The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishahwan83, 2021-02-23 20:56:37

PANDUAN LULUS CEMERLANG KOLEJ KOMUNITI

PANDUAN LULUS CEMERLANG KOLEJ KOMUNITI

i

PANDUAN LULUS CEMERLANG
KOLEJ KOMUNITI

NOR HASIMAH BINTI ABD RAHMAN
MOHD ZOOL FAZLEE BIN BASIR

i

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa-apa juga bentuk dan juga secara
baik elektronik, mekanikal, rakaman dan lain-lain, mana-mana bahagian kandungan buku ini sebelum
mendapatkan izin bertulis dari Kolej Komuniti Temerloh Pahang. Panduan Penilaian Kolej Komuniti
yang ditulis dalam buku ini hanya terpakai untuk program sijil atau diploma Kolej Komuniti yang
menggunakan struktur penilaian Pentaksiran Berterusan 100%.

DITERBIT OLEH:
Kolej Komuniti Temerloh
Kementerian Pengajian Tinggi
By Pass Batu 2, Jalan Temerloh,
Kg. Chatin Ulu, 28400 Mentakab
Pahang Darul Makmur

Tel: 09-2701550 / 52 / 53
Faks: 09-2701551
Email: [email protected]

PENULIS:
Nor Hasimah binti Abd Rahman
Mohd Zool Fazlee bin Basir

EDITOR:
Nor Aishah binti Othman
Mohd Fazli Khaisunizam bin Ismail

ii

PRAKATA PENGARAH

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan rahmat
serta izinNya, buku PANDUAN LULUS CEMERLANG KOLEJ KOMUNITI telah berjaya diterbitkan. Saya
ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua penulis
dan pihak yang telah bertungkus lumus menyediakan bahan penulisan sehingga berjaya menghasilkan
buku ini.

Melahirkan graduan Kolej Komuniti yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum bukan
sahaja menjadi hasrat sesebuah institusi, namun merupakan harapan ibu bapa dan juga warga
pendidik. Untuk memenuhi hasrat tersebut pelajar perlulah mempunyai panduan dan teknik yang
betul bagi mencapai kecemerlangan. Saya berharap dengan panduan yang dititipkan dalam buku ini
dapat memberi faedah dan manfaat kepada semua pelajar Kolej Komuniti untuk mencapai
kecemerlangan dalam pengajian.

Sekian, terima kasih.

SUHAIRI BIN ISMAIL
PENGARAH
KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

iii

PRAKATA

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Buku PANDUAN LULUS
CEMERLANG KOLEJ KOMUNITI ini berjaya diterbitkan. Perkongsian ini ditujukan khas kepada institusi
Kolej Komuniti dan pelajar Kolej Komuniti program sijil atau diploma yang menggunakan struktur
penilaian Pentaksiran Berterusan 100%. Buku ini juga memberi panduan berkaitan peraturan-
peraturan penilaian yang perlu dipatuhi dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi pelajar untuk layak
dianugerahkan dengan Sijil Kolej Komuniti. Selain daripada bidang akademik pelajar juga diberi tips-
tips bagaimana untuk menambah nilai kecemerlangan melalui kegiatan kokurikulum yang banyak
ditawarkan di Kolej Komuniti. Melalui aktiviti kokurikulum pelajar dipupuk dengan kemahiran insaniah
seperti kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, keusahawanan, etika dan kepimpinan. Nilai
tambah inilah menjadikan lulusan yang dilahirkan lebih kompeten dan berdaya saing.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan kerja Kolej Komuniti Temerloh
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penulisan dan penerbitan buku ini. Semoga
buku ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh institusi dan pelajar Kolej Komuniti.

Sekian, terima kasih

NOR HASIMAH BINTI ABD RAHMAN
MOHD ZOOL FAZLEE BIN BASIR
PENULIS

iv

ISI KANDUNGAN

1 Pengenalan ..................................................................................................................................... 1
1.1 Pengenalan Pentaksiran Berterusan ..................................................................................... 1
1.2 Pengenalan Pengurusan dan Penilaian Kolej Komuniti ........................................................ 2

