The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by EduBest, 2024-03-20 02:06:06

Minit Mesyuarat Koko Bil 1 2024/2025

MINIT KOKURIKULUM BIL 1 24_25

1 SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA SEGAMAT, JOHOR. JBA 7004 MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM BIL 1 SESI 2024/2025 ____________________________________________________________________________________________ Tarikh : 5 Mac 2024 (Selasa) Masa : 10.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Pengerusi : Cg Zainuan bin Ismail ____________________________________________________________________________________ Kehadiran(Bilangan) : 36/38 Tidak Hadir : Cg Azman Bin Alias - Temu Janji Doktor Cg Rozilah Binti Ghazali - Temu Janji Doktor 1 Cg Rus Mizi Binti Ibrahim 19 Cg Nor Azah Binti Aziz 2 Cg Hjh Salmiah Binti Ahmad 20 Cg Noraazeli Binti Mamad 3 Cg Fakhrul Anwar Bin Adnan 21 Cg Norhafizah Binti Mustafa 4 Cg Zainuan Bin Ismail 22 Cg Norhasmadi Bin Nordin 5 Cg Adawiah Binti Masut@Mas’od 23 Cg Norhazila binti Asri 6 Cg Adnan Bin Saad 24 Cg Noryah Binti Salim 7 Cg Afriza Binti Abdullah 25 Cg Nur Amalina Binti Rosli 8 Cg Anwar Nazarudin Bin Maulana 26 Cg Nur Aqlili Riana Binti Zainuzzaman 9 Cg Azha Bin Abdullah 27 Cg Nur Ithtizam Binti Aris 10 Cg Ernawati Binti Hassan 28 Cg Nurul Sharina Binti Zainal 11 Cg Faiza Binti Ahmad Radzuan 29 Cg Salbiah Binti Ontong 12 Cg Hjh Fauziah Binti Tukiman 30 Cg Siti Faathiah Nur Binti Abdul Kadir 13 Cg Indok Noorerliyana Binti Daeng Mohd Yusoh 31 Cg Siti Halijah Binti Rohani 14 Cg Izham Faizul Bin Ismail 32 Cg Siti Rahana Binti Ismail 15 Cg Khairunnisa Diyana @Rubinang Binti Abdullah 33 Cg Siti Zaleha Binti Shamsuddin 16 Cg Khairun Nisa Binti Supian 34 Cg Wan Dalilah Binti Wan Jusoh 17 Cg Lidya Binti Abdul Talib 35 Cg Wan Nur Ashikin Binti Wan Roslan 18 Cg Mahirah Binti Che Mat Rani 36 Cg Yuslia Murni Binti [email protected]


2 1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa. 1.2. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru yang akan kembali bertugas secara rasmi pada 10 Mac 2024 bagi Sesi Akademik 2024/2025. 1.3. Pengerusi menngucapkan terima kasih kepada guru-guru yang datang ke sekolah semasa cuti sekolah. 1.4. Ucapan tahniah dan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bantu guru-guru sepanjang sesi persekolahan tahun 2023/2024. 1.5. Juga ucapan tahniah dan syabas atas kejayaan murid-murid dalam pelbagai pertandingan yang disertai. (Guru sebagai penggerak dan pendorong). 1.6. Memberi semangat guru-guru, AKP dan pekerja swasta untuk memulakan tugasan 2024 (tugasan rutin) dengan penuh dedikasi, kesungguhan dan niat kerana Allah Ta’ala. 1.7. Ingatan tentang dasar-dasar KPM, etika kerja, etika keguruan, etika berpakaian, tanggungjawab barisan kepimpinan sekolah (SLT & MLT) serta deskripsi tugas mengikut gred jawatan. 2. FOKUS MESYUARAT 2.1. Laporan Pencapaian PAJSK sesi 2023/2024 2.1.1. Pembentangan Laporan Pencapaian PAJSK sesi 2023/2024 oleh Cikgu Zainuan bin Ismail GPK Kokurikulum. 2.1.2. GPK Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama guru-guru dalam membantu pengisian data PAJSK bagi sesi 2023/2024. Makluman : Semua Guru 2.2. Hala Tuju Unit Kokurikulum Sesi 2024/2025 2.2.1. Cikgu Zainuan membentangkan Hala Tuju Kokurikulum sesi 2024/2025 kepada semua guru (rujuk buku panduan pengurusan sekolah dan takwim sesi 2024/2025) 2.2.2. 1M1S akan melibatkan semua pelajar dari tahun 1 sehingga tahun 6. 2.2.3. Cadangan untuk murid menyertai Program MySihat bagi menggalakkan penyertaan peringkat antarabangsa.


