Koleksi Buku Cerita
Sang Monyet yang sombong
dengan
Sang Harimau yang baik hati
ADILAH ROSLI PERCUM
A
Sertai support
GROUP FB kami
untuk info terkini
BUKU INI MILIK :
NAMA : ..................................
ALAMAT : ..................................
..................................
...................................
BUKU CERIA SDN. BHD.
(202201286170)
Pulau Pinang, Malaysia
Pada zaman dahulu, tinggal Sang Monyet
bersama adiknya di dalam hutan. Mereka
ialah haiwan yang sombong, degil dan tidak
menyukai Sang Harimau. Mereka hanya suka
berkawan dengan seperti Sang Buaya dan
Sang Kura-Kura sahaja.
Hai, kawan-kawan Hai, saya pula
saya ialah Sang ialah adik Sang
Monyet.
Monyet.
1
Sang Harimau ialah seekor harimau yang baik
hati, penyayang dan suka tolong-menolong
antara satu sama lain. Semua haiwan di dalam
hutan sangat suka dengan Sang Harimau
kecuali Sang Monyet bersama adiknya.
Hai kawan-kawan,
saya ialah Sang
Harimau.
2
Sang Buaya ialah seekor buaya yang
mempunyai sifat suka berkawan, cerdik dan
suka memberi nasihat. Sang Buaya suka
menasihati Sang Monyet bersama adiknya
supaya tidak bersikap sombong dengan Sang
Harimau.
Hai kawan-kawan,
saya ialah Sang
Buaya.
3
Sang Kura-Kura ialah seekor haiwan yang
periang, suka berkawan dan rajin. Sang Kura-
Kura rajin bermain bola dengan rakan-
rakannya yang lain apabila mempunyai masa
lapang.
Hai kawan-kawan,
saya ialah
Sang Kura-Kura.
4
Sang Helang ialah seekor burung yang kuat,
jahat dan tamak. Sang Helang ialah musuh
kepada Sang Monyet bersama adiknya.
Hai kawan-kawan,
saya ialah Sang
Helang.
5
Pak Mail ialah ialah seorang lelaki yang
bekerja sebagai penoreh getah di dalam
hutan. Pak Mail ialah seorang lelaki yang rajin
dan suka bekerja keras.
6
Sang Monyet bersama adiknya selalu
menghasut Sang Buaya dan Sang Kura-Kura
untuk menjauhi diri daripada Sang Harimau.
Tetapi, Sang Buaya dan Sang Kura-Kura
menasihati Sang Monyet dan adiknya untuk
berkawan dengan Sang Harimau.
Wahai Sang Buaya Jangan begitu Sang
dan Sang Kura-Kura Monyet. Marilah kita
mari kita menjauhi
berkawan dengan
Sang Harimau. Sang Harimau.
Ya, betul
cakap Sang
Buaya itu.
7
Namun, Sang Monyet bersama adiknya tidak
mendengar nasihat Sang Buaya dan Sang Kura-
Kura. Pada setiap hari Ahad, Sang Monyet
bersama adiknya akan bermain bola bersama
dengan Sang Buaya dan Sang Kura-Kura.
Kawan-kawan,
mari kita main
bola.
Jom kita
main bola.
8
Sang Kura-Kura ingin mengajak Sang Harimau
bermain bola bersama-sama dengan mereka.
Tetapi, Sang Monyet bersama adiknya tidak
mahu bermain bola bersama-sama dengan
Sang Harimau.
Wahai Sang Aku dan adikku
Harimau, marilah tidak mahu bermain
bermain bola bola dengan Sang
bersama-sama. Harimau.
9
Sang Buaya berasa sakit hati dengan sikap
Sang Monyet bersama adiknya kerana sikap
mereka ibarat "bagai menuang air ke daun
keladi". Sang Harimau pun berasa sedih dan
kecewa.
Sakit hati betul Sedihnya
aku dengan Sang aku...
Monyet ini!
10
Selepas Sang Monyet bersama adiknya
bermain bola dengan Sang Buaya dan Sang
Kura-Kura, mereka berasa sangat lapar. Sang
Monyet ingin membawa adiknya untuk
mencari makanan bersama-samanya di
dalam hutan untuk dimakan.
Abang, adik Ya adik. Abang pun
berasa sangat sangat lapar. Mari kita
mencari makanan di
lapar.
dalam hutan ini.
11
Sang Monyet bersama adiknya telah berjalan
di dalam hutan untuk mencari makanan. Tiba-
tiba, Sang Monyet bersama adiknya telah
ternampak Pak Mail yang bekerja sebagai
seorang penoreh getah di dalam hutan itu.
Adik, abang
nampak Pak
Mail lah. Ya abang,
adik pun
nampak.
12
Ketika itu, Pak Mail telah membawa sesikat
pisang bersamanya dan telah berehat di
bawah pokok. Semasa Pak Mail sedang
berehat, dia telah meletakkan sesikat pisang
itu di atas meja di hadapannya.
Adik, abang ingin
mengambil sesikat
pisang di atas
meja ini. Baiklah
abang.
13
Sang Monyet telah mencuri sesikat pisang di
atas meja itu dengan tanpa pengetahuan Pak
Mail. Selepas Sang Monyet mencuri sesikat
pisang itu, dia telah lari bersama adiknya.
Sang Monyet telah berkongsi makanan yang
dicuri itu bersama adiknya.
Mari kita
lari adik.
