilahirkan pada 11 Januari 1964. Berasal dari Kampung Kuala Sapi,
Beluran, beliau kini menetap di kampung halaman bersama suami tercinta, Encik Nukilis Gampalid @
Nicholas yang bertugas sebagai Guru Besar di SK St. Monica Sandakan. Pasangan bahagia ini dikurniakan
dengan 4 orang anak lelaki.
Puan Cecilia Lawrence mendapat pendidikan awal di Epiphany School, Tongod,
Kinabatangan bermula pada tahun 1970 sehingga 1974. Beliau kemudiannya berpindah ke SK Holy Cross
setahun kemudian. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke SMK Beluran pada tahun 1976 sehingga
1978. Pada tahun 1979, beliau berpindah ke SMK Sandakan, Sandakan. Beliau seterusnya berjaya
memperoleh Diploma Pendidikan selepas melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di Institut
Pendidikan Guru Kent (dahulu dikenali sebagai Maktab Kent) pada tahun 1982 sehingga 1984 dengan
pengkhususan Pengajian Melayu - Pendidikan Sekolah Rendah.
Beliau mula berkhidmat sebagai guru di SK Minusoh, Kinabatangan selama 2 tahun
bermula pada tahun 1985. Beliau kemudiannya meneruskan khidmat bakti di SK Bukit Garam selama
setahun pada 1987. Selepas itu, beliau kembali ke kampung halaman dan mengajar di SK Holy Cross
selama 5 tahun bermula pada tahun 1987 sehingga 1991.
Berkat komitmen dan kompetensi yang dimiliki, beliau pernah dilantik menjadi
Penyelaras Pusat Kegiatan Guru di Pejabat Pendidikan Daerah Beluran pada tahun 1992 sehingga 1993.
Selepas itu, beliau kembali ke sekolah yang sama, SK Holy Cross untuk berkhidmat sebagai Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) selama 4 tahun pada 1994 sehingga 1998, sebelum berpindah ke SK
Jaya Baru juga sebagai PKHEM pada 1998 sehingga 1999.
Memiliki jiwa pendidik yang kental di sebalik sifat yang lemah-lembut, beliau meneruskan
komitmen sebagai Guru Besar di SK Sualok bermula pada 1994 sehingga 2004. SK Holy Cross adalah
sebagai tempat terakhir beliau mencurahkan khidmat bakti sebagai Guru Besar sejak 2004 sebelum
bersara pada 2020.
Sepanjang perkhidmatannya sebagai Guru Besar di SK Holy Cross, beliau telah banyak
memberikan sumbangan sehingga ke peringkat kebangsaan. Pencapaian tertinggi yang berjaya dimiliki
adalah Anugerah Sekolah Harapan Negara kategori pedalaman pada 2006 dan Anugerah Sekolah
Cemerlang pada 2007.
Di peringkat daerah, SK Holy Cross dibawah pimpinan beliau terus menggondol Johan dan
terbaik bagi pencapaian UPSR 2005 dan Anugerah Sekolah Harapan Negara pada 2007. Sepanjang 2008,
beliau berjaya membawa sekolah merangkul Anugerah Sekolah Cemerlang, Anugerah Kokurikulum
Cemerlang dan Anugerah Kepimpinan Guru Besar. Beliau turut memberi sumbangan kepada komuniti
sehingga berjaya mendapat Anugerah PIBG Cemerlang pada 2008 dan 2011. Beliau turut berjaya
membawa sekolah ke peringkat negeri sebagai Johan dalam Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar
(SERASI) pada 2010.
Walaupun telah bersara, beliau terus aktif sebagai Penasihat Kesatuan Wanita Gereja dan
Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Gereja sejak 2015 sehingga kini. Beliau juga merupakan
penasihat dan penyulam Kumpulan Penyulam Baju Labuk sejak 1981 sehingga kini.
Atas sumbangan besar dan mengenang jasa beliau dalam bidang pendidikan di daerah ini
secara amnya dan negeri Sabah khususnya, maka Puan Cecilia Lawrence dinobatkan sebagai Tokoh Guru
Peringkat PPD Beluran bagi Tahun 2022.
