The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by solikinahmad, 2022-04-16 01:06:36

PANDUAN PENGURUSAN SKTD2 2022

PANDUAN PENGURUSAN SKTD2 2022

PANDUAN PENGURUSAN SK TAMAN DAYA 2 2022

3.3.3 Teknik berasaskan ‘research’/Kajian Tindakan.
3.3.4 Teknik Putaran (ajar uji - ajar semula - ajar semula).
3.3.5 Teknik ‘peer-group’/rakan sebaya.
3.3.6 Penggunaan ABM yang menarik dan berkesan.
3.3.7 Pendekatan ‘Multiple Intelligent’ (MI).

4. PROFESINALISME GURU

4.1 Iklim
4.1.1 “High Expectation dan Low Stress” – Best Learning (Study Hard, Study
Smart)
4.1.2 Suasana yang supportif/mendorong/kondutif - Pujian untuk kejayaan.

4.2 Pengurusan

4.2.1 Memahami matlamat sekolah
4.2.2 Mengetahui sistem disiplin dan mengajar secara berhemah dan
berhikmah.

4.2.3 Menepati masa.
4.2.4 Menyelesaikan tugas menepati waktu. Semua tugas yang diserahkan
hendaklah diambil tindakan dengan segera.
4.2.5 Dokumen / tugasan yang telah diambil tindakan. Hendaklah diserahkan
kepada pejabat untuk tindakan seterusnya. Sekiranya salinan diperlukan

hendaklah difotokopi dan difailkan.
4.3 Menyertai / menjalani semua program sekolah dan menjalankan semua aktiviti
kokurikulum dengan bermatlamat kejayaan cemerlang dan gemilang.
4.4 Penampilan

4.4.1 Pakaian yang kemas, lengkap dan sopan. Guru yang mengajar
Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian sukan yang
lengkap.
4.4.2 Pemakaian kasut, tanda nama, tali leher dan aksesori yang

minimum.
4.4.3 Gaya komunikasi :
4.4.3.1 Bahasa ilmu, terang dan mudah difahami
4.4.3.2 Tiada slanggah / longhat kenegerian

4.4.3.3 Lemah lembut
4.4.3.4 Tiada labelling.
4.4.4 Gaya berjalan mempamerkan keterampilan, kewibawaan dan keyakinan
diri.

4.5 Kerahsiaan
Segala maklumat yang dibincangkan oleh / dengan pihak pengurusan sekolah
adalah ditakrifkan sebagai bahan rahsia. Perbincangan secara terbuka tidak
dibenarkan di tempat-tempat umum seperti kantin, tempat letak kereta, di
tempat menunggu dan rehat dalam kawasan sekolah dan kepada / dengan yang

tidak berkenaan.
4.6 Etika Guru
4.6.1 Guru tidak dibenarkan sama sekali berniaga dalam waktu
persekolahan seperti jualan langsung, promosi barangan, insurans dan

lain-lain. Tindakan akan diambil sekiranya mengingkari arahan ini.
4.6.2 Guru tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan sekolah.

DEDICATED TO EXCELLENCE 100

PANDUAN PENGURUSAN SK TAMAN DAYA 2 2022

4.6.3 Guru dibenarkan makan dan minum di kantin sahaja pada waktu rehat
dan waktu tidak mengajar.

5. TUGAS GURU
5.1 Guru Bertugas
5.1.1 Masa
Guru bertugas mestilah berada di kawasan sekolah untuk menyelia

perjalanan sekolah 15 minit lebih awal dan mengelolakan Perhimpunan
(7.00pagi) dan (12.20 tghari) serta pergerakan murid (senyap dan
tersusun).
5.1.2 Tugas

Pada waktu rehat, suasana di kantin dan peraturan-peraturan kantin

hendaklah dipastikan diikuti.
5.1.2.1 Murid beratur (tertib, senyap dan tidak berebut-rebut)
semasa membeli makanan.

5.1.2.2 Baca doa makan dalam keadaan senyap dan tertib.
5.1.2.3 Masukkan pinggan, mangkuk, sudu garpu ke dalam tempat
yang disediakan.
5.1.2.4 Pembuangan sampah oleh murid dikawal / sentiasa bersih.
5.1.2.5 Rondaan kelas (murid-murid tidak dibenarkan berada di

5.1.3 Bangunan dalam kelas).

5.1.3.1 Pastikan bangunan, peralatan dan persekitaran sekolah
dalam keadaan selamat dan tidak mendatangkan bahaya

yang boleh menyebabkan kecederaan dan perkara-perkara
yang tidak diingini. Lapor segera sekiranya ada bahagian
bangunan, peralatan dan lain-lain yang boleh
mendatangkan bahaya kepada pihak pengurusan.

