The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENULISAN BUKU PENJAGAAN RAMBUT - DO & DON'T

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishahwan83, 2021-02-24 23:31:26

PENULISAN BUKU PENJAGAAN RAMBUT - DO & DON'T

PENULISAN BUKU PENJAGAAN RAMBUT - DO & DON'T

PENJAGAAN RAMBUT
“DO AND DON’T”

Cetakan Pertama 2018

NURULHUDA BINTI MD YUSOF
MASTURA BINTI MUSTAFFA

Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga
bentuk dan cara apa jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi,
mekanik atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
Pengarah, Kolej Komuniti Kota Melaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia, 75300, Bachang, Melaka.

Pusat Kebangsaan ISBN – Perpustakaan Negara Malaysia
ISBN 978-967-12876-2-0

Diterbitkan Oleh:

KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA,

Kementerian Pendidikan Malaysia
75300, Bachang, Melaka.

Dicetak Oleh:

MENUJU PUNCAK SUPPLY & SERVICES
No 30 B, Jalan Hang Tuah,
75350 Melaka

P E N J A G A A N R A M B U T “D O & D O N’ T” | 1

PRAKATA

Assalamualaikum WBT,

Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah Maha Esa kerana memberikan
ketabahan, dan kesabaran serta memudahkan setiap perincian perjalan kami
sehingga terhasilnya Penulisan Buku Ilmiah yang berjudul Penjagaan Rambut “Do
and Don’t”.

Tercetusnya idea penghasilan idea buku ini dibuat adalah dengan tujuan untuk
memperkenalkan kepada pelajar, kolej komuniti dan masyarakat bagi yang suka
menjaga penampilan dan kesihatan mahkota diri iaitu rambut. Hasil penulisan ini
boleh dijadikan sebagai hiasan panduan dan tatacara menguruskan penjagaan
rambut dalam kehidupan seharian.

Sehubungan itu, secara khususnya, kami mengucapkan setinggi – tinggi ucapan
terima kasih kepada pelbagai pihak yang telah memberikan sokongan selama proses
penghasilan buku Ilmiah ini dibuat terutama kepada pihak Kolej Komuniti Kota
Melaka kerana memberikan peluang hasil karya penulisan Penjagaan Rambut ini
tersenarai dalam buku rujukan dan panduan pada semua pelajar di Kolej Komuniti
tersebut. Diharapkan dengan penghasilan buku ilmiah tentang Penjagaan Rambut
“Do and Don’t” dapat membantu sedikit sebanyak masyarakat di luar sana untuk
mengetahui dan mempelajari apa yang perlu dana pa yang tidak perlu dilakukan
dalam penjagaan rambut seharian dan digunapakai bagi aktiviti harian.

Namun, kami menyedari bahawa buku ini masih memiliki banyak kekurangannya.
Diharapkan buku ini dapat memberikan impak positif dan komen – komen yang
menarik untuk kami timbal balik bagi meneruskan hasil ilmiah tentang
Penjagaan Rambut “Do and Don’t” ini sekaligus dapat mengkomersialkan lagi di
seantero Malaysia. Harapan kami semoga karya ilmiah ini dapat memberikan
manfaat dan penerusan ilmu dalam penjagaan diri tidak kira pelbagai lapisan
masyarakat di Malaysia.

Tidak lupa kami sampaikanterima kasihkepada seluruh pihak yang telah
membantu dalam pembuatan buku ilmiah Penjagaan Rambut “Do and Don’t” ini.
Justeru itu, skripsi ini diharapkan dapat memberikan manfaat, baik di kalangan
masyarakat, pelajar dan khususnya para pembaca yang budiman.