2 Peraturan Penilaian Kolej Komuniti Yang Perlu Dipatuhi............................................................. 4
2.1 Peraturan Am Penilaian ......................................................................................................... 4
2.1.1 Pendaftaran Kursus: Peranan dan Tanggungjawab Pelajar.......................................... 4
2.1.2 Kredit Kursus .................................................................................................................. 5
2.1.3 Fahami Kaedah Penilaian Kolej Komuniti: Stuktur Penilaian Kolej Komuniti.............. 6
2.1.4 Formula LULUS Kursus dalam Pentaksiran Berterusan................................................. 7
2.1.5 Diberhentikan Pengajian................................................................................................ 7
2.2 Kelayakan Penganugerahan Sijil ............................................................................................ 8
2.3 Transkrip dan Sijil Kolej Komuniti.......................................................................................... 9
2.3.1 Transkrip ......................................................................................................................... 9
2.3.2 Sijil Kolej Komuniti .......................................................................................................11
2.4 Pengumuman Keputusan Penilaian.....................................................................................12
2.5 Penahanan Keputusan Penilaian .........................................................................................12
2.6 Rayuan Ke Atas Keputusan Penilaian ..................................................................................12
2.7 Penyemakan Semula Skrip Jawapan ...................................................................................13

3 Pembahagian Markah Sistem Semester......................................................................................14
3.1 Sistem Gred ..........................................................................................................................14
3.2 Sistem Nilaian Mata .............................................................................................................15
3.3 Klasifikasi Status Keputusan Penilaian ................................................................................16

4 Folio Pelajar ..................................................................................................................................17
5 Tambah Nilai Kecemerlangan Melalui Aktiviti KoKurikulum......................................................18

5.1 Pendahuluan.........................................................................................................................18
5.2 Pengenalan Kokurikulum .....................................................................................................19

5.2.1 Ejaan Kokurikulum .......................................................................................................19
5.2.2 Definisi Kokurikulum ....................................................................................................20
5.2.3 Fungsi-Fungsi Kokurikulum ..........................................................................................21
5.2.4 Faedah-Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum ........................................................24
5.3 Pelaksanaan Kursus Kokurikulum dalam Kurikulum Kolej Komuniti .................................31
5.4 Pengiktirafan dan Anugerah Pelajar....................................................................................33

v

1 Pengenalan

1.1 Pengenalan Pentaksiran Berterusan

Apakah Pentaksiran Berterusan?

Perolehan data yang dilakukan secara berterusan di sepanjang perjalanan
kursus/modul atau disepanjang perjalanan program bagi tujuan pengumpulan
bukti berlakunya pembelajaran yang mana akan digunakan untuk
penambahbaikan pembelajaran, pengubahsuaian pengajaran dan
pengubahsuaian reka bentuk kurikulum. Ia juga meliputi perolehan data yang
digunakan untuk mentaksir tahap pencapaian kursus yang ditawarkan oleh
sesuatu program ke arah menyokong pencapaian hasil pembelajaran program.

Garis Panduan Amalan Baik Penilaian Pelajar MQA 2013
“Pentaksiran Berterusan (PB)” bermakna satu penilaian berbentuk amali, kuiz,
tugasan, projek dan laporan atau sesuatu kaedah yang diambil oleh pelajar
sepanjang semester / modul.

Peraturan Peperiksaan & Kaedah Penilaian Kolej Komuniti Edisi 5 2017

1

1.2 Pengenalan Pengurusan dan Penilaian Kolej Komuniti

Kenali Pengurusan Peperiksaan dan Penilaian di Kolej Komuniti

Rajah 1. Tanggungjawab Pengurusan Peperiksaan
2

Rajah 2. Ahli Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti
3

2 Peraturan Penilaian Kolej Komuniti Yang Perlu Dipatuhi

Bagi menjaga kualiti dan memastikan lulusan sentiasa relevan dengan keperluan semasa, Kolej
Komuniti telah menggariskan peraturan-peraturan penilaian seperti berikut:

2.1 Peraturan Am Penilaian
2.1.1 Pendaftaran Kursus: Peranan dan Tanggungjawab Pelajar
Pelajar yang telah mendaftar semester / modul dikehendaki mendaftar tiap–tiap kursus / LA yang
diambil melalui pensyarah kelas dalam tempoh satu (1) minggu selepas pendaftaran semester /
modul.
Apakah Peranan dan Tanggungjawab Pelajar?

Menyemak senarai kursus / LA yang telah
didaftarkan dengan teliti.

