The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

By:
MOHAMMAD IKHWAN AIZAM BIN MOHD TAISIN & NORSUZIANIE BINTI ABRIM@IBRAHIM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unkillable Gaming, 2023-02-22 08:22:25

E-FOLIO PENDIDIKAN ISLAM

By:
MOHAMMAD IKHWAN AIZAM BIN MOHD TAISIN & NORSUZIANIE BINTI ABRIM@IBRAHIM

PENILAIAN BERTERUSAN SESI 2022/2023 E-FOLIO PROGRAM: OPERASI PERHOTELAN KOD KURSUS: MPU13012 NAMA KURSUS: PENDIDIKAN ISLAM NAMA PELAJAR : 1. NORSUZIANIE BINTI ABRIM@IBRAHIM (S04SOP22F001) 2. MOHAMMAD IKHWAN AIZAM BIN MOHD TAISIN (S04SOP22F008) NAMA PENSYARAH : PN. WAN NUR SYAMIMI BINTI WAN SARIJI


ISI KANDUNGAN 1. PENGHARGAAN 2. PENDAHULUAN 3. ISI (JAWAPAN SOALAN) 4. PENUTUP KESIMPULAN 5. RUJUKAN


PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdullilah, bersyukur keatas allah subhana wataalla diatas limpahan rahmat serta nikmat yang telah diberikan kepada kami untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik. Pertama sekali kami ingin mendedikasikan ucapan jutaan terima kepada PN. WAN NUR SYAMIMI BINTI WAN SARIJI diatas tunjuk ajar dan bimbingan yang puan berikan sepanjang kami melakukan tugasan kerja lapangan ini. Akhir sekali, terima kasih kepada ahli kumpulan sendiri kerana telah menjayakan tugasan ini dengan baik.


PENDAHULUAN Tasawwur adalah merupakan satu ungkapan yang tidak asing lagi dalam penggunaan masyarakat Islam di Malaysia. Tasawwur bermaksud suatu gambaran atau tanggapan akal atau pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara. Perkataan ini berasal daripada kalimah arab yang memberi beberapa maksud.


PENGERTIAN TASAWWUR Tasawwur adalah merupakan satu ungkapan yang tidak asing lagi dalam penggunaan masyarakat Islam di Malaysia. Tasawwur bermaksud suatu gambaran atau tanggapan akal atau pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara. Perkataan ini berasal daripada kalimah arab yang memberi beberapa maksud. Tassawur juga bererti menghasilkan rupa sesuatu dalam akal. Pengertian kalimah Tasawwur berbeza-beza mengikut disiplin ilmu yang tertentu. Tasawwur disisi ahli falsafah bermaksud suatu bentuk pemikirqn yang tergambar. اَليَ ْوم ت َ ْ َ ْكَمل ْم أ ْم ت ْم لَك َم ِديْنَك تْ َ َوأ ْم ’ َمتِى َيْك َو َر ِضيْ ت َعل نِعْ لَك م َ ِال ْسلم ا دِيْنَا ْ ”َPadaَhariَiniَakuَtelahَsempurnakanَbagiَkamuَagamaَkamuَdanَakuَcukupkanَkepadaَ kamu dan akuَredhaَIslamَituَmenjadiَagamaَuntukَkamu.” (Surah al-Maidah: 3)


CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAM RABANNIYYAH Ianya membawa erti bahawa hukum dan peraturan Syariah ini dari Allah swt dan bukan ciptaan manusia. Beerti sumber Syariah Islamiyyah ialah Allah swt yakni wahyuNya kepada Nabi Muhammad saw dengan lafaz dan makna, iaitu al-Qur’an,َatauَdenganَmaknaَtidakَ lafaz iaitu as-Sunnah. Ciri ini membezakannya sama sekali dari semua perundangan duniawi kerana ia bersumberkan dari manusia sedangkan Syariah Islamiyah sumbernya pencipta manusia itu sendiri. SYUMULIYYAH bermaksud ajaran Islam adalah sempurna dan menyeluruh yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Di antara prinsip-prinsip syumuliyyah ialah: 1. Kesempurnaan itu hanya milik Allah SWT. 2. Islam menyediakan peraturan hidup yang mencakupi segenap aspek kehidupan. 3. Al-Quran merupakan sumber utama yang mencakupi semua bidang ilmu pengetahuan. 4. Segala peraturan yang dibawa oleh Islam adalah sesuai dengan fitrah manusia. 5. Peraturan dan perundangan Islam adalah seimbang dan memudahkan WAQI’IYYAH bermaksud agama Islam bersifat praktikal dan sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian manusia. Di antara prinsip-prinsipَwaqi’iyyahَialah: 1. Ajaran Islam adalah praktikal, bukan utopia. 2. Islam mampu menyelesaikan sebarang masalah dan persoalan. 3. Islam memberi ruang kepada perkembangan fikiran yang melahirkan tamadun ilmu.


