The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN KEMBALI KE MAKTAB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Eddy Awang, 2020-06-26 09:57:49

MRSM KUBANG PASU

GARIS PANDUAN KEMBALI KE MAKTAB

Keywords: ABCD

GARIS PANDUAN

PELAJAR KEMBALI SEMULA KE
MAKTAB RENDAH SAINS MARA

(MRSM)
KUBANG PASU

1. Arahan Am

1.1 Semua pelajar diingatkan untuk mengelakkan 3C – crowded places
(tempat sesak), confined spaces (tempat tertutup), closed conversation
(sembang rapat) dan mengamalkan 3W - wash (cuci), wear (pakai) dan
warn (beri amaran) setiap hari.

1.2 Pelajar perlu sentiasa patuh kepada arahan berkaitan PKPP dan
penularan COVID-19.

1.3 Amalan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka, membasuh tangan
/ penggunaan pensanitasi tangan adalah diwajibkan kepada semua
pelajar termasuk pelawat.

1.4 Pelajar yang bergejala perlu dirujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah
(PKD) dan tindakan selanjutnya adalah berdasarkan Standard
Operating Procedure (SOP) semasa dan nasihat daripada PKD.

1.5 Pelajar dan pelawat yang bergejala tidak dibenarkan masuk ke kawasan
maktab.

1.6 Pelajar adalah dilarang berkongsi barangan peribadi, peralatan,
makanan dan lain-lain.

1.7 Semua warga maktab perlu mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan semasa melaksanakan aktiviti harian di dalam kawasan
maktab.

2. Peranan dan Tanggungjawab Ibu Bapa / Penjaga

2.1 Memastikan anak / anak jagaan berada dalam keadaan sihat, menjaga
kebersihan diri dan tidak menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum
hadir ke maktab.

2.2 Membantu anak / anak jagaan belajar mengikut kemampuan ibu bapa /
penjaga; dan

2.3 Memberikan motivasi kepada anak / anak jagaan untuk terus belajar.

3. Keselamatan Pelajar

3.1 Standard Operating Procedure (SOP) Pencegahan Penularan Jangkitan
Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) yang dikeluarkan oleh MKN,
KKM dan KPM perlu sentiasa dipatuhi.

3.2 Pelajar perlu sentiasa berada dalam keadaan sihat untuk hadir ke
maktab. Pemakluman awal diberikan sebelum maktab dibuka semula.

3.3 Saringan demam serta gejala batuk, selesema, sakit tekak dan sesak
nafas dilakukan terhadap pelajar setiap hari sebelum sesi persekolahan
bermula.

3.4 Suhu badan pelajar akan diperiksa setiap hari menggunakan alat
pengimbas badan.

3.5 Pelajar perlu sentiasa mematuhi penjarakan sosial pada setiap masa
dengan pengawasan guru.

3.6 Hebahan dan peringatan secara berterusan mengenai langkah
kebersihan dan keselamatan dibuat melalui siar raya setiap hari.

3.7 Pelajar perlu kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan
sabun. Sekiranya tiada air dan sabun, pensanitasi tangan (hand
sanitizer) boleh digunakan.

3.8 Kedudukan pelajar dijarakkan dengan selang satu tempat duduk apabila
mereka menaiki kenderaan maktab seperti bas / van.

3.9 Pelajar yang bergejala akan diasingkan di bilik kuarantin sementara
menunggu ibu bapa / penjaga membawa mereka pulang.

3.10 Pelajar yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang rendah
sentiasa memakai pelitup muka.

3.11 Tindakan berikut diambil sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dalam
kalangan pelajar yang disahkan oleh PKD:

a. mengenal pasti dan menyediakan senarai kontak rapat bagi
membantu PKD;

b. memberikan kerjasama kepada anggota PKD; dan

c. mendapatkan nasihat daripada PKD mengenai keperluan
melaksanakan pembasmian kuman di lokasi yang dikenal pasti.