5.1.3.2 Pastikan bangunan dan persekitaran bersih dan ceria
(rondaan).
5.2 Guru Kelas
5.2.1 Rekod dan kemas kini butiran peribadi pelajar ke dalam sistem APDM,

kad 001 dan buku kemasukan sekolah.
5.2.2 Fail rekod jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditandakan pada
waktu yang pertama pada setiap hari belajar.
5.2.3 Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau

surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di
sekolah.
5.2.4 Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada
memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah
mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan

satu salinan ke pejabat sekolah.
5.2.5 Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari
buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK
HEM terlebih dahulu.

5.2.6 Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah
mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran

DEDICATED TO EXCELLENCE 101

PANDUAN PENGURUSAN SK TAMAN DAYA 2 2022

kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi dan meja berada dalam
keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.
5.2.7 Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan
dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya.
5.2.8 Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak
sekolah.
5.2.9 Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks
kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak
bertukar ke sekolah lain.
5.2.10 Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat
jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
5.2.11 Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
5.2.12 Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing
dan memberitahu pelajar.
5.2.13 Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan
menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.
5.2.14 Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru
PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan
memungut yuran dan masalah disiplin lain.
5.2.15 Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar
baru dan mereka yang berhenti dalam Sistem APDM dan Buku Daftar
Kemasukan Pelajar.
5.2.16 Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi
borang masuk Peperiksaan membantu menyusun kerusi meja.

5.2.17 Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di
samping menyediakan tabung markah atau mark sheet.

5.2.18 Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan
kelasnya.

5.2.19 Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas
pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.

5.2.20 Berada di samping pelajar semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan
pada masa perhimpunan hari biasa.

5.2.21 Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-
makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.
Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus
memberi markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban

tugas guru.
5.2.22 Guru kelas hendaklah mencatatkan kehadiran pelajar-pelajar yang tidak

hadir ke sekolah mestilah menyerahkan surat / kenyataan bertulis
daripada ibu bapa / penjaga atau surat akuan doktor (Medical
Certificate) kepada guru kelas apabila hadir semula ke sekolah.
a. Sebaik-baiknya ibu bapa / penjaga memaklumkan kepada pihak

sekolah terlebih dahulu akan ketidakhadiran anak masing-masing
melalui telefon atau datang sendiri ke sekolah.

DEDICATED TO EXCELLENCE 102

PANDUAN PENGURUSAN SK TAMAN DAYA 2 2022

b. Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah "secara berturut-turut"
(tanpa kenyataan) akan dikenakan tindakan seperti berikut:
i. Hari ke 3 – Amaran Pertama
ii. Hari ke 10 – Amaran Kedua
iii. Hari ke 17 – Amaran Terakhir
iv. Hari ke 31 – Pembuangan / Pemberhentian Persekolahan

c. Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah "secara tidak berturut-
turut" (tanpa kenyataan) akan dikenakan tindakan seperti berikut:
i. Hari ke 10 – Amaran Pertama
ii. Hari ke 20 – Amaran Kedua
iii. Hari ke 40 – Amaran Terakhir
iv. Hari ke 60 – Pembuangan / Pemberhentian Persekolahan

5.2.23 Surat-surat tentang tindakan tersebut di atas akan dikeluarkan oleh
pihak sekolah kepada ibu bapa / penjaga, iaitu surat amaran pertama,
surat amaran kedua, surat amaran terakhir (berdaftar akuan terima)
dan surat pembuangan / pemberhentian persekolahan pelajar
(berdaftar akuan terima).

5.3. Pengurusan bilik darjah

5.3.1. Perkara-perkara yang perlu ada di dalam bilik darjah / kelas:
a. Di pintu masuk / hadapan – Satu salinan jadual waktu serta nama guru di bawah
setiap mata pelajaran. Satu salinan jadual kedatangan murid.
b. Di papan kenyataan – Satu salinan peraturan-peraturan sekolah, satu salinan
peraturan kecemasan , carta mata pelajaran, perkara-perkara lain yang
difikirkan perlu contoh kalender.
c. Di meja Guru – Pelan kedudukan murid dalam kelas.
d. Di dinding – Cogan kata jelas , jam dinding.
e. Perkara-perkara lain:
- Jika hendak memasang langsir pastikan pemasangannya betul dan
kemas
- Penyapu , bakul sampah dan penadah sampah disusun dengan kemas
dan teratur di belakang kelas.
- Lain-lain yang difikirkan perlu untuk menambahkan keindahan dan
keselesaan kelas.