JAWATANKUASA INDUK
SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2022
PERINGKAT DAERAH BELURAN
PENAUNG : PENGARAH PENDIDIKAN JPN SABAH
Pengerusi JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SBAH
Timbalan Pengerusi PPD
Naib Pengerusi : Tn. Haji Sh. Mahada Bin Sh. Attar
Pegawai Pendidikan Daerah TPPD SPD
Setiausaha TPPD SPS
: En. Zainal Abidin Bin Mahmud TPPD SPM
Bendahari : Pn. Laires Caroline Ano TPPD SPb
Ahli Jawatankuasa : En. Amit Bin Utung Pen PPD SPD
: En. Haji Amin@John Tan Tua Pen PPD SPD
: En. Syahrir Bin Husain PET
: En. Abdul Mutalip Sima SPS
: Pn. Rogayah Binti Matusin SPb
: Pegawai SIP+ Semua Sektor PPD
: Semua Pegawai SISC+ PPD
: Semua Penolong Pegawai Sekolah-sekolah
: Kaunselor Pendidikan Daerah Beluran
: Semua Pengetua Sekolah-sekolah
Daerah Beluran
: Semua Guru Besar
SENARAI PENERIMA
ANUGERAH GURU SEJATI TAHUN 2022
BIL NAMA TEMPAT BIL NAMA TEMPAT
BERTUGAS BERTUGAS
1 NOR AZIZAH BINTI MD IBRAHIM 36 MASMIKA BINTI JOSEPH
SK BALABAN JAYA SK JAYA BAKTI
2 JUBIDAH BINTI ABDUL SK BALABAN JAYA 37 MOHAMAD SAFWAN BIN MAHZIN SK JAYA BAKTI
SK BALABAN JAYA SK JAYA BAKTI
3 KAIRUNNAJIHA BINTI HALIM SK BALABAN JAYA 38 MUAZ BIN SAID SK JAYA BAKTI
SK BALABAN JAYA SK JAYA BAKTI
4 NORIZASUZILA BINTI AHMAD SK BALABAN JAYA 39 NAZLINA BINTI MAT NOH SK JAYA BAKTI
SK BALABAN JAYA SK JAYA BAKTI
5 NURIATI BINTI SABU SK BALABAN JAYA 40 NUR HARDIAH BINTI HADININ SK JAYA BAKTI
SK BALABAN JAYA SK KENIOGAN
6 RAYNER JAFARIN SK BALABAN JAYA 41 NURFARYANA BINTI MD NAZARI SK KENIOGAN
SK KENIOGAN
7 SA'DIAH BINTI SAHIDAL SK BUKIT BESI 42 NURUL' AINI NURAQILAH BINTI ISMAIL SK KENIOGAN
SK KENIOGAN
8 ELNAH SINUSI SK BUKIT BESI 43 SITI HABSAH BINTI HJ AHYAT SK KENIOGAN
SK KENIOGAN
9 NORIKA BINTI KADIR SK BUKIT BESI 44 BENDLY ROY BANINUS SK KENIOGAN
SK BUKIT BESI
10 NURSYAM BINTI SENONG SK BUKIT BESI 45 JAVERICO MULI SK KENIOGAN
SK BUKIT BESI
11 ALOK BIN OMAR 46 MOHD FIKRI BIN IBRAHIM SK KOLAPIS
SK BUKIT BESI
12 DAYANG@DAYANG SALMAH BT ABU 47 MOHD HAIQAL BIN ABDUL HAMID SK KOLAPIS
BAKAR SK BUKIT BESI SK KOLAPIS
SK HOLY CROSS 48 NINA SURIANA BINTI BULKIN SK KOLAPIS
13 DEFFANY ISABALLE NESTOR SK HOLY CROSS
SK HOLY CROSS SK KOLAPIS
14 MOHAMAD PIHIN BIN HASSANAL SK HOLY CROSS 49 WIRAWATI BT YOSEP LAWE LAGA
SK HOLY CROSS SK KOLAPIS
15 MOHAMMAD NORHISYAM BIN TIKA SK HOLY CROSS 50 FAUZIAH BINTI SAIBUN SK KOLAPIS
SK HOLY CROSS SK KOLAPIS
16 MOHD ELIAS SYAH BIN ABD. MALEK SK HOLY CROSS 51 ROSNEH BT ABD SALLEH SK KOLAPIS
SK HOLY CROSS SK KOLAPIS
17 MOHD NASHA HAFIZULHILMI 52 SHARIFFAH SUHANAH BINTI SH.
BIN MISLIN SK HOLY CROSS YASSIN SK KOLAPIS
SK HOLY CROSS