Mengikuti sepenuhnya aktiviti pembelajaran bagi
kursus / LA yang telah didaftarkan

4

2.1.2 Kredit Kursus

Rajah 3. Kredit Kursus

5

2.1.3 Fahami Kaedah Penilaian Kolej Komuniti: Stuktur Penilaian Kolej Komuniti

Melibatkan Tiada
pelaksanaan 100% Peperiksaan
Pentaksiran
Berterusan (PB) Akhir

Contoh:

Adam merupakan pelajar Semester 2 Program Sijil Teknologi Maklumat
Antara kursus yang diambil pada semester 2 ialah Kursus STM 2033 Asas
Multimedia. Dalam kursus Asas Multimedia terdapat Lima (5) Penilaian
Sumatif iaitu:

TUGASAN 1 TUGASAN 2
15% 5%

PEMBENTANGAN
10%

PROJEK 1 PROJEK 2
35% 35%

Sepanjang proses Pembelajaran dan Pengajaran Adam telah
melaksanakan semua Penilaian Sumatif dengan jayanya kerana Adam
selalu memberi komitmen untuk hadir ke kelas dan memberi perhatian
dalam kelas. Diakhir minggu ke-14, keputusan penilaian telah dikeluarkan
dan Adam telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

6

2.1.4 Formula LULUS Kursus dalam Pentaksiran Berterusan
Anda LULUS sesuatu kursus/LA Jika:

Menghadiri sesi PdP DAN Memperolehi markah
tidak kurang dari 80% pentaksiran berterusan (PB)
dari jumlah jam dengan minima 40 markah
pertemuan bagi setiap (Lulus Bersyarat) atau gred D
kursus/LA iaitu nilai mata 1.00

Tips: Kehadiran ke kelas amat membantu anda untuk
skor dalam sesuatu kursus kerana peluang anda untuk
melaksanakan Pentaksiran Berterusan lebih tinggi jika

anda memberi komitmen dalam sesi teori/amali
berbanding jika kerap ponteng kelas tanpa alasan yang

munasabah. Fikir-fikirkanlah…

2.1.5 Diberhentikan Pengajian

Anda boleh diberhentikan pengajian jika…

i. Memperolehi status akademik (PNM) LB sebanyak tiga
kali berturut-turut.

ii. Telah melebihi tempoh maksimum pengajian sesuatu
Program (10 semester) termasuk Latihan Industri.

7

2.2 Kelayakan Penganugerahan Sijil
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan Penganugerahan Sijil Kolej Komuniti:

Sijil Kolej Komuniti

• Telah lulus semua kursus / LA yang ditetapkan bagi setiap program
• Lulus Latihan Industri / WBL
• HPNM ≥ 2.00
• Memenuhi jumlah jam kredit yang ditetapkan bagi sesuatu program
• Bagi pelajar Warganegara yang tidak kredit Bahasa Melayu SPM

WAJIB LULUS kursus MPU 1212 Bahasa Kebangsaan A.(berkuatkuasa
Sesi Mac 2015)
• Diperakukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti

Anugerah Pengarah

• Pelajar mendaftar kursus / LA sekurang-kurangnya 12 kredit pada
semester / berkenaan; dan

• Mendapat PNM ≥ 3.67 bagi semester / modul berkenaan
• Nota : Catatan “Anugerah Pengarah” akan dimasukkan dalam slip

Anugerahkan Pingat Ketua Pengarah (PKP)

• Memperolehi HPNM sekurang-kurangnya 3.83
• Cemerlang Latihan Industri
• Kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh JK dan
• Diperakukan oleh Ketua Pengarah
• Nota : PKP akan dianugerahkan semasa majlis konvokesyen

8

2.3 Transkrip dan Sijil Kolej Komuniti
2.3.1 Transkrip

Apakah Transkrip?
Transkrip/ Transkrip Penuh Akademik adalah senarai kursus beserta keputusan pengajian
semester sepanjang pengajian. Maklumat yang terdapat dalam transkrip adalah seperti berikut:

a) Maklumat Pelajar seperti Nama, Nombor Pendaftaran dan Nombor Kad Pengenalan
b) Nama Program Pengajian
c) Senarai kursus yang diambil setiap semester yang mengandungi:

i. Keputusan setiap kursus
ii. Jam kredit setiap kursus
iii. Purata Nilai Mata (PNM)
iv. Jumlah Jam Kredit setiap semester (JJK)
d) Jumlah Jam Kredit Keseluruhan (JJK) sepanjang tempoh pengajian
e) Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM)
f) Status Akademik
g) Tarikh Transkrip dikeluarkan (Pengesahan Jawatankuasa Peperiksaan Pusat)
Kegunaan Transkrip
i. Permohonan pekerjaan - Memudahkan majikan untuk meneliti kursus yang telah diambil
oleh calon pekerja untuk dikaitkan dengan pengkhususan pekerjaan. Ketika anda
memohon pekerjaan yang berkaitan dengan kursus yang diambil ketika pengajian,
peluang anda mungkin lebih cerah jika keputusan penilaian yang dicatatkan dalam
transkrip lebih baik daripada calon lain.

ii. Menyambung pengajian – Jika anda lepasan sijil, diploma atau ijazah sarjana muda,
transkrip akademik sangat berguna untuk urusan permohonan. Kadangkala subjek yang
diambil untuk pengajian perlu untuk memberi gambaran pada pihak pengambilan
meneliti kaitan antara pengajian lepas dan kebolehan anda meneruskan pengajian.

