The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zali, 2019-12-05 01:40:23

minit mesyuarat 03 2019 zali_final

minit mesyuarat 03 2019 zali_final

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERHUBUNGAN PENGASIH
NEGERI MELAKA BIL. 03/2019

Tarikh : 22/09/2019 (Ahad)
Masa : 05.00 ptg – 07.30 ptg
Tempat : Bilik Gerakan,Teduhan Kasih Melaka.

Kehadiran Pengerusi /
1. Rhazali bin Mohd Jan Naib Pengerusi /
2. Mohd Zaini bin Zainal Abdidn Setiausaha /
3. Omar bin Abd. Manan Bendahari /
4. Zul Hamizi bin Johari Ahli x
5. Rahman bin Babu Ahli x
6. Rasyidi bin Rashid Ahli /
7. Latif bin Kassim Ahli /
8. Mohd Radzi bin Mumadh Rahim Ahli /
9. Mohd Fadilah bin Yoosuff
Tindakan
Bil Agenda Makluman

1.0 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Doa yang Makluman
disempurnakan oleh Zul Hamizi bin Johari.

2.0 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli
mesyuarat pada kali ini dan mengucapkan terima kasih
kerana kesudian melapangkan masa untuk sama-sama
berfikir dan memberikan ide untuk memajukan
PENGASIH

Melaka. Beliau meneruskan mesyuarat dengan meminta
ahli semua untuk meneliti minit mesyuarat lepas Bil

Page 1 of 5

2/2019 dan mohon cadangan dan sokongan untuk
disahkan.

Cadangan oleh Abd.Latif bin Kassim.

Disokong oleh Mohd Fadilah bin Yoosuff.

3.0 Laporan program Teduhan Kasih Melaka telah
dibentangkan oleh Fadilah Yoosuff. Bilangan residen
pada masa ini adalah 30 orang. Oleh kerana bilik
pemantauan yang ada hanya mampu memuatkan 2
orang pada satu-satu masa, permintaan kemasukan
baru terpaksa diletakkan pada senarai menunggu.

Residen Rumah Re Entry seramai 13 orang dan Rumah
1820 ada 17 termasuk yang masih dalam bilik
pemantauan. Sehingga hari ini tiada outstanding dan
kes melarikan diri berlaku. Beliau juga memaklumkan
setiap bulan aktiviti Jemaah 3 hari, Teduhan Kasih akan
menghantar sekurang-kurangnya 3 orang wakil.

Aktiviti pertanian dibentangkan oleh Latif bin Kasim
yang melaporkan pada masa ini aktiviti pertanian di
kebun Rim sedang giat berjalan dan di peringkat akhir
penanaman cili besar jenis Kulai 461. InsyaAllah pada
penghujung bulan Oktober kerja-kerja pemindahan
benih dari rumah semai ke polybag akan dijalankan.
Pada kali ini jumlah polybag yang disediakan adalah
3,500.

Setiap bulan Teduhan Kasih menghantar wakil
persatuan untuk program Pra Bebas di Pusat CCRC
Tiang 2 atas jemputan pihak Tiang 2 dan pada bulan
September ini di wakili oleh Ahmad Zharif & Ahmad
Muhaimin. Program ini tetap akan diteruskan walaupun
tanpa apa-apa imbuhan daripada pihak penganjur.

Selain itu TKM juga telah mengambil bahagian di
program pencegahan dadah (pameran) di Balai Raya
Simpang Kerayong Sempena Sambutan Hari Malaysia
pada 16 September 2019 yang dihadiri oleh YB Shamsul
Iskandar bin Mat Akin, ADUN Rim dan juga Timbalan
Menteri Industri Utama. YB Timbalan telah melawat
booth pameran dan mendapat penerangan tentang

Page 2 of 5

peranan Teduhan Kasih.

4.0 Laporan kewangan Teduhan Kasih Melaka dibentangkan Makluman
oleh Saudara Mohd Zaini. Setakat ini belum ada bantuan Makluman
kerajaan yang diterima dan keadaan kewangan
Teduhan Kasih adalah kritikal. Page 3 of 5

Cadangan diterima oleh Omar bin Abd.Manan

Disokong oleh Mohd Radzi bin Mumadh Rahim

5.0 Pengerusi memaklumkan bahawa pada mesyuarat kali
ini semua jawatankuasa perlu dilantik semula dari
peringkat Pengerusi hingga AJK Biasa bagi tujuan
pendaftaran cawangan dengan ROS secara berasingan.
Ibu pejabat PENGASIH telah memohon kepada ROS dan
permohonan Penubuhan Cawangan telah dibenarkan.
Tempoh yang diberikan adalah selama 3 bulan mulai
18/9/2019 (rujuk surat edaran). Selepas mendapatkan
kelulusan, nama Jawatankuasa Perhubungan PENGASIH
Negeri Melaka tidak akan digunakan lagi sebaliknya
diganti dengan nama Persatuan PENGASIH Malaysia
(Cawangan Negeri Melaka) No. Cawangan NBID-
014-05092019

