The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syahmi Iqbal, 2024-03-17 04:42:29

SYAHMI IQBAL BIN MOHAMAD_SOSIO1

SYAHMI IQBAL BIN MOHAMAD_SOSIO1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM PENTAKSIRAN BERTERUSAN SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN EDUP3143 100 Nama Angka Giliran No. Kad Pengenalan Program Ambilan Kumpulan/Unit :SYAHMI IQBAL BIN MOHAMAD : 2021202340317 : 030313030911 : PISMP : JUN 2021 : T2S2.01 Nama Pensyarah Kursus :SITI BAROKAH BINTI KASRAN Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah Wajaran UJIAN 22/01/2024 31/01/2024 PENGHASILAN PRODUK 01/02/2024 05/03/2024 PERSEMBAHAN 06/03/2024 15/03/2024 Jumlah Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah Tandatangan Pelajar:iqbal Tarikh: 05 MAC 2024


HALAMAN PENGAKUAN “Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan: IQBAL Nama Penulis:SYAHMI IQBAL BIN MOHAMAD Tarikh: 05 MAC 2024


PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur dipanjatkan dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa juga tenaga yang dikurniakan kepada diri yang lemah ini dapat juga saya menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan pada kali ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya dengan merendah diri ingin mendedikasikan ucapan setinggi penghargaan kepada pensyarah yang saya kasihi, Puan Siti Barokah Binti Kasran kerana dengan tunjuk ajar, bimbingan serta pantauan daripada beliau membuka ruang yang luas untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang. Tidak lupa juga untuk saya menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhitung kepada kedua-dua ibu bapa tercinta yang memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka berdua telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada saya dan juga sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Seterusnya ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada semua rakan yang banyak mengingatkan setiap apa yang saya telah lupa dan alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab sebarang persoalan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan pentaksiran berterusan ini.


KANDUNGAN Penghargaan Kandungan 1.0 Pengenalan 2.0 Stratifikasi Sosial 3.0 Budaya Sekolah 4.0 Impak Stratifikasi Sosial terhadap Budaya Sekolah dan Pemanipulasian untuk Membentuk Budaya Positif di Sekolah. 4.1 Majlis Anugerah Kecemerlangan 4.2 Senior dan Junior 4.3 Amalan Hidup Islam dalam Pembelajaran dan Pekerjaan 5.0 Penutup Rujukan


1.0 Pengenalan Malaysia adalah sebuah negara yang unik. Keamanan negara terbina daripada semangat perpaduan dan jalinan yang erat antara pelbagai kaum yang semestinya mempunyai berbagai-bagai perbezaan sama ada dari segi anutan agama, budaya, adat resam dan sebagainya. Walaupun begitu, kaum-kaum utama di sini seperti Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban dan sebagainya tetap hidup dalam keadaan harmoni sehinggakan negara luar menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara contoh kerana rakyatnya hidup dalam keadaan sejahtera walaupun mempunyai pelbagai perbezaan. Masyarakat yang pelbagai ini akan menjalani kehidupan harian dan bersosial dengan masyarakat sekeliling contohnya di sekolah. Kepelbagaian perbezaan tadi akan menimbulkan satu tingkatan sosial yang dipanggil sebagai stratifikasi sosial dimana mereka akan diberi layanan yang berbeza mengikut status mereka.