Penulis;
NURULHUDA BINTI MD YUSOF
MASTURA BINTI MUSTAFFA

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “D O & D O N’ T” | 2
SENARAI KANDUNGAN

Prakata 1
2
Senarai Kandungan 3

TOPIK 1 – Penjagaan Rambut & Kulit 11
Kepala Wanita Berhijab
18
TOPIK 2 – Penjagaan Rambut & Kulit
Kepala Lelaki 25

TOPIK 3 – Penjagaan Rambut & Kulit 31
Kepala Kanak-Kanak 32
33
TOPIK 4 – Penjagaan Untuk Mengelakkan
Keguguran Rambut

Kesimpulan

Rujukan

Sumber Internet

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “D O & D O N’ T” | 3

TOPIK 1
PENJAGAAN RAMBUT &
KULIT KEPALA WANITA BERHIJAB

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “D O & D O N’ T” | 4

Kegatalan serta kulit kepala yang sentiasa berminyak
membuatkan kita jadirimas dari
sehari ke sehari. Itulah masalah
rambut utama yang sering
dialami wanita bertudung.
Yup! Lebih parah lagi
apabila rambut gugur. Terus
hilang keyakinan diri kan?

Walau

bagaimanapun,
janganlah diabaikan
penjagaan rambut meskipun ia dilitup
dengan helaian tudung dan selendang
saban hari. Jika jarang dicuci, kerak kepala
seperti kelemumur dan peluh mula berdaki di kulit
kepala membuatkan kepala kita berbau dan kesihatan
rambut juga terjejas sekaligus membuatkannya jadi
rapuh dan tidka bermaya.
Untuk itu, ayuh kita senaraikan tips bagaimana cara
yang sempurna bagi seorang wanita berhijab menjaga
mahkotanya.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “D O & D O N’ T” | 5

TIPS DO & DON’T
1. Cuci rambut selang sehari atau basuh sahaja ketika

kulit kepala sudah terasa berminyak.

2. Jangan cuci setiap hari kerana rambut basah akan
menjadikan risiko keguguran lebih tinggi.

3. Pastikan anda menyampu kulit kepala, mengurut
serta menggaru lembut kulit kepala buat beberapa
ketika.

4. Seperti juga kulit wajah, kulit kepala memerlukan
sentalan atau eksfoliasi untuk menyingkirkan sel
kulit mati. InTrend menyarankan kamu
mencampurkan beberapa camca gula bersama
syampu kamu dan gosokkan ke kulit kepala. Awas,
jangan gosok menggunakan kuku, sebaliknya
gunakan hujung cari untuk menyental kulit kepala
secaralembut.Lakukannyaseminggu sekali.

5. Selepas bersyampu, jangan culas memakai perapi
rambut. Sapukan perapi hanya pada bahagian
helaian rambut. Jangan terkena pada kulit kepala
untuk mengelakkan kulit kepala berminyak.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “D O & D O N’ T” | 6

6. Boleh beli sikat dan
pengurut kulit kepala ketika
mandi ini di mana-mana
kedai seperti Daiso atau DIY.

7. Boleh Sebelum mencuci
rambut, pastikan anda menyikat rambut terlebih
dahulu agar rambut mudah dicuci dan tidak kusut.
Rambut kusut akan menyukarkan proses syampu
seterusnya dikhuatiri akan membuatkan rambut
gugur apabila ditarik-tarik dalam keadaan basah.

8. Guna syampu yang SESUAI. Sila dapatkan nasihat
pakar jika perlu kerana kulit kepala sangat sensitif.
Sebaiknya, manfaatkanlah syampu yang khas
dirumus untuk wanita bertudung -dipilih mengikut
kesesuaian tahap kerosakanrambut.

9. Elak cuci rambut dengan air panas kerana ia hanya
akan menjadikan tekstur rambut kasar, kering serta
mengerbang. Mandi sahaja dengan air sejuk.

10. Jangan sanggul rambut dalam keadaan basah.
Pastikan rambut sudah benar-benar kering sebelum
memakai tudung. Rambut yang tertutup dalam
keadaan basah akan membiak kelemumur, menjadi
kusut dan buat hujung rambut berbuah serta
bercabang. Kulit kepala juga akan berminyak!

