The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Problem Based Learning (PBL) oleh Kumpulan 3 :
Nur Syuhada binti Mohd Rahimi (D20192091086)
Sharuld Jaikol (D20191088599)
Noorazlie Bin Azmi (D20191088602)
Yusni Yanty Ludin (D20191088604)
Sailyriena Lamiri (D20191088675)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syuhada Rahimi, 2021-11-30 06:03:36

MODUL PROBLEM BASED LEARNING (PBL)

Modul Problem Based Learning (PBL) oleh Kumpulan 3 :
Nur Syuhada binti Mohd Rahimi (D20192091086)
Sharuld Jaikol (D20191088599)
Noorazlie Bin Azmi (D20191088602)
Yusni Yanty Ludin (D20191088604)
Sailyriena Lamiri (D20191088675)

Keywords: KPD3016 - PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1

MODUL PdPc

PROBLEM- BASED
LEARNING (PBL)

SAINS TINGKATAN 3 (UNIT 1- UNIT 5)

Penerapan Strategi Pembelajaran
Berasaskan Masalah Berdasarkan Elemen
KBAT, PISA/TIMSS dan PAK-21

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 1
PENULIS 2
3
MANUAL PENGGUNAAN MODUL 7
APA ITU KBAT DAN PISA/TIMSS 11
14
APA ITU PBL
KOLEKSI SOALAN PBL SAINS

TINGKATAN 3

PENGENALAN

Modul PdPc Problem – Based Learning Sains Tingkatan 3 (Unit 1 – Unit 5) ini ditulis bagi memenuhi keperluan terkini
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan kaedah Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc). Elemen – elemen utama yang digunakan dalam menyediakan latihan soalan pembelajaran berasaskan masalah ini
merangkumi elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), elemen Programme for International Student Assessment
(PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS).

Bagi kaedah pelaksanaan latihan – latihan di dalam modul ini, penulis menggunakan pendekatan aplikasi
Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK 21) sebagai kaedah untuk menggalakkan perbincangan yang interaktif dan efektif di
samping merealisasikan tugas guru sebagai pemudahcara dalam proses PdPc. Oleh itu, modul ini boleh dijadikan sebagai
panduan kepada guru – guru dalam mengaplikasikan ketiga – tiga elemen penting yang dititikberatkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Oleh itu, penulis berharap agar modul ini dapat memberikan manfaat kepada guru dalam memastikan murid
berupaya mengaplikasi kemahiran proses Sains, mengukuhkan pengetahuan dan menghayati nilai serta etika dalam
mempelajari subjek Sains agar dapat melahirkan murid yang mempunyai kemahiran yang pelbagai dan seimbang.

PENULIS 01 02
03 04
Modul ini dihasilkan
dengan penglibatan dan kerjasama lima orang mahasiswa 05
mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris:

o Nur Syuhada binti Mohd Rahimi (D20192091086)
o Sharuld Jaikol (D20191088599)
o Noorazlie Bin Azmi (D20191088602)
o Yusni Yanty Ludin (D20191088604)
o Sailyriena Lamiri (D20191088675)

0031

MANUAL
PENGGUNAAN
MODUL

Berteraskan Pembelajaran Abad Ke 21

MANUAL PENGGUNAAN MODUL

Untuk memastikan keberkesanan penggunaan modul sekurang – kurangnya
mencapai tahap yang optimum, guru – guru digalakkan untuk menggunakan
kaedah Pembelajaran Abad ke 21 seperti yang dicadangkan di bawah:

Round Table Gallery Walk

Think-Pair- Three Stray One
Share Stay

Presentation Lakonan / Simulasi

Simbol murid ini menunjukkan ini Simbol
adalah bahan rangsangan untuk murid PAK 21 ini
adalah pilihan
Kotak segi cadangan
empat ini kepada guru
mengandungi untuk aktiviti
berteraskan
bahan Pendidikan
rangsangan Abad ke 21
serta soalan

berkaitan
untuk

dibincangkan

Simbol guru ini Jadual ini adalah
menunjukkan ini untuk membantu

adalah bahan guru membuat
bantu dan rujukan penilaian ketika
murid melakukan
pelbagai untuk pembentangan
kegunaan guru
dalam memandu atau
perbincangan
murid dalam
perbincangan

0032

APA ITU

KBAT DAN
PISA/TIMSS ?