4. Penglibatan Ibu Bapa / Penjaga

4.1 Ibu bapa/penjaga boleh dilibatkan melalui MUAFAKAT bagi membantu
pihak maktab:

a. meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan penularan
jangkitan COVID-19;

b. memberi kesedaran kepada anak/anak jagaan berkaitan
penjarakan sosial sebelum, semasa dan selepas menaiki
kenderaan;

c. menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat tangan
(bersalaman) atau bersentuhan antara satu sama lain sama ada
guru, rakan-rakan atau orang sekeliling;

d. menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa mengamalkan
kebersihan sebelum dan selepas makan;

e. menasihati anak/anak jagaan agar tidak berkongsi makanan dan
minuman dengan pelajar lain; dan

f. menasihati anak/anak jagaan sentiasa menjaga kebersihan dan
keselamatan anak/anak jagaan semasa berada di asrama dengan
kerap membasuh tangan dan mandi.

4.2 membantu pihak maktab mengawal pergerakan anak / anak jagaan
semasa menghantar pelajar ke maktab; dan

4.3 menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) dan pelitup muka
untuk kegunaan anak / anak jagaan.

5. Pengurusan Asrama

5.1 Pelajar yang sihat sahaja yang dibenarkan kembali ke asrama.
Sekiranya mereka tidak sihat, mereka hendaklah mendapatkan rawatan
doktor dan disahkan sihat sebelum bersedia untuk balik ke asrama.

5.2 Saringan kesihatan dilakukan semasa pendaftaran masuk ke asrama.
Pelajar yang didapati mempunyai suhu badan 37.5°C dan ke atas atau
bergejala perlu diasingkan di bilik kuarantin, diberikan pelitup muka
untuk dipakai, dihantar ke klinik kesihatan untuk rawatan atau dibawa
pulang oleh ibu bapa/ penjaga.

5.3 Persediaan pihak maktab sebelum pelajar masuk ke asrama:

a. katil pelajar dijarakkan satu (1) meter antara satu sama lain;

b. tanda penjarakan satu (1) meter disediakan untuk pelajar beratur
bagi semua bilik khas yang bersesuaian (tandas, bilik air / mandi,
bilik cuci, bilik utiliti dan pantri);

c. jadual penggiliran waktu makan disediakan di Dewan Selera
sekiranya perlu;

d. tempat beratur dan kedudukan tempat makan Dewan Selera
diletakkan penandaan bagi penjarakan sosial (contoh: jarak satu (1)
meter untuk beratur semasa mengambil makanan dan menghantar
dulang makan di dewan makan asrama) dan tanda tempat duduk
dengan penjarakan sosial semasa waktu makan;

e. susunan tempat duduk kelas persediaan (prep) ditandakan dengan
jarak sekurang-kurangnya satu (1) meter; dan

f. alat pengimbas suhu badan disediakan di asrama.

5.4 Perhimpunan / perjumpaan (melebihi 10 orang) dalam kalangan pelajar
di asrama tidak dibenarkan. Warden akan memantau keberadaan
pelajar di asrama dari semasa ke semasa.

5.5 Pelajar yang tidak sihat akan diasingkan dan diberi pelitup muka untuk
dipakai serta dihantar ke klinik kesihatan untuk rawatan atau dibawa
pulang oleh ibu bapa / penjaga.

5.6 Pelajar hendaklah melaporkan dengan segera kepada warden
sekiranya diri sendiri atau rakan mengalami tanda-tanda demam, batuk,
selesema, sakit tekak atau sesak nafas.

5.7 Solat berjemaah di surau tertakluk kepada arahan Majlis Agama Islam
Negeri Kedah dan semua pelajar dikehendaki menggunakan sejadah
sendiri untuk solat.