6ALAMIYYAH bermaksud Islam adalah agama yang sesuai kepada semua manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman. Di antara prinsip-prinsipَ‘alamiyyahَialah: 1. Islam memuliakan manusia. 2. Nilai keadilan Islam bersifat sejagat. 3. Islam sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. 4. Islam menjamin hak asasi manusia. 5. Islam sentiasa mengutamakan keamanan dan perdamaian AL-MURUNNAH Al-Thabat wa al-Murunah bermaksud Islam itu thabat, tetapi pada waktu yang sama, ia murunah. Ianya keras tetapi boleh dilembutkan, tegap tetapi boleh dilentur, tidak berubah tetapi boleh disesuaikan. Bentuk-bentuk al-thabat wa al-murunah dapat disimpulkan seperti berikut: 1. Kemantapan Islam adalah pada tujuan dan matlamatnya. Kelenturan pula pada pendekatannya. 2. Tegap pada prinsip asal dan hukum-hukumَqat’inya,َtetapiَlembutَpadaَrantingَdanَ cabangnya. 3. Kukuh dan istiqamah pada urusan dengan Allah, lunak dan boleh disesuaikan pada urusan keduniaan.


TAWAZZUN DAN WASATIYYAH Bermaksud seimbang dalam sesuatu timbangan atau dalam sesuatu urusan. Antara bentuk-bentukal tawazun dapat dilihat pada keseimbangan dalam perkara-perkara berikut: 1. Seimbang dari sudut kepercayaan. 2. Seimbang antara antara amalan untuk duniawidan ukhrawi. 3. Seimbang antara kerohanian dan kebendaan. 4. Seimbang antara individu dan masyarakat. 5. Seimbang antara kepentingan individu danmasyarakat. ِل ا ْدع وا ق ِو ّٰللاَ اَ ا ْدع وا ال َّر ْح ٰم َن اَيًّا َّما تَ ْدع ْوا ه ء َ فَل ۤ ْس َما ا ى ْالَ ح ْسنٰ بِ َه ت َخافِ ا ْت َو بِ َص َال تَ ْج ََلتِ َك َه ْر َو ال َال ْ ِ بَيْ َن ِل َك َوابْتَغ ذ َسبِيْ ًَل ٰ Terjemahan Katakanlahَ(Muhammad),َ“SerulahَAllahَatauَserulahَAr-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu dapat menyeru, karena Dia mempunyai nama-namaَyangَterbaikَ(Asma‘ulَ husna) dan janganlah engkau mengeraskan suaramu dalam salat dan janganlah (pula) merendahkannyaَdanَusahakanَjalanَtengahَdiَantaraَkeduaَitu.”


PENUTUP Islam adalah agama yang benar dan diredhai oleh Allah s.w.t. Ia adalah suatu cara hidup yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan setiap mukmin. Cara hidup mukmin yang diterima Allah mestilah berteraskan kepada asas aqidah Islam. Aqidah mukmin memerlukan kesepaduan antara iman, islam dan ihsan untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.Ajaran Islam hendaklah dihayati secara menyeluruh seperti mana ia diturunkan sama ada dalam bentuk aqidah atau syariat yang bersumberkan al Quran dan as-Sunnah. Setiap muslim tidak terkecuali dari mengikut seluruh ajaran Islam. Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai Allah s.w.t sebagaimana firmanNya : اَليَ ْوم ت َ ْ َ ْكَمل ْم أ ْم ت ْم لَك َم ِديْنَك تْ َ َوأ ْم ’ َمتِى َيْك َو َر ِضيْ ت َعل نِعْ لَك م َ ِال ْسلم ا دِيْنَا ْ ”َPadaَhariَiniَakuَtelahَsempurnakanَbagiَkamuَagamaَkamuَdanَakuَcukupkanَkepadaَ kamuَdanَakuَredhaَIslamَituَmenjadiَagamaَuntukَkamu.” (Surah al-Maidah: 3)


SUMBER RUJUKAN 1. https://abdullahdazid.blogspot.com/p/tasawwur-islam.html?m=1


Click to View FlipBook Version