9

Rajah 4. Contoh Transkrip Kolej Komuniti

 Transkrip pelajar dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas pengumuman
keputusan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.

 Setiap transkrip yang dikeluarkan perlu dicop dengan Jawatankuasa Peperiksaan
Pusat Kolej Komuniti.

 Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-sebab munasabah, pelajar
boleh memohon salinan transkrip rasmi di Kolej Komuniti yang mengeluarkan
dokumen berkenaan dengan mengemukakan borang permohonan beserta Surat
Akuan Sumpah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

 Penggantian transkrip akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan
lengkap.

10

2.3.2 Sijil Kolej Komuniti
Sijil Kolej Komuniti
Pelajar adalah layak dianugerahkan dengan sijil kolej komuniti setelah memenuhi segala syarat
yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan pada mukasurat 8. Sijil ini hanya dikeluarkan sekali
sahaja setelah pelajar menamatkan pengajian di Kolej Komuniti dan akan diserahkan semasa
Majlis Konvokesyen. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-sebab munasabah,
pelajar boleh memohon salinan sijil atau transkrip rasmi di Kolej Komuniti yang mengeluarkan
dokumen berkenaan dengan mengemukakan borang permohonan beserta Surat Akuan Sumpah
disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Penggantian sijil akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari
selepas permohonan lengkap.

Rajah 5. Contoh Sijil Kolej Komuniti

11

2.4 Pengumuman Keputusan Penilaian
Pengumuman keputusan penilaian akan dibuat dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh
Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti. Pelajar boleh menyemak keputusan
penilaian pada papan kenyataan peperiksaan atau melalui hebahan elektronik. Slip keputusan
peperiksaan boleh dimuat turun pada portal iStudent:
https://mytvet.edu.my/istudent/

Rajah 6. Antaramuka Daftar Masuk Portal iStudent
2.5 Penahanan Keputusan Penilaian

Slip keputusan peperiksaan boleh ditahan jika pelajar tidak memenuhi syarat-syarat
berhubung sesuatu program dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kolej Komuniti. Slip
keputusan akan diberikan kepada pelajar sehingga ia memenuhi syarat-syarat tersebut.
2.6 Rayuan Ke Atas Keputusan Penilaian
Pelajar boleh membuat semakan semula skrip jawapan penilaian akhir melalui Timbalan
Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP) dengan:

a. Mengisi Borang Rayuan Semakan Semula Keputusan tempoh tujuh (7) hari selepas
minggu pentaksiran.

b. Setiap rayuan hendaklah disertakan resit bayaran rayuan penyemakan dengan kadar
bayaran rayuan penyemakan adalah sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus / LA.

c. Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang / Wang Pos atas
nama Pengarah Kolej Komuniti.
12

2.7 Penyemakan Semula Skrip Jawapan
Pelajar semester akhir yang ingin membuat penyemakan semula skrip jawapan sesuatu
kursus/ LA hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Jawatankuasa
Peperiksaan Kolej Komuniti untuk mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Peperiksaan
Pusat Kolej Komuniti. Keputusan semakan semula akan dimaklumkan kepada pelajar dalam
tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan keputusan.

13

3 Pembahagian Markah Sistem Semester

3.1 Sistem Gred

Semua markah yang diperolehi oleh pelajar bagi sesuatu kursus / LA akan dinyatakan dalam
bentuk gred seperti Jadual 1.

Markah Gred Nilai Mata Status
90 – 100 A+
80 – 89 A 4.00 Sangat Cemerlang
75 – 79 A-
70 – 74 B+ 4.00 Cemerlang
65 – 69 B
60 – 64 B- 3.67
55 – 59 C+ 3.33 Kepujian
50 – 54 C 3.00
47 – 49 C-
44 – 46 D+ 2.67
40 – 43 D
F 2.33 Baik
0 – 39 2.00

1.67

1.33 Lulus
1.00

0.00 Gagal
Jadual 1. Jadual Gred Markah

i. Pelajar yang mendapat Lulus Bersyarat (LB) perlu menebus kursus / LA untuk mendapat HPNM
bersamaan atau lebih 2.00 bagi tujuan penganugerahan sijil.

ii. Pelajar yang tidak memenuhi keperluan penilaian dan peperiksaan dengan kebenaran atas
sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan akan diberi gred TL (Tidak Lengkap).

iii. Pelajar yang mendapat gred TL akan diberi gred baru setelah melengkapkan aktiviti penilaian
dan peperiksaan yang diberikan dalam tempoh masa yang dibenarkan.

iv. Pelajar dibenarkan menebus gred (TG) sekali sahaja bagi kursus / LA yang mendapat gred
Lulus Bersyarat untuk memastikan HPNM bersamaan atau lebih dari 2.00.