18 THERRY GLARE JONIUN SK JAYA BAKTI 53 MUHAMMAD MUHIDIN BIN SK KOLAPIS
SK JAYA BAKTI SAMSUDIN SK KOLAPIS
SK JAYA BAKTI SK KOLAPIS
19 SIMON JACKROW 54 SALMAH BINTI OPAU SK KOLAPIS
SK JAYA BAKTI SK KOLAPIS
20 MARINA JAMES 55 THIRUCHELVI A/P SURES KUMAR SK KOLAPIS
SK JAYA BAKTI SK KOLAPIS
21 CLARICE @ BINJINA BT TUUGAH SK JAYA BAKTI 56 ASWAN BIN BABA
22 CELINE CLARE MATTHEW 57 RINANG BINTI DASIP @ NORFAUZIAH
MOHAMMAD
23 FREDDLY BAKRI 58 MAHAMOD BIN AKOP
24 HELENA BINTI PAIN 59 PERIDAH BINTI ASIT
25 MASNURAH BINTI ISMAIL 60 SAPINAH BINTI HAJI HARIS
26 NOR HIDAYAH BINTI KAMIN 61 MUSTIKA BINTI PUNGUT
27 NURNABILA ADILAH BINTI 62 JUSTINAH BINTI YAHYA
TAKIRUDIN
MOHD SYUKRI BIN ABDUL KUDUS @
28 KHAIRIL ANWAR BIN YAHYA 63 A.MUHI
29 ASLIMAH BINTI GHANI 64 PATESIA BINTI PHILIP
30 RADZI BIN MOHAMED RAZLAN 65 ELVIVIEN JUANNIS
31 NURFARYANA BINTI MD NAZARI 66 JUNIFA DUMINIK
32 JAMIL HARIS BIN HAJI ABD KARIM 67 JUWAIRIYAH HIDAYAH BINTI JUMAHAT
33 MUHAMAD ASMU'I HANIS BIN 68 NAIM BIN MUKTEE
SAMSUDIN
34 AYANG BASRI 69 NORHAYATI BINTI SARINGON
35 JOEL SIGO 70 RUSHDI MD JUNOH
SENARAI PENERIMA
ANUGERAH GURU SEJATI TAHUN 2022
BIL NAMA TEMPAT BIL NAMA TEMPAT
BERTUGAS BERTUGAS
71 IVYELIA LONGINUS 106 MOHSEN BIN MOHD TAHIR
SK MOYNOD SK SEMAWANG
72 MOHD SYAHRIN BIN CHE ZAKARIA SK MOYNOD 107 NORSHADA BINTI MD TAHIR SK SEMAWANG
SK MOYNOD SK SEMAWANG
73 FAREEZ BIN ROSLAN SK MOYNOD 108 SUNARTI BINTI KANDA
SK MOYNOD SK SERI PAGI
74 KHAIRILL BIN JAGAH SK MOYNOD 109 SALIM BIN EBIN SK SERI PAGI
SK MOYNOD SK SERI PAGI
75 SCHIARIELYNN VIVIEN PATRICK SK MOYNOD 110 ZAITON BINTI LUMAU @ LUMAK SK SERI PAGI
SK MOYNOD SK SERI PAGI
76 NOR AZIRAH BINTI ABD AZIP SK MOYNOD 111 FILZAH BINTI KAMBINA SK SERI PAGI
SK MOYNOD SK SERI PAGI
77 JASRI BIN DULAH SK PEKAN BELURAN 112 MOKTI BIN TASIP SK SERI PAGI
SK PEKAN BELURAN SK SERI PAGI
78 MOHD. NOORAIMAN SULAIMAN SK PEKAN BELURAN 113 NORJAIN@NORZAIN BIN ACHONG SK SERI PAGI
SK PEKAN BELURAN SK SERI PAGI
79 MAINAS BINTI SABILON 114 NURUL IRSALINA BINTI AHMAD SK SUNGAI NAFAS
SK PEKAN BELURAN SK SUNGAI NAFAS
80 ZAITON BINTI AHMAD DIMIATI 115 ROSITA BINTI MULDAN SK SUNGAI NAFAS
SK PEKAN BELURAN SK SUNGAI NAFAS
81 NURHANNA BINTI FAZLIE SK PEKAN BELURAN 116 SURYANI AMAT BAKING@BAKING
SK PEKAN BELURAN SK SUNGAI NAFAS
82 ASMAWATY BINTI OKEG SK PEKAN BELURAN 117 SUZANNA BINTI MOHD SUHARTY
SK PEKAN BELURAN SK SUNGAI NAFAS
83 ARNAH BINTI ALIUDDIN SK PEKAN BELURAN 118 WILBET BIN IKAT SK SUNGAI NAFAS
SK PEKAN BELURAN SK SUNGAI NAFAS
84 ZULIZAH BINTI MOHAMMAD HASAN SK PEKAN BELURAN 119 MOHD. YATIM BIN MAT HUSIN SK SUNGAI NAFAS
SK PEKAN BELURAN SK SUNGAI NANGKA
85 ELEVIA BINTI ALFREN JALIUS SK PEKAN BELURAN 120 EIRWANDY PICKLY @ DEREK SK SUNGAI NANGKA