5.8 Pelawat hanya dibenarkan berjumpa dengan pelajar di asrama
sekiranya terdapat urusan kecemasan. Pelawat perlu mendapat
kebenaran daripada Pengetua / Timbalan Pengetua Pembangunan
Pelajar / Ketua Warden sahaja.

5.9 Pemantauan secara berkala akan diadakan bagi memastikan pelajar
sentiasa mematuhi penjarakan sosial dan berada dalam keadaan sihat.

5.10 Aktiviti keluar (outing) dan pulang bermalam tidak dibenarkan sehingga
MARA mengeluarkan pemakluman lanjut.

Garis Panduan ini tertakluk kepada SOP dan arahan MKN, KKM, KPM dan MARA
serta sebarang perubahan yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia.

PENGURUSAN PELAJAR

1. SEBELUM PELAJAR MELAPOR DIRI KE MAKTAB

1.1 Ibu bapa / penjaga / waris perlu memastikan perkara berikut
dilaksanakan:

a. Mengisi borang deklarasi saringan penyakit Covid-19 oleh pelajar
dan individu yang menghantar pelajar. (Lampiran 1)

b. Hanya dua (2) orang sahaja termasuk pelajar dibenarkan untuk
menghantar pelajar.

c. Memastikan pelajar dan ibu bapa / penjaga / waris tidak melawat
mana-mana negara dalam tempoh dua minggu sebelum melapor
diri ke maktab.

d. Memastikan diri pelajar dan ibu bapa / penjaga / waris dalam
keadaan yang sihat dan bebas Covid-19.

e. Pelajar atau individu yang bergejala TIDAK DIBENARKAN hadir.

f. Pelajar perlu dibekalkan dengan pelitup muka (face mask),
pensanitasi tangan (hand sanitizer) dan sejadah (pelajar Muslim
sahaja).

g. Perjalanan ke maktab harus mematuhi prosedur yang telah
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

h. Pelajar dan individu yang menghantar pelajar ke maktab diwajibkan
memakai pelitup muka.

2. SEMASA PELAJAR MELAPOR DIRI KE MAKTAB

2.1 Pondok Pengawal:

a. Pelajar dan individu yang menghantar pelajar perlu memakai
pelitup muka.

b. Mengambil suhu pelajar dan individu yang menghantar pelajar ke
maktab semasa berada di dalam kereta.

c. Menyemak, merekod suhu dan mengambil borang deklarasi
pelajar serta individu yang menghantar pelajar.

d. Pelajar dan individu yang mempunyai suhu di bawah 37.5°C sahaja
dibenarkan masuk ke maktab. Sekiranya terdapat suhu pelajar dan
individu melebihi 37.5°C, pelajar tidak dibenarkan masuk ke
maktab.

e. Hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk ke kawasan asrama.

f. Memastikan pelajar membersihkan tangan sebelum mengambil
kad outing / imbas kad.

3. KEBERADAAN PELAJAR DI MAKTAB

3.1 Saringan harian:

a. Saringan suhu harian setiap pagi sebelum ke kelas oleh Unit
Pengurusan Asrama.

b. Jika suhu pelajar 37.5°C dan ke atas, pelajar perlu mendapatkan
rawatan di hospital / klinik kesihatan.

c. Jika pelajar disahkan bergejala, pihak maktab akan bekerjasama
dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk tindakan
selanjutnya. Pihak maktab akan memaklumkan kepada waris
situasi kesihatan pelajar.

d. Bilik kuarantin akan digunakan bagi pelajar yang perlu dikuarantin
atas nasihat pihak PKD sebelum diambil oleh waris.

e. Sekiranya waris tidak berkemampuan untuk mengambil pelajar,
pihak maktab perlu menghantar pelajar ke rumah.

