The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kepelbagaian makanan hari perayaan di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anissswaniie246, 2022-12-26 23:52:36

kepelbagaian makanan hari perayaan di Malaysia

kepelbagaian makanan hari perayaan di Malaysia

Kepelbagaian makanan hari perayaan
di Malaysia

SADN1033 MALAYSIAN NATIONHOOD STUDIES

1. Anis Syazwani binti Mohd Zamany (294912)
2. Hanis Faqihah binti Zulkifri (294894)
3. Syaza Nur
Irwani binti Mohd Ali Shahbana
(294931)
4.Khadija Najwa binti Mazlan (295080)
5. Norizzati Hannani binti Mohd Zambri
(294949)
6. Intan Nabilah binti Ahmad Saliman (294975)
7. Ahmad Safuan bin Basiruddin (291226)
8. Muhammad Shauki Bin Che Muda (291213)
9.Muhammad Farhan Bin Mohamad Azman
Yeoh (295690)
10. Hawa Najiha Nadja Binti Azahar (294832)
11. Nurul Izzah Binti Azizi (295018)

Pensyarah : Dr. Za'im Bin Ahmad

I

S

I




K 3
A 1. Pengenalan 4
5
2. Objektif kajian 6-8
9-11
N 3. Latar belakang
D 4. Perayaan Di Malaysia
U 5. Makanan Perayaan Di Malaysia

N 6. Makanan Perayaan Sebagai Pemangkin Perpaduan kaum 12-13

G 7. Kesimpulan 14

A 8. Rujukan 15

N

Pengenalan

Apabila Malaysia diisytiharkan pada tahun Salah satu perkara yang menyumbang
1963 sebagai sebuah negara bebas. kepada keunikan masyarakat di Malaysia
Malaysia juga merupakan sebuah negara ialah kepelbagaian makanan sebagai
yang majmuk yang kaya dengan budaya sebuah warisan etnik kumpulan. Setiap
dan adat resam serta kaum dan bangsa kumpulan etnik mempunyai pelbagai jenis
yang pelbagai. Disebabkan penubuhan warisan makanan yang mempunyai
Malaysia, perpaduan rakyat dapat pelbagai jenis, perisa dan warna. Oleh hal
dilaksanakan serta direncanakan hasil yang demikian, Malaysia dijadikan contoh
daripada pemerintah terdahulu. Oleh oleh negara maju yang lain disebabkan
sebab itu, Rakyat di Malaysia perlu berjaya menguruskan perpaduan kaum
mengambil tahu tentang segala adat dan masyarakat yang ada. Oleh sebab itu,
resam atau kepercayaan setiap kaum atau kepelbagaian jenis makanan di Malaysia
dengan kata lain menghormati antara satu mampu menyatukan padukan rakyat
sama lain. Malaysia kerana walaupun berbeza kaum
Kumpulan etnik di Malaysia bebas untuk dan budaya, kita mampu berkongsi cita
mengamalkan cara hidup masing-masing. rasa yang sama dengan keunikan jenis
makanan yang sedia ada.

3

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengetahui tentang warisan makanan
dan kaum yang terdapat di Malaysia.



2. Mengenali tentang kepelbagaian
makanan di Malaysia.



3. Membincangkan tentang makanan yang di
hidangkan sebagai sajian di hari perayaan.

4

Latar belakang

Malaysia mempunyai keunikan dari segi latar
belakang masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
iaitu kaum Melayu, Cina dan India yang mempunyai
keistimewaan budaya masing-masing. Salah satu
aspek yang menyumbang kepada keistimewaan
masyarakat Malaysia ialah makanan tradisonal yang
merupakan salah satu warisan tradisi bagi setiap
kaum. Dengan kepelbagaian makanan yang terdapat
di Malaysia ini sebenarnya dapat memberikan ruang
dalam proses mengukuhkan ikatan perpaduan antara
kaum yang secara tidak langsung menggambarkan
tradisi kehidupan masyarakat Malaysia.
Terdapat beberapa makanan setiap kaum yang
dapat dilihat memberi peranan yang besar dalam
memupuk perpaduan kaum di Malaysia. Antaranya
ialah nasi lemak yang merupakan makanan tradisi
orang Melayu namun dinikmati oleh semua
masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Nasi lemak
bukan sahaja dinikmati oleh masyarakat Melayu
malah turut menjadi kegemaran kaum Cina dan
India. Hal ini demikian kerana, nasi lemak bukan
sekadar dijual di restoran Melayu malah turut ada di
restoran Cina mahupun India. Seperti yang kita sedia
maklum, nasi lemak merupakan juadah yang disajikan
pada waktu pagi. Kini, tidak hairan jika nasi lemak
dimakan pada waktu tengah hari, petang mahupun
malam. Lauk sampingan turut disediakan bagi
meningkatkan lagi kelazatan nasi lemak. Sebagai
contoh, ayam goreng berempah, paru goreng,
rendang ayam atau daging, sambal sotong, udang
dan kerang iai menjadi lauk sampingan kegemaran
ramai untuk dimakan bersama nasi lemak.

