The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irdinabazla12, 2024-02-24 10:18:59

BMB_NUR IRDINA BAZLA BT KHAFIZUDDIN

NUR IRDINA BAZLA@B


Matahari mula untuk memunculkan dirinya pada pagi hari. Kicauan burung dan bunyi desiran air sungai mengalir memenuhi kawasan pinggir hutan itu. Di pinggir sebuah hutan tinggal seekor rama-rama iaitu Sang Luna bersama haiwan-haiwan hutan yang lain. Sang Luna mempunyai impian besar iaitu terbang mengembara di sekeliling kawasan hutan. Namun, impiannya masih belum tercapai. Kini, Sang Luna tekad untuk merealisasikan impian besarnya itu. 1


Terbang-terbang tinggi, Lihat awan biru, Bunga warna-warni, Indahnya pagi hari, Yahuu, yahuu, yahuu, Lalala Yahuu, yahuu, yahuu, Lalala Yahuu, yahuu, yahuu, Lalala Ceria hari ini! (melodi : Burung Kakak Tua) Alunan merdu nyanyian Sang Fiona dan Sang Timo iaitu rakan baik Sang Luna sambil berehat di atas sehelai daun. 2


“Amboi seronoknya kamu berdua sampai menyanyi awal pagi ini” terjah Sang Luna ketika rakan-rakannya sedang berehat sambil menyanyi. “ Mestilah, kita kena mulakan pagi dengan senyuman dan keceriaan” Balas Sang Timo. 3


“ Fiona, Timo”. Panggil Sang Luna. “Adakah kamu berdua pernah tertanya-tanya tentang keindahan dan keadaan kawasan hutan yang lain ?”. Tanya Sang Luna. “Sudah tentu, aku ingin lihat bunga yang lebih cantik dan harum di kawasan hutan lain”. Jawab Sang Fiona. “ Dunia kita hanya di kawasan pinggir hutan ini sahaja”. Tambah Sang Timo pula. Setelah Sang Luna mendengar jawapan rakan-rakannya. Dia merasakan saat itu ialah waktu yang sesuai untuk dia menyatakan hasratnya untuk mengajak rakan-rakannya mengembara di kawasan hutan yang lain. 4


“ Aku ada sebuah impian yang besar, aku ingin mengembara seluruh kawasan hutan ini. Bagaimana jika kamu berdua ikut mengembara denganku ?”. Soal Sang Luna “ Luna, Aku tidak mahu ikut bersama kau. Badan kita sangat kecik dan lemah ” . Balas Sang Timo. “Betul kata Timo, ajakanmu ini adalah perkara yang mustahil dan mengarut !”. Kata Sang Fiona Sang Luna hampa mendengar jawapan rakan-rakannya yang menolak ajakannya 5


“Seekor rusa dan tupai sedang bersiar siar di kawasan pinggir hutan. Ketika itu, mereka terdengar perbualan tiga ekor rama-rama. "Ha! Mengembara di hutan? Apa gunanya? Kau hanya rama-rama biasa, Luna. ". Celah Sang rusa itu. “ Cukuplah kau hanya menghisap madu-madu di bunga” . Balas Sang tupai pula. Namun, Sang Luna tidak terpengaruh. Dia terus berpegang pada impian besar untuk menjelajahi hutan yang luas dan tidak melepaskan impian itu walaupun diperlekehkan oleh rakan-rakan dan haiwan hutan yang lain. 6


“Akan aku buktikan pada kamu semua bahawa aku tidak selemah itu” balas Sang Luna kepada ejekan Sang rusa dan Sang tupai. “Hahahahah” Sang rusa dan Sang tupai mentertawakan kata-kata Sang Luna. Sang Luna terus menerbangkan sayapnya dan berlalu pergi daripada tempat itu. Sang Luna terasa tercabar dengan kata-kata Sang rusa dan Sang tupai serta rakan-rakannya. Dia tekad untuk melakukan pengembarannya pada pagi itu. Dipertengahan perjalanannya, dia melihat seorang pemburu memasang perangkap yang cukup berbahaya kepada semua haiwan hutan. Sang Luna juga melihat Sang rusa berjalan berhampiran dengan perangkap tersebut. 7


