The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by solikinahmad, 2023-06-24 11:59:13

BUKU MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH

BUKU MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH

DASAR 1MURID 1SUKAN PENGURUSAN KELAB SUKAN LATAR BELAKANG SUKAN DODGEBALL PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN PERKEMBANGAN KEMAHIRAN 3 3 3 4 4 4 4 6 6 6 8 8 11 11 12 16 17 19 20 22 22 24 24 24 26 27 27 30 33 KEPENGADILAN DALAM SUKAN DODGEBALL KEJURULATIHAN DALAM SUKAN DODGEBALL 39 39 40 41 41 41 42 46 46 46 47 47 ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT BAB 1 BAB 2 BAB 3 BAB 4 BAB 5 1.1 PENGENALAN 1.2 RASIONAL 1.3 MATLAMAT 1.4 KONSEP 1.5 PRINSIP PELAKSANAAN 2.1 PENGENALAN 2.2 PENUBUHAN KELAB SUKAN 2.3 ORGANISASI KELAB SUKAN 2.4 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KELAB SUKAN 3.1 PENGENALAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN 3.2 UNDANG-UNDANG ASAS PERMAINAN DODGEBALL 3.3 UKURAN GELANGGANG 3.4 PERALATAN DAN TATACARA BERPAKAIAN 4.1 PERTIMBANGAN UNTUK LATIHAN 4.2 SESI LATIHAN KEMAHIRAN (CONTOH 1) 4.3 SESI LATIHAN KEMAHIRAN (CONTOH 2) 4.4 AKTIVITI REGANGAN DAN MEMANASKAN BADAN 4.5 AKTIVITI GERAK KENDUR 4.6 CONTOH AKTIVITI MEMANASKAN BADAN 4.7 CONTOH AKTIVITI GERAK KENDUR 5.1 KEMAHIRAN MEMBALING BOLA 5.2 KEMAHIRAN MENANGKAP BOLA 5.3 KEMAHIRAN MENGELAK BOLA BAB 4.3 SESI LATIHAN KEMAHIRAN (CONTOH 2) 6 6.1 PENGENALAN 6.2 PENAMPILAN SEORANG PENGADIL/ REFERI 6.3 ALATAN KEPERLUAN PENGADIL/ REFERI 6.4 KETUA PENGADIL/ REFERI 6.5 PENGADIL/ REFERI GARISAN 6.6 ISYARAT PENGADIL/ REFERI 4.3 SESI LATIHAN KEMAHIRAN (CONTOH 2) 7.1 PENGENALAN DAN CIRI-CIRI JURULATIH CEMERLANG 7.3 PERANAN JURULATIH 7.4 TANGGUNGJAWAB JURULATIH & KEMAHIRAN ASAS JURULATIH 7.6 PERKEMBANGAN KEJURULATIHAN SUKAN DODGEBAL BAB 7


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 3 BAB 1: PENGENALAN DASAR 1MURID 1SUKAN 1.1 PENGENALAN Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik. 1.2 RASIONAL Dasar 1M 1S mendukung Dasar Sukan Untuk Semua, dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional semua kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti mata pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani. Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 4 Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi. 1.3 MATLAMAT Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Dasar ini juga memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi. 1.4 KONSEP Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid bermula Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar; 1.4.1 memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif; 1.4.2 membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan jumlah penyertaan murid, sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan 1.4.3 memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. 1.5 PRINSIP PELAKSANAAN Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut: 1.5.1 Setiap murid termasuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun, murid Pra Sekolah hingga