5

JENIS PERAYAAN DI MALAYSIA

HARI RAYA AIDILFITRI
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang
disambut oleh orang melayu dan islam. Sambutan
Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di
bulan Ramadan. Hari Raya Aidilfitri ini disambut
setiap 1 Syawal tahun islam. Hari Raya disambut
dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling
bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk
mengeratkan silaturahim. Perayaan ini disambut
bagi meraikan ‘kemenangan’ setelah sebulan

berpuasa pada bulan Ramadan.
HARI RAYA AIDILADHA
Hari Raya Haji yang juga dikenali
sebagai Hari Raya Korban atau Aidil
Adha di Malaysia. Hari ini disambut

oleh umat Islam di seluruh dunia. Hari
Raya Haji jatuh pada hari kesepuluh di

bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir
dalam kalendar Islam ataupun dikenali
sebagai Kalendar Hijriah. Hari Raya Haji
disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah

di seluruh dunia.

6

TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina merupakan satu
perayaan yang disambut oleh kaum
Cina. Sambutan Tahun Baru Cina
mengikut kalendar gamari Cina
yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan ia dinamakan
sempena nama zodiak cina (Sekaran, K, 2016). Perayaan ini
diraikan dengan menziarahi ahli keluarga dan saudara -
mara untuk berkumpul dan mengadakan makan besar
dengan menyediakan juadah seperti Yee Sang, limau
mandarin dan daging salai. Semasa perayaan ini
berlangsung, angpow akan diberikan kepada golongan
muda yang belum berkahwin. Terdapat juga persembahan
yang menarik diadakan seperti tarian singa.

DEEPAVALI
Deepavali merupakan satu perayaan yang
diraikan oleh penganut agama hindu yang
memberi makna kemenangan oleh kuasa

kebaikan terhadap kuasa kejahatan,
secara simboliknya ditujukan dalam erti
cahaya yang menerangi kegelapan. Pada

musim perayaan ini,kaum india akan
menyediakan juadah tradisi mereka iaitu

Ulundu Vadai. Rangoli atau kolam yang
berwarna-warni yang dihasilkan

menggunakan serbuk beras juga turut
menghiasi perayaan deepavali.

7

HARI GAWAI

Hari Gawai adalah satu perayaan tradisi
yang diraikan oleh etnik Iban, Bidayuh dan
Orang Ulu di Sarawak. Perayaan ini akan
disambut pada 1 Jun setiap tahun. Pada

hari perayaan ini, mereka akan
menyediakan juadah tradisi kaum mereka

seperti ayam yang dimasak di dalam
buluh yang dikenali sebagai Manuk Pansuh.

PESTA KEAMATAN
Pesta Kaamatan atau juga dikenali
sebagai Pesta Menuai merupakan salah
satu pesta tradisional di Sabah. Pesta
Kaamatan merupakan pesta tradisi bagi
suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah.
Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) yang juga
disebut sebagai Tadau Kaamatan
merupakan pesta tradisi sejak turun
temurun bagi suku kaum Kadazan-
Dusun di Sabah bagi menghormati
'Bambazon' iaitu menghormati 'Semangat
Padi', oleh itu pesta ini juga dikenali
dengan nama Pesta Menuai Padi. Pesta ini
merupakan pesta paling popular
dikalangan penduduk negeri Sabah.

8

MAKANAN PERAYAAN DI MALAYSIA

MELAYU

Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi
atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa
dan direbus dalam periuk. Ketupat biasanya
dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu
pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya
Aidiladha. Ia biasanya sdeihritdaankgukaahn
dengan
rendang dan serunding kacang.
Ketupat palas ialah ketupat yang
menggunakan daun palas sebagai
pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat
palas dianyam terlebih dahulu sebelum
disumbat dengan pulut yang telah dimasak.

CINA

Kebiasaanya di musim perayaan Tahun Baru Cina di
mana kaum keluarga duduk di meja bulat dan

menggaulkan makanan-makanan sayuran bersama
dengan menggunakan penyepit. Yee Sang merupakan
campuran hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah
dan lobak putih, halia, kepingan ikan mentah serta
kekacang yang ditumbuk, ditambah pula dengan sos
plum dan jus limau (Soon Li Wei, 2020). Ianya merupakn
simbolik majmuk yang cukup penting dalam masyarakat
cina untuk mengeratkan silaturahim sesama kaum

keluarga dan sahabat handai.