“Rusa, jangan lalu di laluan itu. Ada pemburu memasang perangkap!”. Kata Sang Luna. “ Kau sengaja mempermainkan aku, bukan?” . Balas Sang rusa. “Aku tidak menipu, tadi baru sahaja si pemburu memasang perangkap yang cukup berbahaya!”. Balas Sang Luna. “Aargh, suka hati aku mahu lalu di mana sahaja”. Kata Sang rusa. Sang rusa tidak mahu mendengar pesanan serangga kecil dan lemah itu. Tambahan lagi, kawasan pinggir hutan itu jarang didatangi pemburu. 8


Tidak lama selepas itu, terdengar satu jeritan yang sangat kuat berhampiran kawasan perangkap itu. “Aaaaarghhhh, tolong!”. Jerit Sang rusa Sang Luna terkejut mendengar jeritan tersebut dan merasakan itu adalah suara Sang rusa. Tanpa membuang masa, Sang Luna segera terbang ke tempat perangkap yang dipasang pemburu itu. Sang Luna menyedari terdapat sebuah lubang besar dan di atasnya ditutupi dengan dahan-dahan serta dedaunan kering. 9


Lantas dengan badannya yang kecil itu, Sang Luna segera menyelinap di celah-celah dahan dan dedaunan tersebut ingin melihat keadaan sang rusa dalam lubang tersebut. “ Luna, aku merayu pada kau. Tolong aku !”. Rintih Sang rusa. Sang Luna berasa kasihan namun dia teringat kata-kata Sang rusa kepadanya. “Dia mungkin merendah-rendahkan impianku, tetapi dia dalam keadaan berbahaya”. Bisik hati Sang Luna merasa kasihan melihat keadaan Sang rusa. “Aku akan cuba menolongmu, rusa”. Balas Sang Luna. 10


Sang Luna berlalu pergi dari perangkap itu. Dia cuba memikirkan sebuah strategi yang dapat menyelamatkan rusa dan cara untuk mengalihkan perhatian si pemburu. Lantas, dia berusaha mengumpulkan rakan-rakan haiwan yang lain untuk menolong melaksanakan strateginya. Sang Luna mencadangkan untuk setiap haiwan untuk memainkan peranan. “Rakan rama-ramaku akan mengawasi pergerakan pemburu. Kemudian, keluarga burung, monyet dan tupai akan mengganggu si pemburu dari darat dan udara. Manakala, Sang gajah pula akan menolong untuk mengangkat dahan-dahan pokok dan bawa keluar Sang rusa dari perangkap”. Arahan Sang Luna 11


Strategi Sang Luna dilaksanakan dengan segera. Keluarga burung mencampakkan batu-batu kecil setelah menerima arahan daripada Sang Luna. Kemudian, keluarga monyet dan tupai mengganggu si pemburu dari darat. Pada masa yang sama Sang gajah akan mengalihkan dahan-dahan serta mengangkat keluar Sang rusa menggunakan belalainya. Serangan daripada keluarga monyet, burung dan tupai menyebabkan si pemburu itu ketakutan dan meninggalkan hutan. Haiwan-haiwan itu merayakan kemenangan mereka dengan penuh kegembiraan. “Terima kasih gajah”. Kata Sang rusa. “ Ini ialah hasil strategi bijak Luna. Jika tidak, pasti kamu sudah ditangkap si pemburu itu”. Balas Sang gajah kepada Sang rusa 12


“Terima kasih dan maafkan saya, Luna kerana mengejek kamu sebelum ini, rupanya kamu kecil-kecil cili padi”. Kata Sang rusa kepada Sang Luna “Tak mengapa rusa, lagipun ini semua adalah berkat kerjasama penduduk rimba. Ketika kita bersatu, tidak ada yang dapat mengalahkan kita!". Balas Sang Luna “Maafkan kami juga Luna kerana memandang rendah kepadamu”. Kata Sang Fiona “Mari esok kita mengembara hutan sebagai tanda maaf kami”. Kata Sang Timo. “Baiklah kalau begitu, sudah tentu aku maafkan kamu berdua”. Balas Sang Luna 13


Hubungan persahabatan ketiga-tiga ekor rama-rama itu kembali erat. Sejak itu Sang rusa, Sang tupai, Sang Fiona dan Sang Timo mengakui kemampuan dan kebijaksanaan Sang Luna. Strategi Sang Luna juga mengajar penduduk rimba betapa pentingnya untuk bekerjasama dan bersatu padu bagi menjamin kejayaan. Keesokan harinya, pengembaraan mereka bertiga bermula. Sepanjang pengembaraan, mereka sangat teruja melihat bunga teratai di sebuah tasik dan keindahan kelipan cahaya daripada serangga kelip-kelip pada malam hari. 14


Click to View FlipBook Version