The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishahwan83, 2021-02-23 03:23:14

MUDAHNYA BERNIAGA DI SHOPEE

MUDAHNYA BERNIAGA DI SHOPEE

MUDAHNYA BERNIAGA DI SHOPEE Be a Power Seller

Penulis:
Nor Hasimah binti Abd Rahman

Mohd Zool Fazlee bin Basir

MUDAHNYA BERNIAGA DI SHOPEE

Nor Hasimah binti Abd Rahman
Mohd Zool Fazlee bin Basir

i

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa-apa juga bentuk dan juga secara
baik elektronik, mekanikal, rakaman dan lain-lain, mana-mana bahagian kandungan modul ini sebelum
mendapatkan izin bertulis dari Kolej Komuniti Temerloh Pahang. Segala paparan antaramuka perisian
aplikasi Shopee yang digunakan adalah sah sehingga buku ini diterbitkan.

DITERBIT OLEH:
Kolej Komuniti Temerloh
Kementerian Pengajian Tinggi
By Pass Batu 2, Jalan Temerloh,
Kg. Chatin Ulu, 28400 Mentakab
Pahang Darul Makmur

Tel: 09-2701550 / 52 / 53
Faks: 09-2701551
Email: kkmb@kkmen.edu.my

PENULIS:
Nor Hasimah binti Abd Rahman
Mohd Zool Fazlee bin Basir

EDITOR:
Nor Aishah Binti Othman
Mohd Fazli Khaisunizam bin Ismail

ii

PRAKATA PENGARAH

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Buku Mudahnya Berniaga di
Shopee ini berjaya diterbitkan. Buku ini diterbitkan sebagai salah satu usaha serta galakan pihak kolej
kepada pensyarah bertujuan bagi menyokong dan menyuntik semangat di peringkat awal pembabitan
pensyarah dalam bidang penulisan kreatif atau ilmiah. Penulisan kreatif merupakan pencambahan
idea bebas pensyarah dalam melahirkan pendapat serta pandangan untuk memartabatkan
pengurusan organisasi dan manfaat komuniti.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua
pihak yang telah bertungkus lumus menyiapkan bahan-bahan bagi penerbitan buku ini. Adalah
diharapkan agar buku ini dapat mencetuskan percambahan minda kepada semua pensyarah mahu
pun warga yang terlibat di Kolej Komuniti Temerloh, Kementerian Pengajian Tinggi sebagai bahan
bacaan dan rujukan semasa.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung mahu pun tidak langsung bagi menjayakan penerbitan buku ini.

SUHAIRI BIN ISMAIL
PENGARAH
KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

iii

PRAKATA

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, buku “Mudahnya Berniaga
di Shopee” ini berjaya diterbitkan. Buku ini diterbitkan sebagai panduan atau rujukan kepada sesiapa
yang ingin memulakan perniagaan melalui aplikasi Shopee. Semoga dengan panduan yang diberikan
dapat membantu mereka yang ingin menambah pendapatan dengan perniagaan melalui aplikasi
Shopee.

Seperti yang sedia maklum dikala negara sedang mengalami pandemik yang menyebabkan
ramai kehilangan pekerjaan, perniagaan atas talian telah menjadi alternatif bagi mereka yang
memerlukan pendapatan sampingan/ utama. Pernahkah anda terfikir macam mana dan cara nak
berniaga serta buat duit dengan jual barang di Shopee sama ada dengan modal ataupun tanpa modal?
Kalau kena dengan cara dan tekniknya, Peniaga Shopee boleh meraih pendapatan sebanyak 3 atau 4
angka dalam seminggu. Bagi yang berminat berniaga, cepat-cepatlah daftar sebagai peniaga atau
seller di Shopee.