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 5 Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil.16/2010 bertarikh 1/12/2010 Rujuk LAMPIRAN 1). 1.5.2 Murid boleh menyertai lebih daripada satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. 1.5.3 Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M 1S. 1.5.4 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan. 1.5.5 Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid. 1.5.6 Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. 1.5.7 Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. 1.5.8 Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah. Semua prosedur dan langkah-langkah keselamatan hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kemalangan.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 6 BAB 2 : PENGURUSAN KELAB SUKAN 2.1 PENGENALAN Pengurusan Kelab Sukan melibatkan lima (5) proses utama dengan tindakan bagi mencapai objektif. 2.1.1 Merancang Melibatkan proses menentukan objektif kelab sukan dan cara untuk mencapai objektifnya. 2.1.2 Mengelola Merujuk kepada proses mengagih serta mengkoordinasikan tugas serta sumber untuk mencapai sesuatu objektif kelab sukan. 2.1.3 Memimpin Proses memimpin ahli kelab untuk melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat kelab sukan. 2.1.4 Mengawal Proses membentuk dan mengimplimentasikan mekanisme penilaian kerja bagi memastikan objektif kelab sukan yang dirancang akan tercapai. 2.1.5 Tindakan Membuat penilaian dan penambahbaikan bagi mencapai objektif yang ditetapkan 2.2 PENUBUHAN KELAB Pihak sekolah perlu mengenal pasti beberapa kriteria dalam proses penubuhan kelab di sekolah. Antara kriteria tersebut adalah seperti yang berikut : 2.2.1 Mengenal pasti kepakaran yang ada (guru yang bakal dilantik) Pihak pengurusan perlu mengambil kira aspek-aspek kepakaran sedia ada daripada guru-guru itu dalam pemilihan dan pelantikan guru penasihat kelab sukan sekolah. Kepakaran ini merujuk kepada penglibatan guru tersebut dari bangku sekolah, Institut Pendidikan Guru (IPG) atau di universiti. Pengalaman tersebut boleh dijadikan asas kepada pertimbangan bagi pelantikan sebagai guru penasihat sesebuah kelab sukan sekolah. 2.2.2 Kemudahan prasarana sukan yang ada di sekolah Prasarana merupakan satu elemen yang mempengaruhi pelaksanaan program sukan di sekolah. Pihak sekolah perlu kreatif dalam mengoptimumkan prasarana seperti padang, gelanggang atau dewan tertutup. Sekolah perlu bijak menyusun program-program sukan supaya dapat mewujudkan sekurang-kurangnya satu kebitaraan sukan sekolah.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 7 2.2.3 Peralatan sukan yang sedia ada di sekolah Peralatan sukan juga mempengaruhi pelaksanaan program sukan di sekolah. Pelbagai aspek perlu dilihat secara menyeluruh dalam menyediakan peralatan sukan di sekolah. Pihak sekolah mungkin boleh mempertimbangkan aspek bilangan jenis sukan yang akan diwujudkan dalam sekolah, jumlah murid yang akan menyertai dan guru penasihat yang boleh menyelenggarakan peralatan sukan. Penyediaan peralatan sukan juga dipengaruhi oleh harga dan jangka hayat alatan tersebut. 2.2.4 Budaya sukan popular yang menjadi pilihan murid di sekolah Pemilihan jenis-jenis sukan untuk kelab sukan dipengaruhi oleh budaya sukan di sekolah berkenaan atau mungkin dipengaruhi oleh persekitaran masyarakat dalam komuniti tersebut. Pemilihan sukan-sukan itu perlulah bersesuaian dengan budaya sedia ada bagi memudahkan penglibatan murid secara menyeluruh. 2.2.5 Bilangan guru dan murid Bilangan guru dalam kelab sukan dipengaruhi oleh pengalaman guru tersebut sama ada sebagai seorang ahli sukan, guru penasihat atau jurulatih. Bilangan guru dalam satu-satu jenis sukan juga dipengaruhi oleh jumlah murid yang menyertai kelab sukan tersebut. Penyertaan murid dalam kelab sukan juga perlu dikawal agar ahli kelab tidak terlalu ramai. Contohnya, kelab sukan bola sepak dan badminton pasti menjadi pilihan utama murid di Malaysia. Oleh itu, penyelaras sukan dan permainan perlu bijak mengagihkan guru dan murid sekolah itu secara menyeluruh.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 8 2.3 CARTA ORGANISASI KELAB Organisasi kelab sukan sekolah perlu distruktur agar sistem pengoperasiannya lebih berkesan. Langkah ini merupakan latihan awal murid dalam mengurus sesebuah kelab sukan yang mungkin sedikit sebanyak menyamai organisasi sukan di luar. Carta 1: Contoh carta organisasi Kelab Sukan Sekolah


