GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI MIRI Kolej Komuniti Miri DITERBITKAN OLEH Unit Pembangunan Pelajar EDISI 1
UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI MIRI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI GGAARRIISS PPAANNDDUUAANN PPEERRLLAAKKSSAANNAAAANN AAKKTTIIVVIITTII PPEELLAAJJAARR KKOOLLEEJJ KKOOMMUUNNIITTII MMIIRRII EEDDIISSII 11
i Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Unit Pembangunan Pelajar, Kolej Komuniti Miri, Miri, Sarawak terlebih dahulu. Kolej Komuniti Miri 5600 Jalan Permyjaya Utama Bandar Baru Permyjaya 98000 Miri, Sarawak Tel : 085-653545 Faks : 085-653242 Laman Web : www.kkms.edu.my Hakcipta © Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Miri Cetakan Pertama 2023 Garis Panduan Perlaksanaan Aktiviti Pelajar Kolej Komuniti Miri Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti Kementeriam Pendidikan Tinggi
Penaung En Harmen Bin Muda Pengarah Kolej Komuniti Miri Penasihat Pn Noor Aini Binti Bojeng Timbalan Pengarah Pengurusan En Holinson Emang Wan Timbalan Pengalarah Akademik Ketua Penulis & Editor Pn Faridah Binti Musit Pegawai Pembangunan Pelajar Editor En Roland Tsok Vui Liang Pn Noor Fazsikeen Binti Mermeji@Termizie Pembaca Pruf En Holinson Emang Wan Pn Sophia Jeffery Jok Abdullah Pereka Grafik Pn Faridah Binti Musit JAWATANKUASA PENULISAN ii
Buku ini mengandungi garis panduan berkaitan dengan pengurusan program atau aktiviti pelajar Kolej Komuniti Miri samada di dalam atau di luar institusi. Dengan keikhlasan, kegigihan dan usaha yang berterusan oleh Ahli Jawatankuasa Panel Penulis Garis Panduan Perlaksanaan Aktiviti Pelajar Kolej Komuniti Miri mampu membantu ke arah mencapai pelaksanaan kecemerlangan pelajar. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya agar pengurusan pelajar di Unit Pembangunan Pelajar di Kolej Komuniti Miri lebih efektif dan sistematik PRAKATA Garis Panduan Perlaksanaan Aktiviti Pelajar Kolej Komuniti Miri merupakan salah satu sumber rujukan dan panduan kepada warga Kolej Komuniti Miri dan pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan semua program atau aktiviti pelajar. iii
iv ISI KANDUNGAN Jawatankuasa Penulisan ii Prakata iii Senarai Lampiran v Pengenalan 01 Tujuan 02 Panduan Umum 03 Carta Alir Proses Kelulusan Program 04 Panduan Perlaksanaan Aktiviti 05-11 Prosedur kerja Pengurusan dan perlaksanaan aktiviti/program pelajar di dalam dan luar institusi 12-13 Kadar Elaun dan Bayaran untuk aktiviti/program Pelajar 14-18 Lampiran 19-30 Glosari 31 Rujukan 32 PERKARA MUKA SURAT Isi Kandungan iv
v SENARAI LAMPIRAN Borang Permohonan Aktiviti Pelajar 21 LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A-2 A-3 Format Kertas Kerja 22 Senarai Semak Dokumen Perlaksanaan Aktiviti Pelajar A-1 22 A-4 Borang Pemantauan Aktiviti Pelajar 22 A-5 Format Laporan 26 A-6 Perakuan Pelepasan Tanggungjawab (Borang 1) 29 A-7 Borang Akuan Status Kesihatan (Borang B2) 31