Shopee adalah antara trending marketplace selain Lazada, Lelong.com, atau Ali Baba yang
terbesar di Malaysia. Anggaran setiap bulan lebih daripada 20 juta pengguna akan browsing atau
melayari Shopee secara aplikasi mudah alih atau melalui laman web untuk melihat barang yang
hendak dibeli. Ini belum termasuk hari-hari besar seperti hari yang bertarikh 11.11 atau 12.12 dimana
jumlah pelawat yang melayari Shopee berlipat kali ganda berbanding hari - hari biasa. Pada tahun
2019, direkodkan untuk kempen pada tarikh 11.11.2019, jualan transaksi melebihi 1 juta pada 1 jam
pertama untuk platform Shopee ini sahaja. Disebabkan itu, tidak hairanlah kebanyakan peniaga di
Shopee mengaut keuntungan berganda-ganda melalui jualan secara online dengan menggunakan
platform Shopee.

Mana-mana yang minat berniaga akan risau sekiranya tiada produk ditangan untuk dijual,
mereka boleh gunakan kaedah dropship untuk menjual di platform Shopee ini. Peniaga Shopee ini
tidak perlu memegang stok, kerana pembekal akan melakukan semua berkaitan dengan
pembungkusan barang dan menghantar barang tersebut ke mana- mana syarikat perkhidmatan
penghantaran barang untuk dihantar kepada pelanggan dan, peranan bagi dropshipper Shopee pula
adalah bila dapat pesanan pelanggan atau berjaya close sale, boleh terus maklum kepada pembekal
untuk hantar barang kepada pelanggan. Dengan jumlah pelawat Shopee yang tinggi setiap hari,
peniaga Shopee tidak perlu risau mencari pelanggan kerana pelanggan akan mencari barangan yang
mereka ingini di marketplace seperti Shopee.

NOR HASIMAH BINTI ABD RAHMAN
MOHD ZOOL FAZLEE BIN BASIR
PENULIS
DISEMBER 2020

iv

Isi Kandungan

1 Pengenalan ..................................................................................................................................... 1
2 Kajian Pasaran dan Produk ............................................................................................................ 2
3 Kenapa Pilih Shopee? ..................................................................................................................... 4
4 Bagaimana Membuat Jualan di Shopee ........................................................................................ 5

4.1 Install Perisian Aplikasi Shopee ............................................................................................. 5
4.2 Daftar Masuk atau Daftar Akaun........................................................................................... 6

4.2.1 Proses Pendaftaran Pengguna Baru .............................................................................. 6
4.2.2 Paparan Daftar Masuk bagi Pengguna .......................................................................... 7
4.3 Penetapan Kedai Shopee ....................................................................................................... 7
4.3.1 Penetapan akaun............................................................................................................ 7
4.4 Menyenaraikan Produk (Product Listing)............................................................................11
4.5 Menguruskan Pesanan Pelanggan di Kedai Shopee ...........................................................22
4.5.1 Proses Jual Beli di Shopee ............................................................................................22
4.6 Pengeluaran Hasil Jualan Shopee ........................................................................................25
4.6.1 Penetapan Masa Pengeluaran .....................................................................................26
4.7 Tips Tingkatkan Jualan di Shopee ........................................................................................27
4.7.1 Menggunakan sharing link...........................................................................................27
4.7.2 Menggunakan fungsi Boost Now .................................................................................27
4.7.3 Shopee Ads ...................................................................................................................28
4.7.4 Marketing Centre .........................................................................................................34
5 Menjual Produk Hanya dengan Dropship di Shopee ..................................................................37
5.1 Konsep Dropship di Shopee .................................................................................................37
5.2 Pembekal Dropship ..............................................................................................................37
5.3 Lubuk Dropship.....................................................................................................................38
6 Kesimpulan ...................................................................................................................................41

