The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishahwan83, 2021-02-16 20:34:22

LAPORAN TAHUNAN KKTM 2018

LAPORAN TAHUNAN KKTM 2018

AKTIVITI UNIT PENGAMBILAN

OLEH : ZUNAEDAH BINTI SAHRUL
Hari Pendaftaran Pelajar Sesi Mac 2018
Mac 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Hari Pendaftaran Pelajar Sesi Mac 2018 telah diadakan pada 27 Februari
2018 (Selasa) bertempat di Business Centre, Kolej Komuniti Temerloh.
Pendaftaran bermula seawal 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Seramai
15 orang pelajar baharu yang mendaftar bagi Sijil Teknologi Maklumat.
Manakala 6 orang untuk Sijil Fesyen dan Pakaian dan 7 orang pelajar
yang mendaftar untuk Sijil Penyelenggaraan Bangunan.

Hari Pendaftaran Pelajar Sesi Jun 2018
Jun 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Hari Pendaftaran Pelajar Sesi Jun 2018 telah diadakan pada 26
Jun 2018 (Selasa) bertempat di Bilik Kuliah 1 - 4, Kolej Komuniti
Temerloh. Pendaftaran bermula seawal 8.30 pagi sehingga 12.30
tengahari. Seramai 40 orang pelajar baharu yang mendaftar bagi
Sijil Teknologi Maklumat. Manakala 60 orang untuk Sijil Fesyen dan
Pakaian, 30 orang pelajar yang mendaftar untuk Sijil Penyelenggaraan
Bangunan dan 8 orang pelajar baharu bagi Sijil Rekabentuk dan
Pembuatan Perabot.
Hari Pendaftaran Pelajar Sesi Disember 2018
Disember 2018 |Kolej Komuniti Temerloh
Hari Pendaftaran Pelajar Sesi Disember 2018 telah diadakan
pada 3 Disember 2018 (Isnin) bertempat di Business Centre,
Kolej Komuniti Temerloh. Pendaftaran bermula seawal 8.30
pagi sehingga 12.30 tengahari. Seramai 12 orang pelajar baharu
yang mendaftar bagi Sijil Teknologi Maklumat. Manakala
7 orang untuk Sijil Fesyen dan Pakaian dan 2 orang pelajar
yang mendaftar untuk Sijil Penyelenggaraan Bangunan.

42

AKTIVITI UNIT PENGAMBILAN

Statistik Pengambilan Pelajar 2018

43

UNIT PEPERIKSAAN

OLEH : NADIA BINTI RAJAT
Analisa Keputusan Penilaian

Sesi Mac 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Sesi Mac 2018 melibatkan seramai 207 orang pelajar daripada 4 program berbeza iaitu Sijil
Teknologi Maklumat (69 orang) , Sijil Fesyen dan Pakaian (60 orang), Sijil Penyelenggaraan
Bangunan (65 orang) dan Sijil Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot (13 orang). Taburan skor
pencapaian pelajar sesi Mac 2018 menunjukkan bilangan pelajar mendapat status akademik
“Cemerlang” adalah paling tinggi iaitu 79 orang, seterusnya diikuti oleh status akademik
“Kepujian” iaitu seramai 82 orang, status akademik “Baik” iaitu seramai 40 orang, status akademik
“Lulus Bersyarat” iaitu seramai 5 orang dan status akademik “Gagal” iaitu seramai 1 orang.

Analisa Keputusan Penilaian
Sesi Jun 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Sesi Jun 2018 melibatkan seramai 118 orang pelajar daripada 4 program berbeza iaitu Sijil Teknologi
Maklumat (34 orang) , Sijil Fesyen dan Pakaian (49 orang) , Sijil Penyelenggaraan Bangunan (27
orang) dan Sijil Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot (8 orang). Taburan skor pencapaian pelajar sesi
Jun 2018 menunjukkan bilangan pelajar mendapat status akademik “Kepujian” adalah paling tinggi
iaitu 71 orang, seterusnya diikuti oleh status akademik “Cemerlang” iaitu seramai 37 orang, status
akademik “Baik” iaitu seramai 9 orang dan status akademik “Lulus Bersyarat” iaitu seramai 1 orang.

44

UNIT PEPERIKSAAN

OLEH : NADIA BINTI RAJAT

Analisa Keputusan Penilaian
Sesi Julai 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Sesi Julai 2018 melibatkan seramai 195 orang pelajar daripada 4 program berbeza iaitu Sijil
Teknologi Maklumat (62 orang) , Sijil Fesyen dan Pakaian (58 orang), Sijil Penyelenggaraan
Bangunan (63 orang) dan Sijil Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot (12 orang).

Sijil Teknologi Maklumat Sijil Fesyen dan Pakaian

Sijil Penyelenggaraan Bangunan Sijil Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot

Taklimat peperiksaan
Januari - Disember 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Taklimat Peperiksaan diadakan pada setiap sesi pengajian.
Sepanjang tahun 2018, sebanyak 3 kali taklimat peperiksaan
telah dilaksanakan iaitu pada sesi November 2017, Mac
2018 dan Jun/Julai 2018.Taklimat ini adalah melibatkan sesi
pensyarah dan juga sesi pelajar. Taklimat telah diadakan di
Dewan Ilham Bestari, KKTM.
Tujuan taklimat ini kepada pelajar adalah untuk memastikan
pelajar sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan tepat
tentang peraturan dan kaedah penilaian di kolej komuniti.
Manakala, tujuan taklimat kepada pensyarah adalah untuk
memberi garis panduan bagi mewujudkan keseragaman kepada
semua pensyarah dalam mengendalikan segala urusan yang
berkaitan dengan peperiksaan atau lain-lain bentuk penilaian.

45

UNIT PEPERIKSAAN

ANUGERAH GRADUAN CEMERLANG MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ KOMUNITI
NEGERI PAHANG, TERENGGANU & KELANTAN TAHUN 2018

46

AKTIVITI UNIT PENYELIDIKAN DAN INOVASI

OLEH : AMUTHA A/P GOPAL VILLOO @ VENUGOPAL
NURUL AISYAH BINTI ABDUL GHANI

“Creating A Culture Of Innovation” Dengan Kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)
28 Mac 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Pada 28 Mac 2018 bertempat di Business Centre, KK Temerloh Unit
Penyelidikan dan Inovasi (R&I) bersama Yayasan Inovasi Malaysia
(YIM) telah mengadakan bengkel ini sebagai platform untuk mengasah
idea Inovasi sedia ada dan persediaan untuk menyertai pertandingan
inovasi. Seramai 200 orang pelajar Kolej Komuniti Temerloh dari
Program Fesyen Dan Pakaian, Penyelenggaraan Bangunan, Reka
Bentuk Dan Pembuatan Perabot dan Teknologi Maklumat dan
12 Orang Pensyarah Kolej Komuniti Temerloh (KKTM) telah
menyertai Program “Creating A Culture Of Innovation” ” Dengan
Kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Program ini juga
diadakan sebagai platform persediaan untuk menyertai pertandingan
MyInnosmart’18 peringkat Kolej Komuniti Temerloh. Pengurus
Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Pn Sharmila Binti Mohamed
Salleh, AMN selaku penceramah telah mengendalikan bengkel ini.
Pencapaian: Sebanyak 18 cetusan idea yang dihasilkan hasil daripada bengkel ini.Impak daripada
bengkel ini mendorong pelajar ke arah pencetusan idea inovasi serta sebagi mengasah bakat pelajar untuk
pertandingan Innosmart 2018 @ Kolej Komuniti Temerloh. Seterusnya, menghasilkan inovasi berimpak
tinggi. Para peserta telah diberikan tugas untuk menghasilkan produk inovasi mengikut kumpulan
yang telah diberi. Di akhir program setiap pelajar diminta untuk membentangkan produk inovasi
masing-masing dan pemenang dipilih. 3 pemenang cetusan idea telah dipilih hasil daripada bengkel ini.

Pertandingan MyInnoSmart, KKTM 2018, Kolej Komuniti Temerloh
19 Mac – 3 Mei 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Sebanyak 62 produk dari semua pelajar Kolej Komuniti Temerloh
telah menyertai Pertandingan MyInnosmart’18 yang telah
dilaksanakan bermula 19 Mac – 3 Mei 2018 bertempat di KK
Temerloh. Bagi kategori Sains Teknikal sebanyak 11 penyertaan
terdiri daripada kategori Teknologi Maklumat dan Multimedia,
29 penyertaan bagi Rekabentuk, Teknologi Pembuatan dan
Bahan Binaan dan 13 penyertaan bagi Fesyen dan Pakaian.
Manakala bagi kategori Sains Sosial dan Kemanusian sebanyak
11 penyertaan telah dihantar. Persediaan serta penyediaan
produk telah dilaksanakan di bengkel program masing-masing
dalam tempoh yang diberi bersama pensyarah pembimbing.
Pencapaian : Pemenang bagi pertandingan MyInnosmart’18 dipilih sebagai wakil Kolej Komuniti Temerloh
dalam Pertandingan MySkrip peringkat Wilayah Timur.

47

AKTIVITI UNIT PENYELIDIKAN DAN INOVASI

OLEH : NOR AISHAH BINTI OTHMAN

Penyertaan Dan Penghasilan Produk Inovasi Pelajar 2018
Januari - Disember 2018 |Kolej Komuniti Temerloh

Pelajar Kolej Komuniti Temerloh telah berjaya menghasilkan sebanyak 63 produk inovasi sepanjang ta-
hun 2018. 62 penyertaan adalah bagi Pertandingan MyInnoSmart Peringkat Kolej Komuniti Temerloh yang
telah berjaya memperolehi dua (2) Anugerah Emas, 13 Anugerah Perak, 22 Anugerah Gangsa Dan 25 Sijil
Penyertaan. Selain itu juga, Kolej Komuniti Temerloh telah berjaya memperolehi satu (1) Pingat Perak dan
satu (5) Pingat Gangsa bagi Peringkat Kebangsaan dan dua (2) Pendaftaran Hak Cipta Terpelihara.

PENDAFTARAN HAK CIPTA TERPELIHARA

Bil Produk Inovasi Nama Pensyarah No. Pendaftaran

1 Log For A’s Nor Aishah Binti Othman LY2018001881
2 Pocket Adjectives (V2) Nor Azma Binti Manan LY2018005399

ANUGERAH PINGAT PERAK KEBANGSAAN

Bil Produk Nama Penyelia Program
Inovasi Norulaini Binti National Innovation And
Mohd Ramly Invention Competition Through
1 Smart 1/5 Exhibition 2018 (iCompEx’ 2018)
Scale

ANUGERAH PINGAT GANGSA KEBANGSAAN

Bil Produk Inovasi Nama Penyelia Program

1 Trace & Draw Table Trial Fara Azeerin Binti A Karim MySkrip 2018 Peringkat Kebangsaan

2 Koetang Norarziana Binti Sasudian

3 W-Box Norarziana Binti Sasudian National Innovation And Invention
4 Chair To Table Rack Rabeah Binti Md Zin Competition Through Exhibition
Ahmad Yazid Bin Abu Samah
Nurul Aini Binti Abdul Ghani 2018 (iCompEx’ 2018)

5 Upside Down Ahmad Yazid Bin Abu Samah
Multifunction Rack Nurul Aisyah Binti Abdul Ghani

48

AKTIVITI UNIT PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Pertandingan MyInnoSmart Peringkat Kolej Komuniti Temerloh

Anugerah Emas Bil Produk Nama Penyelia
1 Log For A’s Nor Aishah Binti Othman
2 Easy Sejadah Nur Jamilah Binti Nawi

Bil Produk Nama Penyelia

1 E.W.C (Easy Welding Curtain) Syed Mohd Nazmi Bin Syed Omar

Anugerah Perak 2 Smart 5th Scale Norulaini Binti Mohd Ramly
Anugerah Gangsa
3 Rs (Ribbon Storage) Farahana Nadirah Binti Mahamad Nadzar

4 Eznetconfiq Amutha A/P Gopal Villoo @ Venugopal
5 Lawsonia Inermis

6 Chair To Table Rack Nurul Aisyah Binti Abdul Ghani

7 7 E-Smart Rail Amiera Saryati Binti Sadun

8 W-Box Norarziana Binti Sasudian
9 Koetang

10 Sand Cycle Wan Norhayati Binti Wan Saupi

11 Mesin Pengutip Jarum Peniti Mohd Nor Hafiz Bin Sawandi

12 M&C Pebble Wash Fairoz Binti Jumhat

13 Unique Portable Chair Nurul Aini Binti Abdul Ghani

Bil Produk Nama Penyelia

1 STMSIS Siti Shuhaili Binti Mohamad Moha
2 Coop Membership System Paliza Binti Deraman
3 M-Board G-Spinner
4 Vac Mobile With IoT Amutha A/P Gopal Villoo @ Venugopal
5 Smart Food Cover
Zunaedah Binti Sahrul
6 1 Click @ KK Temerloh Nurul Aisyah Binti Abdul Ghani
7 5 In 1 Magic Table
8 Easy Cutlery Storage Syed Mohd Nazmi Bin Syed Omar
9 Toya Vengers
10 Easy Mold Portable (Emp) Mohd Zool Fazlee Bin Basir
11 Mobile Deck
12 T.O Filter Saliza Binti Abdul Razak
13 T - Chair
14 Rak Kasut Multipurpose Ahmad Yazid Bin Abu Samah
15 Recycle Frame
16 Kerusi Stand Lukisan Rabeah Binti Md Zin
17 Portable Hose Reel
18 Invention Carrier Fairoz Binti Jumhat
19 Pocket Adjectives (V2) Nurul Aini Binti Abdul Ghani
20 Phone Holder Nor Azma Binti Manan
21 2 In 1 Cup
22 Nizz Fashion Tube Afzaa Aaida Shahnaz Binti Mohamed
Harith

49

AKTIVITI HAL EHWAL PELAJAR

OLEH : MOHD SOFFIAN BIN ABDUL SAMAT

Pilihanraya JPP 2018
1 Februari 2018| Kolej Komuniti Temerloh
Pilihanraya JPP berlangsung pada 1 Februari 2018. Pemilihan Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar adalah satu usaha melahirkan bakal-bakal pelapis
kepimpinan bukan sahaja bagi warga kolej bahkan kepimpinan di masa
hadapan. Semua pelajar dan staf KKTM wajib untuk mengundi. Hampir 85%
yang datang mengundi.