Kolej Komuniti Miri merupakan institusi pengajian tinggi di bawah kementerian Pendidikan Tinggi awam yang menawarkan kursus sepenuh masa peringkat sijil. Unit Pembangunan Pelajar (UPP) adalah unit yang bertanggungjawab dalam perlaksanaan program dan aktiviti yang melibatkan pelajar sepanjang pengajian di Kolej Komuniti. Aspek pembangunan pelajar merupakan agenda utama UPP dalam merealisasikan pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) dalam menghasilkan graduan TVET yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Oleh itu, gerak kerja yang tersusun dan terancang diperlukan bagi menghasilkan suatu program yang bermanfaat kepada pelajar dan institusi ke arah pembentukan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar yang berkualiti. Oleh yang demikian, pihak Kolej Komuniti Miri memandang berat dan serius mengenai kebajikan dan keselamatan pegawai pengiring dan pelajar semasa menjalankan atau melakukan kegiatan kurikulum dan kokurikulum di dalam mahupun diluar institusi. Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar Kolej Komuniti Miri yang dikeluarkan ini mampu memberikan panduan dan maklumat am kepada pihak yang menjalankan aktiviti agar memberi perhatian dan mengambil berat tentang aspek kebajikan dan keselamatan untuk mengelak kejadian yang tidak diingini sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti. Ia juga bagi memastikan setiap aktiviti dilaksanakan dengan begitu profesional, berkesan dan memberi impak yang positif kepada Kolej Komuniti Miri. PENGENALAN 0 1
Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar Kolej Komuniti Miri adalah bertujuan: Memaklumkan dan memastikan ketetapan Kolej Komuniti Miri tentang dasar dan pelaksanaan aktiviti pelajar; Menyediakan panduan pelaksanaan aktiviti pelajar di peringkat Kolej Komuniti Miri Menyediakan maklumat tentang perkara-perkara berkaitan pelaksanaan aktiviti pelajar Kolej Komuniti Miri TUJUAN 0 1 0 2
PANDUANUMUM “Aktiviti pelajar” merujuk kepada semua aktiviti yang dilaksanakan oleh pelajar dalam atau luar bilik kuliah yang berbentuk akademik dan bukan akademik. “Aktiviti” merujuk kepada sebarang aktiviti di Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan sama ada dalam negara mahupun luar negara. Semua aktiviti PolyCC, KPT atau agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan sama ada dalam negara mahupun luar negara perlu mengikut prosedur berkaitan, selaras dengan Prosedur Pengurusan Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti dan pekeliling sedia ada serta tidak bertentangan dengan semua dasar PolyCC dan dasar KPT. Semua aktiviti pelajar hendaklah mengikut prosedur Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar PolyCC, KPT dan perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah institusi (Politeknik/Kolej Komuniti) Sebarang perkara berkaitan sumbangan/tajaan hendaklah mengikut prosedur dan mendapat kelulusan Pengarah institusi selagi tidak menjejaskan imej KPT amnya dan PolyCC khususnya. Aktiviti yang melibatkan orang kenamaan, (Raja, Menteri Kabinet,Timbalan Menteri, Menteri Besar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), Ahli Parlimen, Wakil Rakyat dan kerabat diraja perlulah dirujuk kepada Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Unit Pembangunan Pelajar (UPP) dan Pengarah di Insitutusi sebelum sebarang urusan dibuat secara rasmi. Aktiviti yang melibatkan temu bual, kenyataan dan sidang media, hendaklah mengikut garis panduan dan surat pekeliling terkini yang dikeluarkan oleh KPT. Laporan aktiviti pelajar hendaklah dihantar kepada UPP di institusi dalam tempoh 14 (EMPAT BELAS) hari selepas tamat aktiviti dan salinan hendaklah diserahkan kepada PPP atau UPP. Penasihat/Penyelaras dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas setiap aktiviti pelajar yang meliputi perancangan, pelaksanaan, pengendalian, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Unit Pembangunan Pelajar (UPP), di institusi berhak mengetahui dan membuat tinjauan atau memantau segala kegiatan insaniah pelajar. Pihak Kolej Komuniti Miri berhak membatalkan dan membuat keputusan yang difikirkan sesuai berkaitan aktiviti pelajar yang bercanggah dengan garis panduan atau manamana yang difikirkan perlu oleh Pengarah atau pegawai yang diturunkan kuasa. 0 3