v

1 Pengenalan

Apakah Shopee?
Shopee ialah platform e-dagang yang beribu pejabat di Singapura di bawah Sea Group (sebelum
ini dikenali sebagai Garena), telah ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Forrest Li. Platform e-dagang
ini pertama kalinya dilancarkan di Singapura pada tahun 2015. Sehingga kini platform e-dagang
Shopee telah berkembang luas ke Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia,
Vietnam dan Filipina. Aplikasi Shopee memberi perkhidmatan membeli dan menjual produk
dalam talian. Aplikasi ini dapat diakses melalui web atau telefon mudah-alih (telefon pintar).
Antara iklan pemasaran Shopee yang popular adalah seperti Jualan 9.9, 10.10, 11.11 dan Jualan
Sempena Ulang Tahun Shopee 12.12. Dianggarkan setiap bulan lebih daripada 20 juta pengguna
melayari patform Shopee untuk membuat pembelian secara atas talian.
Selain untuk urusan pembelian, Shopee juga menyediakan platform bagi peniaga membuka
kedai. Melalui platform ini peniaga dapat memasarkan produk mereka dengan mudah kerana
Shopee telah menyediakan sistem penerimaan pesanan. Shopee juga menjalinkan kerjasama
dengan syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran (kurier) seperti Poslaju, DHL Ecommerce,
Ninja Van, J&T dan lain-lain. Melalui kerjasama ini pihak peniaga dan pembeli mendapat
kemudahan kurier dengan caj penghantaran lebih murah.

1

2 Kajian Pasaran dan Produk

Sebelum memulakan perniagaan samaada dalam talian atau diluar talian, anda perlu membuat
kajian berkenaan pasaran dan produk yang ingin dijual. Langkah pertama adalah menentukan
pasaran niche produk bagi memastikan produk mampu bersaing dengan peniaga lain.

Apakah pasaran niche?
Bahagian perdagangan kecil dalam ekonomi yang menjurus kepada pengkhususan produk.

https://dictionary.cambridge.org/

Antara contoh pasaran niche:

1. Makanan sihat dalam pek
2. Produk organik
3. Pengembara
4. Pakaian wanita large size
5. Pakaian lelaki large size
6. Gamers
7. Barangan mesra alam
8. Makanan sedia dimakan
9. Kosmetik halal
10. Fesyen muslimah moden

Daripada pasaran niche yang luas, kecilkan skop kepada sub-niche (menjurus kepada produk
yang ingin dijual). Sebagai contoh sub-niche Fesyen Muslimah Moden:

Tudung/ Hijab

Blouse FESYEN Dress
Kasut MUSLIMAH Set wear

MODEN

Seluar panjang Skirt

2

Jika anda fokus pada pasaran niche ia dapat membantu anda bersaing bukan saja menjual produk
yang berbeza, tetapi dapat memberi pulangan yang berganda pada bahagian tertentu dari pasaran.
Tips yang boleh diamalkan dalam mencari niche produk adalah seperti berikut:-

TIPS
– Tetapkan pasaran niche produk (kategori produk): Gunakan teknik keyword search
– Tetapkan nak jual produk apa (sub-niche produk): Memilih produk yang mudah
masuk pasaran walaupun banyak pesaing.
– Membuat listing product yang betul tanpa buang masa.
– Jadikan produk atau servis anda adalah unik berbanding peniaga lain.
– Buat tawaran tetapi elakkan buang harga.

3

3 Kenapa Pilih Shopee?

Beberapa sebab kenapa anda patut memilih aplikasi shopee:
– Pendaftaran Percuma - Hanya perlu ada nombor telefon/akaun email/ facebook.
– Perisian aplikasi yang mudah dipasang dan digunakan pada telefon pintar atau
komputer peribadi.
– Trending marketplace selain Lazada, Lelong, ebay dan sebagainya.
– Caj perkhidmatan sekitar 2%-2.5% daripada transaksi produk yang berjaya dijual.

Keratan Akhbar dan Artikel:

Sumber: News Straits Times, theedgemarkets.com
4

4 Bagaimana Membuat Jualan di Shopee

4.1 Install Perisian Aplikasi Shopee

Buat carian Shopee apps di Play Store atau Apple Store dan install pada telefon pintar anda.