SK PEKAN BELURAN SK SUNGAI NANGKA
86 MUHAMMAD SYAHARUDDIN BIN SK PEKAN BELURAN 121 KERTINAH BINTI KADIR @ ABD KADIR SK SUNGAI NANGKA
IBRAHIM SK PEKAN BELURAN SK SUNGAI NANGKA
122 MOHD DANIAL BIN AHMAD ZAKI SK SUNGAI NANGKA
87 THERESA ANONG@ THERESA ANO SK SEMAWANG SK SUNGAI NANGKA
SK SEMAWANG SK SUNGAI NANGKA
88 MOHD SYAFIQ BIN SUHAIBUL SK SEMAWANG 123 NORMAISAH BINTI DARMANSAH SK SUNGAI NANGKA
SK SEMAWANG SK SUNGAI SAPI
89 NUR FARAH AIN SABIRIN SK SEMAWANG 124 NADIRAH @ IRAHYANTI JASING
SK SEMAWANG SIMBARA SK SUNGAI SAPI
90 AHMAD JAZDI BIN JAAFAR 125 NUR SYAHIDA BINTI MASTAN
91 ERRA PRISKA MICHAEL 126 NURUL ADHA BINTI AFFENDI
92 LIN CHA LIE 127 RUZIAH BINTI IBRAHIM
93 MARLYN JOYCE LINUS 128 SHAKIRAH BINTI AB SALLEH
94 BUNAH MAJUNIS 129 AMIDAH BINTI ABDULLAH
95 AJIJAH BINTI MOHAMAD 130 ANIS NADIAH BINTI AHMAD NAJWA
96 HAIZIRAH BINTI MOHD HAIRI 131 AZIAN BINTI MANSOR
97 ASRINAH BINTI ABU 132 GODFREY BALI
98 NURSUSANTIE BINTI JONAIDI 133 IDAH BINTI BASRIN
99 CHAI MUI TZU 134 MASRI BIN SILIM
100 ABDUL HASSAN BIN RIO 135 SITI FARIZAH BT JIPLIN@JEFFERY
101 ABU BAKAR BIN OMAR 136 HASNIZA BINTI MAT ESA
102 HASLIANA BINTI AGOS 137 ANIZAH BT MOHD HAJAR
103 ISKANDAR BIN MUSLEH 138 MARIA BINTI KIMJUIM
104 JAMIAH USIN 139 NAWWAR BASIRAH BINTI MOHD
SOLEHUDDIN
105 MASIR BIN AHMAD
SENARAI PENERIMA
ANUGERAH GURU SEJATI
BIL NAMA TEMPAT BIL NAMA TEMPAT
BERTUGAS BERTUGAS
140 NURUL HAMIZAH BINTI 175 VERONIKA BINTI NADUS
SAYURAN@JURAI SK SUNGAI SAPI SMK BELURAN
SMK BELURAN
141 AILEEN BT NASIR SK SUNGAI SAPI 176 SITI NORAINI ANGAI@ANGUI SMK BELURAN
SMK BELURAN
142 ALIMARDAH BIN A.KAHAR SK TETABUAN 177 ARNIZA LIYANA BINTI HALIMIN SMK BELURAN
SMK BELURAN
143 KAMILAH BT CHE RAMLI SK TETABUAN 178 AMRAH BINTI MOHAMAD SMK BELURAN
SMK BELURAN
144 ROY LESTER ABIDIN SK TETABUAN 179 COLINNA HENRY LINDAN SMK BELURAN
180 DELYANA PELDASY BT GURADIT @ JUNIS SMK BELURAN
145 JUSREN MARTHA BINTI SIUN SK TETABUAN SMK BELURAN
SMK BELURAN
146 MOHD ADDAILAMI HUSNI BIN IBRAHIM SK TETABUAN 181 JOHNRAIL JAMIL@JAUDI SMK BELURAN
SMK BELURAN
147 ABDILLAH BIN HAIRUN SK TETABUAN 182 LYDRIZZA KOH SMK BELURAN
183 NURHAFIZAH BINTI ABDUL KARIM SMK BELURAN
148 FRANCIS MISKINAN SK TETABUAN SMK BELURAN
149 JAILLY BIN LOSOD SK ULU MUANAD 184 PRISSENTIAZIE JUHAN SMK BELURAN
185 RICHARD JOANES
150 JULAINI BINTI DANI SK ULU MUANAD SMK BELURAN
SMK BELURAN
151 SITI NOORSHAFINAZ BINTI ANAS SK ULU MUANAD 186 RUHANA @ VENEL NATASHA NASIR SMK BELURAN II
SMK BELURAN II
152 OTHMAN BIN SITLIN SK ULU MUANAD 187 SAIMAH BT OMANG SMK BELURAN II
SMK BELURAN II
153 MOHAMAD TARMIZI BIN MOHAMAD SK ULU MUANAD 188 STEARLY DAS SMK BELURAN II