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “D O & D O N’ T” | 7

11. Sila pakai anak tudung yang berasaskan material
kapas serap peluh, jika tidak kepala anda akan
berkuap seterusnya menyebabkan rambut berbau
kurang enak.

12. Elakkan mengulang pakai anak tudung yang sama
tanpa dicuci. Jagalah kebersihan rambut dengan
menjaga juga kebersihan anak tudung dan tudung
yang disarungkan saban hari.

13. Pakai material tudung yang nipis dan ringan.
Praktikan ikatan atau lilitan tudung yang tidak
terlalu ketat melekap di kepala. Ini adalah untuk
memberi pengaliran udara yang sempurna buat
rambut dan kulit kepala.

14. Walaupun terdapat begitu banyak fesyen
bertudung berlapis-lapis, namun sebaiknya pilihlah
gaya tudung yang tidak begitu tebal lapisannya. Ini
bagi membolehkan kulit kepala ruang benafas dan
mengelakkannya memerangkap banyak peluh dan
minyak.

15. Jaga pemakanan kerana khasiat makanan sedikit
sebanyak mendorong kesihatan dan kecantikan
rambut. Ambillah makanan tambahana seperti
vitamin yang mengandungi biotin, silika, Vitamin
B, C dan E serta zat besi dan omega 3.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “D O & D O N’ T” | 8

16. Selepas membuka tudung dan mahu mencuci
rambut, sikat dahulu rambutmu dengan sikat
bergigi lebar. Ia adalah langkah yang bagus untuk
elakrambut gugurbegitu banyak saat mandi.

17. Sebaik pulang ke rumah, jangan terus mencucinya.
Buka tudung dan lepaskan rambut. Biarkan dahulu
peluh pada liang kulit kepala kering sebelum
dicuci.

18. Sepanjang memakai tudung, biasanya rambut
diikat ketat. Justeru, apabila berada di rumah,
lepaskannya selama yang boleh. Rambut yang
kerap diikat menjadikannya mudah gugur dan
mengubah tekstur halusnya.

19. Elakkan mengikat rambut terlalu ketat. Longgarkan
ikatan getah rambut agar rambut mampu
‘bernafas’.

20. Walaupun bertudung, masih ada keperluan untuk
kamu mengaplikasi penggunaan serum atau
pelembap rambut. Namun, sebaiknya oleskan
beberapa jam sebelum memakai tudung atau pakai
sahaja pada waktu malam sebelum tidur.

21. Dalam masa bertudung itu, jika ada peluang
menanggalkannya (seperti di surau atau ketika ke
tandas), bolehlah dilakukan urut ringan ke kepala
untuk memberi kelegaan dan rasa relaks.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “D O & D O N’ T” | 9

22. Gunakan getah yang diperbuat daripada fabrik
baldu mahupun satin. Jangan sesekali mengikat
rambut ketat-ketat menggunakan getah sayur
mahupun getah yang keras kerana ia akan menarik
kuat rambut dari permukaan kulit kepala
seterusnya melemahkan akar umbi sehingga
menjadi punca masalah keguguran.

23. Memakai tudung berwarna lembut mampu
membebaskan wap yang terpenrangkap di kawasan
kepala sepanjang hari. Ia akan buat kulit kepala
terasa nyaman berbanding pemakaian tudung
berona hitam dan warna gelap lain.

24. Tiga hingga enam bulan sekali, kunjungilah salon
berdekatan untuk memotong sedikit hujung
rambut. Cara ini akan membuatkan rambut kekal
sihattanpa sebarang kerosakan hujung rambut.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |10
25. Waktu malam, belai rambut dengan minyak perapi

mahupun serum. Sebaiknya setiap kali selepas
mandi. Ini akan bantu rambut dan kulit kepala
menyerap nutrien agar kesihatannya terjamin
untuk jangka masa berterusan.

26. Untuk mengelak rambut
kusut selepas bangun tidur,
dandan dan tocangkan
rambut secara longgar
(tocang lipan)supaya ianya
rapi dan kesannya, rambut
gugur yang disebabkan
geselan kepala pada bantal

juga bakal berkurangan!