DEFINISI KBAT, PISA/TIMSS

KBAT PISA/TIMSS

• KBAT ialah Kemahiran Berfikir • PISA ialah Programme International
Aras Tinggi. Student Assessment yang
diperkenalkan oleh Organisation For
• Keupayaan untuk Economic Cooperation and
mengaplikasikan pengetahuan, Development
kemahiran, nilai dalam
membuat penakulan dan • TIMSS adalah singkatan kepada
refleksi bagi menyelesaikan Trends in International Mathematics
masalah, membuat keputusan, and Science Study, diadakan bagi
berinovasi dan berupaya mengkaji penguasaan pelajar
mencipta sesuatu. antarabangsa dalam subjek
Matematik dan Sains sahaja.

CIRI - CIRI KBAT

Stimulus Tidak berulang Pelbagai Tahap
Aras Pemikiran
Menggunakan stimulus secara Menggunakan bahan yang tidak
menyeluruh untuk menjana terdapat dalam buku teks, buku Mempelbagaikan kata tugas
untuk mentaksir pelbagai aras
kemahiran inferens dan penaakulan latihan dan lain lain. pemikiran dalam domain kognitif.
kritis

Konteks bukan lazim Situasi sebenar dalam
kehidupan harian

Menggalakkan murid berfikir lebih Mencabar murid untuk
mendalam dan bukan sekadar menyelesaikan suatu masalah
mengingat semula apa yang
dipelajari kehidupan sebenar dengan
menggunaan pembelajaran
daripada pelbagai disiplin ilmu.

CIRI – CIRI PISA/TIMSS

Pengetahuan Real – life skills Keupayaan Murid

Menguji penggunaan pengetahuan dan Mengukur real life skills yang Mengukur keupayaan murid dari
kemahiran praktikal berdasarkan berkaitan dengan bacaan, segi apa yang hendak diajar, apa
kepada perolehan literasi adalah sebenarnya yang diajar, dan apa
matematik dan sains kepada
proses pembelajaran sepanjang hayat kehidupan seharian yang sebenarnya dipelajari

Menambah baik Analisis

Menambah baik kualiti pengajaran Menganalisis faktor – faktor yang
dan pembelajaran Matematik dan mempengaruhi pencapaian murid

Sains

0033

APA ITU

PBL?

KBAT, PISA/TIMSS, PAK 21

KONSEP PROBLEM BASED LEARNING (PBL)

• Pendidikan melibatkan penyelesaian masalah atau persediaan untuk menyelesaikan
masalah. Daripada perkiraan matematik, analisis sastera, kajian sains kepada
penyelidikan sejarah, guru membimbing pelajar cara menjawab soalan dan
menyelesaikan masalah.

• Apabila guru tidak menunjukkan proses menimbul masalah atau persoalan hanya
memberi fakta dan peraturan kepada murid tanpa memberi mereka peluang untuk
membina soalan sendiri dan membuat penyelidikan, murid akan menghafal bahan tetapi
tidak memahaminya atau tahu menggunakannya.

• Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) menyediakan struktur untuk penerokaan
yang membantu murid menghayati pembelajaran dan meningkat pemahaman.

PROBLEM BASED LEARNING (PBL)

Definisi Tujuan PBL

PBL ialah satu aktiviti • Aplikasi dan
pembelajaran yang implementasi
menggunakan pengetahuan
kaedah pemusatan
pelajar di mana guru • Mengamalkan life
memberi satu tajuk – long learning
masalah yang perlu
dibincang sesama • Mengintegrasikan
pelajar. kurikulum, arahan
dan isu
Fungsi Guru masyarakat

Guru sebagai pemudahcara dalam sesi
PdPc bagi memastikan murid berada di
landasan yang betul.

