The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAKK2302D SOSIOEMOSI DAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by simchiaping0602, 2022-04-26 11:54:28

PENGHASILAN PRODUK

PAKK2302D SOSIOEMOSI DAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAAK

FAKTOR DAN
IMPLIKASI

PERKEMBANGAN
SOSIOEMOSI

1.0 Pengenalan

Perkembangan sosioemosi fokus kepada penguasaan kemahiran
emosi yang matang. Perkembangan sosioemosi penting dalam
kehidupan seseorang kanak-kanak kerana menjadi asas kepada
pembelajaran dan perkembangan murid serta mempengaruhi
kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perkembangan emosi
bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan
emosi sendiri,diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.
Sosioemosi juga ialah kebolehan menguruskan emosi membantu
membina keyakinan diri,semangat berdikari dan sikap positif
terhadap pembelajaran.

Selain itu, ialah keupayaan mengurus emosi diri sendiri
membolehkan murid memahami emosi,keperluan dan menghormati
pandangan orang lain.kanak-kanak mempunyai tahap sosioemosi
yang memberangsangkan,ini bermakna mereka mempunyai sesuatu
perasaan sebagai reaksi bagi menyesuaikan diri dengan kehendak
masyarakat dengan cemerlang.Sosio-emosi yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak dalam bentuk yang keterlalauan tidak baik dipandang
oleh masyarakat.

1.1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

( )Bandura

Bandura menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak

juga diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-

kanak meniru tingfkah laku emosi yang diperhatikannya pada

orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah

dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya

bergantung kepda apa yang telah dipelajarinya mengenai

penerimaan oleh masyarakat,cara yang paling mendatangkan

kepuasaan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan

ssesuatu dengan paling mudah dan cepat.

1.2 Peringkat-peringkat yang terlibat untuk kanak-kanak
yang berusia 2 - 6 tahun ialah:

1.3 Autonomi lawan keraguan (1 hingga 3 tahun)
Kanak-kanak akan cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa
memerlukan bantuan orang dewasa contohnya ingin cuba
makan dan minum dengan sendiri, membuang air, memakai
kasut dan sebagainya. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk
meneroka perlakuan fizikal ini akan merasa mempunyai
keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi
peluang akan merasa ragu-ragu kepada dirinya.

1.4 Inisiatif lawan rasa berasa bersalah (4 hingga 6 tahun)
Kanak-kanak cuba berdikari dengan meneroka persekitaran dan
kemahiran baru. Mereka suka bertanya dan mahu penjelasan
untuk situasi yang berlaku. Sokongan yang diberi akan
menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak
yang tidak diberi peluang akan rasa bersalah kepada dirinya.

2.0 Faktor persekitaran yang mempengaruhi
perkembangan sosioemosi kanak- kanak

2.2. KELUARGA
Institusi keluarga memberi pengaruh yang amat kuat dan utama terhadap
proses perkembangan manusia. Unsur-unsur keluarga ini melibatkan
corak kehidupan mereka di rumah, makanan, asuhan dan status ekonomi.
Faktor-faktor inilah yang akan mempengaruhi perbezaan perkembangan
setiap individu. Contohnya kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah
yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami
perkembangan emosi yang sihat. Makanan berzat dan seimbang akan
membantu kanak- kanak memperkembangkan jasmaninya dengan
sempurna.Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan
mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan
sempurna.

2.3 PENGARUH RAKAN SEBAYA
Pengaruh rakan sebaya merangkumi perkembangan intelek, sahsiah,
emosi dan sosial. Contohnya,kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya
yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya
ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya
yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif dan
pembentukan sahsiah yang baik daripada mereka.

2.4 STATUS SOSIO-EKONOMI Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau
tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke
tahap optimum. Contohnya ,ibubapa berupaya memberi makanan berzat
dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-
anak mereka.

2.5 GURU DAN SEKOLAH
Guru turut berperanan dalam perkembangan pelajar dari segi
intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang penyayang dan cekap
menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya dalam bilik
darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, pintar, berakhlak
dan bertanggungjawab. Iklim sekolah yang kondusif serta
dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-
pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan
psikomotor kanak-kanak.

2.6 KEBUDAYAAN DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT
Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat yang berbeza akan mempengaruhi proses
perkembangan kanak-kanak dari aspek sosio emosi, personaliti
dan mental. Misalnya, perbezaan pegangan agama akan
membezakan corak hidup dan perlakuan.

