JOM BELAJAR
MENULIS ULASAN
bersama
Cikgu Syamilah
Bagaimana hendak menulis?
1. Tulis ulasan berpandukan bahan rangsangan 2
yang diberikan.
2. Panjang ulasan ialah antara 50 hingga 80
patah perkataan.
3. Ulasan yang baik mengandungi :
Pendahuluan, huraian (isi) dan penutup.
Ditulis dalam bentuk perenggan.
-sebaik-baiknya 3 perenggan.
Penanda wacana
Kata bantu
Isi tersurat
Isi tersirat
KERANGKA ULASAN 1
Ulasan jenis cara-cara dan langkah-langkah sesuai
menggunakan kerangka ulasan ini.
Ulasan (Cara-cara/ Langkah-langkah)
Pendahuluan Gambar/Carta/Graf/Poster/Petikan/Iklan …
(Perenggan 1) menunjukkan tentang ____________________
(tajuk ulasan). Terdapat beberapa cara/langkah untuk
____________________(berkaitan tajuk).
Isi 1 Antaranya, kita mestilah ____________________(isi
Isi 2
Isi 3 P tersurat) supaya/agar/untuk/kerana/seperti
Isi 4
_______________________________(isi tersirat).
e
r Selain itu, kita perlulah _____________________(isi
e tersurat) supaya/agar/untuk/kerana/seperti
_______________________________(isi tersirat) .
n
g Di samping itu, kita patutlah _________________ (isi
g tersurat) supaya/agar/untuk/kerana/seperti
_______________________________(isi tersirat).
a
n
Akhir sekali, kita haruslah_________________ (isi
tersurat) supaya/agar/untuk/kerana/seperti
_______________________________(isi tersirat).
2
Penutup Kesimpulannya, kita haruslah
(Perenggan 3) ____________________(berkaitan tajuk)
supaya/untuk/kerana/agar___________________.
Contoh Ulasan 1
Gambar di bawah menunjukkan cara mengatasi stres.
Tulis ulasan tentang cara-cara mengatasi stres dalam
bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80
patah perkataan.
Sumber gambar : Buku Teks Tahun 6
Contoh Jawapan 1
PENDAHULUAN :
Gambar menunjukkan tentang cara-cara mengatasi stres. Terdapat pelbagai cara
untuk mengatasi masalah stres.
PENANDA KATA ISI TERSURAT ISI TERSIRAT
WACANA BANTU
Antaranya, kita bangun awal agar tidak tergesa-gesa dan terlewat
mestilah ke sekolah.
Selain itu, kita meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan sesama
perlulah bersama keluarga ahli keluarga.
Di samping kita mempunyai bilik supaya dapat belajar dengan selesa
itu, patutlah yang selesa dan tenang.
Akhir kita membuat dengan mengulang kaji pelajaran
sekali, haruslah persediaan awal supaya lebih yakin untuk menghadapi
peperiksaan.
PENUTUP :
Kesimpulannya, gaya hidup yang positif dapat menghindari diri daripada stres.
Contoh jawapan lengkap.
Gambar menunjukkan tentang cara-cara mengatasi stres. Terdapat
pelbagai cara untuk mengatasi masalah stres.
Antaranya, kita mestilah bangun awal agar tidak tergesa-gesa
dan terlewat ke sekolah. Selain itu, kita perlulah meluangkan masa
bersama keluarga untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.
Di samping itu, kita patutlah mempunyai bilik yang selesa supaya dapat
belajar dengan selesa dan tenang. Akhir sekali, kita haruslah membuat
persediaan awal dengan mengulang kaji pelajaran supaya lebih yakin
untuk menghadapi peperiksaan.
Kesimpulannya, kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang positif
supaya dapat menghindari diri daripada stres.