5

4.2 Daftar Masuk atau Daftar Akaun

Daftar masuk akaun jika anda telah mempunyai akaun Shopee atau daftar akaun jika anda
pengguna baru.
Beberapa pilihan untuk mulakan pendaftaran akaun Shopee:-

- Menggunakan nombor telefon
- Menggunakan akaun google
- Menggunakan akaun facebook
- Menggunakan akaun apple
Nota: Untuk menjadi peniaga di Shopee akaun anda perlu disahkan melalui nombor
telefon. Oleh itu jika ingin membuat akaun peniaga Shopee digalakkan terus menggunakan
nombor telefon supaya proses pendaftaran berjalan dengan lancar.
4.2.1 Proses Pendaftaran Pengguna Baru

6

4.2.2 Paparan Daftar Masuk bagi Pengguna

4.3 Penetapan Kedai Shopee
4.3.1 Penetapan akaun

7

1. My Profile (Mengisi Maklumat Diri dan Bisnes)
TIPS:

a. Profil yang menarik antara faktor yang menyumbang kepada jualan.
b. Pelanggan akan lebih berminat untuk membeli jika profil anda meyakinkan dan

berkaitan dengan skop produk yang dijual.
c. Antara perkara yang boleh anda lakukan:

- Membuat logo perniagaan atau kedai anda dan muat naik pada gambar profil.
- Menambah banner background picture yang berkaitan dengan produk

8

2. My Addresses
Isikan alamat yang lengkap dan buat penetapan:

o Default Address: Alamat ini akan digunakan dalam nota label penghantaran
(shipping label/ airwaybill) kepada pelanggan.

o Pickup Address: Jika anda ingin kurier ambil barang di alamat tersebut
(Perkhidmatan pickup bergantung kepada kurier. Boleh dapatkan maklumat
lanjut di kaunter/laman web kurier yang dipilih).

o Default Return Address: Alamat yang digunakan untuk pemulangan barang jika
tidak sampai/dituntut oleh pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan.

9

3. Penetapan Akaun Bank
Bagi meneruskan pengisian maklumat akaun bank, anda diminta untuk memasukkan
nombor pengesahan yang dihantar melalui sms.
Isikan:

Maklumat nombor akaun anda boleh dihapuskan pada menu setting>Delete.
Anda boleh menambah lebih daripada satu maklumat akaun bank atau kad kredit@debit.
Set as Default Account bagi tujuan hasil jualan/ refund dimasukkan dalam akaun bank
tersebut.

10

4.4 Menyenaraikan Produk (Product Listing)

Setelah akaun dicipta dan penetapan akaun telah selesai dibuat, anda boleh mula
menjual.
Klik Start Selling

Langkah-langkah seterusnya menunjukkan cara-cara untuk menyenarai produk
menggunakan telefon pintar bagi contoh produk berikut:-

Maklumat Produk
Nama: Baju tshirt lengan pendek / Short sleeve shirt
Jenama: Four Square
Variasi warna: Black, White, Dark Melange, Grey Melange
Variasi saiz: XS, S, M, L, XL, XXL, XXXL dan XXXXL

11

Langkah Menyenaraikan Produk
1. Masukkan gambar produk pada ikon + Add Photo
2. Pilih gambar produk pada galeri gambar telefon pintar anda dengan klik pada Photo
Library

3. Pilih gambar produk dari galeri gambar telefon pintar anda.
4. Isi Product name dan Product Description.

12

TIPS KEYWORD: Ketika memberi Product Name pastikan anda telah membuat
kajian berkenaan keyword yang akan digunakan. Pilih tajuk anda mempunyai kata
kunci yang sesuai kerana carian pembeli di dalam shopee biasanya menggunakan
keyword search.
Contoh seperti produk di atas:
Keyword yang digunakan mengandungi:
Jenama: Four Square
Jenis material: cotton
Jenis rekkaan baju: short sleeve, round neck
Ayat memikat pelanggan: Ready Stock, Original, Local Seller, Fast Shipping
TIPS PRODUCT DESCRIPTION YANG BAIK:
Meletakkan maklumat yang lengkap berkenaan produk seperti saiz, jenis material,
tarikh luput (jika berkaitan), berat dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan
dengan produk.

