The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zali, 2019-01-22 04:24:06

minit mesyrt 01 2018 updated

minit mesyrt 01 2018 updated

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERHUBUNGAN PENGASIH
NEGERI MELAKA BIL. 01/2018

Tarikh : 17/11/2018 (Sabtu)
Masa : 02.00 ptg – 04.10 ptg
Tempat : Impian Rimba Resorts
Hulu Langat
Kehadiran Kehadiran

1. Tuan Haji Abdullah Md.Nor Pengerusi x
2. Rhazali Mohd Jan Timb.Pengerusi /
3. Mohd Zaini Zainal Abdidn Setiausaha /
4. Abdul Razak Taib Bendahari x
5. Rahman Babu Ahli /
6. Rasyidi Rashid Ahli /
7. Latiff Kassim Ahli /
8. Zulhamizi Johari Ahli /
9. Omar Manan Ahli /

Bil Agenda Tindakan
1.0 Saudara Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Makluman

para ahli AJK pada mesyuarat bil 01/2018 kali Makluman
ini. Timb.Pengerusi saudara Rhazali Mohd Jan
yang mempengerusikan mesyuarat kali ini
menyampaikan salam Pengerusi dan
memaklumkan juga bahawa Pengerusi Tuan Hj
Abdullah Md.Nor tidak dapat hadir kali ini
kerana beliau mempunyai urusan di Singapura
dan mengamanahkan beliau untuk
mempengerusikan mesyuarat kali ini.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh
Zulhamizi Johari.

2.0 Saudara Abd Rahman Babu mencadangkan
pengesahan minit mesyuarat yang lepas –
bil 02/2017, dan disokong oleh saudara Omar
Manan.

3.0 Sdr. Mohd Zaini membentangkan aktiviti dan Makluman
program yang telah dijalankan sepanjang Makluman
tahun 2018 ini. Jalinan kerjasama yang baik
dengan PTDJ–DO/ Majlis Agama Islam Melaka Setiausa
MAIM – AADK Daerah/Negeri /Pejabat
Pertanian dan masyarakat setempat.
Cadangan Penerimaan: Zulhamizi Johari
Di sokong oleh Omar Manan

4.0 Laporan kewangan Teduhan Kasih Melaka
dibentangkan oleh Sdr. Rhazali Mohd Jan, bagi
pihak Bendahari Razak bin Taib.
Beliau memaklumkan Dana daripada kerajaan
memang tiada kecuali yang telah diluluskan
daripada Yayasan Al Bukhari sebanyak RM
40,000 untuk program dan aktiviti di Teduhan
Kasih Melaka. Walau bagaimanapun
peruntukan yang telah diterima hanya 50%
sahaja daripada jumlah kelulusan tersebut.
Baki akan disalurkan selepas semua laporan
siap dihantar.

Beliau membentangkan kedudukan baki wang
di bank setakat akhir Oktober 2018;

Maybank : 62,307.61
CIMB : 45,072.50

Cadangan Penerimaan : Sdr. Abd.Rahman
Babu
Disokong : Sdr. Rasyidi Rashid

5.0 Lain Lain Hal :
Saudara Rahman Babu bertanyakan tentang
kedudukan penasihat PENGASIH Melaka, Datuk
Ir.Haji Idris Haron yang mana buat masa ini
bukan lagi dalam kerajaan yang memerintah.
Atas alasan itu beliau mencadangkan agar
dilantik orang ternama yang baru yang dapat
membantu PENGASIH Melaka pada masa akan
datang.

Saudara Zaini mencadangkan Ketua Menteri
Melaka sebagai Penaung PENGASIH Melaka

dan melantik DO Jasin Tuan Zamrud Yahya Makluman
sebagai Penasihat. Semua ahli mesyuarat
bersetuju sebulat suara.

Pengerusi menyatakan supaya cadangan
perlantikan Penaung dikemukakan kepada
ibupejbat untuk memutuskan. Tentang
perlantikan penasihat bagi PENGASIH Melaka
disarankan selepas AGM ke 11, bagi
menyelaraskan dengan barisan pengurusan
PPM yang baru nanti.

6.0 Pengerusi Mesyuarat memaklumkan tentang
Mesyuarat Agung ke 11 yang akan diadakan
pada 15/12/2018 dan mengingatkan tentang
perkara-perkara yang berkaitan supaya
dikemaskinikan seperti Yuran Keahlian dan
semua Laporan Aktiviti dan Kewangan siap
pada masa yang ditetapkan.

Ahli Mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara
untuk mencadangkan nama-nama berikut
untuk bertanding jawatan Ahli Lembaga
Pengurus dan juga 5 Perwakilan dan 5
Pemerhati pada AGM ke 11 nanti seperti
berikut:-

Nama nama yang dicadang untuk A.L.P
1. Rhazali bin Mohd Jan
2. Abd Rashid bin Rahmat

Nama nama Perwakilan
1. Rhazali bin Mohd Jan
2. Mohd Zaini bin Zainal Abidin
3. Zulhamizi bin Johari
4. Abd.Rahman bin Babu
5. Rasyidi Rashid

Nama nama Pemerhati
1. Abd.Latiff Kassim
2. Omar Manan
3. Abd.Rashid bin Rahmat
4. Radzi bin Abd Rahim
5.

7.0 Pengerusi meminta ahli mesyuarat merujuk Makluman/ Setiausaha
kepada Buku Perlembagaan Persatuan dan
meneliti tentang perkara pemilikan harta tanah
dan bangunan, yang mana tidak dinyatakan
dengan terperinci tentang hak kepada
PENGASIH Negeri2. Oleh itu beliau
mencadangkan agar isu ini dibawa kepada
Mesyuarat Lembaga Pengurus Persatuan dan
dihalusi supaya pada masa-masa yang
mendatang negeri-negeri yang mampu
mempunyai harta tanah atau bangunan tidak
ketinggalan menikmati hasil usaha mereka.

8.0 Saudara Mohd Zaini membacakan tentang
permohonan perletakan jawatan Saudara
Razak bin Taib di Teduhan Kasih atas sebab-
sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Buat
sementara waktu ini, beliau mencadangkan
tugas-tugas bendahari diambil-alih oleh
Timbalan Pengerusi Saudara Rhazali bin Mohd
Jan sehingga selepas AGM ke 11 untuk
pemilihan Jawatankuasa yang baru. Semua ahli
Mesyuarat bersetuju dengan cadangan
tersebut.

9.0 Sebelum menangguhkan mesyuarat, Pengerusi
mengingat semua ahli mesyuarat agar
berusaha lebih gigih dalam menghadapi situasi
kewangan terkini, terutama sejak pertukaran
kerajaan di mana semua peruntukan dan
kontrak-kontrak kerajaan banyak yang
dihentikan sementara waktu. Beliau juga
memohon maaf tentang kekurangan bilangan
mesyuarat yang dapat diadakan. Semua AJK
disaran supaya merujuk buku perlembagaan
yang mana garis panduan yang lengkap dan
sedia ada dapat membantu meningkatkan lagi
prestasi PENGASIH Melaka di samping
menjaga perjalanan persatuan dengan lebih
efisyen dan berintegreti.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.10 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................. ................................................
MOHD ZAINI ZAINAL ABIDIN RHAZALI MOHD JAN
Setiausaha b/p Pengerusi
Jawatankuasa Perhubungan Jawatankuasa Perhubungan
PENGASIH Negeri Melaka. PENGASIH Negeri Melaka.


Click to View FlipBook Version