SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG GELAM
71000 PORT DICKSON,
NEGERI SEMBILAN, DARUL KHUSUS
TEL : 06-6476876
FAX : 06-6475629
__________________________________________________________________________________
RUJUKAN KAMI : Bil ( )dlm
TARIKH : 23 September 2022
Kepada,
Pihak yang berkenaan
MEMOHON SUMBANGAN BAGI PROJEK LAMAN LESTARI KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(PPKI)
Perkara diatas adalah dirujuk.
2. Saya bagi pihak PPKI ingin memohon sumbangan untuk menjayaan projek Laman Lestari
PPKI.
3. Untuk pengetahuan pihak Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/ Puan, Projek ini dijalankan
untuk keperluan murid-murid khas ini.
3. Sehubungan itu, saya dengan rasa rendah diri berharap agar pihak Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B
Datin/Tuan/ Puan dapat menghulurkan sumbangan bagi merealisasikan projek anak-anak istimewa
ini.
4. Segala kerjasama dan keprihatinan Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/ Puan saya dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menjalankan amanah,
…………………………………………...
(NOR ASHIKIN ABU OTHMAN)
PK PENDIDIKAN KHAS
SK Kampong Gelam
Port Dickson,N.Sembilan
SK KAMPUNG GELAM
KM 1 JALAN SEREMBAN,71000 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN
KERTAS KERJA
PROJEK LAMAN LESTARI PPKI 2022
KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
1.0 TAJUK PROGRAM:
Projek Laman Lestari PPKI 2022.
2.0 OBJEKTIF PROGRAM
Agar suasana sekolah kelihatan ceria dan bersih.
Merealisasikan konsep Sekolah Dalam Taman.
Mengeratkan perhubungan antara murid dan guru di sekolah.
Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh kedamaian.
Membantu murid mengenali nama dan kegunaan pelbagai jenis tanaman.
3.0 KUMPULAN SASAR
Semua guru dan murid Program Pendidikan Khas Integrasi SK Kampong Gelam.
4.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN PROGRAM
4.1 Terbahagi kepada 3 iaitu :
Jangka Pendek:
-Hebahan projek kepada pihak pentadbiran sekolah.
- Mendapatkan dana dan sumbangan daripada pihak penganjur,sekolah, PIBG dan
guru PPKI dan sebagainya.
- Membuat pembersihan kawasan serta mendapatkan alatan dan bahan untuk
melaksanakan projek.
Jangka Sederhana:
- Penyediaan tanaman dan proses penanaman .
- Menyediaan tiga jenis tanaman iaitu tanaman herba / boleh dimakan, tanaman
hidroponik dan tanaman bunga dalam pasu.
Jangka Panjang:
-Menjadikan taman mini pendidikan khas ini tempat idaman setiap murid.
- Mewujudkan iklim pembelajaran di sekitar taman mini.
- Menubuhkan kelab pencinta alam di sekolah dalam usaha mengekalkan kebersihan
dan keceriaan taman mini botanikal secara khususnya dan kawasan sekolah amnya.
- Membuat jadual tugasan khas untuk bergilir-gilir membersihkan dan menjaga
kawasan taman.
4.2 Pelan Pelaksanaan Projek
- Penyediaan jadual kerja
- Pembahagian tugasan mengikut kerja dan masa.
- Pembentangan struktur projek
- Pemerhatian dan lawatan ke Kawasan yang berpotensi di sekitar sekolah.
-Gotong-royong membersihkan kawasan projek.
- Memperbaiki dan mencantikkan lanskap di kawasan projek
- Mengumpulkan benih-benih dan anak pokok untuk ditanam di tanaman herba.
- Meletakkan papan tanda nama untuk setiap tumbuh-tumbuhan yang ditanam di
taman tersebut secara saintifik dan juga dalam Bahasa Inggeris serta dalam Bahasa
Malaysia
5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : Pn. Junaidah Binti Janian
Guru Besar SK Kampong Gelam.
Timbalan Pengerusi : En. Ayub Bin Mat Dahan
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKKG
: Pn. Norhayati Soufiah @Velin Binti Yunus
GPK HEM SK Kampong Gelam
: Pn. Rosmawati Binti Abdullah
GPK Ko-Kurikulum SK Kampong Gelam
: Pn. Nor Asikin Bt Abu Othman
GPK Pendidikan Khas
Penyelaras :En.Azmir Kamisan / En.Abdul Jalel Bin Abd Rahman
6.0 IMPLIKASI KEWANGAN:
BIL AKTIVITI KETERANGAN KUANTITI X JUMLAH
RM
1. Gazebo 5x5 2 unit x RM5000 RM10,000
2. Batu bata(batu merah) 1 pallet RM700 RM700
3. Tanah 1 lori kecil RM350 RM350
4. Tanah sawit 10 bag 10 x RM30 RM300
5. Batu hiasan 10 bag 10 XRM30 RM300
6. Pasu bunga RM400
7. Papan tanda Laman RM300
Lestari
Sawi RM3 x 10 RM30
8. Anak Benih Kobis bunga RM3 x 10 RM30
Bendi RM3 x 10 RM30
9. Herba Terung RM3 x 10 RM30
Cili RM3 x10 RM30
10. Baja dan racun Daun kari RM15 x 2 RM30
serangga Pandan RM15 x 2 RM30
Serai RM10 x 2 RM20
11. Perkakas Kebun Bayam Brazil RM10 x 2 RM20
Kunyit RM10 x 2 RM20
RM100
Cangkul
Alatan kebun RM35 x 2 set RM70
Coker besi
Penyodok RM40 x 5 RM200
Penyiram pokok
Paip getah RM30 x 2 RM60
RM25 x 2 RM50
RM15 x 4 RM60
1 Gulung x RM70
RM70
12. Orkid net 3 gulung x RM300
RM100
JUMLAH RM13,530.00
7.0 PENUTUP
Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar disamping
mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk mewujudkan
Laman Lestari PPKI yang sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria dan mewujudkan iklim
pembelajaran yang kondusif untuk memastikan kecemerlangan murid-murid dalam bidang
akademik dan pembinaan akhlak.
Disediakan oleh, . Disemak oleh,
_________________ ______________________
(Azmir Kamisan) ( Pn Nor Asikin Abu Othman )
Penyelaras Program PK Pendidikan Khas
SK Kampong Gelam. SK Kampong Gelam.
LAMPIRAN
SEBELUM