Watikah JPP 2018
7 Februari 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Majlis Penyampaian Watikah Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar (JPP) 2018 diadakan pada 7 Februari 2018. Watikah
telah disampaikan oleh Pengarah KKTM iaitu Encik
Suhairi Bin Ismail kepada 12 pelajar JPP yang terpilih.
Seramai 12 pelajar JPP telah membaca ikrar yang diketuai
oleh YDP saudara Muhammad Razmin Bin Rosun.

Program Gotong – Royong Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2018
14 April 2018 | SK Bandar Temerloh

Seramai 16 sukarelawan diiringi Mohd Soffian Bin Abdul Samat
(Pegawai Pembangunan Pelajar) telah hadir ke program tersebut
sebagai jemputan. Program ini dihadiri oleh YB Dato’ Sri Alias
Bin Haji Ahmad (KSU KPM) dan PIBG sekolah serta beberapa
agensi kerajaan dan luar.

OLEH : NORARZIANA BINTI SASUDIAN
Program KPT4U Jelajah UPU (Parlimen Kuala Krau)
8 April 2018 | UiTM Jengka, Pahang

Pada 8 April 2018 bertempat di UiTM Jengka, Pahang seramai 21 orang
pelajar yang terdiri dari 10 orang pelajar JPP (wakil penerima bantuan
kewangan), 10 orang pelajar semester 2 (wakil penerima surat tawaran)
dan seorang pelajar SRP bagi sesi demonstrasi Program Reka Bentuk &
Pembuatan Perabot telah hadir ke program tersebut. Program ini dihadiri
oleh YB Dato’ Sri Haji Ismail Bin Mohamed Said (Timbalan Yang Di
Pertuan Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Kuala Krau), YBhg.
Prof. Dr. Noor Azizi Bin Ismail (Timbalan Ketua Pengarah Kementerian
Pendidikan Tinggi), barisan Pengarah Kolej Komuniti Wilayah Pahang,
Puan Norarziana Binti Sasudian (Pegawai Penerangan), Puan Nurul Naim Binti Othman (Pegawai
Pengambilan), Puan Amutha A/P Gopal Villoo @ Venugopal (Penyelaras Promosi Program Teknologi
Maklumat), Cik Nurul Aisyah Binti Abdul Ghani (Pensyarah Kursus Pendek Program Reka Bentuk &
Pembuatan Perabot) dan disertai oleh Institusi Pengajian Tinggi yang lain.

50

AKTIVITI HAL EHWAL PELAJAR

OLEH : AMUTHA A/P GOPAL VILLOO @ VENUGOPAL

Lawatan Pemantapan Kerohanian Ke Batu Caves & Guan Di Temple
20 Mei 2018 | Batu Caves

Lawatan kerohanian ke Batu Caves dan Guan Di Temple adalah salah
satu program yang direka khas bagi memupuk rohani dan jasmani
pelajar bukan Islam dalam beribadah. Justeru itu, lawatan ini sebagai
platform untuk menaikkan semagat pelajar dalam mengamalkan
nilai-nilai murni dan beribadah dalam kalangan pelajar bukan Islam.
Program ini dijalankan pada 20 Mei 2018 di Batu Caves dan Guan Di
Temple.

“The Power Of Inspiring ESQ Towards Education”
21 Julai 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Program "The Power Of Inspiring ESQ Towards Education" adalah
program yang direka sebagai platform khas yang menyentuh aspek
Emotional Spritual Quotient (ESQ) yang menggabungkan kecerdasan
emosi dan spiritual dalam mempertingkatkan ilmu pendidikan dalam
kalangan pelajar bukan Islam. Program ini bertujuan membangkitkan
kekuatan tersembunyi serta mengerahkan potensi diri untuk cemerlang
dalam akademik. Ia telah dilaksanakan degan jayanya pada 21 Julai 2018
di Bilik Seminar, Kolej Komuniti Temerloh. Seramai 21 orang pelajar dan
seorang pensyarah telah menyertai program ini. Penceramah jemputan
ialah Encik Balagopalan Arian yang merupakan HRDF Trainer.

Program Spiritual Quotient (SQ) Transform Wisdom Among Students
13 Oktober 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Program SQ ini meliputi Intelligent Quotient (IQ), Emotional
Quotient (EQ) dan SQ direka sebagai platform dalam memupuk SQ
dalam melatih diri. Justeru itu dengan adanya SQ dapat melatih diri
untuk cemerlang dalam akademik berdasarkan pepatah Knowledge
is Wisdom. Program ini diadakan pada 13 Oktober 2018 di Dewan
Ilham Bestari, Kolej Komuniti Temerloh. Ia dilaksanakan bermula
dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

51

AKTIVITI HAL EHWAL PELAJAR

OLEH : SITI SHUHAILI BIN MOHAMAD MOHA
Majlis Perasmian Penutup Karnival TVET Malaysia Zon Timur
15 April 2018 | Stadium Darul Makmur

Seramai 32 orang pelajar STM3A dan STM3B diiringi oleh Puan Siti
Shuhaili, Puan Amutha, Puan Nurul Naim dan Puan Zunaedah
telah hadir ke perkarangan Stadium Darul Makmur pada 15 April
2018 sebagai jemputan program. Program ini di hadiri oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul
Razak dan disertai oleh Institusi Pengajian Tinggi TVET yang lain.

OLEH : MOHD SOFFIAN BIN ABDUL SAMAT

Program Explorace Dan Santai BBQ Gerakan Belia 4B Kg Gantok
22 April 2018 | Kg Gantok, Temerloh

Pada 22 April 2018 bertempat di Kampung Gantok, Mentakab seramai
27 pelajar dan diiringi Puan Fairoz Binti Jumhat dan Puan Zunaedah
Binti Sahrul telah hadir ke program tersebut sebagai jemputan. Pelbagai
aktiviti yang telah dijalankan bagi menjayakan explorace ini. Aktiviti
yang dijalankan menguji ketahanan fizikan dan minda pelajar. Pelajar
dengan jayanya menyempurnakan semua tugasan dan memenangi
explorace ini di tempat ke 2.

Program Sukarelawan IM4U ke Majlis Pelancaran Pecah Tanah Dan
Naik Taraf Hospital Jerantut

25 April 2018 | Dewan Majlis Daerah Jerantut
Seramai 44 orang pelajar dan 1 orang pegawai telah mengikuti program yang
diadakan pada 25 April 2018 bertempat di Dewan Majlis Daerah Jerantut.
Program ini yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji
Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. Program dianjurkan oleh Pejabat
Belia dan Sukan Daerah Temerloh dan usaha sama pihak IM4U.

Program Ihya’ Ramadhan Kolej Komuniti Temerloh Tahun 2018M / 1439H
17 Mei 2018 - 1 Jun 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Bermula 17 Mei 2018 hingga 1 Jun 2018, bersempena dengan
kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, Unit Pembangunan Pelajar
dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar merancang
beberapa program di antaranya Tadarus Al-Quran, Khatam Al-Quran
(pelajar dan staf KKTM), Iftar Perdana KKTM dan Bakul Ramadhan
di Kolej Komuniti Temerloh. Semua perancangan dalam kertas kerja
ini melibatkan semua pensyarah dan kakitangan. Diharapkan semua
dapat mengambil bahagian untuk meraikan bulan Ramadhan Al-
Mubarak ini.
52

AKTIVITI HAL EHWAL PELAJAR

OLEH : MOHD SOFFIAN BIN ABDUL SAMAT

Program Intergenerasi Warga Emas, Kanak-Kanak Dan Remaja
31 Julai 2018 | Dewan Imam Perang Teh, Sanggang

Pada 31 Julai 2018, seramai 30 orang pelajar menyertai program
intergenerasi warga emas, kanak-kanak dan remaja yang bertempat
di Dewan Imam Perang Teh, Sanggang. Kolej Komuniti Temerloh
merupakan wakil remaja dalam program ini yang dianjurkan oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat Temerloh.

Program Muzikal Teater Merdeka 2018
19 September 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Sambutan Kemerdekaan ini diadakan pada 19 September 2018 dan
melibatkan aktiviti-aktiviti kepada semua pelajar Kolej Komuniti
Temerloh. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar. Semoga aktiviti
yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada
pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan
kerjasama dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Antara aktiviti yang
dijalankan ialah muzikal teater merdeka

OLEH : SYED MOHD NAZMI BIN SYED OMAR

Pertandingan CC All Starz (Melodrama) Kolej Komuniti Pahang
6 September 2018 | Institut Aminuddin Baki, Genting Highland

Pertandingan CC All Starz (Melodrama) diadakan pada 6
September 2018 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland,
Pahang. Konsep pertandingan ini adalah Melodrama iaitu
Muzikal dan drama dan bertemakan patriotic. Program ini dapat
mengetengahkan bakat-bakat seni pelajar dalam mempersembahan
persembahan yang merangkumi gabungan lakonan, muzik dan
lagu di dalam sebuah cerita dan memasukkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan.

Kejohanan Futsal Kolej Komuniti Temerloh Kategori Lelaki
26 September 2018 | Padang Tenis, KK Temerloh

Kejohanan futsal peringkat Kolej Komuniti Temerloh telah dianjurkan
pada 26 September 2018 di Padang Tenis, KK Temerloh bagi
merealisasikan hasrat Kolej Komuniti Temerloh (KKTM) mencungkil
bakat-bakat pelajar dalam sukan ini. Tambahan pula, penganjuran ini
dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga Kolej Komuniti
Temerloh khususnya. Seramai 65 pelajar telah terlibat yang diuruskan oleh
pelajar SPB 1 bagi memenuhi sukatan kursus MPU 1421 Kokurikulum
(Sukan) dalam mengaplikasikan kemahiran pengurusan pertandingan
sukan dan memperkenal dan membudayakan sukan futsal kepada warga
Kolej Komuniti Temerloh.

53

AKTIVITI HAL EHWAL PELAJAR

OLEH : SYED MOHD NAZMI BIN SYED OMAR
Latihan Dikir Barat Kelab Warisan Dikir Barat Kolej Komuniti Temerloh
Jun - September 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Latihan bersama tenaga pengajar khas latihan muzik Dikir Barat
akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Rabu bermula pada bulan
Julai sehingga September 2018 pada jam 9 malam sehingga jam 12
malam yang akan diadakan di pekarangan Kafeteria Kolej Komuniti
Temerloh. Seramai 15 orang ahli Dikir Barat Kelab Warisan telah
mengikuti latihan tersebut bagi persediaan persembahan program di
Kolej Komuniti Temerloh.

Latihan Tarian Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri
Pahang 2018
15 Oktober - 23 November 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Program ini adalah persediaan bagi menghasilkan video tarian untuk
Festival Tarian Malayisa bagi peringkat Negeri Pahang. KKTM telah
menubuhkan satu pasukan tarian yang mantap dan baik bagi membuat
persembahan program di Kolej Komuniti. Ini dapat melahirkan dan
mencungkil bakat seni tari yang mahir dan cekap menari mengikut
rentak muzik di kalangan pelajar Kolej Komuniti Temerloh. Selain
itu, ia dapat mengalakkan pelajar-pelajar menghayati seni kebudayaan
tradisional terutamanya kesenian seni tari tradisional sebagai warisan
Melayu.

Pertandingan Jejak Warisan Budaya 2018
9-10 Oktober 2018 | JKKN Negeri Perak

Pasukan tarian Kelab Kebudayaan dan Kesenian Kolej Komuniti Temerloh
telah menyertai pertandingan Jejak Warisan 2018 yang berlangsung di
JKKN Negeri Perak pada 9-10 Oktober 2018 anjuran Kolej Komuniti
Taiping dan kerjasama JKKN Negeri Perak. Pasukan yang digelar The
Kilau’s mendapat jemputan pertandingan ini sebagai platform kepada
pelajar untuk menimba pengalaman pertama, di mana pasukan tarian ini
baru sahaja ditubuhkan.