14

3.2 Sistem Nilaian Mata

Mengikut Sistem Nilaian Mata, skor atau mata bagi sesuatu kursus / LA dibahagikan kepada
beberapa kumpulan seperti di Jadual 1. Satu ukuran prestasi akan digunakan bagi menetapkan
Purata Nilai Mata (PNM) atau “Grade Point Average” (GPA) dan juga “Cummulative Grade Point
Average” (CGPA) di mana PNM dan HPNM dihitung seperti berikut:

Status pencapaian akademik pelajar ditentukan pada setiap semester dengan menggunakan
Purata Nilai Mata (PNM) seperti dalam Jadual 2 berikut:

PENCAPAIAN STATUS AKADEMIK
3.67 - 4.00 Cemerlang
3.00 - < 3.67 Kepujian
2.00 - < 3.00 Baik
1.00 - < 2.00
Lulus Bersyarat
< 1.00 Gagal

Jadual 2. Status Pencapaian Akademik

15

3.3 Klasifikasi Status Keputusan Penilaian

BIL PNM HPNM STATUS TINDAKAN

1. LULUS LULUS LAYAK NAIK
(≥ 2.00) (≥ 2.00) SEMESTER

SETERUSNYA

2. LULUS LULUS LAYAK NAIK

BERSYARAT (LB) (≥ 2.00) SEMESTER
(≥ 1.00 - < 2.00) SETERUSNYA

3. LULUS LULUS BERSYARAT (LB) LAYAK NAIK JAM KREDIT MAKSIMA
(≥ 2.00) YANG BOLEH DIAMBIL
(≥ 1.00 - < 2.00) SEMESTER

SETERUSNYA TETAPI TIDAK MELEBIHI
13 JAM KREDIT.

4. LULUS LULUS BERSYARAT (LB) LAYAK NAIK

BERSYARAT (LB) (≥ 1.00 - < 2.00) SEMESTER TIDAK MELEBIHI 13

(≥ 1.00 - < 2.00) SETERUSNYA JAM KREDIT.

5. GAGAL LULUS TIDAK LAYAK NAIK MENGULANG

(< 1.00) (≥ 2.00) SEMESTER KURSUS/LA YANG
SETERUSNYA GAGAL SAHAJA.

6. GAGAL LULUS BERSYARAT (LB) TIDAK LAYAK NAIK MENGULANG
(< 1.00) KURSUS/LA YANG
(≥ 1.00 - < 2.00) SEMESTER

SETERUSNYA GAGAL SAHAJA DAN
TIDAK MELEBIHI 13
JAM KREDIT.

7. GAGAL GAGAL TIDAK LAYAK NAIK MENGULANG SEMUA
(< 1.00) (< 1.00) SEMESTER KURSUS/LA TERMASUK

SETERUSNYA KURSUS/LA YANG
LULUS BERSYARAT.

(MENGULANG
SEMESTER)

Jadual 3. Klasifikasi Status Keputusan Penilaian

16

4 Folio Pelajar
Pastikan folio anda mengandungi perkara-perkara
berikut:

 Muka Hadapan & tulang fail
 Senarai Kandungan Folio Pelajar
 Senarai Semak Folio Pelajar
 Borang Maklumat Diri Pelajar
 Borang Pendaftaran Kursus/LA (iSEMS/CCMS)
 Kontrak pembelajaran dan pengajaran setiap kursus
 Jadual Waktu Kelas
 Dokumen Pentaksiran yang telah dinilai oleh pensyarah
 Lain-lain dokumen penilaian yang berkaitan

Tahukah anda?
Folio Pelajar boleh digunakan sebagai nilai tambah pada
resume dalam permohonan penempatan Latihan Industri atau

pekerjaan

17

5 Tambah Nilai Kecemerlangan Melalui Aktiviti KoKurikulum

5.1 Pendahuluan

Pada masa kini, aktiviti kokurikulum di Institut Pengajian Tinggi telah menjadi
sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia. Aktiviti kokurikulum menjadi medium
untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan dan kerjasama
di kalangan pelajar-pelajar dari berbilang kaum. Antara tujuan aktiviti kokurikulum diadakan
di Kolej Komuniti adalah untuk memberi pengalaman dan nilai kecemerlangan kepada pelajar-
pelajar yang akan membantu mereka mencapai kehidupan yang sempurna. Menurut Falsafah
Pendidikan Negara, dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dalam aspek
rohani, jasmani, emosi dan intelek, aktiviti kokurikulum dapat menyumbang untuk melahirkan
pelajar yang seimbang dari semua segi tersebut.