9

INDIA

Ulundhu Vadai sejenis makanan tradisional
kering yang berbentuk gelung. Ianya
dhidangkan pada hari perayaan Deepavali.
Ulundhu Vadai merupakan sejenis makanan
orang India Selatan. Terdapat juga hirisan cili
hijau, daun kari dan bawang merah
dicampurkan sekali (Deepa
Gduenpgtaan, 2019).
Ulundhu Vadai perlu digoreng minyak
masak yang banyak untuk memastikan
gorengannya menjadi mampat. Ulundhu Vadai
diperbuat daripada tepung beras dan
berbentuk roda dengan lubang di tengah.
Ulundhu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya
dimakan bersama kuah kari.

IBAN

Manuk Pansuh merupakan makanan kaum Iban
yang sangat berpesonaliti dan kebiasaannya
menjadi hidangan wajib ketika hari perayaan
orang Iban seperti Hari Gawai.
Manuk Pansuh ini merupakan ayam yang
diperap dan nasi yang disumbat dalam buluh
dan di masak di atas arang atau kayu api
(Alex Man anak Nya, 24 Oktober, 2016).




10

KADAZANDUSUN

Hinava merupakan hidangan tradisional bagi suku kaum
KadazanDusun di Sabah. Ia membawa maksud
hidangan yang dimasak tanpa menggunakan api.
Hinava dihasilkan daripada isi ikan segar yang
dicampurkan bersama biji buah bambangan yang

diparut. Selain itu, bahan lain seperti cili merah, halia,
bawang merah, limau kapas dan garam juga

dicampurkan. Biasanya hinava dihidangkan semasa
majlis – majlis tertentu seperti majlis perkahwinan. Ia

juga akan menjadi hidangan istimewa semasa
sambutan Pesta Keamatan atau Tadau Keamatan.

11

MAKANAN PERAYAAN
SEBAGAI PEMANGKIN

PERPADUAN KAUM

Menurut Muhammad Muqris Alif Zairiasdi (2018), Malaysia mempunyai keistimewaan
yang berkait rapat dengan ciri-ciri latar belakang masyarakatnya yang terdiri daripada
pelbagai etnik. Mereka saling berhubungan dengan menggunakan bahasa Melayu yang


diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan harian sehingga membolehkan

mereka bertutur dengan fasih. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia dapat
hidup bersatu padu walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang
berbeza.


Apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 sebagai sebuah negara dengan identiti

nasional tersendiri, penubuhan ini diikuti dengan pembentukan satu bangsa Malaysia
yang saling bertolak ansur dan sentiasa memahami segala adat atau kepercayaan
setiap kaum atau dengan kata lain menghormati antara satu sama lain. Kumpulan etnik
di Malaysia telah diberikan kebebasan dalam mengamalkan cara hidup masing-masing
termasuklah perkara yang berkait dengan warisan budaya .

Setiap kelompok etnik mempunyai warisan jenis makanan yang kaya dengan warna, jenis
dan rasa serta memaparkan sejarah masakan yang menarik untuk diketahui dan dapat
dipelajari oleh kita bersama. Contohnya, nasi dagang yang begitu terkenal di negeri


Kelantan dan Terengganu merupakan salah satu makanan utama yang tersenarai sebagai

makanan warisan kebangsaan. Jika diseluruhi kisah di sebalik nasi dagang ini, apabila kita
merujuk pada versi asal usul makanan ini daripada negeri Terengganu, masyarakat
nelayan di Terengganu dikatakan telah menghasilkan nasi dagang sebagai bekalan buat
mereka ketika keluar mencari rezeki di lautan. Nasi yang dihasilkan dengan santan dan
mempunyai lauk ikan yang berkuah, bertujuan untuk memberikan tenaga yang
mencukupi untuk bertahan semasa mereka sedang bekerja di lautan.

Dalam kalangan etnik India, makanan tradisional yang kering


dan berbentuk gelung, dipanggil Vadai menjadi makanan

kegemaran kebanyakan etnik lain di Malaysia. Vadai atau (vada,
wada, vade), disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan
orang India selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Masala Vadai
yang diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili
hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali.Dapat
dilihat di pasar-pasar tani di Malaysia, Vadai turut dijual oleh
para peniaga Melayu di sekitar bandar atau kampung.