54

AKTIVITI HAL EHWAL PELAJAR

OLEH : MOHD SOFFIAN BIN ABDUL SAMAT

Ceramah Dan Pameran Kenali Ubat Anda (KUA)
30 Oktober 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Pada 30 Oktober 2018, Jabatan Farmasi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
telah mengendalikan ceramah dan pameran KUA. Aktiviti ini bertujuan
untuk mempromosikan penggunaan ubat yang rasional dan berkualiti
dikalangan staf dan pelajar KKTM. Selain itu, program ini bertujuan
memberi kesedaran kepada staf dan pelajar supaya mengenali ubat dan
cara penyimpanan ubat yang berkesan.

OLEH : NIK MAS ALINI BT. BADRULDIN @ MUHAMAD

Kursus Asas Pertahanan Awam KKTM 2018
25 dan 26 Oktober 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Kursus Asas Pertahanan Awam KKTM diadakan pada di Kolej Komuniti
Temerloh. Seramai 17 orang pelajar telah menyertai kursus tersebut.
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta berkenaan
pengetahuan asas dalam Angkatan Pertahanan Awam. Selain itu juga
kursus ini akan melayakkan semua peserta menjadi sukarelawan Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia. Antara pengisian sepanjang kursus adalah
asas melawan kebakaran, asas ikatan dan simpulan, menyelimut usungan,
kawad kaki dan lain-lain.

OLEH : NORARZIANA BINTI SASUDIAN

CSR Mengecat Longkang V-Shape Dan Mengumpulkan Sampah Terbanyak Sempena Majlis
Pelancaran BriSK 2018 Peringkat Negeri Pahang
27 September 2018 | Pantai Air Leleh Pekan

Seramai 5 orang sukarekawan yang terdiri dari pelajar Program
Penyelengaraan Bangunan dengan diiringi oleh Puan Norarziana
Binti Sasudian (Penyelaras BriSK Kolej Komuniti Temerloh) telah
hadir dan menyertai aktiviti di Program CSR Mengecat Longkang
V-Shape Dan Mengumpulkan Sampah Terbanyak Sempena
Majlis Pelancaran BriSK 2018 Peringkat Negeri Pahang. Program
berbentuk kesukarelawanan ini telah berjaya mengumpulkan
seramai 40 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dari
Kolej Komuniti Pahang. Program tersebut telah dirasmikan oleh
Tuan Haji Wan Nasir Bin Wan Abdul Rahman selaku Pengarah
Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar di Jabatan Pendidikan
Politeknik & Kolej Komuniti Malaysia pada 27 September 2018
yang lalu di Pantai Air Leleh Pekan, Pahang.

55

PENCAPAIAN SUKAN PELAJAR

OLEH : FAIROZ BINTI JUMHAT

Program Altitute Training For Leadership Team –Mental & Physical
Kolej Komuniti Malaysia Tahun 2018
14-21 Oktober 2018 | Taman Kinabalu, Kundasang Sabah
Jeeva A/L Manickam merupakan peserta sulung dari Kolej Komuniti
Temerloh yang menyertai program menawan puncak Gunung Kinabalu
peringkat kebangsaan. Beliau merupakan antara peserta terawal yang
sampai di low peak gunung tersebut. Kejayaan beliau diinspirasikan oleh
seluruh warga KKTM yang merupakan pelajar pertama KKTM yang
terpilih dalam program tersebut semenjak kolej ini ditubuhkan.

IIUM Netball Open IPT 2018
24-25 November 2018 | IIUM
Kecemerlangan atlet bola jaring Kolej Komuniti Temerloh diteruskan
dengan wakil sulung KKTM menyertai pertandingan IIUM Netball Open
IPT 2018. Atlet tersebut adalah Nur Fatin Auni binti Abd Rahim. Beliau
telah mewakili pasukan luar Bola Jaring bagi pertandingan tersebut.

Karnival Sukan TVET Pahang Barat 2018
31 Mac - 1 April 2018 | Padang FA Jerantut, Pahang
Pasukan Netball Kolej Komuniti Pahang yang dibarisi pemain netball dari Kolej Komuniti Temerloh dan
Kolej Komuniti Jerantut berjaya menjadi JOHAN bagi acara bola jaring Karnival Sukan TVET Pahang
Barat 2018. Atlet bola jaring KKTM diwakili oleh :
1. Nur Fatin Auni binti Abd Rahim (Sijil Teknologi Maklumat)
2. Nur Shakerah Binti Razali (Sijil Fesyen & Pakaian)
3. Nurul Izzati Binti Adli (Sijil Fesyen & Pakaian)
4. Nurul Afiqah Binti Ahmad Azroqi (Sijil Teknologi Maklumat)

Karnival Sukan Kolej Komuniti Zon 2 2018
6-8 Julai 2018 | Desaru, Tanjung Balau, Johor
Karnival Sukan Kolej Komuniti Zon 2 telah berlangsung pada 6-8 Julai 2018. 4 orang atlet KKTM telah
mewakili pasukan Bola Jaring KK Pahang manakala seorang atlet petanque mewakili KK Pahang dalam
acara Petanque Double.
Atlet Bola Jaring
1. Nur Fatin Auni binti Abd Rahim (Sijil Teknologi Maklumat)
2. Nur Shakerah Binti Razali (Sijil Fesyen & Pakaian)
3. Siti Nurul Aisyah Binti Kamaruzaman (Sijil Teknologi Maklumat)
4. Nur Izzati Zahidah Binti Zainal(Sijil Fesyen & Pakaian)
Atlet Petanque
1. Ain Syahira Binti Safiee (Sijil Fesyen & Pakaian)

56

PENCAPAIAN SUKAN PELAJAR

OLEH : FAIROZ BINTI JUMHAT

Latihan Pusat Bola Jaring Kolej Komuniti Malaysia
30 September - 3 Oktober 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Kolej Komuniti Temerloh telah dipertanggungjawabkan untuk
mengendalikan Latihan Pusat bagi Pasukan Bola Jaring Kolej
Komuniti Malaysia untuk persediaan ke Kejohanan International
Netball Poly-Cup 2018. Seramai 20 orang atlet Bola Jaring dari
seluruh Kolej Komuniti Malaysia telah menyertai Pemilihan dan
Latihan Pusat yang telah diadakan.

Pemilihan Silat Kk Pahang Ke Kejohanan Silat Kk Malaysia Edisi 2 2018
12-13 September 2018 | Kolej Komuniti Rompin
Seramai 10 orang atlet KKTM telah menyertai Pemilihan Silat bagi
mewakili KK Pahang yang berlangsung di Kolej Komuniti Rompin
pada 12-13 September 2018. Seramai 4 orang atlet KKTM telah terpilih
mewakili KK Pahang ke Kejohanan Silat Kolej Komuniti Malaysia
Edisi 2 2018 yang berlangsung di Kota Bahru, Kelantan.

Kejohanan Ragbi 15 Sebelah IPT 2018 (Ragbi Super 8)
17-23 September 2018 | Universiti Putra Malaysia, Serdang
Seorang atlet KKTM iaitu Muhammad Fakhrul Amin bin Roslan telah mewakili
pasukan Ragbi MASKOM ke Kejohanan Ragbi 15 Sebelah IPT 2018 (Ragbi
Super 8). Pelajar dari Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan ini telah berjaya
mengharungi saingan pada peringkat kumpulan.

Anugerah Kecemerlangan Olahraga, Temerloh 2018
16 Disember 2018 | Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang

Seorang atlet olahraga KKTM telah menerima Anugerah Kecemerlangan
Olahraga, Temerloh 2018. Kejayaan Jeeva A/L Manickam telah diraikan
dengan kehadiran Tuan Pengarah, En Suhairi Bin Ismail, Timbalan Pengarah
Akademik En Zool Fazlee Bin Basir dan Pegawai Belia dan Sukan, Pn Fairoz
Binti Jumhat.

Acara Pencapaian
Program Altitude Training Fir Leader Ship (AT4L), Kundasang Sabah Wakil KK Temerloh
Fit Pahang 2018 (10 KM Terbuka Lelaki)
Mardec Fun Run 2018 (Terbuka Lelaki) Tempat Ketiga
Score Run Series 2018 Night Run (13 KM Terbuka Lelaki) Tempat Pertama
Larian KL Book Run (11 KM Terbuka Lelaki) Tempat Keempat
Tempat Kedua

57

PENCAPAIAN SUKAN PELAJAR

OLEH : FAIROZ BINTI JUMHAT

Pertandingan Silat Olahraga Jemputan Dan Silat Cekak Harimau 2018
22 - 23 Disember 2018| Dewan Abdullah Kia, Kerdau, Temerloh

Pertandingan Silat Olahraga Jemputan dan Silat Seni Cekak Harimau
2018 di Dewan Abdullah Kia, Kerdau, Temerloh pada 22 dan 23 Disember
2018. Seramai 4 orang pelajar Kolej Komuniti Temerloh telah menyertai
Pertandingan Silat Olahraga 2018. Tahniah kepada Muhammad Amirul
bin Ali yang berjaya meraih PINGAT PERAK dan terima kasih kepada
Mahaguru Safirul (Temerloh Fighters) yang sudi membimbing pelajar
Kolej Komuniti Temerloh dalam pertandingan ini.

Kejohanan Silat 5 Penjuru IPT Pahang Bagi Persediaan Kontijen Silat Kolej Komuniti Pahang
22 September 2018 | Dewan Gym, Polisas Kuantan Pahang

Kejohanan Silat 5 Penjuru IPT Pahang telah disertai oleh 5 buah IPT Negeri
Pahang yang terdiri daripada institusi pendidikan awam dan swasta sekitar
negeri Pahang. 4 orang atlet silat KKTM yang terdiri daripada 2 orang lelaki
dan 2 orang wanita mewakili Pasukan Silat Kolej Komuniti Pahang telah
menyertai kejohanan ini.

Nama Atlet Pencapaian
Daniel Aiman bin Mazlan (STM) Sijil Penyertaan
Muhammad Amirul bin Ali (SRP)
Wan Nur Natasha Huda bin Wan Ahmad Nadzri (SFP) Gangsa
Ain Syahira binti Safiee (SFP) Perak
Perak

OLEH : MOHD ZOOL FAZLEE BIN BASIR

Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018
Penganjuran SUKIPT 2018 kali ini dianjurkan oleh Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 10 orang pelajar Kolej
Komuniti Temerloh telah mewakili Kolej Komuniti Malaysia
dalam acara ragbi, hoki, dan bola jaring.

58

UNIT KUALITI

OLEH : WAN NORHAYATI BINTI WAN SAUPI

Aktiviti EKSA Bersama Pelajar 2018
Januari - Disember 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Bagi tahun 2018, Aktiviti EKSA bersama Pelajar telah diadakan
sebanyak 6 kali iaitu pada bulan Januari, Mac, April, Julai, September
dan Disember. Aktiviti EKSA ini melibatkan seluruh warga Kolej
Komuniti Temerloh iaitu pelajar dan kakitangan. Aktiviti ini bertujuan
untuk membudayakan amalan EKSA dalam kalangan kakitangan dan
pelajar kolej di ruang kerja dan kawasan PdP dengan amalan 5S iaitu
Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal.
Dengan pelaksanaan aktiviti ini, ianya diharap dapat meningkatkan dan memberi kesedaran bahawa
amalan EKSA yang berterusan dalam suasana kerja yang kondusif dan harmoni akan mewujudkan warga
KKTM yang ceria, produktif dan inovatif. Program ini juga merupakan persediaan bagi pihak kolej dalam
rangka memperoleh Pensijilan EKSA oleh pihak MAMPU.

Aktiviti EKSA :

Bil Tarikh Pengisian

• Kikis kekotoran pada pintu, dinding dan lantai
• Pelabelan tape keselamatan, laci, peralatan, SOP tag, PIC tag
1 25/01/2018 • Pelabelan fail

• Sapu, sisih dan susun

• Buang tampalan pada pintu, dinding dan lantai
• Melaksanakan penambahbaikan teguran audit pada lokasi PIC yang
2 29/03/2018 terlibat

• Sapu, sisih dan susun

3 26/04/2018 • Sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal

4 26/07/2018 • Cat pintu
• Sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal

5 06/09/2018 • Sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal

6 18/12/2018 • Sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal

59

PSIKOLOGI DAN KERJAYA

OLEH : HARNIZA BINTI ISMAIL

Latihan Mingguan Kelab PRISS 2018
Januari - Disember 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Latihan Mingguan Kelab PRISS diadakan setiap hari Rabu, 4.30 petang
yang bertempat di Bilik Aktiviti Psikologi, KKTM. Seramai 30 orang ahli
kelab akan berkumpul untuk belajar kemahiran psikologi.

Santai Bersama PRISS
12 Mei 2018 | Janda Baik, Pahang
Aktiviti santai bersama Priss ini diadakan pada 12 Mei 2018 bertempat
di Pusat Rekreasi Riverside, Janda Baik, Pahang. Seramai 23 orang ahli
kelab terlibat dalam program ini.