Beberapa aspek yang mempengaruhi pengaruh aktiviti kokurikulum terhadap
pembangunan diri pelajar telah disenaraikan dalam menjadi pelajar yang cemerlang.
Antaranya aspek kepimpinan, komunikasi, kecergasan minda dan emosi dan sikap. Oleh itu
elemen kokurikulum mesti diperhebatkan bagi memperbaiki sistem pengurusan dan
pentadbiran pelajar sedia ada sejajar dengan perkembangan globalisasi dan perlu dilakukan
pada masa kini agar pelajar Kolej Komuniti dapat bersaing dengan graduan dari Institusi
Pengajian Tinggi yang lain.

18

5.2 Pengenalan Kokurikulum

5.2.1 Ejaan Kokurikulum

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010, 2005), perkataan kokurikulum dieja rapat dan
tidak ada tanda sengkang (-) seperti ko-kurikulum. Berikut adalah takrifan hasil carian
kokurikulum yang boleh didapati dalam kamus tersebut:

Kata Takrif
Kokurikulum
kurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum asas,
kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam
bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada
kursus pendidikan pelajar di sekolah misalnya; kegiatan dalam
persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan dan lain-lain.

19

5.2.2 Definisi Kokurikulum

Kurikulum Kebangsaan 1997:
“Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan"
di mana Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum
dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang pelajar
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam
dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan."

Warta Kerajaan No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956
bertarikh 28hb Disember 1967:
“Kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan”.
Warta Kerajaan Jilid 41, No 26, Tambahan No. 94 Perundangan A.P.U
(A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan (Kurikulum
Kebangsaan) bertarikh 31hb Disember 1997:
“Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang
lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh
dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di
bilik kuliah”.

Definisi Istilah:
Aktiviti kokurikulum menurut kamus dewan merupakan sebahagian daripada
kurikulum atau aktiviti selain daripada pelajaran yang diajar dalam bilik darjah tetapi
yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajarseperti kegiatan
dalam sukan, persatuan dan sebagainya. Mahir pula bermaksud terlatih untuk
mengerjakan sesuatu, sementara kemahiran merujuk kepada kecekapan dan
kepandaian. Generik pula bermaksud umum yang terdapat pada kumpulan atau pada
kelas.

20

5.2.3 Fungsi-Fungsi Kokurikulum

Pengukuhan dan Khidmat
Penggayaan Masyarakat

Fungsi - fungsi
Kokurikulum

Hobi dan Perkembangan
Rekreasi Individu

Kerjaya

21

Pengukuhan dan Penggayaan
Pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran akademik dapat diperkukuhkan dan
diamalkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini juga dapat memberi peluang kepada
pelajar-pelajar memahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan
pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu, cara
begini juga dapat memberi pengalaman yang mungkin tidak terdapat di dalam bilik kuliah.
Segala aktiviti kokurikulum hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya selaras dan saling
melengkapi dengan apa yang diajar di bilik kuliah. Ini boleh membantu pelajar-pelajar
meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran.

Khidmat Masyarakat

Pelajar, guru dan kakitangan sekolah/ institusi pengajian boleh memberi khidmat kepada
masyarakat dan begitulah sebaliknya. Tujuannya adalah untuk memupuk hubungan dua hala
antara atau Institut Pengajian Tinggi dan masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat,
bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.

Hobi dan Rekreasi
Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, pelajar dapat memperoleh pengetahuan
dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah serta
membina kesihatan fizikal dan mental. Aktiviti ini juga dapat memberi keseronokan kepada
pelajar. Antara contoh aktiviti ialah membaca, bersukan, berternak, berkebun, menanam
bunga, menghias/menggubah, menyanyi, bermain alat-alat muzik, menulis sajak/
cerpen/syair/rencana, melukis kartun, mengumpul setem/daun-daun kayu/ keratan akhbar,
membuat model, mengukir dan memancing.