5.0 Pengerusi membubarkan AJK yang ada dan
menyerahkan kepada Saudara Imanuddin bin Aziz,
sukarelawan dari Kg. Rim, Jasin untuk
mempengerusikan mesyuarat pemilihan yang baru.

Saudara Imannudin bin Aziz mengambil alih dan
memulakan mesyuarat pemilihan dengan meminta ahli
mesyuarat mencadangkan nama-nama untuk jawatan
pengerusi, setiausaha, bendahari dan AJK.

Setelah dibentangkan dengan cadangan dan sokongan,
berikut adalah nama-nama AJK baru yang mendapat
persetujuan semua ahli mesyuarat.

Pengerusi : Rhazali bin Mohd Jan

Setiausaha : Abdul Rashid bin Rahmat

Bendahari : Mohd Zaini bin Zainal Abidin Pengerusi,
Setiausaha,
Pen. Setiausaha : Mohamedd Shahmi bin Mohamed Bendahari

AJK Biasa : 1.Omar bin Abd. Manan Makluman
2.Latif bin Kasim Page 4 of 5
3.Mohd Fadilah bn Yusooff
4.Mohd Radzi bin Mumadh Rahim
5.Zul Hamizi bin Johari
6.Mohd Faiz bin Zakaria
7.Muhammad bin Arshad

6.0 Berkaitan dengan pertukaran nama kepada Persatuan
PENGASIH Malaysia (Cawangan Negeri Melaka), saudara
Latif Kasim menyuarakan tentang cop rasmi, letterhead,
urusan perbankan dan lain-lain yang berkaitan perlu
dibuat pindaan.

Mohd Zaini memaklumkan bahawa penandatangan
urusan dengan bank perlu ditukarkan. Jika sebelum ini
penandatangan bagi urusan dengan Maybank Jalan
Hang Tuah, Melaka adalah seperti berikut:-

A. Pengerusi : Rhazali bin Mohd Jan

B. Timbalan Pengerusi : Mohd Zaini bin Zainal Abidin

C. Setiausaha : Omar bin A. Manan

D. Bendahari : Zul Hamizi bin Johari

Syarat Penandatangan Cek dan urusan bank adalah

A + either 2 from B C D

Hendaklah di tukarkan kepada :-

A. Pengerusi : Rhazali bin Mohd Jan

B. Setiausaha : Abdul Rashid bin Rahmat

C. Bendahari : Mohd Zaini bin Zainal Abidin

Syarat Penandatangan Cek dan urusan bank adalah

A + B or C

7.0 Cop Rasmi di bank juga perlu ditukar kepada yang baru
dengan nama Persatuan PENGASIH Malaysia

(Cawangan Negeri Melaka) No. Cawangan NBID- Makluman
014-05092019

8.0 Pengerusi memaklumkan bahawa Drug Free Melaka
(DFM) ingin menjalinkan kerjasama dengan PENGASIH
Melaka dalam penganjuran aktiviti pencegahan melalui
Acara dan program yang akan dijalankan. DFM dan
PENGASIH Melaka akan mencari penyumbang bagi
acara yang akan dibuat dan akan menyalurkan kepada
akaun PENGASIH Melaka untuk resit pengecualian cukai.
PENGASIH Melaka akan bertindak sebagai penganjur
bersama dengan lain-lain organisasi yang terlibat. Ini
juga merupakan salah satu medium untuk
mempromosikan PENGASIH Melaka di negeri Melaka di
samping menyampaikan mesej pencegahan.
Dijangkakan 5%,10% atau 20% peratus daripada
sumbangan penaja akan menjadi tabungan kepada
PENGASIH Melaka

9.0 Mesyuarat akan datang akan dimaklumkan oleh
Setiausaha.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 07.30 ptg

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................. ................................................

ABDUL RASHID BIN RAHMAT RHAZALI BIN MOHD JAN

Setiausaha Pengerusi
Persatuan PENGASIH Malaysia Persatuan PENGASIH Malaysia
(Cawangan Negeri Melaka) (Cawangan Negeri Melaka)

Page 5 of 5


Click to View FlipBook Version