5.3.2. Melantik ketua kelas dan penolongnya serta penubuhan jawatankuasa kelas.
5.3.3. Menentukan bilangan kerusi / meja murid mencukupi untuk kelasnya.
5.3.4. Menentukan kebersihan kelas dijaga dengan sempurna.
5.3.5. Menentukan alat-alat pemadam , kayu pembaris, bakul sampah dan lain-lain dijaga

dengan baik.
5.3.6. Menentukan kerusi / meja dan perkakas lain dalam kelas dijaga dengan sempurna

oleh pelajar-pelajar. Jika berlaku kerosakan / kehilangan, pelajar
bertanggungjawab menggantikannya.
5.3.7. Memeriksa dan menentukan keseragaman pakaian dan kesihatan murid-murid
seperti rambut, kuku, pakaian, gigi, kasut dan lencana nama.
5.3.8. Mengemas kini Kad 001 dan menyerahkan kepada Guru Bimbingan dan
Kaunseling.

DEDICATED TO EXCELLENCE 103

PANDUAN PENGURUSAN SK TAMAN DAYA 2 2022

5.3.9. Menyediakan borang berhenti sementara bagi guru-guru tahun 6 bagi tujuan
mengeluarkan Sijil Berhenti.

5.3.10. Menguruskan pemberian buku teks mengikut peraturan mengenainya.
5.3.11. Guru-guru kelas bertanggungjawab sepenuhnya atas kebersihan, keindahan dan

keselesaan bilik darjah.

5.4. Hal-hal lain
5.4.1. Memaklumkan dan menjelaskan kepada murid-murid tentang pemilihan kegiatan-
kegiatan kokurikulum dan sebarang arahan sekolah.
5.4.2. Mewujudkan suasana yang harmoni supaya tersemai rasa hormat menghormati
antara murid dengan guru dan murid dengan murid.
5.4.3. Menentukan pelajar-pelajar perempuan mempunyai adab sopan dan tingkah laku
yang baik.
5.4.4. Mengetahui serba sedikit latar belakang murid-muridnya dan kegiatan luar
mereka.

5.5Guru Subjek
5.5.1. Galakkan sikap positif terhadap murid-murid anda.
5.5.2. Sentiasa bersiap sedia menghadapi kelas dengan matlamat yang jelas / gunakan
ABM secara berkesan.
• Menepati masa, riang, tegas dan adil.
• Murahkan pujian.
• ‘Class control’.
5.5.3. Selesaikan sendiri masalah disiplin yang melibatkan P&P subjek anda.
5.5.4. Kerja rumah harus diberi secara memadai bilangannya, konsisten dan perlu
disemak segera setiap masa.

6. PENGURUSAN TUGAS GURU
6.1Rutin Harian
6.1.1 Waktu 7.00 pagi hingga 2.00 petang ialah waktu persekolahan rasmi bagi guru
sesi pagi, manakala 12.20 tghari – 6.30 petang ialah waktu persekolahan rasmi
guru sesi petang.
6.1.2 Guru-guru dianggap mahir menguruskan masa tersebut secara optimum dan
berkesan bagi menjana ‘core bisness’.
6.1.3 Guru-guru diminta datang ke sekolah awal. Paling lewat 10 minit sebelum waktu
pertama. Masuk ke kelas masing-masing tepat pada waktunya. Mereka yang
lewat dikehendaki memberi kenyataan bertulis kepada Guru Besar.
6.1.4 Guru perlu mengesan jari pada mesin cap jari sebaik sahaja sampai ke sekolah.
6.1.5 Guru-guru bertugas diwajibkan menjalankan perhimpunan setiap hari bersama
pengawas bertugas untuk :-
i. Doa, ikrar, lagu (Sekolah/Bangsa Johor/ Negaraku).
ii. Menyampaikan maklumat (ringkas dan tepat).
iii. Guru Besar / GPK akan menyampaikan nasihat mengikut giliran mingguan.
iv. Tindakan-tindakan disiplin / peringatan terhadap pelanggaran disiplin.
6.1.6 Perakam waktu guru hendaklah diketik pada waktu balik.