Temuduga Pemilihan Ahli Kelab PRISS
5 Julai 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Temuduga Ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa Siswi telah berlangsung
pada 5 Julai 2018 bertempat di Bilik Aktiviti Psikologi dan Kerjaya.
Seramai 40 orang pelajar telah mengikuti temuduga dan 25 pelajar
terpilih menjadi sebahagian dari ahli PRISS.

Minggu Suai Kenal sesi Jun 2018
27-29 Jun 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Program Minggu Suai Kenal Sesi Jun 2018 telah berlangsung pada
27-29 Jun 2018 bertempat di Dewan Ilham Bestari, Kolej Komuniti
Temerloh. Seramai 7 orang fasilitator PRISS telah mengendalikan
program ini selama 3 hari.

Program Kepimpinan Pengawas SMK Teluk Sentang
12 julai 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Program Kepimpinan Pengawas SMK Teluk Sentang telah
berlangsung pada 12 Julai 2018 yang bertempat di Bilik Seminar,
KKTM. Program ini dilaksanakan oleh Ahli PRISS KKTM sebagai
fasilitator kepada para pengawas sekolah seramai 30 orang pelajar.
Fasilitator program:
Nurhana Binti Hamdan, Ammar Fakrul Farhan Bin Zakri, Mohamad
Amirul Aswad Bin Mohd Zahari, Fatin Nurfatihah Binti Azman,
dan Afifah Hahizah Binti Che Din.

60

PSIKOLOGI DAN KERJAYA

OLEH : HARNIZA BINTI ISMAIL
Program Hari Kesihatan Mental Sedunia @KKTM 2018

10 Oktober 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Program Hari Kesihatan Mental Sedunia @KKTM 2018 peringkat negeri
ini telah diadakan pada 10 Oktober 2018 yang bertempat di Dewan
Ilham Bestari, Kolej Komuniti Temerloh. Program ini dianjurkan oleh
Unit Psikologi dan Kerjaya dengan kerjasama Jabatan Psikiatrik Hospital
Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Pahang. Seramai 10 orang ahli PRISS
terlibat sebagai fasilitator program ini.

Majlis Perpisahan Ahli Kelab PRISS
6 Oktober 2018 | Restoran D’Mu’min
Majlis Perpisahan Ahli kelab PRISS ini diadakan pada 6 Oktober 2018
bertempat di Restoran D’Mu’min. Seramai 30 orang ahli kelab terlibat
dalam program ini.

Minggu Suai Kenal sesi Dis 2018
5 Disember 2018| Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah
Program Minggu Suai Kenal Sesi Disember 2018 telah berlangsung
pada 5 Disember 2018 bertempat di Pusat Konservasi Gajah, Kuala
Gandah. 12 orang fasilitator PRISS telah mengendalikan program ini
selama 3 hari.

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018
3 Mac 2018 | UMP, Gambang
Program lawatan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 pada 3 Mac
2018 ini telah diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang,
Kuantan, Pahang. Program ini disertai oleh semua pelajar Semester 4, sesi
Mac 2018.

Program Teknik Komunikasi Cemerlang Dan Pengucapan Awam
7 Mac 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Program Teknik Komunikasi Cemerlang Dan Pengucapan Awam telah
berlangsung pada 7 Mac 2018 (Rabu) bertempat di Kolej Komuniti
Temerloh. Program ini disampaikan oleh Encik Mohd Ridzuan Bin
Osman dari Management and Science University (MSU). Peserta
program ini terdiri daripada keseluruhan pelajar kolej.

61

PSIKOLOGI DAN KERJAYA

OLEH : HARNIZA BINTI ISMAIL
Program I SAY NO
14 Mac 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Program I SAY NO (sexuality, abstinence, young) telah berlangsung
pada 14 Mac 2018 (Rabu) yang berlangsung di Business Centre, Kolej
Komuniti Temerloh. Program ini disampaikan oleh ASP Marina Binti
Hashim, Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah IPD Temerloh, Pahang.
Semua pelajar KKTM menghadiri program ini.

Program OASIS Permata PRISS Peringkat Kebangsaan 2018
19-22 Mac 2018 | Pusat Rekreasi Air Panas, Ulu Legong, Baling, Kedah

Program OASIS Permata PRISS Peringkat Kebangsaan 2018 ini
diadakan pada 19-22 Mac 2018 bertempat di Pusat Rekreasi Air Panas,
Ulu Legong, Baling, Kedah. Program ini dihadiri oleh dua ahli PRISS
iaitu saudara Ammar Fakrul Farhan Bin Zajri (Sijil Penyelengaraan
Bangunan) dan Saudari Fatin Nurfatihah Binti Azman (Sijil Fesyen
dan Pakaian).

L.E.A.D. SKILL (Learning. Experience. Develop SKILL)
23 - 24 April 2018 | Kolej Komuniti Selayang & Penjara Dusun Tua
Dato Murad, Melaka
Program L.E.A.D. SKILL (Learning. Experience. Develop SKILL)
peringkat negeri Pahang diadakan pada 23 & 24 April 2018 yang
bertempat di Kolej Komuniti Selayang, Selangor & Penjara Dusun
Tua Dato Murad, Melaka. Program ini disertai oleh 20 orang ahli
Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa dan Siswi (PRISS).

Program Towering Personality (TOP)
23-25 Oktober 2018 | UKM Bangi, Selangor
Program Towering Personality (TOP) Peringkat Kebangsaan ini
diadakan pada 23-25 Oktober 2018 bertempat di Kolej Keris Mas,
UKM Bangi, Selangor. Peserta terlibat adalah Asilah Amirah Binti
Khairuddin pelajar Program Sijil Teknologi Maklumat.

62

UNIT E-TECH

OLEH : RABEAH BINTI MD ZIN

Senarai aktiviti Unit E-Tech sepanjang tahun 2018

BIL AKTIVITI / PERKARA PERINGKAT ANJURAN TEMPAT TARIKH

1 Siswapreneur Showcase IPT KPT Times Square 20-22 April 2018
Bil 1/2018

Kursus Internet Kolej Komuniti Kolej Komuniti Makmal 8 September 2018
2 Marketing Strategy Temerloh Temerloh Bahasa, Kolej

2018 Komuniti
Temerloh

CCIC Awareness Kolej Komuniti Kolej Komuniti Bilik Seminar, 12 September
3 Programme Tahun Negeri Pahang Temerloh Kolej Komuniti 2018

2018 Temerloh

4 Entrepreneurship Kolej Komuniti Kolej Komuniti Pusat 30 September
Camp & Challenge Day Negeri Pahang Temerloh Dagangan hingga 1 Oktober
Mahkota
2018

5 Lab Inkubator @ Kolej Komuniti Kolej Komuniti Season View 30 September
Eastern Region 2018 Timur Temerloh Hotel hingga 1 Oktober

2018

6 NLP @Neaurolinguatic Kolej Komuniti Kolej Komuniti Season View 12 sehingga 15
Programme For CCIC Timur Temerloh Hotel November 2018
Leader

7 Personal Branding For Kolej Komuniti Kolej Komuniti The Plaza 15-16 November
Young Entrepreneur Temerloh Temerloh Hotel KL 2018

Siswapreneur Showcase 2018
20 - 22 April 2018 | Times Square, Kuala Lumpur

Pada 20 sehingga 22 April 2018, Unit Keusahawanan Kolej Komuniti
Temerloh telah menyertai Siswapreneur Showcase 2018 peringkat
Kementerian Pendidikan Tinggi. Program tersebut telah disertai oleh 2
orang pelajar Kolej Komuniti Temerloh.

Penyertaan: Pensyarah Pembimbing
Pelajar Norarziana Binti Sasudian

Illya Maisarrah Bt Ahmad Yusri

Nurul Husna Binti Ahmad Shahar Rabeah Binti Md Zin

Kursus Internet Marketing Strategy 2018
8 September 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Pada 8 September 2018, Unit Keusahawanan Kolej Komuniti Temerloh
telah mengadakan Kursus Internet Marketing Strategy 2018 peringkat
Kolej komuniti Temerloh. Program tersebut telah disertai oleh 8 orang
pelajar Kolej Komuniti Temerloh.

63

UNIT E-TECH

OLEH : RABEAH BINTI MD ZIN

CCIC Awareness Programme Tahun 2018
12 September 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Pada 12 September 2018, Unit Keusahawanan Kolej Komuniti Temerloh
telah mengadakan CCIC Awareness Programme Tahun 2018 peringkat
Negeri Pahang. Program tersebut telah disertai oleh 10 buah Kolej Komuniti
Negeri Pahang yang diwakili oleh 4 orang pelajar Inkubator Kolej Komuniti
Temerloh.
Entrepreneurship Camp & Challenge Day
30 September - 1 Oktober 2018 | Pusat Dagangan Mahkota, Kuantan Pahang

Pada 30 September hingga 1 Oktober 2018, Unit Keusahawanan Kolej
Komuniti Temerloh telah mengadakan Entrepreneurship Camp &
Challenge Day Tahun 2018 peringkat Negeri Pahang. Program tersebut
telah disertai oleh 10 buah Kolej Komuniti Negeri Pahang yang diwakili
oleh 4 orang pelajar yang berminat dalam perniagaan bagi Kolej Komuniti
masing-masing.

NLP @Neaurolinguatic Programme for CCIC Leader 2018
15-16 November 2018 | Season View Hotel, Kuantan Pahang
Pada 15 dan 16 November 2018, Unit Keusahawanan Kolej Komuniti
Temerloh telah mengadakan NLP @Neaurolinguatic Programme for
CCIC Leader Tahun 2018 peringkat Negeri Pahang, Terengganu &
Kelantan. Program tersebut dilaksanakan di Season View Hotel, Kuantan.
Program tersebut telah disertai oleh 16 buah Kolej Komuniti Negeri
Pahang, Terengganu & Kelantan yang diwakili oleh 2 orang pelajar dalam
kumpulan CCIC.
Personal Branding For Young Entrepreneur 2018
23 - 24 November 2018 | The Plaza Hotel, Kuala Lumpur

Pada 23 dan 24 November 2018, Unit Keusahawanan Kolej Komuniti
Temerloh telah mengadakan Personal Branding For Young Entrepreneur
Tahun 2018 peringkat Kolej Komuniti Temerloh. Program tersebut
dilaksanakan di The Plaza Hotel, Kuala Lumpur. Program tersebut telah
disertai oleh beberapa orang pelajar Unit Keusahawanan Kolej Komuniti
Temerloh.

Lab Inkubator @Eastern Region 2018
12 - 15 November 2018 | Season View Hotel, Kuantan Pahang
Pada 12 hingga 15 November 2018, Unit Keusahawanan Kolej Komuniti
Temerloh telah mengadakan Lab Inkubator @Eastern Region Tahun 2018
peringkat Negeri Pahang, Terengganu & Kelantan. Program tersebut
dilaksanakan di Season View Hotel, Kuantan. Program tersebut telah
disertai oleh 10 buah Kolej Komuniti Negeri Pahang yang diwakili oleh
4 orang pelajar yang berminat dalam perniagaan bagi Kolej Komuniti
masing-masing.
64

UNIT PERPUSTAKAAN

OLEH : IDURA BINTI SHAHARUDIN

Penggunaan Kemudahan Dan Perkhidmatan Perpustakaan
Januari-Disember 2018 | Kolej Komuniti Temmerloh

Unit perpustakaan mempunyai 17 buah komputer, 12 buah komputer di dalam bilik e-pembelajaran dan 5
buah komputer di kawasan zon interaktif. Koleksi bahan rujukan yang ada di perpustakaan adalah sebanyak
15517 unit termasuk bahan bercetak, tidak bercetak dan bahan digital.

Statistik

Bi l a nga n 2000
1800
1600
1400
1200
1000

800
600
400
200

0

JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS S EP T OKT NOV DIS
PINJAMAN BUKU RUJUKAN BAHAN Bul a n

PENGUNAAN KOMPUTER PENGUNJUNG 2018

65

UNIT PERPUSTAKAAN

OLEH : IDURA BINTI SHAHARUDIN Pertandingan Pro Evolution Soccer 2018
4 Januari 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Pada 24 Januari 2018 unit perpustakaan telah menganjurkan pertandingan
Pro Evolution Soccer 2018 bertempat di bilik e-pembelajaran, perpustakaan
KKTM. Penyertaan adalah seramai 26 orang peserta dikalangan pelajar dan
kakitangan Kolej Komuniti Temerloh. Pegawai yang terlibat bagi menjayakan
pertandingan ini adalah En. Abbes Salimi bin Mohd Nazri dan Pn. Hamimah
binti Idris.

Program Sedekah Buku
31 Januari 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Unit perpustakaan mengadakan program sedekah buku pada 31 Januari
2018 yang bertempat di Teratak Cyber KKTM bagi tujuan untuk
mengumpulkan buku terpakai dan disalurkan ke program khidmat sosial
projek mini perpustakaan. Kakitangan KKTM dan pihak Perpustakaan
Daerah Temerloh telah terlibat dalam menyumbangkan buku. Sebanyak
400 buah buku pelbagai judul telah berjaya dikumpulkan. Pegawai yang
terlibat Pn. Idura binti Shaharudin dan Pn. Hamimah binti Idris.

