The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hernyhaironesa, 2024-03-25 05:36:54

SERIGALA DAN BIRI BIRI

SERIGALA DAN BIRI BIRI

Keywords: SERIGALA DAN BIRI BIRI

SERIGALA DAN BIRI BIRI “ Persahabatan tak terduga”


Pada suatu hari, ada seekor serigala bernama Raden sedang berjalan- jalan di dalam hutan dan sedang memerhatikan biri- biri. Sang Serigala sedang berfikir cara untuk menangkap anak biri- biri itu kerana Sang Serigala sering membayangkan ingin memakan mereka. “ Sedapnya makan biri- biri itu, fikir serigala”.


Tetapi tindakan Sang Serigala itu diperhatikan oleh si pengembala biri- biri. Sekiranya, si pengembala biri- biri melihat serigala, terus dihalau pergi. “ Kau tidak boleh mendekati biri biri, Raden,” gumam pengembala kepada dirinya sendiri.


Suatu hari, Sang Serigala terjumpa kulit usang biri- biri. Ia memakai kulit biri- biri tersebut seperti memakai baju. “ Wah, lebih baik aku gunakan kulit biri- biri ini” fikirnya dengan senyuman licik.


Tidak lama kemudian, Sang Serigala mendekati kawanan biri- biri. Sang Serigala meneruskan lakonannya. “ Hai, kawan- kawan,” sapanya dengan lembut, berusaha untuk merayu mereka.


Tapi, tanpa diketahui Sang Serigala, sebenarnya si pengembala merancang untuk memasak seekor anak biri- biri sebagai hidangan makan malam. Setelah sekian lama memperhatikan biri- biri, si pengembala terlihat seekor biri- biri yang besar. “ Akhirnya aku akan dapat memakan biri- biri yang besar,” kata pengembala.


Dengan pantasnya, si pengembala ingin menangkap biri- biri itu dan ingin membunuhnya. Baru disedari oleh si pengembala ruparupanya itu Sang Serigala yang memakai pakaian biri- biri. “ Lepaskan, aku bukan biri- biri” jerit Raden kepada pengembala.


Selepas serigala itu ditangkap oleh pengembala, semua biri biri dalam kawanan itu terkejut. Mereka tidak tahu bagaimana untuk bertindak tetapi anak biri- biri itu menunjukkan keberanian dan kebijaksanaanya. Anak domba dengan penuh kasih sayang dan kebaikan memutuskan untuk memberi serigala peluang kedua. “ Lepaskan serigala itu,” kata anak biri- biri.


Mereka menyedari bahawa serigala itu mungkin berasa sunyi atau tidak gembira dan cuba menyamar sebagai domba. Sebagai balasan, mereka menjemput serigala untuk menyertai mereka dalam kehidupan seharian mereka. “ Kau tidak mahu bersama dengan kami di sini”, kata biri- biri.


Serigala yang pada asalnya penipu dan licik, tersentuh dengan sambutan yang diberikan oleh kawanan biri-biri itu. “ Terima kasih sudah mahu tinggal bersama dengan saya,” kata serigala kepada biri- biri.


Dia mula memperbaiki tingkah lakunya dan belajar untuk menjadi kawan baik kepada biri-biri, menghabiskan masanya dengan mereka dengan kegembiraan. Dengan bantuan serigala, kawanan menjadi lebih kuat dan lebih bersatu daripada sebelumnya. Mereka belajar bahawa kadangkala, seseorang yang pada mulanya kelihatan berbeza daripada kita boleh menjadi kawan yang paling berharga. Kisah ini berakhir dengan semua haiwan di dalam hutan, termasuk serigala yang kini berubah, hidup aman bersama, menyokong satu sama lain dan berjuang untuk kebahagiaan bersama. Mesej moral yang diterapkan ialah persahabatan, kebaikan, dan penerimaan adalah kunci untuk hidup yang harmoni, walaupun dalam kalangan mereka yang berbeza.


Click to View FlipBook Version