5. Pilih Kategori yang sesuai. Biasanya Shopee akan memberikan cadangan kategori. Pilih
ikut yang sesuai dengan produk anda.
6. Taipkan jenama jika produk anda mempunyai jenama. Boleh pilih dalam senarai jika ada,
jika tiada jenama anda boleh pilih “No Brand” atau boleh taip jenama jika tiada dalam
senarai.

13

7. Penetapan material baju, jenis warna dan rekaan baju.
14

8. Penetapan Variasi Produk
Mengikut maklumat produk yang diberikan sebelum ini:

Maklumat Produk
Produk: Baju tshirt lengan pendek / Short sleeve shirt
Jenama: Four Square
Variasi warna: Black, White, Dark Melange, Grey Melange
Variasi saiz: XS, S, M, L, XL, XXL, XXXL dan XXXXL
Produk mempunyai variasi 4 warna dan 8 jenis saiz
Langkah-langkah penetapan variasi seperti berikut :-
1. Tambah warna baju:

a. Klik butang +Add pada Color, Taip warna
b. Ulang langkah yang sama untuk warna seterusnya

15

2. Tambah gambar baju pada variasi warna:
a. Aktifkan semua butang warna dengan klik pada setiap satu. Butang yang aktif akan
bertukar kepada tulisan dan bingkai bewarna oren.
b. Secara automatik akan dipaparkan menu Add image to “Color” variations
c. Klik icon + pada setiap warna baju untuk muat naik gambar baju photo galeri telefon
pintar anda

16

3. Tambah variasi saiz:
a. Pada bahagian Size: Klik icon + Add
b. Taipkan saiz tambahan. Klik Done/ Enter (bergantung pada keypad telefon pintar).
Ulang langkah a-b untuk tambah saiz seterusnya
c. Aktifkan semua butang saiz dengan klik pada setiap satu. Butang yang aktif akan
bertukar kepada tulisan dan bingkai bewarna oren.
d. Seterusnya anda boleh klik butang “Next: Set Stock and Price”

17

9. Penetapan Stok dan Harga:
Harga dan stok wajib untuk diisi. Isikan pada ruang Price dan Stock.

Penetapan stok dan harga secara pukal bagi produk yang bervariasi dapat menjimatkan
masa anda.
Setelah melengkap bahagian Variations, tekan butang Next: Set Stock and Price (d).

18

Klik Batch Edit> Set Price and Stock > Klik Confirm

Variasi item produk akan mempunyai harga dan nilai stok yang sama. Anda boleh membuat
pengubahsuaian harga dan stok pada setiap variasi.
Contohnya: Bagi semua saiz XXL hingga XXXXL harga baju diubahsuai kepada RM17.90 dan
stok setiap warna dah saiz baju juga telah dikemaskini mengikut stok semasa. Jika telah
selesai, Klik Save

19

10. Penetapan Kos Penghantaran (Shipping Fee)
Berikut langkah-langkah untuk menetapkan kos penghantaran:

1. Isikan berat produk
2. Isikan saiz produk jika berkaitan (tidak wajib)
3. Pilih syarikat perkhidmatan kurier yang ingin digunakan.

Kemaskini terkini:
Berikut antara senarai perkhidmatan
kurier yang berusaha sama dengan
Shopee
-Poslaju
-DHL eCommerce
-J&T Express
-Ninja Van
-City-Link Express
Bagi peniaga yang menggunakan
servis kurier selain daripada dalam
senarai boleh membuat permohonan
khusus kepada pihak Shopee.