SMK BELURAN II
154 SAFRINA BINTI MOHAMAD SK ULU MUANAD 189 JAVEIOUR MULI SMK BELURAN II
SMK BELURAN II
155 KATIB BIN PIDUMAN SMK BALABAN JAYA 190 BEN JOHNSON MONTUK SMK BELURAN II
SMK BELURAN II
156 LINDA BINTI MARCUS SMK BALABAN JAYA 191 CINDY P.T. CHUAN MIBOL SMK BELURAN II
SMK BELURAN II
157 NOR FARAH EMILIA BINTI MOHD ROSLI SMK BALABAN JAYA 192 DG.NORHAYATUL AKMA BT DATU MOHD SMK BELURAN II
KAMALUN
SMK BELURAN II
158 NURUL HIDAYAH BINTI ADAM SMK BALABAN JAYA 193 JANURA JAHAN
159 NURUL ANTARI BINTI FADJARRUDIN SMK BALABAN JAYA 194 JOHNRAIL JAMIL@JAUDI
160 NOOR EZWANI BINTI AWANG @NAWI SMK BALABAN JAYA 195 KHALIL BIN SABU
161 CALVIN MARINOE CORADIUS SMK BALABAN JAYA 196 SHUHILY BIN SUAMI
162 ERNA ZURYENA BINTI RAMLI SMK BALABAN JAYA 197 NUR ATIQAH AYUNI BINTI ROSLY
163 AISHAH BINTI MOHD ARIS SMK BELURAN 198 MASLINDAH BINTI AWANG DAMIT
199 MELINAH SAITI
164 LINDY MARCUS SMK BELURAN
165 DONISIA BINTI GUNTOK SMK BELURAN 200 MURNI BT IBRAHIM
166 EDITH MARCUS SMK BELURAN 201 ADNAN BIN KADIR
167 LYDRINNIE KOH @ RINNIE SMK BELURAN 202 MUSMIDIN BIN MAIDIN
168 RONALD HARRY SMK BELURAN 203 ALLEN DS. DOUSI
169 DEFON MASIKAH SMK BELURAN 204 PETER ANDERSON NIANTI
170 ALBINUS JOSEPH SILOU SMK BELURAN 205 MOHD. SYUKRI MAHANIS
171 DARWINAH BINTI JULAIHI SMK BELURAN 206 RISANTI BINTI MALIYANG
172 JEPSYKAH JEPPY SMK BELURAN 207 MIMI ASMIRA BINTI RAHIM
173 RAYNER MARCUS SMK BELURAN 208 MOHAMAD FAID FARHADH BIN
MOHAMAD SHAH
174 ROSMINAH BINTI PELIMIN SMK BELURAN
SENERAI PENERIMA
ANUGERAH GURU SEJATI TAHUN 2022
BIL NAMA TEMPAT BIL NAMA TEMPAT
BERTUGAS BERTUGAS
209 TRACY VIANNEY ANO
210 RITA INSIK SMK BELURAN II 212 LIANAH BINTI ABDUL RAHIM @ OSMAN SMK BELURAN II
211 JURUAINI BINTI AWANG HARUN
SMK BELURAN II 213 MUHAMMAD NUH BIN ABDUL LATIP SMK BELURAN II
SMK BELURAN II
214 NURFARAH HANI BINTI ABIDIN SMK BELURAN II
SENARAI PENERIMA
ANUGERAH ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) SEJATI
TAHUN 2022
BIL NAMA TEMPAT BIL NAMA TEMPAT
BERTUGAS BERTUGAS
215 NOR AISHAH BINTI MD.IBRAHIM 243 NORIPAH BINTI LAMBAU
SK BALABAN JAYA 244 ZARINAH BINTI AIDIN SK SUNGAI SAPI
216 NUR AZLIEEYANAH BINTI JERRY SK BALABAN JAYA 245 KARTINI BINTI KARDI SK SUNGAI SAPI
246 MARNI BINTI KAMAR SK TETABUAN
217 FIRDA FARHANA BINTI TRISNA SK BUKIT BESI 247 MOHAMAD RADNAN MAIK
SK BUKIT BESI 248 ASNAH BINTI SAIBOL SK TETABUAN
218 SITI NORIZAM BINTI ABDUL SAM SK JAYA BAKTI 249 VALENTINO PETER
SK KENIOGAN 250 MOHD. FAIRUL B. ABD. RAHMAN SK TETABUAN
219 SITI KHAMISAH BT SH. OTHMAN SK KENIOGAN 251 ROGAYAH BINTI MATUSIN SMK BELURAN
SK KENIOGAN 252 USMAN BIN NASRUL SMK BELURAN