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018
27 April 2018 | PWTC Kuala Lumpur

Lawatan ini telah diadakan pada 27 April 2018 bertempat di PWTC Kuala
Lumpur bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk membeli buku
dengan harga yang murah disamping itu memupuk minat suka membaca.
Seramai 32 orang pelajar yang terlibat. Pegawai yang terlibat adalah Pn.
Idura binti Shaharudin, Pn Nadia binti Rajat dan Pn. Siti Shuhaili binti
Mohd Moha.

Jom Baca Bersama 10 minit
24 April 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Program Jom BACA bersama 10 minit diadakan pada 24 April
2018 bertempat di Perpustakaan Negara Malasysia. Program ini
merupakan sebahagian daripada gerakan membaca yang dijalankan
setiap tahun sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat kearah
membudayakan tabiat membaca. Seramai 20 orang pelajar dan seorang
pegawai telah mengikuti program ini. Pegawai yang terlibat adalah Pn.
Hamimah binti Idris.

Exploring & Explorace Library KKTM
25 Julai 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Aktiviti ini telah diadakan pada 25 Julai 2018 di perpustakaan
KKTM. Tujuan unit perpustakaan menggadakan ini adalah untuk
pelajar mengenali dan menghayati persekitaran perpustakaan KKTM
dalam masa yang sama ingin menarik minat mereka untuk hadir ke
perpustakaan. Seramai 33 orang pelajar menyertai aktiviti ini. Pegawai
yang terlibat adalah Pn. Idura binti Shaharudin dan Pn. Hamimah binti
Idris.
66

UNIT PERPUSTAKAAN

OLEH : IDURA BINTI SHAHARUDIN

Program Khidmat Sukarelawan “Wow! Seronoknya Membaca”
7 Ogos 2018 | Tadika Perpaduan Taman Tualang, Mentakab
Program khidmat sosial ini telah diadakan pada 7 Ogos 2018 bertempat di
Tadika Perpaduan Taman Tualang. Seramai 38 orang pelajar dan 6 orang
pegawai telah mengikuti program ini. Pegawai yang terlibat adalah Pn.
Nor Aishah Binti Othman, Pn. Nor Azma Binti Manan, Ustaz Lukman
Hakimi Bin Ahmad, Pn. Norsaritanaini Binti Mahasan, Pn. Melati Binti
Sabtu, dan Pn. Idura Binti Shaharudin.

Pertandingan Permainan Tradisional
12 Ogos 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Pertandingan ini telah diadakan pada 12 Ogos 2018 di perpustakaan
KKTM. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar KKTM dan
beberapa pertandingan permainan tradisional telah dianjurkan seperti
ceper, baling getah, tengteng dan congkak. Seramai 42 orang pelajar dan 2
orang pegawai telah telah terlibat bagi menjayakan pertandingan ini yang
bertujuan untuk menghargai dan mengenali permainan tradisional. Selain
itu, ia dapat memupuk sikap bersaing yang positif di kalangan pelajar.
Pegawai yang terlibat adalah Pn Idura binti Shaharudin dan Pn. Hamimah
binti Idris.

Perkongsian Ilmu “Terokai Majalah Infiniti”
19 September 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Aktiviti perkongsian ilmu telah dijalankan pada 19 September 2018 di
perpustakaan KKTM. Perkongsian ilmu melalui pembacaan majalah
infiniti ini diadakan bagi menggalakkan minat suka membaca dan
memupuk sikap berani menyuarakan pendapat di kalangan pelajar.
Seramai 11 orang pelajar telah mengikuti aktiviti ini. Pegawai yang terlibat
adalah Pn. Idura binti Shaharudin dan Pn Hamimah binti Idris

Lawatan ke Big Bad Wolf 2018
13 Disember 2018 | MIECC, The Mines Kuala Lumpur
Pada 13 Disember 2018 unit perpustakaan bersama-sama Unit Pengajian
Am telah mengadakan lawatan ke Big Bad Wolf 2018 di The MIECC,
The Mines Kuala Lumpur. Penyertaan adalah seramai 25 orang peserta
di kalangan pelajar dan 9 orang kakitangan Kolej Komuniti Temerloh.
Pegawai yang terlibat bagi menjayakan lawatan ini adalah Pn Idura binti
Shaharudin dan Pn. Nor Azma binti Manan.

67

AKTIVITI UNIT PENGAJIAN AM

OLEH : NOR AZMA BINTI MANAN

English vs Confidence (Kolaborasi bersama SMK Seri Tualang)
4 April 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Pada 4 April 2018, Unit Pengajian Am Kolej Komuniti Temerloh telah
mengadakan kolaborasi bersama SMK Seri Tualang bagi menjayakan
program English vs Confidence bertempat di Kolej Komuniti Temerloh.
Sebanyak 118 orang pelajar telah menyertai program ini, iaitu semua
pelajar yang terdiri daripada Program STM, SFP, SPB dan SRP. Semua
Pensyarah Pengajian Am serta beberapa orang staf sokongan turut terlibat
dalam menjayakan program ini. Program ini bertujuan meningkatkan
tahap keyakinan pelajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
serta mendedahkan pelajar tentang kepentingan Bahasa Inggeris dalam
kehidupan seharian.

Kembara Kerjaya II (dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja)
17 Ogos 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Pada 17 Ogos 2018, Program Kembara Kerjaya II telah berlangsung
dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja bertempat di Kolej Komuniti
Temerloh melibatkan pelajar yang mengambil kursus Kemahiran
Insaniah daripada Program STM, SFP dan SPB. Semua Pensyarah
Pengajian Am telah terlibat dalam menjayakan program ini. Ia bertujuan
untuk mendedahkan pelajar tentang peluang-peluang kerjaya yang
ada serta cara-cara untuk menghasilkan resume yang berkualiti. Selain
itu para pelajar turut mempelajari teknik-teknik yang betul serta etika
berpakaian yang sesuai ketika menghadiri sesi temuduga.

OLEH : NORSARITANAINI BINTI MAHASAN

Program Jom Niaga
25 September 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Pada 25 September 2018, Program Jom Niaga yang bertempat di
Teratak Cyber Kolej Komuniti Temerloh disertai oleh pelajar Semester
3 Program STM, SFP dan SPB. Program ini adalah merupakan salah
satu aktiviti simulasi jualan offline yang merupakan salah satu amali
wajib yang termasuk dalam penilaian pelajar dan juga adalah sebagai
platform untuk para pelajar menceburkan diri dalam aktiviti jual beli
sekaligus dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia
keusahawanan.

Program Student Sale
10 Disember 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Pada 10 Disember 2018, telah berlangsung Program Student Sale
yang bertempat di Teratak Cyber Kolej Komuniti Temerloh. Program
ini disertai oleh pelajar Semester 3 Program STM, SFP dan SPB.
Melalui program ini, pelajar mendapat peluang untuk mengenali
konsep keusahawanan seperti yang diusahakan oleh usahawan
sebenar di luar.

68

AKTIVITI PELAJAR SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN

1 Kolaborasi
Industri

SMMCIRsuihtecIafaSfdoninFaiaRannITBiePnTlur2auWid0lmgda1iyiamS8atuandio

2 Lawatan
Ilmiah

LmLJPPLLPuuaarreOoowwmmlggaaappJrrlttouaauuaahmminnrr.HoIIrPPlla.mmeenmmdiiaambbhhaealnkPdaegejealuMarMnjaauanarnzrLKikuUueemsatJ.arahTkKaeeuwkl,lsaiKtanihluKa, luaala

3 Temubual
Media

Temubual Rancangan Studio
Malam, di Channel W
TVET: Keperluan atau Pilihan

4 Pertandingan
Kemahiran
Pertandingan Akhir Inovasi Dan
Rekacipta Pelajar 2018 (MYSKRIP
2018)
Peringkat Kebangsaan

69

AKTIVITI PELAJAR SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN

OLEH : FARA AZEERIN BINTI A KARIM

Wardrobe For Commercial (TVC) Pelajar Sijil Fesyen Dan Pakaian
Semester 4 Sesi Nov 2017 (MISFIT 2018)
8-14 Januari 2018 | Aman Perdana, Kang Selangor
Program Fesyen dan Pakaian berpeluang mengendalikan tugasan
bersama NGO dan Malaysian International Sport & Fitness Fair
(MISFIT) untuk sesi rakaman iklan bagi kempen “stop rapist in the
house”. Sesi rakaman telah berlangsung dengan jayanya dari 8 hingga
14 Januari 2018 di Aman Perdana, Klang, Selangor. Seramai 8 orang
pelajar Fesyen dan Pakaian berpeluang menjadi penata gaya bagi
kempen tersebut. Antara tugas pelajar adalah memastikan pakaian
selebriti atau artis berada dalam keadaan kemas. 20 orang selebriti
dan artis telah terlibat antaranya ialah Farah Nabila, Alif Satar, Jovian
Mandagie, Amber Chia, Yasmin Hani dan ramai lagi. Pensyarah yang
terlibat ialah Puan Fara Azeerin, Cik Norulaini dan Puan Afzaa Aaida
Shahnaz.

Wardrobe For AJL 2017
11 Februari 2018 |Axiata Arena, Bukit Jalil
Pada 11 Februari 2018 telah berlansungnya Anugerah Juara Lagu 32
yang merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya
muzik Malaysia. Tema untuk acara tahun ini ialah “Fesyen dan Muzik”
yang mana ia berkonsepkan pemilihan pakaian penyanyi setiap kali
AJL berlangsung akan memberi impak yang besar dan melengkapkan
lagi jalan cerita lagu yang disampaikan. Kolej komuniti Temerloh diberi
peluang untuk menghasilkan kostum bagi team Hazama. Dua rekaan
telah dihasilkan oleh pelajar untuk pemain piano iaitu Genervie dan satu
rekaan untuk pemain gitar iaitu Anissa. Konsep yang ditampilkan adalah
futuristik menggunakan warna monochrome.
Proses penghasilan pakaian memakan masa selama 2 minggu. Seramai
4 orang pelajar sesi Nov 2017 terlibat menghasilkan Costume ini iaitu
Fatin Nurliyana, Ainur Syamimi, Nur Syahadah dan Nur Mazlyn. Mereka
dibantu oleh empat orang pensyarah pembimbing iaitu Puan Fara
Azeerin, Cik Norulaini, Puan Afzaa Aaida Shahnaz dan Puan Nor Hawa.

Kolaborasi Bersama Industri Media Prima : Qari Junior TV3
28 Mac 2018 | Media Prima Berhad , Sri Pentas TV3, Petaling Jaya
Pada 28 Mac 2018 Kolej Komuniti Temerloh telah diberi peluang
menghasilkan pakaian untuk peserta Qari Junior 2018 di TV3.
Kolej Komuniti Temerloh telah menjemput Kolej Komuniti
Kuching dan Kolej Komuniti Bukit Mertajam bagi menjayakan
program ini. Seramai 10 orang peserta terlibat dan setiap kolej
perlu menghasilkan 3 rekaan uniform bagi mewakili setiap sekolah.
Rakaman telah dibuat untuk 10 episod. Kolej Komuniti Temerloh
diketuai oleh Cik Norulaini Binti Mohd Ramly dan dibantu oleh
dua orang pelajar SFP 4 sesi Mac 2018.

70

AKTIVITI PELAJAR SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN

OLEH : FARA AZEERIN BINTI A KARIM

Kolaborasi Bersama Industri : Tajaan Pakaian Untuk Sang Utusan Da’i 2018
dan Wardrobe Stylist

20 Julai 2018 | Media Prima Berhad , Sri Pentas TV3, Petaling Jaya
Kolej Komuniti Temerloh telah diberi peluang bekerjasama
dengan Unit Images Managemant di Media Prima Berhad untuk
menghasilkan kostum Sang Utusan serta menjalankan tugas sebagai
Wardrobe Stylist bagi program Da’i Pendakwah Nusantara yang
mula bersiaran pada 20 Julai 2018. Peringkat pertama adalah para
pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan dua pasang kostum
Sang Utusan yang akan dipakai sewaktu rakaman berlangsung.
Sepasang baju akan dipakai pada setiap episod dan sepasang baju
lagi akan dipakai sewaktu episod akhir. Konsep yang dipilih ialah
bertemakan Arabic dengan sepersalinan putih bagi setiap episod dan

sepersalinan merah untuk episod akhir. Pada episod pertama dan akhir para pelajar diberi tugasan untuk
menjadi wardrobe stylist. Seramai 4 orang pelajar dan 3 orang pensyarah pembimbing telah terlibat dengan
kerjasama ini.

