The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Eddy Awang, 2020-06-24 03:18:14

PANDUAN MENGAMBIL BARANG DI MRSM KUBANG PASU

UNTUK KEGUNAAN DI MRSM KUBANG PASU SAHAJA

Keywords: mrsmkubangpasu

GARIS PANDUAN

PENGAMBILAN BARANGAN
PERIBADI PELAJAR DI

MAKTAB RENDAH SAINS MARA
(MRSM)

KUBANG PASU

1. Arahan Am

1.1 Pelajar perlu sentiasa patuh kepada arahan berkaitan PKPP dan
penularan COVID-19.

1.2 Amalan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka, membasuh tangan
/ penggunaan pensanitasi tangan adalah diwajibkan kepada semua
pelajar termasuk pelawat.

1.3 Pelajar dan pelawat yang bergejala tidak dibenarkan masuk ke kawasan
maktab.

2. Peranan dan Tanggungjawab Ibu Bapa / Penjaga

2.1 Memastikan anak / anak jagaan berada dalam keadaan sihat, menjaga
kebersihan diri dan tidak menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum
hadir ke maktab.

3. Keselamatan Pelajar

3.1 Standard Operating Procedure (SOP) Pencegahan Penularan Jangkitan
Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) yang dikeluarkan oleh MKN,
KKM dan KPM perlu sentiasa dipatuhi.

3.2 Pelajar dan individu yang menemani pelajar perlu sentiasa berada
dalam keadaan sihat untuk hadir ke maktab.

3.3 Suhu badan pelajar dan individu yang menemani pelajar akan diperiksa
menggunakan alat pengimbas badan sebelum dibenarkan memasuki
kawasan maktab.

3.4 Pelajar perlu sentiasa mematuhi penjarakan sosial pada setiap masa.

3.5 Pelajar yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang rendah
sentiasa memakai pelitup muka.

4. Penglibatan Ibu Bapa / Penjaga

4.1 Ibu bapa/penjaga boleh dilibatkan melalui MUAFAKAT bagi membantu
pihak maktab:

a. meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan penularan
jangkitan COVID-19;

b. memberi kesedaran kepada anak/anak jagaan berkaitan
penjarakan sosial sebelum, semasa dan selepas menaiki
kenderaan;

c. menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat tangan
(bersalaman) atau bersentuhan antara satu sama lain sama ada
guru, rakan-rakan atau orang sekeliling;

4.2 menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) dan pelitup muka
untuk kegunaan anak / anak jagaan.

5. Pengurusan Asrama

5.1 Pelajar yang sihat dan tidak bergejala sahaja yang dibenarkan datang
mengambil barangan peribadi di maktab.

5.2 Saringan kesihatan dilakukan di Pos Pengawal. Pelajar yang didapati
mempunyai suhu badan 37.5°C dan ke atas atau bergejala tidak
dibenarkan memasuki kawasan maktab.

5.3 Perhimpunan / perjumpaan (melebihi 10 orang) dalam kalangan pelajar
tidak dibenarkan.

Garis Panduan ini tertakluk kepada SOP dan arahan MKN, KKM, KPM dan MARA
serta sebarang perubahan yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia.

PENGURUSAN PELAJAR

1. SEBELUM PELAJAR DATANG KE MAKTAB

1.1 Ibu bapa / penjaga / waris perlu memastikan perkara berikut
dilaksanakan:

a. Mengisi borang deklarasi saringan penyakit Covid-19 oleh pelajar
dan individu yang menemani pelajar. (Lampiran 1)

b. HANYA dua (2) orang sahaja termasuk pelajar dibenarkan untuk
memasuki kawasan maktab.

c. Memastikan pelajar dan ibu bapa / penjaga / waris tidak melawat
mana-mana negara dalam tempoh dua minggu sebelum datang ke
maktab.

d. Memastikan diri pelajar dan ibu bapa / penjaga / waris dalam
keadaan yang sihat dan bebas Covid-19.

e. Pelajar atau individu yang bergejala TIDAK DIBENARKAN hadir.

f. Pelajar dan individu yang menemani pelajar perlu memakai pelitup
muka (face mask) sepanjang berada di dalam kawasan maktab.

g. Perjalanan ke maktab harus mematuhi prosedur yang telah
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

2. SEMASA PELAJAR DI MAKTAB

2.1 Pondok Pengawal:

a. Pelajar dan individu yang menemani pelajar perlu memakai pelitup
muka.

b. Mengambil suhu pelajar dan individu yang menemani pelajar ke
maktab semasa berada di dalam kereta.

c. Menyemak, merekod suhu dan mengambil borang deklarasi
pelajar serta individu yang menemani pelajar.

d. Pelajar dan individu yang menemani pelajar yang mempunyai suhu
di bawah 37.5°C sahaja dibenarkan masuk ke maktab. Sekiranya
terdapat suhu pelajar dan/atau individu tersebut melebihi 37.5°C,
pelajar tidak dibenarkan masuk ke maktab.

e. HANYA pelajar sahaja dibenarkan masuk ke kawasan asrama dan
kelas.