220 MELATI BTE ELU SK KOLAPIS 253 SUKAWATI BINTI MOHD SAID SMK BELURAN II
SK KOLAPIS 254 MARIAH BINTI MASDIN PPD BELURAN
221 MURNI BINTI BUSU SK KOLAPIS 255 MUHAMMAD HARITH BIN RAZALI PPD BELURAN
SK KOLAPIS 256 NORHAFIZAH BINTI THANI @ JOHNY PPD BELURAN
222 ROSMAN BIN LADI SK MOYNOD 257 RAZLI BIN KASDAN PPD BELURAN
SK PEKAN BELURAN 258 SAMUEL MICHAEL DYSIUS PPD BELURAN
223 ASNAH BINTI SALAMAT SK PEKAN BELURAN 259 J.SAIMAH BINTI ULAS PPD BELURAN
SK PEKAN BELURAN 260 NORNIE BINTI SALAMI
224 CHRISTE BINTI MINUS SK PEKAN BELURAN 261 MASLINAH PETER PPD BELURAN
SK PEKAN BELURAN 262 WATIKAH JEPPY PPD BELURAN
225 SURAYA ABDUL RASID @ABD.RASAH SK SEMAWANG 263 SABIRIN BIN KADIR PPD BELURAN
SK SEMAWANG 264 ROSETINA BT. RICHARD PPD BELURAN
226 SUZZAINA BINTI ROSLEY SK SEMAWANG 265 FAUZIAH BINTI EMPOK PPD BELURAN
SK SEMAWANG 266 NULLINI BINTI MANJAWI PPD BELURAN
227 ABDUL RASHID BIN SAHAK SK SERI PAGI 267 MAD RAHIL BIN MAIL @ ISMAIL PPD BELURAN
SK SUNGAI NAFAS 268 NORRADIN BIN ARSHID @ MUNABI PPD BELURAN
228 HALIMAH BINTI SUBRUN 269 ISHAM BIN ABD. GHAFFAR PPD BELURAN
SK SUNGAI NAFAS PPD BELURAN
229 HAMSIAH@CHANG BINTI JAPAR PPD BELURAN
SK SUNGAI NAFAS PPD BELURAN
230 MOHD HELMIE B BILLE@BELI SK SUNGAI NANGKA PPD BELURAN
231 NORKAMALIA BINTI AHMAD SHAH SK SUNGAI SAPI
232 ZAINIDAH BINTI ASIP
233 AGNES JOHANES
234 JUN HARIYANTI BINTI ABDUL HALID
235 MOHD SHAHRUL BIN MUHD SALLEH
236 ROSLI RAMLI
237 NORSIH BINTI ARIFFIN
238 HALIMAH BT. MUHAMAD
239 KATIJAH BINTI ABDUL RASID @ ABDUL
RASHID
240 SHAZWANI BINTI KLAWAN
241 MARIATI BINTI HUSSIN
242 AINEEH BT BASNUH
SENARAI PENERIMA ANUGERAH IKON GURU
BIL. NAMA TEMPAT BERTUGAS KATEGORI
01 JANET JOAN JOSEPH SK TETABUAN GURU STeM
02 ADNAN BIN KADIR SMK BELURAN II GURU TVET
03 MU.RIDZUAN BIN JUSRI SK SUNGAI NAFAS GURU BESTARI
04 MARIA BINTI KIMJUIM SK SUNGAI SAPI GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA
05 RIZALINA RAZALIE SK PEKAN BELURAN GURU PEMULIHAN KHAS
06 NIK KUSWADI BIN NIK ADIB SMK BELURAN GURU PRA U
07 FREDOLIN AMIT SMK BALABAN JAYA KAUNSELOR SEKOLAH
08 MOHD ASMAWI BIN ALI SMK TERUSAN SUGUT pindah ke MURABBI
SMK KOTA MARUDU II
SENARAI PENERIMA ANUGERAH KHAS
BIL. NAMA TEMPAT BERTUGAS KATEGORI
01 RUHANA @ VENEL NATASHA NASIR SMK BELURAN ANUGERAH KHAS GURU KREATIF
SK PEKAN BELURAN ANUGERAH KHAS IKON SUKAN &
02 JIMSON BIN KALAPAH
SMK BELURAN II KOKURIKULUM
03 KHALIL BIN SABU SK SUNGAI NAFAS ANUGERAH KHAS GURU INOVATIF
SMK BELURAN II
04 EIRWANDY PICKLY @ DEREK ANUGERAH KHAS GURU ISTIMEWA
-
05 JONURON BIN ATAJAU @ SALMAN BIN ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN
ABDULLAH
ANUGERAH KHAS PIBG - FOCAL PERSON
06 IBRAHIM BIN SARUNAH