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 9 2.4 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KELAB SUKAN SEKOLAH 2.4.1 Pengerusi • Mempengerusikan mesyuarat dan bertanggungjawab atas kelancaran mesyuarat; • Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya; dan • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. 2.4.2 Naib Pengerusi • Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi; • Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi; dan • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. 2.4.3 Setiausaha • Mengurus hal-hal surat-menyurat; • Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/ laporan kegiatan; • Mencatat kehadiran ahli; • Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan; dan • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. 2.4.4 Penolong Setiausaha • Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya; dan • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. 2.4.5 Bendahari • Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab; • Merekod dan menyimpan kira-kira kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya; • Menyediakan Penyata Kewangan kelab sukan sekiranya diperlukan dan menandatanganinya; • Melaporkan kedudukan kewangan kelab dalam mesyuarat ahli jawatankuasa; • Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung; dan • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 10 2.4.6 Penolong Bendahari • Membantu Bendahari dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya; dan • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. 2.4.7 Ahli Jawatankuasa • Membantu menjalankan tugas dalam setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan; • Mempengerusikan biro sekiranya dilantik; dan • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. 2.4.8 Pemeriksa Kira-Kira • Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan kelab sukan dan bertanggungjawab ke atasnya; • Memastikan pengurusan kewangan diurus dengan betul Semasa mengendalikan kelab sukan, guru penasihat perlu menyelaras dan memantau perkembangan jawatankuasa semasa merancang dan menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan. Guru penasihat perlu memberi maklumat dan dorongan kepada jawatankuasa kelab agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik bagi memberi keseronokan kepada ahli-ahli kelab. Bidang tugasan yang diberi merupakan cadangan pecahan bidang tugas jawatankuasa kelab sukan yang bakal dibentuk nanti.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 11 BAB 3 : LATAR BELAKANG SUKAN DODGEBALL 3.1 PENGENALAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN Dodgeball dikenali sebagai ‘bola beracun’ yang merupakan permainan Sukan Massa yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai Sukan Teras Negara. Sebanyak 5 biji bola fabrik digunakan dalam sukan dodgeball dan dimainkan dengan dua (2) Kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seramai 6 orang pemain di gelanggang dan seramai 15 orang setiap pasukan. Permainan ini memerlukan ketangkasan, kecekapan dan kecergasan yang memerlukan kemahiran membaling, mengelak, menangkap dan mengadang untuk mematikan para pemain pihak lawan dengan menggunakan bola yang ada pada mereka. Di Amerika Syarikat, permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak sekolah rendah berusia dalam lingkungan 6 hingga 12 tahun. Namun begitu, di peringkat antarabangsa, sukan ini juga telah muncul sebagai sukan yang popular di sekolah menengah, sekolah tinggi dan di universiti. Ia juga terkenal sebagai permainan informal dan sering dimainkan di taman permainan, di dalam gim atau dalam liga sukan rekreasi. Sejarah Dodgeball (Fabrik) di Malaysia bermula sejak tahun 2015 apabila sekumpulan Ahli jawatanKuasa yang diketuai oleh Saudari Nozieka Faisal bersama 7 anggota lain menubuhkan Persekutuan Dodgeball Malaysia (MDF) dan menghantar Pasukan Dodgeball Malaysia ke Kejohanan Asian Dodgeball di Australia pada tahun 2015. Persekutuan Dodgeball Malaysia (MDF) merupakan ahli Gabungan Persatuan Dodgeball Dunia (WDA) yang merupakan ahli gabungan kepada GAISF, AIMS, WADA dan beberapa pertubuhan yang lain. Kejayaan Pasukan Malaysia apabila melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali pertama di Manchester pada tahun 2016. Penyertaan Malaysia di Piala Dunia itu telah mengubah persepsi kepada Pasukan Malaysia yang digelar sebagai pasukan “underdog” apabila berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir dan bertemu dengan pasukan gergasi dunia iaitu Pasukan England. Akhirnya, pasukan Dodgeball Malaysia telah berjaya mencipta sejarah dengan mendapat kedudukan Naib Johan. Kecemerlangan sukan Dodgeball ini terus disebutsebut apabila pada tahun 2017, Malaysia telah mendapat Pingat Emas bagi ketiga-tiga kategori iaitu pasukan lelaki, perempuan dan campuran di Kejohanan Asia Pasifik Championships di Axiata Arena, Kuala Lumpur yang disertai oleh 10 Negara Asian. Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk proses kelayakan ke Piala Dunia.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 12 Pada tahun 2018, pasukan lelaki kebangsaan telah mengekalkan kecemerlangannya dengan mendapat tempat kedua selepas tewas kepada pasukan Austria di Piala Dunia 2018 yang diadakan di Madison Square Garden, New York City. Namun begitu, kedudukan ranking dunia bagi pasukan Malaysia telah meningkat sehingga menduduki tempat pertama setelah berjaya mengalahkan juara bertahan iaitu pasukan England pada pusingan separuh akhir. Sehingga kini pasukan lelaki dan pasukan campuran negara menduduki ranking pertama dalam dunia. Di sebalik pembangunan Dodgeball yang pesat di Malaysia, sukan ini agak ketandusan bakat pemain muda. Menyedari hakikat ini, Persekutuan Dodgeball Malaysia (MDF) yang ditubuhkan secara rasmi pada 4hb Januari 2016 untuk mengembangkan Sukan Dodgeball ini di seluruh peringkat di Malaysia dan telah mengambil inisiatif untuk mencungkil pemain-pemain muda. MDF telah mengambil langkah sewajarnya untuk memperkenalkan Sukan Dodgeball ini dengan mengadakan Klinik Sukan Dodgeball di pelbagai peringkat. Bagi memastikan Dodgeball ini dapat diperkenalkan