E-FOLIO MPU23052 SAINS, TEKNOLOGI &
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
SESI DEC 2020
KUMPULAN 1
• Nooraziizul Hakiim (06DAD20F1047)
• Muhammad Azrin (06DAD20F1098)
• Muhammad Harith Wafiuddin Bin Saiful Rizal (06DAD20F1053)
• Mohamad Shafiq Iman Bin Haron (06DAD20F1001)
KELAS : DAD2B
TAJUK ; E-FOLIO PROJEK APLIKASI Myapp (Prinsip Syariah Islam Dalam STK)
NAMA PENSYARAH : USTAZ SUHAIMI BIN SAMAD
PENDAHULUAN;
Islam adalah sebuah agama yang paling dinilai disisi Allah SWT. Nabi
Muhammad SAW sebagai utusan Allah datang untuk menyempurnakan akhlak
manusia. Dalam Islam terdapat ajaran yang harus dipelajari dan difahamkan oleh
pemeluk agama Islam seperti haram, halal, mubah, subhat dan lain-lain.
Prinsip syariah merupakan jalan arah sumber air atau memberi makna jalan
yang lurus. Ianya juga adalah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh
Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW.
PENGENALAN;
Pelaksanaan penggunaan Teknologi maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai
medium alat bantu mengajar (ABM) dalam proses pembelajaran dan pengajaran amat
dititikberatkan dalam system pendidikan zaman kini. Idea dan kreativiti pelajar dapat
dipertingkatkan kepada tahap yang lebih baik. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran antara pendidik dan pelajar dapat ditingkatkan secara terancang dan
teratur dengan kemudahan teknologi ICT yang ada serta dapat diakses dimana sahaja
kita berada.
Perbandingan utama diantara konsep m-pembelajaran (Mobile-Learning)
dengan e-pembelajaran (E-Learning) ialah penggunaan konsep m-pembelajaran
(Mobile-Learning) membolehkan pengguna mengalami proses P&P yang berlaku
dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa secara segerak (synchronous) atau tidak
segerak (asynchronous) berbanding dengan konsep e-pembelajaran (E-Learning) yang
hanya berlaku di dalam kawasan kelas yang terhad ataupun kemudahan fasiliti fizikal
seperti dewan kuliah. Kelebihan utama konsep m-pembelajaran (Mobile-Learning)
ialah pelajar bebas mengakses segala maklumat berkenaan kursus yang diambil tanpa
mengira dimana pelajar itu berada dan bila-bila masa di kawasan capaian internet bagi
mengelakkan sebarang keciciran kelas samada terpaksa bercuti akibat masalah
kesihatan.
PERNYATAAN MASALAH;
Memandangkan ada sesetengah pelajar politeknik yang berlatar belakangkan
kurang berkemampuan, maka agak sukar untuk pelajar tersebut membeli segala buku
yang amat diperlukan untuk kursus SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
DALAM ISLAM (MPU23052). Kursus ini merupakan kursus yang wajib diambil
oleh pelajar beragama Islam Politeknik di Malaysia pada semester kedua pengajian.
Terdapat topik yang sukar untuk difahami , namun topik tersebut merupakan topik
yang penting dan mesti dijawab oleh pelajar untuk membolehkan pelajar itu lulus
dalam kursus tersebut.
PENYELESAIAN MASALAH;
Bagi menyelesaikan masalah ini,satu aplikasi Myapp telah dibangunkan khusus
untuk pelajar yang mengambil kursus SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM. Aplikasi ini merupakan antara kaedah
penyelesaian yang komprehensif untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan
dalam menguasai kursus ini dengan pantas dan efektif.
GAMBAR / LAKARAN PRODUK
Aplikasi ini telah dinamakan sebagai Myapp Prinsip Syariah Islam Dalam
STK. Pelajar perlu mendapatkan link daripada pensyarah untuk memuat turun Myapp
ini terlebih dahulu. Kemudian, pelajar boleh mencari ikon seperti di bawah.
< IKON MYAPP
Pelajar akan berjumpa dengan menu utama seperti dibawah, pelajar boleh mengakses
segala menu yang terdapat disitu.
MANFAAT DAN IMPAK PRODUK;
Daripada aplikasi yang telah dihasilkan, terdapat beberapa manfaat yang boleh
diperoleh. Antaranya ialah pelajar Politeknik dapat berjimat dengan tidak membeli
segala buku rujukan yang diperlukan akan tetapi hanya memuat turun aplikasi yang
telah dihasilkan ini.
Selain daripada itu, melalui aplikasi Myapp ini, penggunaannya amatlah
diminati dan digunakan oleh para pelajar. Myapp ini sangat baik untuk diketengahkan
kerana dapat meningkatkan pemahaman pelajar serta menarik minat pelajar untuk
mengulangkaji serta rujukan yang boleh diakses di mana-mana tempat.
Pensyarah politeknik juga dapat menggunakan aplikasi ini dengan mudah. Selain
dapat menggunakannya sebagai medium pengajaran apabila berada di dalam dewan
kuliah.