07 CARTA ALIR PROSES KELULUSAN PROGRAM/AKTIVITI PELAJAR DI BAWAH UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR (UPP) KOLEJ KOMUNITI MIRI (PERBELANJAAN MENGGUNAKAN OS42 000) 0 4
1. HAD DAN BATASAN 2. PENDAFTARAN AKTIVITI PERSATUAN/KELAB 3.AKTIVITI PERSATUAN/KELAB 4.AKTIVITI BERKAITAN AKADEMIK 5. KELULUSAN PANDUAN PERLAKSANAAN AKTIVITI Semua aktiviti pelajar/JPP/persatuan/kelab perlu mendapat sokongan UPP dan mendapat kelulusan daripada Pengarah Kolej Komuniti Miri/Timbalan Pengarah Pengurusan/ Timbalan Pengarah Akademik/Ketua Program/ketua unit/ ahli mesyuarat termasuklah melibatkan agensi kerajaan dan bukan kerajaan (berdasarkan kepada keutamaan dan kepentingan program) Panduan ini diguna pakai selaras dengan pekeliling, memo, surat atau arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Pengarah Kolej Komuniti Miri, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Menteri Pendidikan Tinggi serta pihak yang berwajib. SEMUA persatuan/kelab perlu berdaftar dengan Unit Pembangunan Pelajar (UPP) dan mendapat kelulusan daripada Pegawai Hal Ehwal Pelajar Persatuan/kelab yang telah berdaftar dengan UPP, semua aktiviti yang dijalankan akan menjadi aktiviti rasmi dan tertakluk dengan panduan pelaksanaan aktiviti pelajar Kolej Komuniti Miri. Aktiviti yang berkaitan dengan akademik adalah tertakluk kepada keperluan dan kurikulum sesuatu kursus yang ditawarkan. Perancangan, perlaksanaan dan pemantauan aktiviti adalah di bawah tanggungjawab Ketua Program serta mengikuti Standard Operating Procedure (SOP)yang ditentukan oleh jabatan akademik yang berkaitan. *Pegawai Hal Ehwal Pelajar merujuk kepada Pengarah Kolej Komuniti 0 5
6. PENDAFTARAN PERTUBUHAN PERSATUAN PANDUAN PERLAKSANAAN AKTIVITI KATEGORI PERSATUAN Persatuan/kelab yang mempunyai badan induk: Persatuan yang ditubuhkan di luar Kolej Komuniti dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) perlu mematuhi struktur dan aktiviti badan dan induk. 1. Persatuan perlu mendapatkan kebenaran, pengesahan dan pendaftaran badan induk untuk penubuhan cawangan di Kolej Komuniti. 2. Persatuan/kelab yang tidak mempunyai badan induk: Persatuan yang ditubuhkan di dalam Kolej Komuniti tanpa terikat dengan sebarang badan induk perlu mendaftarkan dengan Kolej Komuniti melalui tatacara yang ditetapkan. 1. Kelab/Persatuan diklasifikasikan seperti berikut: Sukan & Rekreasi Unit Beruniform Kebudayaan, Seni & Warisan Akademik Keahlian Pelajar Setiap pelajar hendaklah mengikuti aktiviti pelajar di Kolej Komuniti melalui Kelab/Persatuan yang diwujudkan. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu (1) Kelab/Persatuan pilihan. 1. 0 6