di setiap peringkat, MDF telah merangka pelbagai program termasuk klinik dan latihan terbuka untuk Kemahiran Dodgeball di seluruh Malaysia mengikut zon yang telah ditetapkan. Kini, melalui sukan penggalakan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diharapkan ia mampu membantu mengenal pasti bakat-bakat baru di dalam sukan ini. 3.2 UNDANG-UNDANG ASAS SUKAN DODGEBALL 3.2.1 Permainan Asas PEMAIN SERANGAN (Attacking Player) – Pemain yang membuat balingan atau ingin membuat balingan kepada pihak lawan. GARISAN SERANGAN (Attack Line) – Garisan yang telah ditanda dalam gelanggang, 3 (tiga) meter daripada garisan belakang gelanggang. ZON NEUTRAL (Neutral Zone) – Kawasan yang diluaskan daripada garisan tengah sebanyak 1.5 meter di antara kawasan 2 pasukan dalam gelanggang. Kawasan ini mungkin dipenuhi pemain daripada dua pasukan. Pemain boleh memasuki kawasan neutral dengan selamat namun tidak boleh menyentuh melepasi garisan zon neutral pihak lawan. Pemain yang melepasi kawasan berkecuali pasukan lain akan tersingkir.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 13 PERCUBAAN (Attempt) – Tindakan pemain yang memegang bola mencuba untuk mengeluarkan pemain lawan dengan membaling ke arah pemain lawan. Balingan hendaklah sampai ke arah pertahanan pemain lawan dan ketinggian balingan bola hendaklah sampai ke pihak lawan tanpa melompat. Balingan tidak sah (Invalid Throw) jika balingan dibuat di luar lingkungan 1 (satu) meter daripada pemain lawan. HALANGAN (Block) – Pemain boleh menggunakan bola untuk menghalang balingan daripada pihak lawan. Pemain dikira masih hidup walaupun bola lawan mengenai bola yang digunakan sebagai halangan. HALANGAN SERANGAN (Block Attack) – Halangan yang menyebabkan bola melantun melepasi garisan tengah gelanggang ke arah pihak lawan dan tidak menyentuh mana-mana permukaan, bola tersebut dikira masih hidup (live ball). Jika bola tersebut dapat ditangkap kembali oleh pihak yang membuat serangan, pihak lawan (block) akan tersingkir. TANGKAP (Catch) – Tindakan pemain secara sah menangkap balingan daripada pasukan lawan. Menangkap bola yang melantun dan jatuh selepas terkena pemain lain adalah dibenarkan. Tangkapan hendaklah sempurna dan kemas dalam kawalan pemain. Tangkapan yang sempurna dapat menyingkirkan pihak lawan yang membuat balingan. TANGKAP DAN BAWA MASUK PEMAIN LAIN (Catch and Carry) Tangkapan bola yang telah dibuat oleh pemain yang berada di dalam gelanggang boleh memasukkan semula seorang pemain pasukan tersebut yang telah tersingkir. BOLA HIDUP (Live Ball) – Bola yang dilepaskan ke udara dan tidak menyentuh mana-mana permukaan dari saat ia dilontarkan oleh pemain sehingga ia mencapai sasarannya. Pemain akan dikeluarkan sekiranya bola yang dilontarkan terkena ataupun ditangkap.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 14 BOLA MATI (Dead Ball) – Istilah yang digunakan untuk balingan bola yang tidak boleh menyingkirkan pihak lawan. Keadaan bola mati adalah seperti berikut: 1. Sentuhan/jatuh ke lantai gelanggang atau dinding, siling, tiang ataumanamana permukaan atau mana-mana individu-individu di luar gelanggang. 2. Bola yang tidak diaktifkan opening rush 3. Bola melepasi garisan tepi atau belakang dan melantun ke arah dinding, lantai atau mana-mana objek/individu yang tidak bermain di dalam gelanggang yg terbuka. 4. Telah diperintah oleh pengadil. PASUKAN (Team) – Satu pasukan Dodgeball terdiri daripada 6 hingga 12 orang pemain. Pemain yang berada dalam gelanggang adalah seramai 6 orang setiap pasukan. PERLAWANAN (Match) – Perlawanan antara 2 pasukan selama: 15 minit : Separuh masa pertama 5 minit : Rehat 15 minit : Separuh masa kedua (masa permainan setiap set maksimum adalah selama 3 minit) MATA (Point) – Menang : 2 mata bagi setiap set Seri : 1 mata bagi setiap set Kalah : 0 mata bagi setiap set PERMULAAN PERMAINAN Bahagian 1: Permulaan Permainan (Opening Rush) A. Permainan akan bermula ketika semua pemain berada di belakang garisan back line. Pemain tidak boleh melebihi garisan belakang atau menyentuh garisan belakang sehingga pengadil meniupkan wisel permulaan permainan. B. Semasa opening rush, maksimum 3 orang pemain setiap pasukan akan berlari mengambil bola di garisan tengah untuk diaktifkan. Hanya seorang pemain dibenarkan merebut bola ditengah. C. False start berlaku apabila pemain membuat gerakan sebelum wisel ditiup oleh pengadil.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 15 D. Kesalahan permulaan permainan (false start) : 1. Bola ditengah akan diberi kepada pihak lawan dan pasukan akan bermula semula di garisan back line. 2. Pasukan yang melakukan false start, hanya dua orang pemain sahaja dibenarkan mengambil bola di garisan tengah. E. Ketika ketua pengadil meniup wisel permulaan, kedua-dua pasukan harus segera ke tengah gelanggang dan mengambil dua (2) bola di bahagian kiri pasukan mereka dan bola di tengah direbut. F. Pemain yang tidak mengambil bola perlu bergerak masuk ke dalam gelanggang. G.Ketika cubaan mendapatkan bola dari kiri, satu kaki pemain dibenarkan melebihi garisan tengah. H. Pemain yang merebut bola ditengah tidak dibenarkan memijak garisan, menyentuh atau menolak pihak lawan. Bahagian 2: Mengaktifkan Bola (Active Ball) A. Bola perlu diaktifkan dengan membawa bola daripada center line ke belakang melepasi attack line sebelum dibaling untuk menyingkirkan pemain lawan. Bahagian 3: Time Outs A. Hanya pengadil yangmempunyai hak untuk menghentikan permainan sekiranya berlaku situasi berikut: • Kecederaan pemain • Provokasi • Bantahan daripada pihak lawan • Perbincangan antara pengadil • Dan situasi yang dibenarkan pengadil B. Ketika time out, pemain aktif tidak dibenarkan keluar gelanggang. MASA TAMBAHAN (Overtime) – Masa tambahan 3 minit akan dimainkan ketika kedua-dua pasukan jumlah mata yang sama. MATA PEMUTUS (Sudden Death) - Jika kedua-dua pasukan masing mencatatkan keputusan seri setelah masa tambahan, perlawanan ditentukan melalui “Sudden Death”. Pasukan yang berjaya mematikan seorang pemain pihak lawan dahulu akan dikira sebagai pemenang.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 16 3.3 UKURAN GELANGGANG