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |11

TOPIK 2
PENJAGAAN RAMBUT &
KULIT KEPALALELAKI

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |12

Berambut panjang atau pendek, tebal atau nipis, lurus
atau kerinting, lelaki juga perlu mendapatkan
penjagaan rambut yang kerap. Tiada guna jika anda
mempunyai gaya rambut terkini jika rambut anda tidak
terjaga sehingga menampakkan rambut anda tampak
kusam.

Hanya kerana anda seorang
lelaki ianya tidak bermakna
anda tidak perlu melakukan
rutin penjagaan rambut
seperti wanita. Malahan,
rutin penjagaan rambut bagi
lelaki adalah sama seperti
wanita, dengan beberapa
variasi.

Dengan penjagaan rambut secara tetap, gaya rambut
anda akan bertahan lebih lama dan kelihatan lebih baik

TIPS DO & DON’T

1. Jangan Mem basuh Rambut Terl ampau
Ker ap

Kesilapan yang sering dilakukan oleh lelaki andalah
mencuci rambut dengan terlalu kerap dalam masa
seminggu. Oleh itu, pentingnya menghadkan
membasuh rambut dua kali atau tiga kali seminggu.
Ini akan memastikan kesihatan rambut terjamin
dan bagi mengelakkan kehilangan minyak penting
daripada kulit kepala.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |13

2. Keringkan Rambut Anda Perlahan -Lahan;
Jangan Mengg osok ny a

Rambut yang basah cenderung lemah dan
terdedah kepada kerosakan. Oleh itu, jangan
menggosok rambut basah dengan tuala dengan
kuat kerana ianya dapat merosakkan rambut anda.
Sebaliknya anda perlu menekap rambut yang basah
secara perlahan-lahan bagi mengelakkan tekanan
pada kulit kepala.

3. Elakk an Aktiviti Menyik at Ram but Untuk
Me nutupi Kawasan Botak

Jika rambut anda menipis sehingga menampakkan
kawasan botak di kepala anda, elakkan menyikat
rambut sehingga ianya menutupi kawasan botak
kepala anda, namun anda boleh mendapatkan
potongan rambut yang sesuai dengan penampilan
rambut anda yang nipis ketika ini . Jangan pernah
sesekali menyikat rambut sebegitu kerana ianya
akan menyebabkan wanita lari daripada anda!

4. Gunak an Perapi T elur

Telur mengandungi protein dan mineral penting
seperti yang diperlukan oleh rambut anda.
Kebaikan telur ini ialah ianya mampu menyejukkan
rambut anda selain menguatkan akar rambut anda

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |14

5. Li ndungi Ram but Anda Dari pada Klor in

Klorin di dalam kolam boleh menyebabkan rambut
anda kering dan rapuh selain ianya juga
menyebabkan kesan yang buruk kepada kulit
kepala anda. Cara paling mudah untuk melindungi
rambut anda daripada kesan berbahaya klorin
adalah dengan membasuh rambut dengan air yang
bersihselepas anda keluar daripada kolam renang
ataupun sebagai alternatif, anda boleh memakai
topeng.

6. Elakkan Penggunaan Produk Yang
Te rl am pau Banyak

Penggunaan terlampau banyak gel rambut,
semburan rambut
ataupun produk
rambutyang lain akan
membuatkan rambut
anda kelihatan sarat
dan tidak sihat. Oleh
itu, gunakan seminima

produk rambut yang boleh dan elakkan daripada
memakainya setiap hari.

7. Gunakan Syampu Yang Me nge mbal ikan
Si nar Rambut Anda

Darimasa kemasa, produk yang anda gunakan
pada rambut boleh menjadikan rambut anda
kelihatan kusam dan tidak bermaya. cara

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |15

mengatasinya, anda boleh menggunakan syampu
yang tertera” clarifying” seperti Pantene Pro-V
Total Damage Care untuk mencuci segala lebihan
produk pada rambut anda dan juga dapat
membuatkan rambut anda kembali bersinar.
Selain itu. anda juga boleh menggunakan cuka
putih untuk membilas rambut kerana ia membantu
dalam mengimbangi tahap pH. Ia mungkin
berbunyi aneh tetapi ianya terbukti benar.

