The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azri Azni, 2023-10-27 06:38:25

BANGSA IDAMAN E-BOOK

PENHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MPU21032 ; PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN USAHA - USAHA UNTUK MEWUJUDKAN BANGSA IDAMAN DI MALAYSIA NAMA PENSYARAH : PUAN MEK ZAH BINTI CHE AHMAD SESI 1 : 2023/2024


MUHAMMAD AZRI BIN AZNI 08DKM21F1159 MUHAMMAD SHAH FITRI BIN ABD MUTALIB 08DKM21F1166 ISKANDAR BIN ABDUL RAFAR 08DKM21F1149 MUHAMMAD SYAMIL AIDIL BIN ADI 08DKM21F1154 AHLI KUMPULAN


Negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang dimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identity. konsep ini menjurus kepada sesebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentiment perkauman, keturunan, agama, Bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan. Identiti, negara dan bangsa adalah tiga perbahasan utama dalam persoalan nasional. Dari sejarah, masyarakat Malaysia bukanlah terbentuk semenjak tahun 1957. Latar belakang dan latar hadapan kepada projek negara-bangsa Malaysia memainkan peranan penting dalam memberi makna kepada apa yang dinamakan sebagai Bangsa Malaysia. Malaysia, yang berlatarbelakang empat tiang utama agama, bahasa, budaya dan raja telah memberikan citra utama kepada identiti kebangsaan. Keempat-empat tiang ini menjadi unsur utama kepada kebudayaan Melayu. Bangsa merujuk pada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan (Mahayuddin, 1998). Seterusnya, bangsa adalah satu kumpulan manusia yang diikat dalam satu unit kesedaran kolektif bersepadu berteraskan perkongsian etnik, budaya, dan sejarah. Bangsa idaman juga seringkali dikaitkan dengan pertalian darah. Walaupun wujud pelbagai perpektif, sentiment yang membentuk bangsa ialah perasaan kebersamaan atau ‘belonging together’. Oleh itu dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah sekumpulan besar manusia yang mempunyai keterikatan melalui perasaan kekitaan Bersama dalam sesebuah negara. PENGENALAN


• Sebelum Merdeka • pergerakan nasionalisme; masing-masing merancang untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman masing masing, yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan sesuai dengan agenda ekonomi, politik, sosial dan budaya masing-masing • CONTOH: di kalangan kelompok strategik nasionalis Melayu terdapat tiga jalur bangsa idaman • pertama, ‘Melayu Raya’ anjuran kelompok strategic kiri Melayu • kedua, ‘negara Islam’ anjuran kelompok strategik berorientasi Islam •masyarakat majmuk pimpinan Melayu’ (Malay-led plural society nation) kelompok strategi tiga rangkai etnik diterima kolonial. • Pemerintah kolonial memilih, menyokong dan mempromosi jalur ketiga melalui CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949) Bangsa Idaman, Sebelum Merdeka


keinginan kolektif untuk mempunyai suatu ‘identiti nasional sepunya, ’ atau sebuah bangsa. Idea dan wacana mengenai identiti nasional sepunya ini adalah sebuah pernyataan mengenai bangsa idaman, atau wajah Malaysia yang mereka inginkan. Antara Bangsa Idaman utama pasca Merdeka 1957, konsep ‘Malaysian Malaysia’ anjuran kelompok strategik daripada Singapura (awal 1960an) dan daripada Malaysia (akhir 1990an). Bangsa Idaman pegangan pemerintah 1957-2018, ‘masyarakat majmuk pimpinan Melayu’ (Malay-led plural society nation ) Selepas Merdeka Bangsa Idaman, Selepas Merdeka


Malaysia, Wawasan 2020 diaman bangsa Idaman anjuran Kerajaan (Mahathir) yang dipromosi secara besar-besaran, seterusnya Gagasan 1 Malaysia Bangsa Idaman anjuran Kerajaan dan dipromosi secara besarbesaran di seluruh negara. Terdapat juga di Sabah iaitu Sabah untuk Sabahan bangsa idaman anjuran kelompok strategi internet hub di luar negeri. Terakhir adalah di Sarawak iaitu Sarawak untuk Sarawakian bangsa idaman anjuran beberapa kelompok strategik pribumi. Bangsa idaman selepas dasar ekonomi baru Bangsa idaman Era Malaysia baru Bangsa idaman Era Malaysia baru bermula pada Mei 2018 sehingga Ogos 2019 iaitu selama 15 bulan. Berlaku persaingan hebat diantara beberapa bangsa idaman dimana Tun Dr Mahathir ingin mengekalkan bangsa idaman “masyarakat majmuk pimpinan melayu” sebagai payung untuk Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia. Manakala PPBM, UMNO dan PAS masih ingin mengekalkan bangsa idaman ini walaupun terdapat antara ahli dua kelompok parti berbeza pendapat. kehadiran DAP sebagai komponen strategik utama dakan kerajaan terdapat unsur-unsur konsep Bangsa Idaman Malaysian Malaysia direalisasikan.