2.0 Stratifikasi Sosial Stratifikasi sosial adalah sebuah terma yang biasa kita temui dalam kehidupan bermasyarakat. Perkataan strata sendiri sudah memberi maksud tingkatan yakni perbezaan kelas dalam kalangan masyarakat berdasarkan tahap sosial mereka. Perkara ini sudah diterima masyarakat secara umum bagi penentuan kedudukan dalam struktur sosial. Daripada sini juga terbentuknya hierarki pada struktur kehidupan manusia dan terwujudnya sistem lapisan sosial dalam sesuatu masyarakat yang akan menentukan kedudukan serta peranan seseorang individu tersebut. Hal-hal ini akan menimbulkan ketaksamaan sosial dalam kalangan masyarakat kerana tahap sosial yang berbeza akan diberi keistimewaan yang berbeza contohnya dari segi memperoleh tuntutan, menikmati kemewahan dan juga mencapai matlamat kehidupan sosial. Menurut sistem sosiologi, untuk menilai kedudukan individu dalam sistem stratifikasi sosial, terdapat enam ukuran yang dikemukakan antaranya unit kekeluargaan yang terbentuk daripada warisan dan juga perkahwinan. Kedua, sifat-sifat peribadi yang dinilai berdasarkan kelakuan seseorang individu. Ketiga, tahap pencapaian individu dalam pelbagai institusi sosial contonya dari sudut ekonomi, pendidikan, agama dan sebagainya. Keempat, kebendaan yang dimiliki seperti kekayaan, hartanah dan sebagainya. Seterusnya, kewibawaan seseorang dan akhir sekali pemilikan kuasa seperti kuasa politik dan kuasa dalam sesuatu pimpinan institusi. Terdapat dua sifat stratifikasi sosial iaitu stratifikasi sosial secara semulajadi dan stratifikasi sosial yang dibina. Secara semula jadi, lapisan sosial akan terbentuk kerana keturunan, hubungan adik beradik dalam keluarga, perbezaan senior dan junior, pemimpin masyarakat seperti wakil rakyat, ketua kampung dan sebagainya. Manakala, stratifikasi sosial yang dibina pula adalah berkaitan dengan pembahagian kekuasaan dan jawatan rasmi dalam organisasi formal, tampuk pemerintahan, perundangan, perusahaan, parti politik dan lain-lain lagi.


3.0 Budaya Sekolah Menurut kamus Bahasa Melayu, budaya bermaksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi dari segi cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Dari perspektif sosiologi, pengertian budaya tidak terhad kepada peradaban dan tamadun yang dicapai manusia semata mata akan tetapi ianya merujuk kepada keseluruhan cara hidup ahli dalam sesuatu masyarakat. Terdapat 5 komponen budaya antaranya ialah nilai dan kepercayaan, nilai estetika, norma, bahasa dan simbol atau lambang. Sekolah merupakan salah satu institusi sosial yang berfungsi sebagai tempat untuk memberikan pendidikan kepada pelajar. Untuk menjadikan sekolah tersebut berfungsi dengan baik dan sempurna, maka satu organisasi telah dibentuk yang terdiri daripada beberapa kumpulan manusia iaitu pelajar, guru, pentadbir dan kakitangan bukan guru dan mereka semua bekerjasama untuk mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan. Budaya sekolah ialah kualiti dan ciri-ciri kehidupan di sesebuah sekolah yang mempunyai kaitan dengan norma kebiasaan, matlamat, hubungan sesama manusia, pengajaran, pembelajaran, kepemimpinan dan struktur organisasi. Antara fungsi utama budaya sekolah adalah untuk memberikan identiti yang tersendiri kepada semua warga sekolah termasuk kakitangan sokongan. Identiti inilah yang bakal membezakan sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain dan juga bakal menimbulkan semangat kekuatan yang menjadikan guru bekerjasama antara satu sama lain. Budaya sekolah yang seimbang dan positif dapat membantu perkembangan pembelajaran generasi muda khususnya para pelajar. Setiap visi, misi dan aspirasi sekolah dapat dicapai kerana adanya generasi pelajar, keluarga dan pendidik yang bekerjasama untuk menjayakannya. Terdapat dua jenis budaya sekolah iaitu budaya formal dan tidak formal. Budaya formal ialah satu elemen yang mementingkan pencapaian akademik berkait dengan kaedah serta strategi sekolah untuk mencapai matlamat tersebut. Budaya formal ditonjolkan oleh matlamat rasmi sekolah yang tertumpu kepada aspek akademik dan


pengurusan tingkah laku. Perkara ini dijelmakan melalui perancangan yang teliti seperti penyusunan jadual waktu , kurikulum, saiz, ruang serta susunan bilik darjah. Manakala budaya tidak formal pula adalah seperti cara bertutur, berpakaian, berbahasa dan banyak lagi yang selari dengan budaya formal sekolah. Pembentukan budaya tidak formal adalah hasil daripada subbudaya guru, murid, pentadbir, pekerja sokongan, ibu bapa dan juga dipengaruhi oleh status ekonomi, jantina dan lain-lain lagi. Terdapat 8 faktor yang dilihat mempengaruhi budaya sekolah, antaranya ialah pencapaian, fizikal sekolah, pemimpin sekolah, guru, disiplin, sejarah, polisi pendidikan serta hubungan sekolah dengan komuniti.