Yeahh!
14
Semasa Sang Monyet bersama adiknya sedang
makan, mereka telah diserang oleh Sang
Helang yang jahat. Sang Helang telah terbang
dari atas pokok dan menyerang Sang Monyet
bersama adiknya untuk mencuri makanan
mereka.
Adik, mari kita Ya abang,
makan buah mari kita
makan.
pisang ini.
15
Sang Monyet telah bergaduh dengan Sang
Helang kerana Sang Helang telah mencuri dan
membawa pergi makanan mereka. Adik Sang
Monyet berasa takut dengan pergaduhan yang
berlaku di antara abangnya dengan Sang
Helang.
Abang, adik
takutlah.
16
Namun, Sang Monyet tidak dapat mengambil
kembali makanan yang dicuri oleh Sang
Helang kerana Sang Helang seekor burung
yang kuat.
Aduh, aku tak
dapat ambil
makanan aku
balik.
17
Sang Monyet bersama adiknya berasa sangat
sedih atas apa yang terjadi kepada mereka.
Sang Monyet pun telah mengajak adiknya
pulang ke rumah. Mereka telah pulang ke
rumah dalam keadaan kelaparan dan kecewa.
Ya adik, abang
pun berasa sedih.
Mari kita pulang ke
rumah.
Abang, adik
sangat
sedihlah.
18
Semasa kejadian tersebut, Sang Buaya dan
Sang Kura-Kura telah melihat apa yang telah
terjadi kepada Sang Monyet bersama adiknya.
Sang Buaya dan Sang Kura-Kura tidak dapat
menolong Sang Monyet bersama adiknya.
Ya betul tu,
Sang
Kura-Kura.
Kasihannya
mereka.
19
Sang Harimau telah berasa kasihan dengan
nasib malang yang dihadapi oleh Sang
Monyet bersama adiknya. Sang Harimau
telah melawat ke rumah Sang Monyet
bersama adiknya.
Kasihannya
mereka.
20
Sang Harimau telah membawa dan
memberikan sebakul makanan kepada Sang
Monyet bersama adiknya. Sang Monyet
bersama adiknya berasa sangat sedih kerana
Sang Harimau telah melawat dan menolong
mereka.
Wahai Sang Wahai Sang Monyet,
Harimau, aku ada membawa
sedihnya aku. makanan untuk
kau.
Ya abang, adik
pun sedih juga.
21
Sang Monyet bersama adiknya sangat
gembira. Mereka telah mengucapkan terima
kasih kepada Sang Harimau. Mereka telah
berjanji dengan Sang Harimau untuk
bersahabat baik selama-lamanya.
Terima kasih Sang Sama-sama Sang
Harimau kerana telah Monyet. Kita
semua adalah
melawat dan sahabat.
menolong aku
bersama adikku.
22
Sang Monyet bersama adiknya telah berjanji
akan bersahabat baik dengan Sang Harimau
semasa dalam keadaan senang dan susah. Sang
Monyet bersama adiknya juga berjanji untuk
tidak akan bersikap sombong dengan Sang
Harimau lagi.
Betul tu, Kami berjanji akan Baiklah, Sang
Sang berkawan baik dan Monyet.
tidak akan sombong
Harimau. lagi dengan engkau.
23
Sang Buaya dan Sang Kura-Kura berasa sangat
gembira apabila Sang Monyet bersama
adiknya telah bersahabat baik dengan Sang
Harimau.
Ya, aku pun
berasa gembira
Wahai Sang Kura- juga.
Kura, aku sangat
gembira melihat
mereka bersahabat
baik.
24
Mereka semua telah hidup aman dan
bahagia buat selama-lamanya.
25
SUDUT GLOSARI
Perkataan Maksud
Baik Hati Sifat yang baik, suka tolong
menolong, dan juga diertikan kepada
seorang yang penyayang.
Penyayang Orang yg kasih akan yg lain, pengasih,
pencinta, bersifat belas kasihan.
Bagai menuang air Memberikan nasihat (ajaran dan
sebagainya) yang tidak dapat meresap
ke daun keladi
ke dalam hati.
Penoreh getah Orang yg menoreh getah.
26
Buku Cerita Kanak-Kanak
Buku cerita ini mengisahkan tentang kehidupan Sang
Monyet bersama adiknya yang sombong. Mereka hidup
bersama-sama rakan-rakannya seperti Sang Buaya, Sang
Kura-Kura, Sang Harimau. Sang Monyet bersama adiknya
berkawan baik dengan semua rakan-rakannya kecuali
dengan Sang Harimau. Pada pertengahan cerita,
terdapat konflik yang terjadi di antara Sang Monyet
bersama adiknya dengan musuh mereka iaitu Sang
Helang yang jahat. Adakah Sang Harimau yang akan
menolong Sang Monyet bersama adiknya ataupun
membiarkan begitu sahaja?
Jom beli Sertai kami di KOLEKSI BUKU CERITA
online! KANAK-KANAK
FACEBOOK
Diterbitkan oleh: www.bukuceria.com.my
Buku Ceria Sem. Malaysia : RM 8.90
BUKU CERIA SDN. BHD. 202201002861 Sabah & Sarawak : RM 9.90
Lot 13, Jalan Murni 9, Taman Berjaya Utama 1,
Gelugor, 11700 Georgetown, Pulau Pinang.
Tel : +603-2347 6891
Faks : +608-3245 6980
Emel : [email protected]