8. Jangan Mem basuh Rambut Secara
Ber ul ang

Satu artikel tentang penjagaan rambut lelaki tidak
akan lengkap tanpa membersihkan mitos mengenai
penggunaan syampu dua kali. Pada dasarnya
jangan tertipu oleh iklan televisyen yang
memberitahu mencuci, bilas dan ulangi. Cuci
rambut sekali sudah mencukupi. Tetapi pastikan
anda menggunakan syampu dan perapi yang betul.

9. Kurang kan Pende dahan Ram but ke Haba
Yang P anas

Elakkan menggunakan pengering rambut untuk
mengeringkan rambut anda. Biarkan ianya kering
secara semula jadi. Ia mungkin mengambil sedikit
masa tetapi ia pasti akan menghalang rambut anda
daripada menjadi keriting dan rapuh. Tetapi jika
anda menggunakan pengering rambut, pastikan
anda menetapkannya pada tetapan haba yang
rendah.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |16

10. . Dapa tkan Potongan Ram but Setiap 4
-6 Mi ngg u

Untuk memastikan rambut anda kemas dan
teratur, dapatkan potongan rambut setiap 4-6
minggu. Untuk memastikan kekemasan rambut
terjaga dan mendapat gaya yang terkini.

11. . Mandi Mengg unakan Air Sej uk

Mandian air sejuk sebenarnya menghalang
kapilari darah di kulit kepala. Kapilari darah ini
membawa nutrien penting dan aktif yang perlu
untuk memberi kesan yang optimum dan jika
ianya terhalang ianya akan membawa kesan yang
buruk terhadapa kesihatan rambut anda.Tetapi
ini tidak bermakna anda perlu mencuci rambut
anda di bawah paip air panas. Ia akan merosakkan
rambut anda dengan mengeluarkan semua
minyak semula jadi dari kulit kepala. Idealnya
basuh dan bilas rambut anda dengan air suam.

12. . Kek alk an Ke semulaja dian Rambut Anda

Mewarnakan rambut, meluruskan rambut
ataupun perming mampu merosakkan rambut
anda maka, anda perlu mengurangkan aktiviti
sebegitu untuk mendapatkan rambut yang sihat.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |17

13. Gunakan Sikat Yang Betul
Rambut adalah suatu benda yang halus dan anda
harus memastikan anda menggunakan alat yang
betul. Juga, jangan berus rambut ketika basah
malah gunakan jari anda atau sikat bergigi lebar.

14. . El akk an Pemakaian topi Yang Ketat
Topi ketat boleh menyebabkan ‘daya tarikan
alopecia’ iatu keadaan rambut yang boleh
menyebabkan keguguran rambut, ataupun
kehilangan rambut secara kekal. Selain itu, ianya
juga boleh menyebabkan kepala anda berbau.

15. . Me njalani Gaya Hi dup Yang Si hat
Kesihatan rambut anda juga mencerminkan gaya
hidup anda. Penjagaan rambut untuk lelaki
bermakna anda perlu makan dengan baik,
bersenam, minum air, dapatkan tidur yang cukup
dan cuba kekal positif.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |18

TOPIK 3
PENJAGAAN RAMBUT & KULIT

KEPALA KANAK-KANAK

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |19

“Adakah syampu ini
sesuai untuk anak

kecil saya?”
“Mengapa anak saya

kerap menggaru
kepala?”

Persoalan-persoalan inilah
yang sering ditanya oleh
para ibu. Menjaga rambut
dan kulit kepala kanak-
kanak bukanlah satu tugas
yang mudah. Penjagaan
rambut kanak-kanak
bergantung kepada jenis rambutnya dan tahap aktiviti
mereka. Justeru, penting untuk anda menanam tabiat
penjagaan rambutyang sihatsejak mereka kecillagi.