7. PENGANJURAN AKTIVITI/PROGRAM PANDUAN PERLAKSANAAN AKTIVITI Antara aktiviti,program yang boleh dilaksanakan pada peringkat Kolej Komuniti Miri adalah: Aktiviti seperti : Sukan Khidmat Masyarakat (Kesukarelawan) Lawatan Akademik Lawatan Penanda Aras Kem Kepimpinan atau kerja berpasukan Program seperti: Seminar Kursus/Bengkel Pameran Majlis Kecemerlangan Majlis Kebudayaan Pertandingan Kemahiran/Keusahawanan/Inovasi 8. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS PROGRAM/ PENASIHAT/ JURULATIH/ PEGAWAI Penyelaras/penasihat/jurulatih/pegawai dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas semua perancangan, pelaksanaan, pengendalian, pemantauan, penilaiandan penambahbaikan aktiviti seperti berikut: Menyelaras dan menyelia aktiviti yang dilaksanakan. Menyelaras kerja-kerja perolehan maklumat, dokumentasi, bahan-bahan untuk rekod dan rujukan. Menjadi Pegawai Pemantaubagi setiap aktivitiyang dilaksanakan. Menyemak dan menyelia rekod atau maklumat Program/Kelab/Persatuan serta laporan aktiviti yang telah dilaksanakan. Menghadiri dan memantau mesyuaratdan aktiviti. Sebagai perunding cara aktiviti yang dirancang. Memastikan setiap penganjuran aktiviti mematuhi Garis Panduan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti. Sebagai PegawaiPengiring semasa pelaksanaan aktiviti luar. 0 7
9. PERANAN PEGAWAI PENGIRING PANDUAN PERLAKSANAAN AKTIVITI Pegawai pengiring dipertanggungjawabkan sepenuhnya menyelia dan mengawas perlaksanaan semasa aktiviti dijalankan seperti berikut: 1. Memastikan peraturan aktiviti dipatuhi. Mengawal keselamatan dan disiplin pelajarsepanjang program berlangsung. Membuat keputusan untuk memindaatau membatalkan aktivitisemasa program dijalankan jika tahap keselamatan dan kebajikan pelajar diragui setelah berbincang dengan pihak penganjur. 2. Menjadi wakil rasmi Kolej Komuniti semasa program dilaksanakan di luar kawasan. 10. PENGURUSAN KEWANGAN JPP dan Kelab/Persatuan tidak boleh membuat sebarang kutipan, menerima sumbangan atau memohon sebarang penajaan selaras dengan Akta 174 Jadual Ketiga, Kaedah 8. 1. JPP dan Kelab/Persatuan boleh memohon peruntukan kewangan untuk melaksanakan aktiviti melalui KERTAS KERJA yang dihantar sebulan sebelum tarikh aktiviti dilaksanakan bagi mendapatkan kelulusan pihak pengurusan kolej. 2. 11.PERMOHONAN AKTIVITI DAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA AKTIVITI Semua aktiviti yang ingin dilaksanakan hendaklah melalui prosedur pelaksanaan aktiviti dengan mengisi borang permohonan aktiviti pelajar (Lampiran A-1) dan mengemukakan KERTAS KERJA. Kertas kerja adalah kertas perancangan secara menyeluruh mengenaisesuatu aktiviti atau program yang akan dijalankan. kertas kerja yang dikemukakan adalah untuk membolehkan perinciandan perancangan aktiviti dapat diteliti dan disemak sebelum ianya diluluskan oleh pengarah. Sila rujuk Lampiran A-2 untuk format kertas kerja. 0 8
12. PERATURAN DAN PERMOHONAN LAWATAN/ MENJALANKAN AKTIVITI PERINGKAT INSTITUSI/ DALAM NEGARA PANDUAN PERLAKSANAAN AKTIVITI Prosedur dan aktiviti peringkat kampus/di dalam negara : Borang permohonan dan kertaskerja/ dokumen sokongan hendaklah dihantar sekurang- kurangnya SEBULAN sebelum tarikh aktiviti dijalankan ke UPP untuk mendapatkan kelulusan. 1. Bagi aktiviti melibatkan orang kenamaan/ tajaan/ sumbangan, permohonan perlu dihantar sekurang-kurangnya TIGA bulan sebelum tarikh aktiviti dijalankan ke UPP untuk mendapatkan kelulusan. 2. 13. PERATURAN DAN PERMOHONAN LAWATAN/ MENJALANKAN AKTIVITI KE LUAR NEGARA Prosedur dan Aktiviti ke Luar negara : Permohonan ke luar negara hendaklah dikemukakan kepada UPP sekurangkurangnya dua (2) bulan sebelum program bermula untuk semakan dan dimajukan kepada Pengarah Kolej bagi tujuan sokongan. 1. Permohonan hendaklah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). 2. 3.Permohonan hendaklah disertakan dengan perkara-perkara berikut : i) SATU (1) set kertas kerja. ii) TIGA (3) set Borang Permohonan Lawatan ke Luar Negara yang telah diisi dengan lengkap seperti yang dikehendaki oleh pihak JPKK, KPT iii) Pensyarah Pengiring hendaklah menguruskan passport, visa dan insurans. Rujukan : GarisPanduan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Edisi Oktober 2012 0 9