3.2 Bilik asrama, bilik utiliti / rekreasi, bilik air / tandas

a. Ruang bilik asrama telah dipastikan mematuhi penjarakan sosial
berjarak 1 meter.

b. Mengamalkan penjarakan sosial berjarak 1 meter dan
mengelakkan aktiviti yang memerlukan sentuhan antara pelajar,
contoh memegang tangan, bersalaman dan sebagainya.

c. Setiap individu perlu membersihkan tangan sebelum dan selepas
menggunakan peralatan di bilik tersebut.

d. Aktiviti berkumpulan TIDAK DIBENARKAN.

e. Jadual penggunaan bilik air untuk pelajar disediakan.

f. Sentiasa menjaga jarak kedudukan pelajar semasa menggunakan
sinki / tempat membasuh pakaian 1 meter.

3.3 Dewan Selera

a. Mematuhi penjarakan sosial 1 meter.

b. Memastikan berjarak 1 meter semasa pelajar beratur mengambil
makanan.

c. Kedudukan meja makan dan kerusi berjarak 1 meter.

d. Perlu mematuhi penjarakan sosial 1 meter semasa mengambil
makanan di kaunter makanan.

e. Penjarakan 1 meter turut diguna pakai di sinki basuh tangan.

3.4 Bilik Sakit (Sick bay), bilik kuarantin

a. Ruang sick bay disediakan dengan mematuhi penjarakan sosial
berjarak 1 meter mengikut keluasan bilik.

b. Kegunaan bilik kuarantin adalah untuk pelajar yang bergejala.

c. Ruang bilik kuarantin mematuhi penjarakan sosial dengan
penjarakan sosial 1 meter mengikut keluasan bilik.

d. Pemakaian pelitup muka DIWAJIBKAN.

e. Pembasmian kuman akan dilakukan setiap kali selepas
penggunaan.

3.5 Aktiviti pelajar:

Asrama / Dewan Selera / Surau / Bilik Sakit / Bilik Kuarantin / Bilik
Kaunseling / Program Homeroom / Sesi Kaunseling

a. Mematuhi penjarakan sosial 1 meter.

b. Memastikan setiap pelajar memakai pelitup muka.

c. Mengamalkan kebersihan diri.

d. Aktiviti gabungan Homeroom TIDAK DIBENARKAN.

e. Aktiviti lawatan / jamuan di luar maktab TIDAK DIBENARKAN.

f. Bilangan pelajar bagi sesi kaunseling berkelompok tidak melebihi
empat (4) orang.

3.6 Lawatan waris / keluar bandar (outing) / pulang bermalam

Sebarang lawatan daripada waris, urusan keluar bandar dan pulang
bermalam TIDAK DIBENARKAN kecuali melibatkan kes-kes
kecemasan dan arahan PKD (Tertakluk kepada arahan KKM dan MKN).

4. PERATURAN MAKTAB

4.1 Semua peraturan maktab perlu dipatuhi mengikut Panduan Pengurusan
Disiplin Pelajar MRSM yang sedia ada.

4.2 Para pelajar perlu mematuhi kod etika pakaian yang telah ditetapkan
termasuk paras rambut (bagi pelajar lelaki).

4.3 Pelajar dilarang sama sekali menyeludup masuk barangan terlarang
seperti rokok, vape dan lain-lain barang yang jelas melanggar peraturan
maktab dan/atau undang-undang negara.

LAMPIRAN 1

BORANG DEKLARASI SARINGAN PENYAKIT COVID-19
(Diisi oleh pelajar dan individu yang menghantar pelajar)

Nama :
No. Kad Pengenalan :
MRSM :
No. Maktab :
Nama Ibu/Bapa/Penjaga/Waris :
No. Telefon Ibu/Bapa/Penjaga/Waris :

Risiko dalam masa 14 hari (Tandakan ✔) Ya Tidak

1. Adakah anda/keluarga baru balik dari melawat luar negara dalam
masa 14 hari? Nyatakan negara yang dilawati :

2. Adakah anda/keluarga menyertai Ijtimak Tabligh @ mana-mana
perhimpunan dalam masa 14 hari?

3. Adakah anda/keluarga ada KONTAK RAPAT dengan individu
DISAHKAN positif Covid-19?

a. Adakah keluarga serumah atau ahli tabligh dari kumpulan kecil,
disahkan positif Covid-19?