Penjagaan rambut kanak-kanak tidak boleh dipandang
ringan oleh ibu bapa. Jika disebut tentang penjagaan
kepala anak, ramai ibu bapa yang hanya menganggap
ia hanya berfokus kepada mencuci atau menyikat
rambut sahaja. Sebenarnya, penjagaan rambut dan
kulit kepala anak adalah lebih daripada itu. Kekerapan
mencuci, penggunaan syampu boleh memberi kesan
kepada kulit kepala dan rambut si kecil. Jadi, berapa
kerap rambut si kecil perlu dicuci?

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |20

TIPS DO & DON’T

1. Jangan Berlebihan!

Mencuci atau menyampu rambut kanak-kanak tidak

perlu dilakukan setiap hari. Tiga kali seminggu

adalah mencukupi

kecuali jika anak

anda seorang yang

aktif dan kuat

berpeluh, mungkin

kekerapan mencuci

perlu ditambah. Jika

anak anda berambut

panjang, kekerapan

mencuci boleh jadi

dua hari sekali.

Akan tetapi,

kekerapan akanjadi

berkurangan jika si kecil mempunyai rambut yang

keriting atau jenis rambut kering.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |21

2. Mengeringkan rambut dengan lembut
Keringkan rambut yang basah dengan
menggunakan tuala
lembut. Lapkan rambut
secara lembut dan
perlahan-lahan bagi
mengelakkan rambut
kusut dan rosak. Selain
itu, jangan ‘memerah’
rambut secara kasar
kerana perbuatan itu
hanya akan
menyebabkan
kerosakan pada
rambutnya.

3. Gunakan sikatyang bergigi jarang
Semasa rambut si manja basah, gunakan sikat yang
bergigi jarang. Elakkan daripada menggunakan sikat
bergigi rapat pada rambut yang basah kerana
rambut basah terdedah kepada kerosakan dan boleh
menjadi kejung.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |22

4. Berus rambut selalu
Memberus rambut dapat
membantu menggalakkan
kapilari darah, sekali gus
meningkatkan aliran nutrien
dan oksigen ke dalam akar
rambut serta menyihatkan
rambut. Selain itu, perbuatan
memberus rambut anak juga
dapat membantu merangsang
pelbagai minyak dan penghasilan hormon yang
dapat mengekalkan minyak semula jadi rambut.
Namun, beruslah hanya semasa rambut sudah
kering.

5. Sikat daripada hujung
Jangan mula menyikat rambut dari atas, kerana anda
hanya akan menjadikan rambut semakin bergumpal.
Sebaliknya, mulakan menyikat pada hujung rambut
dan kemudian diteruskan pada pertengahan rambut
sehingga ke atas rambut. Jika ada rambut yang
bergumpal atau kusut, leraikan dahulu rambut
tersebut sebelum mula menyikat dari akar rambut.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |23

6. Rambut kering dan keriting

Rambut jenis kering dan keriting selalunya lebih
rapuh daripada rambut yang lurus. Jadi, kanak-
kanak yang memiliki rambut jenis ini perlu jarang
dicuci.

7. Pilih yang betul

Memilih syampu yang betul boleh membantu

penjagaan rambut anak terutama buat kanak-kanak

yang memiliki rambut

jenis kering atau keriting.

Cari syampu yang

mengandungi formulasi

khusus untuk kanak-kanak

dan tidak memedihkan

mata. Contohnya, jika

rambut anak anda kering,

anda perlu mencari

syampu yang

mengandungi pelembap.