LAMPIRAN 1

BORANG DEKLARASI SARINGAN PENYAKIT COVID-19
(Diisi oleh pelajar dan individu yang menemani pelajar)

Nama :
No. Kad Pengenalan :
MRSM :
No. Maktab :
Nama Ibu/Bapa/Penjaga/Waris :
No. Telefon Ibu/Bapa/Penjaga/Waris :

Risiko dalam masa 14 hari (Tandakan ✔) Ya Tidak

1. Adakah anda/keluarga baru balik dari melawat luar negara dalam
masa 14 hari? Nyatakan negara yang dilawati :

2. Adakah anda/keluarga menyertai Ijtimak Tabligh @ mana-mana
perhimpunan dalam masa 14 hari?

3. Adakah anda/keluarga ada KONTAK RAPAT dengan individu
DISAHKAN positif Covid-19?

a. Adakah keluarga serumah atau ahli tabligh dari kumpulan kecil,
disahkan positif Covid-19?

b. Berada bersama dalam bilik yang TERTUTUP yang
menggunakan penghawa dingin lebih dari 2 jam?

c. Bekerja/bersemuka dalam RUANG TERTUTUP yang sama,
dalam jarak kurang dari 1 METER melebihi 15 MINIT?

d. Menaiki kenderaan yang sama (melebihi 2 jam) dalam jarak 2
kerusi (2 meter) dari individu positif Covid-19?

SIMPTOM YA TIDAK
Demam
Batuk BORANG PENGESAHAN INI HANYALAH UNTUK
Sakit tekak PEMERIKSAAN SIMPTOM-SIMPTOM ATAU YANG
Selsema
Sesak nafas BERGEJALA BAGI WABAK COVID-19 SHAJA.
Lain-lain
Nyatakan : BORANG INI BUKAN UNTUK PEMERIKSAAN
MENGESAHKAN PELAJAR MEMPUNYAI COVID-19

ATAUPUN TIDAK

Suhu badan PELAJAR INI DISAHKAN SIHAT DAN
Tarikh : LAYAK BELAJAR / TIDAK LAYAK BELAJAR

*Borang ini perlu dicetak dan dilengkapkan secara berasingan (2 borang) oleh pelajar
dan individu yang menghantar pelajar. Suhu akan diimbas di Pos Pengawal maktab.

LAMPIRAN 2

JADUAL PENGGILIRAN DAN LOKASI PENGAMBILAN BARANGAN PERIBADI
PELAJAR MENGIKUT KELAS

MRSM KUBANG PASU PADA 06 HINGGA 09 JULAI 2020 (ISNIN-KHAMIS)

Tarikh Lokasi – Masa Lokasi – Masa Lokasi – Masa
Asrama Kelas Asrama Kelas Asrama Kelas
06/07/20 09:00pg- 9:40pg- 10:00pg- 10:40pg- 11:00pg- 11:40pg-
07/07/20 09:40pg 10:00pg 10:40pg 11:00pg 11:40pg 12:00tgh
08/07/20 Tingkatan 101 & 102 Tingkatan 103 & 104
09/07/20 Tingkatan 201 & 202 Tingkatan 203 & 204 Tingkatan 105
Tingkatan 301 & 302 Tingkatan 303 & 304 Tingkatan 205, 206
Tingkatan 401 & 402 Tingkatan 403 & 404 Tingkatan 305, 306

Tingkatan 405

Nota: Sila patuhi masa yang ditetapkan supaya proses pengambilan barangan
a. peribadi pelajar berjalan dengan lancar. Bagi pelajar dari luar negeri
Kedah, mohon rancang perjalanan dengan baik agar dapat mengikut
jadual yang telah ditetapkan.

b. HANYA dua (2) orang sahaja termasuk pelajar dibenarkan untuk
menghantar pelajar masuk ke kawasan maktab.

c. Menyerahkan borang deklarasi saringan penyakit Covid-19 yang telah
dilengkapkan berserta rekod suhu oleh pelajar dan individu yang
menemani pelajar. (Lampiran 1)

d. Pelajar dan individu yang menemani pelajar yang mempunyai suhu di
bawah 37.5°C sahaja dibenarkan masuk ke maktab. Sekiranya terdapat
suhu pelajar dan/atau individu yang menemani pelajar melebihi 37.5°C,
pelajar dan individu tersebut tidak dibenarkan masuk ke maktab.

e. Pelajar dan individu yang menemani pelajar perlu memakai pelitup muka.

f. Mengambil suhu pelajar dan individu yang menemani pelajar ke maktab
semasa berada di dalam kereta.

g. HANYA pelajar sahaja dibenarkan masuk ke kawasan asrama.

h. Pelajar dan individu yang menemani pelajar digalakkan terus
meninggalkan maktab selepas selesai pelajar mengambil barang dari
asrama dan kelas.

i. LALUAN SEHALA telah ditetapkan dalam kawasan maktab bagi proses
pengambilan barangan pelajar pada kali ini.

LAMPIRAN 3

Panduan Penggunaan Penutup mulut dan hidung

LAMPIRAN 4
Panduan Mencuci Tangan dan Penggunaan Hand Sanitiser

LAMPIRAN 5

Amalan Mengurangkan Risiko Jangkitan Covid-19


Click to View FlipBook Version