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 17 3.4 PERALATAN & TATACARA PAKAIAN SUKAN DODGEBALL 1. Bola Saiz Bola 7 inci ( Saiz 3 ) : Elit dan pelajar sekolah Menengah 2. Jersi Jersi seragam bernombor : Elit dan pelajar sekolah Menengah


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 18 3. Knee Guard 4. Tape 5. Kon


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 19 BAB 4 : PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN 4.1 PERTIMBANGAN UNTUK LATIHAN 1. Tahap Murid Aktiviti sukan yang dijalankan perlu bersesuaian dengan tahap umur dan keupayaan murid. 2. Bilangan Murid Guru harus mengetahui bilangan murid yang akan menyertai aktiviti ini supaya dapat menyediakan peralatan yang mencukupi dan ruang latihan yang bersesuaian. 3. Langkah-langkah Keselamatan Antara langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah: • Tahap kesihatan murid • Memanaskan badan dan gerak kendur sebelum dan selepas aktiviti. • Pakaian dan kasut yang bersesuaian dengan aktiviti. • Peralatan dan kemudahan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat. 4. Tempat Latihan Ruang latihan yang sesuai dan selamat. 5. Kemudahan Peralatan Merancang jumlah dan jenis-jenis peralatan yang perlu digunakan semasa aktiviti seperti bola, kon dan sebagainya. 6. Masa Latihan Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti adalah 90 minit bagi sekolah menengah.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 20 4.2 SESI LATIHAN KEMAHIRAN (CONTOH 1) Permainan : Dodgeball Tarikh : 24 Mei 2023 Masa : 2.00 hingga 3.30 petang Kemahiran : Membaling dan menangkap bola Alatan : Bola Dodgeball dan kon. KOMPONEN / MASA AKTIVITI / KETERANGAN PENGELOLAAN / GAMBAR RAJAH Memanaskan badan (10 minit) Memanaskan badan dan regangan Sila rujuk gambar rajah Aktiviti (40 minit) Aktiviti membaling dan menangkap bola statik • Murid berpasangan dalam kedudukan menghadap dalam jarak 1.5 meter. • Murid membaling bola aras bahu dan menangkap bola dalam keadaan statik. X X X X X X X X X = Murid Aktiviti membaling dan menangkap bola dinamik • Murid membentuk dua kumpulan. • Kemahiran asas balingan aras bahu dilakukan secara dinamik semasa membaling dan menangkap bola. • Murid bergilir-gilir membuat balingan dan tangkapan. XXXX XXXX X = Murid


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 21 Aktiviti membaling dan menangkap bola dalam formasi segi empat • Murid membentuk empat kumpulan dalam formasi segi empat seperti gambar rajah di sebelah. • Dua bola digunakan dalam aktiviti membaling dan menangkap. • Murid membaling bola mengikut giliran. Kemudian, bergerak ke kon seterusnya mengikut arah jam. XXX XXX XXX XXX X= Murid Permainan Kecil (30 minit) “Catch the ball!” • Pasukan X diberi sebiji bola untuk membuat balingan. • Pasukan X akan berada dalam kedudukan seperti rajah di sebelah. • Pasukan Y akan cuba menangkap balingan bola daripada pasukan X. • Pasukan Y akan menangkap bola sebanyak yang boleh. • Ahli pasukan Y yang terkena bola dikira tersingkir. • Seterusnya, pasukan X dan pasukan Y boleh bertukar peranan. X X X Y Y Y Y Y Y X X X Menyejukkan badan (10 minit) • Gerak kendur • Perbincangan


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 22 4.3 SESI LATIHAN KEMAHIRAN (CONTOH 2) Permainan : Dodgeball Tarikh : 31 Mei 2023 Masa : 2.00 hingga 3.30 petang Kemahiran : Mengelak bola Alatan : Bola Dodgeball dan kon. KOMPONEN / MASA AKTIVITI / KETERANGAN PENGELOLAAN / GAMBAR RAJAH Memanaskan badan (10 minit) Memanaskan badan dan regangan Sila rujuk gambar rajah Aktiviti (40 minit) Aktiviti mengelak 1 bola • Pemain X akan melakukan balingan manakala, pemain Y akan mengelak bola. X X X X X X Y Y Y Y Y Y Aktiviti mengelak 3 bola • 3 pemain yang ada bola akan membuat balingan kepada seorang pemain. • Pemain Y akan cuba untuk mengelak. Y X X X


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 23 Permainan Kecil (30 minit) Bola beracun dalam bulatan • Murid dibahagikan dua kumpulan. • Kumpulan A membuat bulatan besar (membaling bola) • Kumpulan B berada di dalam bulatan besar (mengelak bola) • Ahli kumpulan B yang terkena bola dikira tersingkir. • Setelah semua pemain kumpulan B disingkirkan, pemain kumpulan A dikira menang. • Seterusnya, kumpulan A dan kumpulan B boleh bertukar peranan. = Kumpulan A = Kumpulan B Menyejukkan badan (10 minit) • Gerak kendur • Perbincangan


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 24 4.4 AKTIVITI REGANGAN DAN MEMANASKAN BADAN Bertujuan untuk : i. meningkatkan suhu badan dan kadar nadi; ii. merangsang aktiviti sistem saraf pusat (meningkatkan fungsi transmisi saraf-kontraksi otot menjadi lebih efisien); iii. mengurangkan masa reaksi; iv. meningkatkan koordinasi; v. mengurangkan risiko kecederaan; dan vi. meningkatkan tahap motivasi dan persediaan psikologi. 4.5 AKTIVITI GERAK KENDUR Bertujuan untuk : i. menurunkan kadar nadi dan suhu badan; ii. mengendurkan otot; dan iii. mengurangkan risiko kecederaan. 4.6 CONTOH AKTIVITI MEMANASKAN BADAN a) Senaman regangan statik


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 25 b) Senaman regangan dinamik


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 26 4.7 CONTOH AKTIVITI GERAK KENDUR c) Aktiviti-aktiviti (berpasangan)