Pada tahun 1996, Shamsul AB melalui konsep nation of intent berpendirian bahawa sebuah negara bangsa adalah project work in progress dan sentiasa berlaku contestation bangsa dalam negara itu hingga yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia. Di Malaysia, pembentukan bangsa terjadi dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas merdeka konsep Melayu Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri Melayu, konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh kelompok Islam dan konsep masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang Melayu. hanya konsep terakhir iaitu “Malay-led plural society” diterima oleh pihak British pada ketika itu.Hal ini dinatijahkan dengan terbentuknya CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949) yang diterima pakai sehingga kemerdekaan. Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk melahirkan satu konsep kenegaraan yang kolektif atau identity nasional sepunya. Impian ini antaranya telah melahirkan konsep Malaysian Malaysia yang popular Ketika tahun 1960 yang diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew Ketika Singapura berada dalam persekutuan Tanah Melayu dan akhir 1990 pada era pemerintahan Mahathir Mohamed. Pembangunan bangsa selepas merdeka turut melahirkan konsep-konsep lain seperti Wawasan 2020 dan Gagasan 1 Malaysia. pembangunan bangsa pasca PRU14 tidak banyak mengalami perubahan. Kepimpinan Mahathir mengekalkan konsep “Malay-led plural society”. Dalam konteks hari ini, konsep bangsa idaman inilah yang diangkat oleh parti politik seperti Bersatu, UMNO dan Pas Kepelbagaian Idea Bangsa Idaman


Cabaran Mewujudkan Bangsa Idaman Pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi dalam membentuk sebuah bangsa idaman seperti pluralisme, liberalisme dan kepelbagaian budaya: pluralisme iaitu sifat kepelbagaian yang terbentuk daripada proses kepelbagaian penduduk dan biasanya terbina daripada hasil perjajahan pada zaman dahulu. Dasar ini memenuhi konsep kolonialisme bagi menghalang penyatuan masyarakat pada masa itu. Hal ini menyebabkan wujudnya masalah dalaman yang rumit kepada negara yang dijajah apabila dimerdekakan. Ini secara keseluruhan menjadi ancaman kepada pembinaan bangsa idaman. liberalisme iaitu bermaksud kesederhanaan atau keterbukaan. Dimana keterbukaan tanpa had dan memanipulasi keadaan sedemikian akan menjerumuskan kepada penipuan dan menimbulkan pekara-pekara yang akan menggugat kemakmuran dan menyebabkan perkembangan negara akan terjejas. kepelbagaian budaya juga menjadi cabaran untuk mewujudkan bangsa idaman. Kepelbagaian budaya adalah pembentukan masyarakat majmuk didalam proses perkembangan sesebuah negara yang mewujudkan dilema baru kepada penduduk di negara ini


dimana tentang teori jiwa hamba yang dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah yang akan menganggap kuasa bekas penjajah mereka sebagai suatu bangsa yang maju dan agung dan patut ditiru oleh suatu bangsa yang maju dan agung. nilai budaya Malaysia hendaklah menjadi asas kepada kemajuan bangsa dan negara. Dalam sebuah bangsa rakyat bebas berkongsi lambing, identiti, kebudayaan, nilai dan semangat yang menjadi asas dan matlamat sesebuah pembinaan bangsa idaman. setiap masyarakat hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan bangsa idaman yang menepati matlamat dan menjadikan perpaduan negara yang stabil Masyarakat hendaklah memupukkan nilai-nilai yang baik dalam diri mereka begitu juga golongan pemimpin negara hendaklah menunjukkan contoh yang baik dan mejalankan tugas dengan amanah dan taat agar perpaduan dan kemajuan negara dapat dicapai dengan mudah Menurut Ibn Khladun:


Usaha-usaha memupuk bangsa idaman Usana kerajaan melaksanakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Kerajaan perlulah mewujudkan konsep gagasan 1 Malaysia supaya dapat memupuk perpaduan kaum. Kerajaan hendaklah melaksanakan sekolah wawasan terdiri daripada Sekolah Kebangsaan. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Melalui pelaksanaan ini dapat mempercepatkan proses perpaduan kaum 1. Kerajaan . - Melaksanakan sekolah wawasanSehubungan dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang mudah untuk merealisasikan hasrat ini. Dengan pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ianya telah mewujudkan perpaduan kaum secara tidak langsung. Melalui pelaksanaan sekolah wawasan ini, ianya juga dapat mempercepatkan proses perpaduan kaum. Sebagai contoh:- • Aktiviti berkumpulan sekolah yang dijalankan secara teratur bersama murid-murid dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat antara sekolah. • Penggunaan serta penerapan bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain.


Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India yang merupakan kaum utama di Malaysia. Dengan itu, rakyat boleh mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum mereka itu sendiri dengan kaum lain dari aspek.Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkan dengan kebudayaan,semua rakyat boleh menerimanya tanpa wujud sebarang prasangka. Kesimpulannya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita dapat mewujudkan perpaduan antara kaum di Malaysia dan dapat mengenali antara satu sama Iain kerana tak kenal maka tak cinta 2.Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian Sebagai contoh yang kita boleh lihat telah pun dijalankan oleh rakyat Malaysia antaranya adalah seperti:- Semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis mahupun ke kuliah di universiti. Makanan India seperti roti canai dan tosei juga semakin diminati oleh kaum-kaum yang lain. Memperkenalkan adab-adab orang Melayu kepada kaum Cina dan India atau sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu dengan lebih jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan hari perayaan kaum masing-masing. Oleh itu, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara. cth: (Pemakanan ,Pemakaian ,Peradaban)


Media massa juga merupakan cermin kepada masyarakat yang merujuk kepada alat untuk mewujudkan interaksi sosial,politik dan ekonomi. Oleh hal yang demikian,peranan media massa amat penting dalam mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia ini dengan menayangkan rancangan ataupun program-program yang berkaitan dengan kepelbagaian kaum di Malaysia ini. Hal ini demikian kerana,terdapat kesan-kesan positif yang akan muncul,antaranya ialah masyarakat akan memperolehi sesuatu berita dengan lebih pantas dan pertukaran idea serta pendapat mampu mendorong masyarakat untuk berusaha ke arah yang lebih baik. Sebagai contoh,media massa boleh menyiarkan iklan-iklan atau filem yang bertujuan menyampaikan mesej perpaduan antara kaum seperti muafakat,menghormati,saling bantu-membantu dan semangat setia kawan. Oleh itu, media massa haruslah berusaha memaparkan maklumat yang membawa mesej perpaduan dan mencerminkan tentang pentingnya penyatuan dalam pelbagai kaum di negara kita ini. 3. Peranan media massa dalam memupuk bangsa idaman


3. PIHAK SEKOLAH Sukan merupakan aktiviti yang sangat penting di sekoIah.Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan sematamata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajarpelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar. Justeru, aktiviti sukan disekolah mampu memupuk semangat perpaduan antara kaum di kalangan pelajar. SUKAN Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti pengakap, kadet bomba, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan pesertapeserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran yang diadakan. Kerjasama antara satu sama lain dan tolongmenolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza.Oleh itu,dengan adanya aktiviti seperti ini maka tercetuslah perpaduan di kalangan pelajar PERKHEMAHAN


Dalam setiap perbincangan ini , dapat kita lihat perkaitan antara kepelbagaian idea bangsa idaman dan perbahasan. Negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah Negara melalui konsep satu bangsa satu identiti. Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sesebuah Negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentiment perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya. Masyarakat harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Jangan kita bersikap evasive mahupun “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing “kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.Selain itu juga kita sebagai masyarakat hendaklah memupuk nilai nilai murni dalam kehidupan seharian kita. Kita perlulah sentiasa menghormati antara satu sama lain. Sikap toleransi perlu dimiliki setiap masyarakat agar keharmonian dan ‘ bangsa idaman’ dapat diteruskan dan membawa banyak impak positif ke Negara dan bangsa. Sikap ini juga perlu dipupuk dan diperkenalkan kepada remaja dan masyarakat pada masa kini supaya ‘bangsa idaman’ dapat dikekalkan. Hal ini senang dicapai apabila semua masyarakat berganding bahu menyemai nilai nilai murni KESIMPULAN


· https://amandaleonard89.blogspot.com/2021/04/mpu21032penghayatanetika-dan-peradaban.html · https://penanginstitute.org/wp-content/uploads/2019/08/Slides-SyarahanBangsa-Idaman.pdf · https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduankaum.html · https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2017/08/319408/merealisasikan-bangsa-malaysia Rujukan


Click to View FlipBook Version