PENAWARAN
BUKU TEKS MS 69-76
DISEDIAKAN OLEH CIKGU HAIZAN
7/9/2021
1. HARGA BARANG ITU
Merupakan faktor penentu penawaran yang utama
Berdasarkan HUKUM PENAWARAN,
Apabila harga sesuatu barang meningkat,
kuantiti yang ditawarkan oleh firma juga meningkat dan sebaliknya
harga sesuatu barang itu menurun,
kuantiti yang ditawarkan bagi barang tersebut akan berkurang
PQ Hubungan positif
PQ
2. PENENTU PENAWARAN BUKAN HARGA
BARANG
Faktor lain yang mempengaruhi penawaran barang
ialah:
❑ Harga faktor pengeluaran
❑ Jangka harga masa depan
❑ Cuaca
❑ Tingkat teknologi
❑ Matlamat pengeluar
❑ Dasar kerajaan
1. FAKTOR PENGELUARAN
Apabila HARGA faktor pengeluaran seperti sewa tanah, upah buruh
dan bahan mentah MENINGKAT dalam aktiviti pengeluaran akan
menyebabkan KOS pengeluaran MENINGKAT.
Apabila kos pengeluaran meningkat, keuntungan firma menurun
Apabila keuntungan merosot, firma akan kurangkan KUANTITI
pengeluaran.
KESANNYA…. Keluk penawaran akan bergerak ke KIRI
Sebaliknya jika harga faktor pengeluaran menurun, maka firma dapat
menjimatkan kos pengeluaran dan keuntungan firma dapat
ditingkatkan
KESANNYA…. Firma akan tambah KUANTITI pengeluaran pada
tingkat harga yang sama di pasaran. Keluk penawaran akan bergerak
ke KANAN
2. JANGKAAN HARGA MASA DEPAN
Apabila pengeluar menjangkakan harga sesuatu barang akan
meningkat pada masa hadapan, firma akan mengurangkan
penawaran (penghasilan) barang tersebut pada masa sekarang.
KENAPA???
KESANNYA... penawaran barang akan berkurang dan keluk
penawaran akan bergerak ke KIRI
Sebaliknya apabila pengeluar menjangkakan harga sesuatu
barang akan turun pada masa depan, firma akan
menambahkan penawaran barang tersebut pada masa kini.
KENAPA???
KESANNYA… penawaran barang akan bertambah dan keluk
penawaran akan bergerak ke KANAN
3. CUACA
Cuaca buruk seperti banjir dan kemarau yang berpanjangan
akan rosakkan tanaman dan menyebabkan penawarannya
berkurang di pasaran.
Contoh: berlaku tanah runtuh di Cameron Highland ketika
hujan lebat menyebabkan pengeluaran sayur-sayuran
berkurang. Penawaran sayur-sayuran berkurang di pasaran
KESAN…. Keluk penawaran akan bergerak ke KIRI.
Sebaliknya jika cuaca cerah dengan kadar kelembapan yang
bersesuaian, akan meningkatkan jumlah penawaran sayur-
sayuran di pasaran.
KESAN… keluk penawaran akan bergerak ke KANAN
4. TINGKAT TEKNOLOGI
Kemajuan dalam teknologi seperti:
➢ Reka ciptaan yang lebih canggih
➢ Mesin yang lebih moden
➢ Teknik pengeluaran yang lebih cekap
Kelebihan penggunaan teknologi moden:
➢ dapat meningkatkan daya (kemampuan) pengeluaran sesebuah
firma.
➢ Kos dan masa pengeluaran dapat dikurangkan
➢ Pengeluaran secara besar-besaran dapat dijalankan
➢ KESANNYA … keluk penawaran akan bergerak ke KANAN
5. MATLAMAT PENGELUAR
➢ Matlamat pengeluar/firma:
❑ Memaksimumkan keuntungan
❑ Memaksimumkan jualan
➢ Untuk memaksimumkan keuntungan, firma tidak seharusnya
mengeluarkan output (barang) secara berlebihan kerana akan
menyebabkan harga barang turun. KENAPA???
➢ Untuk memaksimumkan keuntungan, firma akan kurangkan
pengeluarannya. KESANNYA …. Keluk penawaran akan
bergerak ke KIRI
➢ Jika matlamat firma untuk memaksimumkan jualan, firma
akan tingkatkan pengeluaran sebanyak mungkin.
Harga barang yang akan dikenakan kepada pengguna
rendah dan firma akan menguasai pasaran. KENAPA???
Untuk memaksimumkan jualan, firma akan
menambahkan pengeluaran.
KESANNYA… Keluk penawaran akan bergerak ke
KANAN.
6. DASAR KERAJAAN
Kerajaan melalui polisi cukai, pemberian subsidi, galakan
taraf perintis dan pelepasan cukai boleh mempengaruhi
penawaran barangan
Kenaikan cukai contohnya cukai atas input (bahan mentah) akan
menyebabkan kurangnya barangan akan dikeluarkan oleh
firma KERANA kos pengeluaran meningkat.
KESANNYA… keluk akan bergerak ke KIRI
Dasar kerajaan yang memberi subsidi atau taraf perintis kepada
firma dapat mengurangkan kos pengeluaran.
Ini akan galakkan firma untuk menambah pengeluaran.
KESANNYA… keluk akan bergerak ke KANAN
PERUBAHAN DALAM KUANTITI
DITAWARKAN
Perubahan harga barang itu akan mengakibatkan perubahan
dalam kuantiti yang ditawarkan.
Perubahan dalam kuantiti yang ditawarkan merujuk kepada
pergerakan di sepanjang keluk penawaran yang sama.
PERUBAHAN PENAWARAN
Perubahan penentuan penawaran bukan harga barang itu akan
mengakibatkan perubahan penawaran.
Penentuan penawaran bukan harga barang itu merujuk kepada:
❑ Harga faktor pengeluaran
❑ Jangkaan harga masa depan
❑ Cuaca
❑ Tingkat teknologi
❑ Matlamat pengeluar
❑ Dasar kerajaan
➢ Perubahan penawaran merujuk kepada peralihan keluk penawaran sama
ada ke kiri atau ke kanan selari dengan keluk penawaran yang asal.
TAMAT