14. PERLAKSANAAN AKTIVITI/PROGRAM PANDUAN PERLAKSANAAN AKTIVITI Penyelaras JPP/Penasihat Kelab /Persatuan/Ketua Program/ Ketua Unit hendaklah memastikan peraturan aktiviti dipatuhi sepanjang program berlangsung dan mengisi Borang Pemantauan Aktiviti Pelajar ( Lampiran A-3) semasa pemantauan ativiti dijalankan. 1. Penyelaras JPP/Penasihat Kelab/Persatuan/Ketua Program/Ketua Unit hendaklah memastikan aktiviti dilaksanakan sepertu yang dirancang dan membuat pengawasan dan penyeliaan sepanjang program berlangsung. 2. 15. LAPORAN AKTIVITI/PROGRAM Semua aktiviti yang dijalankan adalah diwajibkan untuk menghantar Laporan Aktiviti ke Unit Pembangunan Pelajar untuk pemantauan dan semakan. Laporan juga boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan selain sebagai bukti sesuatu aktiviti dan program itu telah dilaksanakan. 1. JPP dan Kelab/Persatuan hendaklah menghantar laporan aktiviti dalam tempoh 14 hari selepas aktiviti dilaksanakan dengan menggunakan Format Laporan Aktiviti Pelajar kepada UPP. Sila rujuk Lampiran A-4 untuk format laporan. 2. 16.SIJIL PENYERTAAN/ SIJIL PENGHARGAAN/ TESTIMONIAL Sijil atau testimonial akan dikeluarkan setelah Laporan aktiviti/ program pelajar yang lengkap dihantar dan mendapat pengesahan daripada Penyelaras JPP atau Penasihat Kelab/Persatuan. Pengeluaran sijil atau testimoni yang berkaitan aktiviti JPP dan Kelab/Persatuan dikawal selia oleh UPP. 1 0
17. PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN AKTIVITI PELAJAR PANDUAN PERLAKSANAAN AKTIVITI Segala perperkhidmatan dan kemudahan bagi aktiviti pelajar adalah bergantung kepada perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Kolej Komuniti Miri. 1. Permohonan perkhidmatan dan kemudahan boleh dibuat melalui penyelaras JPP/ Penasihat Kelab /Persatuan/ Ketua Program/ Ketua Unit dengan menggunakan borang sedia ada di setiap unit Kolej Komuniti Miri mengikut keperluan program. 2. Sebarang penggunaan kemudahan Bilik Gerakan JPP atau bilik kuliah/kemudahan padang/gelanggang sukan hendaklah dimaklumkan kepada Pegawai Pembangunan Pelajar/Penyelaras JPP atau Penasihat Kelab/Persatuan/Ketua Program untuk mendapatkan kebenaran. 3. Tempahan penggunaan padang atau gelanggang di luar kampus diuruskan melalui Penyelaras JPP atau Penasihat Kelab/Persatuan. 4. 18. PENGANGKUTAN Pengangkutan untuk aktivitipelajar akan diluluskan oleh pihak pentadbiran berdasarkan kepada kemudahan sedia ada, kepentingan aktiviti serta mendapat kelulusan Pengarah Kolej Komunti Miri 1. 2.Jumlah pemandu bergantung kepadajarak perjalanan Penggunaan kenderaan membawa pelajar untuk melaksanakan aktiviti adalah bergantung kepada peraturan dan pekeliling yang sedang berkuat kuasa 3. 19. DISIPLIN Semua pelajar tertakluk kepada Garis panduan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti, Garis panduan perlaksanaan aktiviti Pelajar Kolej Komuniti Miri dan Akta 174 20.TATACARA MENGAMBIL TINDAKAN Tindakan tatatertib hendaklah merujuk kepada Akta 174 (Akta Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976) yang dibaca bersamadengan Garis panduan pengurusan Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti, Garis panduan perlaksanaan aktiviti Pelajar Kolej Komuniti Miri dan pekeliling yang berkaitan. 1 1