4.0 Impak Stratifikasi Sosial terhadap Budaya Sekolah dan Pemanipulasian untuk Membentuk Budaya Positif di Sekolah. Sekolah merupakan tempat berkumpulnya pelbagai jenis kumpulan manusia iaitu pelajar, guru, pentadbir dan kakitangan bukan guru yang semestinya mempunyai berbagai-bagai perbezaan kerana wujudnya perbezaan sama ada dari segi status ekonomi, jantina, pangkat, dan lain-lain lagi. Perbezaan-perbezaan ini secara langsung memberi impak terhadap budaya sekolah itu sendiri. Antaranya ialah; 4.1 Majlis Anugerah Kecemerlangan Majlis anugerah kecemerlangan untuk pelajar yang cemerlang. Budaya ini telah wujud semenjak dahulu lagi sehinggalah sekarang dan sudah menjadi kebiasaan di sekolah-sekolah tidak kiralah di bandar mahupun luar bandar. Setiap kali selesai sesi persekolahan setiap tahun ataupun tamat peperiksaan besar seperti peperiksaan percubaan SPM, SPM dan sebagainya, pihak sekolah akan mengadakan majlis penganugerahan ini. Penganjuran majlis ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar yang telah berjaya dan menjadi pemangkin semangat untuk meneruskan kecemerlangan di masa hadapan. Dari sini kita dapat lihat bahawa berlakunya perbezaan layanan dan penghargaan oleh pihak sekolah disebabkan oleh perbezaan tahap pencapaian dalam pembelajaran. Pelajar yang kurang pandai akan merasa tersisih kerana tidak mendapat penghargaan sebagaimana pelajar cemerlang yang lain. Mereka berasa malu dan kurang berkeyakinan kerana telah mengira bahawa mereka tidak berjaya kerana gagal menerima anugerah di majlis tersebut. Dari sudut positifnya, penganjuran majlis ini mampu menjadi pembakar semangat bagi pelajar-pelajar yang lemah untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya sebagaimana rakan rakan yang lain. Mereka membentuk satu visi dan misi untuk dicapai dan menyasarkan dirinya untuk berjaya naik ke pentas bagi menerima anugerah. Pihak sekolah dan guru juga perlu memainkan peranan yang penting bagi pembentukan budaya positif ini iaitu mengelakkan daripada merendah-rendahkan


pelajar yang tidak menerima anugerah, sentiasa memotivasikan mereka, mengadakan kelas tambahan khusus dan sebagainya. Pihak pentadbir juga boleh merancang untuk mengadakan majlis yang meraikan dan mengumpulkan semua pelajar tidak kira tahap pencapaian mereka agar mereka semua berasa dihargai dan seterusnya mampu menyuntik motivasi dalam diri. Kesimpulannya, peranan pentadbir dan guru adalah penting bagi memastikan setiap pelajar tidak merasai jurang layanan akibat daripada perbezaan tahap pencapaian mereka dalam pelajaran. Penganjuran majlis anugerah boleh diteruskan kerana mampu membentuk budaya positif di sekolah dan dalam diri pelajar. 4.2 Senior dan Junior Istilah senior dan junior tidak asing lagi dalam kamus hidup seorang pelajar terutamanya pelajar asrama. Istilah ini digunakan untuk menunjukkan perbezaan umur, tingkatan dan pangkat. Saban hari kita mendengar di televisyen dan membaca di media sosial tentang kes-kes buli yang berlaku dalam kalangan pelajar di seluruh negara. Hal ini sangat membimbangkan kerana ada mangsa yang meninggal, mengalami kecacatan dan kecederaan serta mengalami trauma yang teruk. Kebiasaanya, senior berharap junior menunjukkan rasa hormat dengan mengikut segala arahan yang diberikan contohnya melakukan kerja yang diminta seperti membasuh baju, mengemas bilik dan menyiapkan kerja sekolah. Jika tidak melaksanakan arahan yang diminta, senior akan menuduh junior kurang ajar, besar kepala dan berlagak. Tuduhan ini akan diikuti dengan hukuman yang berbentuk fizikal, mental dan emosi. Perkara-perkara ini akan diwarisi daripada satu kemasukan ke kemasukan berikutnya. Hal ini menunjukkan bahawa berlakunya perbezaan layanan akibat perbezaan tahap umur. Jika hal ini berlarutan, budaya buli akan terus wujud di sekolah sehingga sampai bila-bila kerana pelajar yang pernah dibuli, akan membuli pelajar yang seterusnya bagi membalas dendam. Pihak sekolah perlu bertindak proaktif bagi menghalang budaya buli ini berterusan. Contohnya mengambil langkah pencegahan awal apabila mendapat aduan