DEDICATED TO EXCELLENCE 104

PANDUAN PENGURUSAN SK TAMAN DAYA 2 2022

6.2 Perhimpunan
6.2.1 Perhimpunan Mingguan dianggap tonggak budaya sekolah. Ianya diadakan setiap
minggu iaitu pada hari Isnin (7.15 pagi - 7.45 pagi bagi guru sesi pagi dan 6.00
– 6.30 petang bagi guru sesi petang).
6.2.2 Perhimpunan sekolah dikendalikan oleh Pengawas, Guru Bertugas dan
Pengawas.
6.2.3 Ianya wajib dihadiri oleh semua murid dan guru. Sila lapor kepada Guru Besar
sekiranya tidak dapat bersama dalam perhimpunan tersebut.
6.2.4 Guru Bertugas bertanggungjawab memastikan :-
i. Semua persiapan untuk perhimpunan disediakan lebih awal.
ii. P.A Sistem, muzik iringan, pembaca doa, susuncara (pastikan ucapan Guru
Besar pada susunan yang terakhir)
iii. Semua guru wajib hadir.
iv. Merekodkan secara rasmi amanat Guru Besar, GPK dan Guru Besar.
v. Perhimpunan dikawal dengan lancar, senyap, masuk barisan awal, keluar
dengan senyap dan tersusun.
6.2.5 Semua murid dan guru sepatutnya mencatat amanat penting dari Guru Bertugas,
GPK dan Guru Besar dan maklumat-maklumat penting lainnya.

6.3 Cuti /Guru tidak hadir.
Mengikut Peraturan 23, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002 Bhg. III, ketidakhadiran termasuklah tidak hadir
bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan tempat pegawai dikehendaki hadir bagi
pelaksanaan tugas-tugasnya. Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa
munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan Tatatertib

mengikut Peraturan 24.
6.3.1 Cuti sakit dibenarkan dengan sokongan surat akuan doktor kerajaan / swasta

(tidak melebihi 2 hari).
6.3.2 Cuti Rehat Khas dibenarkan atas budi bicara / kebenaran Guru Besar (ia

bukan menjadi suatu hak pemohon).
6.3.3 Cuti Tanpa Rekod dan lain-lain seperti yang tertakluk dalam Perintah Am Bab

C hendaklah dibuat permohonan sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh cuti
yang dipohon.
6.3.4 Pastikan guru-guru memaklumkan kepada Guru Besar atau GPK atau guru
terdekat jika anda sakit / kursus / bertugas di luar sekolah / kecemasan
dengan SEGERA (telefon).
6.3.5 Pastikan tugas disediakan / diberi oleh anda. Setiap lembaran kerja atau

tugasan murid hendaklah diserahkan kepada GPK 1 untuk diserahkan kepada
guru ganti berserta rekod mengajar.
6.3.6 Sekiranya anda sakit, pastikan ada Sijil Sakit yang sah untuk diserahkan
kepada Guru Besar.
6.3.7 Kebenaran Guru Besar hendaklah diperoleh jika guru ingin keluar dari
kawasan sekolah untuk sebarang tujuan dan perlu dicatat dalam Buku
Keluar.
***Sekiranya pegawai dikesan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran
terlebih dahulu atau tanpa sebab 2 hari berturut-turut maka Ketua Jabatan hendaklah
mengambil tindakan dengan memberhentikan segala emolumen dengan serta-merta.