Kolaborasi Bersama Industri : Suffian Tugiman Fashion Show KLFW 2018
8 Ogos 2018 | Pavilion Kuala Lumpur

Kuala Lumpur Fashion Week 2018 merupakan acara peragaan
fesyen terbesar dan terulung di Malaysia. Ia berlangsung di
Pavilion Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2018. Acara itu mendapat
kerjasama dan tajaan lebih daripada 49 buah organisasi awam
dan swasta disertai oleh seramai 69 orang pereka fesyen yang
membawa jenama masing-masing. Kolej Komuniti Temerloh telah
diberi peluang untuk bekerjasama dengan Pereka Suffian Tugiman
yang menampilkan tema Black and White Spring Summer 2019.
Para pelajar diberi peluang bertugas sebagai pembantu pereka
di belakang tabir bagi mengendalikan pakaian untuk model.
Selain itu, pelajar juga diberi tugas sebagai penyambut tetamu
di bahagian pintu masuk pentas peragaan. Setelah acara selesai
pelajar berpeluang berbual bicara dan bergambar dengan para
pereka fesyen.

Penata Rias Pakaian Pengacara Studio Malam, di Channel W,
Wardrobe for Nazneen Najib

13 September 2018 | Channel W Studio, Petaling Jaya
Kolej Komuniti Temerloh telah diberi peluang untuk menghasilkan pakaian
untuk pengacara bagi program Studio Malam di Channel W iaitu Nazneen
Najib. Pengacara tersebut telah menggayakan pakaian rekaan para pelajar
dan pensyarah SFP. Pakaian yang telah direka berkonsepkan smart kasual
dan sesuai digayakan bagi rancangan temubual. Seramai 4 orang pelajar
terlibat dalam menyiapkan rekaan ini dan dibantu oleh 4 orang pensyarah
pembimbing.

71

AKTIVITI PELAJAR SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN

OLEH : FARA AZEERIN BINTI A KARIM

Kolaborasi Bersama Industri Media Prima : Halaqah 2019
13 September 2018 | Media Prima, Petaling Jaya

Pada 13 September 2018 Program Fesyen Dan Pakaian diberi peluang untuk
menghasilkan kostum untuk pengacara dan panel bagi program Halaqah 2019
di TV3. Kolej Komuniti Temerloh juga menjemput KKArau, KK Jeli dan KK
Bukit Mertajam bagi menjayakan kerjasama ini. Antara kostum yang perlu
dihasilkan ialah 2 pasang kostum untuk pengacara program iaitu Ustaz Mohd
Nor yang dihasilkan oleh KK Temerloh dan 2 pasang kostum untuk pengacara
kedua iaitu Dr. Daniel yang dihasilkan oleh KKArau. Manakala 6 lagi baju panel
dihasilkan oleh KK Jeli dan KK Bukit Mertajam. Jawatankuasa yang terlibat dari
Kolej Komuniti Temerloh ialah Puan Fara Azeerin Binti A Karim dan Puan
Afzaa Aaida Shahnaz Bin Mohamed Harith, serta empat orang pelajar latihan
industri dari Politeknik Ibrahim Sultan serta dua orang pelajar SFP 3.

Lawatan Ilmiah ke Muzium Tekstil Kuala Lumpur
27 September 2018 | Kuala Lumpur

Lawatan ke Muzium Tekstil telah diadakan pada 27 September 2018
dan melibatkan penyertaan pelajar SFP 3 yang mengambil kursus
SFP 3012 Senireka Fesyen 1. Muzium Tekstil menjejak aliran dan
perkembangan tekstil yang telah mempercirikan dan membentuk
gaya hidup masyarakat Malaysia sejak zaman pra-sejarah hingga kini.
Para pelajar telah melawat empat galeri yang mempamerkan koleksi
tekstil tersohor, aksesori dan pakaian. Bagi kursus senireka fesyen,
pelajar diberi tugasan memilih inspirasi rekaan berdasarkan tekstil
yang terdapat di sana. Lawatan berpandu diketuai oleh Kurator dari
Muzium. Setelah selesai lawatan berpandu, pelajar diberi peluang
untuk mencanting batik dalam bentuk A4. Seramai 15 orang pelajar
dan 2 orang pensyarah pengiring terlibat dalam lawatan ini.

Pertandingan Akhir Inovasi Dan Rekacipta Pelajar 2018 (MYSKRIP 2018)
Peringkat Kebangsaan
9 - 10 Oktober 2018 | Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka
Pertandingan MYSKRIP 2018 telah berlangsung pada 9 & 10 Oktober
2018 di Kolej Komuniti Masjid Tanah. Pelajar Program Fesyen dan
Pakaian telah terlibat dengan Pertandingan Akhir Inovasi dan
Rekacipta Pelajar (MYSKRIP 2018) Peringkat Kebangsaan. Produk
yang dipertandingkan adalah Trace and Draw Table Trial dan Smart
Scale yang merupakan produk inovasi bagi pelajar tersebut. Pelajar
telah berjaya merangkul anugerah gangsa dan perak. Program ini
dapat membuka minda para pelajar dengan lebih luas mengenai
bidang inovasi terutama dalam bidang fesyen dan pakaian. Selain
itu, ianya dapat mendorong para pelajar berfikir dengan lebih kreatif
dan inovatif serta mampu bersaing secara sihat dalam alam pekerjaan
pada masa akan datang. Pensyarah pembimbing ialah Puan Fara
Azeerin dan Cik Norulaini.
72

AKTIVITI PELAJAR SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN

OLEH : FARA AZEERIN BINTI A KARIM

Temubual Rancangan Studio Malam, di Channel W, TVET: Keperluan atau Pilihan
16 Oktober 2018 | Channel W Studio, Petaling Jaya

Pada 16 Oktober 2018 Kolej Komuniti Temerloh telah diberi peluang
untuk menjadi tetamu jemputan bagi rancangan temu bual Studio
Malam terbitan Channel W 634 Unifi TV dan 122 MYTV. Tetamu
undangan adalah Pengarah Kolej Komuniti Temerloh En. Suhairi
Bin Ismail, Pensyarah Sijil Fesyen & Pakaian Puan Fara Azeerin
Binti A Karim dan pelajar SFP 3 iaitu Nur Atirah Syuhada Binti
Izhar. Rakaman selama 1 jam ini bersiaran pada jam 9.00 malam.

Rico Rinaldi Fashion Show 2018
28 November 2018 | White Box, Publika Kuala Lumpur

Program Malaysia Fashion Week 2018 yang berlangsung pada 28 November
2018 di White Box, Publika Kuala Lumpur telah mendapat kerjasama dan
tajaan lebih daripada 49 organisasi awam dan swasta disertai oleh seramai
69 pereka fesyen yang membawa jenama masing-masing. Kolej Komuniti
Temerloh telah diberi peluang untuk bekerjasama dengan Pereka Rico
Rinaldi yang menampilkan tema Rico Rinaldi Womens Wear 2019.
Pelajar diberi tugas sebagai pembantu pereka di belakang tabir dengan
mengendalikan pakaian untuk model. Seramai 7 orang pelajar dan 3 orang
pensyarah pengiring telah mengikuti program ini.

AJL33 Promo Shoot
18 Disember 2018 | Media Prima, Petaling Jaya

Pada 18 Disember 2018 telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 33 Promo
Shoot untuk semua finalist yang barjaya ke pentas akhir. Tema untuk acara tahun
ini ialah “Supernova”. Kolej Komuniti Temerloh dengan kerjasama fashion stylist
tersohor iaitu TYM FATIMAH diberi peluang untuk menghasilkan headgear bagi
artis Amylea X Kaer. Dua orang pelajar yang terlibat iaitu Nor Hidayah Binti
Sahat dan Nor Shafiza Binti Abu Samah serta dibantu oleh 2 orang pensyarah
pembimbing iaitu Puan Fara Azeerin dan Puan Afzaa Aaida Shahnaz.

OLEH : AFZAA AAIDA SHAHNAZ BINTI MOHAMED HARITH

Program Pembelajaran Luar Kuliah Pelajar Semester 3
11 - 13 Mei 2018| Johor Premium Outlet, Johor

Pada 11 hingga 13 Mei 2018, Program Fesyen dan Pakaian telah
menganjurkan program lawatan akademik pelajar ke Johor Premium
Outlet (Johor), Freeport A’Famosa Outlet (Melaka) dan Mitsui Outlet
Park KLIA (Selangor). Seramai 26 orang pelajar yang terdiri daripada
pelajar SFP3 telah menyertai lawatan ini bagi mengetahui perihal fesyen
terkini dan dapat dimasukkan dalam kajian untuk subjek Senireka Fesyen
1. Antara aktiviti sepanjang program ialah pelajar mengambil maklumat
tentang trend dan stail terkini dalam industri fesyen. Pensyarah yang
terlibat ialah Cik Norulaini Binti Mohd Ramly dan Puan Afzaa Aaida
Shahnaz Binti Mohamed Harith.

73

AKTIVITI PELAJAR SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN

OLEH : AFZAA AAIDA SHAHNAZ BINTI MOHAMED HARITH
Kolaborasi bersama Industri : Stylist bagi Pementasan Konsert Lagenda 60 di Istana Budaya
25 - 28 Oktober 2018 | Istana Budaya, Kuala Lumpur

Program kolaborasi yang berlangsung dari 25 hingga 28 Oktober 2018 ini
menjadi penghubung antara industri teater negara dan Kolej Komuniti
Temerloh. Antara inisiatif yang diperolehi adalah memberi peluang
kepada pelajar fesyen untuk mengenali dan mengetahui dengan lebih
terperinci berkenaan penghasilan konsep dan rekaan pakaian mengikut
tema dan konsep serta skrip teater yang telah ditetapkan oleh pihak
produksi Istana Budaya. Para peserta terlibat di belakang pentas bagi
menatarias artis-artis budaya selama 3 hari. Jawatankuasa yang terlibat
dari Kolej Komuniti Temerloh ialah Puan Fara Azeerin Binti A Karim,
Puan Afzaa Aaida Shahnaz Binti Mohamed Harith, Cik Siti Fatimah Binti
Mohamad Saad, seorang pelajar latihan industri dari Politeknik Ibrahim
Sultan dan empat orang pelajar daripada SFP 2, MFP 3, dan SFP 3.

Lawatan Ilmiah ke Program Pembangunan Usahawan melalui Handmade Market
‘Masih Ada Yang Sayang’
22 November 2018 | Subang Jaya, Selangor

Pada 22 November 2018, Program Fesyen dan Pakaian telah menghantar
para pelajar untuk menyertai Perasmian Program Pembangunan Usahawan
Melalui Handmade Market Dengan Tema ‘Masih Ada Yang Sayang’. Persatuan
Seni Jahitan Kreatif (PSJKM) dinaungi oleh Kebawah Duli Yang Teramat
Mulia Tengku Puan Pahang merupakan NGO yang aktif dalam membantu
masyarakat membina kehidupan yang lebih berkualiti melalui bidang jahitan
dan keusahawanan. Pelbagai program telah dilaksanakan antaranya ialah
PSJK Handmade Market iaitu sebuah program yang menyediakan platform
kepada penggiat seni kreatif untuk menjadi usahawan. Jawatankuasa yang
terlibat ialah Puan Fara Azeerin, Puan Afzaa Aaida Shahnaz, Puan Faradila,
15 orang pelajar SFP 4 dan 10 orang pelajar SFP 3 / MFP 4.

Lawatan Ilmiah Pelajar ke Jakel, Kuala Lumpur
10 Disember 2018 | Jakel, Kuala Lumpur

Pada 10 Disember 2018, Program Fesyen dan Pakaian telah
membawa pelajar semester akhir ke Gedung Tekstil Jakel di Kuala
Lumpur bagi membolehkan pelajar membuat pembelian fabrik
untuk kegunaan subjek Senireka Fesyen 2 – SFP 4024. Proses
pembelian fabrik adalah mengikut tema yang telah dipilih. Melalui
silibus yang terdapat dalam kurikulum semester 4 Sijil Fesyen dan
Pakaian, pelajar telah diterangkan dan didedahkan dengan proses
manipulasi pola semasa proses pembelajaran dalam bilik kuliah.
Antara aktiviti sepanjang program ialah pelajar mengenalpasti
fabrik yang sesuai untuk projek akhir mereka. Pensyarah yang
terlibat ialah Puan Fara Azeerin Binti A Karim, Puan Afzaa Aaida
Shahnaz Binti Mohamed Harith dan 14 orang pelajar SFP 4.

74

AKTIVITI PELAJAR SIJIL REKA BENTUK & PEMBUATAN PERABOT

OLEH : NURUL AISYAH BINTI ABDUL GHANI

Program ‘Medan Idea @ IKEA Damansara’
23 Januari2018 | IKEA Damansara

Pada 23 Januari 2018 Program Reka Bentuk & Pembuatan Perabot,
Kolej Komuniti Temerloh telah menganjurkan Program Medan
Idea @ IKEA Damansara, Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 13 orang
pelajar Program Sijil Reka Bentuk & Pembuatan Perabot, empat
orang pelajar Sijil Kolej Komuniti (Persediaan) dan tiga orang
Pensyarah Pengiring telah menyertai program ini. Ia dilaksanakan
bagi memberi pendedahan kepada pelajar dan pensyarah berkaitan
idea penghasilan perabot mengikut arus peredaran zaman serta
memperkenalkan jenis-jenis perabot moden beserta langkah
pemasangan yang lebih mudah dan ringkas agar dapat diaplikasikan
dalam projek penghasilan perabot.