3 2.2.4. Aktiviti kokurikulum pada sesi 2024/2025 akan dijalankan pada setiap hari Rabu pada jam 12.00 tengah hari hingga jam 1.00 tengah hari. Makluman : Semua Guru 2.3. Carta Organisasi Unit Kokurikulum Sesi 2024/2025 2.3.1. Pembentangan carta organisasi serta pelantikan AJK dalam kokurikulum bagi sesi 2024/2024 (rujuk buku panduan pengurusan sekolah dan takwim 2024/2025) 2.3.2. Pihak pentadbiran mengumumkan lantikan baru dan beberapa lantikan yang dikekalkan di dalam unit kokurikulum dan memberi pencerahan AJK yang baru untuk melaksanakan setiap program dan aktiviti sepanjang sesi 2024/2025. 2.3.3. Penubuhan semula kelab Doktor Muda bagi sesi 2024/2025. 2.3.4. Tahun 3 diserapkan dalam unit sukan dan permainan bersama-sama dengan tahun 4, 5 dan 6 bagi aktiviti 1M1S. 2.3.5. Tunas Sukan diwujudkan bagi memfokuskan aktiviti 1M1S untuk murid tahun 1 dan 2. 2.3.6. Guru penasihat bagi Tunas Sukan disarankan untuk merancang aktiviti dan tempat yang bersesuaian bagi melancarkan aktiviti 1M1S. 2.3.7. Semua guru diminta untuk memberikan cadangan bagi nama rumah sukan yang baru. 2.3.8. Cikgu Zainuan mengingatkan supaya pengisian buku laporan aktiviti kokurikulum dapat diisi dengan lengkap dan teliti pada setiap kali perjumpaan. Tindakan: Guru Penasihat . 2.4. Takwim Kokurikulum Sesi 2024/2025 2.4.1. Semua guru penasihat diminta bersiap sedia bagi melatih pasukan dalam menghadapi pertandingan yang telah dirancang mengikut takwim daerah dan negeri. (rujuk buku panduan pengurusan sekolah dan takwim sesi 2024-2025).


4 2.4.2. Beberapa perancangan program, acara dan kejohanan peringkat sekolah diadakan pada cadangan tarikh seperti berikut: 2.4.2.1. Kejohanan Merentas Desa – 24 April 2024 2.4.2.2. Latihan Rumah Sukan – 28 April 2024 2.4.2.3. Sukan Sekolah – 9 Mei 2024 2.4.2.4. Sambutan Hari Kanak-Kanak – 24 Oktober 2024 Tindakan: Guru Penasihat 3. HAL-HAL LAIN 3.1. Cg Norhasmadi berhasrat untuk menubuhkan Kelab Unit Bimbingan Kaunseling/Kerjaya melibatkan ahli Pembimbing Rakan Sebaya. 3.2. Cikgu Indok Noorerliyana meminta supaya rujukan pengisian sisipan PIKeBM dapat diletakkan di dalam buku laporan aktiviti kokurikulum. Makluman: Semua guru 4. UCAPAN PENANGGUHAN Pengerusi Mesyuarat harapan agar semua guru dapat memberikan sepenuh kerjasama dalam melaksanakan setiap amanah dan tugasan yang telah diberikan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari. Urusetia Setiausaha Kokurikulum 2024/2025 SK Kampong Jawa


Click to View FlipBook Version