DEDICATED TO EXCELLENCE 105

PANDUAN PENGURUSAN SK TAMAN DAYA 2 2022

7. TANGGUNGJAWAB/KOMITMEN GURU
7.1 Pentadbiran Kewangan
7.1.1 Pungutan Wang Keperluan Sekolah
Serah terus wang kepada Pembantu Tadbir. Jangan simpan. Isi resit untuk murid
dengan segera dan serah ke pejabat. Rekodkan pembayaran dalam buku
kedatangan murid mengikut ruang yang ditetapkan dengan betul.
7.1.2 Pembelian Keperluan P&P
Setiap pembelian keperluan untuk tujuan P&P panitia mata pelajaran, mestilah
dibuat melalui Ketua Panitia dan Guru Besar, GPK akan menentukan pesanan dan
pembelian diluluskan (bergantung kepada kewangan dan kemampuan).
7.2 Disiplin dan pergerakan murid.
7.2.1 Galakkan murid-murid supaya memikirkan ‘akibat’ dari melakukan sesuatu yang
melanggar peraturan / bertentangan. Ini akan menghindarkan mereka daripada
dikenakan tindakan disiplin.
7.2.2 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselesaan dan
keselamatan bilik darjah setiap masa. Guru yang mengajar waktu akhir setiap sesi
mesti memastikan murid-murid membersihkan dan mengemaskinikan kelas 5
minit sebelum balik.
7.2.3 Guru tidak dibenarkan menghukum, mendera, menggunakan kata-kata kasar,
dan kesat kepada murid. Segala masalah berkaitan hukuman hendaklah dirujuk
kepada Guru Besar / Guru Penolong Kanan HEM dan GPK Ko-kurikulum.
7.2.4 Keselamatan murid sentiasa diberi keutamaan semasa berada dalam kawasan
sekolah, bilik pembelajaran dan bilik-bilik khas (Makmal Sains / RBT /
Komputer). Guru-guru hendaklah sentiasa berada bersama-sama murid.
7.2.5 Guru-guru hendaklah sentiasa memberi ingatan dan teguran kepada murid
supaya menjaga keselamatan diri semasa di sekolah atau di luar sekolah
terutama di atas jalan raya.
7.2.6 Murid yang dikenal pasti menghidap penyakit seperti semput / lelah, gila babi,
jantung berlubang (surat doktor / permohonan ibu bapa), tidak sempurna
anggota hendaklah dikecualikan daripada menyertai PJ / sukan. Jika terdapat
murid sakit, guru bertugas hendaklah mengambil tindakan sewajarnya.
7.2.7 Guru-guru tidak boleh membenarkan murid balik awal tanpa kebenaran Guru
Besar.
7.2.8 Pergerakan murid semasa sedang belajar harus pada tahap minimum.
7.2.9 Sekiranya murid perlu keluar kerana arahan guru pastikan murid memakai ‘pas
keluar’.
7.2.10 Guru hendaklah memastikan murid yang keluar ke tandas kerana ‘darurat’.
Murid perempuan dibenarkan ke tandas bersama kawan (tidak boleh
berseorangan).
7.3. Sistem Rekod Kedatangan Murid.
7.3.1 Hanya guru sahaja dibenarkan menandakan dan mengisi butiran dan kedatangan
murid. Kehadiran murid mestilah di tanda pada awal pagi setiap hari
persekolahan.
7.3.2 Pastikan semua maklumat dan butiran murid sentiasa dikemas kini dan
dilengkapkan dengan tepat dan betul. Semak, lengkapkan dan tutup sistem
kedatangan murid setiap akhir bulan dan ditandatangani.
7.3.3 Hantar ke pejabat setiap hari sebelum jam 8.00 pagi.

DEDICATED TO EXCELLENCE 106

PANDUAN PENGURUSAN SK TAMAN DAYA 2 2022

7.3.4 Laporkan ke pejabat (GPK HEM / Guru Besar) sekiranya terdapat murid yang
tidak hadir lebih dari 3 hari tanpa kenyataan untuk tindakan selanjutnya.
7.4 Rekod Persediaan Mengajar E-RPH.

7.4.1 Ia merupakan dokumen penting sebagai ukuran tentang profesionalisme,mutu
kerja serta taraf seorang guru. Ia merupakan rekod rasmi berterusan P&P dan
maklumat berkenaan pencapaian serta kemajuan murid yang diajar.
7.4.2 Guru bertanggungjawab menyelia, menyusun, mengisi, serta merekodkan segala

maklumat berkaitan P&P yang diajar
7.4.3 Maklumat asas seperti surat-surat Pekeliling Ikhtisas, tatasusila profesion, tugas-
tugas guru dan sukatan pelajaran. Peruntukan masa pengajaran mestilah diteliti
dan difahami dengan jelas oleh guru.

7.4.4 Butir-butir diri guru, jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah, senarai cuti,

sasaran tahunan P&P, rancangan tahunan, rancangan harian, rekod aktiviti
guru/pencapaianperingkat (di sekolah dan di luar), penggunaan buku rujukan,
perbincangan profesional, ulasan penyeliaan serta markah kemajuan dan

pencapaian murid mestilah dilengkapkandengan kemas mengikut garis panduan
yang diberi.
7.4.5 Kemaskini semua Rancangan Kerja Tahunan mengikut Dokumen Penjajaran
Kurikulum 2.0 mengikut panitia masing-masing.
7.4.6 Rekod Persediaan Mengajar E-RPH hendaklah dihantar kepada Guru Besar/ GPK

pada setiap hari Khamis sebelum balik.
7.4.7 Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999
Penyediaan rekod pengajaran dan pembelajaran.
- Rancangan pelajaran tahunan.