b. Berada bersama dalam bilik yang TERTUTUP yang
menggunakan penghawa dingin lebih dari 2 jam?

c. Bekerja/bersemuka dalam RUANG TERTUTUP yang sama,
dalam jarak kurang dari 1 METER melebihi 15 MINIT?

d. Menaiki kenderaan yang sama (melebihi 2 jam) dalam jarak 2
kerusi (2 meter) dari individu positif Covid-19?

SIMPTOM YA TIDAK
Demam
Batuk BORANG PENGESAHAN INI HANYALAH UNTUK
Sakit tekak PEMERIKSAAN SIMPTOM-SIMPTOM ATAU YANG
Selsema
Sesak nafas BERGEJALA BAGI WABAK COVID-19 SHAJA.
Lain-lain
Nyatakan : BORANG INI BUKAN UNTUK PEMERIKSAAN
MENGESAHKAN PELAJAR MEMPUNYAI COVID-19

ATAUPUN TIDAK

Suhu badan PELAJAR INI DISAHKAN SIHAT DAN
Tarikh : LAYAK BELAJAR / TIDAK LAYAK BELAJAR

*Borang ini perlu dicetak dan dilengkapkan secara berasingan (2 borang) oleh pelajar
dan individu yang menghantar pelajar. Suhu akan diimbas di Pos Pengawal maktab.

LAMPIRAN 2

JADUAL KEMBALI KE MAKTAB BAGI PELAJAR TINGKATAN 4
MRSM KUBANG PASU PADA 4 JULAI 2020 (SABTU)

Masa: Kelas:
03:00 petang hingga 03:30 petang Pelajar dari Wilayah Persekutuan dan Selangor
03:30 petang hingga 04:00 petang
04:00 petang hingga 05:00 petang Pelajar dari Pulau Pinang dan Perlis
Pelajar dalam negeri Kedah

Nota: Sila patuhi masa lapor diri pelajar supaya proses masuk semula ke
a. asrama berjalan dengan lancar. Bagi pelajar dari luar negeri Kedah,
mohon rancang perjalanan dengan baik agar dapat mengikut jadual yang
telah ditetapkan.

b. HANYA dua (2) orang sahaja termasuk pelajar dibenarkan untuk
menghantar pelajar masuk ke kawasan maktab.

c. Menyerahkan borang deklarasi saringan penyakit Covid-19 yang telah
dilengkapkan berserta rekod suhu oleh pelajar dan individu yang
menghantar pelajar. (Lampiran 1)

d. Suhu pelajar dan individu yang menghantar pelajar ke maktab semasa
berada di dalam kereta. Pelajar dan individu yang mempunyai suhu di
bawah 37.5°C sahaja dibenarkan masuk ke maktab. Sekiranya terdapat
suhu pelajar dan/atau individu yang menghantar pelajar melebihi 37.5°C,
pelajar dan individu tersebut tidak dibenarkan masuk ke maktab.

e. Pelajar dan individu yang menghantar pelajar perlu memakai pelitup
muka.

f. HANYA pelajar sahaja dibenarkan masuk ke kawasan asrama.

g. Individu yang menghantar pelajar digalakkan terus meninggalkan maktab
selepas selesai pelajar membawa barang dari kenderaan ke asrama.

h. LALUAN SEHALA telah ditetapkan dalam kawasan maktab bagi proses
penghantaran pelajar kembali ke asrama pada kali ini.

LAMPIRAN 3

Panduan Penggunaan Penutup mulut dan hidung

LAMPIRAN 4
Panduan Mencuci Tangan dan Penggunaan Hand Sanitiser

LAMPIRAN 5

Amalan Mengurangkan Risiko Jangkitan Covid-19


Click to View FlipBook Version