0034

KOLEKSI SOALAN
PBL SAINS TING. 3

UNIT 1 – UNIT 5



Aizat merupakan seorang lelaki bujang yang tidak mempunyai kerjaya tetap dan Round Table
hanya berkerja sebagai petani di kampungnya. Selama bertahun-tahun, Aizat Presentation
sering menghabiskan masanya di kampung dengan hidup berfoya-foya, suka
merokok dan meminum minuman alkohol bersama dengan rakan-rakannya. Three Stray One Stay
Aizat lebih suka hidup di kampung dan tidak ingin mencari kerja di bandar.
Kehidupan rutinnya itu menyebabkan dia menghadapi satu masalah berkaitan
dengan sistem sarafnya yang dinamakan sebagai Neuropati Periferal. Hal ini
menyebabkan ototnya sering merasa kejang, rasa sakit apabila disentuh dan rasa
kebas.

Fungsi penghantaran mesej dari otak ke bahagian anggota yang lain boleh
terjejas sekiranya berlaku gangguan atau kerosakan pada struktur saraf terutama
Sistem Saraf Periferal (PNS) dan mengakibatkan masalah Neuropati Periferal.

Neuropati Periferal atau kecederaan saraf periferal merujuk kepada keadaan Round Table
yang berlaku apabila saraf yang membawa mesej dan daripada otak dan saraf Presentation
tunjang dan ke seluruh badan menjadi rosak atau berpenyakit.
Three Stray One Stay
Soalan : Bincangkan apakah kaedah penyelesaian yang boleh diambil oleh
Aizat bagi menangani masalah Neuropati Periferal yang dihadapinya?

JUSTIFIKASI RUJUKAN

• Kenal pasti apakah itu Neuropati Berita Harian Metro:
Periferal Neuropati gejala kurang disedari

• Punca berlakunya masalah Neuropati https://www.hmetro.com.my/hati/2019/08/485
Periferal 261/neuropati-gejala-kurang-disedari

• Kesan masalah Neuropati Periferal Berita Harian Metro :
yang berlaku Saraf rosak, mesej terjejas

• Kaedah penyelesaian dalam https://www.hmetro.com.my/sihat/2019/07/48
menangani masalah tersebut 0135/saraf-rosak-mesej-terjejas

Kriteria Penilaian / Ulasan
Kerjasama Kumpulan
Penguasaan dan Kefahaman

Kemahiran Analisis
Aplikasi dan Praktikal



Ahmad: Wah, ramainya orang di pusat beli belah hari ini. Lakonan /
Ayah: Hari minggu, biasalah. Simulasi
Setelah beberapa ketika berada di dalam pusat beli belah dalam kumpulan
yang ramai, Think-Pair-
Ahmad: Ayah, mengapa Ahmad berasa sukar untuk bernafas bila berada Share
dalam tempat yang sesak ? Bukan itu sahaja, Ahmad juga berasa panas ketika
di dalam pusat beli belah tadi.

Soalan : Mengapakah Ahmad berasa seperti itu? Jelaskan.

JUSTIFIKASI RUJUKAN

• Menganalisis pengetahuan mengenai Alodokter : Sesak Napas
respirasi dalam konteks penyelesaian
masalah mengenai kejadian sekeliling https://www.alodokter.com/komunitas/topic/
dan fenomena alam sesak-napas-87

• Adaptasi dalam Sistem Respirasi Bahaya ! Punca dan Penyebab Sesak
• Pergerakan dan Pertukaran Gas dalam Nafas. No.5 Ramai Yang Tidak Tahu

Badan Manusia https://www.youtube.com/watch?v=-
dH07mldCS8&t=368s

Kriteria Penilaian / Ulasan
Kerjasama Kumpulan
Penguasaan dan Kefahaman

Kemahiran Analisis
Aplikasi dan Praktikal

Diramalkan bahawa, pada 2030, penyakit yang berkaitan dengan tembakau Round
akan menyebabkan lapan juta kematian setahun di seluruh dunia. Antara Table
bahan yang paling membahayakan ialah tar, nikotin, dan karbon monoksida.
Tar ialah bahan berwarna coklat yang merupakan penyebab utama kanser Gallery Walk
peparu dan kanser tekak perokok. Tar juga boleh menyebabkan kesan
berwarna kuning-coklat pada jari dan gigi.

