IBAN CULTURE BY CLEMENT ANAK AJI 1
Pengenalan kaum iban Chapter III Perayaan Kaum Iban : Gawai Dayak Chapter I Tempat Tinggal Orang Kaum Iban Chapter IV Makanan Orang Kaum Iban Chapter II Pakaian Tradisional Kaum Iban 03 08 04 11 05 12 ISI KANDUNGAN Chapter V Tarian Orang Kaum Iban : Tarian Ngajat 2
PENGENALAN KAUM IBAN Kaum Iban, juga dikenali sebagai orang Dayak, adalah kelompok etnis asli di Sarawak dan Kalimantan, di Pulau Borneo. Iban terkenal sebagai waris pahlawan dan juga dikenal sebagai pendekar dalam sejarah tempatan. Sebagai masyarakat yang dulunya memeluk agama animisme, Iban menganut kepercayaan dalam adat-istiadat yang dirumuskan serta kepercayaan kepada roh nenek moyang. Tradisi dan budaya Iban yang unik adalah warisan yang sangat berharga bagi rakyat Sarawak dan Kalimantan. Iban biasanya hidup di kawasan pedalaman dan melakukan kegiatan pertanian, perikanan, dan pengumpulan kayu untuk menjualnya di pasar. Saat ini, banyak dari mereka yang telah beralih ke kegiatan yang lebih modern dan berdagang di kota-kota besar. 3
CHAPTER I Rumah panjang adalah tradisi kaum Iban yang terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri dari segi keselamatan dan kebudayaan. Malah Rumah panjang itu menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian dari Kepulauan Borneo. Rumah Panjang Rumah panjang adalah tradisi kaum Iban yang terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri dari segi keselamatan dan kebudayaan. Malah Rumah panjang itu menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian dari Kepulauan Borneo. TEMPAT TINGGAL ORANG KAUM IBAN 4
Pakaian-pakaian Tradisional Kaum Iban 5
CHAPTER II PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjangdandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barangbarang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat. Pakaian Lelaki 6
CHAPTER II PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN Pakaian tradisonal wanita Iban pula, terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidangmerupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Pakaian Perempuan 7
PERAYAAN GAWAI DAYAK 8
CHAPTER III PERAYAAN KAUM IBAN : GAWAI DAYAK Perayaan Gawai ini disambut setahun sekali pada 1 atau 2 Jun. Perayaan ini disambut untuk menunjukkan bahawa berakhirnya musim menuai padi. Mereka merayakan perayaan ini dengan berkumpul di serambi umum Rumah Panjang yang terdapat ranyai atau dikenali pokok istiadat dengan mengenakan pakaian tradisional masyarakat Iban yang dipenuhi dengan manik yang mewarisi budaya atau adat nenek moyang mereka. Sewaktu perayaan ini, mereka memeriahkan lagi suasana dengan berjumpa, berkumpul dan bersuka ria sambil menikmati pelbagai jenis makanan tradisional yang disediakan. Perayaan gawai ini turut terkenal dengan tariannya yang dikenali sebagai tarianNgajat. Selain itu juga, perayaan Gawai ini juga diselitkan dengan meminum arak beras (tuak) dan aktiviti hiburan yang lain. 9
Dari segi kepercayaan mereka, mereka turut menyediakan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih hasil daripada tuaian yang baik dan menguntungkan. Upacara ini dikendalikan oleh orang yang tertentu sahaja seperti wakil masyarakat. Mantera dibacakan dan darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut. Ngajat Lesung ialah sejenis tarian yang dipersembahkan oleh para penari yang bersaing ingin menunjukkan kehebatan mereka dengan mengangkat lesung penumbuk padi dengan menggunakan gigi. Apabila ranyai dibuang, maka berakhirlah perayaan ini. 10
CHAPTER IV MAKANAN ORANG KAUM IBAN Boleh dikatakan menu makanan Iban yang paling popular. Manuk Pansuh merupakan makanan kaum Iban yang sangat berpesonaliti dan kebiasaannya menjadi hidangan wajib ketika hari perayaan orang Iban seperti Hari Gawai.Manuk Pansuh ini merupakan ayam yang dimasak di dalam buluh bersama dengan daun ubi sebagai penambah aroma. Sayur midin atau nama panjangnya Kemidin merupakan sejenis sayur yang sangat popular di Sarawak dan kebiasaanya sayur ini dimasak secara goreng belacan.Sekali pandang sayur ini tidak ubah seperti sayur pucuk paku. Midin goreng belacan merupakan hidangan makanan yang juga tidak kurang popularnya di kalangan kaum Iban, yang berbeza hanya cara penyediaannya sahaja. Banyak kedai-kedai makan di Sarawak yang menyediakan menu makanan sayur midin dengan pelbagai cara masakan. . Pekasam ensabi ini diperbuat daripada sayur dan bukannya ikan. Sayur yang digunakan akan diawet dengan bahan-bahan tertentu untuk menjadikannya seperti jeruk. Sayur Pekasam Ensabi atau lebih sinonim dengan nama kasam ensabi ini kebiasaannya menggunakan sawi dan merupakan santapan kegemaran kaum Iban untuk dimakan bersama dengan nasi panas. manuk pansuh pekasam ensabi midin belacan 11
Asal-usul tarian ngajat menurut kajian pakar sains dan arkeologi mendapati bahawa ngajat merupakan tarian yang berasal dari Sarawak bermuladaripada penghijrahan orang Iban dari Gua Niah ke Kapuas di KalimantanBarat. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan Ngajat sebagai salah satudaripada senarai Warisan Negara Tak Ketara pada tahun 2007. Hal ini dilihatdari perbedaan pakaian tradisi sama musik serta rentak tari. Di Sarawak, masyarakat Iban memilih memakai baju tradisi dari leluhur mereka. Ngajatbagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orangorang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zamandahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang rayah dimainkan untuk tetamu kehormatan dan orang yang menyambut gawai untuk berayah sambil membawa tengkorak musuh. Ketika tarian ini ditarikan penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan. CHAPTER V TARIAN ORANG KAUM IBAN : TARIAN NGAJAT 12
THANK YOU made by Clement anak Aji 13