1.Borang Permohonan Aktiviti Pelajar 2.Kertas kerja dengan kelulusan pengarah 3.Borang lepas tanggungpeserta borang B1 (Lampiran A-5) 4.Borang akuan kesihatanpeserta borang B2 (Lampiran A-6) Membuat pemakluman kepada pihak berkuasa, agensi tempatan, contohnya PDRM, hospital, Agensi Kerajaan Tempatan, Taman Negeri, Taman Laut, Pejabat Penghulu atau JKKK (jika berkenaan) 5. 6.Mendapatkanpermit (jika berkenaan) PROSEDUR KERJA PENGURUSAN DAN PERLAKSANAAN AKTIVITI/ PROGRAM PELAJAR DI DALAM/LUAR INSTITUSI “Keutaman yang perlu diberi perhatian oleh Unit Pembangunan Pelajar (UPP) apabila menganjurkan aktiviti/program ialah keselamatan dan kelancaran program. Oleh itu, prosedur umum ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas.” PROSEDUR SEBELUM PROGRAM Persediaan perancangan dan dokumentasi 1 Persediaan logistik 2 1.Membuat tempahan kenderaan dari unit pentadbiran 2. Mendapat kelulusan pengarah/TPA/TPA/ Persediaan Sumber Manusia 3 Memastikan bilangan nisbah jurulatih / fasilitator berbanding peserta yang sesuai. 1. 2.Memastikan jurulatih / fasilitator berkemahiran 3.Memastikan ada pensyarah/ staf pengiring 4.Memastikan ada pensyarah / staf pengiringwanita, jika ada peserta wanita. Persediaan fasiliti / peralatan 4 Memastikan alatan asas seperti peti pertolongan cemas, wisel, kit bantu mula dan lain-lain ikut keperluan khas program. 1. Memastikan semua alat perhubungan sepertitelefon, walkie talkie mencukupi dan dalam keadaan baik dan boleh berfungsi. 2. Persediaan lokasi/alam sekitar 5 1.Menjalankantinjauan rapi di lokasi programdan menganalisa risiko. 2.Memastikan lokasi program selamatuntuk dilaksanakan aktiviti/program. 1 2
PROSEDUR SEMASA PROGRAM Memastikan jurulatih dan fasilitator hadir di lokasisekurang-kurangnya sehari awal bagi melaksanakan kerja-kerja persiapan tempat, tinjauan lokasi dan persediaan keselamatan. 1 Memastikan ada pengiring wanita bagi menguruskan hal ehwal peserta wanita. 2 Memastikan semua jurulatih, fasilitator, pengiring dan pesertamematuhi SOP keselamatan, SOP kawalan pencegahan penyakit (cth: Covid-19) yang telah ditetapkan 3 Memastikan keadaan peserta, alam sekitar dan fasiliti/ peralatan sentiasa berada dalam keadaan terkawal 4 5 Memberi taklimat keselamatan kepada peserta sebelum program dilaksanakan. Memastikan sebarang kejadianyang hampir berlaku (near miss) atau insiden yang telah berlaku diambil kira dan langkah pencegahan insiden perlu dilaksanakan dengan segera. 6 Sebarang insiden seriusyang berlaku perlu dirujuk kepadapihak berkuasa dan dilaporkan kepada pihak pengurusan tertinggi Kolej Komuniti Miri 7 PROSEDUR SELEPAS PROGRAM Memastikan lokasi program dalam keadaan bersih, selamat dan selesa sebelum balik. 1 2 Mengisi borang penilaianprogram 3 Memastikan semua peserta dalam keadaan sihat dan selamat. Semua peralatan keselamatan telah diselenggara dan disimpan dengan baik. 4 Mengadakan Post Mortem bagi mengenalpasti kekuatan / kelemahan program, SOP keselamatan serta cadangan penambahbaikan 5 Memaklum agensi terlibat selepas tamat program dan menghantar surat penghargaan kepada pihak terbabit. (jika berkenaan) 6 Menyediakan laporan perlaksanaan program kepada pihak Unit Pembangunan Pelajar dan sesalinan kepada pihak pentadbiran (unit kewangan) 7 1 3