Kerjaya
Aktiviti kokurikulum dapat memberi asas kerjaya kepada pelajar. Ia juga dapat membantu
dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta dapat menimbulkan kesedaran dan
penyediaan pemilihan kerjaya pelajar. Pengetahuan dan kemahiran ini sangat berguna
apabila mereka memasuki dunia pekerjaan kelak. Aktiviti ini boleh dijalankan secara
kumpulan atau individu dan tidak hanya terbatas kepada kemudahan dan peralatan atau
kepakaran yang ada di sekolah itu sahaja. Sekolah yang mempunyai masalah ini boleh

22

berusaha mendapatkannya daripada sekolah lain atau masyarakat setempat.
Perkembangan Diri Individu
Semua aktiviti kokurikulum dapat memberi peluang kepada pelajar melatih diri sendiri untuk
kesihatan diri, berdisiplin, memupuk minat dan bakat serta membina semangat untuk
menghayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan.

23

5.2.4 Faedah-Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Mengisi Masa Menambah Ilmu
Lapang Pengetahuan

Membina Jati Memupuk
Diri Perpaduan

Meningkatkan Menjaga
Displin Diri Kesihatan

24

Aktiviti kokurikulum adalah apa-apa kegiatan yang dirancang selain daripada proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah. Kegiatan ini memberikan pelajar peluang untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik kuliah. Di
Malaysia. kokurikulum merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan perrnainan, persatuan dan
kelab serta penyertaan dalam pasukan pakaian seragam. Penyelarasan kegiatan kokurikulum di
sekolah menunjukkan bahawa ia mampu memberikan manfaat yang banyak kepada pelajar-pelajar.
Oleh itu, mari kita rungkaikan faedah-faedah yang diperoleh daripada penyertaan aktiviti
kokurikulum.

Mengisi Masa Lapang
Antara manfaat yang diperoleh para pelajar sekiranya mereka menyertai aktiviti kokurikulum adalah
pengisian masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Sebagai contoh. penyertaan dalam kelab sukan
memerlukan pelajar menyertai latihan yang diadakan selepas waktu perkuliahan. Perkara ini secara
tidak langsung dapat membendung mereka daripada melakukan perkara tidak berfaedah seperti
melepak dan gejala sosial yang semakin menjadi polemik dalam kalangan pelajar sekarang ini.
Tambahan pula. ibu dan bapa hari ini yang sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak perlu risau
akan keberadaan anak-anak mereka sekiranya mereka terlibat dengan aktiviti kokurikulum di
sekolah Jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum memberikan pengisian masa lapang yang sangat
bermanfaat kepada pelajar-pelajar.

25

Menambah Ilmu Pengetahuan
Selain itu, penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat menambah ilmu pengetahuan
mereka. Hal ini demikian kerana jika mereka memberi perhatian dan tidak menyertai aktiviti
kokurikulum secara sambll lewa seperti melepaskan batuk di tangga, pasti mereka sedar
bahawa banyak perkara yang boleh dipelajari. Contohnya, aktiviti pasukan pakaian seragam
seperti persatuan pengakap memberikan tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara-cara untuk
hidup di dalam hutan dan sebagainya. Pembelajaran seperti memasang khemah,
menghidupkan api menggunakan kayu hutan dan ikatan-ikatan menggunakan tali tidak
dipelajari dalam bilik kuliah sebaliknya ia khusus kepada pelajar yang menyertai aktiviti-aktiviti
pasukan seragam yang diminati oleh pelajar.

26

Membina jati diri
Di samping itu. pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum di intitusi dapat membina
kekuatan jati diri masing-masing. Tambahan pula. aktiviti kokurikulum memerlukan pelajar
menjawat jawatan seperti pengerusi. setiausaha. bendahari. ahli jawatankuasa dan ahli biasa
dalam persatuan dan kelab masing-masing. Secara tidak langsung. pelajar perlu mempelajari
nilai yang diperlukan bagl menjawat jawatan yang penting dalam sesebuah organisasi.
Kesannya, pelajar akan menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan mempunyai
pengalaman yang mampu meningkatkan jati diri masing-masing setelah menyertai aktiviti
kokurikulum.

27

Meningkatkan Disiplin Diri
Pelajar akan menyertai aktiviti seperti kawad kaki yang memerlukan disiplin diri serta
kekuatan mental dan fizikal bagi mendengar dan mengikuti arahan yang diberikan Pada waktu
yang sama, pelajar perlu bekerjasama dengan rakan-rakan lain bagi mendapatkan pergerakan
yang seragam dan teratur. Disiplin diri sangat penting dalam menjadi pelajar yang cemerlang.