SENARAI PENERIMA ANUGERAH KEPIMPINAN
BIL. NAMA TEMPAT BERTUGAS BIDANG
01 ZULHAIRUL BIN RAMLEE SMK BELURAN ANUGERAH KEPIMPINAN
02 LATIPAH BINTI TAHIR SMK BELURAN II PENGETUA
03 HAISAH BINTI BATJO SK BALABAN JAYA
04 PIDU BIN ADAM SK SEMAWANG ANUGERAH KEPIMPINAN
05 ROSTINAH BINTI AJAK PENGETUA
SK KENIOGAN
ANUGERAH KEPIMPINAN
GURU BESAR
ANUGERAH KEPIMPINAN
GURU BESAR
ANUGERAH KEPIMPINAN
GURU BESAR
SENARAI PENERIMA
ANUGERAH JASAMU DIKENANG
BIL. NAMA SEKOLAH TARIKH
TERAKHIR BERSARA
1 SULAW TUM
2 ROSNAH BINTI TITING SK HOLY CROSS 11/2/2022
3 LUZININ BANDASI 7/3/2022
4 MUSALINA BINTI PETER LAIDIN SK MOYNO
5 JAMALIAH HASIN SK SUNGAI SAPI 17/1/2022
6 DOMADIL AJAK 19/1/2022
7 BADRIN BIN HJ. TASHIM SK SERI PAGI 11/1/2022
SK MOYNOD 7/12/2021
SK SUNGAI NAFAS 31/1/2022
SMK BELURAN
BIL. NAMA SENARAI PENERIMA TARIKH BERSARA
ANUGERAH TOKOH GURU
1 GABRIEL BALI TEMPAT AKHIR BERTUGAS 20 JULAI 2020
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
2 CECILIA LAWRENCE SRK HOLY CROSS 10 JANUARI 2020
JAWATANKUASA PENGELOLA
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2022
JAWATANKUASA TINDAKAN
FLOOR MANAGER : En. Abidin Bin Utong dan SISC+
PROTOKAOL
: SIPartners+
JEMPUTAN (Haji Razuwanda Bin Darman)
BUKU ATUR CARA &
BACKDROP : Sektor Perancangan PPD
PERSEMBAHAN DAN : Sektor Pembelajaran (USTP)
PENYAMBUT TETAMU
SMK Terusan Sugut - Zon Sugut
SUSUN ATUR
DEWAN DAN PENTAS SK Jaya Bakti - Zon Labuk
PENDAFTARAN : Sektor Pembangunan Murid
SK Kolapis – Persembahan Tarian
P.A. SISTEM, TEKNIKAL DAN SK sungai Nafas - Persembahan Muzik Ukulele
RAKAMAN
PENGANGKUTAN : Sektor Perancangan
SIJIL, CENDERAMATA DAN SMK Beluran II - Zon Labuk
ANUGERAH SMK Pamol - Zon Sugut
JAWATANKUASA KHAS : Sektor Perancangan
PEMBACA DOA - Unit Pentadbiran
PENGACARA MAJLIS - Kewangan
TEKS UCAPAN
PERASMI DAN PPD : Sektor Perancangan
JAMUAN - Unit ICT
: Sektor Perancangan
: Sektor Pengurusan Sekolah,
Majlis Guru Besar, (MGB)
Persatuan Pengetua Malaysia Sabah (PPMS)
: PPD, MGB DAN PPMS
: Sektor Pembelajaran (UPI)
: Sektor Pengurusan Sekolah (U PraSekolah)
: Sektor Pembelajaran (Unit Pemulihan)
: PeWANIS
JAWATANKUASA PENGELOLA
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2022
JAWATANKUASA TINDAKAN
PAMERAN / KAUNTER : Sektor Pengurusan PPD
BERMAKLUMAT
GIMIK PELANCARAN ; Sektor Pembelajaran
BENDERA HARI GURU
: SK Kolapis - Zon Labuk
DERMA DARAH SK Basai - Zon Sugut
MULTIMEDIA : SK Sungai Nafas - Zon Labuk
(LIVE YUOTUBE) SK Nangoh - Zon Sugut
PERSEMBAHAN KOIR
: SMK Beluran - Zon Labuk
JURUFOTO SMK Simpangan - Zon Sugut
KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN : SK Pekan dan SK Balaban Jaya - Zon Labuk