2.7 SUMBER TEKNOLOGI
Sumber teknologi merujuk kepada maklumat-maklumat yang
diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar,
majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Pendedahan
kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar
perkembangan kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak. Sebaliknya,
kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang
berunsur keganasan, kuning atau kezaliman, akan membentuk
sikap dan personaliti yang negatif.

2.8 ENGARUH MEDIA
Media berfungsi untuk memberikan informasi mengenai segala
aspek di dunia ini. Ibu bapa yang terdedah dengan informasi
mengenai kesihatan, kehidupan dan budaya akan mementingkan
dan mengutamakan faktor pemakanan, dan pendidikan anak-
anak. Sebagai contoh, ibu bapa yang berpendidikan tinggi sering
menggunakan media seperti majalah, bahan bacaan ilmiah dan
internet sebagai sumber rujuk bagi pemakanan dan pendidikan
anak secara sihat. Ini dapat membantu anak-anak dalam
mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang paling baik.
Berbeza pula dengan ibu bapa yang kurang mengambil berat
tentang faktor ini. Gaya kehidupan yang kurang sihat dari segi
pemakanan, pendidikan akan membantutkan pertumbuhan dan
perkembangan anak-anak.

2.9 PUSAT IBADAT
Pusat ibadat juga merupakan salah satu daripada faktor yang
mempengaruhi perkembangan individu. Sebagai contoh, anak-
anak yang tinggal berhampiran dengan pusat ibadat dan sering
mengunjungi pusat ibadat mampu membentuk sahsiah dan
perkembangan jasmani dan rohani yang lebih positif.

PERANAN
GURU

3.0 Peranan guru

3.1 GURU YANG PRIHATIN
Guru cuba memenuhi keperluan kasih-sayang dan perhatian
kepada murid-murid
Jalin hubungan mesra dan erat (sebhagian murid kurang kasih-
sayang dari ibu bapa) • Guru mendekati anak-anak murid
dengan belaian, kaji latar belakang keluarga. • Bantu mendekati
murid-murid.

3,2 GUNAKAN STRATEGI P-P BERPUSATKAN MURID
Pengajaran pembelajaran berpusatkan murid memupuk
perkembangan sosial Contoh aktiviti: perbincangan, sesi buzz,
forum, perbahasan dan sebagainya. Murid dalam kumpulan
atau individu Guru sebagai fasilitator Pelajar menjadi lebih
berkebolehan.

3.3 BERI PELUANG KEPADA MURID UNTUK MENYALURKAN EMOSI
Penggunaan puisi, sajak pantun dan cerita bantu pelajar
menguasai kemahiran emosi.
Prosa berkaitan dengan emosi dalam p-p
Guru menggintegrasi elemen emosi dan nilainilai muni

3.4 MENGGALAKKAN SIKAP TOLONG MENOLONG
Kaedah pembelajaran koperatif pupuk sikap bekerjasama,
tolong-menolong, boleh diaharap dan mempunyai sifat empati
dalam murid-murid.
Guru bantu murid uruskan konflik dengan berkesan
Aspek agama dan bangsa
Murid lebih bersedia melakukan kerja secara berkumpulan dan
berkolaborasi.

3.5 MENGGALAKKAN TINGKAH LAKU PROSOSIAL
Mengunkan kata-kata positif
Membantu membangunkan emosi yang positif dalam kalangan
murid

3.6 MENGAMALKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN KEMAHIRAN
MENDENGAR

Membantu murid dalam proses bersosilisasi
Murid berinteraksi dengan rakan-rakan laian dan menghayati
nilai-nilai murni.

AKTIVITI

4.0 Aktiviti

4.1 Bermain

“Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan
berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam
suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar
melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-
kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat
penerokaan, penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung
secara semula jadi.”
[Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003]
Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja
kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran
dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan
aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar,
bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak
dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai
pembelajaran tidak formal.
Froebel (1782 – 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1
di Jerman untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun
berkonsepkan ‘bermain sambil belajar’. Beliau percaya proses
pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang
menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang
menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat
meningkatkan kemahiran.
John Dewey (1852 – 1859) pula menggalakkan proses pembelajaran
melalui prinsip belajar melalui bermain di mana aspek
keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak.

4.2 Kegunaan permainan tersebut dari segi sosioemosi kanak-
kanak.

Secara umumnya, belajar melalui bermain dapat menyumbang
kepada pelbagai aspek perkembangan seperti daya kreatif, fizikal,
bahasa, sosioemosi dan moral.

Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat merasai pengalaman
jual beli yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kanak-
kanak akan mendapat pengetahuan baru mengenai cara
penggunaan wang, nilai wang, dan urusan jual beli di pasar atau
pun pasar raya.

Berikut adalah kegunaan permainan ini dari segi sosioemosi
kanak-kanak;
Dari segi perkembangan sosioemosi kanak-kanak,
(a) Kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan
sosial.
Contohnya dalam permainan ini, kanak-kanak belajar untuk
berurus niaga dengan rakan-rakannya dalam permainan yang
berkonsepkan main peranan. Untuk bermain dengan jayanya,
kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan rakan-rakannya dalam
cara yang dapat difahami di samping memahami apa yang cuba
disampaikan oleh mereka kepadanya. Komunikasi ini melibatkan
aktiviti bertutur dan bersoal jawab yang secara tidak langsung
dapat merangsang perkembangan komunikasi dan bahasa kanak-
kanak.

(b) Kanak-kanak belajar bagaimana menyelesaikan masalah apabila
berlaku.
Mereka juga bersama-sama dengan ahli kumpulan mereka
berkolaborasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
berkaitan dengan nilai wang dan urusan membeli barangan.
Contohnya, apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi
untuk mendapatkan barangan yang mereka inginkan, mereka
bersama-sama berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.
Mungkin mereka akan mengambil keputusan untuk membeli
barangan yang lebih murah harganya atau pun melakukan tawar-
menawar dengan pihak penjual.

PENUTUP

5.0 Penutup

Pendidikan sosio emosi kanak-kanak sanagt penting untuk
membangunkan perkembangan emosi dan sosial kanak–
kanak dan membantu mereka mendapatkan kesejahteraan
dalam kehidupan. Kepentingan tersebut adalah dengan
mengambil kira kepada aspek emosi dam sosial serta
perkembangan yang boleh membantu kanak-kanak untuk
mendapatkan kesejahteraan dalam hidup.

Rujukan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN MORAL DAN IMPLIKASI
PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI TERHADAP PROSES P&P. (N.D.). RETRIEVED FROM
PDFSLIDE: HTTPS://PDFSLIDE.NET/DOCUMENTS/FAKTOR-FAKTOR-YANG-
MEMPENGARUHI-PERKEMBANGAN-MORAL-DAN-IMPLIKASI-PERKEMBANGAN-SOSIO-
EMOSI-TERHADAP-PROSES-PP.HTML
FRANCIS, J. (N.D.). PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI KAEDAH BERMAIN.
RETRIEVED FROM ACADEMIA.EDU:
HTTPS://WWW.ACADEMIA.EDU/16856761/61797743_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJAR
AN_MELALUI_KAEDAH_BERMAIN
IMPLIKASI PERKEMBANGAN EMOSI DAN SOSIO-EMOSI TERHADAP PROSES
PENGAJARAN. (N.D.). RETRIEVED FROM SCRIBD:
HTTPS://WWW.SCRIBD.COM/DOC/158385093/IMPLIKASI-PERKEMBANGAN-EMOSI-
DAN-SOSIO-EMOSI-TERHADAP-PROSES-PENGAJARAN
IMPLIKASI PERKEMBANGAN EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
(N.D.). RETRIEVED FROM DOKUMEN:
HTTPS://DOKUMEN.TIPS/DOCUMENTS/IMPLIKASI-PERKEMBANGAN-EMOSI-
TERHADAP-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN.HTML
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK. (2018, 11 12). RETRIEVED FROM ANAK
PINTAR: HTTP://ANAKPINTARKK7170.BLOGSPOT.COM/2018/11/PERKEMBANGAN-
SOSIOEMOSI-KANAK-KANAK.HTML
TAJUK 7 PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI. (N.D.). RETRIEVED FROM ACADEMIA:
HTTPS://WWW.ACADEMIA.EDU/16505751/TAJUK_7_PERKEMBANGAN_SOSIO_EMOSI
ZAINUDIN, A. (2014, MAY 12). FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK. RETRIEVED FROM SLIDESHARE:
HTTPS://WWW.SLIDESHARE.NET/WEYDWYDA/FAKTORFAKTOR-YANG-
MEMPENGARUHI-PERKEMBANGAN-SOSIOEMOSI-KANAKKANAK


Click to View FlipBook Version