Sementara, jika anak anda mengalami masalah kulit

kepala seperti psoriasis, dermatitis atau kelemumur,

anda disarankan untuk membawa anak berjumpa

dengan pakar dermatologi bagi memilih jenis

syampu yang terbaik buat si kecil.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |24
8. Patuhi jadual

Berapa kerapkah si manja mencuci rambut? Bagi
anak kecil, rambut mereka perlu dicuci tiga kali
seminggu kecuali jika mereka terlampau aktif dan
mudah berpeluh, maka anda perlu mencuci rambut
mereka lebih kerap. Jika rambut si kecil semakin
panjang, anda boleh mencuci rambutnya selang
sehari.
9. Bilas dengan bersih
Pastikan rambut si manja dibilas bersih selepas
bersyampu kerana sisa syampu yang tidak
dibersihkan akan menyebabkan kelemumur.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |25

TOPIK 4
PENJAGAAN UNTUK MENGELAKKAN

KEGUGURAN RAMBUT

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |26

Rambut gugur dalam istilah perubatan dipanggil
sebagai Alopecia. Ia mempunyai beberapa jenis dan
juga punca yang menyebabkan perkara tersebut
berlaku. Terdapat beberapa faktor yang dikatakan
memainkan peranan penting dalam masalah keguguran
rambut seperti berikut;

 Hormon yang tidak stabil
 Genetik: mereka yang mempunyai ibubapa yang

mengalami masalah botak dan keguguran rambut
akan mempunyai risiko yang sama
 Tekanan, penyakit dan juga kelahiran anak boleh
menyebabkan keguguran rambut yang sementara
 Ubat seperti kemoterapi yang digunakan dalam
rawatan kanser, ubat tekanan darah tinggi dan juga
ubat perancang keluarga boleh menyebabkan
keguguran rambut yang sementara
 Melecur: Melecur dikawasan kepala boleh
menyebabkan masalah botak kerana folikel pada
bahagian kulit telah pun mati
 Produk kosmetik: Penggunaan shampoo yang selalu,
warna rambut, melunturkan warna rambuh akan
menyebabkan rambut menjadi rapuh dan senang
gugur.
 Diet: Pengambilan diet yang rendah protein boleh
menyebabkan protein di dalam badan berkurangan
dan folikel tidak mampu menghasilkan rambut. Ini
kerana keratin di dalam rambut itu berasal daripada
protein.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |27

TIPS DO & DON’T
1. Jangan Kerap Sikat Rambut

Sekiranya kita memiliki rambut yang senang gugur,
jangan terlalu kerap menyikat rambut dan pastikan
tidak merentap rambut terlalu kuat semasa
menyikat. Cara
menyikat yangbetul
adalah dengan
mengenggam
sebahagian rambut
lalu pegang di
bahagian tengahnya
dan sikat penghujungnya terlebih dahulu, barulah
kemudian sikat dari bahagian kulit kepala ke
bahagian tengah.
2. Guna Sikat Bergigi Jarang
Gunakan sikat yang bergigi jarang.
Dengan cara itu, ia tidak akan
menarik rambut sepenuhnya
seperti mana sikat normal.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |28

3. Hilangkan Kusut Rambut SebelumSyampu

Sebelum membasuh rambut,
pastikan ia disikat terlebih
dulu supaya kekusutan pada
rambut menjadi rapi. Jika
anda menyampu rambut
semasa ia kusut, risiko untuk
lebih banyak rambut gugur
adalah tinggi.

4. Tocang Rambut Sebelum Tidur

Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik
penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat
mengelak rambut gugur banyak dan rambut tak
kusut langsung lepas bangun tidur.

5. Makan Makanan Tinggi Protein

Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah
sumber makanan
yang tinggi
protein. Ini kerana
kebanyakan
makanan yang
mengandungi
protein turut
ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan
dan pertumbuhan rambut.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |29

6. Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut
Elak keringkan rambut guna
mesin pengering rambut. Haba
panas akan buat akar rambut
lemah dan boleh mematahkan
rambut. Biar sahaja rambut
kering denganudara.

7. Berhenti Warnakan Rambut
Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan
kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam
helaian rambut sehingga ke akar. Lebih-lebih lagi
kalau anda mahu menukar warna rambut, ketika itu
tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia
penanggal untuk proses‘bleaching’.