12

Dalam kalangan etnik Cina, kuih bulan merupakan salah satu
makanan yang terkenal. Kuih bulan ialah sejenis kuih yang manis
dan mengandungi pelbagai inti seperti kacang merah ataupun
telur asin. Kini, di Malaysia terdapat pelbagai versi kuih bulan
dan terdapat juga kuih bulan yang halal yang sesuai untuk orang
Islam menikmatinya. Menurut hikayat Cina, kuih bulan berasal
daripada sebuah kisah lalu di negara China semasa pemerintahan
puak Monggol ketika Dinasti Yuan yang merupakan seorang
pemerintah yang tegas dan kejam. Pada suatu malam ketika
bulan mula terbit mereka membuat kuih bulan beramai-ramai
dan di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang
menerangkan cara untuk memberontak. Ada kisah lain pula
mengatakan bahawa kuih bulan diperbuat sebagai tanda untuk
persembahan Dewa Dapur.

Dengan kepelbagaian makanan antara kaum di Malaysia ini dapat mengukuhkan
perpaduan dan mengeratkan lagi hubungan antara sesama mereka . Seperti yang kita
ketahui , segelintir masyarakat memandangkan remeh terhadapt makanan tradisi
berbilang kaum ini , tapi hakikatnya dapat memberikan impak terhadap keharmonian
dan perpaduan kaum di negara ini Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia
kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat “bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh“.

Keadaan ini telah menjadikan Malaysia memiliki aset yang amat bernilai dari segi
kepelbagaian makanan yang bukan sahaja membantu proses mengeratkan ikatan
perpaduan tetapi juga sebagai satu produk dalam menarik minat pelancong luar untuk
datang melawat Malaysia. Hal yang sama juga,ini juga berperanan dalam
menyatupadukan pelbagai etnik dalam sesebuah masyarakat dan juga membahagikan
individu kepada kumpulan sosial tertentu dalam masyarakat. Penyatupaduan dan
pembahagian tersebut bergantung pada ruang sosial sesuatu makanan mengikut fungsi
dalam masyarakat.

13

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, makanan
merupakan simbolik kepada setiap kaum

di Malaysia. Kepelbagaian makanan di
Malaysia oleh setiap kaum akan

dihidangkan pada perayaan kaum
masing-masing. Perayaan yang

berlangsung pada setiap tahun dapat
mewujudkan perpaduan kepada

sesebuah kaum. Hal ini terjadi demikian
kerana, masyarakat dari pelbagai kaum

akan berkumpul untuk menyambut
perayaan bersama-sama. Masyarakat

perlu mengambil tahu mengenai
makanan sesebuah kaum kerana ianya
penting bagi mengenali budaya yang

terdapat di Malaysia.

14

RUJUKAN

Mahmud, F. (2015b, November 1). Perayaan Di Malaysia.
https://www.academia.edu/17578768/Perayaan_Di_Malaysia




Destinasi, C. (2021, September 3). Makanan Tradisional Iban yang SEDAP di
Sarawak. Cari Destinasi. https://www.caridestinasi.com/makanan-tradisional-iban-
yang-sedap-di-sarawak/




Sekaran, K. (2016, February 9). Sambutan Tahun Baru Cina: Apa yang anda perlu
tahu? astroawani.com. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/sambutan-tahun-
baru-cina-apa-yang-anda-perlu-tahu-93552




Rabiatul Adaweeyah. (2020, May 27). Pengertian Dan Sejarah Awal Hari Raya
Aidilfitri. tzkrh.com. https://tzkrh.com/20179139/




Universiti Putra Malaysia. (n.d.). Erti Sebenar Deepavali.
https://upm.edu.my/article/erti_sebenar_deepavali-69661




Wei, S. L. (2020, January 21). “Tuah” Yee Sang pada tahun baru Cina. Malaysiakini.
https://www.malaysiakini.com/news/507849




Gupta, D. (2019, April 30). How to make medu vada or medhu vadai. The Statesman.
https://www.thestatesman.com/lifestyle/food/make-medu-vada-medhu-vadai-
1502750445.html




Wikipedia (2022, Jun 7). Tahun Baru Cina
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina




Khai Hassan (2015, Februari 19). 10 Fakta Tentang Tahun Baru Cina
https://ohmedia.my/umum/10-fakta-tentang-tahun-baru-cina/


Wikipedia. (2022, Oktober 23). Hari Deepavali
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali




Nurul Julia Alani Henry. (2022, Jun 2). Hari Gawai: Perayaan Tradisi Etnik Peribumi
Sarawak
https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2022/06/02/1953/

15


Click to View FlipBook Version