(a) Sesetengah orang menggunakan tampalan nikotin untuk membantu mereka
berhenti merokok. Tampalan dilekatkan pada kulit dan nikotin akan
dibebaskan ke dalam darah. Ini membantu melegakan keinginan dan gejala
penarikan apabila seseorang berhenti merokok.

Soalan : Pada pendapat anda, bolehkah tampalan nikotin digunakan tanpa
kawalan atau tidak megikut dos tertentu ? Terangkan.

(b) Untuk mengkaji keberkesanan tampalan nikotin, sekumpulan 50 perokok Round
yang mahu berhenti merokok dipilih secara rawak. Kumpulan itu perlu dikaji Table
selama dua bulan. Keberkesanan tampalan nikotin diukur dengan mengira
berapa banyak orang dalam kumpulan itu tidak terus merokok pada akhir Gallery Walk
kajian. Reka bentuk eksperimen terbaik adalah dengan memilih separuh
perokok secara rawak untuk menggunakan tampalan nikotin dan separuh lagi
tidak menggunakannya.

Soalan : Bincangkan mengapa hanya separuh daripada perokok menggunakan
tampalan nikotin untuk penyiasatan ini ?

JUSTIFIKASI RUJUKAN

• Menghubungkan contoh bahan yang MyHealth : Terapi Gantian Nikotin
boleh memudaratkan sistem respirasi (NRT)
beserta penyakit yang terlibat
http://www.myhealth.gov.my/terapi-gantian-
• Aplikasi Kemahiran Proses Sains nikotin-nrt/
dalam menjalankan penyiasatan
saintifik Ingin Berhenti Merokok? Bersediakah
anda menghadapi sarak Nikotin

https://www.doctoroncall.com.my/health-
centre/berhenti-merokok/sindrom-sarak-
nikotin

Kriteria Penilaian / Ulasan
Kerjasama Kumpulan
Penguasaan dan Kefahaman

Kemahiran Analisis
Aplikasi dan Praktikal

Sejak hujung tahun 2019, seluruh dunia digemparkan dengan penularan wabak Think-Pair-
COVID-19. Pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan umum Share
terutama di tempat yang sesak dan tertutup memang digalakkan bagi
mencegah dan mengawal penularan pandemik COVID-19. Ketua Pengarah
Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) menggalakkan penggunaan pelitup muka dalam kalangan
orang ramai kerana terdapat bukti ia berkesan menurunkan jangkitan wabak
COVID-19.

Soalan : Namun begitu, pemakaian pelitup muka jenis fabrik bagi individu
yang mengalami asma atau lelah tidak digalakkan. Wajarkan pernyataan
tersebut.

JUSTIFIKASI RUJUKAN

• Aplikasi Sistem Respirasi Manusia Penyakit asma dan COVID-19: Adakah
• Mengaplikasi pengetahuan mengenai saya perlu risau? – Dr Mohd Aizuddin Abd
Rahman
respirasi untuk menerangkan isu
semasa dan sains https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?i
d=1894005

Golongan hidap gejala pernafasan, disaran
guna pelitup muka perubatan - Dr Adham

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/
08/716925/golongan-hidap-gejala-pernafasan-
disaran-guna-pelitup-muka-perubatan

Kriteria Penilaian / Ulasan
Kerjasama Kumpulan
Penguasaan dan Kefahaman

Kemahiran Analisis
Aplikasi dan Praktikal



Shukur merupakan seorang perokok tegar. Beliau telah mula merokok Round
semasa beliau berumur 15 tahun. Tabiat merokok sememangnya sangat Table
tidak baik dan dapat merosakkan paru-paru. Ketika beliau berusia 25
tahun, beliau telah mengalami sesak nafas dan telah dihantarkan ke Think-Pair-
hospital. Doktor mendapati bahawa dinding nipis Alveoli beliau telah Share
pecah. Doktor telah memberi nasihat kepada Shukur agar berhenti
merokok. Presentation

Soalan : Berdasarkan situasi di atas, apakah yang menyebabkan dinding
nipis Alveoli beliau telah pecah.