28

Memupuk Perpaduan
Faedah yang diperoleh daripada menyertai aktiviti kokurikulum adalah memupuk perpaduan
antara pelajar. Pusat pengajian atau pemberi pendidikan merupakan alma mater dalam
membentuk penyatuan sesebuah komuniti khusus bagi golongan orang-orang muda. Justeru,
aktiviti kokurikulum akan melibatkan penyertaan daripada pelajar yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang kaum, bangsa dan agama. Sebagai contoh, aktiviti bersukan
memerlukan persefahaman antara satu pasukan bagi mendapatkan kemenangan dalam
pertandingan. Di sini, pelajar akan mempelajari cara untuk berkomunikasi antara satu sama
lain serta memahami nilai seperti bertolak ansur dan menghormati rakan-rakan mereka.
Dengan ini, sebarang perselisihan faham dapat dielakkan dan kehidupan yang harmoni dan
bertoleransi dapat dilahirkan. Kesannya, penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum
mampu mewujudkan perpaduan serta mengikis sentimen perkauman dalam diri generasi
muda ini.

29

Menjaga Kesihatan Diri
Akhir sekali, dengan aktiviti kokurikulum ini, pelajar akan mendapat faedah yang tidak
disangka-sangka dimana akan meningkatkan kesihatan diri dari segi rohani atau fizikal. Dari
segi rohani atau mental, pelajar tidak rasa terasing, murung atau tidak percaya kepada diri
sendiri. Dari segi kesihatan badan, aktiviti yang banyak bergerak akan menyihatkan tubuh
badan, meningkatkan imunisasi badan dan mencerdaskan akal fikiran.

Kesimpulannya, pelbagai faedah dan manfaat yang akan diperoleh daripada pelajar sekiranya
mereka menyertai aktiviti-aktiviti di kokurikulum di institusi. la bergantung kepada diri pelajar
masIng-masing samada untuk memberikan fokus dalam aktiviti tersebut atau melakukannya
secara sambil lewa dan hanya membuangkan masa sahaja.

30

5.3 Pelaksanaan Kursus Kokurikulum dalam Kurikulum Kolej Komuniti

Di Kolej komuniti, kokurikulum dilaksanakan dalam dua (2) kaedah pelaksanaan:

KAEDAH PELAKSANAAN KOKURIKULUM KOLEJ
KOMUNITI
1. KURSUS WAJIB KOKURIKULUM DIMASUKKAN
DALAM KURIKULUM:

i. KELAB atau
ii. SUKAN
2. KOKURIKULUM DIBAWAH PENYELARASAN
UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR SEPERTI:
KEUSAHAWAN, PRISS, JAWATANKUASA
PERWAKILAN PELAJAR, BADAN BERUNIFORM
(PISPA ATAU JPAM) DAN SEBAGAINYA

31

Lain-lain aktiviti-aktiviti Kokurikulum yang boleh disertai oleh pelajar di Kolej Komuniti

Menyertai
Majlis/ Program
anjuran kolej/
Jabatan sebagai
AJK pelajar

Menyertai Kerja- Menyertai
kerja Khidmat aktiviti dan
Masyarakat pertandingan
seperti aktiviti sukan
gotong-royong
Menyertai
Pertandingan-
pertandingan pelajar
yang dianjurkan oleh
kolej atau jabatan

32

5.4 Pengiktirafan dan Anugerah Pelajar

Anugerah Pelajar dilaksanakan bagi mengiktiraf dan menganugerahkan kepada pelajar Kolej
Komuniti yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. Anugerah Pingat Ketua
Pengarah diberikan kepada kepada graduan Kolej Komuniti pada Majlis Konvokesyen Kolej
Komuniti setiap tahun bagi menghargai pencapaian graduan cemerlang dari segi akademik
dan kokurikulum sepanjang belajar di Kolej Komuniti.

Rajah 7. Borang Markah Pencalonan Anugerah Pingat Ketua Pengarah

33

Matlamat penganjuran majlis anugerah pelajar cemerlang ini adalah mengiktiraf kejayaan
pelajar dalam pelbagai bidang tidak kira dari segi akademik dan kokurikulum. Dari aspek
kokurikulum, pengiktirafan dinilai daripada penglibatan pelajar dalam:

- Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
-Sukan
-Badan beruniform
-Pertandingan Kemahiran
-Sukarelawan
-Kebudayaan
-dan yang berkaitan
Anugerah pengiktirafan ini diharap dapat menggalakkan pelajar Kolej Komuniti berlumba-
lumba menyertai aktiviti kokurikulum seterusnya mendapat manfaat daripada aktiviti yang
disertai itu.

34

Rujukan
1. Peraturan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Kolej Komuniti Edisi 5 2017
2. Garis Panduan Amalan Baik Penilaian Pelajar MQA 2013

"TIDAK KIRA DIMANA ANDA BERMULA, YANG PENTING DI MANA ANDA
BERAKHIR"

35


Click to View FlipBook Version