Medan Ilmu @ HKK
26 Mac 2018 | Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Pada 26 Mac 2018 Program Reka Bentuk Dan Pembuatan Perabot,
Kolej Komuniti Temerloh telah menganjurkan Program Medan Ilmu
@ HKK 2018 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Seramai 13 orang
pelajar Program Sijil Reka Bentuk & Pembuatan Perabot dan seorang
Pensyarah Pengiring telah menyertai program ini. Ia dilaksanakan
bagi memberi pendedahan kepada pelajar dan pensyarah tentang
seni kraf dan ukiran yang kreatif dalam reka bentuk perabot. Ilmu
yang diperolehi dapat diaplikasikan dalam amali pelajar bagi Modul
4 : Ukiran.

Program ‘Medan Ilmu @ FRIM 18’
12 September 2018 | FRIM, Kepong

Pada 12 September 2018 Program Reka Bentuk & Pembuatan Perabot,
Kolej Komuniti Temerloh telah menganjurkan Program Medan Ilmu
@ FRIM 18 di Forest Research Institute Malaysia (FRIM) Kepong.
Seramai 15 orang pelajar Sijil Rekabentuk & Pembuatan Perabot
dan tiga orang Pensyarah Pengiring telah menyertai program ini.
Ia dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar dan
pensyarah tentang asas anatomi kayu yang merupakan salah satu
kandungan dalam modul Sijil Reka Bentuk & Pembuatan Perabot.
Antara pengisian program ialah lawatan ke Perpustakaan Kayu,
bengkel ujilari kayu dan jungle trekking bagi mengenali jenis-jenis
pokok yang terdapat dalam hutan hujan tropika.

75

AKTIVITI PELAJAR SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT

• Pertandingan Eksplorasi Multimedia
• Pertandingan Pra-Kelayakan WorldSkill Belia 2018 (WSMB)

Bidang IT Software Solution For Business
• Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti (MyCCSkills) 2018

Bidang Web Design
• Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti (MyCCSkills) 2018

Bidang IT Software Solution for Business

LLaawwaattaann
AAkkaaddeemmiikk

Pertandingan
PKeretmanadhinragnan

• Lawatan Akademik Ke Malaysia IT
Fair “Bringing It Closer to You”

• Lawatan Akademik Pelajar STM ke
Cybersecurity Malaysia

OLEH : MELATI BINTI SABTU

Lawatan Akademik ke Malaysia IT Fair “Bringing It Closer to You”
1 September 2018 | Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur

Pada 1 September 2018, seramai 15 orang pelajar STM telah
terlibat dengan Program Lawatan Akademik ke Malaysia IT
Fair “Bringing It Closer to You”, Mid Valley Exhibition Centre.
Objektif lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada
pelajar tentang fakta-fakta dan pengalaman menarik berkaitan
trend perkembangan ICT dan IR 4.0. Pelajar dapat melihat
dengan lebih dekat revolusi industri dunia yang kini pesat
menggunakan teknologi maklumat. Pensyarah pengiring ialah
Puan Melati Binti Sabtu dan Puan Amutha A/P Gopal Villoo @
Venugopal.

OLEH : AMUTHA A/P GOPAL VILLOO @ VENUGOPAL

Pertandingan Eksplorasi Multimedia
3 Oktober 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Pertandingan dianjurkan oleh Kelab IT Subjek MPU 1411 Ko-
Kurikulum Kelab pada 3 Oktober 2018 di Makmal Pengaturcaraan 1.
Program bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada kemahiran
mereka bentuk sebagai platform untuk mencungkil bakat pelajar
teknologi maklumat dalam bidang multimedia. Antara kemahiran
yang dipelajari adalah kemahiran kerja berpasukan, kemahiran
berinteraksi dan bekerjasama serta kemahiran kepimpinan dan
pengurusan kelab dan aktiviti.
76

AKTIVITI PELAJAR SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT

Program Transform ‘You Can Do It’

Kolaborasi
Industri

Program
Pemantapan

Minda

• PROGRAM i-TECH DAY 2018 (IT-Explorace)
• Program “Industrial Oriented Learning Fundamental IT-

Hardware In The Light of The 4th Industrial Revolution (IR
4.0)”

OLEH : AMUTHA A/P GOPAL VILLOO @ VENUGOPAL

Program “Industrial Oriented Learning Fundamental IT-Hardware In The Light of The
4th Industrial Revolution (IR 4.0)”
14 Ogos 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Program ini telah diadakan pada 14 Ogos 2018 di Makmal Pemasangan
Komputer (MPK). Seramai dua orang tenaga pengajar daripada
industri dijemput untuk memberi perkongsian Industrial Knowledge
kepada pelajar dan pensyarah Program Teknologi Maklumat. Platform
ini direka bagi memindahkan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran
industri pengkomputeran kepada pelajar dan pensyarah sejurus
dengan industri pekerjaan yang sebenar ke arah sistem pendidikan
mendepani era Industrial Revolution (IR) 4.0 yang kini berkembang
pesat. Antara aktiviti nilai tambah (value added) ialah Pemasangan
Laptop, memeriksa dan mengenalpasti kerosakan pada laptop, dan
pemasangan Perisian atau Perkakasan.

Program Kolaborasi bersama Industri : Program i-Tech Day 2018 (IT-Explorace)
29 Ogos 2018 | One Net Cube Sdn Bhd

Program i-Tech Day 2018 (IT-Explorace) telah diadakan pada
29 Ogos 2018 di Syarikat One Net Cube Sdn Bhd. Program ini
adalah platform yang direka bagi memindahkan pengetahuan
kepada pelajar Sijil Teknologi Maklumat STM 2 dan STM 3.
Seramai 15 orang pelajar telah menyertai program ini. Program
ini dilaksanakan sebagi paltform nilai tambah (value-added)
dalam meningkatkan ilmu pengetahuan tentang bidang IT
sejurus dengan industri pekerjaan yang sebenar.

77

AKTIVITI PELAJAR SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT

OLEH : ILYANA BINTI YAHYA
Pertandingan Pra-Kelayakan WorldSkill Belia 2018 (WSMB)
Bidang IT Software Solution For Business
18April 2018 | UTeM, Melaka
Muhamad Fakhrul Radzi Bin Ahmad, pelajar dari program Sijil
Teknologi Maklumat (STM) telah terpilih menyertai Pertandingan
Pra-Kelayakan WorldSkill Belia 2018 (WSMB) bidang IT
Software Solution for Business. Pemilihan adalah berdasarkan
keputusan pemenang dari Pertandingan MyCCSkills pada tahun
2017. Latihan persediaan telah dijalankan bersama pensyarah
pembimbing bagi menghadapi pertandingan di Universiti
Teknikal Malaysia (UTeM), Melaka pada 18 April 2018 bersama
56 peserta lain dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam
dan Swasta seluruh Malaysia. Pensyarah pembimbing ialah Puan
Ilyana Binti Yahya dan Encik Mohd Saharudin Bin Abuludin.

OLEH : NOR HASIMAH BINTI ABD RAHMAN

Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti (MyCCSkills) 2018
Bidang IT Software Solution for Business

6-9 Ogos 2018 | Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak
Pada 6 hingga 9 Ogos 2018 dua orang pelajar program Teknologi
Maklumat iaitu Nor Aima Binti Mohd Rozi dan Kamil Hakimi Bin
Dzulyadan bersama-sama peserta lain dari Kolej Komuniti seluruh
Malaysia telah menyertai Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti
(MyCCSkills) 2018 Bidang IT Software Solution for Business yang
bertempat di KK Pasir Salak. Majlis Penutup telah dilaksanakan
pada 9 Ogos 2018. Pengurus pasukan ialah Puan Amutha A/P Gopal
Villoo @ Venugopal dan pensyarah pembimbing dan pengiring ialah
Puan Nor Hasimah Binti Abd Rahman.

OLEH : SITI SHUHAILI BINTI MOHAMAD MOHA

Lawatan Akademik Pelajar STM ke Cybersecurity Malaysia
4 September 2018 | Seri Kembangan, Selangor

Pada 4 September 2018, seramai 34 orang pelajar Kelas STM1A
dan STM1B telah terlibat dengan Program Lawatan Akademik
Pelajar STM ke Cybersecurity Malaysia, The Mines Resort Seri
Kembangan, Selangor. Objektif lawatan adalah untuk memberi
pendedahan kepada pelajar tentang bidang Etika Digital dan
Keselamatan Sosial serta menyediakan peluang untuk mendapatkan
pengalaman pembelajaran di luar kolej dan menjadikan
pembelajaran dan pengalaman lebih bermakna dan menarik.
Selain itu, lawatan ini dapat mengembangkan kemahiran bahasa
untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan
industri. Pensyarah pembimbing bagi lawatan ini ialah Puan
Siti Shuhaili Binti Mohamad Moha dan Puan Nadia Binti Rajat.
78

AKTIVITI PELAJAR SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT

OLEH : NORFADZILAH BINTI ISHAK

Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti (MyCCSkills) 2018
Bidang Web Design

6-9 Ogos 2018 | Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak

Dua orang pelajar program Teknologi Maklumat (STM) telah
mewakili KK Temerloh bagi menyertai Pertandingan Kemahiran
Kolej Komuniti (MyCCSkills) 2018 Bidang Web Design. Latihan
persediaan telah dijalankan di Makmal Multimedia, KK Temerloh
sebagai persediaan menghadapi pertandingan bersama pensyarah
pembimbing. Pelajar tersebut bersama peserta lain dari Kolej Komuniti
seluruh Malaysia telah menyertai Pertandingan bertempat di KK Teluk
Intan. Pensyarah pembimbing ialah Puan Norfadzilah Binti Ishak dan
pengurus pasukan ialah Puan Amutha A/P Gopal Villoo. Pelajar yang
menyertai pertandingan ialah Muhammad Hafiz Shahman Bin Mohd
Nor Hisham dan Siti Maisarah Binti Mohd Romezan.

Pertandingan Video Pendek Sayangi Malaysiaku
Ogos 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Sempena bulan kemerdekaan 2018, program STM telah menganjurkan
Pertandingan video pendek dengan tema Sayangi Malaysiaku. Program
ini bertujuan untuk Memberi pendedahan dan kemahiran kepada pelajar
dalam penghasilan video pendek. Selain itu, ia melatih pelajar untuk
mengetengahkan bakat dan kreativiti mereka dalam menghasilkan
video. Sebanyak 7 penyertaan telah diterima. Johan bagi pertandingan
ini ialah Program Sijil Reka Bentuk & Pembuatan Perabot. Manakala
naib johan ialah Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan dan tempat
ketiga ialah Program Sijil Fesyen dan Pakaian.

Program Transform ‘You Can Do It’
3 Oktober 2018 | Kolej Komuniti Temerloh

Program yang telah berlangsung pada 3 Oktober 2018 ini bertujuan
untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang tujuan utama
berada di Kolej Komuniti Temerloh. Pelajar perlu diberi kesedaran
tentang penglibatan diri mereka dalam pelbagai aktiviti di luar
kelas. Program ini memberi semangat kepada pelajar untuk
mengetengahkan bakat dan kreativiti dalam apa jua program
atau aktiviti di samping melahirkan semangat kerja berpasukan.
Penceramah program ini adalah En. Mohd Afandi bin Mustapha,
Pegawai Psikologi dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
Temerloh. Pelajar STM perlu menjadi pelajar yang sentiasa proaktif
dan seterusnya sentiasa meningkatkan jati diri mereka untuk
kejayaan pada masa hadapan.

79

AKTIVITI PELAJAR SIJIL PENYELENGGARAAN BANGUNAN

OLEH : NIK MAS ALINI BT. BADRULDIN @ MUHAMAD
Lawatan Ilmiah ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah 2018
14 Februari 2018 | HOSHAS, Temerloh

Pada 14 Februari 2018 (Rabu) Program Penyelenggaraan Bangunan
Kolej Komuniti Temerloh telah mengadakan satu lawatan akademik
ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS). Seramai 42 orang
pelajar Semester 2 dan 3 orang pensyarah pengiring telah terlibat
dalam lawatan ini. Lawatan ini diadakan bagi memantapkan
lagi pengetahuan pelajar Semester 2 dalam bidang pendawaian
elektrik dan penyamanan udara. Pihak Radicare yang menyelia
kerja penyelenggaraan di HOSHAS telah memberi penerangan
gambaran sebenar kepada pelajar tentang kerja penyelenggaraan
yang dilakukan di hospital tersebut.

OLEH : FAIROZ BINTI JUMHAT
Kursus Peningkatan Kemahiran Building Operation and Maintenance Level 2
(Personel Binaan)
8 - 12 April 2018 | Akademi Binaan Malaysia, Jenagor, Kuala Berang
Pada 8 hingga 12 April 2018 Program Penyelenggaraan Bangunan telah
mengikuti Kursus Peningkatan Kemahiran Building Operation and
Maintenance Level 2 (Personel Binaan) di Akademi Binaan Malaysia,
Jenagor, Kuala Berang, Terengganu. Seramai 8 orang pelajar dan 3
orang pensyarah pengiring telah mengikuti kursus ini. Kursus ini
merangkumi pembelajaran secara amali dan teori yang merangkumi
kerja-kerja Suspended ceiling installation, Electrical Building System,
Building Air Conditioning Installation & Troubleshooting dan Building
Plumbing System. Para peserta kursus telah mengikuti kursus dengan
jayanya dan dapat meningkatkan minat, ilmu dan kemahiran pelajar
dalam bidang Building Operation & Maintenance.