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 27 BAB 5 : PERKEMBANGAN KEMAHIRAN 5.1 KEMAHIRAN ASAS MEMBALING BOLA 5.1.1 Jenis Balingan Asas A. BALINGAN ARAS BAHU • Bahu menghadap ke sasaran. • Bola yang dipegang tangan dominan dibawa ke belakang melepasi paras bahu. • Kedudukan siku yang memegang bola fleksi sedikit dan tangan yang tidak memegang bola menghala ke hadapan. • Dalam keadaan badan tegak, pemain membaling bola dari belakang ke hadapan. Kedudukan kaki belakang ikut lajak ke hadapan. • Tangan yang membaling harus ikut lajak di akhir perlakuan untuk menghasilkan kuasa yang maksimum. B. BALINGAN ATAS KEPALA Teknik Kemahiran • Bahu menghadap ke sasaran. • Bola yang dipegang dengan tangan dominan dibawa ke belakang melepasi paras bahu. • Kedudukan siku yang memegang bola fleksi sedikit dan tangan yang tidak memegang bola menghala ke hadapan. • Dalam keadaan badan tegak, pemain membaling bola dari atas kepala ke hadapan. Kedudukan kaki belakang lajak ke hadapan. • Tangan yang membaling harus ikut lajak di akhir pelakuan untuk menghasilkan kuasa yang maksimum.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 28 5.1.2 AKTIVITI KEMAHIRAN AKTIVITI/ KETERANGAN GAMBAR RAJAH IMBAS QR (VIDEO) AKTIVITI Keterangan : a. Pemain akan membaling bola ke arah kon. Setiap kon berbeza kedudukan dan jarak. b. Setiap 1 kon harus dibaling tepat sebanyak 3 kali.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 29 C. PERMAINAN KECIL AKTIVITI/ KETERANGAN GAMBAR RAJAH IMBAS QR (VIDEO) AKTIVITI 1 Organisasi • 10 pemain (2 kumpulan) • 1 bola • 10 kon Keterangan : a. Pemain harus menjatuhkan kon dengan membaling bola. b. Sebelum membuat balingan, pemain harus membuat T-test. c. Pasukan yang dapat menjatuhkan kesemua kon dikira pemenang.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 30 5.2 KEMAHIRAN ASAS MENANGKAP BOLA 5.2.1 ASAS MENANGKAP BOLA Posisi Badan dan Tangan a. Dalam keadaan berdiri • kaki dibuka seluas bahu mengikut keselesaan • lutut dibengkokkan sedikit • siku dikunci di bahagian pinggang dan tapak tangan menghadap ke hadapan • mata perhatikan pergerakan pihak lawan b. Dalam keadaan melutut • duduk secara melutut dan dibuka seluas bahu • siku dikunci dibahagian pinggang dan tapak tangan menghadap ke hadapan • mata perhatikan pergerakan pihak lawan


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 31 5.2.2 Teknik Menangkap Bola • Bola yang ditangkap pemain seharusnya menyentuh badan untuk menyerap daya momentum, diikuti dengan kedua-dua tapak tangan menyerkap bola. (posisi tangan berada di sisi bola) 5.2.3 Zon Menangkap Bola


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 32 5.2.4 Teknik Menyerap Momentum Bola • Tumpukan pandangan mata ke arah pergerakan bola yang datang • Siku dikunci pada pinggang, lutut fleksi sedikit dan tegakkan bahagian atas badan • Ketika menangkap bola, badan dibongkokkan sedikit untuk menyerap momentum bola. D. AKTIVITI KEMAHIRAN AKTIVITI/ KETERANGAN GAMBAR RAJAH IMBAS QR (VIDEO) AKTIVITI Keterangan : a. Pemain akan membaling bola ke arah kon. b. Setelah membuat balingan, pemain tersebut akan beratur di belakang semula.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 33 E. PERMAINAN KECIL AKTIVITI/ KETERANGAN GAMBARAJAH IMBAS QR AKTIVITI 1 Organisasi • Grid 8.5m x 2m • 6 orang 1 pasukan • 1 bola Keterangan : a. Pasukan A dan B membuat balingan dan menangkap bola secara berterusan antara satu sama lain. b. Pemain yang berjaya menangkap bola diberi 1 markah. c. Balingan yang dilakukan haruslah di dalam zon tangkapan. d. Jika balingan dibuat luar dari zon tangkapan, mata akan diberi kepada pihak lawan. e. Pasukan yang berjaya mengutip 21 markah dikira pemenang. 5.3 KEMAHIRAN MENGELAK BOLA PASUKAN A PASUKAN B


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 34 5.3.1 Asas Mengelak Bola a. Posisi badan • Kaki dibuka seluas bahu mengikut keselesaan. • Pergerakan hanya menggunakan tapak kaki di hadapan. • Badan dan lutut dibengkokkan sedikit. b. Teknik gerakan • Posisi badan pemain sentiasa menghadap pihak lawan ketika mengelak bola. Pemain mudah disingkirkan jika pergerakan badan dan kepala berpusing selain posisi badan membelakangi pihak lawan. • Pemain harus membuat gerakan acah kiri dan kanan bagi mengelirukan pihak lawan. B. AKTIVITI KEMAHIRAN


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 35 AKTIVITI/ KETERANGAN GAMBAR RAJAH IMBAS QR AKTIVITI 1 Keterangan : a. Pemain A membuat balingan bola dan pemain B harus mengelak. b. Setelah membuat balingan, pemain tersebut akan beratur di belakang semula. c. Pemain harus membuat 10 kali elakkan. Ulangi 3 set dengan rehat 1 minit. C. PERMAINAN KECIL AKTIVITI/ KETERANGAN GAMBAR RAJAH IMBAS QR AKTIVITI 1 Organisasi • Grid 8m x 8m • 2 biji • 2 kon • 1 pasukan 8 orang Keterangan a. Pasukan A harus mengelak balingan bola pasukan B. b. Masa akan dihentikan setelah pemain terakhir disingkirkan. c. Pasukan yang paling lama bertahan dikira sebagai pemenang. 5.4 KEMAHIRAN LINDUNGI DIRI DENGAN BOLA


