DEFINISI SENI CATAN
Apa itu Seni Catan? Catan merupakan hasil seni bahantara warna pada permukaan yang rata seperti bahan legap seperti atau kanvas. Catan biasanya dihasilkan dalam bentuk dua dimensi sahaja. Bahan warna yang biasa digunakan untuk menghasilkannya ialah cat air, cat minyak, poster colour atau akrilik . • Catan selalunya berfungsi menceritakan sesuatu peristiwa atau memberitahu sesuatu maksud, Catan juga membolehkan seseorang artis meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak.
Apa Itu Catan? Catan merupakan hasil seni bahantara warna pada permukaan yang rata seperti bahan legap seperti atau kanvas. Catan biasanya dihasilkan dalam bentuk dua dimensi sahaja. Bahan warna yang biasa digunakan untuk menghasilkannya ialah cat air, cat minyak, poster colour atau akrilik. Bahan pewarna dari tumbuh-tumbuhan pula seperti kunyit, pinang, inai, senduduk juga boleh digunakan menghasilkan catan. Selain dari pewarna dan berus, peralatan dan bahan-bahan lain yang menghasilkan catan bahan lain juga dibenarkan jika ia boleh memberi kesan yang menarik dan menyeronokkan adalah digalakkan . Catan selalunya berfungsi menceritakan sesuatu peristiwa atau memberitahu sesuatu maksud, Catan juga membolehkan seseorang artis meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak.
Maksud Catan Mengikut Tokoh Artis Seorang pelukis terkenal, iaitu Wassily Kandinsky menyatakan, “setiap seni mempunyai bahasa yang tersendiri, iaitu satu cara yang khusus bagi setiar catan. Setiap seni itu merupakan suatu yang lengkap dengar sendirinya dan hidup dalam alamnya yang tersendiri”. Biasanya bahan untuk catan cat air atau water colour banyak menggunakan air dan menggunakan pengilat gam Arab. Cat air bersifat lutsinar, ia juga boleh digelapkan sekiranya warna disapu beberapa kali atau tebal. Manakala catan cat Minyak pula menggunakan turpentine atau bahan pengilapnya ialah minyak linsid berfungsi mencairkan warna dan ia bersifat legap dan perlu dicerahkan sedikit demi sedikit. Catan cat akrilik pula menggunakan air, bersifat lutsinar dan legap juga boleh dicerah warnanya.
Pengalaman ini penting kerana ia dapat membantu murud membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya. Pengalaman ini penting kerana ia dapat membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya. Seni mampu mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Seni catan dapat menunjukkan bahawa anak-anak berbakat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Seni Catan dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk memupuk minat dan mengembangkan keperibadian. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri sendiri. Kepentingan Mengenali Seni Catan