KADAR ELAUN DAN BAYARAN UNTUK PROGRAM/AKTIVITI PELAJAR M A K A N M I N U M D A N P E N G I N A P A N Semua kadar elaun dan bayaran kepada pelajar atau melaksanakan program/aktiviti adalah merujuk kepada Buku Arahan Pentadbiran Kewangan (AKP) Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti Bilangan 1 Tahun 2023. (No ruj: JPPKK/BKP/100-1/1/1 JLD 7). Kelulusan elaun dan sebarang pembayaran adalah WAJIB mengikut kadar yang telah ditetapkan seperti berikut:- Nota:Penginapan/ dorm hanya bagi pelajar yang menyertai program kurikulum/ ko-kurikulum yang dilaksanakan termasuk program latihan industri (WBL). Pelajar juga tidaklayakdibayar sekiranya kemudahan penginapan atau jamuan telah disediakan oleh penganjur. Nota:Hanya bagi pelajar yang menyertai program kurikulum/ ko-kurikulum yang dilaksanakan. K E P E R L U A N P R O G R A M 1 4
A K T I V I T I P E L AJA R D I L U A R N E G A R A H O N O R I U M KADAR ELAUN DAN BAYARAN UNTUK PROGRAM/AKTIVITI PELAJAR Y U R A N P E N Y E R T A A N L A TIH A N/ P R O G R A M R A S MI Tertakluk kepada kadar yang ditetapkan oleh penganjur terhad kepada program kurikulum/ ko-kurikulum yang disertai. Semua penyertaan bergantung kepada syarat-syarat pengajur dan kelulusan pengarah. 1 5
H O N O R I U M KADAR ELAUN DAN BAYARAN UNTUK PROGRAM/AKTIVITI PELAJAR 1 6
H O N O R I U M KADAR ELAUN DAN BAYARAN UNTUK PROGRAM/AKTIVITI PELAJAR H A K I M /JU R I / P A N E L P E N I L A I B A G I P R O G R A M R A S M I 1 7
H A D I A H D A N I N S E N T I F K E P A D A P E L AJA R Y A N G T E R L I B A T D A L A M P R O G R A M Y A N G D I A NJU R K A N JA B A T A N / I N S T I T U S I KADAR ELAUN DAN BAYARAN UNTUK PROGRAM/AKTIVITI PELAJAR H A D I A H K E P A D A K O M U N I T I Y A N G T E R L I B A T D A L A M P R O G R A M Y A N G D I A NJU R K A N O L E H JA B A T A N / I N S T I T U S I 1 8
LAMPIRAN 1 9
LAMPIRAN A-1 2 0
LAMPIRAN A-2 2 1
LAMPIRAN A-3 FORMAT KERTAS KERJA 2 2
2 3
2 4
LAMPIRAN A-4 2 5
LAMPIRAN A-5 FORMAT LAPORAN 2 6
2 7
2 8
LAMPIRAN A-6 2 9
3 0
LAMPIRAN A-7 3 1
GLOSARI UPP UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR PolyCC Politeknik dan Kolej Komuniti, IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam KPT Kementerian Pendidikan Tinggi KSN Ketua Setiausaha Negara KSU Ketua Setiausaha Kementerian JPPKK Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti SOP Standard Operating Procedure 3 2
RUJUKAN 3 3 Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. (2012). Garis Panduan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar (Edisi Oktober 2012). Selangor : Percetakan Info Meditasi Sdn Bhd Institut Pendidikan Guru Malaysia (2010). Panduan Perlaksanaan Aktiviti Pelajar, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (2020). Cyberjaya : Pusat Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia. Politeknik Mukah Sarawak (2010). Panduan Perlaksanaan Aktiviti Pelajar, Edisi 1, Mukah : Jabatan Pembangunan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Mukah, Sarawak. Arahan Pentadbiran Kewangan Bilangan 1 Tahun 2023, Kawalan Pengurusan Sumber Kewangan Tahun 2023 . http:www.mypolycc.edu.my Manual Perlaksanaan pelajar, Universiti Putra Malaysia (Jun, 2021). https://hep.upm.edu.my/upload/dokumen/202110926111757Manual_Perlaksanaan_ Aktiviti_Pelajar(Final-Edit.pdf)
Kolej Komuniti Miri 5600 Jalan Permyjaya Utama Bandar Baru Permyjaya 98000 Miri, Sarawak Tel : 085-653545 Faks : 085-653242 Laman Web : www.kkms.edu.my Hakcipta © Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Miri Cetakan Pertama 2023