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 36 5.4.1 Asas melindungi diri dengan bola (Blocking) a. Teknik memegang bola • Gunakan dua tapak tangan untuk memegang bola. • Pandangan mata sentiasa memerhatikan gerakan pihak lawan. • Pemain cuba sedaya mengecilkan badan agar tidak terdedah kepada sasaran. • Pastikan pemain memegang bola mengggunakan dua belah tapak tangan. • Lebarkan bukaan jari agar pegangan lebih kukuh. b. Teknik menepis dengan menggunakan bola • Bola yang dibaling pihak lawan ditepis menghala ke bawah agar tidak melayang yang berkemungkinan terkena rakan sendiri.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 37 C. AKTIVITI KEMAHIRAN AKTIVITI/ KETERANGAN GAMBAR RAJAH IMBAS QR AKTIVITI Keterangan: a. Pemain A membuat balingan bola dan pemain B harus melindungi diri dengan bola. b. Setelah membuat balingan, pemain tersebut akan beratur di belakang semula. c. Pemain harus membuat 10 kali elakkan. Ulangi 3 set dengan rehat 1 minit.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 38 C. PERMAINAN KECIL AKTIVITI/ KETERANGAN GAMBAR RAJAH IMBAS QR AKTIVITI Organisasi • Grid 5m x 6m • 10 biji • 4 kon • 1 pasukan 3 orang Keterangan : a. Pasukan A harus melindungi kon yang berada di belakangnya menggunakan bola yang dipegang. b. Pasukan B harus menjatuhkan kon dengan membuat balingan. c. Pasukan A tidak dibenarkan keluar dari kawasan yang ditetapkan. d. Pasukan yang dapat melindungi kon dengan lebih lama dikira pemenang. e. Masa akan dihentikan apabila kon terakhir dijatuhkan.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 39 BAB 6 : KEPENGADILAN DALAM SUKAN DODGEBALL (FABRIK) 6.1 PENGENALAN MDF diiktiraf oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) sebagai Organisasi Sukan Kebangsaan Dodgeball. Program latihan untuk pengadil telah dibangunkan oleh pihak MDF. Program kepengadilan ini adalah satu-satunya program pembangunan yang diiktiraf oleh seluruh komuniti Dodgeball Malaysia. Struktur Kepengadilan 6.2 PENAMPILAN SEORANG PENGADIL/ REFERI 6.2.1 Memakai pakaian serba hitam yang sesuai, kemas, seragam dan berkasut hitam. • Kebersihan dan penampilan diri mestilah kemas. • Tidak memakai sebarang aksesori perhiasan diri dan barang kemas. Ketua Referi (Head Referee) Pembantu Referi (Asst. Referee) Referi Garisan 1 (Line Referee 1) Referi Garisan 2 (Line Referee 2) Referi Garisan 3 (Line Referee 3) Referi Garisan 4 (Line Referee 4)


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 40 6.3 ALATAN KEPERLUAN PENGADIL/ REFERI 6.4 KETUA PENGADIL/ REFERI (HEAD REFEREE) • Ketua perlu memastikan kawasan permainan selamat untuk digunakan. • Ketua bertanggungjawab untuk memastikan kedua-dua pasukan bersedia untuk memulakan permainan. • Memulakan permainan dengan membuat ‘Opening Rush’ (tiupan wisel) dan memastikan bola diaktifkan terlebih dahulu (bola melepasi attack line) sebelum pemain membuat balingan. • Memastikan pemain yang tersingkir keluar dan berbaris dalam susunan yang betul dan pemain yang ‘dihidupkan’ masuk mengikut turutan. • Memanggil pemain keluar apabila mereka terkena bola live ball (hit). • Memastikan pemain tidak memijak atau melepasi garisan yang tidak dibenarkan. • Menghentikan masa permainan (running time) sekiranya berlaku apa-apa kecederaan yang serius dan menyelesaikan perbalahan yang berlaku antara pasukan ketika bermain. 6.5 PENGADIL/ REFERI GARISAN (LINE REFEREE) • Empat referi garisan digunakan hanya pada playoff untuk perlawanan akhir antara tempat pertama dan kedua, tempat ke-3 dan ke-4 dalam pusingan akhir. • Setiap referi garisan hendaklah berdiri di sudut gelanggang masingmasing. Pergerakan sisi di sepanjang garisan digalakkan untuk pandangan yang lebih baik. • Tanggungjawab referi garisan termasuk: i. memerhati pemain yang melepasi atau menyentuh garisan tepi; ii. memerhati permainan dengan cara yang sama seperti Head Referee kerana mereka mungkin diminta untuk pengesahan semasa perbincangan; dan iii. memanggil pemain keluar (jika perlu) apabila Head Referee tidak melihat kesalahan itu. • Keputusan muktamad akan dibuat oleh Head Referee. Jam tangan / Telefon Pen dan buku nota (kad skor) untuk ditulis Bendera Garisan Pengadil Kad merah dan kuning 2 wisel Laporan perlawanan Toss Coin


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 41 6.6 ISYARAT PENGADIL/ REFERI ARAHAN ISYARAT HURAIAN Start Game Whistle : 1 short Gesture : as shown in image, point to the court Wisel : 1 pendek Isyarat : seperti yang ditunjukkan dalam imej, tunjuk ke gelanggang Out/Exit Whistle : 1 short Gesture : as shown in image, point to the exiting player Wisel : 1 pendek Isyarat : seperti yang ditunjukkan dalam imej, tunjuk ke arah pemain yang keluar