DALIL BERKAITAN;
1. QS. Al-Anbiya' Ayat 80
َو َعلَّ ْم ٰنهَُ َص ْن َعةََلَبُ ْو ٍسَلَّ ُك ْمَ ِلتُ ْح ِص َن ُك ْمَ ِم ْنَ َبأْ ِس ُك ْْۚمَ َف َه ْلَاَ ْنتُ ْمَ َشا ِك ُر ْو ََن
Dan Kami ajarkan (pula) kepada Dawud cara membuat baju besi untukmu, guna
melindungi kamu dalam peperangan. Apakah kamu bersyukur (kepada Allah)?
2. .QS. Al- Mu’minuun [23:27]
Lalu Kami wahyukan kepadanya,
“Buatlah kapal di bawah pengawasan dan petunjuk Kami, maka apabila perintah Kami
datang dan tanur (dapur) telah memancarkan air, maka masukkanlah ke dalam (kapal)
itu sepasang-sepasang dari setiap jenis, juga keluargamu, kecuali orang yang lebih
dahulu ditetapkan (akan ditimpa siksaan) di antara mereka.
Dan janganlah engkau bicarakan dengan-Ku tentang orang-orang yang zalim,
sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.
PRINSIP SYARIAH, ETIKA ISLAM & MAQASID SYARIAH YANG
BERKAITAN;
Prinsip syariah yang berkaitan adalah RABBANIYYAH (KETUHANAN)
Syariah Islam adalah dicipta dan disususn oleh Allah SWT . Segala kandungannya
yang meliputi aspek aqidah , ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan
manusia . Alam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamnya boleh
diterokai dengan mematuhi peraturan Allah SWT . Setiap kajian dan ciptaan
hendaklah menjurus kepada pengabadian diri kepada Allah SWT dan menginsafi
keagungNYA . Para saintis , teknokrat dan jurutera tertakluk kepada prinsip
ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran sarwajagat .
Maqasid Syariah yang berkaitan pula ialah Hajiyyah – kepentingan dan
manfaat yang diperlukan manusia untuk mewujudkan kemudahan dan kelapangan
ketika menjalankan tugas dalam kehidupan dan pada masa yang sama menghindarkan
kesusahan serta kesukaran. Walaupun ia tidak sampai ke tahap keperluan asasi yang
boleh menyebabkan kebinasaan hidup manusia, tetapi ia diperlukan bagi mengelakkan
kesusahan hidup di dalam masyarakat. Ketiadaan kepentingan ini tidak akan
menjejaskan kehidupan, tetapi akan menyebabkan kesulitan.
KAEDAH FIQH YANG BERKAITAN;
1. Membantu manusia khususnya para saintis, teknokrat dan
jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isuisu
dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan.
Kaedah fiqah telah membantu saintis, teknokrat dan jurutera untuk mengenal
pasti dan menyelesaikan isu dalam operasi mereka. Isu-isu dalam sains
teknologi dan kejuruteraan mampu ditangani melalui panduan kaedah ini
supaya perasi dalam penyelidikan dan inovasi mendapat keberkatan Allah
SWT.Justeru,dengan adanya kaedah fiqah ini,para saintis dan golongan
teknorat akan dapat mengatasi masalah kesulitan manusia dan membantu
menyelesaikan masalah fiqah yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini
2. Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi
menangani isu-isu kecil dalam bidang sains teknologi dan
kejuruteraan
Hukum-hukum yang sudah ditetapkan dalam kaedah fiqah sangat sesuai ntuk
menjawab segala persoalan tentang cabang atau sampingan yang timbuk dalam
perkara berkaitan bidang sains teknologi dan kejuruteraan .Isu-isu yang
berkaitan sains teknologi dan kejuruteraan amat luas dan memerlukan kaedah
ini bagi membantu mencari jalan keluar dan menyelesaikan masalah hukum
dari sudut syarak, Pelbagai kajian,ciptaan dan inovasi telah dilakukan oleh para
saujana dunia yang memerlukan penyelesaiaan dan jawapan terhadap isu dan
permasalahan yang timbul berdasarkan hukum menurut perspektif Islam.
KESIMPULAN/PENUTUP;
Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan kepada hasil dapatan ini ialah
secara keseluruhannya aplikasi Myapp ini amat membantu para pelajar serta turut
menarik minat dan dapat membantu pelajar dalam memahami kursus ini dengan lebih
baik. Selaras dengan perkembangan teknologi yang terkini dalam pendidikan inovai
aplikasi Myapp dapat memberi impak yang besar kepada pelajar dalam membuat
ulangkaji dengan pantas. Proses P&P juga dapat dilaksanakan oleh pelajar di
manamana tempat dan berlaku pada bila-bila masa.
Rujukan;
http://eprints.utm.my/id/eprint/88078/1/MohdNasirRipin2019_FatwaSainsPerubatan
ModenmenurutPerspektif.pdf
https://dem2s2dis2017.blogspot.com/2018/02/bab-5kaedah-fiqah-dalam-
sainsteknologi.html?m=1
http://waniramli.blogspot.com/2018/02/prinsip-syariah-dalam-sains-teknologi.html
https://risalahmuslim.id/quran/al-muminuun/23-27/