- Rancangan pelajaran harian.
- Hendaklah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan
serta merta apabila dikehendaki………….
**** Penalti : Guru tidak melebihi RM 5,000.00/3 bulan penjara/ kedua

duanya. Guru Besar tidak melebihi RM 500.00/3 bulan penjara/ kedua-
duanya.
7.5. Menghadiri mesyuarat.
7.5.1 Panggilan mesyuarat dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran pentadbiran

pemberitahuan / panggilan mesyuarat perlu diedarkan sekurang-kurangnya
sehari sebelum mesyuarat dijalankan supaya semua dapat membuat persediaan.
Catatan mesyuarat / kehadiran mesti dicatat.
7.5.2 Semua mesyuarat yang diadakan di peringkat Sekolah / PPD / JPN / Kementerian

adalah wajib dihadiri. Sekiranya ada sesuatu halangan / masalah,
pengganti perlu dicari. Sila maklumkan secara rasmi kepada Gurur Besar.
7.5.3 Semua keputusan mesyuarat di luar kawasan sekolah hendaklah dilaporkan
kepada GPK / Guru Besar dalam Minit Curai (format laporan disediakan).
7.6. Kursus-kursus profesionalisme.

7.6.1 Semua guru akan ditentukan mengikut keperluan apa jua kursus yang berkaitan
dengan profesion, yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan-jabatan,
PPD yang berkaitan dengannya. Semua dapatan kursus B wajib disebarluaskan
kepada rakan sejawatan. Satu salinan Minit Curai hendaklah diserahkan kepada

Guru Besar.

DEDICATED TO EXCELLENCE 107

PANDUAN PENGURUSAN SK TAMAN DAYA 2 2022

7.6.2 Guru-guru digalakkan meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing
dengan mengambil / mengikuti kursus-kursus lanjutan yang bersesuaian.

8. PENTADBIRAN
8.1. Pejabat Sekolah / Penggunaan Telefon / Kemudahan.
8.1.1 Hanya untuk urusan rasmi.
8.1.2 Sila catat di dalam buku telefon setiap panggilan yang dibuat dan segala bayaran
panggilan hendaklah dibayar kepada pembantu tadbir.
8.1.3 Panduan menggunakan telefon bimbit di kalangan guru-guru dan
kakitangan sekolah mengikut Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia
KP(BS)B543/041/Jld.III(28) bertarikh 15 Januari 2004 seperti berikut :
Penggunaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti
sekolah yang lain seperti semasa perhimpunan sekolah, mesyuarat, aktiviti
kokurikulum, mengawas peperiksaan, dan sebagainya adalah dilarang sama
sekali.
8.2. Bilik Rehat Guru.
8.2.1 Bilik rehat Guru merupakan cermin guru, staf dan pentadbiran sekolah. Ianya
harus memperlihatkan budaya kemas, ceria, menampilkan keilmuan, senyap,
efisien serta berfungsi dengan cekap, tepat, telus dan tegar.
8.2.2 Kebersihan dan keceriaan Bilik Guru hendaklah sentiasa dijaga. Setiap guru
hendaklah sentiasa mempastikan susunan, kekemasan, keceriaan dan
mengelakkan keadaan tidak terurus, timbunan buku-buku latihan / kerja di atas
meja.
8.3. Keselamatan / Pelawat.
8.3.1 Sekiranya guru-guru melihat / bersua seseorang yang tidak dikenali, beri salam,
sila tanya nama dan pengenalan pelawat tersebut dengan sopan santun dan
hulurkan bantuan dengan mesra. Iringi/tunjukkan mereka ke pejabat.
8.3.2 Semua pelawat diminta berurusan di pejabat terlebih dahulu untuk apa jua
tujuan serta melaporkan dan memperkenalkan diri. Semua pelawat akan diminta
memakai tag ‘Pas Pelawat’ dan mengisi Buku Pelawat Am. Satu borang
kebenaran masuk perlu diisi dan ditandatangani oleh pihak pengurusan sekolah.
8.3.3 Murid-murid dilarang membawa anak / keluarga / kawan-kawan dan orang luar
masuk ke kelas tanpa kebenaran Guru Besar / GPK.
8.3.4 Jurujual adalah dilarang sama sekali masuk ke Bilik Guru, lain-lain bilik di
bangunan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar / GPK.
8.4. Kenyataan Media.
8.4.1 Guru-guru dan staf tidak dibenarkan sama sekali membuat sebarang kenyataan
kepada media mengenai apa jua perkara. Sila rujuk kepada Guru Besar.
8.4.2 Segala urusan surat mesyuarat perhubungan ke PPD / JPNJ / Kementerian
Pelajaran mestilah dibuat melalui dan salinan kepada Guru Besar atau mendapat
kebenaran Guru Besar terlebih dahulu.
9. PENUTUP
Risalah Panduan Guru / Staf ini merupakan dokumen rasmi yang perlu dibaca, diteliti,
difahami, diikuti dan dilaksanakan oleh semua warga SK Taman Daya 2.