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 42 Catch Whistle : No whistle Gesture : as shown in image, point to the player that the ball was caught by the opponent Wisel : Tiada wisel Isyarat : seperti yang ditunjukkan dalam imej, tunjuk kepada pemain bahawa bola telah ditangkap oleh pihak lawan No Catch Whistle : No whistle Gesture : as shown in image, point to the player that the ball was not caught by the opponent Wisel : Tiada wisel Isyarat : seperti yang ditunjukkan dalam imej, tunjuk kepada pemain bahawa bola tidak ditangkap oleh pihak lawan


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 43 Blocking Whistle : No whistle Gesture : as shown in image Wisel : Tiada wisel Gerak isyarat : seperti yang ditunjukkan dalam imej Safe Whistle : No whistle Gesture : as shown in image Wisel : Tiada wisel Gerak isyarat : seperti yang ditunjukkan dalam imej


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 44 Stepping Line Whistle : 1 mid-long Gesture : as shown in image, point to the player for stepping the line Wisel : 1 tiupan sederhana panjang Isyarat : seperti yang ditunjukkan dalam imej, tunjuk kepada pemain yang memijak garisan dan diarahkan keluar Pause @ Time Out Whistle : 1 long Gesture : as shown in image Wisel : 1 tiupan wisel yang panjang Gerak isyarat: seperti yang ditunjukkan dalam imej


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 45 PERANAN Pengarah Pendidik Penggerak Pengurus Pekerja sosial Pendisiplin Pengkaji Pelajar BAB 7 : KEJURULATIHAN DALAM SUKAN DODGEBALL 7.1 PENGENALAN Jurulatih merupakan individu yang berperanan sebagai pelatih, pengajar, pembimbing dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan sukan. Jurulatih juga berperanan merancang untuk membantu seseorang individu atau kumpulan atlet mempelajari sesuatu kemahiran dan seterusnya mencapai matlamatnya. 7.2 CIRI-CIRI JURULATIH CEMERLANG 7.3 PERANAN JURULATIH (8P) Berpengetahuan Beretika Berkualiti Bermatlamat Bermotivasi Berdisiplin


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 46 7.4 TANGGUNGJAWAB JURULATIH Sebagai jurulatih yang berwawasan dan fokus dalam mewujudkan sebuah pasukan yang kuat dan disegani, beberapa perkara utama perlu diberi perhatian iaitu : i. mencari bakat ii. pemilihan pemain iii. menguji dan merangka program pembangunan sukan iv. merangka strategi v. menyediakan program latihan vi. post mortem 7.5 KEMAHIRAN ASAS KEJURULATIHAN Kemahiran asas kejurulatihan melatih permainan dodgeball terdiri daripada empat aspek berikut : • Kemahiran komunikasi • Kemahiran fizikal • Kemahiran psikologi • Kemahiran teknikal 7.6 PERKEMBANGAN KEJURULATIHAN SUKAN DODGEBALL 7.6.1 Laluan Jurulatih Sukan Dodgeball (Fabrik) Malaysia Level 1B Level 1 Level 2 Level 3 7.6.2 Level 1B • Jurulatih yang telah mengambil Kursus Asas Level 1B Persekutuan Dodgeball Malaysia (MDF) • Jurulatih akan layak untuk melatih di sekolah-sekolah sebagai cara untuk melibatkan diri dengan komuniti sukan dodgeball serta menimba pengalaman kejurulatihan sebagai jurulatih pula. • Jurulatih ini tidak layak untuk mendapatkan lesen kejurulatihan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 47 7.6.3 Level 1 • Jurulatih yang telah mengambil Kursus Kejurulatihan Level 1 Persekutuan Dodgeball Malaysia (MDF) • Jurulatih Level 1 ialah jurulatih sukan dodgeball bertauliah MDF yang diiktirafkan oleh Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) • Jurulatih ini layak memohon Lesen C Kejurulatihan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan jika memperolehi Sains Sukan Tahap 1. • Jurulatih Level 1 terlibat dalam kumpulan jurulatih untuk melatih kelab dodgeball 7.6.4 Level 2 • Jurulatih yang telah mengambil Kursus Kejurulatihan Level 2 Persekutuan Dodgeball Malaysia (MDF) • Jurulatih Level 2 ialah jurulatih sukan dodgeball bertauliah MDF yang diiktirafkan oleh Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) • Jurulatih ini layak memohon Lesen B Kejurulatihan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan jika memperolehi Sains Sukan Tahap 1. • Jurulatih Level 2 terlibat dalam kumpulan jurulatih yang lebih profesional untuk melatih kelab ,persatuan dan pasukan kebangsaan Malaysia . 7.6.5 Level 3 • Jurulatih yang telah mengambil Kursus Kejurulatihan Level 3 Persekutuan Dodgeball Malaysia (MDF) • Jurulatih Level 3 ialah jurulatih sukan dodgeball bertauliah MDF yang diiktirafkan oleh Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) • Jurulatih ini layak memohon Lesen A Kejurulatihan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan jika memperolehi Sains Sukan Tahap 1. • Jurulatih Level terlibat dalam kumpulan jurulatih senior yang boleh diiktirafkan sebagai tutor dan tenaga pengajar serta melibatkan diri di dalam pembangunan sukan dodgeball kebangsaan dan antarabangsa.


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 48 TERIMA KASIH ATAS • H , • Y • Y F • / / H - • Y H SOKONGAN & KERJASAMA


MODUL LATIHAN PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH TAHUN 2023 PENGGALAKAN SUKAN DODGEBALL SEKOLAH MENENGAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023 49 SUMBER RUJUKAN 1. PERSEKUTUAN DODGEBALL MALAYSIA (MDF) 2. MODUL LATIHAN SUKAN UNTUK KELAB SUKAN SEKOLAH 1M1S


Click to View FlipBook Version