SK Sungai-Sungai dan SK Pamol - Zon Sugut
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN
CEMERLANG (APC) : SK Sungai Nangka - Zon Labuk
ZIARAH PRIHATIN
CERAMAH AGAMA SK Tampat - Zon Sugut
SENAMROBIK
PERTANDINGAN MEMANCING : Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan
SK Pekan - Zon Labuk
SK Botition - Zon Sugut
: Sektor Pengurusan Sekolah
Dan Unit Pentadbiran
: Kaunselor PPD Beluran
: Sektor Pembelajaran (UPI)
: Sektor Pembangunan Murid
: Sektor Pembangunan Murid
JUALAN BUNGA : PeWANIS
AKTIVITI
SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT DAERAH BELURAN TAHUN 2022
BIL. PERKARA TARIKH TINDAKAN
Program Memancing Santai 15 JULAI 2022 SPM
01 Sempena Sambutan Hari
SK SUNGAI NAFAS
Guru Terbuka Kepada SK NANGOH
UNIT KAUNSELING
Semua Warga Sekolah
SPM
Daerah Beluran SPD DAN
JK HARI GURU
Program Kempen Derma 22 JUN 2022
02 Darah Dengan Kerjasama 6 JULAI 2022 SPS DAN
JK HARI GURU
Hospital Daerah Beluran
Program Ziarah Prihatin JUN – JULAI 2022
03 (Warga Pendidik Daerah
Beluran)
04 Senamrobik 14 JULAI 2022
06 Majlis Sambutan Hari Guru
* Bahagian Zon Labuk 17 JULAI 2022
* Bahagian Zon Sugut JULAI 2022
ANUGERAH 17 JULAI 2022
• Guru SEJATI & AKP JULAI 2022
Sejati
• Ikon Guru
• Khas Pendidikan
• Kepimpinan PGB
• Jasamu Dikenang
• Tokoh Guru
IKRAR GURU MALAYSIA
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat dan negara kami
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap Masa
LIRIK : LAGU GURU MALAYSIA
Kami Guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera-puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetep bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
PENGHARGAAN
Ucapan Sekalung Budi dan Terima Kasih atas Sumbangan Ikhlas Sama ada dalam bentuk Kewangan,
Idea dan Tenaga kepada semua yang terlibat menjayakan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Beluran
Pengerusi dan Jawatankuasa Induk
Majlis Sambutan Hari Guru Tahun 2022
Peringkat Daerah Beluran
Mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Berhormat Datuk Dr. Mohd Radzi Bin Md Jidin
Menteri Kanan Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Menteri Pertanian Dan Industri Makanan
Merangkap
Ahli Parlimen P.183 Beluran
Yang Berhormat Tn. Samad bin Jamri,
Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah
Merangkap Adun N49 Labuk
Yang Berbahagia Puan Tah Nia Binti Haji Jaman
Pengarah Pendidikan.
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Serta kepada
Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, penderma dan penyumbang dalam
menjayakan juga Jawatankuasa Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Beluran
Tahun 2022