DEDICATED TO EXCELLENCE 108

PANDUAN PENGURUSAN SK TAMAN DAYA 2 2022

10. SURAT PEKELILING IKHTISAS.
10.1 SPI Bil. 1/1972 Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajar
1959 (Corporal Punishment Guru Besar)

10.2 SPI Bil 5/1977 Tugas-Tugas Guru Dalam Cuti Penggal (Tidak
Melebihi Separuh)

10.3 SPI Bil. 3/1979 & Pakaian Guru Pendidikan Jasmani.
10.4 6/1985
10.5 SPI Bil 4/1979 & Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah.
3/1985
SPI Bil. 3/1981 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang
(Free Period) Oleh Guru-Guru. Waktu Tidak Mengajar
10.6 SPI Bil. 3/1983 & Adalah Waktu Kerja
10.7 8/1985 Pakaian Murid.
SPI Bil. 4/1984
Perhimpunan Sekolah Masa Dan Atur Cara bukan
10.8 SPI Bil. 5/1985 Tempat Untuk Menjalankan Hukuman Memalukan.
Rancangan Mencantikkan Dan Mengindahkan
10.9 SPI Bil. 8/1988 Sekolah.
10.10 SPI Bil. 12/1988 Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.
Larangan Menjalankan Jualan Terus Di Sekolah-
10.11 SPI Bil. 13/1988 Sekolah.
Pendaftaran Murid/Pelajar Baru Dan Hari Pertama
10.12 SPI Bil. 1/1995 Persekolahan.
Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pendidikanjasmani
10.13 SPI Bil. 13/1998 Dan Kokurikulum.
10.14 SPI Bil. 8/1999 Program Membina Minat Membaca.
Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan
10.15 SPI Bil. 12/1999 Balik Sekolah.
Penggunaan Buku Teks Dan Buku Latihan Aktiviti
10.16 SPI Bil. 3/1999 Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan
10.17 SPI Bil. 6/2000 Malaysia
Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran.
10.18 SPI Bil. 4/2002 Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan
10.19 SPI Bil. 2/2003 Gangster
10.20 SPI Bil. 8/2007 Pelaksanaan Program Sekolah Selamat
Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih
10.21 SPI Bil. 8/2016 Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di
Hari Persekolahan Dan Perhimpunan Bukan
10.22 SPI Bil. 3/2008 Kokurikulum
10.23 SPI Bil. 3/1993 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(Semakan 2017) Secara Berperingkat-Peringkat
Mulai Tahun 2017
Mengundang Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah
Dan Penggunaan Premis Sekolah Oleh Pihak Sekolah
Pemakaian Tudung/ Mini Telekung Bagi Pelajar
Perempuan

DEDICATED TO EXCELLENCE 109

PANDUAN PENGURUSAN SK TAMAN DAYA 2 2022

10.24 SPI Bil. 11/2011 Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan Di
Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan
10.25 SPI Bil. 6/2016 Cuti Pada Hari Peperiksaan Awam Pentaksiran Pusat

10.26 SPI Bil. 3/2017 Garis Panduan Nilai Dan Etika Penggunaan Media
Sosial Guru Dan Murid
10.27 SPI Bil. 1/2017 Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan
*** Sila rujuk link http://www.moe.gov.my/index.php/my/pekeliling/pekelilling-ikhtisas

untuk merujuk surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan bidang pendidikan.

11.SURAT PEKELILING Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik di
11.1 SPAM Bil. 1/2004 bawah agensi-agensi kerajaan.

AKU JANJI

Akan Sentiasa Taat Setia Kepada Yang Dipertuan Agong, Negara Dan Kerajaan
Contoh pelanggaran:

1. Bersubahat dengan musuh negara
2. Membocorkan rahsia kerajaan
3. Memburukkan serta memperkecilkan dasar kerajaan
4. Berlaun dalam ilem yang memburukkan kerajaan

Akan Sentiasa Melaksanakan Tugas Dengan Cermat, Bersungguh-Sungguh, Cekap, Jujur,
Amanah, Dan Bertanggungjawab
Contoh pelanggaran:

1. Kurang cekap atau kurang berusaha
a) gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur
b) membuat bayaran tanpa disertakan dengan baucer, bil,resit dan invois
c) tidak berkebolehan dan terpaksa diarah sepanjang masa