20

11. Publish
Setelah mengisi semua maklumat yang wajib diisi anda boleh Publish produk di Shopee

21

4.5 Menguruskan Pesanan Pelanggan di Kedai Shopee
4.5.1 Proses Jual Beli di Shopee

Cara-cara menguruskan pesanan pelanggan yang diterima daripada pelanggan:
1. Sentiasa semak log pesanan pelanggan pada kedai Shopee anda dari semasa ke

semasa. Pihak Shopee akan menghantar e-mel peringatan jika ada tempahan yang
masuk (Pastikan sahkan e-mel pada Tetapan Akaun).
2. Contoh paparan berikut menunjukan terdapat satu pesanan pelanggan yang perlu
diuruskan. Klik Arrange Shipment.

22

3. Untuk mencetak Airwaybill (Consignment Notes/Nota Penghantaran) klik pada Seller
Centre.

4. Login akaun pada Seller Center dan sahkan akaun anda.

23

5. Klik pada Print Airwaybill dan cetak

6. Tampal atau sisip AirWayBill yang dicetak pada parcel.
7. Anda boleh hantar parcel yang telah siap ke syarikat kurier secara drop off. Perkhidmatan

pickup parcel di premis pelanggan bergantung kepada kurier. Boleh hubungi syarikat kurier
untuk pengesahan lanjut.

24

4.6 Pengeluaran Hasil Jualan Shopee

Anda boleh menyemak hasil jualan di Shopee bagi transaksi yang telah berjaya. Hasil jualan
anda akan dipaparkan pada Seller Balance setelah pelanggan membuat pengesahan
penerimaan barang atau dalam tempoh tiga (3) daripada status barang telah dihantar oleh
syarikat kurier. Paparan berikut menunjukkan hasil jualan pada Seller Balance:

25

4.6.1 Penetapan Masa Pengeluaran
Pilihan Pertama: Pengeluaran Secara Automatik Secara Mingguan atau Bulanan

Pilihan Kedua: Pengeluaran Mengikut Tetapan Peniaga

Hasil pengeluaran akan disimpan ke dalam akaun bank (default) yang telah ditetapkan oleh
peniaga.

26

4.7 Tips Tingkatkan Jualan di Shopee

Beberapa tips yang boleh anda gunakan bagi meningkatkan jualan di Shopee:
4.7.1 Menggunakan sharing link
Membuat perkongsian di media sosial seperti di aplikasi Facebook, Whatsapp, Telegram
dan sebagainya.

4.7.2 Menggunakan fungsi Boost Now
Shopee menawarkan percuma lima produk untuk di Boost Now dalam kategori produk
tersebut. Anda boleh menggunakan fungsi Boost Now empat (4) jam sekali bagi setiap
produk yang dipilih.

27

4.7.3 Shopee Ads
Tujuan: Untuk meletakan produk dalam senarai atas daripada hasil carian pelanggan
supaya potensi untuk produk terjual lebih tinggi. Peniaga perlu menambah nilai Shopee
Ads dengan membuat pembelian pada apps Shopee.
Shopee Ads adalah berdasarkan Cost Per Click (CPC). Semakin ramai pelanggan klik pada
iklan produk anda, semakin berkurang kredit (semakin tinggi nilai yang perlu dibayar).
Bagi mengelakkan pembaziran pada nilai kredit anda, keyword yang digunakan perlulah
lebih spesifik menjurus kepada produk yang dipromosikan.
Langkah-langkah:

1. Memilih Pakej Tambah Nilai.

28

2. Membuat pembelian Shopee Ads
Anda boleh membuat pembelian Shopee Ads menggunakan beberapa pilihan
antaranya:
-Kad Kredit/ Debit
-Shopee Pay
-Shopee Wallet
Contoh berikut menunjukan langkah pembelian Shopee Ads menggunakan kad
kredit/debit.