8. Minum Banyak Air Putih
Minum 4 hingga 8 gelas sehari
akan menyalur kelembapan
pada rambut malah
menggalakkan rambut supaya
lekas tumbuh!

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |30

9. Pakai Minyak Kuatkan Ramtbu

Gunakan minyak natural
seperti minyak argan atau
kelapa untuk disapu pada kulit
kepala mahupun keseluruhan
helaian rambut. Tak perlu
banyak, cukup sekadar lima
hingga tujuh titik minyak untuk
disapu rata ke seluruh bahagian kepala.

10. Jangan Ikat Terlalu Ketat

Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat
dari fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul
tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakan sedikit
ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan
tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut
sehingga membuatkannya lemah.

11. Basuh Rambut Selang 4-7 Hari

Basuh rambut 4 hingga 7 hari
sekali kerana mencuci dengan
kerap akan buat keadaan kepala
dan rambut jadi terjejas di mana
syampu akan menarik keluar
minyak semula jadi yang dihasilkan
kulit kepala. Syampu pada
bahagian kulit kepala sahaja. Elak
menggosok syampu pada helaian
rambut.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |31

KESIMPULAN

Kesimpulan Rambut ibarat mahkota baik bagi wanita
mahupun lelaki. Lantaran itu, tidak menghairankan bila
semua orang mendambakan rambut yang sihat, hitam,
lebat, beralun, berkilat dan juga tidak rapuh (mudah
gugur). Rambut berfungsi untuk mencegah hilangnya
panas dari kepala seseorang. Selain itu rambut
merupakan tisu paling cepat tumbuh pada tubuh
seseorang manusia. Dikatakan bahawa 35 meter serat
rambut dihasilkan setiap hari pada tempurung kepala
setiap orang dewasa. Rambut boleh kehilangan warna,
kerana kekurangan melanin iaitu bahan pewarna
semulajadi yang terdapat di dalam badan yang juga
dikenali sebagai pigmen. Apabila usia semakin
meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel
rambutsemakin menurun dan mungkin akan berhenti
membekalkan bahan pewarna semulajadi sehingga
menyebabkan rambut bertukar putih yang dikenali
sebagai uban.

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |32
RUJUKAN

Ajizah Sudiman, Wan Norizan Wan Muhammad, Tee
Hua Man, 2015. Dandanan Rambut Tingkatan
4 dan 5. Kuala Lumpur: Percetakan Dewan
Bahasa dan Pustaka

Chin Wee Kin, Ajizah Sudiman@ Mohd Shahed,
Wong Joon Lian, 2004. Penjagaan Muka dan
Dandanan Rambut. Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka

Joanna Lorenz, 2003. Haircare, Skincare, Make-up
& Fitness. London: Hermes House Anness

NURULHUDA & MASTURA 2018

P E N J A G A A N R A M B U T “ D O & D O N ’ T ” |33

SUMBER INTERNET

https://www.sunsilk.com.my/bh/stories/Cara-mudah-
untuk-mendapat-rambut-lembut-berkilat.html

https://stail.my/cerita/kecantikan/5-tip-untuk-
rambut-kekal-sihat-lebat-dan-bersinar/

https://www.goodhousekeeping.com/beauty/hair/a3
4090/best-beautiful-hair-tips/

https://food.ndtv.com/beauty/ayurveda-for-dandruff-
5-home-remedies-to-beat-dandruff-naturally-
1897357

https://www.amaliah.com/post/43384/10-hair-care-
tips-hijabis

https://ediagnosa.com/rambut-gugur-punca-jenis-dan-
rawatan/

https://www.proudduck.com/2016/01/hair-tips-for-
hijabis/

http://www.suria.my/sensasi/gaya/11-petua-hebat-
untuk-wanita-yang-ada-masalah-rambut-gugur/

http://www.wom.my/kecantikan/sikat-rambut-yang-
betul/

https://siraplimau.com/cara-mencuci-rambut-yang-
betul/

NURULHUDA & MASTURA 2018


Click to View FlipBook Version