2. Tidak jujur dan amanah
a) tidak melaporkan harta yang dimiliki olehnya atau ahli keluarga
b) membuat tuntutan palsu
c) tidak melaporkan hutang piutang yang berkaitan tugas guru

3. Tidak bertanggungjawab
a) menghasut pegawai lain supaya tidak bertugas dengan bersungguh-sungguh
b) bercuti semasa perkhidmatan amat diperlukan
c) tidak melaporkan kesalahan pegawai bawahannya yang berkaitan dengan tugas guru

Tidak Membelakangkan Tugas Awam Demi Kepentingan Peribadi
Contoh pelanggaran:

1. Menguruskan perniagaan atau pelaburan sendiri atau ahli keluarga dalam waktu pejabat
mengutamakan saudara-mara, rakan-rakan, atau orang yang rapat dengannya semasa
menimbang sesuatu permohonan

2. Menguruskan tender/sebut harga terdiri daripada saudara - maranya
3. Menggunakan waktu bekerja untuk urusan peribadi tanpa kebenaran ketua jabatan

DEDICATED TO EXCELLENCE 110

PANDUAN PENGURUSAN SK TAMAN DAYA 2 2022

Tidak Akan Berkelakuan Dengan Cara Yang Mungkin Menyebabkan Kepentingan Peribadi
Bercanggah Dengan Tugas Awam
Contoh pelanggaran:

1. Tidak mengelakkan dirinya daripada bergaul terlalu rapat dengan mereka yang jelas akan
mendapat keuntungan daripada tugas rasmiya

2. Tidak mengelak diri daripada menerima hadiah yang berharga daripada syarikat, ahli
perniagaan atau individu

3. Memproses, menimbang atau meluluskan sesuatu permohonan daripada ahli keluarganya

Tidak Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Menimbulkan Syak Yang Munasabah Bahawa
Pegawai Telah Membiarkan Kepentingan Peribadinya Bercanggah Dengan Tugas Rasmi
Sehingga Menjejaskan Kegunaan Sebagai Penjawat Awam
Contoh pelanggaran:

1. Tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang telah melanggar sesuatu peraturan dengan
tujuan mendapat ganjaran daripadanya

2. Berhutang dengan seorang lembaga pengarah yang syarikatnya ada memohon tanah untuk
tapak kilang di daerah yang berada di bawah petadbiran pegawai atau isteri pegawai adalah
seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut

Tidak Akan Menggunakan Kedudukan Sebagai Penjawat Awam Sebagai Pegawai Awam Bagi
Faedah Diri Sendiri
Contoh pelanggaran :

1. Menggunakan kenderaan jabatan sebagai kemudahan peribadi untuk pergi dan balik pejabat,
menghantar anak ke sekolah dan sebagainya

2. Menggunakan pengaruh kedudukan untuk mengubah lot tanah yang telah diluluskan kepada
isterinya sedangkan pegawai tidak diberi kuasa berbuat demikian

Tidak Akan Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Memburuk Dan Mencemarkan Nama
Perkhidmatan Awam
Contoh pelanggaran :

1. Terlibat dengan penyalahgunaan dadah
2. Disabitkan atas kesalahan jenayah/mahkamah syariah
3. Berada dalam keberhutangan kewangan yang serius
4. Sengaja melengahkan kelulusan permohonan lesen daripada orang ramai
5. Bersikap kurang sopan seperti mabuk atau memarahi dan memaki orang ramai yang berurusan

di kaunter

Tidak Akan Membawa Sebarang Pengaruh Atau Tekanan Luar Untuk Menyokong Atau
Memajukan Tuntutan Diri Sendiri Atau Pegawai Lain Berhubung Dengan Perkhidmatan Awam
Contoh pelanggaran:

1. Meminta orang kenamaan untuk menggunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan
Pangkat

2. Meminta bantuan ahli politik untuk menyokong permohonan bagi mendapatkan tanah kerajaan,
rumah atau jawatan

Tidak Ingkar Perintah Atau Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Ditafsirkan Sebagai Ingkar
Perintah
Contoh pelanggaran :

1. Membantah atau melawan pegawai atasan
2. Membawa keluar fail terperingkat jabatan tanpa kebenaran
3. Keluar negara atau urusan persendirian tanpa kelulusan
4. Mengambil bahagian aktif dalam politik tanpa kebenaran

DEDICATED TO EXCELLENCE 111

PANDUAN PENGURUSAN SK TAMAN DAYA 2 2022

DEDICATED TO EXCELLENCE 112


Click to View FlipBook Version