29

3. Menghasilkan Keyword Ads
Contoh berikut menunjukan cara menghasilkan keyword Ads: -

30

Pilih produk dan buat penetapan nilai kredit secara harian atau jumlah keseluruhan:
Klik Publish

31

Bagi menambah keyword secara manual anda perlu membuka halaman Shopee
Seller Center menggunakan pelayar internet seperti google chrome, mozilla dan
sebagainya.
Berikut menunjukkan paparan Shopee ads melalui pelayar internet.
Klik Create Keyword Ads

32

Penetapan nilai kredit
Pilih Keywords yang sesuai dan Publish

33

4.7.4 Marketing Centre
Marketing Centre ialah medium pemasaran produk perniagaan anda yang bertujuan:
– Meningkatkan pendedahan produk anda kepada prospek pembeli
– Meningkatkan kadar jualbeli
– Mendorong trafik ke kedai anda
Terdapat tiga (3) alat pemasaran yang ditawarkan kepada peniaga baru iaitu:-
– Discount Promotion
– Vouchers
– Follow Prize
Ketiga-tiga alat pemasaran ini boleh membantu peniaga untuk membuat tawaran
kepada pelanggan bagi menarik minat mereka untuk membeli.

34

Berikut contoh penetapan bagi ketiga-tiga alat pemasaran:
Discount Promotion

Vouchers

35

Follow Prize
36

5 Menjual Produk Hanya dengan Dropship di Shopee

5.1 Konsep Dropship di Shopee

Dropship di Shopee
- Mesti menyediakan modal untuk membuat pembayaran kepada pembekal
terlebih dahulu.

Kenapa?
- Shopee ‘hold’ bayaran yg diterima dari pelanggan dalam satu tempoh masa
bagi menjamin pelanggan daripada unsur penipuan.
- Setelah barang telah disahkan sampai oleh pelanggan, bayaran akan masuk
ke akaun peniaga.

5.2 Pembekal Dropship

Terdapat 2 kategori pembekal dropship iaitu:
1. Pembekal Luar Talian
Pembekal yang menawarkan dropship secara luar talian. Tempahan daripada
dropshiper dibuat tidak melalui laman web pembekal yang khusus.
2. Pembekal Atas Talian
Pembekal yang menawarkan program dropship menggunakan laman web atau
platform digital yang khusus untuk dropshiper.

37

5.3 Lubuk Dropship

Berikut antara lubuk dropship yang popular dalam kalangan peniaga: -
GM Klang

– Menjual pelbagai produk seperti fesyen pakaian, kesihatan, barangan bayi, makanan
dan sebagainya.

– Biasanya dropship dijalankan secara luar talian, dimana peniaga perlu ke GM Klang
dan berhubung sendiri dengan pembekal di sana.

Kenanga City Mall
– Menjual produk fesyen dan pakaian.
– Seperti GM Klang, dropship dijalankan secara luar talian, dimana peniaga perlu ke sana
dan berhubung sendiri dengan pembekal di sana.

38

Kumoten
- Dropship pelbagai barangan tempatan dan luar negara.
- Mempunyai sistem automasi (sync produk terus ke Shopee store)

SaveValue2u
- Dropship pelbagai barangan tempatan dan luar negara.
- Mempunyai sistem automasi (sync produk terus ke Shopee store).

39

KCJ Marketing
- Dropship rak, dekorasi, dan kelengkapan rumah.
- Menawarkan servis mencetak airwaybill (AWB) Shopee bagi dropshiper secara
percuma.

HUDJANNAH.MY
- Dropship beg wanita, hijab, gaun wanita.
- Mempunyai sistem automasi (sync produk terus ke kedai Shopee).

40

MD Textile Sdn Bhd
- Dropship pelbagai barangan tempatan dan luar negara.
- Menawarkan servis mencetak airwaybill (AWB) Shopee kepada dropshiper secara
percuma.

6 Kesimpulan

Diharap para pembaca dapat mengimplementasi segala langkah dan tips-tips yang telah
dikongsikan dalam buku ini dan mengambil manfaat daripadanya kerana dengan platform e-dagang
Shopee anda boleh memasarkan dan menguruskan pesanan produk dengan sistematik.

41

Be a Power Seller

42


Click to View FlipBook Version