80

AKTIVITI PELAJAR SIJIL PENYELENGGARAAN BANGUNAN

OLEH : AMIERA SARYATI BINTI SADUN
Kursus Penilaian Pelajar Pendawaian Elektrik Domestik (BWI 1)

12 - 13 September 2018 | Kolej Komuniti Temerloh
Pada 12 & 13 September 2018 Program Penyelenggaraan Bangunan
telah berkolaborasi dengan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur
(ABM) bagi menganjurkan Kursus Penilaian Pelajar Pendawaian
Elektrik Domestik (BWI 1) di Bengkel Pendawaian Elektrik, Kolej
Komuniti Temerloh. Pegawai Penilai kursus ini dijemput khas dari
Akademi Binaan Malaysia Kuala Berang,Terengganu iaitu En.Wan
Rosmadi. Seramai 34 orang pelajar dari Program Penyelenggaraan
Bangunan telah terlibat. Objektif program ini adalah untuk
mendapatkan Sijil Kecekapan Kemahiran Pemasangan Pendawaian
Bangunan (SKK). Di samping itu juga, program ini dapat
meningkatkan minat, ilmu dan kemahiran pelajar dalam membuat
Pendawaian Elektrik Domestik seterusnya boleh bekerja dalam
bidang elektrik pada masa akan datang.

OLEH : ASMAWATI BINTI MOHD YUSOP
Lawatan Akademik Ke Karnival Skills Malaysia 2018

30 September 2018 | CIAST, Shah Alam
Pada 30 September 2018 Program Penyelenggaraan Bangunan
Kolej Komuniti Temerloh telah mengadakan satu lawatan akademik
ke Karnival Skills Malaysia 2018 bertempat di Ciast Shah Alam.
Seramai 24 orang pelajar SPB 1 dan 4 orang pensyarah pengiring
telah terlibat dalam lawatan ini. Tujuan lawatan ini diadakan adalah
untuk memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menyaksikan
sendiri bagaimana Pertandingan Worldskill dijalankan di samping
menambahkan pengetahuan pelajar berkaitan peluang-peluang yang
ditawarkan dalam bidang latihan kemahiran daripada pelbagai agensi.

81



KOMUNITI

UNIT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

OLEH : NORSARITANAINI BINTI MAHASAN
Laporan Tahunan Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Temerloh 2018

Sasaran pencapaian peserta kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi Kolej Komuniti Temerloh
adalah seramai 3600 orang setahun. Pada tahun 2018, sistem pangkalan data e-PSH telah menunjukkan
bahawa KKTM telah mencapai KPI peserta kursus iaitu seramai 5590 orang peserta. Kedudukan KKTM
adalah di tempat ke-6 daripada 92 buah Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Sebanyak 220 kursus PSH dalam
pelbagai klaster telah dilaksanakan bagi memenuhi permintaan komuniti setempat merangkumi kursus
jangka pendek, Kursus Akaun Amanah Latihan Khas, Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)
dan Kursus Corporate Social Responsibility (CSR). Penganjuran kursus PSH ini dapat melahirkan komuniti
yang berpengetahuan, berkemahiran, berdaya saing dan dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi
keluarga serta negara.

84

UNIT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

OLEH : MUHAMAD SYAMSUL BIN CHE SU / NORSARITANAINI BT MAHASAN

Kursus Jangka Pendek dan Latihan Khas Kolej Komuniti Temerloh 2018
Sepanjang tahun 2018 Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat telah melaksanakan pelbagai Kursus Jangka Pendek
dan Latihan Khas untuk komuniti setempat serta agensi-agensi dari Kerajaan dan Swasta. Antara agensi yang
telah menyertai kursus Latihan Khas bagi tujuan reskilling dan upskilling adalah seperti Majlis Perbandaran
Temerloh, Pejabat Tanah dan Daerah, Amanah Ikhtiar Malaysia, Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, Sekolah
Rendah dan Menengah sekitar Mentakab dan Temerloh serta lain-lain. Secara keseluruhan 14 jenis klaster
telah ditawarkan kepada komuniti setempat dengan jumlah peserta keseluruhan seramai 5590 orang peserta
dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa.

Kursus Jangka Pendek dan Latihan Khas Kolej Komuniti Temerloh
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat 2018

Sepanjang tahun 2018 Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah melaksanakan pelbagai Kursus
Jangka Pendek dan Latihan Khas untuk kluster Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH). PISH bertujuan
melatih para pelajar tahfiz dalam bidang kemahiran manakala komuniti setempat di dalam bidang agama.
Secara keseluruhan unit PSH telah melaksanakan 21 kursus sepanjang tahun 2018 dengan penglibatan
peserta seramai 350 orang dalam kategori Kemahiran dan Fardu Ain. Antara kursus kemahiran yang telah
diadakan adalah seperti Selenggara Penyaman Udara, Sulaman Reben, Sulaman Benang, Sulaman Manik,
Asas Pemasangan Komputer Dan Sistem Operasi Window 10 dan Email With Google. Manakala kursus yang
dijalankan untuk kategori Fardhu Ain ialah Kelas Mahir Membaca Al-Quran.

85

UNIT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

OLEH : NORSARITANAINI BT MAHASAN
Program : Impak Kursus Jangka Pendek dan Latihan Khas
Kolej Komuniti Temerloh Bidang Masakan

Kursus masakan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di Kolej Komuniti Temerloh. Pelbagai
kursus telah dilaksanakan sepanjang tahun 2018. Antaranya ialah penghasilan roti, kek, brownies, cheese
tart, mee kuning, biskut dan bermacam-macam lagi. Melalui kursus-kursus ini, peserta telah mendapat
kemahiran tambahan dan ada yang telah memulakan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan. Antara
peserta yang telah berjaya memulakan perniagaan ialah Puan Salawati Binti Abd Mubin, Puan Rusmani
Binti Hamzah, Cik Siti Nurul Umirah Bt Abd Aziz dan Puan Rahayu Binti Jusoh.

Program: Impak Kursus Jangka Pendek dan Latihan Khas
Kolej Komuniti Temerloh Bidang Jahitan

Kolej Komuniti Temerloh telah melaksanakan pelbagai jenis kursus jahitan kepada komuniti setempat.
Antaranya ialah Asas Menjahit, Jahitan Baju Kurung, Jahitan Baju Melayu, Jahitan Blaus, Jahitan Kemeja,
Jahitan Blaus, Jahitan Langsir dan bermacam-macam lagi. Hasil daripada kursus ini, terdapat beberapa orang
peserta yang telah berjaya mendapat kemahiran dan kini telah mula mengambil tempahan antaranya ialah
Encik Faizihasnol Bin Abu Samah dan Puan Nurul Hafzan Binti Mohd Nasir.

86

UNIT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

OLEH : MUHAMAD SYAMSUL BIN CHE SU
Program: Impak Latihan Khas Kursus Urutan
Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah menganjurkan kursus upskilling dan reskilling kepada
komuniti setempat antaranya ialah kursus Urutan Tradisional seperti Urutan Tradisional Melayu Dan Urutan
Bersalin, Urutan Muka (Anti Stress & Migrain) Dan Tapak Kaki, Urutan Melayu Tradisional. Kursus ini telah
berlangsung di Kolej Komuniti Temerloh.
Hasil daripada kursus yang anjurkan telah berjaya membantu para peserta dalam meningkatkan kemahiran
serta membantu dalam menjadi usahawan secara kecil-kecilan. Antara peserta yang berjaya hasil daripada
latihan ini ialah Puan Hasnah Bt Ahmad yang telah mengunakan ilmu dan kemahiran yang diperoleh untuk
meningkatkan kemahiran beliau di dalam bidang SPA.
Manakala Puan Nik Aida Binti Nik Hussin telah mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh untuk
kerjaya beliau iaitu perniagaan perkhidmatan Urutan Tradisional Melayu Dan Urutan Selepas Bersalin di
rumah beliau dan juga perkhidmatan dari rumah ke rumah (SPA Mobile).

Program :Latihan Khas Kursus Kejurulatihan Petanque Tahap 1 Peringkat Kebangsaan
15 - 19 Oktober 2018
Pada 15 hingga 19 Oktober 2018, Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah berjaya menganjurkan
Kursus Kejurulatihan Petanque Tahap 1 Peringkat Kebangsaan di Kolej Komuniti Temerloh. Seramai 47
orang peserta yang terdiri daripada wakil daripada agensi dan individu perseorangan telah terlibat dalam
kursus ini. Hasil daripada kursus ini peserta dianugerahkan sijil pertauliahan Jurulatih Tahap 1 seterusnya
membantu memperkembangkan dan melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan ini.

87

UNIT SUKAN

OLEH : FAIROZ BINTI JUMHAT
Program: Temerloh Major FIFA 19 Tournament Siri V5 2018
30 Disember 2018 | KK Temerloh

Temerloh Major FIFA 2019 Tournament Siri V5 2018 telah berlangsung di Kolej Komuniti Temerloh
di bawah kelolaan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Daerah Temerloh (GPMS) dan pasukan
Zerosixgamers Temerloh. Sasaran program ini adalah dalam kalangan belia-belia yang meminati arena
sukan e-sports. Kemeriahan program ini disusuli dengan kehadiran Tuan Pengarah Kolej Komuniti
Temerloh yang memberi ucapan ringkas selamat datang kepada semua pemain-pemain yang bertanding.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada En Ainuddin bin Zainal Akli dari unit pentadbiran yang berusaha
keras bekerjasama dengan pihak GPMS untuk mengelolakan program ini. Majlis ini turut dirasmikan oleh
YDP GPMS Temerloh, En Mohamad Hanan Hj Ahmad.

PROGRAM CSR

OLEH : SALIZA BINTI ABDUL RAZAK
Program Kampong Labu Revisit 2018
26 Mac 2018 | Kampong Labu

Pada 26 Mac 2018, Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan telah
mengikuti CSR Kampong Labu Revisit 2018. Seramai 8 orang pelajar
semester 4 dan 2 orang pensyarah pengiring telah terlibat dalam aktiviti
ini. Aktiviti ini dijalankan bagi memberi nilai tambah kepada pelajar
serta realiti alam pekerjaan yang bakal mereka tempuhi.

88

PROGRAM CSR

OLEH : AMUTHA A/P GOPAL VILLOO @ VENUGOPAL
Program Program CSR Pemasangan Komputer
28 September 2018 | SMK Mentakab

Program CSR Pemasangan Komputer yang dianjurkan oleh Unit STM
dengan kerjasama SMK Mentakab di bawah Kelab IT Subjek MPU 1411
Ko-Kurikulum Kelab telah diadakan pada 28 September 2018 di SMK
Mentakab. Program ini bertujuan untuk meningkatkan hands on skill
pelajar dalam subjek pemasangan komputer untuk diaplikasikan di SMK
Mentakab.

Program CSR Gotong Royong Rumah Orang Orang Buta
19 Mei 2018 | Taman Harapan Orang-Orang Buta, Temerloh

Para pelajar bukan Islam di bawah aktiviti kerohanian Kolej Komuniti
Temerloh telah melaksanakan program seumpama ini untuk memupuk
keprihatinan kepada golongan yang memerlukan. Program CSR ini
dijalankan dengan jayanya pada 19 Mei 2018 di Taman Harapan Orang-
Orang Buta, Temerloh. Seramai 17 org pelajar telah menyertai program
ini.

OLEH : NOR AISHAH BINTI OTHMAN

Program ‘Breakfast with KKTM’
19 Disember 2018 | Lebuhraya Pantai Timur (Temerloh)

Program ‘Breakfast with KKTM’ telah diadakan dengan jayanya pada 19
Disember 2018 di Lebuhraya Pantai Timur (Temerloh). Program ini adalah
bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pengguna
jalanraya bertapa pentingnya sarapan pagi untuk semua orang dan mengenai
kewujudan Kolej Komuniti Temerloh, Pahang. Seramai 9 orang pelajar dan
dua orang pensyarah pengiring telah terlibat dalam menjayakan program
ini.

Program “Anda Ceria Kami Gembira”
3 -7 Ogos 2018 | Tadika Perpaduan, Taman Tualang Indah

Pada 3 hingga 7 Ogos 2018 Unit Pengajian Am telah mengadakan program
Khidmat Sukarelawan “Anda Ceria Kami Gembira” di Tadika Perpaduan,
Taman Tualang Indah. Seramai 38 orang pelajar dan 6 orang pegawai telah
mengikuti kursus ini. Kursus ini merangkumi pembelajaran secara amali
dan teori yang merangkumi kerja-kerja seperti mengecat mural dan pasu,
mengemas dan membina “mini library” dan aktiviti bacaan. Pelajar telah
mengikuti kursus ini dengan jayanya.

89




Click to View FlipBook Version