JUSTIFIKASI RUJUKAN

• Kesan buruk merokok terhadap paru-paru MyHEALTH : Rokok - Kesan Karbon
• Bagaimana dinding nipis Alveoli boleh Monoksida

pecah https://www.youtube.com/watch?v=F_AFrY
• Kesan sekiranya dinding Alveoli pecah aUG7c

Fungsi Alveolus dalam Sistem
Pernapasan Manusia dan Struktur
Pembentuknya

https://www.merdeka.com/jatim/4-fungsi-
alveolus-dalam-sistem-pernapasan-manusia-
dan-struktur-pembentuknya-kln.html

Kriteria Penilaian / Ulasan
Kerjasama Kumpulan
Penguasaan dan Kefahaman

Kemahiran Analisis
Aplikasi dan Praktikal

Ali rakan kepada Abu terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini. Ali Round Table
kini terlantar di hospital dan mengalami kekurangan darah yang serius. Ali
perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat. Difahamkan bahawa Ali Think-Pair-
memiliki jenis darah kumpulan B dan memerlukan penderma darah dengan Share
segera. Ali meminta bantuan kepada rakannya Abu untuk meminta dan
mencari penderma darah.

Soalan : Merujuk kepada situasi di atas, apakah padanan kumpulan darah
penderma yang sesuai untuk Ali? Jika Abu memilik jenis darah kumpulan
AB, adakah Abu boleh menderma darah kepada Ali?

JUSTIFIKASI RUJUKAN

• Kumpulan darah penderma dan Kumpulan darah manusia
penerima yang serasi
https://www.youtube.com/watch?v=wyc6pq
• Kepentingan menderma darah dwvlA

Kriteria penderma darah

https://www.pdn.gov.my/index.php?option=
com_content&view=article&id=168&Itemid
=225&lang=ms

Kepentingan menderma darah

https://www.youtube.com/watch?v=6IAoux
MKcD0

Kriteria Penilaian / Ulasan
Kerjasama Kumpulan
Penguasaan dan Kefahaman

Kemahiran Analisis
Aplikasi dan Praktikal

Encik Lim adalah seorang pekebun yang baru menceburi bidang Gallery Walk
perkebunan. Beliau memiliki tanaman pokok pisang seluas 5 hektar. Pada Three Stray One Stay
satu hari, beliau mendapati bahawa terdapat banyak daun pisang yang telah
menggulung. Bagi seorang pekebun, kesihatan tanaman adalah sangat
penting. Kesihatan tanaman haruslah sentiasa dalam keadaan baik agar
produktiviti tanaman berada pada tahap yang optimum.

Soalan : Analisis permasalahan yang berlaku terhadap daun pokok pisang
dan nyatakan langkah yang perlu dilakukan oleh Encik Lim.

JUSTIFIKASI RUJUKAN

• Faktor yang mempengaruhi daun Ciri Khas Tumbuhan untuk
pokok pisang menggulung Menyesuaikan Diri Dengan Iklim
dan Perubahan Musim
• Kesan sekiranya masalah daun pisang
menggulung berlarutan https://www.youtube.com/watch?v=1wEbf
fouNMU

Tumbuhan menyesuaikan diri
dengan iklim dan perubahan musim

https://www.youtube.com/watch?v=-
FM8kBG5nps

Kriteria Penilaian / Ulasan
Kerjasama Kumpulan
Penguasaan dan Kefahaman

Kemahiran Analisis
Aplikasi dan Praktikal



Ramlee ditugaskan untuk menjaga batu peringatan di kawasan Think-Pair-Share
pelancongan. Beliau mendapati bahawa batu tersebut semakin menghakis. Presentation
Justeru, beliau telah mengambil langkah dengan menyapu lapisan bahan
pengilat bagi mengatasi masalah tersebut.