pelajar. Guru perlu sentiasa cakna dan bekerjasama dengan pelajar-pelajar lain bagi membendung gejala ini. Kempen kesedaran juga perlu kerap dilaksanakan di sekolah bagi menyedarkan para pelajar. Dari sudut positifnya, budaya senior dan junior boleh menyemai sikap hormatmenghormati dan bekerjasama. Junior menghormati senior dan senior membantu junior yang baru memasuki alam persekolahan dari segi menunjuk arah, mengulangkaji pelajaran dan sebagainya. Hubungan baik yang dibina, akan membentuk suasana sekolah yang harmoni dan aman. Kesimpulannya, perbezaan umur juga menjadi satu faktor yang boleh memberi impak kepada budaya sekolah. Pelajar perlu bijak memanfaatkan kelebihan jurang umur dengan melakukan perkara yang memberi kebaikan terhadap semua. 4.3 Amalan Hidup Islam dalam Pembelajaran dan Pekerjaan Terdapat sekolah yang mementingkan amalan hidup Islam dalam pembelajaran dan pekerjaan. Hal ini merupakan satu budaya yang baik kerana sentiasa meletakkan agama di hadapan. Contohnya, memulakan sesi persekolahan dengan bacaan Al-Quran pada setiap pagi dan membaca Yaasin pada setiap hari Khamis, mengadakan solat hajat apabila tiba musim peperiksaa, mengkhaskan waktu untuk pelajar solat dhuha dan sebagainya. Contoh yang lebih biasa lagi ialah memulakan kelas dengan bacaan doa. Amalan-amalan ini sudah menjadi budaya di sekolah dan diharapkan kekal berterusan diamalkan oleh pelajar walaupun mereka meninggalkan alam persekolahan kelak. Budaya-budaya ini diharap menjadi amalan harian mereka di rumah dan simanamana sahaja. Pihak pentadbir perlu sentiasa memikirkan cara untuk menyuburkan amalan sebegini bagi memastikan murid sudah terbiasa dan yang paling utama menyahut seruan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ingin melahirkan murid yang seimbang dari segenap segi iaitu rohani dan jasmani dan lain-lain lagi.


5.0 Penutup Sebagai rumusannya, perbezaan staratifikasi sosial mempunyai kaitan yang rapat dengan pembentukan budaya sekolah. Jadi pihak sekolah perlulah memainkan peranan yang penting bagi memastikan budaya positif sentiasa terwujud di sekolah walaupun adanya pelbagai perbezaan di antara mereka semua.


Rujukan Idrul Hisham Ismail, Rosly Kayar & Hanapiah Khamis. (2024). Sosiologi dalam Pendidikan. Local Publications (M) SDN BHD. Mohd Faiz, Jamal@Nordin Yunus & Hamidah Yunus. (2016). Model Pengukuran Budaya Sekolah: Kajian di Sekolah Kebangsaan di Malaysia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3, 4. Syarif Moeis. (2008). Struktur Sosial: Stratifikasi Sosial. FPIPS UPI Bandung. Azizi Yahaya & Nurfaizah Abd. Majid. (2011). Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah dan Gaya Pembelajaran Pelajar dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah. Journal of Educational Psychology and Counseling, volume 2, 78-112. Wan Hanum Suraya, Jamal@Nordin Yunus & Nek Kamal. (2014). Pengaruh Budaya Sekolah Terhadap Pencapaian Akademik Sekolah Menengah Harian di Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Click to View FlipBook Version