Soalan : Wajarkan tindakan pekerja tersebut.

JUSTIFIKASI RUJUKAN

• Punca berlaku hakisan pada batu Mendapan asid
tersebut
https://www.met.gov.my/pendidikan/sa
• Kesan hakisan tersebut terhadap batu insatmosfera/mendapanasid
peringatan
Memahami hujan asid
• Kesan sekiranya beliau menyapu batu
peringatan dengan lapisan bahan https://youtu.be/LPh2--3eqBc
pengilat

• Huraian mengenai tindakan beliau

Kriteria Penilaian / Ulasan
Kerjasama Kumpulan
Penguasaan dan Kefahaman

Kemahiran Analisis
Aplikasi dan Praktikal

Semasa mengembara di hutan, Joshua telah terjumpa dengan sebuah Gallery Walk
patung yang diletakkan secara terbuka, dan dipercayai mempunyai nilai Three Stray One Stay
warisan yang tinggi. Malangnya, sebahagian daripada patung tersebut
telah terhakis. Dengan menggunakan semua alat yang dibekalkan di
bawah, cadangkan bagaimana anda dapat membantu Joshua
meminimumkan masalah tersebut supaya rupa bentuk patung tersebut
dapat dikekalkan.

Daun Nipah Buluh Tali

Soalan : Lukis dan label jawapan anda.

JUSTIFIKASI RUJUKAN

• Faktor yang menyebabkan hakisan Memahami hujan asid
berlaku pada patung tersebut
https://youtu.be/LPh2--3eqBc
• Cadangan cara untuk meminimumkan
kerosakan pada patung tersebut

• Lakar dan label lukisan

Kriteria Penilaian / Ulasan
Kerjasama Kumpulan
Penguasaan dan Kefahaman

Kemahiran Analisis
Aplikasi dan Praktikal



SMK Kangkung akan mengadakan sebuah kem perkhemahan yang Three Stray
berdekatan dengan kawasan air terjun. Sekolah tersebut perlulah One Stay
memastikan keselamatan pelajar sentiasa terjaga bagi memastikan kem
tersebut berjalan dengan lancar. Berdasarkan rekod sekolah-sekolah yang Round
pernah menjalankan kem di kawasan tersebut, masalah keselamatan yang Table
sering dihadapi oleh pihak sekolah ialah pelajar sering mengalami
kekejangan semasa melakukan aktiviti lasak. Masalah yang kedua pula
ialah sebahagian pelajar akan mengalami bengkak akibat terlicin dan
terbentur di kawasan air terjun.

Soalan : Dengan mengaitkan konsep termokimia, terangkan dua langkah yang perlu
diambil oleh SMK Kangkung sebagai persiapan bagi mengatasi setiap masalah
keselamatan di atas. Nyatakan perbezaan bagi setiap langkah yang dicadangkan tersebut.

JUSTIFIKASI dalam RUJUKAN

• Aplikasi termokimia MyHealth: Rawatan Haba Dan
kehidupan seharian Rawatan Sejuk

• Menghubungkait haba yang yang http://www.myhealth.gov.my/rawatan-
diserap atau dibebaskan dalam tindak haba-dan-rawatan-sejuk/
balas kimia kepada tindak balas
endotermik dan tindak balas Tindak balas Endotermik dan
eksotermik Eksotermik

https://youtu.be/MTRKHrAcLBc

Kriteria Penilaian / Ulasan
Kerjasama Kumpulan
Penguasaan dan Kefahaman

Kemahiran Analisis
Aplikasi dan Praktikal

.TERIMA KASIH.

KPD3016 – PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1
PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. MOHD NAZIR BIN MD ZABIT


Click to View FlipBook Version